23
ALOI

Aloi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Aloi

ALOI

Page 2: Aloi

APAKAH MAKSUD ALOI ?Kebanyakan logam wujud dalam pepejal.Logam tulen

terdiri daripada atom yang sama jenis dan saiz.Susunan atom di dalam logam menyebabkannya bersifat mulur dan boleh ditempa.

Kebanyakan logam tulen adalah lembut dan tidak kuat.Sifat logam tulen ini dapat diperbaik dengan menjadikannya aloi.

Aloi adalah campuran dua unsur atau lebih mengikut peratusan tertentu dengan unsur utamanya ialah logam.

Tujuan pengaloian adalah untuk menambah kekuatan dan kekerasan logam tulen, mencegah kakisan logam, dan membaiki rupa bentuk logam supaya menjadi menarik dan berkilat.

Page 3: Aloi

Susunan atom di Aloi• Aloi mengandungi campuran beberapa unsur

logam dan bukan logam.

Atom Tembaga Atom Timah

Atom Besi

Page 4: Aloi

• Justeru itu, kehadiran atom-atom lain yang berlainan jenis dan saiz di dalam atom induk menganggu susunan yang teratur dalam atom induk.

• Keadaan ini mengurangkan lapisan atom daripada tergelincir satu sama lain.Oleh itu, Aloi lebih keras dan kuat daripada logam tulen.

Page 5: Aloi

ALOI BESI ( IRON ALLOY )

Keluli ( Steel )99 % Besi, 1 % Karbon

Keluli nirkarat ( Stainless Steel )

73 % Besi, 1 % Karbon,

18 % Kromium, 8 % Nikel

Page 6: Aloi

ALOI TEMBAGA ( COPPER ALLOY )

Nikel Tembaga ( Cupro-nickel )

75 % Tembaga, 25 % Nikel

Tembaga ( Brass ) 70 % Tembaga, 30 % Zink

Gangsa ( Bronze ) 90 % Tembaga, 10 % Timah

Page 7: Aloi

ALOI ALUMINIUM ( ALUMINIUM ALLOY )

Magnalium 95 % Aluminium, 5 % Magnesium

Duralumin93 % Aluminium,

3 % Tembaga, 3 % Magnesium,

1 % Mangan

Page 8: Aloi

ALOI PIUTER( PEWTER ALLOY )

Piuter96 % timah,

3 % Tembaga, 1 % Antimoni

Page 9: Aloi

Keluli - keras dan kuat.Nikel-Tembaga – kuat dan berkilau.Keluli nirkarat – kuat, berkilau, tidak

boleh karat.Tembaga – kuat dan berkilau.Gangsa – keras, kuat, tahan kakisan.Magnalium – kuat, ringan, tahan

kakisan.Duralumin – kuat, ringan, tahan

kakisan.Piuter – kuat, berkilau, tahan kakisan.

SIFAT-SIFAT ALOI

Page 10: Aloi

PENGALOIANTujuan pengaloian Untuk memperbaiki penampilan logam tulen. Logam tulen mempunyai permukaan

berkilat.Apabila terdedah kepada udara dan air, ia akan kehilangan kilatan di permukaan.Atom-atom lain membantu mengurangkan pembentukan lapisan oksida di permukaan.

Page 11: Aloi

Untuk meningkatkan kekuatan dan kekerasan pada logam tulen.

Logam tulen lebih lembut daripada aloi.Atom-atom lain mengganggu susunan yang teratur di logam tulen.Keadaan ini mengurangkan lapisan atom daripada tergelincir satu sama lain.Oleh itu, Aloi lebih keras dan kuat daripada logam tulen.

Page 12: Aloi

Untuk meningkatkan daya tahan kakisan pada logam tulen.

Kebanyakan logam hakis apabila terdedah kepada udara dan air. Atom-atom lain membantu mengurangkan pembentukan lapisan oksida di permukaan.Jadi logam itu akan menjadi tahan hakisan daripada udara dan air.

Page 13: Aloi

KEGUNAAN ALOI DALAM BIDANG PERINDUSTRIAN

keluli – untuk membina bangunan, jambatan, landasan keretapi, badan kenderaan, paku besi dan skrew.

Keluli nirkarat – untuk menghasilkan bahagian automobil, alatan dapur seperti pisau, gunting, sudu, garpu, periuk dan alatan pembedahan.

Page 14: Aloi

Nikel-Tembaga – untuk menghasilkan duit syiling

Tembaga – untuk menghasilkan alatan muzik, alatan perhiasan, kunci, nat, bolt dan bahagian elektrik.

Gangsa – untuk menghasilkan duit syiling, pingat, monumen dan alatan perhiasan.

Page 15: Aloi

Magnalium – untuk menghasilkan alat penimbang dan intrumen yang ringan.

Duralumin – untuk menghasilkan kapal terbang, kabel elektrik, periuk tekanan ( pressure cooker ), basikal lumba dan kereta api laju.

Piuter – untuk menghasilkan alatan perhiasan, cenderahati, piala dan rantai kunci ( key chain ).

Page 16: Aloi

PPIK melalui ujikaji dalam kurikulum sekolah rendah.

TAJUK : PENGARATAN

Page 17: Aloi

OBJEKTIF: Untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan pengaratan.

HIPOTESIS: Kehadiran udara dan air yang menyebabkan pengaratan berlaku.

PERNYATAAN MASALAH:Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pengaratan berlaku?

Page 18: Aloi

Pemboleh ubah:(a) Dimanipulasikan: Kehadiran udara dan air(b) Bergerak balas: Keadaan paku(c) Dimalarkan: Jenis paku besi

Bahan:Tabunguji, pakubesi, gabus, airpaip,

airsuam,minyak,dan kalsium klorida kontang.

Page 19: Aloi

PROSEDUR1. Labelkan tabung uji dengan A,B dan C.2. Paku besi yang sempurna dimasukkan ke dalam

ketiga-tiga tabung uji yg.disediakan.3. Masukkan sedikit air paip ke dalam tabung uji A.4. Masukkan sedikit air suam ke dalam tabung uji B

kemudian masukkan minyak sedikit.5. Masukkan kalsium klorida kontang ke dalam

tabung uji C.6. Ketiga-tiga tabung uji itu ditutupkan dengan gabus.7. Pemerhatian pada paku besi dilakukan selepas 1

minggu.

Page 20: Aloi

PEMERHATIAN

TABUNG UJI PEMERHATIAN

A Paku besi berkarat.

B Paku besi tidak berkarat.

C Paku besi tidak berkarat.

Page 21: Aloi

PERBINCANGAN1. Tabung uji A mengandungi air.Udara terdapat dalam

air juga.Jadi,kehadiran air dan udara menyebabkan paku besi berkarat.

2. Tabung uji B tidak mengandungi udara.Ini kerana air suam tidak mengandungi udara.Lapisan minyak menyekat udara melarut dalam air suam.Ketidak adaan udara menyebabkan paku besi tidak berkarat.

3. Tabung uji C tidak mengandungi air.Ini kerana kalsium klorida kontang yang terdapat dalam tabung uji menyerap air yang terdapat dalam wap udara.Ketidak adaan air menyebabkan paku besi tidak berkarat.

Page 22: Aloi

KESIMPULAN• Kehadiran air dan udara menyebabkan paku

besi berkarat.

Page 23: Aloi

TAMATSEKIAN, TERIMA KASIH…