9
JABATAN PERTANIAN NEGERI MELAKA 1 ALAT INO-TUT & INO-CLAMP

ALAT INO-TUT & INO-CLAMP

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ALAT INO-TUT & INO-CLAMP

JABATAN PERTANIAN NEGERI MELAKA

1

ALAT INO-TUT & INO-CLAMP

Page 2: ALAT INO-TUT & INO-CLAMP

JABATAN PERTANIAN NEGERI MELAKA

2

ABSTRAK

Sebelum ini, kaedah kelaran yang dibuat pada dahan adalah tidak seragam dari segi tekanan dan jarak. Dengan menggunakan kaedah lama, kelaran atas dan bawah perlu dibuat secara berasingan. Penyediaan media yang digunakan untuk membaluti dahan yang telah dikelar adalah sukar dilakukan terutamanya sewaktu mengikat plastik media tersebut. Dengan merekacipta pisau Ino-Tut, kelaran atas dan bawah pada dahan dapat dilakukan secara serentak, seragam dan cepat. Acuan media yang direka digunakan untuk membentuk kepalan media sebelum dilekapkan pada dahan yang dikelar. Selain itu, acuan ini juga memudahkan untuk mengikat kedua-dua hujung plastik yang akan membungkus media tersebut.

1.0 PENDAHULUAN

Mengetut pokok merupakan salah satu daripada pembiakan tampang (vegetative

propagation). Cara pembiakan tampang adalah kaedah di mana sebahagian

daripada tumbuhan yang dipilih itu digunakan sebagai asas untuk pembiakan

tumbuhan. Pembiakan tumbuhan secara tut merupakan satu teknik pembiakan yang

dilakukan pada dahan atau ranting yang masih terlekat pada pokok induk. Teknik ini

menyekat bahagian yang terlibat dari mendapat makanan dan air dari pokok induk.

Apabila dahan itu tersekat dari memperolehi makanan dan air maka keluarlah akar

pada dahan tersebut untuk mencari makanan dan air.

Antara kelebihan pembiakan dengan menggunakan kaedah ini ialah:

a. Ciri pokok induk dapat diwarisi

b. Tanaman baru lebih cepat matang

Walau bagaimanapun, kaedah mengetut juga mempunyai beberapa kekurangan,

antaranya ialah:

a. Kaedah ini menyebabkan tanaman tidak dapat dibiakkan dalam kuantiti yang

banyak pada pokok induk

b. Tanaman akan lebih mudah tumbang kerana tidak mempunyai akar tunjang

Page 3: ALAT INO-TUT & INO-CLAMP

JABATAN PERTANIAN NEGERI MELAKA

3

c. Memerlukan kemahiran yang tinggi dalam membuat tut

Langkah-langkah mengetut mungkin nampak mudah. Namun, cara mengetut

memerlukan kemahiran yang tinggi terutamanya sewaktu membuat kelaran. Berikut

merupukan langkah yang mengetut yang biasa dilakukan:

• pilih dahan pokok induk yang sihat, ukuran diameter 1 cm dan tiada ranting kecil

pada bahagian yang hendak dilakukan tut

• buat dua kelaran mengelilingi dahan pada jarak 2.5- 5 cm (kelaran atas dan

bawah)

• kupas kulit antara kelaran tersebut dan kikis lapisan kambium untuk

mengelakkan kulit bercantum semula

• sapukan hormon penggalak akar pada bahagian atas kelaran

• bentuk medium seperti bebola 5 cm diameter

• bahagikan bebola kepada dua bahagian dan lekapkan pada bahagian yang dikikis

• kejapkan medium pada dahan dan balut dengan plastik lut sinar

• ikat kedua-dua hujung bahagian yang telah dibalut

Daripada langkah-langkah yang dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawa kaedah

kelaran yang dibuat pada dahan sebenarnya boleh menyebabkan tidak seragam dari

segi tekanan dan jarak. Hal ini kerana kelaran sebenarnya memerlukan kemahiran

yang tnggi dalam menghasilkan kelaran yang baik. Dengan menggunakan kaedah

lama, kelaran atas dan bawah perlu dilakukan secara berasingan. Selain itu,

penyediaan media yang digunakan untuk membaluti dahan yang telah dikelar adalah

sukar terutamanya sewaktu mengikat plastik pada media yang dikelar itu.

2.0 SET PISAU INO-TUT DAN INO-CLAMP

Page 4: ALAT INO-TUT & INO-CLAMP

JABATAN PERTANIAN NEGERI MELAKA

4

Inovasi ini telah diperkenlkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Melaka. Inovasi ini

tercipta hasil daripada masalah yang dihadapai oleh agen pengembangan kawasan

terutamanya sewaktu mereka memberikan khidmat nasihat teknikal berkaitan

kaedah mengetut kepada petani dan usahawan. Melalui pengalaman mereka,

didapati petani sukar mempraktikkan kaedah mengetut dalam masa yang singkat.

Selain memerlukan kemahiran tang tinggi, kadar kejayaan dan keberkesanan

kaedah mengetut juga bergabtung kepada pengalaman seseorang.

3.0 KELEBIHAN SET PISAU INO-TUT DAN INO-CLAMP

Antara kelebihan set pisau Ino-Tut ini adalah:

1. Kelaran atas dan bawah pada dahan dapat dilakukan secara serentak,

seragam dan cepat.

2. Kelaran yang dibuat dapat membuang sekaligus kulit luar dahan dan

kambiumnya bersekali

3. Acuan media yang digunakan untuk membuat kepalan media sebelum

dilekapkan pada dahan yang dikelar

4. Acuan yang disediakan memudahkan untuk mengikat kedua-dua hujung

plastik yang akan membungkus media

Langkah-langkah dalam membuat tut dengan menggunakan set pisau Ino-tut ini

adalah seperti berikut:

1. Memilih jenis pokok dan dahan yang sesuai untuk ditut (diameter kurang

dari 1 cm) dan bebas daripada penyakit.

Page 5: ALAT INO-TUT & INO-CLAMP

JABATAN PERTANIAN NEGERI MELAKA

5

2. Pisau ino-tut dicengkam pada dahan yang telah dipilih.

3. Buat pusingan 360 darjah mengikut arah lawan jam (pada masa ini kulit

dahan dan kambium akan tertanggal)

4. Sapukan bahan penggalak akar (Saradex) pada permukaan yang telah

dikelar.

Page 6: ALAT INO-TUT & INO-CLAMP

JABATAN PERTANIAN NEGERI MELAKA

6

5. Sediakan plastik pembalut media dan bahan media seterusnya diletakkan

pada alat pemampat media PVC (Ino-clamp)

Page 7: ALAT INO-TUT & INO-CLAMP

JABATAN PERTANIAN NEGERI MELAKA

7

6. Alat pemampat Ino-clamp dicengkam pada dahan yang telah dikelar.

Kemudian, alat pemampat in-clamp dikunci.

7. Plastik pembalut media diikat di bahagian atas dan bawah dengan

menggunakan ‘cable tie’.

8. Kunci alat pemampat dibuka dan plastik pembalut diperkemaskan.

4.0 KADAR KEBERKESANAN KEJAYAAN KELARAN

Dengan menggunakan kaedah konvensional, kadar keberkesanan kelaran adalah

bergantung kepada kemahiran pengelar. Sekiranya mereka adalah terdiri daripada

mereka yang baru belajar, kadar kejayaan kelaran dan tut adalah lebih rendah.

Namun begitu, dengan menggunakan pisau ino-tut, ianya boleh digunakan oleh

semua peringkat, sama ada mereka terdiri daripada orang yang baru belajar tut

Page 8: ALAT INO-TUT & INO-CLAMP

JABATAN PERTANIAN NEGERI MELAKA

8

mahupun yang telah ada kemahiran. Peratus kejayaan menggunakan pisau ino-tut

ini didapati adalah lebih tinggi iaitu 98%.

Selain itu, perbezaan kadar masa antara kaedah konvensional dan pisau ino-tut

juga terdapat perbezaan. Dengan menggunakan kaedah manual, masa untuk

mengelar, mengikis lapisan kulit luar dan kambium secara sempurna, serta

mengikat media tut adalah selama 10 minit ke 15 minit (bergantung kepada

pengalaman dan kemahiran pengetut). Walau bagaimanapun, dengan

menggunakan pisau yang telah diinovasikan ini, keseluruhan proses ini cuma

mengambil masa 4 minit (tanpa mengira kemahiran dan pengalaman). Kos yang

terlibat dalam inovasi ini keseluruhannya adalah RM30.00. Kos ini termasuk pisau

pemotong, media, PVC, palstik pembalut, engsel, penggalak akar dan ‘cable tie’.

Jadual di bawah merupakan ringkasan kepada perbezaan antara kaedah

konvensional dan set pisau Ino-tut:

PERKARA KAEDAH KONVENSIONAL SET PISAU INO-TUT

Kadar kejayaan Kurang dari 50% 98%

Kaedah pemotongan Mengelar, mengikis lapisan

kulit luar dan kambium

dibuat berasingan

Mengelar, mengikis lapisan

kulit luar dan kambium

dibuat bersekali

Masa yang diambil 10-15 minit Kurang 5 minit (4 minit

sahaja)

Kemahiran Memerlukan kemahiran yang

tinggi

Tidak memerlukan

kemahiran yang tinggi

Kos RM 50.00 RM 30.00

Page 9: ALAT INO-TUT & INO-CLAMP

JABATAN PERTANIAN NEGERI MELAKA

9

5.0 KESAN JANGKA PANJANG

Alat yang diperkenalkan ini adalah merupakan inovasi yang baru, yang mana belum

dihasilkan secara sempurna daripada mana-mana pihak. Set pisau ino-tut ini

memberikan faedah yang besar kepada agen pengembangan kawasan terutamanya

sewaktu memberikan khidmat nasihat kepada petani serta semasa hands-on. Setiap

pegawai agen pengembangan kawasan digalakkan untuk memiliki set ini kerana dapat

meningkatkan mutu dan kualiti pengembangan. Ini secara tidak langsung akan dapat

meningkatkan imej Jabatan Pertanian.

Inovasi ini telah dilaksanakan secara penuh yang mana agen pengembangan kawasan

Masjid Tanah telah mengaplikasikannya di kawasan pengembangan masing-masing

selama setahun. Daripada tempoh itu, didapati set ini amat praktikal dan mudah

digunakan. Alat ini sesuai digunakan oleh semua pihak.

6.0 KOMITMEN

Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Melaka memberikan sokongan yang penuh

kepada inovasi ini. Selain daripada suntikan kewangan, pihak Ibu Pejabat juga

memberikan sokongan moral kepada pembuatan dan rekacipta inovasi ini.

7.0 PENUTUP

Inovasi ‘alat ino-tut dan in-clamp’ ini bukan sahaja memudahkan kerja mengetut,

malahan saiznya yang kecil juga memudahkan alat ini dibawa bersama-sama ke mana

sahaja dan ianya selamat dibawa dan digunakan. Selain itu, alat ini juga membantu

dalam memastikan kecedaran semasa mengupas kulit dahan yang dipilih dapat

dikurangkan. Hal ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan kebarangkalian

untuk menghasilkan tut yang baik kelak.