21
ISI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 2 2.0 LATARBELAKANG DAN RIWAYAT HIDUP 3 3.0 PENDIDIKAN 4 4.0 METODOLOGI PENULISAN IMAM AL-TABARI 5-8 5.0 KARYA IBNU JARIR 9-10 6.0 PERBANDINGAN ANTARA TAFSIR AL-TABARI DAN TAFSIR IBN KATHSIR 11-12 7.0 SUMBANGAN IBN JARIR 13 8.0 KEISTIMEWAAN TAFSIR AL-TABARI 13 9.0 KELEMAHAN DAN KRITIKAN 14 10.0 PENUTUP 15 1

al-tabari

Embed Size (px)

DESCRIPTION

usul tafsir

Citation preview

Page 1: al-tabari

ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN 2

2.0 LATARBELAKANG DAN RIWAYAT HIDUP 3

3.0 PENDIDIKAN 4

4.0 METODOLOGI PENULISAN IMAM AL-TABARI 5-8

5.0 KARYA IBNU JARIR 9-10

6.0 PERBANDINGAN ANTARA TAFSIR AL-TABARI DAN

TAFSIR IBN KATHSIR 11-12

7.0 SUMBANGAN IBN JARIR 13

8.0 KEISTIMEWAAN TAFSIR AL-TABARI 13

9.0 KELEMAHAN DAN KRITIKAN 14

10.0 PENUTUP 15

1

Page 2: al-tabari

PENDAHULUAN

Usul Tafsir adalah untuk mengetahui makna yang terkandung dalam al-Qu’ran dan

menerangkan tentang maksud-maksud ayat, menyelidik makna-makna,menjelaskan

hukum –hakam serta hikmat yang terkandung di dalam al-Qu’ran untuk kejayaan di dunia

dan akhirat.

Ilmu ini dapat memberikan banyak manfaat kepada umat islam terutamanya mereka yang

telibat dalam penafsiran ayat-ayat al-Qu’ran. Antara manfaat-manfaat yang diperolehi

oleh golongan yang mempelajari ilmu usul tafsir ialah:-

(a) Seseorang itu dapat mengeluarkan hukum-hakam yang terkandung di dalam al-

Qu’ran.ia juga dapat mengetahui hikmah-hikmah yang terkandung di dalam al-

Qu’ran.

(b) Mengetahui kedudukan hujah-hujah dan dalil-dalil daripada ayat-ayat al-Qu’ran.

(c) Menjelaskan makna dan mengambil pengajaran daripada al-Qu’ran secara betul.

2

Page 3: al-tabari

LATAR BELAKANG DAN RIWAYAT HIDUP

Nama sebenar beliau ialah Muhammad Ibn Jarir Ibn Yazid Ibn Khalid Ibn Kathir Ibn

Gharib Abu Ja’afar al Tabari. Beliau seorang yang berbangsa Tabaristan dan dikatakan

berasal dari daerah Amol. Imam Ibn Jarir telah dilahirkan di wilayah Tabaristan pada

tahun 224H. Ibn Jarir merupakan seorang lelaki yang memiliki wajah yang tampan ,

berbadan sederhana tinggi dan memiliki dua biji mata yang hitam. Beliau bersusuk badan

yang tegap serta amat fasih dalam berbicara dan lancar berkata-kata. Prinsip yang sudah

lama diterapkan dalam kehidupan beliau seharian ialah sentiasa menghormati orang lain

dan menyebabkan segenap lapisan masyarakat juga turut menghormatinya.Segala sifat-

sifat yang mahmudah seperti warak, zuhud, taqwa dan mudah senyum membuatkan

kebanyakan masyarakat amat menyenanginya. Ibn Jarir merupakan seorang ulama yang

yang sangat terkenal dan terkemuka dalam banyak cabang lmu pengetahuan.Di dalam

ilmu Hadis,beliau merupakan seorang periwayat hadis yang sahih serta mampu mentarjih

hadis berserta dengan riwayat-riwayat.Selain itu juga, Ibn Jarir juga seorang yang dapat

menguasai ilmu Hadis dengan baik beserta dengan sanad-sanadnya. Bukan itu saja,

beliau juga merupakan seorang yang dapat membezakan antara Hadis sahih dengan tidak

sahih serta nasikh dan mansukh. Perkara ini telah disokong oleh pendapat imam khatib al

–Baghdadi yang mengatakan,di mana Ibn Jarir adalah merupakan pusat peredaran

pelbagai ilmu pengetahuan seperi ilmu tafsir, ilmu fiqh, usul, bahasa arab, ma’ani dan

Balaghah, hadith serta sejarah. Selain itu, Ibn Jarir juga sangat alim dan amat mahir

dalam ilmu Qira’at dan dikatakan telah menulis sebanyak 18 jilid buah kitab yang

khusus tentang ilmu Qira’at.Beliau yang merupakan seorang hafiz mampu untuk

menghafal 30 juzuk al-Quran dengan hanya memakan masa yang pendek, imam besar

dan ahli Hadis serta menjadi salah seorang ahli sejarawan. Dalam cabang bidang ilmu al-

Quran, kebanyakan para ulama yang terkemuka mengatakan bahawa Ibn Jarir merupakan

salah seorang yang memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam samada berkaitan

dengan sanad dan riwayat Hadith yang Sahih atau Daif.

RUJUKAN :en.wikipedia.org/wiki/Muhammad_ibn_Jarir_al-Tabari

3

Page 4: al-tabari

PENDIDIKAN

Ibn Jarir al-Tabari telah dikurniakan oleh Allah ketajaman akal fikiran yang sangat luar

biasa serta daya ingatan yang cukup istimewa. Keistimewaan itu menyebabkan beliau

menjadi seorang yang mudah mengingati dan memahami segala ilmu yang dipelajarinya

dan beliau juga dapat menguasai segala ilmu dengan cepat dan baik.Dari skop pendidikan

pula,Ibn Jarir al-Tabari telah menunjukkan minat yang sangat mendalam terhadap segala

ilmu pengetahuan semenjak kanak-kanak lagi. Beliau mendapat pendidikan awal di

wilayahnya sendiri iaitu Tabaristan. Ibn Jarir memiliki banyak sifat-sifat terpuji antaranya

ialah,Beliau sentiasa tekun dalam melakukan setiap perkara.bukan itu saja, beliau juga

seorang yang sabar kerana sanggup menempuh pelbagai rintangan dan pergi ke mana

Sahaja bertujuan untuk menuntut ilmu pengetahuan. Sewaktu Ibn Jarir berusia 12

tahun,beliau telah mengembara dengan meninggalkan kampung halaman untuk

melanjutkan pengajian ke Syam, Mesir, Iraq dan seterusnya pengembaraan beliau

berakhir di Baghdad. Sewaktu tiba di Baghdad, beliau tela menentukan bahawa dia akan

terus menetap di Baghdad dan akan terus mencurahkan bakti sehingga ke akhir hayat.

Kerana kelebihan memiliki banyak ilmu pengetahuan, Ibn Jarir telah mampu untuk

mengajar serta menjadi ulama besar yang sangat di segani walaupun usianya masih

muda. Bukan itu saja, beliau juga merupakan seorang dari ahli Tafsir yang sangat

terkenal.Dengan mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang, para Ulama mengelarkan

beliau dengan gelaran Insiklopedia ilmu. Disebabkan ilmu pengetahuan juga, beliau

dikatakan telah mencapai tahap Ulama Mujtahid. Perkara ini di sokong oleh Ibn Khalkan

dan Syeikh Abu Ishak al-syirazi.

RUJUKAN :en.wikipedia.org/wiki/Muhammad_ibn_Jarir_al-Tabari

4

Page 5: al-tabari

METODOLOGI PENULISAN IBN JARIR AL-TABARI

Tafsir al-Tabari mempunyai lebih kurang 30 jilid dan berukuran tebal. Tafsir ini

merupakan salah sebuah tafsir yang sangat terulungdan lengkap yang pernah di temui.

Kini tafsir ini telah sampai kepada kita dalam sejarah pembukuan ilmu tafsir.tafsir

tersebut sebenarnya mengandungi banyak pendapat dari para ulama dan beliau telah

melakukan pentarjihan diantara semua pendapat yang diberikan manakah yang paling

kukuh serta yang membincangkan tentang i’rab dan istinbat hukum.

Sebenarnya, Ibn Jarir bukan saja memberi penumpuan terhadap pentafsiran ayat al-Quran

sahaja, tetapi beliau juga telah membentangkan tentang pendapat-pendapat para Ulama,

Hadis di samping itu beliau juga menjadi pengkritik sanad-sanad yang merangkumi aspek

bahasa, akidah dan fekah. Kitab-kitab tafsir Ibn Jarir ditulis dan disusun dengan mengikut

kepada pendapat para sahabat, tabi’in dan para tabi’ al-tabi’in. Hasilnya beliau akhirnya

berjaya untuk mengumpulkan segala riwayat berkaitan dengan tafsir dikalangan para

sahabat dan tabi’in. Selain itu, tafsir Ibn Jarir juga mentarjih dan memberikan pelbagai

pendapat. Ulama telah bersepakat mengatakan bahawa kitab tafsir Ibn Jarir adalah yang

paling baik dan menjadi pegangan utama berbanding dengan kitab-kitab lain dan tidak

ada kitab tafsir bi Al-Mathur yang lain dapat menandingi kitab Tafsir Ibn Jarir.

Dalam kitab Al-Tahzib Imam Nawawi ada mengatakan bahawa kitab Tafsir Ibn Jarir

merupakan sebuah kitab yang mana belum ada seorang pun yang berjaya menyusun kitab

lain yang setanding dengan kitab Ibn Jarir. Ibn Jarir merupakan seorang yang berilmu dan

sangat terulung kerana memiliki banyak keistimewaan. Beliau dapat memberikan isyarat

dengan baik dalamm kata-kata mahupun lafaz yang samar-samar i’rabnya. Jesteru itulah

tafsir Ibn Jarir telah banyak mengambil pendapat dan hujah-hujah dari Ibn Jarir.

RUJUKAN :Pengantar Ulum al-Quran Rosmawati Ali

5

Page 6: al-tabari

Kitab tafsir yang dihasilkan oleh Ibn Jarir merupakan kitab bi al-Ma’thur,iaitu mentafsir

Al-Quran dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W yang diakui oleh semua Ulama sebagai

kitab penting terutama bagi mereka yang ingin mempelajari ilmu pengajian Tafsir Al-

Quran dengan lebih mendalam.Menurut cabang lain, kitab tafsir Al-Tabari telah diulas

dengan lebih teliti serta melalui banyak perbahasan yang mendalam dan cukup teratur,

jauh dari kesamaran beserta pendapat Ulama Salaf dengan sanad yang amat kukuh serta

jauh dari unsur Bid’ah. Dengan itu, ramai Ulama mengatakan Tafsir Al-Tabari

merupakan Tafsir bi Al-Mathur yang paling utama untuk dijadikan rujukan dan panduan

berbanding dengan kitab lain.

Bagi menunjukkan kelebihan dan keistimewaan Ibn Jarir dalam bidang Tafsir, menurut

Mufassir Jalaluddin al-Suyuti pernah bekata: kitab tafsir Al-Tabari merupakan antara

kitab yang terbesar berbanding dengan kitab tafsir lain sebelum dan selepasnya. Pendapat

tersebut juga telah disokong oleh Imam Nawawi dan Ibn Huzaimah. Ibn Jarir merupakan

salah seorang Ulama mujtahid. Jesteru itu, dalam tafsirnya ini banyak perkara yang

membincangkan tentang hukum fiqh serta mengemukakan pendapat ulama serta mazhab.

Selain itu, beliau juga akan memberi pendapat beliau sendiri dan mentarjihkan di antara

pendapat yang kukuh. Bukan itu saja, Ibn Jarir juga membincangkan tentang persoalan

akidah dan memberikan beberapa pandangan dengan teliti. Tetapi beliau juga banyak

menyangkal dan tidak bersetuju dengan pendapat dari golongan Muktazilah berbeza

dengan golongan ahl al-sunnah wa al-jama’ah. Ini kerana beliau menyokong pendapat-

pendapat yang diutarakan oleh golongan ahl al-sunnah wa al-jama’ah.

Antara penjelasan tentang metodologi penulisan yang digunakan oleh Ibn Jarir di dalam

kitab Tafsir Jami’ al-bayan itu :-

RUJUKAN :Pengantar Ulum al-Quran Rosmawati Ali

a) jika beliau ingin mentafsir sesebuah ayat pada Al-Quran,beliau akan berkata

”pendapat mengenai tafsir ata ta’wil untuk firman Allah ini adalah begitu dan

6

Page 7: al-tabari

begini”.selepas itu beliau telah mentafsir ayat dengan berpandukan kepada

pendapat para sahabat dan tabi’in.

b) Untuk mentafsir,Ibn Jarir meriwayatkan nya dengan mengemukakan sanad yang

lengkap.beliau menggunakan tafsir Bi Al-mathur untuk mentafsir sesebuah ayata

Al-Quran dengan jalan riwayat yang bersandarkan kepada para sahabat dan

tabi’in serta diyakini tentang kesempurnaan sanadnya.

c) Antara metodologi yang digunakan oleh Ibn Jarir ialah beliau akan

mengemukakan atau membentangkan kesemua riwayat yang berkaitan dengan

ayat yang hendak beliau tafsirkan. Setelah selesai mentafsir, beliau akan

membicarakan tentang riwayat tersebut dengan membandingkan diantara satu

dengan yang lain. Akhir sekali beliau akan membuat tarjih di antara satu dengan

yang lain.

d) Dalam usaha penyusunan kitab Jami’al-Bayan, beliau juga memberi penumpuan

yang utama kepada permasalahan atau perkara yang berkaitan dengan Qira’at.

Beliau juga menyebutkan pelbagai jenis Qira’at serta menghubungkan setiap

Qira’at. Oleh kerana Ibn Jarir merupakan seorang yang sangat arif dalam ilmu

bahasa arab, maka dengan mudah Ibn Jarir dapat menggunakan makna-makna

yang tepat dan sesuai mengikut lafaz dan kedudukan lafaz.

e) Dalam konteks yang lain pula, Ibn Jarir akan menerangkan tentang aspek i’rab

serta mengistinbatkan sebahagian hukum serta membuat penelitian terhadap

pendapat-pendapat dan mazhab ilmu nahu yang telah digunakan secara umum dan

meluas.

f) Dalam sesetengah keadaan pula, Ibn Jarir bertindak dengan memberi kritikan dari

aspek sanad yang merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan periwayatan atau

pendapat-pendapat. Kemudian beliau membuat penta’dilan iaitu dengan

menetapkan perawi yang adil terhadap beberapa orang perawi serta juga

mentarjihnya, iaitu dengan menetapkan sebagai perawi yang daif terhadap perawi

lain yang telah terbukti kelemahannya.

RUJUKAN :Pengantar Ulum al-Quran Rosmawati Ali

7

Page 8: al-tabari

g) Selain daripada itu juga, Ibn Jarir turut bertindak menoloak terhadap segala

riwayat yang tidak diyakini kesahihannya. Jesteru itu, setiap tafsir yang di terima

daripada tabi’in seperti Mujahid dan Al-Dahkak, beliau menjelaskan dengan

sanad yang cukup sempurna.

Dalam mentafsir dan menyusun kitab tafsir, ada sesetangah ulama mengatakan bahawa

beliau tidak terlepas dari memasukkan atau mengambil hadis-hadis yang tidak sahih dan

juga tanpa membuat penjelasan bahawa sesetengah hadis yang dimuatkan adalah tidak

sahih.walaupun begitu, dalam konteks ini sebenarnya Ibn Jarir memang ada menyebutkan

bahawa sanad hadis itu sebenarnya tidak sempurna dan beliau juga sendiri mengakui

bahawa ada kelemahan dan kekurangan dalam tafsirnya itu. Oleh sebab itu, beliau telah

membuka peluang kepada ulama lain dan pengkaji serta pembaca untuk membuat

penilaian sendiri berkaitan dengan kedudukan hadis.

Ibn Jarir juga dikatakan telah meriwayatkan berita yang diterima dari Ibn Abbas, Ibn

Mas’ud dan ubai bin ka’ab. Hal ini menyebabkan tafsir tabari tidak terlepas dari

mengisahkan kisah-kisah israiliayat. Walaupun begitu, hampir semua kisah dan berita

israiliyat itu mendapat kritikan dan perbahasan dari beliau. Kitab tafsir ibn Jarir telah di

tahqiq oleh Muhammad Mahmud Syakir. Manakala seluruh hadis yang terdapat dalam

kitab tafsir tersebut telah diikaji oleh Ahmad Muhammad Syakir.

RUJUKAN :Pengantar Ulum al-Quran Rosmawati Ali

HASIL KARYA IMAM AL-TABARI (Jami’ Al-Bayan fi Al-Quran)

Kitab ini dikenal dengan sebutan Tafsir at-Tabari yang membahaskan tentang riwayat-

8

Page 9: al-tabari

riwayat dari Rasulullah Saw, para sahabat, dan tabi’in. Tafsir ini juga mengandungi kisah

atau riwayat yang tidak shahih, termasuk cerita Isra’iliyat.Asal ayat-ayat al-Qur’an juga

dibahaskan dan dijelaskan di dalam tafsir ini. Namun demikian, kitab ini merupakan salah

satu karya tafsir yang paling terkenal dan dijadikan rujukan oleh hampir setiap ulama.

Tafsir ini menjadi rujukan utama. Kitab ini telah dicetak dua kali di Mesir dan hingga

kini ia masih belum pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

Ketika Syeikh al-Islam Taqi al-Din Ahmad ibn Taimiyah ditanya tentang tafsir mana

yang lebih dekat dengan al-Qur’an dan Sunnah? Dia menjawab bahawa di antara semua

tafsir yang ada pada dewasa kini, Tafsir Muhammad bin Jarir al-Tabari adalah yang paling

dekat dengan Al-Quran. Al-Tabari dalam tafsirnya memuatkan ajaran-ajaran salaf dengan

rangkaian sanad yang matan dan tidak ada bid’ah di dalamnya, juga ia tidak menerima

riwayat dari perawi seperti Muqatil ibn Bakir dan al-Kalabi. Secara spesifik Fu’ad Sezkin

menaruh perhatian terhadap kesahihan sanad-sanad dalam tafsirnya yang dapat digunakan

sebagai bukti bahwa kitab-kitab lebih awal yang dijadikan sebagai rujukan oleh Ibnu Jarir

ketika menulis tafsirnya, dan sekaligus membantah pendapat para orientalis yang

mengatakan bahawa Tafsir Ibnu Jarir adalah bersumberkan dari cerita-cerita lisan.

Penjelasan tentang gaya bahsa dan aspek-aspek lain dari bahasa Arab yang baru dan lama,

merupakan suatu kemestian dalam kitab ini. Tafsir ini tidak terlepas dari perdebatan para

ahli teologi yang begitu masyhur pada waktu itu, sehingga di dalamnya terdapat kritikan

terhadap Qadariyah dan Jabariyah. Pembahasan mengenai fiqh yang sangat sengit, di

mana dikemukakan pendapat beberapa hukum dan persoalan-persoalan fiqh yang berbeza

dari keempat madzhab yang sudah diketahui di kalangan ahl al-sunnah wa al-jamaah .

Selain itu, ia juga berbeza pandangan dengan madzhab Hanbali.

RUJUKAN :kursus tafsir al-Quran Ahmad Sonhadji

Ada beberapa kitab yang berkait dengan kitab ini, antaranya ialah:-

At-Thabari wa Minhajuhu fi at-Tafsir karya Dr. Mahmud ibn Syarif; Ibnu Jarir at-

9

Page 10: al-tabari

Thabari wa Minhajuhu fi at-Tafsir karya Dr. Muhammad Bakar Isma’il, Kairo: Dar al-

Manar, Cet. I, tahun 1411 H./1991 M; At-Thabari Qari’an wa Ushuluhu fi Ikhtiyar al-

Qira’at al-Qur’aniyah, Muhammad Najib Qubawah (Tesis di Universitas Damaskus);

Muhammad ibn Jarir At-Thabari wa Minhajuhu fi at Tafsir karya Dr. Mahmud

Muhammad Syubkah (Disertasi); As-Syi’r al-Jahili fi Tafsir at-Thabari karya Laela

Taufiq al-‘umari (Tesis di Universitas al-Ardani, Yaman), tahun 1414 H./1983 M; Imam

at-Thabari Bahtsun fi at-Tafsir karya Syakir Abdillah ibn ‘Abd al-‘Aziz al-Mushlih,

Riyadh: Univeritas Muhammad ibn Syu’ud; Al-Qira’at ‘Inda Abi Jarir at-Thabari fi

Dhau’i al-Lughah wa an-Nahwi karya Ahmad Khalid Aba Bakr (Disertasi), Makkah al-

Mukarramah: Universitas Ummu al-Qurra’, 1403 H., 2 jilid.

Selain itu, juga ada yang membuat ringkasan (ikhtishar), seperti:

Mukhtashar Tafsir at-Thabari karya Muhammad ibn Shumadih at-Tujaibi al-Andalusi,

Kairo: al-Hae’at al-Mishriyah al-‘Ammah li al-Kitab, 2 jilid, 1400 H./1980 M.

Mukhtashar Tafsir at-Thabari (ditahqiq oleh Syekh Muhamamd Ali ash-Shabuni dan Dr.

Shalih Ahmad Ridha), Dar Ahya at-Turats al-‘Arabi, 2 jilid, 1402 H.

(Keterangan ini merujuk pada kitab At-Tafsir wa al-Mufassirun karya Muhammad Husain

Adz-Dzahaby dan kitab Muqaddimah fi Ushul at-Tafsir karya Ibnu Taimiyah)

RUJUKAN :kursus tafsir al-Quran Ahmad Sonhadji

PERBANDINGAN ANTARA TAFSIR AT-TABARI DENGAN TAFSIR IBN

KATHSIR

10

Page 11: al-tabari

Dalam surah Yusuf ayat 1 dan 2 Allah Taala berfirman:

1) Alif, Laam, Raa'. ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran Yang menyatakan kebenaran.

2) Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran Yang dibaca Dengan

bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.

Dalam menjelaskan makna al-Quran sebagai Kitab yang Mubin (jelas dan terang) berkata

Imamul Mufassirin Ibn Jarir al-Tabari r.h:

من: فيه ما ر وتدب تاله لمن ، المبين الكتاب آيات هذه ونهيه حالله معناه وحرامه

” مبين ; أنه أخبر ثناؤه جل الله ألن معانيه صنوف من حواه ما ولم ،” وسائر

جميعه كان إذ ، جميعه على فذلك ، جميعه دون فيه ما بعض عن إبانته يخص

;ا فيه مبين عما .

Maksudnya: “Maknanya: Inilah ayat-ayat al-Kitab yang jelas bagi sesiapa yang

membacanya dan mentadabbur apa yang ada dalamnya daripada halal, haram, larangan,

dan semua jenis maknanya kerana Allah Jalla Sanauh memberitahu ianya “Mubin”

(jelas) dan tidak mengkhususkan kejelasannya dalam sebahagian perkara tanpa

keseluruhannya maka kejelasan makna al-Quran itu meliputi keseluruhannya kerana

semua isinya menjelaskan apa yang terkandung dalamnya”. [Tafsir al-Tabari, 15/550].

Berkata pula Imam Ibn Kathsir dalam menjelaskan maksud “al-Mubin”:

11

Page 12: al-tabari

األشياء عن يفصح الذي الجلي، ويبينها الواضح ويفسرها المبهمة

Maksudnya: “Yang jelas, terang, yang menjelaskan tentang semua perkara yang tidak

jelas, mentafsirkannya dan menerangkannya”. [Ibn Kasir, 4/365].

Berkenaan dengan ayat yang kedua, Imam al-Mufassirin Ibn Jarir al-Tabari menyatakan:

;ا قرآن المبين، الكتاب هذا أنزلنا وكالمهم إنا لسانهم ألن ، العرب على Iا عربي

ليعقلوه بلسانهم الكتاب هذا فأنزلنا ، منه عربي ويفقهوا

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami (Allah) menurunkan Kitab ini yang jelas sebagai

Quran (Bacaan) dalam bahasa Arab kepada orang Arab kerana bahasa dan percakapan

mereka dalam Arab, maka Kami turunkan Kitab ini dengan bahasa mereka supaya

mereka memahami dan jelas dengan maksudnya”. [Tafsir al-Tabari, 15/551].

Berkata Imam al-Baghawi r.h:

بلغتكم، فيه أنزلناه ما وتفهموا معانيه، تعلموا لكي

Maksudnya: “Kami (Allah) turunkannya (al-Quran) dalam bahasa kamu (orang Arab)

supaya kamu memahami makna-maknanya dan kamu faham apa yang terkandung

dalamnya”. [Tafsir al-Baghawi, 4/209].

Maka semua ayat dalam al-Quran diturunkan untuk difahami maka tiada satu lafaz pun

yang tidak bermakna atau tidak beerti dalam al-Quran, sesiapa yang mengatakan ada

dalam al-Quran terdapat ayat atau lafaz yang sia-sia, yang tidak dapat difahami, maka dia

telah menisbahkan kepada Allah Taala sifat aib kerana al-Quran adalah Kalam Allah dan

Kalam Allah tidak sama dengan dengan kalam makhluk.

Sekarang telah jelas kepada kita bahawa al-Qur’an itu Muhkam yakni tidak akan dapat

dicerobohi kebenarannya oleh tangan-tangan kaum batil dan Mufassal yakni jelas

12

Page 13: al-tabari

maknanya, Mubin yakni terang dan jelas maknanya, diturunkan untuk difahami dan

dihayati ajarannya, mustahil terdapat dalam al-Quran kalimah atau lafaz yang tidak boleh

difahami.

RUJUKAN :islamicbookstore.com/b9595.html

SUMBANGAN TAFSIR AL TABARI

Antara keistimewaan yang dimiliki oleh tafsir al-Tabari antaranya ialah tafsir ini ditulis

dan di susun mengikut kaedah majoriti Ulama salaf. Iaitu melakukan penafsiran ayat

berdasarkan Athar. Selain itu, Tafsir ibn Tabari juga menerangkan antara ta’wil yang

kukuh yang telah beliau perolehi dari para sahabat, yang mana menurut penilaiannya ia

adalah sangat hampir dengan kebenaran. Tafisr al-Tabari juga merupakan sebuah kitab

yang sangat bermutu tinggi di mana di dalamnya mempunyai pendapat yang tepat dari

sudut bahasa Arab serta membentangkan nas secara sempurna melalui sanad yang lengkap

dan sempurna. Dalam tafsir Ibn Jarir beliau telah menghuraikan tentang sanad dengan

jelas, mendekatkan apa yang jauh serta mengumpulkan apa yang jauh serta

mengumpulkan apa yang tidak dapat dikumpulkan oleh penulis tafsir lain.

KEISTIMEWAAN TAFSIR AL-TABARI

Antara keistimewaan pada tafsir al-tabari ialah mengandungi 30 Juzuk dan memiliki

lengkap dengan sejarah pembukaan ilmu-ilmu tafsir pada waktu itu. Selain itu juga, tafsir

al-Tabari ditulis seperti kaedah penulisan para Ulama Salaf dan menerangkan takwil yang

jelas dan kuat yang diperolehi dari para sahabat.

KELEMAHAN DAN KRITIKAN

Antara kelemahan yang terdapat di dalam tafsir al-tabari ialah memuatkan perkara yang

unsure israiliyyat. Selain itu, tafsir ini juga memuatkan cerita-cerita dongeng yang sangat

jelas kepalsuannya. Di dalam tafsir ini juga menyenaraikan sanad dan riwayat yang daif.

13

Page 14: al-tabari

Dalam tafsir ini juga menjelaskan perkara-perkara yang muhrab dan membuang

sesetengah sanad yang panjang.

RUJUKAN :pengantar usul tafsir

PENUTUP

Banyak yang boleh kita dapat hasil dari pentafsiran al-Quran dari para mufassir antaranya

ialah kita dapat memperkembangkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Furqan. Dengan

penjelasan dan penerangan yang telah disediakan oleh para mufassir memudahkan kita

untuk memahami dan menjadikan ia sebagai bahan untuk berdakwah. Islam telah

meletakkan asas dakwah buat pertama kali kepada baginda Rasulullah s.a.w kepada

menggarap ilmu pengetahuan menerusi ayat pertama turun daripada Allah melalui

perantaraan Malaikat Jibril a.s. Mana mungkin baginda nabi mampu menyeru manusia

dengan pelbagai ragam cita rasa peribadatan pada masa itu tanpa dibekalkan Allah dengan

ilmu. Sesunggunnya ilmu itu boleh diperolehi dengan jalan membaca, memikirkan tanda-

tanda kebesaran Allah terhadap bahan-bahan ciptaan-Nya, memerhatikan kebesaran

kerajaan Allah dalam mentadbir bumi dengan segala kebenaran daripada-Nya. Malah

Islam telah menyediakan satu dasar dalam konsep Usul Fiqh, bahawa semua amal ibadat

seseorang itu yang tidak disandarkan dengan kefahaman ilmu dan makrifat, maka ia akan

terbatal dengan sendirinya. Ia memberi maksud, jika seorang muslim yang rajin beramal

ibadat, tetapi amalan-amalan yang dilakukannya bukanlah kerana atas kefahaman yang

dipelajarinya, malah lebih kepada warisan secara tradisi, maka adalah dibimbangi,

amalannya itu tidak diterima di sisi Allah s.w.t.

BIBLIOGRAFI

Pengantar ulum al-quran rosmawati ali

http// www.imam al tabari.com

pengantar usul tafsir

14

Page 15: al-tabari

kursus tafsir al-quran ahmad sonhadji

en.wikipedia.org/wiki/Muhammad_ibn_Jarir_al-Tabari

islamicbookstore.com/b9595.html

15