View
239
Download
7
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Al-Munzir Keluaran Ke 3 Sesi 2013/2013 Memanfaatkan Penggunaan Media Elektronik dan Media Massa
Citation preview
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi
Maha Pengasihani…
MEMANFAATKAN MEDIA
MASSA
Perkataan medium berasal
daripada bahasa latin yang bermaksud
pelbagai saluran untuk menyalurkan
idea, gambaran dan perasaan mana-
kala massa pula bermaksud instrumen
atau alat. Jadi dapatlah kita rumuskan
di sini media massa merupakan pelba-
gai saluran untuk kita menyampaikan
maklumat. Media yang pling cepat,
mudah dan murah adalah internet.
Perkembangan terkini teknologi yang
amat pesat meluaskan lagi capaian
internet melalui gajet seperti telefon
bimbit, tablet, computer riba dan
banyak lagi yang amat panjang jika
disenaraikan semuanya. Portal dan
aplikasi sosial juga menjadi salah satu
medium yang paling luas rangkainnya
menghubungkan manusia seluruh
dunia. Jika dilihat dari perspektif yang
berbeza, perkembangan ini men-
datangkan banyak manfaat kepada
perkembangan dakwah dan penye-
baran ilmu jika dimanfaatkan sepe-
nuhnya.
Penggunaan media massa
banyak membantu gerak kerja dakwah
kerana akses yang mudah dan meluas.
Dimensi baru ini mempersembahkan
konsep dakwah dalam pelbagai ben-
tuk termasuk video, komik, poster,
artikel dan sebagainya. Antara yang
paling mendapat tempat ialah vlog
yang merupakan kaedah penyampaian
melalui video. Antara nama yang ser-
ing disebut-sebut sebagai vlogger
terkenal ialah Aisyah Shakirah, Mat-
luthfi, Aiman Azlan dan beberapa lagi
mahasiswa baik yang sedang belajar
dalam negara mahupun luar negara.
Namun begitu, tidak bermakna
kita perlu menjadi seseorang yang
terkenal dan berpengaruh besar untuk
berdakwah melalui media massa. Tun-
jukkanlah qudwah hasanah dalam pe-
nulisan kita di Twitter, Facebook dan
blog. Kita sepatutnya memanipulasi
kemudahan ini dan bukannya menjadi
lalai serta kecundang dalam arus
kemodenan.
Selain itu, dalam konteks kita
sebagai pelajar, media massa memai-
nkan peranan yang sangat penting
dalam mendapatkan ilmu pengeta-
huan. Namun demikian, hal ini tidak
bermaksud kita bergurukan media
massa seperti internet semata-mata
untuk menuntut ilmu. Sebaliknya me-
dia massa menjadi sumber rujukan
sampingan untuk kita menajamkan
kefahaman atau mencari maklumat
tambahan di samping mempelbagai-
kan teknik pembelajaran. Tambahan
pula guru dan pensyarah juga meng-
gunakan internet untuk sesi tutor. Jadi
kita dapat belajar dengan lebih santai
dan tidak membosankan.
Rugilah kita jika kita tidak
memanfaatkan kemudahan ini sebaik
mungkin. Capaian tanpa batasan
menerusi internet khususnya menye-
babkan budaya kuning menyelinap
masuk dalam pemikiran anak muda
masa kini tanpa kita sedari. Kita ju-
galah yang bertanggungjawab untuk
memerangi serangan pemikiran ini.
Jika kita benar-benar mengguna-
kannya untuk kebaikan, ia akan men-
jadi sebahagian daripada juzuk-juzuk
yang akan menyumbang kepada ke-
bangkitan Islam pada akhir zaman ini
Tips manfaatkan Internet/media massa :
3
MEMANFAATKAN MEDIA MASSA
Coretan Pedoman...
MUTIARA AL-QURAN
“Dan tuntutlah dengan harta
kekayaan yang telah dikurniakan
Allah kepadamu akan pahala dan
kebahagiaan hari akhirat dan
janganlah engkau melupakan
bahagianmu (keperluan dan
bekalanmu) dari dunia “
Al-Qasas (28:77)
English Standard
Arabic
key مفاتيح( ج)مفتاح
wall (of a
room)
جدر( ج)جدار
electrical
plug
قابس
ceiling سقوف( ج)سقف
floor
( ج)أرضية
أرضيات
roof سطوح( ج)سطح
electricity كهرباء
Kebijaksanaan Rumaysa' binti Milhan (Ummu Sulaym)
Hasil perkahwinan Rumaysa’ dan Abu Talhah, mereka dikurniakan cahayamata bernama Abu Umair. Se-
waktu Abu Talhah bermusafir jauh, Abu Umair telah meninggal dunia. Rumaysa' telah menguruskan mayat
anaknya bersama penduduk kampung dan memberitahu orang ramai supaya tidak menceritakan perihal itu
kepada suaminya, melainkan daripada dirinya sendiri.
Selepas Abu Talhah pulang dalam keadaan penat, Rumaysa' menghidangkan makanan dan melayan
suaminya makan. Abu Talhah bertanya kepada Rumaysa',
" Mengapa aku tidak melihat Abu Umair?"
" Anak kita berada dalam keadaan aman sekarang"
Selepas makan, Rumaysa' melayan suaminya dengan baik. Selepas hilang letih suaminya, menjelang ma-
lam, suaminya bertanya lagi, "Dimanakah Abu Umair?"
" Suamiku, sekiranya seseorang meminjamkan sesuatu kepada kita, jika dia mengkehendakinya kembali,
wajibkah kita memulangkannya kembali?" "Mestilah perlu"
"Begitulah dengan anak kita. Allah telah meminjamkan Abu Umair kepada kita dan Dia telah mengambil-
nya kembali"
Mengerti akan kata-kata isterinya, Abu Talhah sedih namun redha dengan pemergian anaknya. Keeso-
kannya, Abu Talhah berjumpa dengan Rasulullah dan menceritakan perihal itu. Rasulullah kagum dengan
ketabahan Ummu Sulaym dan mendoakan mereka dikurniakan zuriat yang ramai. Akhirnya mereka dikur-
niakan 10 orang anak yang masing2 merupakan ulama' yang terkenal.
Mari Kenali Sahabat BAginda..
ARABIC VOCABULARY