23
ﺃﻛﺎﺩﻳﻤﻴﺔ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻲ ﺃﻛﺎﺩﻳﻤﻴﺔ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻲ ﺃﻛﺎﺩﻳﻤﻴﺔ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻲ ﺃﻛﺎﺩﻳﻤﻴﺔ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻲAKADEMI IMAM SYAFI’E

akademi imam syafie_ais

  • Upload
    dumi

  • View
    308

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: akademi imam syafie_ais

أكاديمية اإلمام الشافعيأكاديمية اإلمام الشافعيأكاديمية اإلمام الشافعيأكاديمية اإلمام الشافعي

AKADEMI IMAM SYAFI’E

Page 2: akademi imam syafie_ais

2

تتبأن ةبثل حكم بيل اللهي سف مالهوقون أمفني ينثل الذمنمل فاعضي اللهو ةبائة حم لةبني كل سابل فنس عباء سشي

يملع عاسو اللهو 261:البقرة

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas

(rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

(Surah al-Baqarah : 261)

Page 3: akademi imam syafie_ais

3

PENGENALAN

AKADEMI IMAM SYAFI’E (AIS) adalah sebuah badan bukan

kerajaan (NGO) yang bukan bermatlamatkan keuntungan yang

ditubuhkan sebagai sebuah ikatan Amanah pada Zulqaedah 1429H

bersamaan Disember 2008.

Tujuan-tujuan utama penubuhan AIS adalah seperti berikut:

(a) Menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan dan pendidikan

bagi kepentingan umat Islam, khususnya anak-anak

yatim, anak-anak ibu tunggal dan anak-anak faqir

miskin.

(b) Melaksanakan kegiatan da'wah dan pembangunan

komuniti untuk memberi khidmat kebajikan dan

penyebaran Islam kepada masyarakat terutamanya

golongan kurang bernasib baik.

(d) Menjadi wadah bagi menggembleng usaha dan tenaga

rakyat Malaysia untuk meningkatkan kapasiti umat

Islam dalam membina dayasaing dengan bangsa-bangsa

lain di negara ini.

(f) Mewujudkan kerjasama dengan badan-badan di

peringkat nasional dan internasional dalam usaha

mencapai tujuan-tujuan di atas.

Page 4: akademi imam syafie_ais

4

:ما من يوم يصبح العباد فيه إال ملكان يرتالن فيقول أحدمها اللهم أعط ممسكا تلفا: اللهم أعط منفقا خلفا، ويقول اآلخر

) الصحيحني(

Terdapat dua Malaikat yang akan berdoa pada setiap pagi untuk seseorang hamba dengan

doanya : Ya Allah kurniakanlah kepada mereka yang infaq (sedekah) gantian dan seorang lagi akan derdoa : Ya Allah hilangkanlah daripada mereka yang menahan

dari infaq. (Riwayat Bukhari & Muslim)

Page 5: akademi imam syafie_ais

5

PROJEK

Bagi merealisasikan matlamat penubuhan AIS, beberapa projek

jangka pendek dan jangka panjang telah dirancang untuk

dilaksanakan. Projek-projek ini akan dilaksanakan dalam beberapa

fasa bergantung kepada kemampuan kewangan yang dimiliki.

KOMPLEKS PENDIDIKAN AKADEMI IMAM SYAFI’E

Dalam fasa pertama AIS akan mengorak langkah menubuhkan

Kompleks Pendidikan AIS yang akan merangkumi Masjid dan Asrama

anak-anak yatim dan miskin.

Peranan utama Kompleks ini ialah menguruskan penempatan serta

pendidikan pelajar-pelajarnya. Kurikulum pendidikan AIS adalah

gabungan diantara pengetahuan akademi dan agama melalui

kurikulum pendidikan Kementerian Pelajaran, Majlis Agama Islam

Negeri dan kurikulum AIS. Gabungan ketiga-tiga kurikulum ini

bertujuan melahirkan anak-anak bangsa yang mempunyai

latarbelakang pendidikan agama, tahfiz dan sains demi memenuhi

keperluan Ummah di masa hadapan.

Page 6: akademi imam syafie_ais

6

صدقة جارية، أو : إذا مات اإلنسان انقطع عمله إال من ثالث صاحل يدعو له علم ينتفع به، أو ولد

)رواه مسلم(Apabila matinya insan, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat darinya, anak yang soleh yang mendoakanya.

(Riwayat Muslim)

Page 7: akademi imam syafie_ais

7

KONSEP

AIS akan membangunkan Kompleks Pendidikan yang terdiri dari

sebuah masjid dan asrama anak-anak yatim atau miskin di tapak

tanah wakaf persendirian Hj Abdul Razak Daud di Kg Kuau, Bachok,

Kelantan. AIS akan menguruskan pengendalian masjid, asrama dan

semua urusan berkaitan pendidikan anak didiknya. AIS akan

mengadakan Perjanjian Persefahaman dengan Yayasan Islam

Kelantan (YIK) iaitu badan yang mengendalikan pendidikan agama

menengah di negeri Kelantan. Ia bertujuan untuk menempatkan

pelajar-pelajar AIS di sekolah-sekolah dibawah kelolaan YIK. Aliran

pendidikan yang dipilih hanyalah gabungan Pendidikan Islam dan

Sains sahaja.

Pelaksanaan kurikulum tambahan pula akan diuruskan oleh AIS

meliputi komponen, Tahfiz al-Quran, Pengajian Tafaqquh dan

Kemahiran Insaniah. Kesemua kos pendidikan pelajar-pelajar

tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh AIS.

MATLAMAT

Penubuhan Kompleks Pendidikan AIS adalah bertujuan untuk

menyediakan sistem penjagaan dan pendidikan komprehensif

berteraskan konsep kesepaduan ilmu dalam sistem pendidikan

Islam bagi anak-anak yatim dan miskin. Ini sejajar dengan usaha-

usaha meningkatkan kualiti hidup dikalangan masyarakat Islam di

Malaysia khususnya anak-anak yatim serta miskin.

Page 8: akademi imam syafie_ais

8

إذا إردت تليني قلبك فأطعم املسكني، وامسح على رأس

)رواه أمحد (اليتيمApabila kamu mahukan ketenangan hati maka berilah makan kepada orang-orang miskin dan usapkanlah

kepala anak yatim (Riwayat Ahmad)

Page 9: akademi imam syafie_ais

9

Hasrat dan cita-cita ini dirancang untuk merealisasikan perkara-

perkara berikut:

Mendidik anak-anak yatim atau miskin dengan pendidikan

Islam dan akademik

Menyediakan keperluan jagaan dan pendidikan yang

sempurna bagi anak-anak yatim atau miskin.

Menyelia dan menyelaras kurikulum tambahan seperti:

o Tahfiz al-Quran

o Pengajian Tafaqquh

o Kemahiran Insaniah

Menjadi pusat pergembangan Syiar Islam dengan konsep

pusat pendidikan terbuka serta pusat khidmat masyarakat

bagi penduduk setempat.

KURIKULUM PENDIDIKAN AIS

Pendidikan Formal: Mengikuti pengajian aliran sains agama di

sekolah agama kelolaan YIK.

Program Tahfiz

o 6 Juzu’ setahun. (30 Juzu’ dalam tempoh 5 tahun)

Pengajian Tafaqquh.

o Empat kali seminggu melibatkan:

� ‘Aqidah

� Tafsir

� Hadis

� Feqh

Kemahiran Insaniah:

o Kemahiran Keusahawan.

o Kemahiran Vokasional

Page 10: akademi imam syafie_ais

10

من بىن هللا مسجدا ولو كمفحص قطاة لبيضها بىن اهللا له بيتا ) رواه أمحد( يف اجلنة

Sesiapa yang membina masjid kerana Allah sekalipun seluas tempat burung mengerang telurnya nescaya Allah akan bina rumah

untuknya di syurga (Riwayat Ahmad)

Page 11: akademi imam syafie_ais

11

o Kemahiran Komunikasi.

BAHASA PENGANTAR

Pelajar-pelajar akan ditekankan untuk menguasai:

B.Malaysia,B.Arab dan B.Inggeris.

YURAN

Ditaja sepenuhnya oleh AIS

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

Beragama Islam

Anak-Anak Yatim

Anak-Anak Miskin

Minimun 3A UPSR atau;

Lulus Ujian Kemasukan AIS

JUMLAH PELAJAR PADA SETIAP KEMASUKAN

20 Pelajar setiap pengambilan dengan jumlah maksima

seramai 100 penuntut.

LOKASI:

Lot 291, Kampung Kuau, Bachok, Kelantan. Waqaf keluarga Hj

Ab.Razak Daud.

Page 12: akademi imam syafie_ais

12

) الترمذيرواه....(ما نقصت صدقة من مالTidak akan berkurangan harta yang disedekahkan…

(Riwayat al-Tirmizi)

Page 13: akademi imam syafie_ais

13

WARGA KERJA

JAWATAN KELAYAKAN MINIMUN

Pengetua Ijazah Sarjana Muda Pengajian

Islam dan pengalaman

mengurus pusat pendidikan

Islam tidak kurang dari setahun.

Setiausaha Diploma dalam bidang berkaitan

Guru Tahfiz Ijazah Sarjana Muda atau

setaraf dan al-Hafiz.

Tukang Masak Pengalaman tidak kurang dari

setahun

Pembantu Am SPM dan berperibadi muslim.

Pemandu Lesen memandu yang berkaitan

dan berperibadi muslim.

JADUAL HARIAN

5.00 AM Siapkan diri

6.00 AM Solat Subuh

6.10-7.00 AM Tilawah Quran

7.00 - 7.20 AM Sarapan

7.45 - 1.30 PM Sessi Pengajian di Sekolah Agama YIK

1.30 - 3.00 PM Solat Zohor, Makan Tengahari & Siapkan Diri

3.00 - 5.00 PM Kelas Tahfiz & Solat Asar

5.30 - 6.00 PM Riadhah

6.00 - 10.30 PM Siapkan Diri & Makan Malam.

Solat Maghrib, Kelas Tafaqquh, Solat Isya’

Ulangkaji Pelajaran & Hafalan

11.00 PM Tidur.

Page 14: akademi imam syafie_ais

14

كما والصدقة تطفىء اخلطيئة : قوله صلى اهللا عليه وسلم

)رواه الترمذي( تطفىء املاء النار

Sedekah itu akan menghapuskan kesalahan (dosa)

sepertimana air memadamkan api.

Page 15: akademi imam syafie_ais

15

KEWANGAN

AIS memerlukan sumber kewangan secara tajaan atau sumbangan

untuk membiayai kos perbelanjaan menyiapkan infrastruktur dan

kos perbelanjaan bulanan. Berikut adalah anggaran kos yang

diperlukan:

ANGGARAN KOS INFRASTRUKTUR:

PERKARA JUMLAH

Masjid RM400,000.00

Asrama RM400,000.00

Bas Sekolah RM80,000.00

Kelengkapan masjid & asrama RM120,000.00

JUMLAH RM1,000,000.00

CADANGAN BANGUNAN

Kompleks AIS ini dirancang supaya dapat menampung seramai 100

pelajar pada satu-satu masa. Kompleks ini mengandungi komponen

berikut :

Sebuah Masjid tiga tingkat berukuran 40’ X 65’ iaitu; dua

dewan solat, pejabat AIS dan perpustakaan.

Sebuah bangunan asrama tiga tingkat berukuran 25’ X 85’

iaitu; 6 bilik asrama yang besar dan tiga unit kediaman

guru/warden.

Page 16: akademi imam syafie_ais

16

مترة فاتقوا النار، ولو بشق :قوله صلى اهللا عليه وسلم

)متفق عليه(

Hindarilah api neraka sekalipun dengan (bersedekah)

sebelah biji tamar

Page 17: akademi imam syafie_ais

17

ANGGARAN KOS BULANAN:

PERKARA JUMLAH

Pengetua1 RM2000.00

Pembantu Tadbir2 RM1,200.00

Guru Tahfiz merangkap Imam3 (2*1700) RM3,400.00

Tukang Masak RM1,000.00

Pemandu & Pembantu Am RM1,000.00

Letrik4 RM3,000.00

Air5 RM2,000.00

Elaun Guru Tafaqquh (4*4*150) RM2,400.00

Makan & Minum6 RM6,000.00

JUMLAH RM23,000.00

SUMBANGAN

Sebarang sumbangan dan tajaan dari semua pihak amatlah dialu-

alukan. Para Penyumbang & Penaja boleh menyalurkan sumbangan

ke akaun AKADEMI IMAM SYAFI’E :

MAYBANK CAWANGAN BACHOK

(Perbankan Islam)

553083022164

(Akademi Imam Syafi’e)

1 Jawatan ini akan diwujudkan apabila AIS beroperasi sepenuhnya. 2 Jawatan ini akan diwujudkan apabila AIS beroperasi sepenuhnya. 3 Guru untuk pelajar seramai 20 orang & bertugas mengikut syif. 4 Kos untuk keseluruhan kompleks AIS. 5 Kos untuk keseluruhan kompleks AIS. 6 Kos makan & minum sebulan untuk jumlah 20 pelajar sahaja(300*20).

Page 18: akademi imam syafie_ais

18

حسنا فيضاعفه من ذا الذي يقرض الله قرضا: وقوله سبحانه

وإليه ترجعون له أضعافا كثرية والله يقبض ويبسط

245:سورة البقر

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman

kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas)

supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan

berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah

jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan

(pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua

dikembalikan.

(al-Baqarah:245)

Page 19: akademi imam syafie_ais

19

atau menghubungi Pengerusi, Setiausaha atau Ahli Jawatankuasa

Kompleks Pendidikan Akademi Imam Syafi’e seperti berikut:

NAMA JAWATAN EMAIL TELEFON

Mohd Zamerey Bin

Abdul Razak

Pengerusi [email protected]

zamerey@asianfinanceba

nk.com

+60122942574

Norziha Bt Abdul

Razak

Setiausaha [email protected] +60123515617

Dr. Muhamad Zahiri

Bin Awang Mat

AJK [email protected]

+60192269567

Rahimi Bin Md Saad AJK [email protected]

[email protected]

+60126706655

+60132444343

Mohamad Zalami

Bin Abdul Razak

AJK [email protected] +60199824579

Mohd Abikarami Bin

Abul Razak

AJK [email protected] +60129403246

PROFILE JAWATANKUASA: Sila rujuk lampiran A

TARIKH PENTING:

PERKARA JANGKAAN BEROPERASI

Masjid Ramadhan 1430 (Ogos 2009)

Asrama Januari 2010

Bas Sekolah Januari 2010

Page 20: akademi imam syafie_ais

20

:قال اهللا تعاىل

رزقناهم منوا يقيموا الصالة وينفقوا ممالعبادي الذين آ قل

عيال ب موي يأتل أن ين قبة مالنيعا ورالل سال خو يهف

)31 :سورة إبراهيم(

Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman

hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan

mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada

mereka, samada dengan merahsiakan pemberiannya

itu atau dengan terbuka; sebelum datangnya hari yang

tidak ada jual beli padanya dan tidak ada sahabat

handai (yang dapat memberikan pertolongan).

(Surah Ibrahim:31)

Page 21: akademi imam syafie_ais

21

RUMUSAN

Harapan dan perancangan penubuhan Kompleks Pendidikan

Akademi Imam Syafi’e ini disokong dan dibantu oleh setiap lapisan

masyarakat demi kepentingan dan kecemerlangan anak-anak

yatim, anak-anak miskin khasnya dan ummah amnya.

Page 22: akademi imam syafie_ais

22

Lampiran A:

PROFILE JAWATANKUASA KOMPLEKS PENDIDIKAN AKADEMI IMAM

SYAFI’E

MOHD ZAMEREY BIN ABDUL RAZAK ( Pengerusi) Mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah-Feqh & Usul Feqh (Kepujian) dari Yarmouk University, Irbid,Jordan, (1997). Kemudian beliau melanjutkan pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperolehi Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Syariah) pada tahun 2002. Sekarang ini beliau menyambung pendidikan ke peringkat Doktor Falsafah (Syariah & Undang-undang) Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau memulakan kerjaya sebagai Guru di Maahad Kiblah, Bangi (1999). Pengurus Operasi (2002) Mulex Centric Sdn Bhd. Ketua Jabatan Syariah, Takaful IKHLAS Sdn Bhd (2003). Sekarang ini beliau menjawat jawatan Ketua Jabatan Syariah merangkap Setiausaha, Majlis Penasihat Syariah, Asian Finance Bank Berhad, Kuala Lumpur.(Kumpulan Qatar Islamic Bank) NORZIHA BINTI ABDUL RAZAK (Setiausaha) Mendapat Ijazah Diploma Usuluddin dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Terengganu 2000. Kemudian menyambung ke peringkat Sarjana Muda Dakwah Pengurusan Islam di Universiti Sains Islam Malaysia 2003 (USIM), sedang menyiapkan tesis Sarjana Dakwah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sekarang beliau bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 2, Kuala Lumpur. DR.MUHAMAD ZAHIRI BIN AWANG MAT (AJK) Mendapat pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda (B.A. Hons), dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari al-Azhar Universiti, Kaherah(1992). Kemudian melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (M.Ed) dalam bidang Pendidikan Islam dan Kurikulum di Yarmouk Universiti, Irbid, Jordan (1996). Kemudian melanjut pengajian di peringkat Doktor Falsafah Ph.D di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di bidang Pendidikan Islam dan Kurikulum (2005). Memulakan kerjaya sebagai Pensyarah di Kolej Anjung Selatan, Sepang pada 1997 seterusnya sebagai Pensyarah di Institut Pendidikan, Universiti Islam Antrabangsa Malaysia.

Page 23: akademi imam syafie_ais

23

RAHIMI BIN MD SAAD (AJK) Mendapat pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda(Kepujian) dari Yarmouk Universiti, Irbid Jordan (1997). Kemudian melanjut pendidikan diperingkat Diploma Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1999) dan memperolehi Sarjana Pendidikan dari Universiti Malaya pada tahun 2003. Memulakan kerjaya sebagai Pengurus Pelancongan Pendidikan di ASH-HAR Travel & Tour Sdn Bhd (1997) seterusnya sebagai Pendaftar di Kuliah Pondok Darulnaim (1998). Sekarang beliau bertugas sebagai Pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. MOHD ZALAMI BIN ABDUL RAZAK (AJK) Mendapat pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam di Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga, Yogyakarta, Indonesia (1994). Memulakan kerjaya sebagai pengurus syarikat keluarga. Sekarang ini, beliau mengusahakan HRD Industries, sebuah syarikat yang mengeluarkan air minuman dan air R.O. Beliau juga telah mengasaskan sebuah syarikat yang berasaskan pertanian iaitu Sepakat Global Venture Sdn Bhd, di Kota Bharu Kelantan yang menjuruskan kepada perniagaan berasaskan serai. MOHD ABIKARAMI BIN ABDUL RAZAK (AJK) Mendapat pendidikan awal di SMU (A) Yaakubiah, Nipah. Kemudian melanjutkan pendidikan ke Institut Latihan Perindustrian, Pedas, Negeri Sembilan (2001). Memulakan kerjaya sebagai Pegawai Operasi syarikat keluarga dan sekarang menjawat jawatan Pengurus HRD Industries, sebuah syarikat pengeluar air minuman dan RO di Bachok, Kelantan.