Upload
ledung
View
238
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Jamak & Qasar Solat yang ditinggal dalam masa musafir, bolehkah diqada’kan dalam masa bermukim dengan diqasarkan? Tidak harus diqada’kan solat tersebut dengan diqasarkan, demikian juga halnya dengan solat yang ditinggalkan dalam masa bermukim maka tidak harus diqada’kan dalam masa
musafir dengan diqasarkan.
Ruj: Panduan Solat Musafir, Jama’ dan Qasar.
MUTIARA
HIKMAH Berkata Al Hakim: Akhlak yang buruk itu merosakkan amalan sep-erti cuka merosakkan madu...
Ayuh kita meriahkan
program kerohanian…
Setiap Selasa dan Ra-
bu– KELAS TAHSIN
AL QURAN
Setiap Rabu– KELAS
ASAS TAJWID
MUSLIMAT
Khamis (minggu 1&4)
- DAURAH ILMU
Selasa (minggu kedua
dan keempat)-
PENGAJIAN
FARDHU AIN
Ahad- Khamis
BIMBINGAN AL
QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN
ISLAM DARUL
SYIFA’ 14 September 2014 -
BENGKEL FOTOGH-
RAFI BERSAMA
CANON 22 September 2014 -
KULIAH TASAWUF Hubungi talian:
049282567/60/58/69/
66/63
Dan layari…
www.pusatislam.uum.edu.
my
Fb : Pusat Islam UUM
AGAMA
m/s 4
S
J
TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM 2014
Nama lengkap Ibnu Nafis ialah Ala-al-Din Abu al-Hasan Ali Ibn
Abi al-Hazm al-Qarshi al-Dimashqi. Dilahirkan pada tahun 1213 Masihi di
Damsyik. Mempelajari ilmu kedoktoran ditempat kelahirannya di bawah
tunjuk ajar seorang guru Muhadzdzib ad-Din Abdul Rahim bin Ali, yang
terkenal sebagai ad-Dakhwar. Di samping itu juga, Ibnu Nafis juga bela-
jar tatabahasa Arab (nahu saraf), logic dan ilmu keislaman yang lain.
Ibnu Nafis merupakan seorang tokoh doktor bedah yang sering
melakukan penelitian. Bahkan dialah orang pertama yang menemukan
bahagian tubuh manusia yang amat penting iaitu pembuluh darah ka-
pilari. Karya-karya ilmiah yang terbesar dan bersinambung banyak
dikagumi oleh sarjana-sarjana semasa zamannya.
Teori yang diterjemahkan daripada karyanya sebelum ini didalam
buku The Lesser or Pulmonary Circulation of the Blood tercatat sebagai
buku pengukur prestasi paling penting dalam lapangan kedoktoran.
Beliau meninggal dunia pada Zulkaedah 687 Hijrah/18 Disem-
ber 1288 Masihi di Kaherah pada usia 80 tahun. Ketika Ibnu Nafis
meninggal, beliau mewariskan rumah, kekayaan, dan buku-bukunya un-
tuk disumbangkan kepada Hospital Mansuri di Kaherah, yang
dibangunkan oleh Sultan Kalawan dan kemudian disempurnakan pada
tahun 683 Hijrah/1248 Masihi.
AZ
BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.TBERIMAN DENGAN ALLAH S.W.TBERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T
SIFAT-SIFAT MUSTAHIL DAN HARUS BAGI ALLAH TAALA
Mustahil ertinya: sesuatu yang tidak sekali-kali diterima oleh akal ada
dan ia memang tidak wujud pada asal lagi bagi Allah SWT. Sifat-sifat mustahil
bagi Allah itu ialah lawan bagi sifat-sifat yang wajib seperti tuhan ramai, ada per-
mulaan, ada akhir, bersifat lemah,jahil dan sebagainya yang bertentangan dengan
sifat-sifat wajib. Jelas di sini segala sifat yang menunjukkan kekurangan dan
bertentangan dengan kesempurnaan darjat Uluhiyyah dan Rububiah adalah musta-
hil ada pada Allah SWT.
Harus ertinya: sesuatu yang boleh diterima ada dan boleh diterima tiada
seperti harus bagi Allah mengurniakan anak kepada seseorang atau tidak, harus
Allah mematikan seseorang atau tidak dan harus Allah melakukan kepada sesuatu
yang mumkinat mengikut kehendaknya yang mutlak. Allah tidak terikat dengan
sesuatu undang-undang secara terpaksaatau dipaksa. Wallahua’lam
Sidang Redaksi
Pengarang:
Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Pe-
rundingan, Pusat Islam
UUM Dengan kerjasama:
Bahagian Hal Ehwal
Masjid , Pusat Islam UUM
04-9282563/64/6758
BIL 20/2014
Gema Jumaat
m/s 2
KELEBIHAN TAFAKKUR
االخرة التفكير في االخرة يورث الحكمة ويحيي القلوب والتفكير في الدنيا حجاب عن
Diriwayat daripada Sulaiman, sabda Nabi S.A.W. : “Berfikirlah pada akhirat itu
mempusakai akan hikmah dan menghidupkan hati dan berfikir pada dunia itu dinding
atas akhirat.”
Penyakit hati adalah lalai, maka ubat lalai iaitu berfikir, kerana berfikir itu men-
erangkan mata hati. Dengan dialah melihat akan kebajikan, kejahatan, manfaat dan
mudharat. Tiap-tiap hati yang tidak diguna pakai untuk berfikir, itulah rumah syaitan.
Kelalaian adalah pedang syaitan. Punca berlakunya kelalaian Sembilan perkara: (1) Kasih
akan kemuliaan (2) Kasih akan harta (3) Kasih akan kaya (4) Kasih akan kerajaan (5)
Kasih akan pakaian (6) Kasih akan perempuan (7) Kasih akan isi rumah (8) Kasih akan
kenyang (9) Kasih akan tidur.
Dalam hadis yang lain Rasul menegaskan berkaitan kepentingan berfikir seperti
sabdanya:
قربكم منى يوم القيامه اكثركم جوعا وتفكرا ا
Ertinya : “Yang terlebih hampir kamu kepadaku pada hari kiamat iaitu kamu yang
terlebih banyak lapar dan berfikir.”
Kata Miqdad Ibnu Al-Aswad : “Masuk aku atas abi hurairah r.a. maka mendengar
aku akan katanya, Sabda Nabi S.A.W. Berikir satu saat itu terlebih afdhal daripada ibadah
setahun.”
Kata Ibrahim bin Adham bahawa fikir itu terbahagi kepada tiga bahagian. (1) Fikir
pada segala kejadian Allah dan mengambil dalil atas makhluk itu wujud Allah S.W.T.
(Kelakuan ulama’) (2) Fikir pada segala yang halus-halus dan yang indah-indah daripada
segala kejadian Allah dan kelebihan segala nikmatnya. (Kelakuan orang bersyukur bagi
Allah) (3) Fikir pada segala amal kerana menyuci dia supaya tidak bercampur dengan
akhlak mazmumah, umpamanya riya’ dan takbur yang membina amal ibadah. (Kelakuan
orang yang a’bidin)
MAKHRAJ HURUF(TEMPAT KELUAR HURUF)
BIL BAHAGIAN HURUF
4.
Dua bibir 1.Perut bibir bawah terkena hujung gigi.
2.Dua bibir mulut.
) ف (
(ب / م / و)
5.
Rongga Hidung
ن / م / ُغنَّة ()
INFO SEMASA
“
m/s 3
“MEMELIHARA KEAMANAN NEGARA”
Keamanan bermaksud kita bebas dari segala bentuk ancaman yang menggugat keharmonian dan kekacauan. Dengan keamanan, keselamatan akan terus terpelihara, keharmonian terbina dan yang paling utama agama akan terus dilindungi. Keamanan adalah asas utama dalam usaha untuk menegakkan agama Islam, memaju dan memakmurkan sesebuah negara. Sedarlah, inilah tanah air kita dan tempat tumpah darah kita ini yang menjadi tempat tinggal, punca rezeki, dan nadi kehidupan kita. Janganlah ada di kalangan rakyat bersikap mementingkan diri sendiri sehingga keharmonian di negara kita terancam, retak dan hancur. Allah SWT telah memberi peringatan kepada kita melalui firman-Nya didalam surah al-An’am ayat 123: Maksudnya: “Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya”. Perkara asas yang telah diajar oleh Islam sehingga berjaya memelihara keamanan dan menyatupadukan penduduk berbilang agama dan bangsa adalah menyuruh umatnya melaksanakan keadilan. Keadilan yang dimaksudkan di sini ialah keadilan kepada semua dengan tidak mengenepikan tanggungjawab dan amanah fitrah kehidupan. Ingatlah bahawa keadilan itu bukanlah semestinya membahagikan sesuatu itu secara sama rata atau sama banyak tetapi sebaliknya ialah meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Firman Allah SWT di dalam surah an Nisa ayat 58: Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, supaya kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” Dalam ayat ini, bersifat adil, telus dan saksama adalah kewajipan setiap orang Islam. Justeru, menjaga keamanan kepada negaranya sendiri merupakan satu amanah yang menghasilkan satu rasa tanggungjawab yang membawa kesan baik dan positif terhadap perkembangan tamadun kemanusiaan di atas muka bumi ini. Ini kerana jika manusia yang beramanah, maka sudah pasti sesebuah negara itu merasa selamat daripada sebarang sekatan dan ugutan pihak musuh.
Sifat amanah ada perkaitan dengan ketinggian keimanan seseorang, manakala sifat khianat berpunca daripada kelemahan iman yang dimiliki. Renungilah pesanan Mohamad Qutb dalam bukunya "Masyarakat Islam' menjelaskan terdapat empat ciri jahiliyah iaitu: (1) Syirik dalam ibadah; (2) Wujud sikap menjauhi agama Allah; (3) Wujud Taghut (penegak kesesatan) yang memujuk manusia agar jangan mematuhi hukum Allah; dan (4) Menjatuhkan hukuman secara tidak adil kerana mengikut hawa nafsu.
Seluruh umat Islam diseru memelihara keamanan negara dengan memupuk perpaduan sesama ummah. Marilah kita melakukan tindakan berdasarkan prinsip-prinsip yang berasaskan kepada semangat persaudaraan Islam dan bertimbang rasa dengan pihak lain. Janganlah pula kita terhasut dengan pemikiran yang jahat dan dari godaan syaitan yang menyesatkan. Kita juga memohon dikekalkan kesinambungan nikmat keamanan di kalangan kita, dijauhi segala malapetaka yang boleh menjejaskan usaha membangunkan agama, bangsa dan negara. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT di dalam surah al-A’raaf ayat 96: Maksudnya: “Dan Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”