Adat Istiadat Perkahwinan Orang Melayu

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/14/2019 Adat Istiadat Perkahwinan Orang Melayu

    1/6

    ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN ORANG MELAYU

    PENGENALAN

    Dalam maysarakat melayu, kepentingan adat sangat diutamakan dalam kehidupan

    mereka. Setiap perlakuan mereka akan dipengaruhi dengan adatnya yang tersendiri terutama

    dalam majlis perkahwinan masyarakat melayu. Adat akan memainkan peranan dalam

    memastikan kelancaran sesebuah majlis tersebut. Perkahwinan bermaksud menyatukan

    hubungan antara lelaki dan perempuan dalam satu ikatan yang sah. Sebelum majlis

    perkahwinan berlangsung, beberapa adat akan dilakukan seperti merisik,meminang,bersanding

    dan sebagainya. Selain itu, perkahwinan masyarakat melayu juga akan diselitkan beberapa

    aktiviti hiburan untuk para tetamu.

    Adat resam kahwin Melayu merupakan antara adat resam yang paling penting dan

    dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu, baik di kawasan luar bandar mahupun di

    bandar. Sebagaimana kaum yang lain, ia memerlukan perbelanjaan yang agak besar, dan

    terdapat segolongan yang berbelanja melebihi pendapatan dan terpaksa menjual harta atau

    meminjam wang, untuk tujuan ini. Adat resam kahwin Melayu memerlukan banyak wang untuk

    menepati semua peringkat istiadatnya.

    SEBAB TRADISI DI AMALKAN

    Salah satu sebab tradisi ini diamalkan adalah adat. Sejak zaman pemerintahan

    Parameswara lagi adat istiadat perkahwinan melayu diamalkan. adi, tidak mustahillah jika adat

    ini diteruskan lagi oleh generasi kini dan akan datang. Suatu perkahwinan, tidak kira bangsa

    apa pun, sememangnya penuh dengan adat istiadatnya yang tersendiri. !egitu jugalah dengan

    adat perkahwinan Melayu yang merupakan suatu upacara yang panjang lebar dan memerlukan

    belanja yang besar. "amun begitu, banyak istiadat dianggap sangat rumit dan sukar diikuti.

    Pandangan ini membuatkan adat yang tidak mustahak ditinggalkan.

    Aspek agama juga merupakan di antara sebab tradisi diamalkan. Adat perkahwinan

    Melayu amat berkait rapat dengan agama #slam. #ni dapat dibuktikan apabila orang Melayu

    dilarang berkahwin dengan orang bukan #slam kecuali jika orang bukan #slam itu memeluk

    agama #slam. Selain itu, bakal pengantin juga perlu menjalani kursus perkahwinan yang

  • 8/14/2019 Adat Istiadat Perkahwinan Orang Melayu

    2/6

    berdasarkan Perkara Asas $ardhu Ain %PA$A& bagi menyemai tanggungjawab bakal pengantin

    sebagai seorang suami dan isteri yang soleh.

    ADAT YANG DIJALANKAN

    :: Persediaan Sebel! Dia!al"an ::

    Ada# Merisi"

    Sebelum pihak lelaki meminang gadis yang dipilihnya, mereka akan merisik terlebih

    dahulu untuk mengetahui sama ada gadis tersebut sudah berpunya ataupun belum.!iasanya

    orang tengah akan dijadikan medium bagi mewakili pihak lelaki yang selalunya terdiri daripada

    kaum keluarga terdekat, jiran tetangga dan kadang'kala digunakan juga khidmat mak andam.Dengan merisik, pihak lelaki akan dapat mengetahui serba sedikit mengenai latar belakang

    keluarga, pendidikan, serta pengetahuan gadis tersebut dalam menguruskan rumahtangga.

    (asil daripada perisikan akan disampaikan kepada pihak lelaki.

    Ada# Me!inan$

    ika hati sudah berkenan, kedua'dua pihak juga bersetuju, umpama bulan jatuh ke riba.

    Pihak lelaki kemudiannya menghantar rombongan untuk meminang si gadis. )erpulang kepada

    mereka sama ada ingin menghantar wakil ataupun ibu pengantin lelaki untuk hadir meminang.

    Majlis ini adakalanya dihadiri kaum keluarga terdekat sahaja. !ersama rombongan, di bawa

    bersama tepak sirih sebagai pembuka adat dan beberapa hantaran untuk diberikan kepada

    pihak perempuan. Ada juga yang memberi cincin belah rotan sebagai tanda janji.

    Ada# Ber#nan$

    Selepas perbincangan diadakan majlis pertunangan akan diadakan. Pihak lelaki akan

    diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara yang terdekat untuk upacara pertunangan tersebut

    di rumah pihak perempuan. (antaran yang terdiri daripada tepak sireh atau sireh junjung

    sebagai bingkasan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain yang telah digubah akan diberi

    kepada pengantin perempuan.

  • 8/14/2019 Adat Istiadat Perkahwinan Orang Melayu

    3/6

    *pacara itu akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sireh kepada

    wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Setelah pertunangan

    diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan,

    tempoh pertunangan dan lain'lain hal berkaitan.

    )empoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua

    belah pihak. Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang. Sekiranya

    pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang

    diberi kepada pihak perempuan dikira hangus. Sekiranya pihak perempuan yang berbuat

    demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda. Acara kemuncak

    majlis pertunangan adalah adat menyarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu

    atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin tanda ke jari manis gadis yang

    dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.

    Ada# A"ad Ni"a%

    Akad nikah merupakan satu acara penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang

    rata'ratanya beragama #slam. #a bukan satu adat tetapi lebih kepada ajaran agama ataupun

    tuntutan agama islam dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. *pacara ini

    dijalankan selepas segala perjanijian yang dilakanakan seperti wang belanja, mas perkahwinan

    dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

    Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi ataupun di rumah pengantin

    perempuan akan dijalankan oleh tok kadi atau tok imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa

    pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. +alau bagaimanapun,

    dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam. )ok kadi akan memulakan akad

    dengan membaca laaz nikah dan diulang atau diterima oleh pengantin lelaki.

    Saksi akan mengesahkan sama ada laaz tersebut jelas didengar atau tidak. Sekiranya

    tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati.

  • 8/14/2019 Adat Istiadat Perkahwinan Orang Melayu

    4/6

    Ada# Berinai

    !agi orang selatan terutamanya Melaka dan ohor, sangat kukuh dengan adat berinai.

    +alaupun berada di ala baru, mereka masih berpegang kuat kepada adat berinai terutamanya

    masyarakat kampung. Majlis berinai diadakan secara berperingkat'peringkat iaitu berinai curi,

    berinai kecil dan berinai besar. !erinai curi diadakan tiga malam sebelum persandingan dan

    dihadiri oleh saudara'mara serta rakan terdekat sahaja. Pihak lelaki tidak dijemput. Majlis

    berinai kecil pula diadakan keesokan harinya. -etika ini pihak lelaki juga tidak dijemput. Adat

    berinai diteruskan lagi dengan majlis berinai besar, satu malam sebelum hari persandingan.

    Selesai acara berinai si teruna akan dibawa masuk ke bilik manakala pengantin perempuan

    pula akan didudukkan di atas pelamin untuk dititik inai. !iasanya apabila pengantin didudukkan

    di atas pelamin, yang melakukannya adalah jemputan pihak gadis. !egitulah juga dengan

    pengantin lelaki. !ilangan mereka mestilah ganjil. )idak boleh genap. *pacara menginai dimulai

    dengan menepung tawar. )epung tawar disediakan dengan inai ditumbuk halus. *pacara ini

    diteruskan lagi dengan penaburan bertih di sekeliling pengantin. Setelah itu, mak andam akan

    menitik inai dengan mengambil sedikit inai di dalam piring dan meletakkannya di atas tapak

    tangan pengantin.

    :: Perla"sanaan Se!asa Dia!al"an ::

    Ada# Bersandin$

    #nilah kemuncak istiadat perkahwinan dari dulu hingga kini.-etika ini, kedua'dua

    pengantin didudukkan di atas pelamin dan didandan serta berpakaian serba indah. Dari sinilah

    timbulnya konsep raja sehari. Dengan iringan paluan kompang, rebana atau rodat, pengantin

    lelaki akan diarak perlahan'lahan menuju ke rumah pengantin perempuan. Mereka akan

    berhenti berarak pada jarak yang tertentu untuk menanti dijemput pengantin perempuan.

    Sekiranya pihak lelaki di halaman rumah pengantin perempuan, mereka akan disambut dengan

    taburan beras kunyit dan renjisan air mawar oleh waris'waris tua pihak pengantin perempuan.

    Sebelum melangkah masuk ke dalam rumah, pihak pengantin lelaki didudukkan dahulu

    di halaman rumah sambil menyaksikan persembahan pencak silat bagi menunjukkan

    penghormatan raja sehari. -etika ini, akan datanglah seseorang berbisik kepada pengapit lelaki

    mengenai adat naik ke rumah perempuan. Adat cukai pintu dan cukai pelamin akan dikenakan

    sebelum persandingan. !ilangan cukai yang perlu dibayar oleh pihak lelaki bergantung kepada

  • 8/14/2019 Adat Istiadat Perkahwinan Orang Melayu

    5/6

    bilangan pintu yang ada di rumah tersebut. Setelah ditebus cukai mak anam, barulah pengantin

    lelaki dibenarkan naik ke atas pelamin. Semasa bersanding, lelaki diadatkan duduk di sebelah

    kanan manakala perempuan di sebelah kiri. Semasa inilah upacara makan semangat atau

    adat bersuap'suapan dilakukan. Pengantin lelaki akan menyuapkan sireh dan pulut kuning ke

    mulut isterinya.

    Ada# Ma"an Beradab

    #stiadat ini atau juga dikenali sebagai makan berdamai diadakan selepas persandingan.

    Pengantin lelaki akan ditemani oleh pengiringnya manakala mak andam akan menemani

    pengantin perempuan. )urut memenuhi meja makan beradab ini termasuklah keluarga terdekat

    pihak lelaki. !iasanya, waktu makan beradab, pengantin telah makan. "amun, kedua'dua

    pengantin akan saling melayan atas panduan mak andam dan pengiring pengantin lelaki. ika

    adapun, ia sekadar membuat syarat. Menu hidangan untuk makan beradab pengantin ialah

    berbeza dengan hidangan buat para jemputan. #a dimasak khas dan digubah cantik bagi

    membezakan meja makan beradab dengan meja para jemputan.

    Ada# Bersira!

    Dalam upacara adat bersiram ini, pengantin akan dimandikan secara langsung. #a diadakan

    selepas upacara persandingan dan makan beradab sebagai upacara penamat. -etika ini,

    pengantin akan disiramkan dengan / biji air kelapa muda yang telah dijampi serta satu baldi air

    yang sudah dibacakan doa selamat. Mereka dimandikan oleh mak andam. *pacara dimulakan

    dengan menyapu tepung tawar bercampur minyak ke tubuh kedua'dua pengantin. Diikuti pula

    dengan curahan air beluru ke atas tubuh mereka. Daun pudina emas dan perak pula

    dimasukkan dalam satu bekas berisi air. 0ampuran ini dijampi dan kemudiannya barulah ia

    disiramkan ke atas tubuh pengantin.Setelah air pudina kehabisan, pengantin disiram dengan air

    biasa. Acara akhir dalam istiadat ini ialah pelepas, kononnya dapat melepaskan kedua'dua

    pengantin dari segala mara bahaya. Dalam istiadat pelepas, benang kasar atau benang mentah

    iaitu benang yang digunakan untuk membuat sumbu pelita diperlukan.

  • 8/14/2019 Adat Istiadat Perkahwinan Orang Melayu

    6/6

    :: U&a'ara Sele&as Dia!al"an ::

    Ada# Ber#andan$

    Dalam istiadat bertandang, pengantin lelaki terpaksa menunggu tiga malam di rumah

    pengantin perempuan sebelum upacara menjemput. )etapi, lantaran tuntutan masa dan

    tanggungjawab, adat ini dicepatkan.!iasanya, selepas sehari persandingan berlangsung, pihak

    lelaki akan menjemput pihak perempuan pergi bersama'sama dengan mereka ke rumah

    pengantin lelaki. -enduri ini dipanggil mengambil makan. -etika ini, kedua mempelai akan

    menjalani aturcara majlis sebagai mana majlis dijalankan di rumah pengantin perempuan.

    +alaubagaimanapun, sebelum bertolak ke rumah pengantin lelaki, istiadat menyembah akan

    diadakan iaitu kedua mempelai akan menyembah ibu bapa dan kaum keluarga. 1ombongan ke

    rumah pihak lelaki akan disertai oleh beberapa pengiring sebelah pihak perempuan. Di rumah

    pengantin lelaki, pihak perempuan akan ditemani dua orang perempuan separuh umur yang

    dipanggil peneman agar pengantin perempuan tidak keseorangan bersama orang yang belum

    dikenalinya.

    PENUTUP

    Antara kesan daripada tradisi perkahwinan Melayu ialah ke atas individu dan keluarga.

    Setelah adat perkahwinan dijalankan, pengantin diijabkabulkan. Maka terhubunglah dua

    keluarga iaitu keluarga pihak lelaki dan perempuan menjadi satu keluarga yang besar. "amun

    begitu, selepas perkahwinan, berkemungkinan besar pengantin akan meninggalkan rumah

    serta keluarganya dan berpindah ke rumah baru. #ni terpulang kepada pengantin sama ada

    mahu menetap di rumah ibu bapa atau berpindah ke rumah baru. )etapi, biasanya pengantin

    akan berpindah ke rumah baru bagi meringankan beban orang tua mereka.

    Dalam adat'istiadat perkahwinan Melayu, adat seperti bersanding, bersiram dan lain'lain

    semakin dilupakan oleh generasi kini. #ni berlaku kerana zaman ini menuju ke arah kemodenan.

    Selain itu, ramai yang berpendapat adat bertandang dan bersiram hanya membuang masa

    mereka setelah banyak mengeluarkan wang yang banyak untuk upacara tersebut.