32
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)” Tandatangan : ………………………………………….. Nama Penyelia : DR. ZALEHA BINTI ABDULLAH Tarikh : 16 DESEMBER 2013

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Pendidikan (Teknologi Pendidikan)”

Tandatangan : …………………………………………..

Nama Penyelia : DR. ZALEHA BINTI ABDULLAH

Tarikh : 16 DESEMBER 2013

Page 2: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

CABARAN DALAM MENGIMPLEMENTASI VIRTUAL LEARNING

ENVIRONMENT (VLE) FROG DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN OLEH GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH DI MALAYSIA

NURUL FARHANA BINTI JUNUS

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)

Fakulti Pendidikan

Universisi Teknologi Malaysia

DESEMBER 2013

Page 3: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

ii

PENGAKUAN

“Saya mengaku bahawa tesis ini yang bertajuk "Cabaran Dalam Mengimplementasi

Virtual Learning Environment (VLE) Frog Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Oleh

Guru di Sekolah-sekolah di Malaysia" adalah hasil daripada kajian saya sendiri kecuali

yang dipetik dalam rujukan.”

Tandatangan : ……………………………………..

Nama Penulis : NURUL FARHANA BINTI JUNUS

Tarikh : 16 DESEMBER 2013

Page 4: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

iii

Teristimewa khas buat kedua ibu bapa saya,

Ayahanda Junus bin Mohamad,

Bonda Wan Khadijah binti Mohamad

Buat adik beradik tersayang

Mohd Dzikrullah bin Junus & Nor Fazilah binti A. Razak

Mohamad Farhan bin Junus

Mohamad Faqih bin Junus

Page 5: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya akhirnya saya

berjaya menyiapkan tesis ini dalam tempoh yang ditetapkan.

Jutaan terima kasih saya kepada penyelia projek saya iaitu Dr. Zaleha Binti

Abdullah yang telah sama-sama menyumbangkan masa dan idea-idea baru sepanjang

merancang dan menyiapkan tesis saya ini. Tanpa tunjuk ajar daripada beliau tentu projek

ini tidak dapat dijalankan dengan begitu lancar sekali.

Selain itu, sekalung penghargaan dan terima kasih saya yang tidak terhingga

kepada pihak sekolah dan guru-guru atas kerjasama yang diberikan sepanjang proses

pengumpulan data.

Sekalung budi yang tidak terhingga juga kepada nadi saya Haji Junus bin

Mohamad dan Hajjah Wan Khadijah binti Mohamad serta adik beradik yang selama ini

banyak memberi sokongan, dorongan dan sentiasa mendoakan kejayaan saya ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dari seluruh Malaysia yang telah banyak

membantu dalam usaha menyiapkan kajian ini. Segala sokongan, bantuan dan

perkongsian idea dari anda amatlah saya hargai dan pasti tidak akan saya lupakan.

Terima kasih dan hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua.

Page 6: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti cabaran utama dalam

mengimplimentasi Virtual Learning Environment (VLE) Frog oleh guru di sekolah-

sekolah di Malaysia. VLE Frog adalah satu sistem berasaskan web yang menyerupai

dunia pendidikan sebenar dengan mengintegrasikan pendidikan konvensional dalam

persekitaran maya. Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan

VLE Frog ini semenjak tahun 2012, namun pengimplementasian VLE Frog dalam

kalangan guru masih belum menyeluruh. Oleh itu, cabaran-cabaran dalam

mengimplementasi VLE Frog ini perlu dikenalpasti supaya pihak yang berwajib mampu

membuat penambahbaikan agar VLE Frog dapat digunakan secara optimum dan mampu

membawa kebaikan kepada semua pihak. Kajian dijalankan berpandukan Model

Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-

guru yang pernah menggunakan VLE Frog di seluruh Malaysia. Kaedah tinjauan

diskriptif digunakan dan soalselidik diedarkan kepada responden secara fizikal dan juga

online. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For

Social Sciences (SPSS). Terdapat lima pembolehubah cabaran yang diuji iaitu

kompetensi ICT, infrastruktur ICT, motivasi daripada pentadbir, antaramuka dan

navigasi serta kandungan pembelajaran namun ujian regrasi gandaan (multiple

regression) menunjukkan hanya infrastruktur ICT dan motivasi daripada pentadbir yang

mempunyai hubungan yang positif dengan sikap terhadap penggunaan VLE Frog

sekaligus menjadikannya sebagai cabaran utama dalam mengimplementasikan VLE

Frog.

Page 7: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

vi

ABSTRACT

This study has been conducted to identify the key challenges in implementing the

Virtual Learning Environment (VLE) Frog among teachers in schools in Malaysia. Frog

VLE is a web-based system that simulates the real world of education by integrating

conventional education in a virtual environment. The Ministry of Education has

introduced the Frog VLE since 2012, however its implementation has not been

comprehensive enough. Therefore, the challenges in implementing the Frog VLE should

be identified so that the authorities are able to make improvements to Frog VLE in order

for it to be used optimally and provide benefits to all parties. The study was based on

Technology Acceptance Model (TAM) which has been adapted to study the issue among

teachers who have used the Frog VLE throughout Malaysia. Descriptive survey method

is used and questionnaires were distributed to respondents through online and offline.

Data were analyzed using the Statistical Package for Social Sciences (SPSS). There are

five variables tested which were ICT competencies, ICT infrastructure, the motivation

from the administrator, the interface and navigation as well as learning content but

multiple regression test showed that only ICT infrastructure and motivation from the

administrators had positive relation towards the use of VLE Frog which defines that both

factors are the main challenges in implementing VLE Frog.

Page 8: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENGENALAN

1.1. Pendahuluan 1

1.2. Latar Belakang Masalah 7

1.3. Pernyataan Masalah 11

1.4. Objektif Kajian 11

1.5. Persoalan Kajian 12

1.6. Kepentingan Kajian 13

1.7. Skop Kajian 14

1.8. Rumusan 14

Page 9: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

viii

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 16

2.2 VLE Sebagai Platform kepada E-Learning 17

2.3 Virtual Learning Environment (VLE) dan

Kelebihannya 19

2.4 Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance

Model – TAM) 21

2.5 Model Pengaplikasian VLE Secara Holistik 22

2.6 Infrastruktur ICT di Sekolah 25

2.7 Motivasi Guru 27

2.8 Kompetensi ICT Guru 29

2.9 Kandungan Pembelajaran 30

2.10 Kerangka Konseptual 32

2.10.1 ICT Infrastructure 34

2.10.2 Motivation 34

2.10.3 ICT Competency 35

2.10.4 Percieves Ease of Use – Interface and

Navigation 35

2.10.5 Percieved Usefulness – Learning Content 36

2.11 Rumusan 36

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 38

3.2 Rekabentuk Kajian 38

3.3 Lokasi Kajian 39

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 40

3.5 Instrumen Kajian 42

3.6 Analisis Kajian 44

3.6.1 Cara Pemarkatan 45

Page 10: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

ix

3.7 Kajian Rintis 46

3.7.1 Kesahan 47

3.8 Prosedur Kajian dan Etika 49

3.9 Penutup 51

4 ANALISIS

4.1 Pengenalan 52

4.2 Analisa Dapatan Soal Selidik 53

4.2.1 Kaedah Analisis Data Bahagian A :

Pengetahuan Sedia Ada Tentang VLE 54

4.2.1.1 Soalan A1 :

Adakah anda pernah menghadiri

Kursus Penggunaan Virtual Learning

Environment Frog (VLE Frog) yang

dilaksanakan di sekolah? 54

4.2.1.2 Soalan A2 :

Adakah anda pernah menggunakan

Virtual Learning Environment Frog

(VLE Frog) sekurang-kurangnya

sekali? 55

4.2.2 Kaedah Analisis Data Bahagian B(i) : Persepsi

Terhadap Kemudahgunaan VLE Frog 55

4.2.2.1 Persoalan Kajian No 1 (a) :

Persepsi guru terhadap kemudahgunaan

VLE Frog dari aspek kompetensi ICT 56

4.2.2.2 Persoalan Kajian No 1 (b) :

Persepsi guru terhadap kemudahgunaan

VLE Frog dari aspek infrastruktur ICT 57

Page 11: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

x

4.2.2.3 Persoalan Kajian No 1 (c) :

Persepsi guru terhadap kemudahgunaan

VLE Frog dari aspek motivasi daripada

pihak pentadbir

60

4.2.2.4 Persoalan Kajian No 1 (d) :

Persepsi guru terhadap kemudahgunaan

VLE Frog dari aspek antaramuka dan

navigasi 62

4.2.3 Kaedah Analisis Data Bahagian B(ii) :

Persepsi Terhadap Kebergunaan VLE Frog 64

4.2.3.1 Persoalan Kajian No 2 :

Persepsi guru terhadap kebergunaan

VLE Frog dari aspek kandungan

pembelajaran 64

4.2.4 Kaedah Analisis Data Bahagian C :

Sikap Terhadap VLE Frog 66

4.2.4.1 Persoalan Kajian No 3 :

Sikap guru terhadap penggunaan VLE

Frog dalam pengajaran dan

pembelajaran. 67

4.2.4.2 Persoalan Kajian No 4 :

Cabaran Utama Yang Dihadapi Oleh

Guru-guru Untuk Mengaplikasikan

VLE Frog Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran. 68

4.2.5 Kaedah Analisis Data Bahagian D :

Kekerapan Penggunaan VLE Frog 71

4.2.5.1 Persoalan Kajian No 3 :

Sikap guru terhadap penggunaan VLE

Frog dalam pengajaran dan 71

Page 12: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

xi

pembelajaran.

4.2.6 Kaedah Analisis Data Bahagian E : Komen dan

Cadangan 72

4.3 Penutup 78

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pengenalan 79

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 80

5.2.1 Persoalan Kajian No 1 :

Persepsi Guru Terhadap Kemudahgunaan

VLE Frog 80

5.2.1.1 Aspek Tahap Kompetensi Guru 80

5.2.1.2 Aspek Infrastruktur ICT 83

5.2.1.3 Aspek Motivasi daripada Pihak

Pentadbir 85

5.2.1.4 Aspek Antaramuka dan Navigasi

Sistem 88

5.2.2 Persoalan Kajian No 2 :

Persepsi Guru Terhadap Kebergunaan VLE

Frog Dari Aspek Kandungan Pembelajaran 89

5.2.3 Persoalan Kajian No 3 :

Sikap Guru Terhadap Penggunaan VLE Frog 90

5.2.4 Persoalan Kajian No 4 :

Cabaran Utama Pengimplementasian VLE

Frog Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. 91

5.2.5 Persoalan Kajian No 5 :

Langkah-langkah Menggalakkan Guru

Mengimplementasi VLE Frog Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran. 94

Page 13: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

xii

5.2.5.1 Meningkatkan Kelajuan, Kestabilan

dan Liputan Rangkaian Internet 94

5.2.5.2 Menyediakan Juruteknik di Setiap

Sekolah 95

5.2.5.3 Menambah Jumlah Peralatan ICT di

Sekolah 96

5.2.5.4 Meningkatkan Kesedaran Dalam

Kalangan Guru dan Pentadbir 96

5.2.5.5 Mengadakan Kursus Penggunaan VLE

Frog 97

5.2.5.6 Menyediakan Tenaga Pakar Dalam

Bidang Pedagogi 97

5.2.5.7 Memberikan Ganjaran 98

5.3 Implikasi Kajian 98

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 100

5.5 Rumusan 101

RUJUKAN 102

LAMPIRAN A 110

LAMPIRAN B 117

Page 14: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan Item Dalam Borang Soal Selidik 43

3.2 Skala Likert 43

3.3 Kaedah Menganalisis Data 44

3.4 Pengelasan Skor Min 45

3.5 Pekali Saiz Cronbach’s Alpha 47

3.6 Jadual Kebolehpercayaan Instrumen 48

4.1 Kursus Penggunaan VLE Frog 54

4.2 Penggunaan VLE Frog 55

4.3 Jadual Pembahagian Soalan Bahagian B(i) 56

4.4 Dapatan Analisis Data Bahagian B(i)(a) 56

4.5 Dapatan Analisis Data Bahagian B(i)(b) 58

4.6 Dapatan Analisis Data Bahagian B(i)(c) 60

4.7 Dapatan Analisis Data Bahagian B(i)(d) 62

4.8 Dapatan Analisis Data Bahagian B(ii)(a) 65

4.9 Dapatan Analisis Data Bahagian C 67

4.10 Model Summary 69

4.11 Coefficientsa 69

4.12 Dapatan Analisis Data Bahagian D 71

4.13 Ringkasan Tema 73

4.14 Komen dan Cadangan 73

Page 15: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

xiv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Technology Acceptance Model (TAM) 21

2.2 Model Pengaplikasian VLE Secara Holistik 23

2.3 Technology Acceptance Model (TAM) Untuk VLE

Frog 33

3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 49

Page 16: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

xv

SENARAI SINGKATAN

VLE - Virtual Learning Environment

ICT - Information, Communication and Technology

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan

PKG - Pusat Kegiatan Guru

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

PdP - Pengajaran dan Pembelajaran

IT - Information Technology

SPSS - Statistical Package for Social Science for Windows Version 16.0

Page 17: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 110

B Analisis Data SPSS 117

Page 18: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Cetusan idea daripada mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr

Mahathir Mohamad semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos

1996 memberi inspirasi baru dalam bidang pendidikan negara. Dalam persidangan

tersebut, beliau telah melancaran projek Koridor Raya Multimedia (MSC) yang secara

tidak langsung telah menyuntik anjakan besar dalam bidang pendidikan nasional. Seiring

dengan projek ini yang direka untuk menarik penglibatan syarikat berteknologi bertaraf

dunia disamping memajukan industri ICT tempatan, Tun Dr Mahathir Mohamad telah

menggariskan Sekolah Bestari sebagai salah satu aplikasi perdana dalam Koridor Raya

Multimedia(MSC) yang perlu dilaksanakan menjelang tahun 2000. Kementerian

Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari yang berpusatkan

pengajaran dan pembelajaran secara kritis dan kreatif. Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (ICT) pula menjadi pemangkin untuk membolehkan pelajar mengamalkan

pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri serta mengikut kadar pembelajaran

sendiri. Penggunaan ICT juga diyakini mampu meningkatkan kecekapan pengurusan

sekolah agar lebih efektif.

Page 19: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

2

Kesungguhan pihak kerajaan melakukan transformasi dalam Pendidikan

Malaysia dijelaskan lagi dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan yang telah

dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, Tun Abdullah Ahmad

Badawi pada 30 Mac 2006. Dalam teras kedua RMK-9 iaitu ‘Memperkukuhkan Modal

Insan’, submodul Program Pendidikan telah menekankan tentang Program Pembestarian

Sekolah. Program Pembestarian Sekolah merujuk kepada proses memanfaatkan semua

inisiatif ICT sedia ada seperi Projek Sekolah Bestari, Projek Pengkomputeran,

penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Matematik dan

Sains dalam Bahasa Inggeris, Schoolnet dan Portal MySchoolNet bagi meningkatkan

kualiti pendidikan. Program Pembestarian Sekolah ini akan dilaksanakan di semua

sekolah untuk membolehkan guru menyepadukan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran serta pengurusan.

Peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan Misi Nasional yang

menekankan tentang pembangunan modal insan ‘minda kelas pertama’ dan bina upaya

sebagai pendekatan utama bagi melonjak ke status negara maju. Dua daripada kelima-

lima teras Misi Nasional iaitu teras kedua dan teras ketiga ada menyatakan peranan

pendidikan secara langsung. Bagi menyokong teras tersebut, Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (PIPP) yang dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) turut

meletakkan isu ICT dalam pendidikan antara isu yang diberi penekanan utama. Dalam

Teras Strategik PIPP yang keempat iaitu Merapatkan Jurang Pendidikan, antara jurang-

jurang pendidikan yang diberi perhatian adalah Jurang Digital. Jurang digital merupakan

perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan

kemahiran ICT di kalangan pelajar dan guru. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

telah berusaha keras untuk memastikan infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan

yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang

terdedah dengan ICT. Sejajar dengan program pembestarian sekolah, semua sekolah luar

bandar disasarkan untuk dilengkapi dengan makmal komputer, bilik komputer dan

perkakasan yang mencukupi. Selain itu, sekolah-sekolah juga dirangkaikan dengan akses

capaian internet jalur lebar SchoolNet dan pusat akses turut dibina di sebahagian sekolah

luar bandar dan pedalaman.

Page 20: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

3

Transformasi pendidikan terus dimantapkan lagi dalam Rancangan Malaysia ke

10 (RMK-10) yang telah dibentangkan oleh YAB Dato Sri Najib Tun Razak, Perdana

Menteri Malaysia yang ke enam (Berita Harian, 2010). Bab 5, RMK-10 menegaskan

tentang isu Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf dunia (Jabatan Perdana

Menteri, 2010). Dalam rancangan ini, pihak kerajaan akan memastikan penggunaan

teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah akan dipergiat bagi memupuk kreativiti

dan inovasi pelajar ke arah melengkapkan mereka dengan kemahiran dan keupayaan

terkini yang diperlukan oleh negara bependapatan tinggi. Sejajar dengan ini, tidak

hairanlah isu pendidikan, mempertingkatkan kualiti pelajar khususnya diletakkan dalam

salah satu daripada enam bidang keberhasilan negara (NKRA). NKRA menjadi titik

tolak dalam usaha menambah baik sistem pendidikan peringkat sekolah secara

menyeluruh agar pelajar mendapat akses kepada pendidikan berkualiti.

Bab 6 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilancarkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) turut menyentuh tentang pelan transformasi

kementerian dalam memartabatkan ICT dalam pendidikan. Untuk gelombang pertama

iaitu bermula pada tahun 2013 sehingga 2015, kementerian memfokuskan untuk

mempertingkatkan asas ICT. Dalam fasa ini, kementerian akan membina keupayaan

ICT berdasarkan asas sedia ada. Keutamaan yang akan diberi termasuk (Kementerian

Pelajaran Malaysia 2012, m.s 6-22) :

(i) Memastikan murid dan guru mempunyai akses cukup kepada peralatan

ICT.

(ii) Menyediakan sistem pendidikan dengan platform pembelajaran dan

jaringan lebar jalur yang mencukupi bagi penggunaan perkhidmatan ICT

(iii) Memastikan semua guru mempunyai kompetensi asas dalam ICT.

Langkah awal dalam merealisasikan gelombang pertama ini telah dijalankan iaitu

dengan menyediakan infrastruktur untuk jaringan dan landasan pembelajaran melalui

1BestariNet. 1BestariNet merupakan projek yang diusahakan oleh pihak Kementerian

Pelajaran Malaysia. Di bawah projek ini, dijangkakan sepuluh ribu buah sekolah rendah

Page 21: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

4

dan menengah di seluruh negara akan dilengkapi akses Internet 4G dan Persekitaran

Pembelajaran Maya atau turut dikenali sebagai Virtual Learning Environment (VLE)

pada penghujung 2013. Sambungan internet berkelajuan tinggi dan akses kepada

Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu (Integrated Learning Solution) bertaraf dunia

akan menjadi pemangkin kepada penerapan ICT dalam operasi harian kementerian, dan

mampu memacu Malaysia ke barisan hadapan inovasi ICT dalam pendidikan.

Kementerian akan memastikan semua guru dilatih dan cekap menggunakan VLE

menjelang 2015. Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia

serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan

menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia.

Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang

dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh

Malaysia.

Untuk mencapai hasrat Kementerian dalam mewujudkan Persekitaran

Pembelajaan Maya (VLE), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama YTL

Communication telah memperuntukkan lebih dari 1 juta ringgit untuk mendapatkan

lesen menggunakan VLE Frog sehingga tahun 2015 daripada syarikat yang

membangunkan platfrom ini di United Kingdom. VLE Frog adalah platform berteras

cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah. Fail

dan data yang disimpan di cloud boleh diakses dimana-mana sahaja pada bila-bila masa

dengan capaian Internet. Malah, pengguna diberi akses percuma ke VLE setiap kali log

masuk dari rangkaian Yes dengan menggunakan ID log masuk VLE. Yes merupakan

salah sebuah syarikat yang bertanggungjawab untuk membekalkan kemudahan internet

kepada pengguna di Malaysia. Samada menggunakan rangkaian Yes atau Yes Hotspot

tiada caj yang dikenakan bagi penggunaan VLE.

VLE Frog adalah satu sistem berasaskan web yang menyerupai dunia pendidikan

sebenar dengan mengintegrasikan pendidikan konvensional dalam persekitaran maya.

Sebagai contoh, guru boleh berkongsi maklumat, memberi tugasan, membuat ujian dan

menanda tugasan secara maya manakala pelajar pula boleh menyiapkan kerja rumah dan

Page 22: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

5

melihat keputusan mereka melalui VLE. Pihak pentadbir sekolah pula boleh menyusuan

atur kalendar aktiviti sekolah untuk dikongsi dengan pelajar, guru dan ibu bapa secara

atas talian dan ibu bapa juga boleh melihat perkembangan terkini tentang sekolah secara

atas talian di mana jua pada bila-bila masa.

Antara fungsi-fungsi yang disediakan dalam VLE Frog ini adalah :

(i) Akademik

a) Sumber rujukan dan pengisian kandungan

� Guru boleh memuat naik bahan pengajaran untuk kegunaan

pelajar.

b) Kolaborasi dan Perkongsian

� Guru boleh saling berkongsi sumber pengajaran dan pembelajaran

sesama guru-guru serta pelajar.

c) Tugasan dan semakan elektronik

� Tugasan boleh diberikan secara atas talian kepada pelajar dan guru

juga boleh menyemak tugasan yang diberi serta memberi

maklumbalas secara atas talian.

(ii) Komunikasi

a) Notis

� Pihak sekolah dan guru boleh memuat naik notis pemberitahuan

kepada pelajar dan guru secara atas talian.

b) Forum

� Pelajar dan guru boleh membuat perbincangan dengan

menggunakan aplikasi forum.

c) Laman Web

� VLE direkabentuk sebagai sebuah laman web untuk dilayari oleh

pelajar dan guru bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Page 23: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

6

(iii) Pentadbiran

a) Tempahan sumber rujukan

� VLE menyediakan kemudahan aplikasi tempahan bilik-bilik khas

dan peralatan di sekolah untuk mengelakkan pertindanan

tempahan.

b) Kalendar

� VLE menyediakan kemudahan aplikasi kalendar untuk

membolehkan pentadbir menyusun aktiviti tahunan sekolah.

VLE Frog ini bukan sahaja boleh diakses dengan menggunakan komputer, malah

boleh juga dilayari dengan menggunakan sebarang peranti elektronik yang mempunyai

jaringan internet seperti telefon bimbit, tablet dan sebagainya. Persekitaran Pembelajaran

Maya yang interaktif ini diyakini mampu menarik minat pelajar untuk sentiasa belajar di

mana jua pada bila-bila masa. Dengan ini, diharapkan projek ini dapat menjadi salah

satu pemangkin untuk mencapai matlamat kerajaan dalam RMK-10 iaitu Membangun

dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf dunia.

Kini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Teknologi

Pendidikan (BTP) setiap daerah di Malaysia sedang mempergiatkan usaha dalam

menyebarkan maklumat tentang VLE Frog ke sekolah-sekolah agar projek ini berjaya

dimanfaatkan oleh semua pihak. Guru-guru penyelaras ICT dipanggil untuk menghadiri

kursus pengaplikasian VLE Frog yang dikendalikan oleh pihak BTP dan seterusnya

mereka bertanggungjawab untuk menyebarkan informasi ini kepada warga sekolah

masing-masing melalui kursus dalaman.

Page 24: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

7

1.2 Latarbelakang Masalah

Menurut Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin (2009),

pendidikan negara perlu direvolusikan menerusi penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) bagi membina modal insan yang berfikiran lebih kreatif dan inovatif.

Penggunaan ICT diyakini mampu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih

menarik, menjimatkan masa dan mudah diakses di mana sahaja pada bila-bila masa

sahaja. Oleh itu, sekiranya pembelajaran sebegini sentiasa diamalkan nescaya budaya

cintakan ilmu dapat diterapkan dalam masyarakat Malaysia sekaligus dapat membentuk

masyarakat berintelektual.

Menurut Fisher (2003), fenomena pengintegrasian ICT di dalam bilik darjah di

negara Barat amat memberangsangkan semenjak 30 tahun yang lalu. Burnett (2010)

menyatakan, kanak-kanak pada masa kini dibesarkan dalam textual landscape iaitu

mereka terdedah dengan pelbagai cara untuk berinteraksi dan bermain secara aktif dalam

persekitaran digital seperti permainan komputer, telefon bimbit dan dunia maya.

Penggunaan ICT dalam pembelajaran membolehkan pelajar berfikir dengan lebih kreatif

dan inovatif serta mampu mencapai sesuatu ilmu secara kendiri tanpa terlalu bergantung

kepada guru dalam pendidikan formal.

Alessi dan Trollip (2001) menyatakan, pengingtegrasian ICT dalam

pembelajaran memberikan pelbagai kelebihan iaitu (dipetik daripada Sharifah Nor dan

Kamarul Azman, 2011, m.s 27) :

i. pelajar mampu mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan di

mana sahaja.

ii. bahan pembelajaran boleh dirangkaikan dengan pelbagai sumber

pembelajaran lain di seluruh dunia.

iii. pengurusan dan pengemaskinian bahan pembelajaran menjadi lebih cepat,

mudah dan sistematik.

Page 25: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

8

iv. pelbagai bentuk komunikasi boleh digunakan untuk kegunaan guru dan

pelajar.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Alessi dan Trollip (2010) tersebut,

transformasi pendidikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

dengan menyediakan paltform persekitaran pembelajaran maya atau Virtual Learning

Environment (VLE) untuk kegunaan semua pelajar, guru dan kakitangan sekolah serta

ibu bapa di seluruh Malaysia ternyata merupakan suatu langkah positif untuk

menjadikan pendidikan di Malaysia setaraf dengan pendidikan di negara-negara maju

lain. Namun begitu, persoalannya di sini, adakah semua pihak sudah bersedia untuk

menyahut cabaran transformasi yang dirancangkan oleh pihak kementerian?

Bagi memastikan kelangsungan perancangan yang dibuat oleh pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia, beberapa aspek utama perlu diberi perhatian secara

terperinci. Isu pertama yang perlu diberi perhatian dalam memastikan projek VLE Frog

ini dapat digunakan secara optimum adalah kesediaan dari aspek kelengkapan ICT di

sekolah. Semenjak tahun 1999 hingga 2010, pihak Kementerian telah melaburkan lebih

kurang RM6 bilion untuk inisiatif ICT dalam pendidikan. Sebanyak RM 2.6 bilion dari

dana tersebut diperuntukkan kepada penyediaan makmal komputer tambahan bagi

menyokong program PPSMI dan RM2.5 bilion diperuntukkan untuk membina makmal

komputer di setiap sekolah. Walaubagaianapun, kajian yang dilaksanakan oleh pihak

Kementerian pada tahun 2010 mendapati penggunaan ICT di sekolah adalah terhad.

Hampir 80% guru menggunakan ICT kurang daripada 1 jam seminggu dan hanya satu

pertiga pelajar menyatakan guru mereka kerap menggunakan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran. Menurut kajian yang dijalankan oleh Yusof Boon dan Sani Ngatimin

(2008), tahap penggunaan makmal komputer di sekolah berada pada tahap yang

sederhana dan antara masalah utama yang dihadapi dalam penggunaan makmal

komputer di sekolah adalah kelewatan penyelenggaraan komputer-komputer yang rosak.

Berdasarkan kajian-kajian tersebut, didapati pihak kementerian sudah mengambil

langkah bijak dengan memperuntukkan satu nilai yang besar untuk kelengkapan

infrastruktur ICT di sekolah, namun penggunaan ICT di sekolah masih lagi berada di

Page 26: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

9

tahap yang rendah. Walaupun perancangan dan perlaksanaan di peringkat kementerian

kelihatan sempurna, namun secara realitinya masih wujud kepincangan dalam proses

perlaksanaan di peringkat sekolah yang perlukan penambahbaikan.

Aspek kedua yang perlu diberi keutamaan adalah kesediaan guru dalam

mengintegrasikan VLE Frog dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Fiskie

(1991), penggunaan komputer dapat dimanfaatkan dalam tiga cara iaitu (dipetik

daripada Zaidatun dan Lim, 2010, m.s 2) :

i. sebagai alat penyediaan bahan bantu mengajar.

ii. sebagai media pengajaran dan pembelajaran.

iii. memudahkah pengurusan maklumat di kalangan guru di sekolah.

Kajian daripada Fiskie ini adalah selari dengan konsep yang cuba diterapkan

dalam VLE Frog. Pihak Kementerian melalui Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri

dan Pusat Kegiatan Guru Daerah sedang giat melaksanakan kursus penyebaran

penggunaan VLE Frog di kalangan guru di sekolah-sekolah agar dapat

diimplementasikan di peringkat sekolah. Menurut kajian yang dijalankan oleh

Zainuddin (2004), guru dan pelajar mempunyai persepsi yang positif dalam penggunaan

ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru berperanan besar dalam menggerakkan

pelajar untuk mengintegrasikan pembelajaran dalam persekitaran maya dan sekaligus

membudayakan sikap cintakan ilmu dalam kehidupan. Oleh itu, kesediaan guru adalah

penting dalam memastikan pelaburan lebih dari RM1 juta oleh pihak kementerian tidak

berakhir dengan pembaziran semata-mata.

Seterusnya adalah kesediaan pelajar untuk menyahut cabaran dunia pendidikan

pada masa kini yang lebih kepada pembelajaran akses kendiri berbanding

kebergantungan kepada guru di bilik darjah semata-mata. VLE Frog yang disediakan

oleh pihak kementerian kepada warga sekolah termasuk guru, pelajar dan ibu bapa

direka dengan antaramuka yang mesra pengguna dan mudah diakses tanpa perlu

pendedahan yang terperinci. Konsep yang digunakan dalam mengaplikasikan VLE Frog

Page 27: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

10

ini adalah sama dengan penggunaan laman sosial lain seperti blogspot dan laman

facebook. Menurut Siti Ezaleila dan Azizah (2011), rakyat Malaysia meluangkan purata

masa hampir 20 jam seminggu di laman sosial untuk tujuan komunikasi, perkongsian

maklumat serta hiburan. Mereka juga bersetuju bahawa laman sosial merupakan satu

platform tambahan kepada interaksi luar talian yang biasa digunakan dan diyakini

mampu menggantikan komunikasi lain dalam masa terdekat. Menurut Rossafri dan

Shabariah (2011), kaedah pembelajaran menggunakan laman sosial iaitu facebook dapat

meningkatkan motivasi dan kefahaman pelajar. Berdasarkan kajian tersebut, sepatutnya

tidak wujud masalah yang besar kepada pelajar dari segi kemahiran untuk menggunakan

platform pembelajaran maya yang disediakan oleh pihak kementerian ini.

Walaubagaimanapun, sejauh mana motivasi pelajar untuk mengakses VLE Frog ini

berbanding dengan laman-laman sosial yang lain? Adakah VLE Frog ini mempunyai

faktor-faktor yang mampu menarik pelajar untuk menggunakannya dalam meningkatkan

ilmu pengetahuan secara akses kendiri?

Perkara terakhir sekali adalah kesediaan ibu bapa dalam mengejar kepesatan

perkembangan teknologi agar seiring dengan perkembangan dunia pendidikan yang

dirancang untuk generasi baru umumnya dan anak-anak mereka sendiri khasnya.

Melalui laman VLE Frog, ibu bapa mampu memantau aktiviti pendidikan anak-anak

mereka. Selain itu, VLE Frog akan memudahkan para ibu bapa untuk berkomunikasi

dengan pihak sekolah dan mengetahui aktiviti terkini sekolah. Walaupun VLE Frog

menyediakan kemudahan yang bermanfaat kepada ibu bapa, namun sekiranya ibu bapa

tidak mempunyai peranti elektronik berserta jaringan internet, mereka tidak mampu

untuk mengakses kemudahan yang diberi. Selain itu, kemahiran ibu bapa dalam

penggunaan ICT juga perlu untuk memastikan VLE Frog dapat digunakan secara

optimum oleh mereka sekaligus membolehkan mereka bergerak selari dengan

perkembangan pendidikan anak-anak mereka.

Page 28: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

11

1.3 Pernyataan Masalah

Kepesatan perkembangan teknologi menuntut setiap individu untuk menjadi

lebih kreatif agar tidak berada di takok lama dan perlu sentiasa bergerak seiring

dengannya. Perkembangan teknologi sebenarnya mampu memberi impak yang sangat

positif kepada mereka yang pandai mengambil kesempatan terhadap kemudahan yang

dibawa. Menyedari hakikat itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil

langkah proaktif melalui projek 1BestariNet dalam membekalkan satu platform

pembelajaran maya yang dikenali sebagai Virtual Learning Environment, VLE Frog

kepada semua sekolah di Malaysia. Namun, terdapat beberapa isu yang perlu

diketengahkan dalam mengimplementasikan VLE Frog dalam pengajaran dan

pembelajaran. Antara isu-isu penting yang perlu dikenalpasti adalah cabaran-cabaran

utama yang dihadapi oleh guru dalam mengimplementasi VLE Frog dalam pengajaran

dan pembelajaran. Isu ini perlu dikenalpasti supaya pihak yang berwajib mampu

membuat penambahbaikan agar VLE Frog dapat digunakan secara optimum dan mampu

membawa kebaikan kepada semua pihak. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk

mengkaji cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mengimplementasikan VLE

dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

1.4 Objektif Kajian

Terdapat lima objektif utama yang dikemukakan dalam kajian ini iaitu :

i. Mengkaji persepsi guru terhadap kebergunaan VLE Frog dalam pengajaran dan

pembelajaran berdasarkan TAM dari aspek :

Page 29: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

12

a. tahap kompetensi guru

b. infrastruktur ICT

c. motivasi daripada pihak pentadbir

d. antaramuka dan navigasi sistem

ii. Mengkaji persepsi guru terhadap kemudahgunaan VLE Frog dalam pengajaran

dan pembelajaran berdasarkan TAM dari aspek kandungan pembelajaran.

iii. Mengkaji sikap guru terhadap penggunaan VLE Frog dalam pengajaran dan

pembelajaran.

iv. Mengkaji cabaran utama yang dihadapi oleh guru-guru untuk mengaplikasikan

VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan TAM.

v. Mencadangkan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk menggalakkan

guru mengaplikasikan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.5 Persoalan Kajian

Antara persoalan kajian yang dikemukakan adalah :

i. Apakah persepsi guru terhadap kemudahgunaan VLE Frog dari aspek :

a. tahap kompetensi guru?

b. infrastruktur ICT?

c. motivasi daripada pihak pentadbir?

d. antaramuka dan navigasi sistem?

Page 30: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

13

ii. Apakah persepsi guru terhadap kebergunaan VLE Frog dari aspek kandungan

pembelajaran?

iii. Apakah sikap guru terhadap penggunaan VLE Frog dalam pengajaran dan

pembelajaran.

iv. Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh guru-guru untuk mengaplikasikan

VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan TAM

v. Apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk menggalakkan guru

mengaplikasikan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.6 Kepentingan Kajian

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperuntukkan lebih dari RM1 juta

untuk mendapatkan lesen bagi menggunakan VLE Frog ini kepada semua warga sekolah

di seluruh Malaysia. Dapatan kajian ini adalah penting sebagai ukuran sejauh mana

kejayaan pengaplikasian VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran seperti yang

diharapkan oleh pihak kementerian. Dapatan kajian ini diharap dapat :

i. memberi cadangan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

membuat penambahbaikan dalam perlaksanaan VLE Frog agar dapat memenuhi

kehendak dan keperluan warga sekolah.

Page 31: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

14

ii. memberi cadangan kepada pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri tentang

cabaran dan keperluan fizikal yang diperlukan oleh warga sekolah untuk

mengaplikasikan VLE Frog di sekolah.

iii. memberi cadangan kepada pihak sekolah dan Pusat Kegiatan Guru untuk

mengambil langkah yang perlu bagi mendedahkan penggunaan VLE Frog kepada

semua pihak yang terlibat.

1.7 Skop Kajian

Kajian ini dilaksanakan dalam kalangan guru di sekolah-sekolah di seluruh

Malaysia. Kajian ini terhad di peringkat sekolah sahaja. Rasional kajian ini berfokus di

sekolah kerana perlaksanaan VLE Frog ini disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia secara percuma kepada warga sekolah sahaja. Kajian ini hanya akan

memfokuskan tentang cabaran yang dihadapi oleh guru sahaja memandangkan guru

merupakan penggerak utama pengimplementasian VLE Frog dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Responden terdiri daripada guru-guru yang pernah menggunakan VLE Frog

sekurang-kurangnya sekali. Signifikan memilih responden yang terdiri daripada guru

adalah kerana mereka adalah pihak yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan

VLE Frog ini.

Page 32: adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... Farhana Bt... · Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan

15

1.8 Rumusan

Bab ini memberikan gambaran awal tentang kajian yang akan dilakukan.

Pengaplikasian VLE Frog memerlukan pembabitan pelbagai pihak seperti pihak

kementerian, pihak pentadbiran sekolah, guru dan pelajar agar ia dapat digunakan secara

optimum sekaligus dapat meningkatkan mutu pendidikan negara. Kajian akan

memfokuskan aspek-aspek kesediaan kamudahan ICT, kesediaan guru, pelajar dan ibu

bapa. Kajian akan dilaksanakan di sekolah-sekolah di kawasan Skudai dan membabitkan

responden yang terdiri daripada guru, pelajar dan ibu bapa. Kajian ini juga akan cuba

menyenaraikan segala kelemahan dalam perlaksanaan VLE Frog dan cadangan

penambahbaikan yang dapat dilakukan agar dapat memenuhi kehendak dan keperluan

semasa pengguna.

Bab 2 pula akan membincangkan tentang kajian-kajian lepas yang telah dijalankan

berkenaan dengan ‘Virtual Learning Environment’ di seluruh dunia. Berdasarkan kajian

lepas, pengkaji akan membandingkan tahap penggunaan VLE di luar negara dan

masalah-masalah yang sering dihadapi untuk dijadikan panduan kepada penggunaan

VLE dalam sistem pendidikan negara Malaysia memandangkan VLE ini masih baru

disini.

Bab 3 akan membincangkan tentang kaedah yang akan digunakan dan kekangan

yang dihadapi sepanjang kajian. Kaedah kajian, sampel kajian dan kaedah pemprosesan

data akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bab ini.

Bab 4 akan menyatakan dapatan kajian. Perbincangan lanjut, rumusan kepada

dapatan kajian dan cadangan penambahbaikan agar VLE Frog ini dapat digunakan

secara optimum oleh semua pihak akan dibuat dalam bab 5.