12
Adab Makan & Minum Nur Azura Roslan

Adab makan & minum

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Adakah semua para muslimin mengikut garisan yang sepatutnya semasa makan dan minum??Walaupun kelihatan seperti mudah tetapi ramai lagi yang tidak memandang berat terhadap adab yang patut kita amalkna.Semoga dengan ilmu yang sedikit dapat kita amalkan dalam gaya hidup kita

Citation preview

Page 1: Adab makan & minum

Adab Makan & MinumNur Azura Roslan

Page 2: Adab makan & minum

Setiap perbuatan yang kita lakukan mestilah

sentiasa dalam keadaan beradab dan

bersopan agar apa yang kita lakukan sentiasa

dalam keadaan yang Allah redhai. Lebih-lebih

lagi semasa makan dan minum.Antara adab-

adab yang perlu kita ada sebeum, semasa,

dan selepas kita makan ialah :-

Page 3: Adab makan & minum

Sebelum makan

Berupaya untuk mencari makanan yang halal. Allah Subhannahu wa Ta’ala berfirman : “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu”. (Al-Baqarah : 172). Yang baik disini ertinya adalah yang halal.

Hendaklah makan dan minum yang kita lakukan diniatkan agar bisa dapat beribadah kepada Allah, agar kita mendapat pahala dari makan dan minum itu.

Sebelum kita makan, kita perlu membasuh tangan terlebih dahulu agar kekotoran ditangan kita itu hilang.

Page 4: Adab makan & minum

Memulakan dengan membaca basmalah. Jika terlupa

membaca Bismillah sebelum makan. Hendaklah

membaca Bismillahi Awwalahu wa akhirahu.

Daripada Aisyah radiallahu ‘anha, Rasulullah

Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “…Dan

apabila dia lupa menyebut Bismillah ta’ala di awal

makan, maka hendaknya dia mengucapkan

ه$ ر& ل&ه$ و&آخ) و.م) الل.ه) أ& ب)س3

(Dengan menyebut nama Allah pada awalnya dan

akhirnya)

Page 5: Adab makan & minum

Makan makanan yang baik/berkhasiat- “ Wahai para Rasul makanlah kalian makanan-makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal-amal yang soleh , sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kalian lakukan “ (Al-Mukminun : 51 )

Page 6: Adab makan & minum

Semasa makan

Kita hendaklah berasa puas dan rela dengan makanan dan minuman yang ada, dan jangan sekali-kali mencelanya. Abu Hurairah Radhiallaahu anhu di dalam hadithnya menuturkan: “ Rasulullah S.A.W sama sekali tidak pernah mencela makanan. Apabila suka sesuatu ia makan dan jika tidak, maka ia tinggalkan”. Hadis ini disepakati.

Janganlah kita makan dan minum dengan menggunakan bejana yang dibuat dari emas dan perak. Di dalam hadith Hudzaifah Radhiallaahu anhu dinyatakan di antaranya bahawa nabi S.A.W telah bersabda: “… dan janganlah kamu minum dengan menggunakan bejana terbuat dari emas dan perak, dan janganlah pula kamu makan dengan piring yang terbuat darinya, kerana keduanya untuk mereka (orang kafir) di dunia dan untuk kita di akhirat kelak”. Hadith ini disepakati.

Page 7: Adab makan & minum

Hendaklah kita makan dengan menggunakan dengan tangan kanan dan dimulai dari yang ada di depanmu. Rasulullah S.A.W bersabda kepada Umar bin Salamah: “Wahai anak, sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang di depanmu. Hadith ini disepakati.

Kita disunatkan makan dengan tiga jari dan menjilati jari-jari itu sesudahnya. Diriwayatkan dari Ka’ab bin Malik dari ayahnya, ia menuturkan: “Adalah Rasulullah S.A.W makan dengsn tiga jari dan ia menjilatinya sebelum mengelapnya”.

(HR. Muslim)

Tidak meniup makanan yang masih panas atau bernafas di saat minum. Hadith Ibnu Abbas menuturkan “Bahawasanya Nabi S.A.W melarang bernafas pada bejana minuman atau meniupnya”. (HR. At-Turmudzi dan disahihkan oleh Al-Albani)

Page 8: Adab makan & minum

Hendaknya kamu tidak memulai makan atau minum sedangkan di dalam majlis ada orang yang lebih memulai, baik kerana ia lebih tua atau mempunyai kedudukan, kerana hal tersebut bertentangan dengan etika.

Jangan minum langsung dari bibir bejana, berdasarkan hadith Ibnu Abbas beliau berkata, “Nabi S.A.W melarang minum dari bibir bejana wadah air.” (HR. Al Bukhari)

Page 9: Adab makan & minum

Tidak berlebih-lebihan didalam makan dan minum. Kerana Rasulullah S.A.W bersabda : “Tiada tempat yang yang lebih buruk yang dipenuhi oleh seseorang daripada perutnya, cukuplah bagi seseorang beberapa suap sahaja untuk menegakkan tulang punggungnya. Jikapun terpaksa, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk bernafas”. (HR. Ahmad dan disahihkan oleh Al-Albani).

Di sunatkan minum sambil duduk, kecuali jika udzur, kerana di dalam hadith Anas disebutkan “Bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W melarang minum sambil berdiri”. (HR.Muslim).

Page 10: Adab makan & minum

Selepas makan

Membasuh tangan selepas makan. Abu Hurairah radialahu ‘anhu, baginda berkata : Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “ Barang siapa yang tidur dan pada tangannya masih melekat ghamar dan tidak membasuhnya kemudian dia terkena sesuatu maka janganlah dia menyesali kecuali pada dirinya sendiri “ “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah makan bahagian belakang kambing, kemudian baginda berkumur-kumur dan membasuh kedua tangannya lalu solat “ Adapun membasuh tangan sebelum makan, tiada dalil yang khas menunjukkan hal tersebut. Akan tetapi ramai ulama’ menggalakkannya untuk menghapuskan kotoran daripada tangan.

Page 11: Adab makan & minum

Membaca Alhamdulillah selepas selesai makan dan minum. Abu Ayyub al-Anshari berkata : “ Apabila Rasulullah S.A.W (selesai) makan atau minum, baginda mengucapkan :

ا ج7 ر& خ3 م& ل&ه$ ع&ل& و&ج& ، و.غ&ه$ و&س& ، ى ق& و&س& أ&ط3ع&م& ال.ذ)ي ل)ل.ه) د$ م3 ال3ح&

(Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan dan minum, dan telah mengizinkannya (untuk dimakan) dan telah menjadikan jalan keluar)

  Didalam Lisan Arab : Al-Ghamar iaitu bau daging dan

lemak yang melekat pada tangan ( 5 / 32 ) , pada perbahasan ; Ghamara

HR. Ahmad ( 7515 ),Abu Daud ( 3852 ), Al-Albani mensahihkannya. Dan juga diriwayatkan oleh At-Tirmizi ( 1860 ), Ibnu Majah ( 3297 ) dan Ad-Darimi ( 2063 )

HR. Ahmad ( 27487 ), Ibnu Majah ( 493 ) dan Al-Albani mensahihkannya ( 498 )

Page 12: Adab makan & minum

SEKIAN