7
MENINGKATKAN KEKUATAN OTOT TANGAN DALAM KEMAHIRAN SERVIS BAWAH TANGAN DALAM PERMAINAN BOLA TAMPAR MURID TAHUN 6 MENGGUNAKAN KAEDAH I-Bowl (TGfU) Oleh EDI HARIANTO BIN SUYADI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Menurut pakar dalam bidang Pendidikan Jasmani seperti Gallaheu (1996), pergerakan terdiri daripada tiga aspek iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Kemahiran manipulasi alatan hendaklah dibina sejak dari peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek dan merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak lagi di mana pada peringkat ini mereka mudah menerima ajaran dan hasilnya dapat meningkatkan koordinasi anggota badan contohnya tangan, mata, kaki dan lain-lain. Asas pergerakan motor menyediakan asas yang

Action Research Sem 7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kajian ilmiah

Citation preview

MENINGKATKAN KEKUATAN OTOT TANGAN DALAM KEMAHIRAN SERVIS BAWAH TANGAN DALAM PERMAINAN BOLA TAMPAR MURID TAHUN 6 MENGGUNAKAN KAEDAH I-Bowl (TGfU)

Oleh

EDI HARIANTO BIN SUYADIINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

1.0 PENDAHULUAN

1.1 PengenalanMenurut pakar dalam bidang Pendidikan Jasmani seperti Gallaheu (1996), pergerakan terdiri daripada tiga aspek iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Kemahiran manipulasi alatan hendaklah dibina sejak dari peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek dan merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak lagi di mana pada peringkat ini mereka mudah menerima ajaran dan hasilnya dapat meningkatkan koordinasi anggota badan contohnya tangan, mata, kaki dan lain-lain. Asas pergerakan motor menyediakan asas yang luas kepada kebolehan pergerakan di mana banyak pergerakan yang sukar dapat dibina (Ee Ah Meng, 2002). Kanak-kanak yang tidak dapat menguasai pergerakan asas dengan sempurna akan menghadapi masalah dalam melakukan sesuatu pergerakan.

Permainan bola tampar yang telah direka oleh Professor William G. Morgan (1870 1942) pada 9 Februari, 1895 di Young Mens Christian Association (YMCA) Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat, bertujuan untuk menghantar bola melepasi jaring serta mematikan bola di gelanggang pihak lawan dan menghalang usaha yang sama oleh pihak lawan.

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi memastikan murid-murid berupaya untuk melakukan aktiviti servis bagi tujuan di atas.

1.2 Refleksi Pdp.

Saya telah menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Jasmani di kelas tersebut dengan tajuk daya tahan otot yang merupakan salah satu aktiviti di bawah tunjang kecergasan bagi tahun 6. Dalam proses pembelajaran ini, saya telah melaksanakan kemahiran servis bawah tangan dalam permainan bola tampar. Jenis aktiviti ini adalah bertumpukan kepada daya tahan otot di bahagian tangan murid-murid. Namun begitu, hasil daripada pemerhatian sepanjang saya mengendalikan sesi pembelajaran dan pengajaran (pdp) tersebut, saya dapati beberapa orang murid tidak berjaya melakukan aktiviti tersebut dengan jayanya. Ini menyebabkan objektif yang telah saya tetapkan iaitu murid dapat melakukan aktiviti tersebut dengan jaya dan selamat tidak tercapai.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Menurut Mok Soon Sang (2006), kesimpulan yang dibuat oleh Thorndike daripada hasil kajiannya adalah pembelajaran merupakan proses cuba ralat atau memilih dan menghubungkait. Latihan akan diberi berulang-ulang dan gerak balas yang salah pada mulanya akan semakin berkurangan maka perhubungan di antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh. Maka perhubungan di antara gerak balas dengan rangsangan sebenarnya mewakili proses pembelajaran. Perhubungan ini berlaku berdasarkan bilangan kali latihan, keadaan kesediaan individu dan keberkesanan latihan. Thorndike menghasilkan Hukum Pembelajaran yang terdiri daripada Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan hasil daripada eksperimennya. (Khadijah et. al. 2006).

2.0 Fokus Kajian.

2.1 Isu Kajian

Daripada pemerhatian yang dijalankan didapati murid-murid tidak dapat melakukan aktiviti servis bawah tangan di dalam permainan bola tampar dengan betul dan tepat. Pengkaji telah melakukan ujian ke atas 28 orang murid di sebuah sekolah di Daerah Tawau. Daripada jumlah tersebut didapati 6 orang murid tidak berjaya melakukan servis bawah tangan dengan betul dan tepat. Hasil daripada dapatan ini, pengkaji telah menggunakan kaedah I-Bowl dalam kategori Sasaran Teaching Games for Understanding (TGfU) sebagai bateri ujian untuk meningkatkan kekuatan otot tangan murid-murid dalam permainan bola tampar.

3.0 Objektif Kajian.Secara umumnya, kajian ini dijalankan untuk membantu murid-murid sekolah rendah meningkatkan kekuatan otot tangan dalam permainan bola tampar.

3.1 Objektif Umum.Meningkatkan kekuatan otot tangan dalam permainan bola tampar dalam servis bawah tangan menggunakan kaedah I-Bowl.

3.2 Objektif Khusus.Kaedah I-Bowl dapat meningkatkan kekuatan otot tangan dalam permainan bola tampar dalam servis bawah tangan.

3.3 Persoalan Kajian.Adakah kaedah I-Bowl dapat meningkatkan kekuatan otot tangan dalam permainan bola tampar dalam servis bawah tangan murid-murid tahun 6 sekolah rendah.

4.0 Metodologi Kajian.

4.1 Kumpulan Sasaran.Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah di Daerah Tawau. Seramai 28 orang murid telah melakukan servis bawah tangan di dalam permainan bola tampar. Daripada jumlah tersebut 6 orang murid tidak berjaya melakukan servis bawah tangan dengan betul dan tepat.

4.2 Reka bentuk Kajian.

4.3 Pelaksanaan Tindakan.

a) Tinjauan Awal. Buat pemerhatian ke atas sesi permainan bola tampar. Buat borang pemerhatian. (Skala 3 )

b) Analisis Tinjauan Awal Masalah.

c) Merancang Tindakan.

d) Pelaksanaan Tindakan.

e) Pemerhatian.

5 meter