Upload
phamlien
View
246
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
TEKS UCAPAN
YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
PROGRAM GENTA PUISI KOPERASI
ANJURAN ANGKASA DENGAN
KERJASAMA PERSATUAN PENYAIR
2
MALAYSIA
9 OKTOBER 2018 (SELASA)
2.30 PETANG
AUDITORIUM ANGKASA, WISMA
UNGKU A. AZIZ
Bismillahirrahmanirrahim
3
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
(SALUTASI)
1. Alhamdulillah bersyukur kita
kehadrat Ilahi atas limpah
kurniaNya kita untuk bersama-sama
4
pada petang ini dalam MAJLIS
GENTA PUISI KOPERASI ANJURAN
ANGKASA DENGAN KERJASAMA
PERSATUAN PENYAIR MALAYSIA.
2. Saya mengucapkan terima kasih
kepada Persatuan Penyair Malaysia
(PENYAIR) kerana sudi bekerjasama
5
dalam menjayakan GENTA PUISI ini.
Program yang julung kali diadakan
ini bertujuan untuk meraikan
pemerkasaan seni dan sastera serta
memperkukuh elemen semangat
kerjasama dikalangan masyarakat
yang juga merupakan element eras
dalam institusi koperasi.
6
3. Diharapkan program seumpama
ini akan dapat menjadi wadah
dalam memperkasa kesusasteraan
dan mempamerkan jati diri serta
menyuburkan salah satu bidang
seni kita semua.
7
Hadirin yang saya hormati sekalian,
4. Tentu ada pihak yang tertanya-
tanya mengenai apakah kaitan
seni dan kesusasteraan dengan
institusi koperasi. Dalam
masyarakat kita pemupukkan
budaya kebanyakannya
8
dikembang dan diperkukuh melalui
seni dan sastera. Masyarakat kita
sememangnya memberi perhatian
kepada seni sastera seperti pantun,
sajak, gurindam dan seumpanya
untuk menanam elemen jati diri
yang dapat melahirkan budaya.
9
5. Suka saya mengambil contoh di
Jepun yang maju dengan Gerakan
Koperasinya turut memberi
perhatian kepada ‘HAIKU’ yang
merupakan puisi dalam
masyarakat Jepun. Penerbit
pelbagai majalah dan buku
berkaitan koperasi iaitu IA-IENO-
10
IKARI juga turut menyiarkan HAIKU
ini dalam penerbitan pelbagai
majalah mereka yang diedarkan
kepada ahli koperasi dan
masyarakat setempat.
6. Ini membuktikan golongan
sasterawan sememangnya
memainkan peranan penting
11
dalam membina pembangunan
negara dan membentuk pemikiran
masyarakat. Masyarakat penggiat
seni ini menyumbang kepada
pembangunan seni budaya
negara dengan mengajak banyak
rakyat berkongsi segala hasil seni
mereka dengan hasrat dan aspirasi
12
untuk memupuk nilai –nilai murni
bagi mengharmonikan kehidupan
masyarakat .
7. Peranan masyarakat penggiat
seni ini juga sama seperti profesyen
lain, misalnya doktor, peguam atau
ahli sains yang apabila
13
menghasilkan karya, mereka dapat
mengembang dan menerapkan
nilai-nilai keilmuan serta
memperkasa aspek kemanusiaan
yang boleh dihayati menerusi hasil
seni sastera.
14
8. Budi dan bahasa bukan hanya
menyentuh pada sistem linguistik
malah merangkumi sistem budaya
dan adat sesuatu bangsa. Cara kita
menggunakan bahasa akan
mempamerkan kelaku budaya dan
ia juga mencerminkan taraf sosial
pada masyarakat.
15
9. Maka tidak hairanlah, di negara-
negara maju, misalnya seni sastera
menjadi satu komponen penting
untuk mengimbangi tuntutan
mental dan fizikal, pembangunan
pemikiran, nilai insaniah dan
pembentukan sahsiah. Dalam
16
dunia yang mengalami perubahan
yang dinamik, kita tidak boleh
membiarkan seni dan
kesusasteraan tenggelam dalam
arus kemajuan teknologi. Seni
sastera perlu diperhebatkan kerana
inilah faktor yang menyuntik nilai-
nilai peradaban serta elemen yang
17
dapat mengembangkan nilai-nilai
budaya.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
10. Sebagai badan Apeks koperasi
negara yang menaungi hampir
18
14,000 koperasi, ANGKASA sentiasa
merebut peluang untuk meneroka
pasaran baharu dengan
mempelbagaikan produk dan
menyediakan peluang perniagaan
baharu untuk anggota koperasi
terutama golongan muda. Jika ada
kesungguhan, berkemungkinan
19
besar juga hasil seni dan sastera
boleh digembleng oleh koperasi
untuk dipasarkan kepada khalayak
sama ada dalam dan luar negara.
11. Dalam menterjemahkan usaha
ini, ANGKASA sentiasa berpegang
kepada tujuh prinsip yang diterima
20
koperasi diseluruh dunia iaitu:-
keanggotaan sukarela dan
terbuka; kawalan demokratik oleh
anggota; penglibatan ekonomi
oleh anggota; autonomi dan
kebebasan; pendidikan, latihan
dan maklumat; kerjasama antara
koperasi; dan prihatin terhadap
21
masyarakat. Pemahaman
terhadap prinsip koperasi juga akan
dapat memberi dorongan dan idea
kepada penggiat seni untuk
menghasilkan karya
mereka.Terapkanlah nilai-nilai murni
koperasi dalam hasil seni sastera
agar masyarakat boleh
22
menghayati dan mengamalkan
nilai-nilai baik dalam kehidupan.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
12. Melalui penganjuran program
ini, adalah diharapkan agar seni
sastera dapat mencuri perhatian
masyarakat, dihayati dan
23
diamalkan oleh segenap lapisan
masyarakat. Lagu-lagu rakyat
misalnya dinyanyi dan dihayati oleh
anak-anak dan golongan muda
untuk menanamkan nilai-nilai murni
pembentukan insan yang baik dan
berguna serta mengikut nilai
budaya yang positif. Genta Puisi
24
Koperasi ini juga dianjurkan dengan
harapan kita semua dapat
meningkatkan martabat khazanah
bahasa dan budaya.
13. Saya juga mengucapkan terima
kasih kerana masa yang diluangkan
para penggiat seni yang hadir
25
bersama-sama dengan para
koperator pada majlis ini yang
bukan saja untuk menyaksikan
persembahan tetapi diharapkan
dapat menghargai perjuangan seni
oleh para karyawan seni.
26
14. Semoga melalui program ini,
sastera khususnya puisi berupaya
menjadi wadah yang dapat
menggabungkan kekuatan
intelektual dan emosi dalam
menajukan negara untuk menuju
kemajuan akal budi serta material.
27
15. Terima kasih dan sekalung
tahniah kepada Bahagian
Komunikasi Korporat, petugas
ANGKASA dan Persatuan Penyair
Malaysia kerana berusaha
menjayakan program ini.
28
16. Sebelum saya akhiri ucapan,
izinkan saya untuk membacakan
sebuah sajak yang diilhamkan oleh
Presiden ANGKASA, Dato' Abdul
Fattah Abdullah yang bertajuk
CINTA NEGARA KE LANGIT
ANGKASA.
29
Satu untuk semua
Semua untuk satu
Kukuh erat bekerjasama
Ganding bahu terus bersatu
Cinta ke langit Angkasa.
Wadah jati diri koperasi
Tadbir urus biar cekap
30
Berkesan maju hebat bervisi
Rajin kerja kurang bercakap
Patriotisme cinta penuh berisi.
Amanah dipikul bersama
Maju cemerlang ke langit
Berjuang melangkah selama
Kita bersama terus bangkit.
31
Ke langit jauh Angkasa
Berkesan bukti integriti
Strategik majulah sentiasa
Seia sekata bersatu hati.
Pertingkat peluang kerjasama
Terus membangun sosioekonomi
Masyarakat maju selamanya
32
Rancang urus terbaik koperasi.
Patriotisme di jiwa dan hati.
17. Akhir kata saya bagi pihak
seluruh kepimpinan ANGKASA sekali
lagi mengucapkan terima kasih
kepada Para Sasterawan Negara,
Persatuan Penyair Malaysia,
33
Bahagian Komunikasi Korporat
ANGKASA dan para hadirin. Saya
mendoakan semoga perjuangan
memartabatkan seni sastera
negara dan koperasi yang kita
dokong ini dapat mencapai
kejayaan yang bermakna bagi kita
semua. Saya juga ingin
34
mencadangkan agar sebuah
ANTOLOGI PUISI KOPERASI akan
dapat dihasil dan diterbitkan oleh
Persatuan Penyair Malaysia.
18. Sekian terima kasih.