A09-01-01 slide 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

fabrikasi logam

Citation preview

Slide 1

A09-01-01 FABRICATION DRAWING 1

LE1 LUKISKAN JENIS-JENIS SIMBOL, GARISAN, UNJURAN ORTOGRAFIK DAN LUKISAN ISOMETRIK01.01 INTERPRET COMMON ENGINEERING PRACTICE\AND STANDARD01.02 INTERPRET ENGINEERING DRAWING AND SYMBOLS01.03 INTERPRET TECHNICAL CHARTS01.04 SKETCH WORK COMPONENT01.05 CONSTRUCT GEOMETRICAL DRAWING01.06 DRAW ISOMETRIC AND ORTHOGRAPHIC PROJECTION

ASAS LUKISAN

MAKNA LUKISAN TEKNIKLukisan teknik merupakan lukisan garisan-garisan yang dibentuk daripada pensel atau dakwat. Lukisan berbentuk garisan ini dibuat dengan menggunakan peralatan lukisan teknik, bukannya secara bebas tanpa menggunakan peralatan. Lukisan ini merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek dengan lebih terperinci yang disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah pandangan

PIAWAIAN LUKISAN TEKNIKMemandangkan lukisan teknik merupakan komunikasi utama dalam bidang kejuruteraan, ia dikawal oleh Undang-Undang Konversi yang telah dipersetujui diperingkat antarabangsa. Semua undang-undang ini telah dihimpunkan menjadi piawaian utama seperti America ASA Y14, The British Standarts BS 308 dan The Canadian Standarts CSA B78.1

SISTEM PENILAIAN LUKISAN TEKNIKKETETAPANSetiap lukisan teknik hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini termasuklah ketepatan ukuran saiz dan penggunaan jenis-jenis garisan mengikut jenis pensel ataupun sepertimana yang telah ditentukan. Lukisan yang tidak mengikut ciri-ciri yang disebutkan tadi akan menghasilkan lukisan yang tidak bermutu dan kemungkinan tidak dapat diterima. TEKNIK MELUKISLukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan termasuk teknik membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami. Ini memandangkan kepada pelbagai jenis garisan dalam garisan dan simbol-simbol tertentu yang boleh diguna bagi membantu pembikinan lukisan yang lebih baik. Suatu lukisan yang dilukis dengan tidak mengikut teknik-teknik yang betul akan menampakkan lukisan tersebut tidak bermutu, susah difahami atau mengelirukan kerana garisan-garisan lukisannya nampak kabur.KEBERSIHAN LUKISANSetiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati-hati semasa membuat lukisan dengan mengambil kira langkah-langkah tertentu termasuk cara pengendalian alatan lukisan untuk memastikan kekemasan pada kebersihan lukisannya. Amalan begini dapat menjadikan pelukis sebagai seorang yang berkebolehan menghasilkan kerja yang baik. Pelukis yang tidak menghargai lukisannya akan menghasilkan lukisan yang kotor dan tidak kemas. Kebersihan dan penjagaan lukisan adalah satu amalan yang baik bagi setiap pelajar.MASA MENYIAPKAN LUKISANMasa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu lukisan teknik itu sebaik-baiknya dengan secepat mungkin yang boleh. Apabila pelukis memulakan lukisannya, bermakna dia memulakan latihan dalam ciri-ciri lukisan teknik yang memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu.PERALATAN LUKISAN TEKNIK

Didalam lukisan teknik terdapat beberapa peralatan lukisan yang digunakan. Alat alat keperluan asas ini haruslah dimiliki oleh setiap pelajar bagi kegunaan latihan melukis diantaranya ialah:

a) Papan lukisan b) Sesiku Tc) Sesiku segitigad) Pensel HB/2B, 0.3, 0.5, 0.7e) Pemadamf) Alat pembahagig)Jangka lukish) Lengkung perancis dan lengkung boleh laras i) Pencontohj) pembaris

PENGHURUFAN DAN ANGKA

Segala keterangan atau maklumat yang terdapat pada lukisan teknik biasanyamenggunakan tulisan tangan. Ini termasuk ukuran dimensi, keterangan lukisan,blok tajuk dan lain-lain. Sungguhpun terdapat alat-alat tambahan yang bolehdigunakan bagi membantu penulisan yang baik, tetapi cara penulisan tangan lebihdiutamakan. Terdapat tiga jenis huruf yang boleh digunakan untuk tulisan dalamlukisan iaitu gothic, roman dan text. Setiapnya boleh ditulis dalam huruf besarataupun huruf kecil. Daripada tiga jenis ini tulisan jenis gothic lazim digunakankerana ia mempunyai stail penghurufan yang mudah ditulis dan juga mudahdifahami. Untuk penghurufan, gunakan pensel gred sederhana lembut seperti gredHB. Mata pensel hendaklah diasah tajam berbentuk kon. Penggunaan huruf danangka mestilah berpandukan kepada syarat-syarat ketebalan garisan yang telahditetapkan oleh BS 308 seperti jadual berikut:

KetebalanPenggunaan5 mm atau 6 mmTajuk lukisan atau penerangan penting3 mmDimensi dan nota penting2 mmNota-nota tambahanPENGHURUFAN TEGAKSetiap huruf dibentuk dalam petak-petak empat persegi kecil dan petak-petak ini menentukan saiz lebar dan tinggi bagihuruf tersebut. Jika diperhatikan dengan teliti, kita dapati ukuran lebar mengandungi enam petak dan juga ukuran tinggimengandungi enam petak. Tidak semua huruf dan angka dibentuk dalam saiz ini. Ada huruf yang dibentuk kurang darisaiz enam petak dan ada yang dibentuk melebihi sehingga kepada lapan petak. Huruf I dan angka 1 tiadakelebarannya dan huruf W yang paling lebar. Teknik membentuk huruf mengikut garisan-garisan tertentu yang bertandadengan anak panah mengikut susunan giliran yang dilabelkan dengan angka. Membentuk garis melintang dilakukandari kiri arah ke kanan dan untuk membentuk garis tegak dilakukan dari atas arah ke bawah. Untuk garisan lengkokdan bulatan adalah dari atas arah ke bawah

PENGHURUFAN CONDONG

Bagi huruf condong hendaklah mengikut teknik menghuruf yang telah dicadangkan. Segala teknik membentukhuruf adalah sama dengan teknik menghuruf tegak, cuma berlainan sedikit iaitu huruf dibentuk dalam keadaancondong. Untuk memudahkan penghurufan condong, bina garisan panduan condong seperti yang ditunjukkandalam rajah di bawah. Kecondongan arah ke kanan dengan membuka sudut 68.

PENYEDIAAN KERTAS LUKISANSebelum bermula sesuatu latihan lukisan di bilik kuliah, beberapa perkara awal hendaklah dibuat untuk menjimatkan masa. Iniadalah termasuk penyediaan peralatan dan kertas lukisan. Setiap kertas lukisan hendaklah disediakan terlebih dahulu dengan membuat garisan tepi dan maklumat sebagaimana rajah 4 di bawah:

KAEDAH ASAS LUKISAN (LAKARAN)Kaedah asas lukisan lakaran sama seperti lukisan ortografik dan lukisan isometrik. Ini bermaknalukisan lakaran sentiasa dilukis dalam bentuk ortografik dan isometrik. Faktor yang membezakan lukisan lakaran daripada lukisan ortografik dan isometrik ialah daripada segi penggunaan alat-alatlukisan. Membuat lukisan lakaran hanya memerlukan pensel, pemadam dan kertas lukisan.Lukisan lakaran tidak mementingkan dimensi yang tepat jika dibandingkan dengan lukisanortografik dan isometrik. Perkara-perkara yang penting dalam lukisan lakaran

i. Memahami kaedah-kaedah melukis yang diterangkanii. Melukis dengan nisbah ukuran yang betuliii. Melukis dengan tekanan yang seragam dan tidak teragak-agakiv. Membuat latihan untuk menambah kemahiran

Jenis-jenis lakaranMelakar Garisan LurusTentukan serta tandakan dengan titik kedua-dua hujung garisan yang perlu dilakarkan.Lakarkan satu garisan yang nipis atau garisan pendek dengan memastikan bahawa garisan yang dilukis itu menuju kearah titik yang telah dibuat supaya garisan yang dilakar itu tidak tersasar.Lakarkan garisan tadi dengan satu garisan yang tebal dan hitam seperti gambarajah di bawah:

Melakar Bulatan atau Lengkungan - Lukiskan garis tengah - Lakarkan beberapa garisan melalui titik tengah- Tandakan jejari bulatan pada tiap-tiap garisan- Cantumkan titik-titik tersebut dengan satu garisan yang nipis- Hitamkan garisan tadi dengan garisan-garisan yang panjang

Melakar Elips Isometrik- Lakarkan kotak isometrik dengan jejari yang diberi.- Lakarkan garisan pepenjuru dan garisan tengah.- Plotkan satu titik dari setiap hujung pepenjuru yang jaraknya bersamaan dengan 1/6 daripada panjang garisan pepenjuru seperti gambarajah 3.- Cantumkan titik-titik tersebut dengan lengkungan yang nipis.- Setelah didapati bentuk elips, maka bolehlah dihitamkan seperti gambarajah 4.

Melakar Ortografik- Lukiskan lakaran ortografik bagi objek seperti rajah 5 (a).- Lakarkan tiga segiempat tepat mengikut kadar yang tertentu seperti rajah 5 (b).- Bahagikan garisan-garisan segiempat tepat tersebut dengan dimensi yang dikehendaki.- Cantumkan tepian yang diperlukan dengan garisan-garisan yang nipis- Setelah bentuk penuh ob`jek diperolehi maka bolehlah dihitamkan dengan garisan panjang.

Melakar Isometrik- Lukiskan lakaran isometrik bagi objek seperti rajah 6(a)- Lakarkan satu kotak isometrik- Dapatkan titik utama kemudian disusuli dengan titik lain- Cantumkan garisan titik-titik tersebut dengan garisan-garisan yang nipis- Setelah rangka objek tersebut didapati, bolehlah dihitamkan dengan garisan panjang seperti rajah 6(b).

Melakar objek yang tidak mempunyai garisan-garisan isometrik- Lukiskan lakaran isometrik bagi objek seperti rajah 7 (a)- Lakarkan satu kotak isometrik- Mulai dengan bahagian atas, dapatkan titik-titik yang uatama dan disusuli dengan titik-titik yang lain untuk mendapatkan lukisan yang lengkap seperti rajah 7 (b)

Melakar sesebuah objek yang berbentuk silinder atau kon- Lukiskan lakaran isometrik bagi objek seperti rajah 8 (a).- Lakarkan kotak isometrik dan tandakan titik-titik yang diperlukan.- Lakarkan elips dipermukaan hadapan dan disusuli dengan elips dipermukaan pelakang seperti rajah 8 (b).- Hitamkan objek yang dikehandaki.

SIMBOL LUKISAN TEKNIKMAKNA SIMBOL LUKISAN TEKNIK

Simbol yang terdapat dalam lukisan teknik adalah merupakan satu peraturan yangmenerangkan lukisan objek yang rumit. Oleh itu jika seseorang yang hendak membaca lukisanteknik, terlebih dahulu ia Mestilah mengenal simbol-simbol lukisan teknik supaya dapatmemenuhi kehendak lukisan. Dalam kehendak yang tertentu simbol-simbol lukisan teknik jugadigunakan untuk kemudahan melukis supaya lukisan lebih kemas, cepat dan mudah difahami.

CONTOH-CONTOH SIMBOLRajah di bawah menunjukkan beberapa simbol keratan yang biasa digunakan. Simbol keratanini digunakan oleh pelukis kejuruteraan untuk menunjukkan perbezaan antara bahan objek.Oleh sebab terdapat terlalu banyak simbol keratan digunakan dalam lukisan kejuruteraan,hanya simbol keratan yang biasa digunakan ditunjukkan dalam rajah di bawah. Bagi simbol dantanda lazim lain yang selalu digunakan adalah seperti di rajah 2-2 dan 2-3.

Simbol / Tanda LazimKeteranganKegunaanUnjuran sudut pandangan pertamaSimbol ini menunjukkan lukisan dibuat dalam unjuran sudut pertamaUnjuran sudut pandangan ketigaSimbol yang menunjukkan lukisan dibuat dalam unjuran sudut ketiga 10 Garispusat sepuluh milimeterSimbol menunjukkan bendakerja bulat atau lubang bulat bersaiz seperti yang tercatat

10 Bentuk segiempat sama sepuluh milimeterSimbol menunjukkan bendakerja atau lubang segiempat sama bersaiz seperti yang tercatat 1. 2. 3. Penyudahan permukaan HalusSangat halusLicinSimbol yang menunjukkan permukaan tersebut perlu dibuat kerja-kerja penyudahan yang halusH 7Proses melulasSimbol menunjukkan proses melulas perlu dibuat pada lubang tersebutM 6Proses bebenang metrik enam milimeterSimbol menunjukkan proses membenang luar atau dalam jenis metrik perlu dibuat pada bahagian itu

Biarkan BegituSimbol menunjukkan bahagian atau permukaan itu dibiarkan begitu tanpa dibuat proses kerjammMilimeterSimbol ukuran metrik yang selalu digunakanSimbol-simbol kerja kimpalanSimbol yang menunjukkan kerja-kerja kimpalan perlu dibuat pada tempat tunjuk anak panah

Simbol / Tanda LazimKeteranganKegunaanC BORELubang CounterboreSimbol secara tulisan ringkas atau simbol proses counterboreSFACELubang Spot FaceSimbol secara tulisan ringkas atau simbol proses spot spacingCSUNKLubang BenamSimbol secara tulisan ringkas atau simbol proses kerja benam 0.2Had TerimaTanda had terima had tinggi setinggi + 0.2 dan yang terendah sehingga 0.2R 15Jejari Lima BelasSimbol ukuran jejari lima belasSINGKATANSingkatan perkataan dalam lukisan teknik juga merupakan satu simbol yang bolehmenerangkan maksud lukisan. Singkatan-singkatan ini boleh membantu pelukiskejuruteraan supaya dapat melukis dengan kemas, cepat serta mudah. Di bawah inidisenaraikan sebahagian daripada singkatan-singkatan.

IstilahSingkatanIstilahSingkatanRight HandRound HeadScrewedSport faceSpecificationPattern NumberPitch Circle DiameterInside DiameterOutside DiameterSquare (in note)SquareStandard UndercutMachinedMillimetre (Usually mm on drawing)Not to scaleRevolution per minuteStandard wire gaugeThreads per inchRHRD HDSCRS, FACESPECPATT NO.PCDI/DO/DSQSQSTDUCUTM/CDMMNTSRPMSWGTPILeft HandLongMaterialNumberDrawingFigureAcross CornerAcross FlateHexagon HeadAssemblyCentredCentre LineChamferedCheese HeadCounter sunkCounter BoreCylinderDiameter (in note)DiameterRadiusLHLGMATLNO.DRGFIGA/CA/FHEX/HDASSYCRSCLCHAMSH HDCSKCBORECYLDIARGambarajah di bawah menunjukkan sebuah lukisan kejuruteraan yang menggunakan simbol-simbol

GARISAN LUKISAN TEKNIK

KEGUNAAN GARISANGarisan digunakan untuk mendimensi sesuatu objek termasuk garisan unjuran, garisan dimensi dangarisan pandu. Kesemua garisan dilukis dengan hitam serta halus menggunakan pensel keras gred 2H

JENIS-JENIS GARISANMengikut kepiawaian B.S 308 1972 garisan-garisan boleh dikategorikan kepada:

Garisan unjuranGarisan ini dilukis secara terus dari bahagian yang terunjur dari titik garisan atau permukaan bagi membolehkan dimensi ditempatkan di luar garisan penuh. Ini merupakan garisan tambahan bagi garisan penuh yang dilukis dalam jarak 2mm darinya. Garis ini juga dilukis sehingga melebihi 2mm dari bahagian yang menyentuh anak panah.

Garisan dimensiGarisan dimensi ditempatkan diluar garisan penuh dalam keadaan selari dengan jaraknya lebih kurang10mm. Jika garisan dimensi lebih dari satu, maka jarak antaranya lebih kurang 6mm bagi membolehkanruang yang mencukupi untuk menempatkan angka. Dibahagian hujung setiap garisan dimensi dilukisanak panah dan hendaklah menyentuh garisan unjuran. Anak panah dilukis tidak lebih daripada 3mmpanjang dan 2mm lebar. Bahagian hujungnya hendaklah dilukis tajam dan tepat menyentuh unjuran.

Garisan panduGarisan pandu lazimnya digunakan untuk menunjukkan sesuatu dimensi, keterangan dan catatan.Garisan ini adalah dari jenis garisan ringan dan halus. Bahagian hujung yang terdapat tanda anak panahhendaklah menyentuh kepada garisan yang dimaksudkan, tetapi titik pula biasanya diantara garisanobjek.

Contoh penggunaan dimensi dah garisan-garisan lain

Garisan-garisan lain.Terdapat juga garisan-garisan lain yang digunakan didalam lukisan kejuruteraan seperti di dalam rajah di bawah.

SEKIANTERIMA KASIH