24
PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU-GURU DI EMPAT BUAH SEKOLAH BESTARI DI NEGERI JOHOR FATIMAH SYAHIDA BINTI JUSOH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

a kulit depan...Title: Microsoft Word - _a_ kulit depan.doc Author: Timah Created Date: 4/28/2006 9:55:27 AM

  • Upload
    others

  • View
    11

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU-GURU DI EMPAT BUAH

    SEKOLAH BESTARI DI NEGERI JOHOR

    FATIMAH SYAHIDA BINTI JUSOH

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

  • i

    PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN

    DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU-GURU DI EMPAT BUAH

    SEKOLAH BESTARI DI NEGERI JOHOR

    FATIMAH SYAHIDA BINTI JUSOH

    Laporan projek ini dikemukakan

    sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

    Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    APRIL, 2006

  • ii

    “Saya akui karya ini “Penggunaan TV Pendidikan dalam Pengajaran Dan

    Pembelajaran Di Kalangan Guru-Guru Di Empat Buah Sekolah Bestari Di Negeri

    Johor” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

    satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

    Tandatangan : ………………………………………..

    Nama Penulis : FATIMAH SYAHIDA BINTI JUSOH Tarikh : 24 APRIL 2006

  • iii

    Ingatan kasih sayang buat ayahanda,

    Jusoh Bin Ngah

    Dan bonda

    Hasemah Binti Mamat

    Yang sentiasa di ingatan

    Serta

    Adik-beradikku yang dikasihi, Ahmad Tarmizi, Fatimah Noor Suhada dan Nurul ‘Izzati

    Jasa dan pengorbananmu dikenang.

  • iv

    PENGHARGAAN

    Alhamdulillah, Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya, dapat saya menyiapkan projek Ijazah Sarjana Muda, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

    Ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Encik Johari Hassan selaku penyelia projek ini terhadap bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan. Tidak lupa juga, di atas kerjasama dan bantuan yang di berikan oleh pihak sekolah yang terlibat dalam kajian ini.

    Seterusnya pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan yang banyak

    memberikan bantuan dan galakan serta mencurahkan ilmunya. Jasa dan budi baik kalian amat di hargai. Terima kasih tidak terhingga juga buat ahli keluargaku yang banyak memberikan sokongan dan dorongan. Jasa dan pengorbananmu sentiasa dikenang.

    Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara

    langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek penyelidik ini. Akhir kata segala kelemahan adalah dari saya sendiri dan segala kebaikan

    datangnya dari Tuhan yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana.

  • v

    ABSTRAK

    Kepentingan penggunaan bahan Teknologi Pendidikan bagi menambahkan

    keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dinafikan lagi.

    Maka, kajian ini di jalankan untuk meninjau, sejauhmanakah penggunaan TV

    Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru di

    empat buah Sekolah Bestari di negeri Johor. Kajian ini tertumpu kepada kekerapan

    penggunaan, persepsi dan sikap serta masalah yang dihadapi dalam menggunakan

    TV Pendidikan. Instrumen kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang diedarkan

    kepada seramai 160 orang responden. Manakala persampelan adalah berbentuk

    rawak bertujuan Data-data ini di analisis dengan menggunakan perisian Statistical

    Package For Social Sciences (SPSS) versi 11.5. Analisis data dilakukan dengan

    menggunakan kaedah deskriptif iaitu berbentuk skor min dan frekuensi. Hasil kajian

    menunjukkan bahawa kekerapan penggunaan dan kaedah penggunaan TV

    Pendidikan adalah di tahap yang rendah. Manakala persepsi dan masalah guru-guru

    terhadap TV Pendidikan adalah di tahap sederhana. Oleh yang demikian beberapa

    cadangan dikemukakan bagi meningkatkan lagi minat dalam penggunaan TV

    Pendidikan secara lebih sistematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

  • vi

    Abstract As technology in education has the ability to enhance the effectiveness of

    teaching and learning processes cannot be denied nowadays. The purpose of this

    research was to identify the usage of Educational Television in teaching and learning

    process among teachers at four ‘Sekolah Bestari’ in the state of Johor. Aspects of

    interest were the usage level, the perception and attitudes towardof Educational

    television and the problem. The instrument of the research was in the form of

    questionnaire which was distributed to 160 randomly selected respondents. Data

    collected was analyzed using SPSS (Statistical Package for the Social Sciences)

    version 11.5. The data was processed and presented using descriptive statistic; mean

    score, and standard deviation. The results of this study showed the low level of

    usage.. The main problem faced was lack of exposure of Educational Television.

    Aspects of interest were the usage level the perception and attitudes towards

    Educational Television and the problem arose. Thus, a number of suggestions have

    been posed in this research to further increase the interest in the usage of Educational

    Television usage for teaching and learning.

  • vii

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA MUKA SURAT

    JUDUL i

    PENGAKUAN PELAJAR ii

    DEDIKASI iii

    PENGHARGAAN iv

    ABSTRAK v

    ABSTRACT vi

    KANDUNGAN vii

    SENARAI JADUAL xi

    SENARAI SINGKATAN / SIMBOL xiii

    SENARAI LAMPIRAN xiv

    BAHAGIAN SATU

    PENDAHULUAN

    BAB I PENGENALAN

    1.1 Pengenalan 1

    1.2 Latar Belakang Masalah 4

    1.3 Penyataan Masalah 5

    1.4 Persoalan Kajian 7

    1.5 Objektif Kajian 7

  • viii

    1.6 Kepentingan Kajian 7

    1.7 Skop dan Batasan Kajian 8

    1.8 Definisi Istilah 9

    1.8.1 TV Pendidikan 9

    1.8.2 Penggunaan 9

    1.8.3 Guru 10

    1.8.4 Pengajaran dan pembelajaran 10

    1.8.5 Sekolah 10

    1.8.6 Sekolah Bestari 11

    BAHAGIAN DUA

    SOROTAN KAJIAN

    BAB II SOROTAN PENULISAN

    2.1 Pengenalan 12

    2.2 Penggunaan TV Pendidikan 13

    2.3 Sekolah Bestari 16

    2.4 Persepsi Atau Sikap Guru Terhadap TV Pendidikan 18

    2.5 Permasalah Dan Isu Terhadap TV Pendidikan 19

    2.6 Penutup 21

    BAHAGIAN TIGA

    METODOLOGI KAJIAN

    BAB III METODOLOGI

    3.1 Pengenalan 23

  • ix

    3.2 Rekabentuk Kajian 23

    3.3 Tempat Kajian 24

    3.4 Populasi dan Sampel Kajian 24

    3.5 Instrumen Kajian 25

    3.6 Kandungan Soal Selidik 25

    3.7 Kajian Rintis 27

    3.8 Prosedur Kajian 28

    3.7 Penganalisaan Data 29

    BAHAGIAN EMPAT

    ANALISIS DATA

    BAB IV ANALISIS DATA

    4.1 Pengenalan 31

    4.2 Huraian Latar Belakang Responden 32

    4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 32

    4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 32

    4.2.3 Taburan Responden Mengikut Umur 33

    4.2.4 Taburan Responden Mengikut Sesi Pengajaran 34

    4.2.5 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik 34

    4.2.6 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 35

    4.2.7 Taburan Responden Mengikut Jawatan 35

    4.2.8 Taburan Responden Mengikut Penggunaan 36

    ASTRO-Rumah

    4.2.9 Taburan Responden Yang Menonton TV Pendidikan 37

    4.3 Persoalan Kajian 37

    4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 37

    4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Kedua 40

    4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 43

    4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat 46

  • x

    BAHAGIAN LIMA

    PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

    BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

    5.1 Pengenalan 51

    5.1.1 Latar Belakang Responden 51

    5.2 Perbincangan Hasil Kajian 52

    5.2.1 Kekerapan Penggunaan TV Pendidikan 52

    Di Kalangan Responden

    5.2.2 Cara Penggunaan TV Pendidikan Di Kalangan 53

    Responden

    5.2.3 Persepsi Responden Terhadap TV Pendidikan 53

    5.2.4 Masalah Dalam Penggunaan TV Pendidikan 54

    Di Kalangan Responden

    5.3 Rumusan 55

    5.4 Cadangan 56

    5.4.1 Guru 57

    5.4.2 Pihak Sekolah 58

    5.4.3 Bahagian Teknologi Pendidikan 59

    5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 60

    5.6 Penutup 60

    RUJUKAN 61

    LAMPIRAN 64

  • xi

    SENARAI JADUAL

    NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Jadual Pemerolehan Pengetahuan Berdasarkan Deria 2

    3.0 Jadual Krejcie dan Morgan 25

    3.1 Item Soal Selidik 26

    3.3 Item Negatif Dan Positif 26

    3.3 Skala Likert 26

    3.4 Skala Likert Bagi Kekerapan 27

    3.5 Nilai Skala Likert 27

    3.6 Analisis Kebolehpercayaan Soal Selidik 28

    3.7 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian 30

    3.8 Jadual Tahap Penilaian Berdasarkan Min. 30

    4.1 Taburan kekerapan dan peratus mengikut jantina 32

    4.2 Taburan kekerapan dan peratus mengikut Kaum 33

    4.3 Taburan kekerapan dan peratus mengikut Umur 33

    4.4 Taburan kekerapan dan peratus mengikut Sesi Pengajaran 34

    4.5 Taburan kekerapan dan peratus mengikut kelulusan 34

    akademik tertinggi

    4.6 Taburan kekerapan dan peratusan mengikut pengalaman 35

    mengajar

    4.7 Taburan kekerapan dan peratusan mengikut Jawatan 36

    4.8 Taburan Mengikut Pemilikan Rangkaian ASTRO Di Rumah 36

    4.9 Taburan kekerapan dan peratus responden yang pernah 37

    mengikuti Menonton TV Pendidikan Di Rumah

    4.10 Taburan Kekerapan Penggunaan TV Pendidikan 39

    4.11 Taburan Peratusan dan Kekerapan mengenai Tahap 40

    Kekerapan Penggunaan TV Pendidikan

  • xii

    4.12 Taburan Kaedah Penggunaan TV Pendidikan 42

    4.13 Taburan Peratusan Dan Kekerapan Mengenai Tahap Cara 43

    Penggunaan TV Pendidikan

    4.14 Taburan Persepsi Terhadap TV Pendidikan 45

    4.15 Taburan Peratusan kekerapan Mengenai Tahap 46

    Persepsi Terhadap TV Pendidikan

    4.16 Taburan Masalah Di Hadapi 48

    4.17 Taburan Peratusan kekerapan Mengenai Tahap 49

    Masalah Di Hadapi

    4.18 Masalah Mengikut Nilai Min 50

  • xiii

    SENARAI SINGKATAN / SIMBOL

    TV - Televisyen

    TVP - Televisyen Pendidikan

    BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan

    ASTRO Jenama Pengendali Televisyen Satelit pertama Malaysia

    VHS Pita Rakaman

    MSC Koridor Raya Multimedia

    JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

    KPM - Kementerian Pengajian Malaysia

    SPSS - Statistical Package for the Social Sciences

    KP - Kurang Pasti

    TS - Tidak Setuju

    S - Setuju -

    K - Kerap

    SK - Sangat Kerap

  • xiv

    SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

    A Contoh Borang Soal Selidik 64

    B Surat Kebenaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia 72

    C Surat Kebenaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor 74

    D Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 75

    E Data Kajian Rintis SPSS versi 11.5 76

  • BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Wawasan 2020 berhasrat menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Salah

    satu faktor ke arah menjadikan sebuah negara maju adalah dengan perkembangan

    sains dan teknologi yang pesat. Justeru itu, penguasaan sains dan teknologi di

    sekolah perlu dipertingkatkan. Suasana pengajaran dan pembelajaran ke arah sains

    dan teknologi perlu diperkayakan dengan menggunakan pelbagai media pendidikan.

    Kementerian Pendidikan telah menjalankan pelbagai usaha dalam mengembangkan

    dan meluaskan media dan teknologi bagi tujuan pendidikan. Tidak boleh dinafikan

    bahawa potensi bagi memperkukuhkan lagi usaha-usaha dalam bidang pendidikan di

    negara kita amatlah baik.

    Penggunaan Teknologi Pendidikan juga memberi cabaran dan tanggungjawab

    kepada semua yang berkenaan dalam bidang pendidikan termasuklah guru-guru.

    Pengembelingan tenaga, pengalaman dan kepakaran perlu dalam menghadapi

    cabaran-cabaran yang di lalui dengan menggunakan teknologi yang ada seluas-

    luasnya bagi membantu mempertingkatkan dan memperbaiki mutu pendidikan di

    negara ini dalam melahirkan generasi para pelajar sekarang yang akan menghadapi

    dan mengharungi cabaran dalam perkembangan sains dan teknologi menjelang abad

    ke-21 yang akan datang.

  • 2

    Ini bertepatan dengan matlamat Sekolah Bestari yang menggunakan

    teknologi sebagai alat untuk meningkatkan pembelajaran dalam bidang sains dan

    teknologi di samping menyediakan pelajar yang cekap dalam teknologi maklumat

    untuk menghadapi cabaran era teknologi maklumat. Kementeriaan Pendidikan telah

    merancang program latihan untuk guru-guru Sekolah Bestari terutamanya dalam

    penggunaan Teknologi Pendidikan. Menurut pengarah Bahagian Pendidikan Guru

    (PBG) kementerian, Ahmad Mohanad Said (1999), sebanyak 18 institusi perguruan

    seluruh negara telah dipetanggungjawabkan untuk melatih guru yang sedia ada

    dalam melaksanakan program Sekolah Bestari. Ini adalah kerana budaya pengajaran

    dan pembelajaran di sekolah Bestari adalah berbeza berbanding sekolah biasa. Oleh

    itu persediaan guru-guru dalam perlaksanaan Sekolah Bestari sangat penting.

    Perkembangan teknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam

    bidang pendidikan selain daripada bidang perniagaan dan bidang-bidang lain. Sistem

    komunikasi adalah alat yang penting untuk menyebarkan maklumat dan sebagai alat

    manusia berhubung. Sistem yang digunakan secara meluas untuk meyampaikan

    maklumat adalah dengan menggunakan radio dan televisyen. Jika dibandingkan

    penggunaan televisyen yang digunakan dalam pengajaran adalah lebih kurang sama.

    Namun, televisyen boleh memberi kesan yang lebih baik kepada pelajar kerana dapat

    menggunakan kedua-dua deria iaitu penglihatan dan pendengaran. Penggunaan

    kedua-kedua pancaindera mata dan telinga menerusi penglihatan dan pendengaran

    boleh menguatkan lagi keupayaan seseorang pelajar itu memahami konsep

    pembelajaran yang di pelajari. Menurut penyelidikan yang telah dijalankan oleh ahli-

    ahli psikologi berhubung kadar pengetahuan yang diperolehi berdasarkan

    pancaindera yang digunakan adalah seperti berikut :

    Jadual 1.1 : Pemerolehan Pengetahuan Berdasarkan Deria Deria yang di gunakan Kadar Pemerolehan Pengetahuan

    Penglihatan 83.0%

    Pendengaran 11.0%

    Bau 3.5%

    Sentuhan 1..5%

    Rasa 1.0%

  • 3

    Konsep televisyen sebagai medium multimedia dan bersifat interaktif adalah

    suatu cabaran kerana teknologi televisyen bukan bergantung kepada pantasnya

    berlaku perubahan, tetapi adalah menghasilkan program yang dapat menarik

    perhatian penonton terhadap kekuatan persembahannya. Ini amat penting

    terutamanya dalam menghasilkan program yang berkaitan dengan TV Pendidikan.

    Objektif penghasilan TV Pendidikan adalah bagi menggariskan kepentingan

    teknologi dalam pembangunan pendidikan di antara guru dengan pelajar dan juga

    bagi memperkayakan proses pengajaran dan pembelajaran melalui kreativiti dan

    inovatif dengan menggunakan pelbagai media dan teknologi. Keberkesanan

    pengajaran menggunakan TV Pendidikan adalah banyak bergantung kepada

    kreativiti guru yang mengajar. TV Pendidikan dapat menimbulkan motivasi pelajar

    dalam pembelajaran, jika guru memainkan peranannya dengan baik. TV Pendidikan

    tidak akan berfungsi dengan sempurna tanpa persediaan guru dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya faham bahawa TV Pendidikan tidak

    akan menggantikan peranannya tetapi hanya membantu guru dalam mewujudkan

    proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan disamping menarik minat

    pelajar terhadap pembelajaran. Menerusi televisyen pengajaran yang di sampaikan

    dengan penerangan dan contoh-contoh yang konkrit seperti gambar-gambar yang

    sebenar diiringi dengan muzik atau kesan serta lakonan dapat menarik minat pelajar

    dan mendorong mereka untuk belajar serta lebih bermotivasi dalam pembelajaran.

    Pada 19hb Jun 1972, perkhidmatan TV Pendidikan ke sekolah-sekolah di

    Semenanjung Malaysia telah dilancarkan oleh Y.A.B. Tun Haji Abdul Razak bin

    Dato' Hussein Perdana Menteri pada ketika itu. Perlancaran Pekhidmatan TV

    Pendidikan telah melahirkan Perkhidmatan Sebaran Pendidikan di negara kita. TV

    Pendidikan adalah salah satu projek perkembangan pendidikan bagi sekolah rendah

    dan menengah terutama sekali dalam matapelajaran bahasa, sains dan matematik.

    Perkhidmatan TV Pendidikan telah dapat menyampaikan rancangannya kepada 215

    buah sekolah rendah dan 265 buah sekolah menengah. Pada peringkat awal, Sabah

    dan Sarawak tidak termasuk dan projek perkhidmatan TV Pendidikan kerana pada

    ketika itu sistem penyiaran kebangsaan masih belum diperluaskan ke sana.

  • 4

    Selama 28 tahun TV Pendidikan disiarkan melalui saluran TV2 , pada tahun

    2000, BTP menempa sejarah apabila TV Pendidikan disiarkan melalui satelit

    ASTRO. Pemancaran rancangan TV Pendidikan di ASTRO memang ada nilai

    tambahnya terutamanya kepada pelajar bukan sahaja tentang ilmu yang terdapat

    dalam kandungan kurikulum, malah dapat menambah ilmu pengetahuan dengan

    menonton rancangan-rancangan berunsur pendidikan seperti National Geography,

    Discovery dan rancangan Animal Planet. Dalam pengajaran, guru sebagai sumber

    maklumat

    1.2 Latar Belakang Masalah

    Program TV Pendidikan telah menelan berjuta-juta ringgit setiap tahun.

    Namun demikian adakah objektifnya tercapai dengan sekolah-sekolah

    memanfaatkannya ataupun tidak menggunakan langsung kemudahan berkenaan.

    Sejak TV Pendidikan bertukar tangan daripada siaran melalui TV2 RTM kepada

    siaran telelevisyen melalui satelit iaitu ASTRO pada awal tahun 2000, kerajaan telah

    membayar 20 juta untuk perkhidmatan tersebut. Kerajaan juga telah membelanjakan

    kira-kira RM14.25 seminggu untuk setiap sekolah bagi melanggan ASTRO, atau

    kira-kira RM5 juta setahun.

    Menurut laporan Auditor General (2003), bahawa kebanyakkan sekolah tidak

    memanfaatkan program TV Pendidikan kerana pelbagai punca. Antaranya ialah

    kegagalan fungsi teknikal peralatan sehinggalah percanggahan waktu dalam jadual

    persekolahan. Manakala Mattox (1974), menunjukkan sikap malas guru membawa

    kesan terhadap penggunaan teknologi pendidikan termasuklah TV pendidikan adalah

    kerana guru menghadapi tekanan daripada pihak atasan dan kurang sokongan.

    Arnove (1976) pula, menjelaskan bahawa guru-guru sendiri yang bersikap negatif

    terhadap teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,

    Blondin (1996) mendapati bahawa salah satu faktor penghalang penggunaan

    teknologi pendidikan ialah kekurangan kemahiran di kalangan guru-guru. Sifat tidak

    mengetahui dan kekurangan latihan biasanya disuarakan oleh guru-guru sebagai

  • 5

    sebab mengapa teknologi pendidikan kurang digunakan. Adakah faktor-faktor ini

    menjadi menyebabkan penggunaan TV Pendidikan tidak mendapat sambutan.

    1.3 Penyataan Masalah

    Antara keistimewaan Sekolah Bestari adalah sekolah yang menggunakan

    teknologi sebagai alat untuk meningkatkan pembelajaran dalam bidang sains dan

    teknologi dalam menghadapi cabaran era teknologi maklumat. Namun demikian,

    sejauh manakah pengggunaan teknologi tersebut di Sekolah Bestari.

    Di samping itu, di kebanyakkan sekolah, penyediaan televisyen dan

    rangkaian ASTRO sudah tidak asing lagi. Apatah lagi di Sekolah Bestari. TV

    Pendidikan merupakan salah satu ransangan kepada proses pengajaran dan

    pembelajaran berbanding dengan kaedah pengajaran tradisi. Televisyen yang

    menyedikan visual-visual bergerak yang boleh menarik minat pelajar untuk

    memfokuskan kepada pembelajaran. Dengan ini visual-visual konkrit yang

    menggambarkan keadaan dunia sebenar dapat memberikan pengalaman yang konkrit

    kepada pelajar dalam pembelajaran. Tetapi sejauh manakah aplikasi TV Pendidikan

    digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian penyelidikan media

    teknologi juga mendapati bahawa pembelajaran adalah melalui 83 peratus melalui

    penglihatan, 11 peratus melalui pendengaran, 3.5 peratus melalui hidu, 1.5 peratus

    melalui sentuhan dan satu peratus melalui rasa.

    Terdapat pelbagai jenis teknologi telekomunikasi di kalangan masyarakat kita

    yang digunakan secara meluas dalam bidang perniagaan dan bidang-bidang lain,

    namun bagaimanakah penggunaannya dalam bidang pendidikan. Di sekolah,

    terutamanya guru memainkan peranan penting dalam mengaplikasikan pendekatan-

    pendekatan teknologi dalam pengajaran mereka. Lazimnya mereka berpuashati

    dengan penggunaan kaedah tradisional iaitu dengan menggunakan kapur dan cakap

    sahaja yang telah menjadi kebiasaan bagi mereka. Kemampuan dan pentingnya

    teknologi terutamanya dalam bidang pendidikan masih belum dihayati dan diketahui

  • 6

    sepenuhnya oleh guru-guru. Dengan penyediaan kemudahan tidak memadai, jika

    tidak diaplikasikan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh

    guru-guru dan juga pihak pengurusan. Oleh itu, adakah sikap atau persepsi guru-guru

    itu sendiri yang menyababkan TV Pendidikan tidak di gunakan sepenuhnya di

    sekolah.

    Selain itu, masalah umum yang di hadapi oleh sekolah tentang penggunaan

    rancangan-rancangan TV pendidikan ialah penyelarasan jadual waktu TV Pendidikan

    dengan jadual waktu sekolah. Walaupun terdapat siaran ulangan pada pukul 1.00

    petang hingga 5 petang, namun ia juga bergantung kepada sesi persekolahan dan

    kepadatan jadual waktu matapelajaran. Manakala, rancangan asalnya pula pada pukul

    9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Perancangan yang lebih teliti perlu dibuat dalam

    menyelaraskan jadual waktu sekolah dengan jadual waktu TV Pendidikan. Masalah

    sebeginikah yang boleh menyebabkan TV Pendidikan kurang mendapat sambutan di

    sekolah.

    Di samping itu, penggunaan Teknologi Pendidikan untuk menambah nilai

    kepada sesuatu bahan sumber memerlukan kemahiran dan latihan. Oleh itu,adakah

    dari sifat tidak mengetahui dan kekurangan latihan di kalangan guru-guru juga

    merupakan faktor mengapa teknologi pendidikan kurang digunakan di sekolah. Ini

    mungkin juga di sebabkan oleh sikap guru itu sendiri yang fobia untuk menggunakan

    teknologi pendidikan yang disediakan. Ataupun mungkin, kandungan yang terdapat

    dalam TV Pendidikan yang tidak menyokong kehendak pedagogi yang boleh

    menyebabkan juga TV Pendidikan kurang di minati oleh guru-guru.

  • 7

    1.4 Persoalan Kajian

    Persoalan yang akan dikaji ialah:

    1. Sejauh manakah penggunaan TV Pendidikan oleh guru-guru.

    2. Bagaimanakah persepsi guru-guru terhadap TV Pendidikan.

    3. Adakah TV Pendidikan banyak membantu dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran.

    4. Apakah permasalahan yang dihadapi dalam penggunaan TV Pendidikan

    1.4 Objektif Kajian

    Daripada persoalan kajian, maka objektif kajian adalah seperti berikut :

    1. Mengenalpasti kekerapan TV Pendidikan digunakan di kalangan guru-guru di

    Sekolah Bestari.

    2. Mengenalpasti cara penggunaan TV Pendidikan yang digunakan dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran.

    3. Mengenalpasti persepsi guru-guru terhadap penggunaan TV Pendidikan

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    4. Mengenalpasti masalah yang di hadapi dalam penggunaan TV Pendidikan.