Upload
linskbt3
View
474
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
HBAE 1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual
Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)
1.0 Pendahuluan
Seni Visual yang juga disebut seni tampak adalah objek untuk dilihat dan dihayati
kerana ianya dapat memberi kepuasan hati untuk menambah keindahan persekitaran hidup,
mempamerkan suatu perasaan dalaman, menzahirkan ekspresi diri dan bertujuan untuk
berkomunikasi tentang sesuatu idea ( Rosalind, 1995). Proses ini menyentuh perasaan estetik
dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi
murid. Dengan ini, murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual,
meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan
kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.
Dari segi bahasa, portfolio bererti bekas untuk menyimpan kertas, dokumen, lukisan
dan lain-lain. Dalam pendidikan, portfolio diertikan sebagai himpunan segala bahan bukti
tentang pengetahuan, kemahiran dan pemikiran pelajar terhadap sesuatu aspek
pembelajarannya. Ia mengandungi koleksi hasil kerja yang dikumpulkan secara terancang,
khusus, kemas dan teratur. Menurut kandungan Buku Sumber Guru Pendidikan Seni KBSR
terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia, portfolio merakam pembelajaran dan penglibatan
pelajar dalam kegiatan pelbagai kecerdasan dan ia dikaitkan dengan alat penilaian benar
(autantik assessment )
Tugasan HBEF 1103 : Pengenalan Pendidikan Seni Visual ini merupakan tugasan
pertama bagi jurusan pilihan yang saya ambil. Peluang membuat portfolio tentang hasil
karya ini benar-benar memberi pengalaman baru buat saya yang agak kurang mahir dalam
menghasilkan karya seni tampak ini. Sunggupun begitu, ianya saya jadikan sebagai cabaran
yang banyak membantu saya meningkatkan komitmen diri dalam bidang pendidikan.
Portfolio ini dibahagikan kepada dua bahagian mengikut kehendak soalan tugasan. Bahagian
pertama menampilkan gambar hasil karya berserta ulasan atau sinopsi tentang kaedah
penghasilan hasil karya. Bahagian kedua pula akan menyentuh tentang apresiasi seni dua
orang tokoh yang dipilih beserta dengan contoh gambar karya agung mereka.
1
HBAE 1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual
Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)
2.0 SOALAN TUGASAN 1:
Bahagian ini mengandungi pengenalan tentang bidang menggambar, contoh gambar bagi
karya yang saya hasilkan, sinopsis lengkap tentang karya akhir, lampiran sumber rujukan
yang saya gunakan dalam penyediaan hasil karya dan bibliografi tentang senarai rujukan
yang digunakan.
2.1 Pengenalan
Bidang Menggambar merupakan bidang yang memberi penegasan terhadap
perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Bidang ini melihat kemampuan
murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan
menggunakan pelbagai media dan teknik. Antara kegiatan yang dijalankan dalam bidang
menggambar ialah:
Lukisan
Catan
Kolaj
Montaj
Cetakan
Gosokan
Resis
Percikan
Mozek
Bidang ini memberi penekanan terhadap perkembangan imaginasi,kreativiti dan
ekspresi diri. Kegiatan menggambar juga membolehkan kita mengenali pelbagai alat, bahan
dan kegunaannya. Secara kesimpulannya, bidang menggambar merupakan asas kepada
perkembangan seni dan diharapkan bidang ini dapat mengembangkan persepsi visual
terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Berikut merupakan
gambar karya yang saya berjaya hasilkan menggunakan bidang menggambar.
2
HBAE 1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual
Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)
2.2 Gambar Foto Karya Akhir
2.3 Sinopsis Karya Akhir
Untuk menyiapkan tugasan ini, terlebih dahulu saya perlu mencari idea tentang tema
yang diberi. Tema tugasan ialah ”Keindahan Alam Semulajadi”. Ia mungkin tema yang
bersifat general tetapi bukan mudah untuk saya mencari idea yang sesuai dengan kehendak
tema memandangkan bakat seni yang yang agak terbatas. Merujuk kepada sumber daripada
internet, saya dapati hasil karya lebih bercorak pemandangan di dalam hutan, suasana
kampung, ditepi laut dan ini merupakan gambaran bagi tema alam semulajadi yang bersifat
’klise’ dan saya cuba lari dari menghasilkan karya seumpama itu.
Idea pemilihan ”subject matter” saya perolehi daripada suasana di kawasan sekolah.
Mengajar di sebuah sekolah di luar bandar, kawasan sekolah yang kecil agak membataskan
aktiviti keceriaan. Sungguhpun begitu, pihak sekolah yang prihatin telah berusaha untuk
3
HBAE 1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual
Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)
membina sebuah kolam ikan koi sebagai tempat untuk beriadah. Saya juga sangat tertarik
dengan pemandangan ikan koi yang sedang berenang di dalam kolam dan bagi saya, itulah
pemandangan alam semulajadi yang ingin saya gambarkan di dalam hasil karya saya.
Gambar 1: Kolam ikan koi untuk pemilihan tajuk atau ’subject matter’
Setelah pemilihan gambar yang sesuai dengan tema, saya perlu memilih teknik dan media
yang sesuai dengan karya yang akan saya hasilkan. Saya telah memilih alat, bahan dan
media yang sesuai serta tiga teknik dalam bidang menggambar untuk karya seni saya.
2.2.1 Pemilihan Alat, bahan, media yang digunakan
Alat : Pensel, pemadam, berus lukisan, tempera, paku dan gam.
Bahan : Warna air , krayon (oil pastel ) dan batu-batu kecil pelbagai warna.
Media : Kertas lukisan.
4
HBAE 1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual
Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)
2.2.2 Pemilihan Teknik
i. Catan
Catan merupakan proses melukis menggunakan bahan pewarna yang diaplikasikan
pada permukaan atau perantara seperti kertas, kanvas dan dinding. Media yang sering
digunakan dalam catan ialah cat air, cat minyak, akrilik dan tempera. Terdapat beberapa
teknik mewarna dalam proses catan. Antaranya teknik menggunakan warna cair seperti
‘basah atas kering’ dan ‘basah atas basah’.
Saya menghasilkan karya ’ikan koi’ menggunakan teknik catan basah atas kering dan
media yang saya gunakan ialah kertas lukisan dan cat air. Saya menggunakan cat air untuk
mewarna ikan koi dan paduan warna yang saya gunakan menyerupai warna sebenar ikan koi
Cuma saya mengubah warna badan ikan koi yang putih kepada sedikit kekuningan. Air
kolam juga saya warnakan dengan cat air dan saya memilih warna hijau lumut seperti warna
air kolam yang sebenar.
ii Resis
Resis merupakan satu proses menghasilkan corak dengan menggunakan bahan-bahan
yang tidak bercampur di antara satu dengan lain seperti cat air dengan cat minyak dan warna
air dengan lilin. Beberapa teknik yang mudah dan menarik boleh digunakan dengan
menggunakan pelbagai bahan yang diubahsuai.
Bagi menghasilkan karya ini, saya menggunakan teknik resis pada imej daun yang
terdapat dalam gambar. Saya menggunakan krayon berwarna kuning pada lapisan pertama
dan warna hijau pada lapisan kedua atau lapisan paling atas. Saya menghasilkan corak pada
permukaan daun dengan mengaplikasikan teknik lorekan menggunakan paku.
5
HBAE 1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual
Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)
iii. Kolaj
Kolaj bermaksud mengumpul dan menampal bahan-bahan seperti perca kain, kertas,
gambar dan sebagainya di atas permukaan tertentu mengikut corak yang dirancang. Hasil
karya akan menjadi lebih menarik sekiranya susunan cebisan kertas atau bahan tampalan
dirancang dengan sempurna. Saya menggunakan teknik kolaj pada objek berupa batu batan
di dalam permukaan kolam. Saya telah menggunakan batu-batu kecil pelbagai warna
(hitam, putih dan perang) dan ditampal menggunakan gam khas (UHU). Ini menggambarkan
imej sebenar batu-batu di dalam dasar kolam bagi menampilkan lagi kesan nyata tentang
keadaan di dalam kolam ikan koi. Bagi memastikan batu-batu mempunyai kesan kilat, saya
menyapu gam sebagai ’glaze’. Selain menampakkan kesan kilat, penggunaan gam ini juga
menguatkan lagi lekatan batu pada lukisan.
Saya mengambil masa selama dua minggu untuk menyiapkan karya ini dan saya
lakukan setiap proses seni peringkat demi peringkat. Walaupun terpaksa membuat tiga kali
cubaan, akhirnya karya akhir dapat saya hasilkan dan saya sangat berpuas hati dengan karya
akhir saya ini. Proses terakhir ialah membuat bingkai dan pemilihan bingkai menggunakan
mounting board menampakkan lagi kekemasan dan gambar ikan koi yang lebih timbul dan
jelas.
6
HBAE 1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual
Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)
3.0 SOALAN TUGASAN 2
Soalan kedua pula akan membuat kupasan tentang Apresiasi Seni. Apresiasi seni
dalam Pendidikan Seni harus dilihat sebagai bidang ilmu yang memperkayakan pengalaman
kesenian pelajar terhadap karya. Apresiasi dan kritikan seni ini akan membantu pelajar untuk
memahami, menghayati dan mengetahui asas penghasilan sesuatu karya seni secara lebih
mendalam. Dengan itu, penilaian terhadap karya adalah lebih lengkap.
3.1 Pengenalan
Apresiasi didefinasikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang
mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang memepengaruhi mereka, cara mereka bekerja,
bagaimana mereka memilih tema dan ” subject matter” serta gaya dan stail tertentu mereka.
Semunya ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek kognitif. Ianya juga
sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap penilaian dan perasaan
terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh juga dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat
dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek kognitif.
Bahagian ini akan menjelaskan secara terperinci proses apresiasi seni terhadap dua
buah karya yang dihasilkan oleh pelukis Malaysia berdasarkan model proses apresiasi seni
yang dikemukakan oleh Feldman (1967) dan Smith ( 1967) iaitu menggambar, menganalisa,
tafsiran dan penilaian. Oleh sebab itu, saya telah memilih dua orang pelukis tempatan yang
terkenal dan berbakat iaitu:
i. Datuk Mohammed Hoessein Enas
ii. Mastura Abdul Rahman
Kedua orang pelukis ini akan saya jadikan sebagai pelukis kajian saya dan dua buah karya
terkemuka mereka sebagai bahan untuk saya laksanakan proses apresiasi seni mengikut
Feldman dan Smith (1967).
7
HBAE 1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual
Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)
i. Datuk Mohammed Hoessein Enas ( 1925 – 1995 )
3.1.1 Biodata Pelukis
Datuk Mohammed Hoessein Enas dilahirkan di Bogor, Indonesia pada tahun
1924. Mendapat pendidikan seni di dalam bidang lukisan potret aliran akademik di
Indonesia. Gaya persembahan tersebut telah dipraktikkannya di Malaysia. Beliau
berhijrah ke Singapura sebelum menetap di tanah Melayu pada tahun 1947, iaitu
selepas Perang Dunia Kedua.
Beliau pernah memimpin Majlis Kesenian Melayu di Kuala Lumpur pada
tahun 1956 sebelum menubuh dan memimpin Angkatan pelukis Semenanjung (APS)
pada tahun 1957. Beliau pernah mendapat anugerah Pelukis Potret Diraja Selangor
pada tahun 1990. Beliau terkenal sebagai pelukis potret dalam kalangan pelukis
Melayu dan sering menggambarkan potret gadis-gadis Melayu yang cantik. Contoh-
contoh karyanya yang terkenal ialah :
Potret Diri ( 1968 )
Gadis Melayu ( 1959 )
Pengantin Perempuan Iban ( 1963 )
8
HBAE 1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual
Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)
ii. Mastura Abdul Rahman ( 1963 )
Foto kanan : Pelukis Malaysia,
Mastura Abdul Rahman
( bersama suami )
3.1.2 Biodata Pelukis
Mastura binti Abdul Rahman dilahirkan pada tahun 1963 dan merupakan
seorang pelukis muda yang berbakat. Mendapat pendidikan seni di UITM Shah Alam
pada tahun 1982 dan kini berkhidmat sebagai pensyarah di University Multimedia di
Cyberjaya, Selngor.
Beliau merupakan seorang pelukis wanita yang mengetengahkan gaya ’ hard edge’
pada lukisannya. Antara lukis beliau yang terkenal dan kini menjadi koleksi di Balai
Senilukis Negara ialah :
”Interior No. 29” (1987)
“House of Flower, House of Harmony ( 1999 )
“ Secawan kopi dan Badut / A cup of coffee and clown ( 1999)
9
HBAE 1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual
Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)
3.2 Apresiasi dan Kritikan Seni Hasil Karya : Datuk Mohammed Hoessein Enas
Tajuk : Gadis Melayu ( 1959)
Alat, bahan dan media : Kanvas dan Cat Minyak
Saiz : 49 x 39 cm
Lokasi : Balai Senilukis Negara
Teknik : Catan
a) Menggambar ( Desciption )
Proses menggambar menekankan aspek-aspek seperti warna, garisan, ruang, rupa,
prinsip rekaa, imbangan dan kesatuan. Berikut merupakan kritikan seni bagi lukisan ’ Gadis
Melayu’ hasil karya Datuk Hoessein Enas.
10
HBAE 1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual
Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)
i. Warna
Penggunaan warna ’pastel’ menjadikan lukisan ’Gadis Melayu’ ini
menampakkan imej atau wajah sebenar seorang gadis. Penggunaan warna
seumpama ini memang sesuai untuk lukisan potret untuk menjadikannya lebih
hidup dan bersifat realistik.
ii. Garisan
Unsur garisan pada lukisan ini berfokus kepada yang dilukis untuk
mewujudkan kesan ’outline’.
iii. Ruang
Potret ini tidak dilukis memenuhi ruang, dan mempunyai ruang atau latar
belakang pada imej.
iv. Rupa
Menggunakan imej sebenar figura manusia yang hanya berfokus pada wajah
hingga bahagian dada. Bersifat realistik dan naturalistik.
v. Prinsip Rekaan
Menampilkan prinsip penegasan untuk menampakkan lagi kesan realistik pada
rupa gadis yang ingin digambarkan.
vi. Imbangan
Lukisan ini memanfaatkan gambaran sebenar wajah manusia sebagai
imbangan.
vii. Kesatuan
Lukisan ’Gadis Melayu’ ini menampilkan unsur kesatuan pada penggunaan
warna.
11
HBAE 1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual
Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)
b) Menganalisa ( Analyse )
Unsur-unsur yang terlibat dalam proses menganalisa ialah subjek, unsur seni, prinsip
rekaan, kualiti ekspresif dan bahan, teknik dan kaedah.
i. Subjek
Subjek bagi karya ’Gadis Melayu’ ini ialah manusia.
ii. Unsur-unsur seni.
Unsur-unsur seni yang terdapat dalam gambar lebih kepada warna dan rupa.
iii. Prinsip rekaan
Potret ini menampilkan prinsip penegasan, keseimbangan dan harmoni iaitu
dari segi paduan warnanya.
iv. Kualiti Ekspresif
Kualiti ekspresif pada gambar dapat dilihat melalui riak wajah gadis yang
dilukis. Ia menampilkan mood tenang dan bersahaja si gadis.
v. Bahan, teknik dan Kaedah
Karya ini menggunakan cat minyak pada kanvas dan memeri fokus pada ton
warna. Teknik catan basah atas basah.
c) Tafsiran ( Interpretation )
i. Makna
Menampakkan wajah seorang gadis Melayu pada tahun 1950 an melalui
fesyen rambut dan pakaian.
12
HBAE 1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual
Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)
ii. Simbol
Simbol seorang gadis Melayu yang asli. Baju kemeja pula membawa simbol
kemodenan.
iii. Unsur-unsur Seni
Unsur seni yang terdapat dalam lukisan potret ini ialah warna, rupa dan ruang.
iv. Prinsip Seni
Menampilkan prinsip harmoni dan penegasan pada penggunaan warna dan
rupa/imej gadis.
v. Metafora / Analogi bagi menjelaskan makna.
Seorang gadis, yang berambut hitam, bersanggul, bibir yang tebal, beranting-
anting,memandang ke satu tempat, dan memakai baju kemeja
Makna rambut yang hitam dan bibir yang tebal memberi makna seorang gadis
melayu yang asli. Baju kemeja pula membawa makna kemodenan. Karya
potret ini secara keseluruhannya membawa makna seorang gadis Melayu yang
menjaga kemelayuannya di dunia serba moden. Ini juga merupakan fesyen
gadis Melayu di zaman itu.
d) Penilaian ( Evaluation).
i. Keaslian
Keaslian pada lukisan dapat dilihat pada tahun di mana lukisan ini dihasilkan
iaitu pada tahun 1959. Ini bermakna karya ini adalah karya asli Datuk
Hoessein yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.
ii. Gubahan
Berdasarkan budaya atau nilai masyarakat pada tahun tersebut. Dapat dilihat
melalui cara berpakaian dan fesyen yang ditampilkan
13
HBAE 1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual
Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)
iii. Teknik
Hasil daripada persepsi pelukis tentang gadis Melayu pada waktu itu dan
diolah menjadi rupa yang realistik dan naturalistik.
iv. Fungsi
Gambar ini menjadi ikon atau menampakkan imej gadis melayu pada zaman
yang lalu tetapi sedang menuju ke arah kemodenan.
3.3 Apresiasi dan Kritikan Seni Hasil Karya : Mastura Abdul Rahman.
Tajuk : Interior No. 29 ( 1987 )
Alat, bahan dan media : Pensel, pensel warna dan kertas lukisan
Saiz : 438 x 435 cm
Lokasi : Balai Senilukis Negara
Teknik : Gosokan menggunakan pelbagai jalinan dan
warna.
14
HBAE 1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual
Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)
a) Menggambar ( Desciption )
Berikut merupakan kritikan seni bagi lukisan ’ Interior no. 29’ hasil karya Mastura
Abdul Rahman.
i. Warna
Pelukis mengolah hasil karyanya menggunakan lebih bantak warna asas iaitu
warna biru dan beliau juga bijak mewujudkan kesan yang lebih menarik
melalui tona warna pada corak-corak tertentu untuk menunjukkan kesan lebih
sempurna.
ii. Garisan
Unsur garisan pada lukisan ini berfokus kepada yang dilukis untuk
mewujudkan kesan bentuk sesuatu objek, ruang atau kedalaman.
iii. Ruang
Potret ini dilukis memenuhi ruang, dan menunjukkan perspektif dengan
menggunakan elemen asas seni reka, contohnya pandangan bahagian ruang
tamu dari pandangan atas.
iv. Rupa
Lukisan ini banyak menampilkan rupa geometri di dalam gambarnya.
v. Prinsip Rekaan
Menampilkan prinsip kontra iaitu kesan jalinan pada coark seperti jalinan
kasar dan jalinan halus. Prinsip ketiga ialah harmoni iaitu melalui corak yang
penuh dengan warna kebiruan.dan pelukis berjaya mewujudkan kesan
perbezaan ruang dengan harmoni melalui penggunaan warna yang seragam.
15
HBAE 1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual
Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)
vi. Imbangan
Prinsip Imbangan pada lukisan dapat dilihat melalui imbangan simetri di mana
imej objek berada di tengah-tengah lukisan. Taburan objek juga sekata dan
mewujudkan imbangan yang sama rata..
vii. Kesatuan
Lukisan ”Interior No. 29” ini menampilkan kesatuan pada gabungan
penggunaan unsur seni dan juga wujudnya pengulangan unsur seni di dalam
karya ini. Dari segi penggunaan warna dan bentuk juga wujudkan kesan
kesatuan yang nyata.
b) Menganalisa ( Analyse )
Proses menganalisa bagi karya seni ini adalah seperti berikut :
i. Subjek
Subjek bagi karya ’Interior No. 29 ’ ini ialah objek / bentuk dan ruang.
ii. Unsur-unsur seni.
Unsur-unsur seni yang terdapat dalam gambar lebih kepada warna, corak dan
rupa.
iii. Prinsip rekaan
Potret ini menampilkan prinsip kontra, keseimbangan dan harmoni iaitu
dari segi paduan warna dan coraknya..
iv. Kualiti Ekspresif
Kualiti ekspresif pada gambar dapat dilihat melalui gambaran pelukis tentang
ruang tamu bagi sebuah rumah kampung atau rumah tradisi Melayu yang asli.
.
16
HBAE 1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual
Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)
v. Bahan, teknik dan Kaedah
Karya ini menggunakan kertas lukisan, pensel dan pensel warna sebagai
bahan dan media. Teknik pula lebih kepada teknik gosokan pada perlbagai
jenis permukaan.
c) Tafsiran ( Interpretation )
i. Makna
Menampakkan gambaran sebenar ruang tamu sebuah rumah kampung dari
pandangan atas. Ia menampilkan gambaran budaya dan tradisi masyarakat
Melayu melalui susun atur di dalam rumahnya.
ii. Simbol
Simbol atau gambaran kehidupan masyarakat Melayu melalui pemandangan
dan gambaran yang realistik tentang suasana di dalam rumah kampung.
iii. Unsur-unsur Seni
Unsur seni yang terdapat dalam lukisan ini ialah warna,garisan, jalinan dan
ruang.
iv. Prinsip Seni
Menampilkan prinsip kontra, imbangan dan harmoni pada penggunaan warna
dan bentuk.
v. Metafora / Analogi bagi menjelaskan makna.
Karya ini memperlihatkan gambaran pemandangan di dalam sebuah rumah
kampung dari pandangan atas.Karya ini juga lebih kelihatan kemas dan
menarik. Imej yang ingin ditonjolkan juga tidak berserabut dan lebih teratur.
Gambaran yang ingin disampaikan oleh pelukis juga mudah difahami.
17
HBAE 1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual
Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)
d) Penilaian ( Evaluation).
i. Keaslian
Keaslian pada lukisan dapat dilihat pada tahun di mana lukisan ini dihasilkan
iaitu pada tahun 1987. Ini bermakna karya ini adalah karya gaya ’ hard edge’
yang jarang dipelopori oleh kebanyakan pelukis di Malaysia.
ii. Gubahan
Berdasarkan budaya atau nilai masyarakat Melayu yang ingin digambarkan
oleh pelukis. Ianya dapat dilihat melalui rekaan corak dan susun atur perabot
dan ruang di dalam gambar.
iii. Teknik
Hasil daripada persepsi pelukis tentang rupa sebuah rumah kampung.
Menggunakan teknik gosokan pada pelbagai permukaan untuk menampakkan
kesan timbul.
iv. Fungsi
Gambar ini menjadi satu gambaran realistik atau menampakkan imej
kebudayaan Melayu yang kekal hingga ke hari ini. Ianya juga menampilkan
cara hidup masyarakat Melayu yang kaya dengan adat dan budaya tersendiri
termasuk di dalam susun atur perabot dan kedudukan ruang di dalam rumah.
18
HBAE 1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual
Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)
4.0 Penutup
Seorang guru yang prihatin perlulah memainkan peranan penting dalam
meningkatkan daya pengamatan, perkembangan kognitif dan kreativiti murid-muridnya
dengan mengadakan aktiviti yang dapat membantu perkembangan minda mereka, Adalah
menjadi tanggungjawab seorang guru memupuk kreativiti murid-muridnya disamping
memantapkan lagi pemikiran dan pengamatan mereka.
Tugasan ini merupakan satu langkah dalam pembentukan seorang guru pendidikan
seni visual yang mempunyai komitmen yang tinggi ke arah perkembangan diri murid. Untuk
itu juga guru haruslah peka pada perkembangan dan perubahan bagi mencapai matlamat
pendidikan seni. Ini adalah kerana setiap individu mempunyai bakat tersendiri dan apa yang
perlu, ianya perlu dipupuk dan dicungkil. Malahan guru haruslah menggalakkan murid-murid
supaya mempunyai kepekaan yang tinggi kepada persekitaran, menunjukkan idea yang
bernas dan menanamkan daya kreatif di kalangan mereka.
Justeru itu sama-samalah kita mengembeleng tenaga melaksanakan amanah yang
diberikan bagi meningkat perkembangan dan pembelajaran murid-murid kita di dalam mata
pelajaran Pendidikan Seni amnya dan bidang-bidang yang terdapat dalam Pendidikan Seni
Visual di sekolah.
19
HBAE 1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual
Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)
BIBLIOGRAFI
Bustam Kamri (2009). HBPS2303 Pendekatan dan kurikulum dalam pendidikan awal kanak, Kuala Lumpur: Open University Malaysia (OUM).
Ee Ah Meng (2003). Ilmu pendidikan pengetahuan dan ketrampilan ikhtisas (semester 1), Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1992), KBSR: Buku Panduan Khas Tahap 2, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Malaysia, Open University. (2010). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.
Prof. Madya Dr. Zurida Ismail (2003), Pendidikan Sains Prasekolah, PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd, Pahang Darul Makmur.
Pusat Perkembangan Kurikulum (1998), Buku Sumber Guru : Pendidikan Seni KBSR, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002 ), Modul Pengajaran dan pembelajaran : Pendidikan Seni KBSR, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Salmah, Ayob. (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif panduan pengajar. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.
Shahabuddin Hashim, Rohizani & Mohd Zohir Ahmad ( 2003). Pedagogi strategi dan teknik mengajar dengan berkesan, Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti.
http://anismi.blogspot.com/2010/04/teknik-menggambar.html
20
HBAE 1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual
Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)
21