Upload
dophuc
View
249
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
koridor pembangunan sabah _184
koridor pembangunan sabah _185
BAB 7
Persiapan Masa Depan dengan
Pemeliharaan Kurniaan Semula Jadi
koridor pembangunan sabah _186
koridor pembangunan sabah _187
BAB 7
Memulihara dan Melindungi Alam Sekitar untuk
Generasi akan Datang
7.1 Gambaran Keseluruhan Hutan Simpan dan Biodiversiti Sabah
Melindungi alam sekitar adalah antara tiga prinsip Rangka Tindakan SDC bagi membolehkan
pertumbuhan mampan dalam industri seperti eko-pelancongan, pertanian dan pembuatan
dengan memanfaatkan biodiversiti Sabah untuk berkembang maju. Biodiversiti adalah
aset penting dan anugerah alam semula jadi utama bagi negeri ini. Di utara Borneo inilah
terdapat kepelbagaian flora dan fauna serta hidupan karang antara yang terluas di dunia.
Jelas sekali, pengekalan alam sekitar yang efektif melalui pemuliharaan tanah, hutan
dan biodiversiti adalah penting bagi agenda rancangan SDC. Pemantauan alam sekitar,
perancangan penggunaan tanah, pendidikan dan kesedaran serta langkah-langkah mitigasi
untuk menangani kemungkinan kesan negatif alam sekitar, adalah menjadi fokus utama yang
penting dalam pengurusan alam sekitar semasa pelaksanaan SDC.
Secara geografi, Sabah amat beruntung. Ini memandangkan dua per tiga daripada
sempadannya merupakan garis pinggir pantai - melebihi 1,440 km panjang, dengan Laut
China Selatan di barat laut, Laut Sulu di timur laut dan Laut Sulawesi di bahagian tenggara.
Selain tanah besar, Sabah juga mempunyai lebih daripada 497 pulau36, termasuklah
satu-satunya pulau lautan Malaysia, iaitu Pulau Sipadan. Dari segi ciri-ciri fizikal, Sabah
mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit-bukau. Ia juga mempunyai dataran pantai
yang ditumbuhi tanaman kontan sementara jauh ke pedalaman terdapat hutan rimba dan
banjaran gunung yang berceranggah.
Sebahagian daripada negeri ini juga dipenuhi dataran banjir yang diliputi hutan paya yang
luas, dan juga Sungai Kinabatangan, sungai terpanjang di Sabah yang ditaburi tasik ladam
dan singkapan batu kapur, serta mengandungi ikan air tawar semula jadi yang paling kaya
di Malaysia.
36 Jabatan Pemetaan Malaysia
koridor pembangunan sabah _188
Rizabhutanlindungan
Kelas I
Rizabhutankomersial
Kelas II
Rizabhutandomestik
Kelas III
Rizabhutankemudahan
Kelas IV
Rizabhutanpaya
Kelas V
Rizabhutandara
Kelas VI
Rizabhidupanliar
Kelas VII
Jumlah
348,016
2,682,636
7,355 21,284 320,522
92,401132,653
3,604,867
Estet Hutan Kekal di Sabah (2007)
Hektar
Pada tahun 2005, 59% daratan di Sabah diliputi hutan. Komposisi hutan Sabah (diketahui
sebagai estet hutan) disenaraikan dalam Rajah 7.1. Hutan di Sabah dikelaskan kepada tujuh
kelas. Kelas II ialah Hutan Simpan Komersial (atau Hutan Pengeluaran) merangkumi kawasan
terbesar (2.7 juta hektar) diikuti Kelas I, Hutan Simpan Perlindungan dan Kelas V, Hutan
Simpan Paya Bakau.
Rajah 7.1: Estet Hutan Kekal di Sabah (2007*)
Nota: *Termasuk Kawasan yang Didaftar sebagai PFE
Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah
Dari segi biodiversiti, banyak kajian penyelidikan telah dijalankan untuk menentukan status
biodiversiti Sabah dalam tiga dekad yang lalu. Jadual 7.1 menunjukkan beberapa usaha
yang dimulakan berhubung perkara ini.
koridor pembangunan sabah _189
PengarangNo. Bilangan
Spesies
Penyelidikan mengenai
10,000 – 20,000
220
900
449
155
140
145
103
4,000
Pokok Berbunga (mewakili
5-6% daripada jumlah dunia)
Mamalia darat liar
Rama-rama
Burung
Ikan air tawar
Katak
Ular
Anai-anai
Tumbuhan pembuluh
Van Steenis (1950), Kiew (1984),
Mat Salleh dll., (1992)
Payne dll., (1985)
Otsuka (1988)
Rajaratnam (1997)
Inger dan Chin (1990)
Inger dan Stuebing (1997)
Inger dan Tan (1996)
Thapa (1981)
Beaman dan Beaman (1990)
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
Jadual 7.1: Senarai Pengarang dan Kerja Penyelidikan Mereka Mengenai Flora dan Fauna Sabah
Sumber: IDS (1998) ”Penggunaan Mampan Produk Hutan bukan Balak: Masalah dan Prospek”
Kekayaan flora dan fauna Sabah mesti dipelihara supaya dapat dirasai dan dinikmati oleh generasi akan datang.
koridor pembangunan sabah _190
7.2
7.2.1
Cabaran Utama
Penggunaan dan Penuaian Sumber Semula Jadi yang Mampan
Dalam proses pembangunan negeri ini, beberapa perkembangan kritikal boleh memberikan
kesan negatif kepada kestabilan alam sekitar di Sabah. Alam sekitar akan terus dirosakkan
jika pembangunan ekonomi tidak dirancang dengan memberikan tumpuan terhadap
kemampanan. Pada peringkat awal, cabaran utama yang perlu diatasi merangkumi:
kemampanan pengambilan sumber alam terutamanya balak, kurangnya pendekatan
bersepadu terhadap pemuliharaan, perpecahan habitat, sistem rawatan air buangan yang
tidak mencukupi, pencemaran dari industri dan ketiadaan peraturan statutori yang
mengawal Amalan Pertanian Baik (GAP).
Kegiatan Hutan
Selama tiga dekad yang lalu, jumlah balak yang dikeluarkan daripada hutan semula jadi adalah
jauh lebih besar daripada kadar pertumbuhan semula pohon balak asli. Amalan konvensional
ini lama-kelamaan mengurangkan bekalan bahan mentah untuk dibekalkan kepada industri
hiliran lalu menyebabkan penutupan secara besar-besaran pelbagai kilang pemprosesan
yang berorientasikan balak di seluruh negeri.
Menyedari masalah ini, Kerajaan Sabah telah mengambil langkah positif dengan
memperkenalkan dasar pengurusan hutan mampan (hanya sejumlah volum pertumbuhan
pokok boleh dikeluarkan daripada hutan). Berikutan usaha berterusan dan bilangan
pelaburan yang ketara, akhirnya, Hutan Simpan Deramakot telah diakui dan diiktiraf
di peringkat antarabangsa sebagai hutan semula jadi pertama yang diuruskan secara
mampan. Pada masa akan datang, lebih banyak hutan akan dituai hasilnya berdasarkan
model Deramakot untuk memastikan kemampanan.
Kegiatan Perikanan
Dalam usaha membanteras pengeluaran sumber asli berlebihan, terdapat keperluan untuk
membendung risiko penangkapan ikan berlebihan yang dapat memberikan kesan negatif
kepada pembangunan mampan bagi industri akuakultur. Aktiviti perikanan berlebihan ini
telah memberikan kesan langsung terhadap industri perikanan menyebabkan Negeri Sabah
perlu mengimport ikan. Ini mengakibatkan kerugian pertukaran asing diiringi masalah
berkurangnya keselamatan makanan.
Penggunaan kaedah menangkap ikan yang memusnahkan kehidupan laut seperti
penggunaan jala bersaiz kecil, bot pam haram, menggunakan elektrik dan racun,
pencerobohan bot pukat tunda bersaiz sederhana di perairan tepi pantai, dan penangkapan
koridor pembangunan sabah _191
tidak sengaja spesies laut yang terancam, seperti dugong dan penyu merupakan masalah
penting yang dihadapi oleh industri perikanan Sabah.
Usaha perlindungan alam sekitar akan terus tertumpu pada pencegahan penangkapan
tidak sengaja spesies laut terancam dan kaedah menangkap ikan yang membinasakan serta
dilarang, seperti mengebom ikan yang mengakibatkan kemusnahan terumbu karang yang
tidak ternilai.
Kegiatan Pertanian
Perkembangan ladang tanaman perindustrian seperti kelapa sawit, jika tidak terkawal
kerana ketiadaan pengurusan teratur, akan memberikan kesan langsung yang ketara kepada
alam sekitar. Ladang kelapa sawit yang ditanam terlalu dekat dengan sistem sungai dan
di tepi jalan tanpa peruntukan zon muara dan penampan akan menjejaskan alam sekitar.
Ia boleh mengakibatkan kesan, seperti hakisan tebing sungai, permukaan air yang
mengalirkan baja dan racun rumpai yang mengalir ke dalam sistem sungai, pencemaran air
dan kemusnahan biodiversiti sungai.
Dalam sesetengah keadaan, pembangunan kegiatan pertanian yang berselerak tanpa
perancangan dan pengurusan yang betul akan menyebabkan perpecahan habitat yang
mengancam pergerakan dan kemandirian hidupan liar.
Ketiadaan muara simpan atau zon penampan di sepanjang sistem sungai menimbulkan
ancaman bagi komuniti hidupan liar yang mendiami ekosistem sungai. Pembangunan
pertanian tidak bertanggungjawab pada masa lampau telah mengunjur hingga ke tebing
sungai. Selain itu, kegiatan pembakaran terbuka di tanah persendirian yang bersebelahan
dengan hutan simpan serta pembukaan tanah, meningkatkan lagi risiko kehilangan
biodiversiti.
Kawasan Paya dan Paya Bakau
Ancaman terbesar kepada kawasan paya dan paya bakau ialah penebangan keseluruhan
kawasan paya terutamanya di sepanjang garis pinggir pantai dan di sepanjang tebing
sungai. Pemugaran sedemikian termasuk (a) pembangunan hartanah melalui tebus guna
paya; (b) akuakultur dalam kolam tanah; c) pemugaran, membuat ban dan pengeringan paya
untuk penanaman kelapa sawit; dan d) pembangunan pusat peranginan yang melibatkan
pemugaran dan pembinaan dilanjutkan hingga ke pinggir tebing sungai.
Dalam tempoh pelaksanaan SDC, perancangan diatur bagi mengelakkan kehilangan
biodiversiti pada masa hadapan dari segi biodiversiti daratan (termasuk hutan dan paya
gambut) dan biodiversiti laut (termasuk paya bakau).
koridor pembangunan sabah _192
Biodiversiti di daratan Sabah terdapat di hutan37. Dengan itu, setiap hektar hutan yang
ditukar kepada penggunaan tanah alternatif boleh menyebabkan kehilangan biodiversiti
daripada tanah tersebut. Pada masa lampau, pembalakan berulang telah menyebabkan
kehilangan biodiversiti dan telah memberikan laluan kepada tumbuhan “perintis” berumpai
untuk hidup.
Mujurlah tiada spesies yang terus pupus di Sabah. Namun begitu, terdapat kajian yang telah
membuktikan kehilangan diversiti gen intraspesies. Sesetengah tumbuhan dan spesies
haiwan invertebrata yang paling sensitif kepada gangguan mungkin akan pupus sekiranya
tiada usaha pemulihan hutan secara aktif dilaksanakan. Ini merupakan antara bidang yang
akan ditekankan melalui rancangan SDC.
37 Beberapa jenis berlainan (hutan dipterokarpa tanah pamah, hutan dipterokarpa bukit, hutan konifer, hutan montane
lebih rendah, hutan montane lebih tinggi, hutan paya gambut, hutan paya air tawar, hutan kerangas, hutan kerapah,
hutan peralihan, hutan paya bakau, hutan tanah ultrabes dan sebagainya).
7.2.2 Pencemaran Industri (Masalah Alam Sekitar ‘Perang’)
Selain isu alam sekitar ‘hijau’ yang disentuh dalam bahagian sebelumnya, terdapat
beberapa risiko utama dari segi alam sekitar ‘perang’ yang berkaitan dengan pembangunan
industri. Beberapa program untuk mengurangkan risiko ini akan dibentuk, yang antara lain
termasuk:
• Meningkatkan rawatanbuangankilangminyaksawit (POME)denganmenyediakan
insentif kepada syarikat untuk mengguna pakai teknologi lebih bersih
• Menguatkuasakan keperluan bagi zon penampan di sungai yang berdekatan dengan
estet perladangan
• MengukuhkanstesenpemantauanJabatanAlamSekitardisepanjangsungaiutamadi
Sabah untuk memeriksa pemendapan berlebihan
• Memperketat kepatuhan terhadap pengezonan dan melaksanakan rawatan sisa
lebih baik dalam estet perindustrian (seperti industri makanan diasingkan daripada
industri berat)
• Pengurusanteratursisaorganikdalamladangperindustrian(sepertimemeriksabaja
asli yang dibuang ke dalam aliran sungai)
• Lebihbanyaksumberuntuksistempengendaliansisapepejalyangcekap
• Menyediakan kemudahan di Sabah untuk mengendalikan sisa berjadual (minyak
terpakai, sisa toksik dan sebagainya)
koridor pembangunan sabah _193
Kurang Pendekatan Bersepadu ke Arah Pemuliharaan
Ketika ini, terdapat berbagai program aktif yang mencakupi keseluruhan keperluan
pemuliharaan yang giat dijalankan oleh agensi kerajaan berkenaan (Jabatan Perhutanan,
TamanSabah,dansebagainya),majlisdaerahdanNGO.Meskipunusaha-usaha ini telah
sekian lama memanfaatkan negeri ini, terdapat keperluan untuk menyatukan segala
usaha pemuliharaan ini supaya menjadi satu pendekatan bersepadu ke arah pemantauan,
pemuliharaan dan penguatkuasaan alam sekitar. Ini akan memastikan penyelarasan yang
lebih baik, perancangan yang lebih teratur dan penggunaan sumber pemuliharaan yang
lebih berkesan.
Ketika ini, terdapat pertindanan dalam bidang dan tanggungjawab pengurusan sumber asli.
Umpamanya, ruang Taman Negara dan Hutan Simpan meliputi aset yang serupa di mana
sempadan tanah antara taman dan hutan sering kali bertindih dan tidak begitu jelas.
Unsur pendekatan bersepadu harus merangkumi:
• Sistempengurusanmaklumatalamsekitarbersepadu
• Pengurusan sumber air bersepadu merangkumi kawasan tadahan, bekalan air
dan penguatkuasaan terhadap pencemaran air
• Pengawasan pengurusan program menyeluruh yang dikukuhkan oleh agensi
kerajaan utama, seperti Jabatan Alam Sekitar (alam sekitar ‘Perang’) dan Jabatan
Perlindungan Alam Sekitar (alam sekitar ‘Hijau’)
• Takrifskopdanhasildisasarkanyangjelasbagisetiappihakberkepentingan
7.2.3 Pemecahan Habitat
Selain pembalakan dan penukaran status guna tanah bekas hutan kepada penggunaan
tanah alternatif, terdapat ancaman tambahan terhadap biodiversiti dan kemandirian
haiwan besar – perpecahan habitat hutan menjadi kelompok-kelompok kawasan kecil.
Kajian empirik mendapati bahawa lebih besar kawasan hutan, lebih banyak spesies yang
mendiaminya. Jika kawasan besar hutan telah dipecahkan oleh perubahan penggunaan
tanah, pada bila-bila masa sahaja haiwan besar, yang biasanya dari spesies yang sukar
ditemui dan sensitif kepada perubahan ini akan pupus. Hanya kawasan hutan amat besar
yang selanjar (lebih besar daripada 1 juta hektar) dalam keadaan baik, boleh mengekalkan
komposisi spesies asalnya yang lengkap.
koridor pembangunan sabah _194
7.2.4
7.2.5
Loji Rawatan Air Buangan dan Pembetungan tidak Mencukupi
Amalan Pertanian Mampan
Kemudahan sanitasi yang tidak mencukupi di pusat bandar utama seperti Kota Kinabalu,
Sandakan, Tawau mempunyai kesan langsung terhadap alam sekitar. Kebanyakan bandar
di Sabah kekurangan loji rawatan air buangan dan pembetungan berpusat. Ini diburukkan
lagi dengan kurangnya penyelenggaraan sistem rawatan air buangan ketika ini, kebocoran
saluran pembetungan utama disebabkan oleh saluran pembetungan yang sudah lama dan
dana yang tidak mencukupi.
Berkenaan dengan sanitasi dan kesihatan awam di daerah luar bandar (seperti Sipitang,
Kudat, Tambunan) air graviti dan hujan adalah sumber utama bagi rawatan untuk
pembetungan di kampung.
Kapasiti loji rawatan dan pemprosesan air ketika ini akan ditingkatkan dengan mengambil
kira rancangan untuk sistem rawatan sisa yang mencukupi di pulau-pulau peranginan
utama dan tapak menyelam, seperti Pulau Sipadan dan pelbagai taman laut di seluruh
negeri Sabah.
Ketika ini terdapat garis panduan dan kapasiti penguatkuasaan yang tidak memadai
berkaitan dengan perkara yang berikut:
• Penggunaanracunperosakdanbajayangberlebihandiestetperladangan
• Kepatuhan terhadapundang-undangnegeriberkaitanmuara simpan (berhampiran
sungai), zon penampan dan perpindahan sosial
• Amalanterbaikatautatakelakuanuntukakuakultur
• Enakmen pertanian bagi mengawal penggunaan racun perosak yang
mengehadkan potensi eksport produk pertanian
Langkah-langkah akan diambil untuk mengurangkan risiko pencemaran di atas semasa
pelaksanaan SDC. Langkah-langkah ini tidak bermaksud untuk menghalang pembangunan
sektor pertanian. Usaha ini adalah sejajar dengan wawasan untuk menjadikan Sabah pusat
kecemerlangan bagi amalan pertanian yang mampan. Mungkin terdapat kos permulaan
bagi pemilik ladang, tetapi ini akan diimbangi dengan akses kepada pasaran yang lebih bijak
menilai seperti di negara maju dan membuka peluang untuk mendapat harga yang lebih
tinggi pada masa hadapan.
koridor pembangunan sabah _195
Penyelarasan dengan Jabatan Pertanian Negeri akan dilakukan untuk menangani masalah di
atas, umpamanya dengan memanfaatkan piawai yang dikeluarkan oleh Meja Bulat mengenai
MinyakSawitMampan (RSPO). Jikaperlu,piawai-piawai inibolehditerjemahkankepada
undang-undang dengan kuasa pengurusan bagi menangani masalah sedemikian, seperti
pelaksanaan amalan lebih baik dan kawalan terhadap kimia toksik yang digunakan dalam
pertanian dan seterusnya.
7.3 Strategi
Untuk meningkatkan pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar di Sabah, beberapa
strategi perlu dilaksanakan:
• Menggubal Dasar Alam Sekitar Kerajaan Negeri selaras dengan Dasar Alam Sekitar
Kebangsaan
• Meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan dalam bentuk pembinaan
keupayaan dan latihan tenaga manusia
• Mengawal pembangunan yang memberikan kesan terhadap hutan hujan tropika,
kehidupan liar dan sumber air
• Menentuataumewartakankawasantertentusebagai‘KawasanKawalanKhusus’iaitu
semua pembangunan di dalamnya akan dikawal supaya mematuhi amalan
terbaik dalam hal kemampanan; kawasan utama: Kundasang dan Kinabatangan
• Memastikanperancanganprasaranayanglebihbaik–yangperludiutamakanialah
mewujud atau memulihkan “koridor ekologi” di sepanjang jalan utama
• Memeriksa dengan teliti penggunaan tanah luar bandar yang tidak digunakan dan
menetapkan dengan jelas sempadan kawasan alam sekitar yang sensitif
• Menggalakkan kerjasama di antara Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berwibawa
dengan badan korporat besar untuk pendanaan, pembinaan keupayaan dan
pengurusan persepsi positif
• Menanamdanmeningkatkankesedaran,pendidikandanlatihanuntukorangawam,
pelancong dan industri
koridor pembangunan sabah _196
Pendidikan dan kesedaran• Didik orang awam mengenai kitar semula, kebersihan, pemuliharaan biodiversiti, pemuliharaan sistem sungai yang bersih, dan sebagainya
Infrastruktur• Mengurus pembetungan dan sisa pepejal• Melindungi petempatan, sistem sungai, paya
Pembangunan mampan• Promosi pensijilan hasil pertanian untuk mematuhi standard yang berdaya tahan lagi berwibawa (spt. RSPO)
Hutan• Menetapkan sempadan dengan jelas dan kawal atur rizab hutan• Pulihkan hutan yang dicemari
Biodiversiti• Pulihara hidupan marin dan liar• Pulihara flora dan fauna• Perjanjian G2G mengenai perlindungan spesies yang berhijrah
Pemuliharaan fizikal• Pengurusan pinggir pantai• Pulihara tapak Warisan Dunia
Menjelang2025, tempatyang paling
selesa didiamidi Asia
Rajah 7.2: Ringkasan Strategi Utama untuk Pemuliharaan Alam Sekitar yang Seimbang
7.4 Program dan Projek
Seksyen berikut menggambarkan program dan projek yang sedang dijalankan yang menyumbang
kepada pemeliharaan alam sekitar Sabah untuk generasi akan datang. Program pemuliharaan baru
yang selaras dengan strategi tersebut telah dikenal pasti dalam Rangka Tindakan ini.
koridor pembangunan sabah _197
7.4.1 Nadi Borneo
Pada 12 Februari 2007, sebuah pengisytiharan tiga negara telah ditandatangani oleh
kerajaan Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia untuk memulihara ‘Nadi Borneo’
- satu daripada pusat kepelbagaian biologi yang paling penting di dunia yang meliputi
hutan hujan tropika seluas 220,000 km persegi. Walaupun Borneo telah lama diteroka dan
diselidiki, masih terdapat beribu-ribu spesies tumbuhan dan haiwan yang masih belum
diketahui.
koridor pembangunan sabah _198
Keunikan biodiversiti di Sabah menjadikannya antara tempat tercantik di dunia.
‘Nadi Borneo’ bertujuan untuk menguruskan dan memulihara landskap hutan bersambungan
yang kedua terbesar di dunia. Ia memanfaatkan kerjasama melintasi sempadan kerajaan,
melibatkan kepentingan tempatan dalam perancangan jangka pendek dan jangka panjang,
dan mendapatkan pembiayaan yang mampan dalam jangka panjang. Kerjasama tersebut
diterajui oleh kerajaan-kerajaan di Borneo dan disokong oleh komuniti global.
Wawasan ‘Nadi Borneo’ adalah untuk:
…bekerjasama dalam memastikan pengurusan dan pemuliharaan yang berkesan ke atas
suatu rangkaian kawasan dilindungi, hutan yang produktif dan penggunaan tanah lain secara
mampan dalam kawasan yang digelar ‘Nadi Borneo’. Dengan itu, ia akan mengekalkan
warisan semula jadi Borneo untuk faedah generasi semasa dan akan datang. Ia dijalankan
dengan menghormati kedaulatan dan sempadan setiap negara, dan juga tanpa prasangka
dalam rundingan yang berkaitan dengan pembatasan sempadan tanah.
seperti yang ditandatangani oleh tiga Menteri sewaktu Pengisytiharan ‘Nadi Borneo’,
Februari 2007, Bali
Ia bertujuan untuk memulihara dan mengurus secara mampan kepelbagaian biologi
Nadi Borneo terutama orang utan, gajah, badak, bay cat (catopuma badia) dan banteng yang
hampir pupus.
koridor pembangunan sabah _199
7.4.2 Koridor Kehidupan Kinabatangan
Koridor Kehidupan Kinabatangan (KCoL) meliputi satu dataran banjir yang terbentang dari
hutan tanah tinggi Unit Pengurusan Hutan Deramakot (FMU) hingga ke pinggir laut paya
bakau di muara Sungai Kinabatangan. Dataran banjir Kinabatangan hilir seluas 27,000
hektar ini telah diisytiharkan sebagai kawasan terlindung pada tahun 1997 dan kemudiannya
dinaik taraf menjadi Kawasan Lindungan Hidupan Liar pada tahun 2001 melalui usaha World
Wildlife Foundation (WWF).
Pandangan udara Sungai Kinabatangan.
koridor pembangunan sabah _200
Kawasan ini menjadi pelindung kepada banyak spesies yang jarang dijumpai dan yang
hampir pupus, termasuk monyet probosis, gajah, orang utan dan badak sumbu serta
berbagai-bagai hidupan unggas. Ia dipercayai merupakan dataran banjir berhutan di Asia
yang masih wujud dan dataran banjir terbesar di Malaysia. Ia bertindak sebagai sistem
penapisan kepada alam sekitar dan kawasan tadahan air bagi Sub-Wilayah Timur.
Pada waktu ini, WWF Malaysia mempunyai dua Memorandum Persefahaman (MoU) dengan
ladang kelapa sawit di Kinabatangan. Melalui MoU tersebut, usaha sedang dijalankan untuk
memulihkan semula sebahagian daripada kawasan yang dijadikan ladang kelapa sawit
untuk dijadikan hutan semula demi mewujudkan Koridor Kehidupan untuk hidupan liar di
dalam kawasan tersebut.
Tujuan Koridor Kehidupan ini diwartakan adalah untuk mewujudkan suatu koridor
pembangunan mampan yang mana industri (pada waktu ini minyak sawit dan pelancongan),
komuniti tempatan dan alam semula jadi boleh berkembang maju secara harmoni. Ia sudah
menjadi ikon pelancongan dan pertanian untuk rantau ini.
Kawasan tanah, air dan persekitaran akuatik di Sabah memerlukan pengurusan yang
berkesan dengan perhatian utama diberikan kepada dataran banjir Kinabatangan.
Pengurusan lembangan Kinabatangan hendaklah mengambil kira faktor dan keperluan
kepelbagaian ekologi, ekonomi dan sosial tempat ini. Agensi berkenaan yang terlibat
dalam pengurusan sumber air dan alam sekitar disaran agar segera menjalinkan kerjasama
yang erat dan menyelaraskan aktiviti masing-masing. Untuk mencapai matlamat ini,
Jabatan Pengairan dan Saliran (Sabah) sedang menyediakan Pelan Pengurusan Lembangan
Sungai Secara Bersepadu (PLSB) untuk Lembangan Sungai Kinabatangan dengan bantuan
WWF. Pelan PLSB menggabungkan pengurusan tanah, sumber air dan alam sekitar yang
mampan dalam satu sistem menyeluruh. PLSB merupakan satu kaedah untuk menyelesaikan
isu berkaitan penggunaan tanah dan air secara mampan.
Satu program sedang dijalankan untuk memperoleh dan menawarkan insentif yang
membolehkan Sabah memulihkan KCoL ialah dengan memulihkan tumbuh-tumbuhan
semula jadi di sepanjang tebing sungainya. Beberapa hutan yang dipulihkan hendaklah
dipastikan hanya untuk tujuan pemuliharaan biodiversiti sahaja, yang akan menyokong
pelancongan berasaskan ekologi dan tinjauan bio, sementara kawasan lain boleh digunakan
untuk pengeluaran kayu secara mampan.
koridor pembangunan sabah _201
7.4.3 Rantau Ekologi Marin Sulu Sulawesi
Rantau Ekologi Marin Sulu Sulawesi (di mercu Segi Tiga Karang) adalah landskap laut yang
terbentang dari selatan Filipina hingga ke Sabah, Sulawesi dan bahagian timur Kalimantan.
Ia adalah sebahagian daripada Segi Tiga Karang yang terkenal di seluruh dunia sebagai
sebuah pusat biodiversiti marin.
Hidupan marin yang berharga dipelihara di Sabah.
Kerajaan terlibat menjalankan usaha untuk menguruskan dan melindungi kawasan ini
dengan cara yang lebih baik. Pada waktu ini terdapat pelbagai organisasi antarabangsa
lain yang juga sedang menjalankan kerja-kerja tersebut di segi tiga karang ini. Segi Tiga
Karang merupakan sebuah kawasan yang amat penting bagi industri perikanan dan sumber
marin lain di peringkat global.
koridor pembangunan sabah _202
Taman marin membuka peluang untuk merasai hidupan marin dengan lebih dekat.
Taman Marin Tun Sakaran
Keunikan taman ini terletak pada penduduknya yang tinggal di dalam kawasannya dan ia
merupakan kawasan pelbagai guna yang direka bentuk untuk melindungi biodiversiti dan
menguruskan industri perikanan. Penduduk taman tersebut dibenarkan untuk menangkap
ikan di zon yang telah ditentukan dan menanam rumpai laut di kawasan yang lain. Ia adalah
satu-satunya kawasan marin yang dilindungi di Sabah yang meliputi tanah persendirian
dan menyediakan penggunaan pelbagai jenis sumber, yang tidak dibenarkan dalam taman
marin yang lain.
7.4.4 Mewartakan Taman Marin sebagai Tapak Warisan Dunia
Taman marin seperti Pulau Sipadan dan Taman Marin Tun Sakaran (terdiri daripada lapan
pulau) wajarlah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia.
Pulau Sipadan
Keunikan Pulau Sipadan dan ciri alam yang luar biasa, kepelbagaian spesies terumbu karang
lembut dan keras serta flora dan fauna marin yang lain, telah menjadikan Pulau Sipadan
destinasi selam bertaraf dunia.
koridor pembangunan sabah _203
Pesisiran pantai Pulau Manukan yang mengkagumkan.
Taman-taman marin ini diuruskan oleh Taman Sabah dengan objektif yang berikut,
terutamanya untuk:
• melindungialamsekitar
• melindungimatapencarian
• menggalakkanpenggunaansumbersemulajadisecaramampan
• menggalakkanpembangunanyangsensitifkepadaalamsekitar
• membinakesedarantentangkepentingantamantersebutdikalanganmasyarakatumum
koridor pembangunan sabah _204
7.4.5
7.4.6
Projek Darwin Kepulauan Semporna
Pemuliharaan Taman Marin Tun Mustapha
Setelah Sipadan Island Project berjaya dilaksanakan, Persatuan Pemuliharaan Taman-taman
dan Marin Sabah sedang menjalin kerjasama dalam satu program baru yang dipanggil
Tindakan Komuniti untuk Penggunaan Secara Mampan dan Pemuliharaan Terumbu Karang
yang dilancarkan pada tahun 2005. Program ini dikenali sebagai Projek Darwin Kepulauan
Semporna, yang mengiktiraf hubungannya dengan projek sebelum ini dan inisiatif yang
menjadi pembiayanya. Projek ini dilaksanakan di dalam Taman Marin tersebut, tetapi akan
memberikan kesan yang lebih besar dengan menambah keupayaan untuk melaksanakan
konsep yang serupa di tapak lain di Sabah.
Laut yang melingkungi Pulau Banggi, Balambangan dan Malawali termasuk Teluk Marudu
dan pesisiran pantai timur laut Sabah, mengandungi biodiversiti bertaraf global yang
penting. Kawasan ini terdiri daripada kumpulan terumbu karang kedua terbesar di Malaysia
dan menjadi tuan rumah kepada habitat penting lain, seperti rumput dasar laut yang jarang-
jarang didapati di seluruh dunia, di samping hutan paya bakau yang luas.
Pada waktu ini, kawasan ini diancam teruk oleh aktiviti menangkap ikan yang keterlaluan
yang mengakibatkan kemusnahan, diikuti pula dengan pembangunan pesisir pantai yang
tidak terkawal. Kajian terbaru menunjukkan sumber ikan telah terlebih guna dan struktur
tropika telah mengalami proses degradasi yang teruk.
Pada tahun 2003, kerajaan Sabah mengisytiharkan hasratnya untuk mewartakan kawasan
tersebut sebagai taman marin. Taman Marin Tun Mustapha yang dicadangkan itu dijangka
akan merevolusikan pemuliharaan marin dan pengurusan aktiviti penangkapan ikan bukan
sahaja di Sabah, malah di Malaysia. Projek ini bertujuan untuk menyokong pembangunan
taman dan seterusnya memulihkan populasi ikan dan sistem ekologi di terumbu yang
penting di peringkat global ini.
Projek ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran yang lebih tinggi dan menyokong
pembangunan taman dan matlamatnya untuk melindungi biodiversiti, memulihkan aktiviti
penangkapan ikan dan meningkatkan pendapatan masyarakat setempat. Projek ini akan:
• Melibatkan masyarakat tempatan dalam pemuliharaan marin, termasuk dalam
perundingan mengenai penetapan zon dan pelan pengurusan, dan menubuhkan
Kawasan Perlindungan Marin kecil yang berasaskan komuniti
koridor pembangunan sabah _205
• Meningkatkan garis asas biologi yang telah dibangunkan selama tiga tahun dan
menetapkan suatu sistem pemantauan untuk menjejak kejayaan program pengurusan
• Mengekalkan dan meningkatkan sokongan institusi untuk taman dan proses
pembangunannya
7.4.7 Kawasan Pemuliharaan Yayasan Sabah –
Lembah Danum, Lembangan Maliau dan Ngarai Imbak
Pada tahun 2003, Yayasan Sabah menetapkan Ngarai Imbak sebagai Kawasan
Pemuliharaan secara sukarela. Ia dilakukan dengan tujuan menjadikannya tempat
penyelidikan, pendidikan dan latihan yang serupa dengan yang terdapat di Lembangan
Maliau dan Lembah Danum. Pada waktu ini, Lembangan Maliau dan Lembah Danum
diklasifikasikan sebagai bertaraf Perlindungan Hutan Simpan Kelas I sementara Ngarai
Imbak masih lagi sebahagian daripada kawasan satu juta hektar Yayasan Sabah bertaraf
Hutan Simpan Komersial Kelas II.
Lembah Danum
Lembangan Maliau
koridor pembangunan sabah _206
Dengan jumlah keseluruhan kawasan dilindungi seluas 133,000 hektar, kawasan
pemuliharaan Yayasan Sabah (Lembangan Maliau, Lembah Danum dan Ngarai Imbak)
memainkan peranan penting dalam usaha melindungi spesies haiwan yang hampir
pupus, seperti gajah, orang utan, badak sumbu, bay cat, banteng, monyet probosis dan
berbagai-bagai spesies mergastua yang endemik di Borneo. Kawasan yang dilindungi ini
juga menjadi tempat bagi beberapa habitat hutan yang jarang ditemui di samping
berbagai spesies flora seperti orkid dan pokok buyung serta berbagai spesies tumbuhan
yang masih belum dikenali dan baru bagi sains.
Kawasan pemuliharaan Yayasan Sabah adalah penting dan bernilai untuk:
• Sumberbenihataubankgenbagimemudahkanpemulihanhutan
• Penyelidikan dan pendidikan, latihan dan rekreasi berbentuk eko-pelancongan/
hidupan liar
• Perlindungandanpemuliharaanbiodiversitidanhabitathutan
• Pemeliharaandanpemuliharaanwarisanbudaya
• KawasantadahanSungaiKinabatangan
• Koridor Hidupan Liar yang menghubungkan Lembah Danum, Ngarai Imbak dan
Lembangan Maliau
7.4.8 Projek Pensekuesteran Karbon
Pada bulan Disember 1997, lebih daripada 160 negara yang menyertai Persidangan Rangka
Kerja Mengenai Perubahan Iklim telah menerima Protokol Kyoto dengan tujuan untuk
mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau (GHG). Protokol tersebut mengehendaki
negara industri mengurangkan pengeluaran enam daripada GHG pada tahun 2008-2012
ke tahap yang setara dengan pengeluaran pada tahun 1990. Untuk mencapai matlamat
ini, Protokol tersebut menyediakan tiga mekanisme yang membenarkan pemindahan
atau pengkreditan pengurangan emisi yang dicapai di negara lain:
• Negaramajubolehberkongsikredityangterhasildaripadapelaksanaanbersama(JI)
projek yang menghasilkan pengurangan bersih bagi pengeluaran GHG
• Mekanisme pembangunan bersih (CDM) mewujudkan pendanaan projek yang
diluluskan di negara maju untuk mempromosikan pembangunan mampan dan juga
menjana kredit pengeluaran
• Kredit atau elaun boleh dipindahkan melalui perdagangan emisi antarabangsa.
Contohnya, negara perindustrian boleh membeli kredit pengurangan emisi daripada
negara lain
koridor pembangunan sabah _207
7.4.9 Program Menyelamatkan Badak Sumbu
Di Sabah, potensi untuk mengurus paras karbon melalui perhutanan adalah ketara.
Pensekuesteran karbon boleh dicapai melalui pemuliharaan hutan, dan dengan yang
demikian mengurangkan pembasmian hutan melalui beberapa cara – menggunakan
teknik pengurusan hutan untuk meningkatkan kawasan tadahan karbon yang sedia ada;
mewujudkan kawasan tadahan karbon baru dengan menanam pokok di kawasan rumput
ragut ternakan, tanah pertanian, atau kawasan hutan yang telah tercemar; dan menyimpan
karbon dalam produk kayu.38
Sabah merupakan salah satu peneraju pensekuesteran karbon di Malaysia. Setakat ini
terdapat beberapa projek pensekuesteran dan perdagangan karbon dalam bentuk usaha
sama antarabangsa telah dijalankan. Ini termasuk:
• UtiliTreeCarbonCompanyyangmembiayaiProjekPembalakanImpakBerkurangan
(RIL)yangmeliputi2,500ekardenganRakyatBersatuSdnBhd(RBJ)/YayasanSabah
dengan usaha sama New England Power Company, FRIM, CIFOR dan Rainforest
Alliance
• Infapro-Innoprise/RBJ dan FACE Foundation39 dalam projek pensekuesteran
karbon untuk memulihkan 25,000 hektar hutan yang telah dicemari dan yang
musnah akibat pembalakan dalam konsesi hutan Yayasan Sabah
38 Kinsman, J. and Kaster, G. (1999). Flexibility Mechanisms for Dealing with Air and Climate Change – Emissions Trading
and Carbon Sequestration. In Proceedings of the Electric Utilities Environmental Conference, Tuscon, AZ, 1999.39 FACE (Forests Absorbing Carbon-dioxide Emissions) Foundation of the Netherlands ialah pertubuhan yang
ditubuhkan oleh Dutch Electricity Generating Board.
Anggaran bilangan badak sumbu Sumatra daripada subspesis Borneo (dicerorhinus
sumatrensis harrissoni) di Sabah sudah mencapai paras kurang daripada tiga puluh ekor.
Langka-langkah diambil untuk memelihara badak sumbu Sumatra yang hampir pupus.
koridor pembangunan sabah _208
Bilangan badak sumbu Borneo semakin berkurangan akibat sejarah pemburuan dan
pencabulan, perpecahan serta pemencilan habitatnya disebabkan oleh pembangunan
pertanian yang pesat. Namun, kini jaminan perlindungan kepada subspesis ini sahaja
sudah tidak lagi mencukupi untuk memastikan kemandiriannya.
Kurangnya aktiviti pembiakan dan pembiakbakaan dalam (bahaya demografi yang wujud
dalam kehidupan populasi yang kecil dan tersebar luas) merupakan masalah yang
menimbulkan ancaman mendesak pada masa ini. Matlamat jangka pendek yang perlu
dicapai adalah untuk menghalang kepupusan dicerorhinus sumaterenisis harrissoni dan
menambah bilangan subspesis ini.
Untuk mencapai objektif ini, usaha mewujudkan populasi yang diuruskan dengan teliti di
kawasan yang diperuntukkan, perlu untuk memastikan sebanyak mungkin badak sumbu ini
membiak.
7.4.10 Dermawan,BadanKorporatdanNGO
Negeri Sabah sedang berusaha untuk melaksanakan kerja sama dengan pertubuhan
antarabangsa,dermawan,sektorkorporatdanNGOuntukmenyediakankepakaranteknikal,
teknologi dan pembiayaan yang amat diperlukan untuk melindungi dan memulihara
sumber asli Sabah.
Rangka tindakan SDC ini berhasrat untuk memastikan SEDIA melalui komuniti perniagaan
terusmenarikminatparadermawan,badankorporatdanNGOuntukmembantu.Berikut
adalah beberapa contoh inisiatif berbeza dan program yang kini sedang dilaksanakan:
• YS/INIKEA – Satu projek perhutanan berhubung pemulihan hutan yang telah
tercemar yang dilaksanakan dengan kerjasama antara ICSB dan Sow-a-Seed
Foundation yang ditubuhkan oleh kumpulan IKEA dari Sweden
• RBJ/NEP RIL – Satu projek perhutanan berhubung penggunaan sistem
Pembalakan Impak yang Dikurangkan (RIL) antara RBJ dan New England
Power Company (NEP) dari Amerika Syarikat
• UNDP-GEF/DANIDA - Projek perhutanan paya gambut di Klias yang dibiayai
oleh UNDP/GEF dengan sokongan tambahan daripada Bantuan Pembangunan
Antarabangsa Denmark (DANIDA)
• Program JICA/BBEC – Sebuah program untuk mewujudkan pendekatan
mampan terhadap pemuliharaan biodiversiti dan ekosistem Sabah yang tidak
ternilai dan kini terancam
• UNDP-GEF/IDS Demo Plot - Sebuah program mempromosikan penggunaan
secara lestari sumber biodiversiti melalui proses mendomestikasi herba dan
tanaman hutan yang bernilai tinggi di SAIP, Kimanis
koridor pembangunan sabah _209
7.4.11 Program Bio-X Sabah
Bioteknologi menawarkan pelbagai cara untuk memulihara biodiversiti, alam sekitar dan
spesies haiwan, melalui rawatan air, guna semula tenaga, kultur tisu, inseminasi beradas
dan lain-lain. Pemuliharaan alam sekitar amat penting untuk memastikan pembangunan
yang mampan manakala biodiversiti adalah faktor utama bagi perkembangan pesat
industri biotek pada masa hadapan. Sabah memiliki kekuatan dalam bidang ini kerana ia
mempunyai biodiversiti antara yang terkaya dari segi flora dan fauna di dunia. Justeru
itu, adalah penting bagi SDC untuk membangunkan modal insan yang perlu bagi
membolehkan warga Sabah meraih manfaat daripada bioteknologi, termasuk inisiatif
untuk memulihara biodiversiti dan mengurangkan emisi karbon.
Sabah sememangnya mempunyai rangka kerja asas dan pengalaman dalam inisiatif
berkaitan biotek melalui agensi-agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri
Makanan, Yayasan Sabah, Pusat Penyelidikan Hutan (FRC), UMS, SAFODA dan
IDS. Bahkan FRC, Jabatan Perikanan Sabah dan IDS telah menerima sumbangan
bantuan untuk penyelidikan dan pembangunan biotek daripada Kementerian Sains,
TeknologidanInovasiMalaysia(MOSTI).
Program Bio-X Sabah diwujudkan sebagai rangkaian pelbagai disiplin dan usaha sama bagi
penyelidikan dalam biodiversiti dan bioteknologi, merangkumi kepentingan pelancongan,
pemuliharaan, pertanian dan pembuatan. Ia berasaskan struktur fleksibel dengan neksus
bertindak sebagai penghubung pelbagai aktiviti penyelidikan yang tersebar yang sedang
dilaksanakan di seluruh negeri Sabah. Bidang tumpuannya termasuk rawatan air dan
pengurusan alam sekitar, bioteknologi pertanian, bioteknologi makanan, pencarian
sebatian bioaktif daripada tumbuhan, bioteknologi haiwan, bioteknologi marin, penjagaan
kesihatan dan perubatan, serta bioteknologi perindustrian. Dalam pelaksanaannya,
Program Bio-X Sabah menawarkan platform yang dikongsi bersama untuk menarik para
penyelidik dan menggunakan kepakaran mereka di Sabah. Ini membolehkan SDC
mendapat akses pantas kepada bakat dan pengetahuan dalam bidang penyelidikan biotek
dan menggunakan dana yang sedia ada.
Program ini akan melengkapi inisiatif Kerajaan Negeri seperti yang dinyatakan dalam
Enakmen Biodiversiti Sabah 2000 dan dilaksanakan melalui Majlis Biodiversiti Sabah.
Untuk menambah nilai kepada biodiversiti Sabah yang kaya ini, negeri ini memerlukan
satu program sistematik yang meliputi bidang penyelidikan sehinggalah pembangunan
melalui pengkomersialan. Maka Sabah seharusnya memanfaatkan kerja-kerja
pemuliharaan yang sedia ada sebagai satu daya yang mampan untuk menarik aktiviti
penyelidikan dan pengkomersialan ke negeri ini. Untuk membangunkan sektor biotek
di Sabah, Kerajaan Negeri telah merumuskan dan melancarkan pada awal 2007 Rangka
Tindakan Bioteknologi Sabah, untuk menyediakan hala tuju dan rangka kerja dasar bagi
industri ini.