6_ELEKTROKIMIA

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/16/2019 6_ELEKTROKIMIA

    1/24

    ELEKTROKIMI

    Facebook: azlanbudun1 Blog: cikgu-lan.blogspot.com

  • 8/16/2019 6_ELEKTROKIMIA

    2/24

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com2

    Elektrolit ialah bahan yang dapat mengalirkan arus elektrikdalam keadaan leburan atau larutan akueus dan mengalamiperubahan kimia.

    Kekonduksian elektrik bagi elektrolit disebabkan oleh ion-ion yang bebas bergerak.

    Bukan elektrolit ialah bahan yang tidak mengalirkan aruselektrik dalam keadaan leburan atau larutan akueus.

  • 8/16/2019 6_ELEKTROKIMIA

    3/24

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com3

    • Dalam keadaan leburan, hanyakation dan anion elektrolit

    sahaja yang hadir• Dalam larutan akueus, selain

    daripada kation dan anionelektrolit, ion hidrogen, H+ dan

    ion hidroksida, OH-

     daripada airturut hadir.

    Sebatian iondalam keadaan

    leburan ataularutan akueus

    mempunyai

    ion yang bebas bergerak.

  • 8/16/2019 6_ELEKTROKIMIA

    4/24

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com4

    Elektrolisis ialah proses penguraian sesuatu sebatian dalamkeadaan leburan atau larutan akueus kepada juzuknya apabila

    arus elektrik mengalir melaluinya.

    Susunan radas elektrolisis elektrolit dalam keadaan lebur:

  • 8/16/2019 6_ELEKTROKIMIA

    5/24

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com5

    Semasa elektrolisis:

    • Anion (ion negatif) bergerak ke anod. Di anod,

    anion akan menyahcas dengan menderma ataumenyingkirkan elektron untuk membentukatom.

    • Kation (ion positif) bergerak ke katod. Di katod,setiap kation menyahcas dengan menerimaelektron untuk membentuk atom.

  • 8/16/2019 6_ELEKTROKIMIA

    6/24

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com6

    Elektrolisis leburan plumbum(II) bromida, PbBr2 

    Ion-ion yang hadir Pb2+, Br-

    Ion yang tertarik kepada anod dan katod Anod: Br-

    Katod: Pb2+

    Persamaan setengah bagi tindak balas di anod dan katod Anod: 2Br-  Br2 +2e-

    Katod: Pb2+ + 2e- Pb

    Hasil yang terbentuk di anod dan katod Anod: Gas bromin

    Katod: Logam plumbum

    Pemerhatian di anod dan katod Anod: Gas perang

    Katod: Manik kelabu berkilat

  • 8/16/2019 6_ELEKTROKIMIA

    7/24

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com7

    Larutan akueus terhasil apabila suatu sebatian dilarutkan didalam air.

    Larutan akueus mengandungi ion-ion daripada penceraianelektrolit di dalam air dan penceraian separa molekul air.

    Semasa elektrolisis:• Kation elektrolit dan ion hidrogen, H+ tertarik ke katod. Hanya satu jenis ion

    akan dipilih untuk dinyahcas dengan menerima elektron.

    • Anion elektrolit dan ion hidroksida, OH- tertarik ke anod. Hanya satu jenision akan dipilih untuk dinyahcas dengan menderma elektron.

  • 8/16/2019 6_ELEKTROKIMIA

    8/24

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com8

    a. Kedudukan ion dalam siri elektrokimia: semakin rendahkedudukan ion dalam siri elektrokimia, semakin mudah ion

    itu dinyahcas.

    Siri

    elektrokimia

  • 8/16/2019 6_ELEKTROKIMIA

    9/24

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com9

     b. Kepekatan ion: ion yang lebih pekat dalam elektrolit akandipilih untuk dinyahcas berbanding kedudukannya dalam

    siri elektrokimia. Namun, jika kedudukan kedua-dua ion

    dalam siri elektrokimia terlalu jauh, faktor kepekatan

    menjadi tidak penting.

    c.  Jenis elektrod yang digunakan: jika elektrod aktif seperti

    argentum, kuprum, nikel atau merkuri digunakan, anod

    aktif akan mengion.

  • 8/16/2019 6_ELEKTROKIMIA

    10/24

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com10

    Susunan radas bagi elektrolisis larutan akueus

  • 8/16/2019 6_ELEKTROKIMIA

    11/24

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com11

    1. Pengekstrakan logam reaktifa. Elektrolisis natrium klorida lebur menggunakan elektrod

    karbon.

    NaCl(p) Na+ + Cl-

    Katod: Na+

     + 1e-

      NaAnod: 2Cl-  Cl2 + 2e

    -

     b. Elektrolisis aluminium oksida lebur menggunakan elektrodkarbon. Kriolit ditambah untuk menurunkan takat leburAl2O3.

    Al2O3  2Al3+ + 3O2-

    Katod: Al3+ + 3e-  Al

    Anod: 2O2-  O2 + 4e-

  • 8/16/2019 6_ELEKTROKIMIA

    12/24

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com12

    2. Penulenan logamContoh:

    Bagi penulenan logam kuprum, gunakan logam kuprum tidaktulen sebagai anod, logam kuprum tulen sebagai katod danlarutan kuprum(II) sulfat sebagai elektrolit.

    a. Anod: kuprum tidak tulenAnod akan mengion (larut) dan bendasing akan jatuh ke bawah

    Cu Cu2+ + 2e-

     b. Katod: kuprum tulenCu2+ akan dinyahcas dan dienapkan sebagai kuprum tulen

    Cu2+ + 2e-  Cu

  • 8/16/2019 6_ELEKTROKIMIA

    13/24

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com13

    3. Penyaduran logamContoh:

    Bagi menyadur sudu ferum dengan logam kuprum, gunakan suduferum sebagai katod, logam kuprum sebagai anod dan larutankuprum(II) sulfat sebagai elektrolit.

    a. Anod: logam kuprum akan mengionCu Cu2+ + 2e-

     b. Katod: Cu2+ akan dinyahcas dan terenap pada permukaan suduferum

    Cu2+ + 2e-  Cu

    c. Bagi mendapatkan permukaan saduran yang rata dan licin:i. Gunakan arus elektrik yang kecil bagi jangka masa yang lama

    ii. Putarkan objek logam yang akan disadur perlahan-lahan

  • 8/16/2019 6_ELEKTROKIMIA

    14/24

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com14

    Sel kimia atau selgalvani ialah selelektrokimia yangmenghasilkan tenagadaripada tenaga kimia.

    Sebuah sel kimiaringkas terdiridaripada dua jalurlogam berlainan yangdicelup ke dalamelektrolit dan

    disambung denganwayar melalui litarluar.

    Logam yang lebih

    elektropositif(kedudukan lebihtinggi dalam sirielektrokimia) akan bertindak sebagaiterminal negatif(anod). Logam yangkurang elektropositif(kedudukan lebihrendah dalam sirielektrokimia) akan bertindak sebagaiterminal positif(katod).

  • 8/16/2019 6_ELEKTROKIMIA

    15/24

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com15

    Elektron akan dilepaskan oleh logam yang lebih elektropositifakan mengalir melalui wayar pada litar luar ke logam yang

    kurang elektropositif.

    Elektron akan diterima oleh kation untuk dinyahcas.

  • 8/16/2019 6_ELEKTROKIMIA

    16/24

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com16

    Sel Daniell atau sel zink-kuprum merupakan contoh selkimia.

    Dalam sel Daniell, elektrod zink direndam di dalam larutan

    zink sulfat manakala elektrod kuprum direndam di dalam

    larutan kuprum(II) sulfat.

    Dua larutan itu dipisahkan dengan pasu berliang atau titian

    garam.

    Sel Daniellmenggunakan pasu

    berliang

  • 8/16/2019 6_ELEKTROKIMIA

    17/24

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com17

    Sel Daniell juga boleh dibina menggunakan dua jenis elektrodlogam dan larutan akueus yang masing-masing disambungkan

    dengan titian garam.Sel Daniell

    menggunakan titian

     garam

  • 8/16/2019 6_ELEKTROKIMIA

    18/24

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com18

    Dalam siri elektrokimia,logam-logam disusun

     berdasarkankecenderungan atom logamuntuk menderma elektron

    (mengion).

    Lebih tinggi kedudukansuatu logam dalam siri

    elektrokimia, lebih mudahatom logam itu menderma

    elektron iaitu lebih

    elektroposistif.

    Siri elektrokimia bolehdibina dengan merujuk:

    • Perbezaan voltan antara dualogam berlainan

    • Kebolehan suatu logammenyesarkan logam lain daripada

    larutan garamnya.

  • 8/16/2019 6_ELEKTROKIMIA

    19/24

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com19

    Semakin besar jarak antara pasangan logam dalamsiri elektrokimia, semakin besar nilai voltan yangterhasil.

    Logam yang kedudukannya lebih tinggi dalam sirielektrokimia (lebih elektropositif) akan mendermaelektron dengan lebih mudah dan akan bertindaksebagai terminal negatif.

    Elektron ini akan berpindah (melalui litar luar) kelogam pada kedudukan lebih rendah dalam sirielektrokimia (kurang elektropositif) yang akan

     bertindak sebagai terminal positif.

  • 8/16/2019 6_ELEKTROKIMIA

    20/24

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com20

    Meramalkankebolehan logammenyesarkan logam

    yang lain.

    Menentukanterminal negatif danpositif sel kimia dan

    nilai voltan sel.

  • 8/16/2019 6_ELEKTROKIMIA

    21/24

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com21

    Logam yang kedudukannya lebih

    tinggi dalam siri elektrokimia(lebih elektropositif) bolehmenyesarkan logam yang

    kedudukannya lebih rendah dalamsiri elektrokimia daripada larutan

    garamnya.

    Tindak balas ini disebut penyesaranlogam.

  • 8/16/2019 6_ELEKTROKIMIA

    22/24

    Tips

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com22

    Nyahcas kation

    Pb2+ + 2e-  Pb

    Cas positif: diikuti dengan pertambahan n elektron di sebelah

    kiri persamaan

    Nyahcas anion

    2Br-  Br2 + 2e-

    Cas negatif: n elektron ditambah di sebelah kanan persamaan

  • 8/16/2019 6_ELEKTROKIMIA

    23/24

    Langkah-langkah meramal hasil elektrolisis larutanakueus

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com23

    Langkah 1: Periksa sama ada elektrod lengai (C/ Pt) atauelektrod aktif (Cu/ Ag) digunakan dalam elektrolisis.

    Langkah 2: Periksa larutan yang digunakan. Adakah ion Cl-,

    Br- atau I- hadir? Apakah kepekatannya? (Kepekatan larutan ≤

    0.001 mol dm-3 dianggap sebagai larutan cair)

    Langkah 3: Bandingkan kedudukan ion dalam siri

    elektrokimia.

    Lihat contoh berikut:

  • 8/16/2019 6_ELEKTROKIMIA

    24/24

    Contoh

    Facebook: azlanbudunBlog: cikgu-lan.blogspot.com24

    Elektrolisis larutankuprum(II) klorida

    Menggunakanelektrod kuprum?

    Apakah kepekatanlarutan

    Ya Anod: Cu Cu2+ + 2e-

    Katod: Cu2+ + 2e-  Cu

    Tidak

    Pekat?

    Cair?

    Anod: 2Cl-  Cl2

     + 2e-

    Katod: Cu2+ + 2e-  Cu

    Anod: 4OH-  O2 + 2H2O + 4e-

    Katod: Cu2+ + 2e-  Cu

    Ion yang berkepekatan lebih tinggi di dalam

    larutan akan dipilih untuk dinyahcas

    Ion berkedudukan lebih rendah dalam siri

    elektrokimia akan dipilih untuk dinyahcas