28
PENGURUSAN BILIK SAINS

5.Pengenalan Bilik Sains

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bilik sains, pengenalan, sains, makmal sains

Citation preview

  • PENGURUSAN BILIK SAINS

  • KONSEP BILIK SAINS

    Bilik Sains adalah sebuah bilik kelas di mana P&P Sains Sekolah Rendah dijalankan. Bilik ini mempunyai kemudahan asas untuk menjalankan aktiviti PdP Sains seperti eksperimen, demonstrasi dan kerja projek. Bilik Sains boleh diubahsuai dari bilik darjah biasa.PENGURUSAN BILIK SAINS

  • Kemudahan asas yang perlu ada dalam sebuah Bilik Sains ialah kerusi meja yang sesuai, kabinet, punca bekalan air, punca kuasa elektrik dan peralatan sains seperti yang disenaraikan untuk mata pelajaran Sains Rendah berdasarkan buku Peralatan Pembelajaran dan Pengajaran Sains Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • Kegunaan Bilik Sains

    Bilik Sains merupakan satu daripada tempat PdP Sains. Aktiviti PdP hendaklah dilaksanakan supaya kemahiran saintifik dapat diberi penekanan sewajarnya. Pendekatan ini bagi membolehkan P&P berpusatkan murid dapat direalisasikan dan konsep murid membuat, guru membimbing dapat dilaksanakan.Guru perlu membuat perancangan bagi menambahkan bilangan peralatan dan bahan untuk membolehkan setiap murid berkesempatan berinteraksi dengan peralatan dan bahan.

  • Keselamatan: Alatan: Pertolongan Cemas, Pemadam Api, Peraturan KeselamatanFizikal: Stor, Bilik, Perabot,Sumber elektik, gas, dan air,Pengedaran udara,Pencahayaan, ProjektorSumber Manusia:Penyelaras,Pembantu makmalAspek utamapengurusanmakmal sainsMedia pengajaran : Spesimen, CD, Internet, Buku rujukan, Carta, Model, Alatan dan bahan Sains

  • Penyenggaraan dan Penyimpanan Alat dan Radas Sains

    Terdapat banyak peralatan dan bahan sains yang mudah rosak. Penyenggaraan dan penyimpanan yang kerap hendaklah dilakukan untuk mengelakkan dari terjadinya perkara ini.

  • Penyenggaraan dan Penyimpanan Alat dan Radas Sains

    Bahan kacaAlat kaca yang kotor boleh dibersihkan dengan menggunakan alat dan bahan pencuci yang sesuai. Alat kaca tidak boleh disimpan di tempat yang terlalu tinggi dan tidak dicampuraduk dengan peralatan berat terutamanya daripada logam.Alat kaca yang besar disusun di belakang dan yang kecil di hadapan.

  • Di peringkat sekolah rendah, tidak ada bahan kimia yang berbahaya dibekalkan untuk kegunaan guru dan murid. Walaubagaimanapun, dalam aktiviti PdP ada.Dicadangkan penggunaan bahan kimia yang digunakan di rumah seperti cuka, gula, garam dan sabun. Bahan-bahan ini pada prinsipnya tidak berbahaya atau membawa kesan buruk.Bahan Kimia

  • Bahan Kimia

    cuka yang perlu diberi perhatian kerana ia adalah sejenis asid lemah. Jika sekiranya cuka termasuk ke dalam mata, basuhkan segera dengan air bersih.

  • Sekiranya formalin digunakan untuk mengawet haiwan, sila berhati-hati ia berbahaya jika terminum ( ia boleh mengeraskan protein ). Jika wapnya termasuk ke dalam mata dan hidung, ia mengakibatkan rasa pedih dan tidak selesa. Jadi elakkan dari terminum, terhidu dan termasuk ke dalam mata. Bahan ini hendaklah disimpan di dalam botol yang sesuai (botol kaca gelap dan tebal ) dan dilabelkan.

    Bahan Kimia

  • Alat Optik

    Alat optik seperti kanta, prisma dan bongkah kaca yang mudah tercalar oleh permukaan yang kasar, eloklah disimpan dalam kepingan stairofom yang mempunyai ruang berbentuk alat-alat optik tersebut.

  • Binokular dan mikroskop perlu disimpan di tempat keringUntuk mengelakkan berkulat. Untuk tujuan ini binokular dan mikroskop bolehlah disimpan dalam kotak bersama-sama dengan gel silika.Sebaik-baiknya gunakan gel silika biru yang boleh menjadi merah jambu apabila kuasa penyerapannya berkurang.

    Alat Optik

  • Alat ElektrikSetiap Bilik Sains dibekalkan dengan sekurang-kurangnya dua punca kuasa (soket) untuk kegunaan alat dan perkakas elektrik seperti cerek elektrik atau projektor. Penggunaan alat-alat elektrik boleh menimbulkan kemalangan jika tidak mengikut peraturan atau tidak diselenggarakan.

  • Langkah untuk mencegah kemalangan: pastikan murid tidak memasang suis dengan tangan yang basah tutup suis apabila selesai menggunakan alat elektrik soket atau palam yang retak atau rosak hendaklah diganti pastikan wayar disambung mengikut kod warna yang betul pastikan wayar dan kabel bertebat alat elektrik hanya boleh disambung pada soket tiga pin jangan gunakan kabel yang terlalu panjang bagi alat elektrik

  • Spesimen Haiwan dan Tumbuhan

    Spesimen hidup spesimen hidup yang hendak dikaji hendaklah diambil mengikut keperluan sahaja spesimen haiwan yang masih hidup hendaklah dikembalikan ke habitat asalnya spesimen yang telah mati boleh diawetkan haiwan yang dilindungi oleh undang-undang tidak boleh dipelihara atau diawet tanpa kebenaran daripada Jabatan Perhilitan

  • Spesimen Haiwan dan TumbuhanKaedah Keringsesuai untuk spesimen yang mempunyai kelembapan yang kurang dan mempunyai kulit luar yang keras seperti serangga dan biji benih.spesimen dikeringkan sehingga kelembapan yang rendah bagi menghalang kerosakan yang biasa dilakukan oleh kulat atau bakteriabeberapa cara untuk mengering spesimen antaranya spesimen hidup yang hendak dikaji hendaklah diambil mengikut keperluan sahaja

  • Penyenggaraan dan Penyimpanan Alat dan Radas Sains

  • F

  • PEMBAHARUAN (IMPROVISATION)

    Kenapa perlu pembaharuan (improvisation)?

    Biasanya kita perlu berusaha untuk membuat sendiri radas dan bahansains kita sendiri berdasarkan:Kekurangan peralatan untuk jalankan eksperimenPeralatan sains sangat mahal di pasaranPeralatan sains sangat kompleks untuk guru dan muridPeralatan yang ada tidak sesuai untuk aktiviti yang ingin dijalankanGuru perlu hasilkan alatan yang dapat merangsang pemahaman konsep yang sukar.Guru tidak cukup peruntukan untuk membeli peralatanMenyediakan bahan bantu mengajar

  • Contoh-contoh aktiviti pembaharuan:Jika tiada bikar- potong botol air mineralJika tiada rak tabung uji- tebuk bekas telur untuk menegakkan tabung ujiTungku kaki tiga daripada tin yang dipotong mengikut bentuk tungku kaki tigaCorong turas menggunakan botol air mineral yang dipotong dan diterbalikkan.Kanta daripada mentolPiring petri daripada botol air mineral

  • LATIHAN KENDIRIJelaskan apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan bagi sesebuah makmal sains?Apakah aspek fizikal yang menjadi keperluan bagi sesebuah bilik/makmal sains?Senarai contoh alatan dan bahan bantu mengajar yang patut terdapat dalam sesebuah makmal sains.Bincangkan aspek keselamatan yang wajar dipertimbang oleh seseorang guru SainsBagaimana anda mengendalikan situasi murid yang terkena bahan kimia berasid?