Upload
zakribashah
View
129
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
rbt3118a
Citation preview
Reka Bentuk dan Teknologi
Kod Kursus : RBT 3118
Lukisan Berbantukan Komputer
(AutoCAD)
Bahagian 2
Reka Bentuk dan Teknologi (RBT 3118) 3 ( 2 + 1 )
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 89
Topik 4b
Lukisan Berbantukan
Komputer(AutoCAD)Bahagian 2
Topik 4b
Lukisan Berbantukan
Komputer(AutoCAD)Bahagian 2
Pengenalan
Layer dalam lukisan AutoCAD adalah satu perintah untuk membantu pengguna menyusun
dan mengaturkan lukisan. Hampir kesemua objek yang dilukis dalam AutoCAD boleh
diasingkan mengikut layer yang diformatkan. Layer juga membolehkan anda memaksimumkan
penggunaan jenis-jenis garisan dalam satu lukisan kerana ia boleh disusun mengikut layer.
Pendimensian juga merupakan satu ciri yang penting dalam lukisan AutoCAD. Dalam lukisan,
anda perlu memberi maklumat tentang lebar, panjang, tebal, sudut, diameter untuk tujuan reka
bentuk. Selain daripada itu, mencetak juga merupakan satu kerja yang utama dalam lukisan
AutoCAD. AutoCAD juga merupakan satu cara yang mudah untuk menghasilkan lukisan
ortografik dalam bentuk dua dimensi. Selain daripada itu, AutoCAD juga membolehkan anda
melukis lukisan isometri dengan cara yang mudah.
4.0 PENGFORMATAN ASAS DALAM AUTOCAD
Pengformatan merupakan satu langkah yang anda perlu lakukan dalam kerja CAD. Tujuan
pengformatan perlu dilakukan kerana lukisan anda akan menjadi lebih seragam dan jitu.
Pengformatan dalam AutoCAD termasuk layer, pendimensian, warna, jenis garisan, ketebalan
garisan dan teks. Rajah 1 menunjukkan perintah format yang terdapat dalam menu tarik turun.
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 90
Rajah 1: Menu tarik turun untuk format
8.1.1 Aplikasi Layer Dalam Autocad
Untuk menghasilkan lukisan teratur dan tersusun dalam AutoCAD, biasanya perintah layer akan
digunakan. Lukisan hendaklah dibina pada layer yang berasingan. Contohnya, dalam melukis
unjuran ortografik, anda sepatutnya mengformatkan layer yang berasingan untuk garisan objek,
garisan tersembunyi, pendimensian, garisan binaan dan sebagainya. Penggunaan layer dalam
AutoCAD adalah tidak terhad. Rajah 2 menunjukkan aplikasi layer dalam AutoCAD, anda boleh
menggambarkan bahawa lukisan elektronik ini adalah seperti susunan beberapa helai
transparensi untuk menunjukkan objek yang berlainan dalam suatu lukisan.
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 91
Rajah 2: Aplikasi layer dalam AutoCAD
Perintah layer dapat dicapai dengan memilih format pada menu tarik turun, kemudian
layer seperti paparan dalam Rajah 1. Sebaik sahaja anda mengaktifkan perintah ini, kotak
dialog untuk layer akan dipaparkan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.
Rajah 3: Kotak Dialog Layer
Dalam kotak dialog ini terdapat empat ciri layer (layer properties) yang anda boleh
kawal. Keempat-empat ciri ini adalah seperti berikut dan nilai keempat-empat ciri juga
dipaparkan pada tolbar Object Properties yang ditunjukkan pada Rajah 4:
Rajah 4: Tolbar Object Properties
Warna (color); Jenis garisan (linetype); Ketebalan garisan (Line weight); dan Gaya cetek (Plot style).
Penggunaan layer dalam AutoCAD adalah tidak terhad, anda boleh mengadakan
seberapa banyak layer baru jika diperlukan dalam lukisan. Untuk mencipta layer baru, klik pada
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 92
New dalam kotak dialog itu. Untuk maklumat anda, objek yang sedang dilukis akan secara
automatik dimasukkan dalam layer semasa (current layer). Untuk bertukar layer semasa
melukis, anda boleh menggunakan tolbar Layer seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.
Rajah 5: Tolbar Layer
Ciri Warna ( Color Properties)
Dalam AutoCAD terdapat 256 warna boleh dipilihkan, tetapi pemilihan warna bergantung
kepada dua faktor seperti berikut:
keadaan objek-objek yang dilukis dalam skrin komputer;
keadaan objek-objek yang dilukis semasa mencetak.
Tujuan menggunakan warna adalah memudahkan anda membezakan objek-objek yang
dilihat dalam skrin. Pada masa yang sama, anda boleh menggunakan warna menentukan
ketebalan garisan (line weight) ketika mencetak. Rajah 6 menunjukkan kotak dialog. Anda
boleh mengaktifkan kotak dialog ini mengikut langkah berikut:
Dari menu tarik turun Format Color
Rajah 6: Color dialog box
(b) Jenis Garisan (Linetypes)
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 93
Dalam lukisan teknik, anda akan menggunakan pelbagai jenis garisan untuk mewakili
penggunaannya dalam lukisan. Untuk mengaktifkan perintah ini, anda boleh mengikut
langkah berikut:
Dari menu tarik turun Format Linetype
Selepas ini, anda akan memperoleh satu kotak dialog seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7
Rajah 7: Linetype dialog box
Anda boleh klik butang load, kotak dialog Load or Reload linetype akan muncul seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 8.
Rajah 8: Kotak Dialog Load or Reload Linetype
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 94
Anda perlu menyorot (highlight) jenis garisan yang dipilih dan klik Ok. Garisan yang dipilih
akan muncul dalam kotak dialog layer.
(c) Ketebalan Garisan (Line Weight )
Jika anda ingin membuat perubahan ketebalan garisan, klik pada “default” mengikut nama
layer. Kotak dialog akan ditunjukkan dalam Rajah 9. Anda perlu menyorot (highlight)
ketebalan garisan yang dipilih dan klik Ok.
Rajah 9: Kotak Dialog Lineweight
Jadual 8.1
Pendimensian (Dimensioning)
Dimensi adalah merupakan salah satu butiran yang terdapat dalam suatu lukisan teknik.
Tanpa dimensi, lukisan itu akan menjadi tidak lengkap. Dalam AutoCAD, anda akan
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 95
memasukkan dimensi untuk suatu objek dan secara ia akan memberi teks yang betul untuk
dimensi itu.
Gaya Pendimensian (Dimensioning Style)
Gaya pendimensian (dimensioning style) merupakan satu kaedah bagi anda menyelaraskan
cara yang anda ingin mendimensikan lukisan anda. Rajah 10 menunjukkan kotak dialog gaya
pendimensian. Jika anda ingin membuat perubahan gaya pendimensian, klik “Modify”.
Rajah 10: Kotak dialog gaya pendimensian
Anda perlu membuat beberapa perubahan asas seperti berikut:
(a) Faktor Skala Pendimensian Untuk Garisan dan Anak Panah
Dimensioning Scale Factor for Line and Arrow
Klik butang Line and Arrow, perubahan berikut boleh dilakukan oleh anda (lihat Rajah11).
Garisan dimensi (dimensioning line);
Garisan tambahan dimensi (extension line);
Kepala anak panah (arrow head).
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 96
Rajah 11: Kotak dialog Line and Arrow
(b) Pengformatan Teks dan Penjajaran
Control Text Formatting and Alignment
Klik butang Text, perubahan berikut boleh dilakukan oleh anda (lihat Rajah 12).
Kewujudan teks (text appearance);
Penempatan teks (text placement);
Penjajaran text (text alignment).
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 97
Rajah 12: Kotak dialog text
(c) Menyelaraskan Perubahan untuk Mengawal teks dan Bentuk
Set Varibles for Controlling Text and Feature Scaling
Klik butang Fit, perubahan berikut boleh dilakukan oleh anda (lihat Rajah 13).
Opsyen Fit (Fit Option);
Penempatan teks (text placement);
Fine tuning.
Rajah 13: Kotak dialog Fit
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 98
(d) Perubahan untuk Unit Asas
Set Variables for Primary Unit
Klik butang Primary Unit, perubahan berikut boleh dilakukan oleh anda untuk dimensi
berikut (lihat Rajah 14).
Dimensi linear (linear dimension);
Dimensi angular (angular dimension).
Rajah 14: Kotak dialog primary unit
Kaedah Pendimensian
Dalam AutoCAD terdapat pelbagai jenis perintah dimensi yang anda boleh untuk
mendimensikan lukisan anda. Pemilihan perintah pendimensian bergantung kepada ciri-ciri
objek.
(a) Linear Dimension
Untuk membuat dimensi mengufuk dan menegak pada objek. Rajah 15 menunjukkan
kaedah pendimensian linear.
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 99
Mendimensi untuk garisan mengufuk
Command: dimlinear
Specify first Extension line origin or
<select object>: klik pada titik A
Specify second extension line origin:
klik pada titik B (untuk mendapatkan
dimensi)
[Mtext/Text/Angle/Horizontal/
Vertical.Rotated: 68
Secara automatik anda akan
mendapat ukuran 68 mm pada objek
tadi
Rajah 15: Linear Dimension
(b) Align Dimension
Untuk membuat dimensi objek pada kedudukan serong. Rajah 16 menunjukkan kaedah
pendimensian align.
Command: dimalingn
Specify first Extension line origin or <select
object>: klik pada titik A
Specify second extension line origin: klik
pada titik C (untuk mendapatkan dimensi)
[Mtext/Text/Angle/Horizontal/
Vertical.Rotated: 84
Secara automatik anda akan mendapat
ukuran 84 mm pada objek tadi
Rajah 16: Align Dimension
(c) Radius
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 100
Perintah radius digunakan untuk mendimensi objek yang berbentuk lengkuk. Rajah 17
menunjukkan kaedah pendimensian jejari.
Command: dimradius
Select arc or circle: klik pada titik p1
Specify dimension line location or
[Mtext/Text/Angle]: klik pada p2
Dimension text = 25
Rajah 17: Radius Dimension
(d) Diameter
Perintah radius digunakan untuk mendimensi objek yang berbentuk bulatan. Rajah 7.18
menunjukkan kaedah pendimensian jejari.
Command: dimdiameter
Select arc or circle: klik pada titik p1
Specify dimension line location or
[Mtext/Text/Angle]: klik pada p2
Dimension text = 58
Rajah 8.18: Diameter Dimension
(e) Angular Dimension
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 101
Untuk membuat dimensi mengufuk dan menegak pada objek. Rajah 8.19 menunjukkan
kaedah pendimensian angular.
Command: dimangular
Select arc, circle, line or (specify
vertex>: klik pada titik p1
Select second line: klik pada titik p2
Specify dimension arc line location
or[Mtext/Text/Angle: klik pada p3
[untuk mendapatkan nilai sudut]
Dimension text: 62
Rajah 8.19: Angular Dimension
(f) Center Mark
Perintah center mark digunakan untuk menandakan pusat bulatan/lengkuk. Terdapat dua
cara penandaan pusat bulatan, iaitu tanda tengah dan garis tengah. Pemilihan ini boleh
dilakukan pada kotak dialog dimensioning style. Rajah 7.20 menunjukkan cara-cara center
mark.
Rajah 8.20: Cara penandaan pusat
(g) Leader
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 102
Perintah Leader digunakan untuk menunjukkan maklumat dalam lukisan yang tidak boleh
dilukis dengan perintah-perintah yang lain. Rajah 7.21 menunjukkan kaedah membuat
penunjuk.
Command: qleader
Specify first leader point, or
[Settings]<setting>: Klik pada titik p1
Specify next point: klik pada titik
p2(ortho off)
Specify next point: klik pada titik
p3(ortho on)
Specify rext width<0>: setkan ruang
perkataan atau tekan enter sahaja
Enter first line of annotation text
<mtext>: Masukkan maklumat
Rajah 8.21: Cara membuat penunjuk
RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi Topik 4 103