8
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU JABATAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN PENDIDIKAN JASMANI ACARA PECUT,JARAK SEDERHANA DAN JARAK JAUH TAN AN REN No K/P: 891201-23-5167 YEO CHUN HONG No K/P: 810713-01-5777 LIM HONG TAT No K/P: 880802-29-5479 NG TECK CHIN No K/P: 850507-01-6601 KURSUS : KDPM KDC OPSYEN : PENGAJIAN CINA ( PC ) NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHD ZAIRI BIN HUSAIN TARIKH SERAH : 22 OGOS 2009

47234007 lari-berganti-ganti

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 47234007 lari-berganti-ganti

INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN

PENDIDIKAN JASMANI

ACARA PECUT,JARAK SEDERHANA DAN JARAK JAUH

TAN AN REN No K/P: 891201-23-5167

YEO CHUN HONG No K/P: 810713-01-5777

LIM HONG TAT No K/P: 880802-29-5479

NG TECK CHIN No K/P: 850507-01-6601

KURSUS : KDPM – KDC

OPSYEN : PENGAJIAN CINA ( PC )

NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHD ZAIRI BIN HUSAIN

TARIKH SERAH : 22 OGOS 2009

Page 2: 47234007 lari-berganti-ganti

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat

1.0 Pengenalan

2.0 Alatan Lari Berganti-ganti

3.0 Pemilihan atlet

4.0 Teknik-teknik

5.0 Latihan Khusus

6.0 Rumusan

7.0 Rujukan

8.0 Lampiran

Page 3: 47234007 lari-berganti-ganti

1.0 Pengenalan

Acara-acara lari berganti-ganti biasanya adalah puncak dalam sesuatu temasya sukan.

Kemahiran yang ditunjukkan dan ketepatannya semasa menukar baton mewujudkan suatu

suasana yang menguja(exciting) dan tidak dapat diduga dalam perlumbaan. Adalah penting

supaya pasukan yang terlibat dalam perlumbaan lari berganti-ganti adalah merupakan

pasukan yang pantas dan berkoordinasi serta tepat dalam penukaran baton. Acara lari

berganti-ganti yang biasa dipertandingkan adalah acara 4 X 100 meter , 4 X 200 meter dan 4 X

400 meter. Suatu pasukan lari berganti-ganti terdiri daripada empat orang pelari yang bergilir-

gilir di antara satu sama lain, mereka berlari dalam satu pusingan balapan dengan membawa

baton di dalam tangan dan dihantar ke dalam zon penukaran baton kepada pelari seterusnya.

Jika baton terjatuh, ia mesti dipungut oleh pelari yang menjatuhkannya. Selepas baton dihantar,

pelari harus berada di dalam lorongnya sehingga laluan di balapan tidak berhalangan.

2.0 Alatan Lari Berganti-ganti

Alatan yang digunakan dalam acara lari berganti-ganti ini adalah:-

a) Blok permulaan

Blok permulaan digunakan dalam semua acara lari berganti-ganti. Blok permulaan akan digunakan oleh

pelari pertama. Blok permulaan harus boleh disesuaikan mengikut keselesaan atlet.

2)Baton

Baton adalah alat yang paling penting dalam acara lari berganti-ganti. Baton berbentuk tiub bulat

bergeronggang dan berpermukaan licin diperbuat daripada kayu, logam atau apa jua bahan yang keras

sebatang penuh, berukuran tidak lebih daripada 30cm dan tidak kurang daripada 28cm. Ukur lilitnya

hendaklah antara 12cm dan 13cm yang beratnya tidak kurang daripada 50g. Ia wajar diwarnakan

supaya senang dilihat ketika dibawa berlari. Baton hendaklah dipegang sepanjang larian. Penyerahan

baton kepada rakan sepasukan dilakukan di dalam zon penukaran baton(20 meter).

3)Alatan lain yang diperlukan dalam acara lari berganti-ganti adalah seperti pakaian dan kasut lari yang

sesuai dan menepati peraturan yang telah ditetapkan.

Page 4: 47234007 lari-berganti-ganti

3.0 Pemilihan atlet

Pemilihan pelari-pelari dan penempatan mereka di atas trek adalah amat penting. Secara

umumnya, seorang jurulatih akan memilih pelari pecut yang mempunyai kelajuan yang

tertinggi dan daya ketahanan kelajuan, iaitu pelari-pelari yang boleh mengekalkan kelajuan

tinggi secara terus-menerus sejauh lebih daripada 100 meter. Semua ahli pasukannya harus

kukuh dari segi psikologi dan sentiasa tenang semasa baton dihantar.

Adalah menjadi tanggungjawab jurulatih menempatkan pelari-pelarinya secara strategik

untuk mendapat sebarang kelebihan yang mungkin timbul. Jurulatih juga harus tahu

berkenaan sifat-sifat psikologi pelari-pelarinya, iaitu mengetahui sama ada seorang atlet akan

berlari dengan baik sekali di hadapan atau daripada belakang. Adalah amat penting supaya

mereka ditempatkan di mana mereka boleh menyumbang yang terbaik dari segi jasmani dan

mental. Menguntungkan jika jurulatih tahu berkenaan kelemahan-kelemahan pasukan lawan

mereka. Dia harus tahu siapakah di antara pelari-pelari pasukan lawan yang rentak lariannya

boleh diganggu oleh pelari pasukannya untuk cuba memaksa pelari tersebut berlari melebihi

keupayaannya di awal perlumbaan. Semua maklumat ini akan menolong jurulatih tersebut

memutuskan di mana dia akan menempatkan pelari-pelarinya.

4.0 Teknik-teknik

1) Teknik Penukaran Baton

Dalam teknik penukaran baton terdapat dua gaya utama yang diutamakan iaitu gaya

selang-seli tanpa padang dan gaya selang seli cara pandang.

A. Gaya Selang-Seli Tanpa Pandang

Gaya selang-seli tanpa pandang biasanya dilakukan oleh kuatert pelari 4x100 meter. Pelari

pertama dan pelari ketiga akan membawa baton menggunakan tangan kiri manakala pelari

kedua dan pelari keempat akan menerima baton dengan tangan kanan. Semasa

penerimaan baton pelari tidak akan menoleh ke belakang.Untuk menerim baton, sebagai

contoh pelari kedua akan mula berlari apabila perlari pertama sampai di tandaan. Apabila

Page 5: 47234007 lari-berganti-ganti

pelari pertama mula memasuki zon penerimaan baton, pelari pertama perlu memberikan

isyarat supaya pelari kedua menghulurkan tangan untuk menerima baton. Pada masa yang

tepat,baton itu akan diletakkan ke dalam tangan penerima. Terdapat dua cara menghantar

baton iaitu pergerakan ke bawah dan pergerakan ke atas.

B. Gaya Selang-Seli Cara Pandang

Gaya ini diberi nama gaya selang-seli cara pandang kerana pelari yang menerima baton itu

akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton kepadanya. Pembawa

baton akan meletakkan baton ke dalam tangan penerima. Biasanya pemeberian itu

dilakukan dengan pergerakan ke bawah.

2)Teknik Memberi dan Menerima Baton.

A. Teknik Memberi Baton.

Untuk memastikan pemberian baton yang cekap dan tepat, pembawa baton itu harus

mengekalkan kepantasan larian semasa hendak memberi baton supaya penerima baton

yang sudah berada pada tahap larian yang baik tidak kelihatan tertunggu-tunggu

pembawa baton di mana hal ini akan merugikan masa. Pembawa baton juga harus

memberi isyarat kepada penerima apabila memasuki zon penukaran baton dengan

mengatakan ‘up’ dan sebagainya supaya penerima baton bersiap sedia untuk menerima

baton.Pembawa baton harus menghulurkan baton dengan tangan yang lurus kepada

penerima supaya penerima dapat menerima baton dengan sempurna. Di sini pembawa

baton mesti memainkan peranan dengan melihat tangan penerima sama ada bersedia

untuk menerima baton atau tidak. Pembawa baton harus meletakkan bahgaian hujung

baton ke dalam tangan penerima supaya baton dapat diberikan kepada penerima baton

yang seterusnya dengan baik dan sempurna.

Page 6: 47234007 lari-berganti-ganti

B. Teknik Menerima Baton

Penerima baton pula harus menyediakan tandaan sebelum larian dimulakan. Penerima

baton harus berada di dalam keadaan yang sentiasa bersedia dengan sentiasa memandang

pelari yang membawa baton. Sebaik sahaja melihat pembawa baton sudah mencecah

bahagian tandaan penerima baton sudah harus memulakan larian dengan pantas dan

menungu isyarat daripada pembawa baton.Sebaik sahaja menerima isyarat daripada

pembawa baton, penerima haruslah menghulurkan tangan yang lurus ke belakang atau ke

sisi dan menerima baton itu di bahagian pangkal supaya mudah untuk diserahkan pula

kepada penerima berikutnya .Harus diingatkan supaya penukaran baton tidak dilakukan

selepas atau sebelum zon penukaran baton kerana hal ini boleh membatalkan larian. Dan

sekiranya baton yang dibawa terjatuh ke trek semasa melakukan pertukaran, pembawa

baton tadi dikehendaki untuk mengambil semula baton itu dan meberikan kepada

penerima.

3) Teknik Larian

a) Teknik

Perbezaan –perbezaan semula jadi sperti susuk badan atlet,keseimbangan anggota,penuilan otot dan

pembawaan akan menentukan stail seseorang individu,tetapi sebenarnya kelajuan pelari bergantung

kepada dua factor asas iaitu 1)panjang langkah dan 2)kadar melangkah.

Kesepaduan yang betul antara panjang langkah dengan kadar melangkah akan member pelari ritma

yang sempurna.

b) Panjang Langkah

Panjang langkah seorang pelari ditentukan oleh beberapa faktor:

1) Panjangnya kaki pelari

2) Kefleksibelan pinggul

3) Kekuatan dan keanjalan otot-otot

4) Julat pergerakan

Page 7: 47234007 lari-berganti-ganti

Dua perkara yang patut dielakkan adalah berlari pelepik-pelepik dan termelangkah.

Berlari pelepik-pelepik biasanya dilakukan untuk mencapai aksi yang lebih pantas

daripada kaki sehingga menjejaskan kepanjangan langkah. Termelangkah melibatkan

jangkauan ke depan dengan kaki pemulihan semasa menyentuh tanah. Ia akan

melambatkan atlet dengan menyebabkan kesan membrek kepada gerakan ke hadapan.

Gaya lari yang baik adalah dengan memanjangkan pinggul,lutut dan sendi pergelangan

kaki,pemacu kaki belakang dan mengangkat lutut dan paha kaki depan.Walaupun

faktor-faktor asas melibatkan panjang langkah dan kadar melangkah yang tetap, berlari

adalah suatu aktiviti menyeluruh yang melibatkan kaki, lengan, tubuh badan, kepala

dan semua bahagian anggota yang turut menyumbangkan kejayaan pergerakannya.

Satu analisis ringkas berkenaan pergerakan-pergerakan pelbagai anggota badan akan

memudahkan kefahaman tentang teknik lari.

c) Aksi kaki

Gaya lari yang baik digambarkan dengan dua aksi kaki yang nyata:

1) Pemanjangan pemacu kaki belakang

2) Lutut kaki pemulihan dinaikkan

d) Aksi lengan

Lengan memainkan dua peranan penting. Mereka menolong mengimbangkan pelari

dan juga menetapkan langkah kaki. Dalam aksi berlari, lengan harus dibengkokkan

pada siku, lebih kurang 90 darjah. Bahu harus ke depan dengan tangan mengendur

dan jari-jari bengkok sedikit. Tangan menghayun ke depan pada paras bahu dank e

belakang pada ketinggian pinggul.

e) Condongan badan dan aksi ke depan

Kepala dam mata memainkan peranan yang penting dalam condongan badan. Pelari

harus cuba mengekalkan posisi kepada penjajaran lazim dengan tubuh badan dan

bahu, dan badan dicondongkan sedikit ke depan.

Page 8: 47234007 lari-berganti-ganti

5.0 Latihan Khusus