12
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 5 Mata Pelajaran : Reka Bentuk dan Teknologi Kelas : Tahun 5 Tarikh : 27 April 2015 Masa : 11.20 pagi – 12.20 tengah hari Bilangan Murid : 11 orang Tajuk : 4.2 Menghasilkan projek bahan logam dan bukan logam dengan litar elektronik Sub Tajuk : 4.2.6 Memasang bahan projek menggunakan pengikat dan pencantum Pengetahuan sedia ada : Murid telah belajar memasang projek eksperimental pada pembelajaran dan pengajaran Tahun 4. Objektif Pembelajaran i. : 1. Murid dapat menjawab soalan bahan pengikat dan pencantum sekurang kurangnya 4 daripada 6 soalan.

4.2.6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

rph

Citation preview

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 5

Mata Pelajaran

:

Reka Bentuk dan Teknologi

Kelas

:

Tahun 5

Tarikh

:

27 April 2015

Masa

:

11.20 pagi 12.20 tengah hari

Bilangan Murid

:

11 orang

Tajuk

:

4.2 Menghasilkan projek bahan logam dan bukan logam dengan litar elektronik

Sub Tajuk

:

4.2.6 Memasang bahan projek menggunakan pengikat dan pencantum

Pengetahuan sedia ada

:

Murid telah belajar memasang projek eksperimental pada pembelajaran dan pengajaran Tahun 4.

Objektif Pembelajaran

i.

:

1. Murid dapat menjawab soalan bahan pengikat dan pencantum sekurang kurangnya 4 daripada 6 soalan.

2. Murid dapat mencantumkan sekurang-kurangnya 1 daripada 3 jenis pengikat dan pencantum pada bahan yang betul.

Penerapan Nilai Murni

:

Kebersihan, keselamatan, berani, bekerjasama, keyakinan diri, kasih sayang.

Kemahiran Berfikir

:

Menjana idea, memberi gambaran mental, menghubung kait, mereka cipta, membuat urutan, membuat keputusan, mengingat kembali dan membuat rumusan

Bahan Bantu Mengajar

:

Video, paparan slaid, tukul besi kuku kambing, glu pemanas, gam, paku, bahan projek, lembaran kerja dan puzzle.

Penyerapan Ilmu

:

Pendidikan Seni dan Visual

Strategi Pengajaran

:

Mediatif, koperatif, sumbangsaran, demonstrasi, berpusatkan murid.

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LANGKAH / MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PDP

CATATAN

Set induksi

( 5 minit )

1. Video Pemasangan Kereta BMW

2. Soal jawab :

i. Apakah yang kamu lihat di dalam video tersebut?

Jangkaan jawapan :

-pemasangan kereta

ii. Apakah bahan dan alat yang digunakan?

Jangkaan jawapan :

-mesin, robot, skru,

iii. Apakah bahan logam dan bukan logam pada pembuatan kereta tersebut?

Jangkaan jawapan :

-getah, tayar, besi, aluminium, kaca.

1. Murid ditayangkan sebuah video.

2. Murid ditanya oleh guru tentang tayangan video tersebut.

BBM : Video

Strategi pengajaran : Mediatif

Nilai : Kasih sayang, berani

Kemahiran berfikir : Menjana idea, memberi gambaran mental

Langkah 1

( 15 minit )

Jenis Pencantum Dan Pengikat

Paparan slaid.

Murid mengenal ciri dan gambar bahan

Terdapat beberapa soalan kuiz sebagai penilaian

(rujuk lampiran)

1. Murid diterangkan oleh guru tentang Jenis Pencantum dan Pengikat dengan menggunakan paparan slaid.

2. Murid dikehendaki membaca secara beramai-ramai dan dibimbing oleh guru.

3. Murid dikehendaki menjawab kesemua soalan kuiz yang dikemukakan pada paparan slaid

4. Murid mendapat hadiah daripada guru sekiranya dapat menjawab dengan betul.

Penilaian

Murid dapat menjawab soalan bahan pengikat dan pencantum sekurang kurangnya 4 daripada 6 soalan.

BBM : Paparan slaid

Strategi : Mediatif, koperatif.

Nilai : Bekerjasama, Berani, Keyakinan diri.

Kemahiran berfikir : Menghubungkait, membuat gambaran

Langkah 2

( 30 minit )

Penerangan guru

Langkah keselamatan perkara penting.

Murid dikehendaki memulangkan semua alatan dan bahan selepas menggunakannya.

Tunjuk cara penggunaan pengikat dan pencantum pada bahan projek.

Kaedah demonstrasi oleh guru cara penggunaan pengikat dan pencantum pada bahan projek.

Aktiviti berkumpulan

Murid melaksanakan projek mencantum bahan

1. Murid dikehendaki ke hadapan kelas.

2. Murid mendengar penerangan dan melihat guru melakukan aktiviti pencantuman bahan projek.

3. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.

4. Guru menyediakan alatan dan bahan kepada setiap kumpulan.

5. Murid dikehendaki mencantumkan bahan projek dengan menggunakan pengikat dan pencantum.

6. Hasil kerja projek murid dinilai oleh guru.

Penilaian

Murid dapat mencantumkan sekurang-kurangnya 1 daripada 3 jenis pengikat dan pencantum pada bahan yang betul.

BBM : Tukul besi kuku kambing, glu pemanas, gam, paku, bahan projek.

Strategi : Mediatif, koperatif, sumbangsaran, demonstrasi, berpusatkan murid.

Nilai : Bekerjasama, keselamatan, kebersihan

Kemahiran berfikir : Mereka cipta, membuat urutan, membuat keputusan.

Pengukuhan

(5 minit)

Pengukuhan

Individu

(rujuk lampiran)

Pengukuhan

1. Setiap orang murid diberi lembaran kerja oleh guru.

2. Murid dikehendaki menjawab semua soalan.

3. Murid akan berbincang bersama guru tentang lembaran yang telah diberi.

BBM : Lembaran kerja

Strategi : Mediatif

Kemahiran berfikir : Menjana idea, mengingat kembali

Penutup

( 5 minit )

Penutup Sosial

Cantum gambar (Puzzle)

1. Setiap kumpulan diedarkan dengan sampul surat yang mengandungi kad gambar yang telah diceraikan.

2. Murid secara berkumpulan dikehendaki mencantum ceraian gambar menjadi sekeping gambar.

3. Kemudian lekatkan pada kertas.

4. Murid dibimbing untuk membuat rumusan.

BBM : Puzzle.

Penyerapan Ilmu : Pendidikan Seni dan Visual.

Kemahiran Berfikir : membuat rumusan

Strategi pengajaran : Koperatif

Nilai : Bekerjasama

Penutup Kognitif

Murid membuat rumusan.

Guru merumuskan tajuk pembelajaran.

1.

Reflesi Kendiri: 1. Sebelum P&P

Murid perlu beratur sebelum masuk ke bengkel bagi mengelakkan kecederaan atau kemalangan. Pakaian murid juga hendaklah kemas dan bersesuaian dengan bengkel. Murid aktif dan melibatkan diri dalam P&P sepenuhnya.

2. Selepas P&P

ULASAN :