Upload
shane-yuen-lai
View
220
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
refeksi
Citation preview
LAI SHANE YUEN PISMP PENGAJIAN CINA SEMESTER 3 AMBILAN JUN 2014
3.0 Refleksi
3.1 Refleksi oleh Lai Shane Yuen
Sepanjang pelaksanaan tugasan yang diamanahkan, saya telah bersyukur kerana
tempoh yang ditetapkan amat cukup bagi saya memikir serta menghasilkan idea-idea yang
bernas berdasarkan penelitian maklumat-maklumat dari pelbagai sumber.
Kerja kursus dibahagikan dengan 2 bahagian. Tugasan 1 yang melibatkan aktiviti
kumpulan ini telah memberi impak positif kepada saya kerana rakan sekumpulan ini banyak
meningkatkan daya saing saya dengan selalu membincangkan isi-isi untuk dimasukkan dalam
penulisan kami. Saya juga mendapat tahu bahawa pentingnya persediaan individu sama ada
dari segi academik atau psikologi sebelum menjalankan aktiviti berkumpulan untuk memastikan
proses perbincangan yang lancar. Dengan membincangan percanggahan idea-idea
sehinggakan kepada sebulat suara, proses ini memakan masa dan akal kami, akan tetapi
keputusan yang kami hasilkan amat berbaloi. Ini juga memberi saya iktibar supaya pandai
mengurus diri dan secara sosial dalam pelaksanaan tugasan. Tugasan 2 juga menyediakan
saya untuk berfikir secara kritis dengan memahami isi yang dibaca, mengolah semula dengan
gaya tersendiri serta dengan maklumat-maklumat yang boleh dipercayai. Ini juga
memberangsangkan saya supaya tidak mengeluarkan pernyataan yang tanpa pengulasan
pakar-pakar. Kemahiran ini sememangnya patut saya semai untuk penulisan tesis untuk
pembelajaran yang lanjut.
Kerja kursus ini yang bertema hubungan etnik dengan ekonomi negara. Ini amat
penting bagi saya selaku siswa pendidikan untuk memahami perkembangan negara kerana
sayalah yang berada di saf hadapan untuk mendidik anak-anak murid dengan ilmu
pengetahuan serta pengalaman saya. Saya akan memastikan diri supaya menjadi guru yang
professional dengan mempamerkan ciri-ciri kuat ilmu seta semangat cinta akan negara. Saya
akan menjadi rol model terbaik bagi murid-murid memahami sejarah serta kronik
perkembangan sebelum merdeka dan selepas merdeka di negara kita. Ini juga adalah hasil
saya memahami Rancangan Malaysia ke-10 yang aspeknya juga tertumpu kepada menyusun
semula pasaran pekerjaan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi. Saya
mempercayai status pendidikan dapat mengubah nasib seseorang dan juga status sesebuah
negara. Untuk bersaing dengan menjamin taraf hidup rakyat, saya memahami tanggungjawab
saya yang pikul untuk mendidik ahli masyarakat supaya kita sempurna dari aspek rohani,
intelek, jasmani dan perasaan cinta akan negara.