20
ASAS ELEKTRIK Voltan Voltan boleh ditakrifkan sebagai tekanan elektrik atau perbezaan tekanan. Perbezaan tekanan yang dihasilkan oleh terminal positif dan negatif bateri menyebabkan berlakunya pengaliran arus elektrik apabila kedua – dua dihuungkan melalui pengalir elektrik. Terdapat 2 cara untuk mengukur voltan di dalam sesuatu litar iaitu: Litar buka (Open circuit) Susutan voltan (Voltage drop) Pengukuran voltan secara litar buka Pengukuran ini akan memberitahu kita bahawa terdapat voltan pada terminal berkenaan. Walaubagaimanapun, ia tidak dapat mengesan kehadiran rintangan/beban tambahan di dalam litar berkenaan.

33434622 Asas Elektrik

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 33434622 Asas Elektrik

7/27/2019 33434622 Asas Elektrik

http://slidepdf.com/reader/full/33434622-asas-elektrik 1/20

ASAS ELEKTRIK

Voltan

Voltan boleh ditakrifkan sebagai tekanan elektrik atau perbezaan tekanan. Perbezaan tekanan yangdihasilkan oleh terminal positif dan negatif bateri menyebabkan berlakunya pengaliran arus elektrikapabila kedua – dua dihuungkan melalui pengalir elektrik.

Terdapat 2 cara untuk mengukur voltan di dalam sesuatu litar iaitu:

• Litar buka (Open circuit)

• Susutan voltan (Voltage drop)

Pengukuran voltan secara litar buka

Pengukuran ini akan memberitahu kita bahawa terdapat voltan pada terminal berkenaan.Walaubagaimanapun, ia tidak dapat mengesan kehadiran rintangan/beban tambahan di dalam litar berkenaan.

Page 2: 33434622 Asas Elektrik

7/27/2019 33434622 Asas Elektrik

http://slidepdf.com/reader/full/33434622-asas-elektrik 2/20

Page 3: 33434622 Asas Elektrik

7/27/2019 33434622 Asas Elektrik

http://slidepdf.com/reader/full/33434622-asas-elektrik 3/20

Pengukuran susutan voltan

Pengukuran susutan voltan hanya boleh dilakukan apabila terdapat pengaliran arus di dalam litar. Iadapat memberi tahu dengan tepat jumlah voltan yang diterima oleh sesuatu beban.

Page 4: 33434622 Asas Elektrik

7/27/2019 33434622 Asas Elektrik

http://slidepdf.com/reader/full/33434622-asas-elektrik 4/20

Nota:

Apabila arus mengalir melalui sesuatu komponen sebahagian dari voltan akan digunakan bagimenghidupkan komponen tersebut. Voltan yang digunakan ini dikenali sebagai susutan voltan.

Ia diwakili oleh simbol greek ∆ (delta). ∆ bermaksud kadar perubahan. ∆V bermaksud kadar

perubahan voltan.

Komponen – komponen berintangan rendah seperti fius, suis, wayar dan connector mempunyai kadar perubahan /susutan voltan yang amat rendah iaitu kurang dari 0.1V bagi setiap komponen atauconnector.

Komponen berintangan tinggi dikenali sebagai beban (load). Beban akan menukarkan tenaga elektrikkepada kerja samaada dalam bentuk pergerakkan, bunyi, haba atau cahaya.

Susutan voltan (∆V) adalah berkadar terus dengan rintangan. Seamkin tinggi rintangan, semakin tinggi

susutan voltan.

Jumlah susutan voltan di dalam sesuatu litar mestilah sama dengan jumlah voltan bekalan.

Page 5: 33434622 Asas Elektrik

7/27/2019 33434622 Asas Elektrik

http://slidepdf.com/reader/full/33434622-asas-elektrik 5/20

1.9 V + 21.8 V + 0.3 V = 24 V (Voltan bekalan)

Arus (Current)

Arus ialah jumlah pengaliran elektron di dalam sesuatu litar. Unit yang digunakan untuk mengukur arus ialah Ampere atau Amp (A). Satu Amp adalah bersamaan 628 billion billion electrons bagi setiapsaat yang mengalir di dalam sesuatu litar.

Arus hanya boleh mengalir jika persambungan litar yang lengkap dari sumber voltan tinggi (Power)kepada sumber voltan rendah (ground).

LED tidak menyala kerana litar tidak lengkap

Page 6: 33434622 Asas Elektrik

7/27/2019 33434622 Asas Elektrik

http://slidepdf.com/reader/full/33434622-asas-elektrik 6/20

Litar lengkap LED menyala dengan terang

Page 7: 33434622 Asas Elektrik

7/27/2019 33434622 Asas Elektrik

http://slidepdf.com/reader/full/33434622-asas-elektrik 7/20

Cara mengukur arus di dalam sesuatu litar

Rintangan (Resistance)

Rintangan elektrik merujuk kepada berapa banyak halangan yang diterima oleh arus elektrik semasa

mengalir di dalam sesuatu litar. Unit bagi rintangan adalah Ohm. Simbol bagi Ohm ialah omega (Ω).

Page 8: 33434622 Asas Elektrik

7/27/2019 33434622 Asas Elektrik

http://slidepdf.com/reader/full/33434622-asas-elektrik 8/20

Hukum Ohm (Ohm’s Law)

Hukum mentakrifkan bahawa nilai voltan adalah berkadar terus dengan perubahan arus danrintangan. Melalui persamaan ini kita dapat mengira nilai arus jika kita tahu nilai voltan dan nilairintangan yang terdapat di dalam sesuatu litar.

Page 9: 33434622 Asas Elektrik

7/27/2019 33434622 Asas Elektrik

http://slidepdf.com/reader/full/33434622-asas-elektrik 9/20

Litar siri dan selari

Rintangan Sesiri

Apabila rintangan atau beban di susun secara sesiri atau sebaris, jumlah rintangan adalah jumlahkesemua nilai rintangan di dalam beban yang terdapat di dalan litar tersebut.

Page 10: 33434622 Asas Elektrik

7/27/2019 33434622 Asas Elektrik

http://slidepdf.com/reader/full/33434622-asas-elektrik 10/20

Rintangan Selari

Jumlah rintangan di dalam litar selari ialah:

1/R1 + 1/R2 + 1/R3 +1/RN = 1/RJ

Rintangan siri/ selari

= =

= atau sama dengan 2 Ohm

Maka jumlah keseluruhan adalah 2 Ω (dari litar selari) + 2 Ω (dari litar sesiri) = 4 Ω

Kenapa ianya penting?:

Konsep diatas adalah amat penting untuk mempercepatkan proses mengenalpasti kerosakkanperalatan elektrik di dalam sesebuah kenderaan. Dengan mengunakan konsep diatas kita bolehmenjangka nilai voltan yang sepatutnya diterima oleh sesuatu komponen.

Page 11: 33434622 Asas Elektrik

7/27/2019 33434622 Asas Elektrik

http://slidepdf.com/reader/full/33434622-asas-elektrik 11/20

Aplikasi hukum ohm pada kenderaan

Bagi seorang mekanik konsep yang paling penting yang perlu difahami di dalam hukum ini ialah“Apabila rintangan tinggi, arus rendah. Apabila rintangan rendah, arus tinggi”.

Hukum ohm juga memberitahu kita bahawa:

• Jika sesuatu litar gagal untuk beroperasi, ianya boleh disebabkan samaada berlakunya litar

buka (Open circuit) disebabkan oleh wayar sepenuhnya, connector tercabut, fius putus,filamen putus atau lain - lain kerosakkan atau disebabkan oeh rintangan yang tinggi di dalamlitar seperti connector longgar atau berkarat, wayar putus dibahagian dalam tetapi tidaksepenuhnya, wayar berkarat atau lain – lain.

Litar beroperasi dengan baik

Wayar putus

Rintangan tinggi di dalam wayar

Page 12: 33434622 Asas Elektrik

7/27/2019 33434622 Asas Elektrik

http://slidepdf.com/reader/full/33434622-asas-elektrik 12/20

• Jika sekiranya komponen atau perlatan masih boleh beroperasi tetapi tidak seperti yang

sepatutnya seperti lampu malap, motor berpusing perlahan. Ini disebabkan oleh pertambahanrintangan di dalam litar. Perkara ini biasanya berlaku apabila terlalu banyak beban ditambahdidalam sesuatu litar siri.

Pertambahan rintangan didalam litar, lampu menyala tapi malap

Pertambahan beban dalam litar lampu menyala tetapi tidak terang

Nota penting:Jika sesuatu fius terbakar atau putus ini menunjukan bahawa terdapat pnegaliran arus yang melebihikadar arus yang dibenarkan oleh fius tersebut. Keadaan ini disebabkan oleh kadar rintangan yang

rendah dialam litar tersebut. Rintangan rendah ini biasanya disebabkan oleh “short to ground”. Untukmengatasi masalah ini kita mesti mencri punca dimana masalah ini berlaku dan selesaikannya.

Page 13: 33434622 Asas Elektrik

7/27/2019 33434622 Asas Elektrik

http://slidepdf.com/reader/full/33434622-asas-elektrik 13/20

Contoh aplikasi litar siri pada kenderaan

Voltan

Votlan di dalam litar ini dibahagi secara berkadar terus dengan nilai rintangan di dalam sesuatukomponen. Komponen yang mempunyai rintangan yang tinggiakan mendapat lebih banyak voltanberbanding dengan komponen yang mempunyai rintangan yang lebih rendah.

Arus

Nilai arus didalam setiap komponen didala litar ini adalah sama.

Page 14: 33434622 Asas Elektrik

7/27/2019 33434622 Asas Elektrik

http://slidepdf.com/reader/full/33434622-asas-elektrik 14/20

Masalah di dala litar ini ialah apabila salah satu komponen di dalam litar ini bermasalah semuakomponen tidak berfungsi.

Jika brlaku pertambahan beban maka ia akan mengingkatkan jumlah rintangan dan mengurangkan jumlah arus, lalu menyebabkan jumlah voltan yang diterima oleh setiap komponen menyusut.

Page 15: 33434622 Asas Elektrik

7/27/2019 33434622 Asas Elektrik

http://slidepdf.com/reader/full/33434622-asas-elektrik 15/20

Page 16: 33434622 Asas Elektrik

7/27/2019 33434622 Asas Elektrik

http://slidepdf.com/reader/full/33434622-asas-elektrik 16/20

Contoh aplikasi litar selari pada kenderaan

Page 17: 33434622 Asas Elektrik

7/27/2019 33434622 Asas Elektrik

http://slidepdf.com/reader/full/33434622-asas-elektrik 17/20

Voltan

Kadar voltan didalam litar selari adalah sama pada semua cabang.

Page 18: 33434622 Asas Elektrik

7/27/2019 33434622 Asas Elektrik

http://slidepdf.com/reader/full/33434622-asas-elektrik 18/20

Arus dan rintangan

Rintangan di dalam litar akan berkurangan apabila terdapat pertambahan beban. Keadaan ini akanmenyebabkan nilai arus bertambah selari dengan pertambahan beban.

Page 19: 33434622 Asas Elektrik

7/27/2019 33434622 Asas Elektrik

http://slidepdf.com/reader/full/33434622-asas-elektrik 19/20

Page 20: 33434622 Asas Elektrik

7/27/2019 33434622 Asas Elektrik

http://slidepdf.com/reader/full/33434622-asas-elektrik 20/20

Contoh aplikasi litar siri – selari