4
OBJEKTIF Menanamkan rasa kecintaan yang tinggi dalam mentadabbur ayat-ayat al-Quran. Meningkatkan semangat ingin mengkaji terhadap ayat-ayat al-Quran. Melahirkan insan yang beramal secara istiqomah dengan ajaran ayat 125 dari surah an-Nahl. 1.0 MUQADDIMAH Surah ini terdiri daripada 128 ayat, termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyyah. Surah ini dinamakan "an-Nahl" yang bererti "lebah" kerana di dalamnya terdapat firman Allah S.W.T ayat 68 yang ertinya: "Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah". Lebah adalah makhluk Allah yang banyak memberi manfaat dan kenikmatan kepada manusia. Justeru terdapat persamaan sifat antara madu yang dihasilkan oleh lebah dengan kitab suci al-Quran Karim. Madu berasal daripada bermacam-macam sari bunga dan ia menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia. Manakala al-Quran juga turut mengandung intisari dari kitab-kitab yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi terdahulu ditambah dengan ajaran-ajaran yang diperlukan oleh semua bangsa sepanjang masa untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Surah ini dinamakan juga "an-Ni'am" ertinya nikmat-nikmat, kerana di dalamnya Allah menyebutkan pelbagai bentuk nikmat untuk hamba-hambaNya. 2.0 AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA DISKUSI 13 : USLUB DAKWAH [AL-NAHL : 125]

[3] DISKUSI KE-13

  • Upload
    dzarrin

  • View
    226

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Silibus Smart Group

Citation preview

Page 1: [3] DISKUSI KE-13

OBJEKTIF

Menanamkan rasa kecintaan yang tinggi dalam mentadabbur ayat-ayat al-Quran.

Meningkatkan semangat ingin mengkaji terhadap ayat-ayat al-Quran.

Melahirkan insan yang beramal secara istiqomah dengan ajaran ayat 125 dari surah an-Nahl.

1.0 MUQADDIMAH

Surah ini terdiri daripada 128 ayat, termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyyah. Surah

ini dinamakan "an-Nahl" yang bererti "lebah" kerana di dalamnya terdapat firman Allah

S.W.T ayat 68 yang ertinya: "Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah". Lebah adalah

makhluk Allah yang banyak memberi manfaat dan kenikmatan kepada manusia. Justeru

terdapat persamaan sifat antara madu yang dihasilkan oleh lebah dengan kitab suci al-Quran

Karim.

Madu berasal daripada bermacam-macam sari bunga dan ia menjadi ubat bagi pelbagai

penyakit manusia. Manakala al-Quran juga turut mengandung intisari dari kitab-kitab yang

telah diturunkan kepada Nabi-nabi terdahulu ditambah dengan ajaran-ajaran yang

diperlukan oleh semua bangsa sepanjang masa untuk mencapai kebahagiaan dunia dan

akhirat. Surah ini dinamakan juga "an-Ni'am" ertinya nikmat-nikmat, kerana di dalamnya

Allah menyebutkan pelbagai bentuk nikmat untuk hamba-hambaNya.

2.0 AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA

DISKUSI 13 :

USLUB DAKWAH

[AL-NAHL : 125]

AL

Page 2: [3] DISKUSI KE-13

125. Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan

bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih

mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui

orang-orang yang mendapat petunjuk.

3.0 INTIPATI AYAT

1. Hikmah (Kebijaksanaan)

Iaitu dengan cara bijaksana mengikut kesesuaian keadaan, akal budi yang mulia,

dada yang lapang dan hati yang bersih, menarik perhatian orang kepada agama,

atau kepada kepercayaan terhadap Tuhan.

Kata “hikmat” itu kadang-kadang diertikan orang dengan ‘falsafah’. Padahal dia

adalah inti yang lebih halus dari falsafah. Falsafah hanya dapat difahami oleh

orang-orang yang telah terlatih fikirannya dan tinggi rasionalnya. Tetapi

“hikmat” dapat menarik orang yang belum maju kecerdasannya dan tidak dapat

dibantah oleh orang yang lebih pintar. Kebijaksanaan itu bukan sahaja dengan

ucapan mulut, bahkan termasuk juga dalam setiap tindakan dan cara hidup.

Kadang kala “diam” itu lebih berhikmah daripada “berkata”.

2. Mau’izhoh Hasanah(nasihat yang baik)

Pengajaran yang baik, atau pesanan-pesanan yang baik, yang disampaikan

sebagai nasihat.

Bertindak sebagai pendidikan dan tuntunan sejak kecil. Didikan ayah bonda

dalam rumah tangga kepada anak-anaknya, dengan menunjukkan contoh

beragama di hadapan anak-anaknya sehingga menjadi sebati dengan kehidupan

mereka pula. Termasuk juga pendidikan dan pengajaran dalam proses

pembelajaran secara formal.

Pengajaran-pengajaran yang baik lebih besar kesannya kepada kanak-kanak

yang belum dipengaruhi oleh ajaran-ajaran tidak bermoral dan sebagainya.

3. Jadil-hum Billati Hiya Ahsan (berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik)

Bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Jika terpaksa atau timbulnya

bantahan atau pertukaran fikiran yang mana zaman tersebut disebut polemik,

maka ayat ini menganjurkan agar kita memilih jalan yang sebaik-baiknya.

Page 3: [3] DISKUSI KE-13

Ketiga-tiga uslub dakwah ini, hikmah, mau’izhah hasanah, mujadalah bil lati hiya

ahsan, amatlah diperlukan pada setiap zaman. Hal ini kerana dakwah atau

ajakan dan seruan membawa umat manusia kepada jalan yang benar itu, sekali-

kali bukanlah propaganda, meskipun propaganda itu sendiri kadang-kadang

menjadi sebahagian daripada alat dakwah. Dakwah meyakinkan, sedangkan

propaganda atau dakyah adalah memaksakan. Dakwah dengan jalan paksa tidak

akan mampu menundukkan keyakinan orang, apatah lagi dalam perihal agama.

Justeru al-Quran sudah menegaskan bahawa dalam hal agama sekali-kali tidak

ada paksaan untuk orang kafir menerima Islam.

4. Khatimah

Di penghujung ayat ini dengan tegas Allah mengatakan bahawa urusan memberi

petunjuk atau menyesatkan manusia adalah hak Allah sendiri. “Sesungguhnya Tuhan

engkau, Dialah yang lebih tahu siapa yang mendapat petunjuk” (hujung ayat 125)

Demikianlah ayat ini telah dijadikan salah satu pedoman perjuangan, menegakkan Iman

dan Islam ditengah-tengah pelbagai ragam masyarakat pada masa lalu, kini dan akan

datang.

4.0 APLIKASI DALAM KEHIDUPAN

1. Perlu mendekati masyarakat dengan menyelami semua golongan masyarakat agar

dakwah secara berhikmah dapat dilaksanakan.

2. Hubungan dengan orang bukan Islam perlu dijalinkan untuk membuktikan kebenaran

Islam melalui perdebatan dan hujah-hujah yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

3. Berhadapan dengan semua golongan masyarakat dengan membawa imej Islam yang

sebenar pada setiap masa dan tempat.

4. Sebagai daie yang memahami prinsip-prinsip sebenar Islam, kita pastinya mampu

bertahan dengan cabaran-cabaran yang mendatang, juga mampu menangani segala

masalah kerana dakwah bukanlah suatu kerja yang mudah.

5. Para daie dalam menghadapi era globalisasiperlu mempunyai ilmu yang mantap dan

psikologi yang baik serta dapat mengenalpasti punca penyakit umat pada zaman kini.

6. Berbincang hal-hal yang baru dengan orang-orang yang lebih berpengatuhan dan

berpengalaman.

7. Memahami dan menganalisa informasi-informasi media massa seperti surat kabar,

majalah, televisi, radio, internet, dan lain-lain.

Page 4: [3] DISKUSI KE-13

8. Aktif mengikuti ceramah, seminar, diskusi atau yang sejenisnya, baik langsung atau

melalui media massa.

RUJUKAN

1-Tafsir al-Quran di Radio-,Haji Ahmad Sonhadji bin Mihamad.

2- Al-Quran Terjemahan (Rasm Uthmani), Surah an-Nahl (ayat 125-128).

3- Tafsir Munir (Jilid