Document2

Embed Size (px)

Citation preview

Anatomi dan Fisiologi PJM3106

1.0 Pelajar dikehendaki memilih satu kemahiran daripada pergerakan asas dan membuat analisis pergerakan kemahiran tersebut. Di samping penerangan umum, penekanan penerangan mestilah menjurus kepada aspek anatomi dan fisiologi seperti otot-otot utama, tulang-tulang, sendisendi, aksi pergerakan, satah pergerakan dan sebagainya. Hasil tugasan akan dibentang dalam bentuk power point disokong dengan video atau gambar berkaitan.

1.0 Pengenalan Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Sebagai contoh, meniru pergerakan kereta api. Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Saya telah memilih satu pergerakan asas berdasarkan kemahiran lokomotor iaitu kudaku lari ataulebih dikenali sebagai gallop. Gallop merupakan satu pergerakan yang dicipta berdasarkan gaya berjalan cepat kuda dengan mengangkat kaki depan dan kaki belakang dalam lompatan berturut-turut atau terbatas. Manakala tangan pula digerakkan seolah-olah menarik tali kuda. Pergerakan galop adalah sama dengan menggelongsor kecuali ia dilakukan ke hadapan atau ke belakang. Walaubagaimanapun, kaki belakang tidak boleh melepasi kaki hadapan dan hendaklah melangkah dengan sebelah kaki diikuti dengan kaki belakang secara perlahan. Galakkan juga murid untuk menukar kaki hadapan (jika bermula dengan kaki kanan, tukar ke kaki kiri). Selain itu, lebih baik sekiranya pergerakan gallop dilakukan sambil membunyikan derapan kaki kuda.

1

Anatomi dan Fisiologi PJM31062.0 Objektif Pergerakan

Pergerakan asas bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan memberi peluang kanak-kanak menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan dan kreatif. Pergerakan asas juga merupakan salah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan tiga pergerakan utama iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan di samping menguji ketahanan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial.di antara berikut merupakan objektif-objektif utama pergerakan gallop :

i.

Memperkembangkan kebolehan dalam diri setiap pelajar bagi membentuk pergerakan yang kreatif.

ii. iii. iv. v.

Menguatkan otot-otot yang terlibat untuk kegiatan lebih cergas. Melakukan pergerakan asas dengan betul. Melakukan asas kemahiran sukan dan permainan. Berkebolehan melakukan pergerakan gallop dengan lakuan yang betul.

2

Anatomi dan Fisiologi PJM31063.0 Penerangan Disokong Gambarajah/ Lukisan

i)

Pergerakan kaki dan pemindahan berat badan Satu kaki bergerak ke hadapan dan berat badan dipindah padanya. Kaki

belakang digerakkan ke hadapan di belakang tumit kaki hadapan. Dengan pergerakan yang pantas, kedua-dua kaki diangkat ke hadapan dan berat badan diletak pada kaki belakang. Didalam siri, menggalop, kaki hadapan sentiasa di hadapan.

ii)

Pusat graviti Ia bergerak ke hadapan apabila kita galop ke hadapan.

iii)

Menolak dan mendarat Terdapat fasa menolak dan fasa mendarat di dalam pergerakan gallop.

Pelajar akan mula menggalop dengan menolak badan dengan bebola kaki belakang dan mendarat dengan bebola kaki hadapan. Lutut dan pergelangan kaki sentiasa dibengkokkan semasa pergerakan dilakukan. Galop dilakukan dengan ritma yang tidak sekata iaitu fasa pertama (melangkah) dilakukan dengan perlahan dan fasa kedua (mengangkat) dilakukan dengan pantas.

iv) -

Prosedur Pergerakan Berdiri tegak satu kaki di hadapan dan satu lagi kaki di belakang sambil tangan bersedia seolah-olah menungggang kuda.

-

Berlari dengan perlahan dengan kedudukan kaki satu di hadapan dan satu lagi di belakang.

-

Pergerakan diulang selama 10 saat.

3

Anatomi dan Fisiologi PJM3106

v)

Aktiviti-aktiviti

Terdapat pelbagai aktiviti atau permainan yang menggunakan pergerakan gallop sebagai salah satu syarat main, antaranya ialah galop secara bebas, galop lurus, berbelok-belok dan dalam bulatan, galop melepasi objek-objek saperti kon, pundi kacang dan lain-lain, berkumpul dan galop dalam bulatan, ikut arah pusingan jam dan tukar arah, berpasangan, seorang galop mengejar pasangannya serta berpasangan, galop bersama dan ikut rentak yang sama. Salah satu permainan kecil yang menggunakan pergerakan gallop ialah permainan Menembak Kuda. Pertama sekali, murid dibahagikan kepada dua kumpulan.Satu kumpulan akan melakukan pergerakan gallop untuk melepasi sempadan pihak lawan manakal satu kumpulan lagi akan cuba menembak dengan membaling pundi kacang ke kaki kuda sebelum berjaya melepasi sempadan tersebut. Permainan berterusan dengan menukar peranan penembak dan penggallop.

Sememangnya setiap pergerakan asas-pergerakan asas yang dicipta mempunyai matlamat dan kebaikan yang tersendiri. Oleh itu, untuk mendapatkan hasilnya, kita perlu lihat akan apa sebenarnya yang telah membuatkan pergerakan ini terhasil. Selain otot-otot utama, tulang-tulang serta sendi-sendi juga memainkan peranannya yang tersendiri. Pertama sekali, kita lihat otot-otot utama yang terlibat dalam pergerakan asas gallop ini. Penglibatan otot-otot termasuklah otot pada bahagian kaki yakni bahagian peha iaitu kuadriseps, sartorius dan hamstring serta bahagian betis iaitu peroneus longus, anterior tibia, gastrokhemius, soleus dan tendon akiles. Manakala penglibatan otot pada bahagian tangan pula termasuklah fleksor karpiraclial, karpi ulinaris dan ekstensor karpiradial.

4

Anatomi dan Fisiologi PJM3106

Otot pada bahagian betis

5

Anatomi dan Fisiologi PJM3106

Otot pada bahagian tangan

Tulang-tulang juga memainkan peranan penting dalam melakukan sesuatu pergerakan kerana salah satu fungsinya adalah sebagai penyokong kepada organ-organ lain yang terdapat dalam tubuh manusia.

Walaubagaimanapun, hanya tulang-tulang tertentu yang terlibat dengan pergerakan gallop akan diberi penekanan. Pada bahagian tangan, ulna, radius dan falangus bertindak untuk melakukan aksi pergerakan manakala pada bahagian kaki femur, patella, tibia, fibula dan falanges pula bertindak.

6

Anatomi dan Fisiologi PJM3106

Tulang Kaki

Tulang Tangan

Seterusnya

ialah

sendi-sendi

yang

terlibat

dalam

menghasilkan

pergerakan asas gallop. Saya telah mengenalpasti jenis sendi yang terlibat dan mendapati bahawa sendi sinovial merupakan sendi utama yang memainkan peranan untuk melakukan kemahiran ini. Sendi sinovial diselaputi oleh membran sinovial yang merembeskan cecair sinovial bagi melicinkan pergerakan sendi untuk membantu memelihara sel kartilej dan mengurangkan kesan geseran

7

Anatomi dan Fisiologi PJM3106antara dua tulang. Jenis sendi inilah yang membenarkan pergerakan berlaku secara bebas di antara tulang-temulang. Terdapat beberapa jenis sendi yang dikategorikan sebagai sendi sinovial namun hanya sendi-sendi yang terlibat sahaja diberi penekanan iaitu sendi paksi dan sendi kondil.

Sendi Paksi

Sendi Kondil

8

Anatomi dan Fisiologi PJM31064.0 Aksi pergerakan

Langkah 1 Berdiri tegak satu kaki di hadapan dan satu lagi kaki di belakang sambil tangan bersedia seolah-olah menungggang kuda.

Langkah 2 Berlari dengan perlahan dengan kedudukan kaki satu di hadapan dan satu lagi di belakang.

9

Anatomi dan Fisiologi PJM3106

Langkah 3 Fasa mendarat.

5.0 Aksi Otot

Terdapat dua posisi rujukan bagi pergerakan iaitu kedudukan biasa dan kedudukan anatomi. Kedudukan biasa merujuk kepada subjek berdiri dalam keadaan lurus dan tegak dengan kedua-dua kaki rapat. Kedudukan tangan pula rapat ke sisi dan tapak tangan menghala ke badan. Manakala kedudukan anatomi merujuk kepada subjek berdiri dalam keadaan lurus dan tegak dengan kedua-dua tapak tangan menghala ke hadapan. Kedua-dua belah kaki terbuka dan menghala ke kanan dan ke kiri. Kedudukan anatomi juga merupakan

kedudukan yang terbaik untuk mendapatkan satu pusat sebagai panduan bagi menjelaskan jenis-jenis pergerakan.

(i) -

Pergerakan linear

Pergerakan linear ialah pergerakan yang berlaku secara mendatar ke hadapan atau ke belakang dan ke kiri atau ke kanan. Sebagai contoh, pergerakan gelungsur. Dalam kemahiran asas gallop, ia sememangnya melibatkan pergerakan gallop iaitu apabila kita menggallop secara mendatar ke hadapan atau ke kiri dan ke kanan.

10

Anatomi dan Fisiologi PJM3106(ii) Pergerakan bersudut

Pergerakan bersudut merupakan suatu pergerakan yang berkeadaan lurus tetapi masih bersudut. Pergerakan ini melibatkan seluruh

bahagiannya bergerak dari satu kedudukan ke kedudukan lain. Antara pergerakan bersudut ialah fleksi, ekstensi, abduksi, aduksi dan

sirkumduksi. Namun dalam pergerakan gallop, ia cuma melibatkan aksi fleksi dan ektensi. Fleksi berlaku semasa pengecilan sudut di manakala ekstensi berlaku semasa pembesaran otot sewaktu pergerakan dilakukan.

11

Anatomi dan Fisiologi PJM3106

Satah pergerakan

Ada tiga satah anatomi yang digunakan untuk menerangkan dan menganalisis pergerakan iaitu satah sagital, satah frontal dan satah horizontal atau dikenali juga sebagai satah transverse.

(i) -

Satah sagital

Satah sagital ialah satah yang merentas dari depan ke belakang badan. Satah ini membahagikan badan kepada dua bahagian iaitu bahagian kanan dan bahagian kiri. Contoh pergerakan pada satah digital ialah fleksi, ekstensi dan hiperesktensi.

12

Anatomi dan Fisiologi PJM3106(ii) Satah frontal Satah frontal ialah satah yang merentas dari sisi kanan ke sisi kiri badan. Satah ini membahagikan badan kepada dua bahagian iaitu bahagian depan dan bahagian belakang. Contoh pergerakan pada satah frontal ialah abduksi, aduksi dan fleksi lateral.

(iii) -

Satah horizontal

Satah horizontal ialah satah yang merentas bahagian tengah badan. Satah ini membahagikan badan kepada dua bahagian iaitu bahagian atas dan bahagian bawah. Contoh pergerakan pada satah horizontal ialah rotasi, pronasi, supinasi dan sirkumduksi.

Namun, berdasarkan pengamatan saya, pergerakan gallop ini hanya menggunakan satah pergerakan sagital di mana satah pergerakannya merentas dari depan ke belakang badan.

13