Upload
sukriskbd
View
82
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
PENGENALAN
Topik ini adalah lanjutan kepada topik tentang analisis skor yang diperkenalkan dalam Modul Pengajaran Muzik 3 (Azam Sulong, et al,. 2007). Di samping itu, beberapa perkara yang dibincangkan dalam topik ini mempunyai kaitan dengan Topik 1, 2 dan 3 dalam modul ini. Melalui contoh-contoh yang diberikan dalam topik ini, anda akan diberi panduan menganalisis ciri-ciri dalam skor seperti frasa, renj, jeda dan triad. Anda juga akan dibimbing untuk mengenal pasti not-not hiasan, kaden dan tonaliti serta rentak yang terdapat dalam sesuah skor muzik. Sebagai guru muzik, anda perlu mempunyai kemahiran dalam menganalisis skor secara mendatar dan menegak. Analisis secara mendatar membolehkan anda mengkaji ciri-ciri melodi seperti frasa dan kontur melodi. Manakala analisis secara menegak pula akan membolehkan anda mengenal pasti ciri-ciri harmoni seperti triad dan kord.
TTooppiikk
1100
Analisis Skor
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti not-not hiasan, kaden dan tonaliti;
2. Mengenal pasti rentak yang diperdengarkan sebagai Joget, Sumazau dan Asli; dan
3. Mengenal pasti frasa, renj, triad dan jeda dalam skor.
HASIL PEMBELAJARAN
TOPIK 10 ANALISIS SKOR ! 149
BAHASA MUZIK
Tajuk ini bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman anda tentang not-not hiasan, kaden, tonaliti dan rentak. Fokus tajuk ini adalah untuk meningkatkan kemahiran anda dalam mengenal pasti elemen-elemen muzik ini dalam sesebuah skor muzik.
10.1.1 Mengenal pasti Not-not Hiasan
Not-not hiasan atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai Ânonharmonic tones (non-chord tones)Ê adalah not-not yang bukannya sebahagian daripada not-not sesuatu kord. Contohnya dalam petikan skor di bawah, not ÂFÊ yang bertanda bulat adalah not hiasan kerana ia bukannya sebahagian daripada kord I (C major) yang terdiri daripada kord ÂC E dan G:
Dalam Topik 1 modul ini, anda telah diperkenalkan dengan not-not hiasan berikut:
Âpassing-noteÊ
Âaccented passing noteÊ
Âchanging noteÊ
Âauxiliary noteÊ
Ânote of anticipationÊ
ÂsuspensionÊ
10.1
Anda dikehendaki merujuk kepada Topik 1 dan 5 dalam modul ini sebagai ulangkaji tentang topik yang berkaitan dengan not-not hiasan dan tonaliti.
AKTIVITI 10.1
TOPIK 10 ANALISIS SKOR 150
Oleh itu, anda sepatutnya telah bersedia untuk mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman anda untuk menganalisis not-not hiasan yang terdapat dalam sesebuah skor lagu.
Sebagai aktiviti pengukuhan dan menguji sejauh mana kefahaman anda, cuba analisa petikan skor berikut dan namakan not-not hiasan yang dibulatkan:
(a) Nama not hiasan: ___________ (b) Nama not hiasan: ___________
(c) Nama not hiasan: ___________ (d) Nama not hiasan: ___________
(e) Nama not hiasan: ___________ (f) Nama not hiasan: ___________
(g) Nama not hiasan: ___________ (h) Nama not hiasan: ___________
AKTIVITI 10.2
TOPIK 10 ANALISIS SKOR ! 151
10.1.2 Mengenal pasti Kaden
Dalam Topik 2, Modul Pengajaran Muzik 3 (Mohd Azam Sulong, 2007), anda telah didedahkan serba sedikit kepada elemen frasa dalam sesuatu melodi atau lagu. Pengetahuan anda tentang frasa adalah penting kerana ia ada kaitan dengan kaden. Petikan skor di bawah menunjukkan sebuah melodi yang mengandungi dua frasa:
Kaden adalah penutup kepada sesuatu frasa dalam sesebuah melodi muzik. Dalam lain perkataan, di hujung setiap frasa terdapat kaden. Oleh itu, sesuatu kaden itu dapat dikenal pasti melalui pergerakan not-not dalam sebuah frasa dan lebih jelas lagi, melalui pergerakan kord yang mengiringi sesebuah frasa:
Jawapan:
(a) passing note
(b) accented passing note
(c) auxiliary note atau upper neighbour
(d) auxiliary note atau upper neighbour
(e) anticipation
(f) anticipation
(g) changing notes
(h) suspension
TOPIK 10 ANALISIS SKOR 152
Kaden memberi kesan rasa penutup kepada sesuatu frasa. Terdapat kaden yang memberi kesan rasa penutup sementara atau sekejap seperti yang terdapat di tengah-tengah melodi atau lagu. Terdapat juga kaden yang memberi kesan rasa penutup yang lengkap atau sepenuhnya kepada sesuatu muzik yang didengar seperti kaden yang terdapat dihujung sesebuah rangkap melodi atau lagu. Analogi mudah untuk menerangkan maksud kaden ialah tanda bacaan seperti koma dan noktah. Koma boleh diibaratkan seperti kaden yang memberi kesan rasa berhenti seketika sebelum bacaan diteruskan. Di samping itu, tanda noktah di hujung ayat adalah ibarat kaden yang memberi kesan rasa penutup yang lengkap. Sebagai contoh, dalam petikan skor berikut, kaden yang seperti koma adalah di hujung frasa pertama; manakala kaden seperti noktah adalah di hujung frasa kedua.
Sebenarnya terdapat banyak jenis kaden. Namun demikian, hanya empat jenis kaden yang kerap ditemui diperkenalkan kepada anda dalam modul ini, iaitu:
Kaden Perfek
Kaden Imperfek
Kaden Plagal
Kaden Melencung (a) Kaden Perfek
Ciri-ciri kaden perfek adalah seperti berikut:
Pergerakan kord V ! I (dalam nada major) atau V ! i (dalam nada minor)
Pergerakan melodi ti ! do atau re ! do
Kaden yang paling kuat
Memberi kesan rasa penamat yang paling lengkap seperti noktah dalam ayat
Lazimnya ditemui di hujung rangkap melodi atau lagu
TOPIK 10 ANALISIS SKOR ! 153
Contoh kaden perfek adalah seperti berikut:
(b) Kaden Imperfek
Ciri-ciri kaden imperfek adalah seperti berikut:
Pergerakan kord yang berakhir dengan kord V
Contoh yang lazim ialah pergerakan kord I ! V (dalam nada major) atau i ! V (dalam nada minor) dan IV ! V (dalam nada major) atau iv ! V (dalam nada minor)
Pergerakan melodi yang lazim ialah do ! ti atau do ! re
Kaden yang dianggap sebagai lemah
Memberi kesan rasa penamat yang tergantung dan tidak lengkap
Lazimnya ditemui di tengah rangkap melodi atau lagu
Contoh kaden imperfek adalah seperti berikut:
(c) Kaden Plagal
Ciri-ciri kaden plagal adalah seperti berikut:
Pergerakan kord IV ! I (dalam nada major) atau iv ! i (dalam nada minor)
Pergerakan melodi yang lazim ialah do ! do
Kaden yang dianggap sebagai kurang kuat
Memberi kesan rasa penamat yang tidak begitu lengkap
Lazimnya ditemui di tengah rangkap melodi atau lagu
TOPIK 10 ANALISIS SKOR 154
Contoh kaden plagal adalah seperti berikut:
(d) Kaden Melencung
Ciri-ciri kaden melencung adalah seperti berikut:
Pergerakan kord V ke mana-mana kord selain daripada kord I
Lazimnya ialah kord V ! vi (dalam nada major) atau V ! VI (dalam nada minor)
Kaden yang dianggap sebagai lemah
Memberi kesan rasa penamat yang tergantung dan tidak lengkap
Lazimnya ditemui di tengah rangkap melodi atau lagu
Contoh kaden melencung adalah seperti berikut:
Panduan Latihan Mengenal pasti Bunyi Kaden
(a) Untuk latihan ini, anda perlu bekerja secara berpasangan dengan rakan anda.
(b) Minta rakan anda memainkan beberapa kaden perfek seperti contoh-contoh yang diberikan di atas pada kibod atau piano.
(c) Anda dikehendaki mendengar secara teliti bagi melatih telinga anda mengenal pasti kaden yang dimainkan sebagai kaden perfek.
(d) Anda perlu mendengar secara analitikal dengan mengenal pasti pergerakan kord dan melodi yang dimainkan.
TOPIK 10 ANALISIS SKOR ! 155
(e) Langkah-langkah di atas harus diulang beberapa kali sehingga anda berasa selesa dan yakin yang anda boleh merasai dan mengenal pasti pergerakan kord dan melodi yang dimainkan sebagai kaden perfek.
(f) Setelah berasa yakin yang anda telah dapat mengenal pasti kaden perfek, gunakan langkah-langkah yang sama seperti di atas untuk melatih telinga anda mengenal pasti kaden imperfek pula.
(g) Bandingkan perbezaan kesan rasa penutup yang lengkap dan tidak lengkap atau tergantung di antara kaden perfek dan kaden imperfek.
(h) Seterusnya, gunakan semua langkah yang sama seperti yang disenaraikan di atas untuk melatih telinga anda mengenal pasti kaden plagal dan kaden melencung.
Dengan merujuk kepada ciri-ciri kaden seperti yang dibincangkan sebelum ini, cuba namakan kaden-kaden yang ditandakan dalam petikan skor berikut:
Jawapan:
(a) kaden perfek
(b) kaden imperfek
(c) kaden melencung
(d) kaden perfek
(e) kaden plagal
AKTIVITI 10.3
TOPIK 10 ANALISIS SKOR 156
10.1.3 Mengenal pasti Tonaliti
Dalam Topik 5 modul ini, anda telah diperkenalkan kepada konsep tonaliti. Oleh itu, anda sepatutnya telah memahami konsep tonaliti justeru dapat membezakan antara nada major dan nada minor. Bahagian ini adalah sebagai pengukuhan kepada apa yang telah anda pelajari. Anda perlu memahirkan diri untuk mengenal pasti perbezaan di antara nada major dan nada minor. Untuk mengenal pasti sama ada sesuatu skor muzik atau muzik yang diperdengarkan berada dalam nada major atau nada minor, anda perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang konsep skel major dan minor. Ini adalah kerana sesuatu melodi dibina berasaskan kepada not-not yang terkandung dalam sesuatu skel major atau minor. (a) Panduan Menganalisis Nada Pada Skor
Fokus bahagian ini ialah untuk memberi panduan bagaimana anda dapat mengenal pasti sama ada sesuatu petikan skor ditulis dalam nada major atau nada minor. Berikut adalah langkah-langkah yang dapat membantu anda untuk tujuan mengenal pasti nada:
(i) Untuk mengenal pasti nada sesuatu melodi dalam skor muzik,
pastikan anda telah menghafal tanda-tanda nada major dan minor relatif. Untuk modul ini, anda hanya perlu mengingati tanda nada major dan minor sehingga 4 syap dan 4 flet sahaja. Rajah-rajah berikut dapat membantu anda menghafal tanda-tanda nada major dan minor relatif.
TOPIK 10 ANALISIS SKOR ! 157
(ii) Lihat tanda nada di hujung sebelah kiri baluk skor muzik. Contohnya,
tanda nada bagi petikan melodi dalam skor berikut menunjukkan satu flet. Maka, nada melodi ini adalah sama ada F major ataupun relatif minornya iaitu D minor.
TOPIK 10 ANALISIS SKOR 158
(iii) Untuk menentukan sama ada melodi di atas ditulis dalam nada F major atau D minor, anda perlu meneliti sekiranya terdapat not accidental dalam skor melodi berkenaan. Sekiranya terdapat not accidental, maka kemungkinan besar melodi berkenaan adalah dalam nada minor. Namun demikian, dalam contoh skor yang di atas, tidak terdapat sebarang not accidental. Dengan itu, melodi dalam petikan skor di atas adalah dalam nada F Major.
(iv) Adakalanya sesuatu petikan skor muzik tidak meletakkan tanda nada seperti contoh petikan skor di bawah. Dalam keadaan ini, anda perlu meneliti not-not accidental yang terdapat dalam petikan melodi tersebut. Dalam contoh petikan skor berikut, hanya ada not B flet dan tidak ada not-not accidental yang lain. Maka petikan muzik tersebut adalah dalam nada F major.
(v) Cuba lihat petikan skor berikut. Tanda nada menunjukkan 2 syap. Ini bermakna petikan melodi ditulis dalam nada ÂDÊ Major atau pun ÂBÊ minor. Namun demikian, terdapat not accidental iaitu ÂAÊ syap iaitu not ke 7 dalam skel ÂBÊ minor yang dinaikkan semiton. Maka analisis menunjukkan petikan melodi berikut adalah dalam nada ÂBÊ minor.
(b) Panduan Latihan Mengenal pasti Nada Muzik yang Diperdengarkan
(i) Untuk latihan ini, anda perlu bekerja secara berpasangan dengan rakan anda.
(ii) Minta rakan anda memainkan beberapa skel major menaik dan menurun.
(iii) Anda dikehendaki mendengar secara teliti bagi melatih telinga anda mengenal pasti skel major.
(iv) Anda perlu mendengar secara analitikal dengan mengenal pasti pergerakan not-not dan jeda dalam skel major yang dimainkan.
(v) Langkah-langkah di atas harus diulang beberapa kali sehingga anda berasa selesa dan yakin yang anda boleh merasai dan mengenal pasti pergerakan not-not dan jeda yang dimainkan sebagai skel major.
TOPIK 10 ANALISIS SKOR ! 159
(vi) Setelah berasa yakin yang anda telah dapat mengenal pasti skel major, minta rakan anda memainkan satu atau dua melodi pendek dalam nada major.
(vii) Anda dikehendaki mendengar secara teliti bagi melatih telinga anda mengenal pasti melodi dalam nada major.
(viii) Melodi dalam nada major sering dikaitkan dengan warna yang lebih terang dan ceria. Gambaran ini boleh digunakan bagi membantu melatih mental anda mengenal pasti nada major.
(ix) Setelah berasa yakin yang anda telah dapat mengenal pasti nada major, jalankan semua langkah yang sama seperti di atas untuk melatih telinga anda mengenal pasti skel minor dan seterusnya melodi dalam nada minor.
(x) Nada minor dikatakan bersifat muram dan suram jika dibandingkan dengan nada major.
(xi) Minta rakan anda memainkan melodi pendek dalam nada major diikuti pula dengan melodi pendek dalam nada minor.
(xii) Cuba bandingkan perbezaan dari segi rasa atau mud melodi yang dimainkan.
MENGENAL PASTI RENTAK
Dalam Topik 3, anda telah didedahkan kepada tiga jenis rentak tradisional Malaysia iaitu:
(a) Joget;
(b) Sumazau; dan
(c) Asli. Tidak sukar untuk mengenal pasti rentak-rentak di atas, sama ada yang diperdengarkan dalam bentuk audio mahupun yang dipaparkan dalam skor. Ini adalah kerana setiap rentak tersebut mempunyai ciri-ciri tersendiri yang berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, amat penting untuk anda terlebih dahulu mengetahui ciri-ciri utama yang terdapat pada setiap rentak.
10.2.1 Panduan Menganalisis Rentak Joget, Sumazau dan Asli
Dalam menganalisis skor bagi mengenal pasti rentak, elemen utama yang perlu anda teliti ialah corak irama rentak-rentak berkenaan. Dalam lain perkataan,
10.2
TOPIK 10 ANALISIS SKOR 160
anda harus teliti kombinasi nilai-nilai not yang terkandung dalam skor bahagian alat perkusi yang dianalisis atau muzik yang didengar. Di samping itu, elemen seperti meter dan tekanan akan turut dapat membantu anda mengenal pasti sesuatu rentak. Jadual 10.1 boleh dijadikan rujukan dalam membuat analisis rentak:
Jadual 10.1: Analisis Rentak Joget, Sumazau dan Asli
Nama Rentak
Notasi Corak Irama Asas Meter Nilai Not Tekanan
Joget
atau
2 4
atau
6 8
Enam kuaver
Triplet
Pada kuaver pertama detik pertama
Pada not kuaver kedua detik kedua
Sumazau
4 4
Lapan kuaver
berterusan
Pada kuaver pertama detik pertama
Pada kesemua kuaver pada detik ke 3 dan ke 4
Asli
4 4
Gabungan nilai not semi-kuaver, kuaver, krocet dan kuaver bertitik
Pada not kuaver pertama detik pertama
Pada not kuaver kedua detik ketiga
Pada not semikuaver detik kedua dan detik keempat
Biasanya dalam skor gubahan alat perkusi, nilai-nilai not corak irama asas sesuatu rentak itu dipecahkan kepada beberapa bahagian untuk dimainkan oleh alat perkusi yang berlainan. Oleh itu, analisis anda tidak cukup sekadar dilakukan secara mendatar. Dalam lain perkataan, selain daripada menganalisis secara mendatar, anda perlu meneliti sesuatu skor gubahan perkusi secara menegak bagi mengenal pasti sesuatu rentak. Jadual 10.2 menunjukkan corak irama rentak Joget, Sumazau dan Asli yang dipecahkan kepada dua bahagian untuk dimainkan oleh alat-alat perkusi yang berlainan. Contoh-contoh ini membantu anda dalam membuat analisis secara menegak. Perhatikan bagaimana not-not yang diberi penekanan (>) biasanya
TOPIK 10 ANALISIS SKOR ! 161
dimainkan oleh alat perkusi yang menghasilkan bunyi yang berat. Contohnya untuk rentak Joget, not-not yang diberi penekanan dimainkan oleh dram tenor, manakala not-not yang tidak diberi penekanan dimainkan oleh tamborin.
Jadual 10.2: Pecahan Corak Irama Asas Rentak kepada Dua Bahagian
Nama Rentak
Corak Irama Asas Pecahan kepada Dua Bahagian
Joget
atau
atau
Sumazau
Asli
Selain daripada kombinasi nilai not dan tanda rehat, meter dan tekanan, terdapat beberapa ciri lain yang turut dapat membantu anda dalam mengenalpasti rentak
TOPIK 10 ANALISIS SKOR 162
pada lagu yang diperdengarkan ataupun pada skor muzik. Antaranya ialah elemen seperti tempo, mud, lirik dan alat. Jadual 10.3 membanding ciri-ciri ini yang secara tradisinya terdapat pada rentak Joget, Sumazau dan Asli. Namun demikian, perlu diingatkan ciri-ciri yang disenaraikan adalah sekadar mengikut kelaziman sebagai panduan umum. Oleh itu, anda perlu berhati-hati kerana terdapat lagu-lagu berentak Joget, Sumazau dan Asli, khususnya dalam stail gubahan moden yang tidak mengikut amalan lazim ini.
Jadual 10.3: Perbandingan Ciri-ciri pada Rentak Joget, Sumazau dan Asli
Nama Rentak
Tempo Mud Lirik Alat Muzik Tradisi
Joget Sederhana laju
Riang
Ceria
Perasaan ingin bergerak/menari
Bahasa Melayu
Pantun
Dimainkan oleh kumpulan asli
Gong dan rebana merupakan alat utama
Sumazau Sederhana
Riang
Ceria
Perasaan ingin menari
Bahasa Kadazan
Dimainkan oleh ensembel sompogogungan yang terdiri daripada 8 biji gong yang berbagai ukuran dan satu alat gendang
Asli Sederhana perlahan
Mendayu
Sayu
Lemah gemalai
Bahasa Melayu
Ayat Berbunga
Dimainkan oleh kumpulan asli
Gong dan rebana merupakan alat utama
TOPIK 10 ANALISIS SKOR ! 163
10.2.2 Contoh Analisis Rentak Pada Skor Gubahan
Berikut adalah contoh sebuah skor gubahan perkusi berentak tradisional tempatan yang mengiringi sebuah lagu tradisional tempatan.
Contoh deskripsi analisis: Analisis ke atas skor muzik di atas menunjukkan bahawa ia merupakan gubahan untuk alat perkusi iaitu dram tenor, dram samping, tamborin dan kerincing. Tanda masa menunjukkan gubahan ini adalah dalam meter empatan. Oleh itu, kemungkinan besar rentak yang ditulis ialah rentak Sumazau atau rentak Asli. Ini adalah kerana rentak Joget biasanya ditulis dalam meter duaan. Analisis secara mendatar menunjukkan terdapat corak irama dua bar yang ditulis secara berulang-ulang. Oleh itu, andaian yang boleh dibuat ialah gubahan perkusi
TOPIK 10 ANALISIS SKOR 164
yang terdapat pada skor adalah berentak Asli. Ini adalah kerana corak irama asas rentak Asli adalah dalam dua bar, manakala corak irama asas rentak Sumazau hanya dalam satu bar sahaja. Seterusnya, analisis secara mendatar mengesahkan corak irama yang ditulis adalah rentak Asli. Ini dapat dilihat dalam corak irama yang terdiri daripada gabungan nilai not semi-kuaver, kuaver, krocet dan kuaver bertitik, termasuk tanda rehat semikuaver. Di samping itu, pada bahagian dram tenor, jelas dapat dilihat not-not yang diberi tekanan dalam corak irama rentak Asli. Not-not yang tidak diberi penekanan pula dapat dilihat pada bahagian yang dimainkan oleh dram samping. Di samping itu, bahagian yang ditulis untuk tamborin dan kerincing tidak begitu penting dari segi menghasilkan rentak Asli. Tamborin dan kerincing hanya berperanan memainkan dan mengukuhkan detik lagu.
Berpandukan pengetahuan dan kefahaman anda tentang rentak-rentak tradisional tempatan, cuba buat analisis ke atas skor gubahan perkusi berikut untuk mengenal pasti rentak yang dimainkan.
AKTIVITI 10.4
TOPIK 10 ANALISIS SKOR ! 165
CIRI-CIRI DALAM SKOR
Terdapat pelbagai ciri atau elemen yang boleh dianalisis dalam sesebuah skor muzik. Dalam topik ini, tumpuan diberikan kepada analisis ciri-ciri frasa, renj, jeda dan triad.
10.3.1 Frasa
Anda telah didedahkan kepada elemen frasa dalam topik-topik yang dipelajari sebelum ini. Anda tahu bahawa frasa muzik adalah sekumpulan not yang membina sebuah idea muzik yang lengkap. Namun demikian, lebih daripada satu frasa diperlukan untuk membentuk satu melodi yang lengkap. Anda juga tahu bahawa frasa muzik adalah ibarat baris-baris ayat yang membentuk sebuah pantun yang lengkap. Soalnya, bagaimana hendak mengenal frasa dalam sesebuah skor? Seperti juga ketika anda membaca teks bacaan, anda berhenti seketika di tempat yang sesuai di hujung beberapa kumpulan perkataan; begitulah juga dengan frasa muzik di mana terdapat tempat berhenti seketika di tempat yang sesuai (untuk mengambil nafas tanpa merosakkan sesuatu idea muzik) sebelum meneruskan nyanyian atau permainan sesuatu alat. Perkara yang dibincangkan ini adalah berkaitan dengan konsep kaden di hujung frasa yang telah anda pelajari sebelum ini. Biasanya frasa dicipta secara berpasangan. Frasa pertama biasanya memberi kesan rasa yang tergantung dan perlu dilengkapkan dengan frasa yang kedua. Dalam teori muzik, frasa pertama dinamakan sebagai frasa ÂantecedentÊ, manakala frasa kedua dinamakan sebagi frasa ÂconsequentÊ.
Dengan pengetahuan dan kefahaman anda tentang konsep frasa dalam muzik, anda bersedia untuk menganalisis elemen frasa dalam sesebuah skor muzik.
10.3
TOPIK 10 ANALISIS SKOR 166
10.3.2 Renj
Renj adalah jarak di antara not yang paling rendah dengan not paling tinggi dalam sesuatu konteks atau bentuk muzik. Misalnya dalam konteks nyanyian, renj vokal seseorang penyanyi bermaksud jarak di antara not yang paling rendah dengan not paling tinggi yang boleh dinyanyikan oleh penyanyi berkenaan. Bagi alat muzik pula, renj alat membawa maksud jarak di antara not yang paling rendah dengan not yang paling tinggi yang boleh dimainkan pada alat tersebut. Dalam skor muzik, renj sesebuah melodi memang mudah untuk di kenal pasti. Anda hanya perlu melihat dengan teliti not-not yang terdapat dalam sesebuah melodi. Seterusnya kenal pasti not yang paling rendah dan not yang paling tinggi yang terdapat dalam melodi berkenaan. Contohnya dalam petikan skor berikut, not paling rendah ialah ÂBÊ dan not yang paling tinggi ialah ÂAÊ.
Sebagai pengukuhan dan untuk menilai kefahaman anda, cuba buat analisis ke atas elemen frasa bagi melodi dalam petikan skor berikut.
AKTIVITI 10.5
TOPIK 10 ANALISIS SKOR ! 167
Renj biasanya dideskripsikan dengan kata sifat seperti luas, sempit dan sederhana luas. Contohnya melodi dalam petikan di atas mempunyai renj yang sederhana sempit kerana ia terbina daripada not-not yang tidak melebihi satu oktaf.
10.3.3 Jeda
Jeda bukanlah suatu elemen yang asing bagi anda. Perbincangan tentang tajuk jeda telah diberikan dalam modul-modul yang lepas dan juga Topik 4 modul ini. Oleh itu, anda sepatutnya boleh mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman sedia ada anda untuk menganalisis elemen jeda dalam sesebuah skor muzik. Jeda adalah jarak di antara dua not. Untuk menganalisis jeda-jeda yang terdapat dalam sesebuah skor, pastikan anda melihat tanda nada dan tanda-tanda accidental yang terdapat dalam skor tersebut.
Anda telah bersedia untuk menganalisis elemen renj sesebuah skor muzik. Untuk menilai kefahaman anda tentang aspek bahasa muzik ini, cuba buat analisis ke atas renj bagi melodi dalam skor berikut.
AKTIVITI 10.6
Sebagai pengukuhan dan untuk menilai kefahaman anda, cuba buat analisis ke atas jeda-jeda yang ditandakan dalam petikan skor berikut.
AKTIVITI 10.7
TOPIK 10 ANALISIS SKOR 168
10.3.4 Triad
Seperti juga jeda, triad bukanlah suatu elemen yang asing bagi anda. Perbincangan tentang triad telah diberikan dalam modul-modul yang lepas, termasuklah dalam Topik 4 modul ini. Oleh itu, anda sepatutnya boleh mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman sedia ada anda untuk menganalisis elemen triad dalam sesebuah skor muzik. Triad mengandungi tiga not. Anda harus memahami bagaimana sesuatu triad itu terbentuk. Untuk menganalisis triad yang terdapat dalam sesebuah skor, pastikan anda melihat tanda nada dan tanda-tanda accidental yang terdapat dalam skor tersebut.
Not-not hiasan atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai Ânonharmonic tones (non-chord tones)Ê adalah not-not yang bukannya sebahagian daripada not-not sesuatu kord.
Kaden adalah penutup kepada sesuatu frasa dalam sesebuah melodi muzik.
Kaden memberi kesan rasa penutup kepada sesuatu frasa.
Untuk mengenal pasti sama ada sesuatu skor muzik atau muzik yang diperdengarkan berada dalam nada major atau nada minor, anda perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang konsep skel major dan minor.
Sebagai pengukuhan dan untuk menilai kefahaman anda, cuba buat analisis ke atas semua triad yang terdapat dalam skor berikut.
AKTIVITI 10.8
TOPIK 10 ANALISIS SKOR ! 169
Dalam menganalisis skor bagi mengenal pasti rentak, elemen utama yang perlu anda teliti ialah corak irama rentak-rentak berkenaan.
Elemen seperti meter dan tekanan turut dapat membantu anda mengenal pasti sesuatu rentak.
Frasa muzik adalah sekumpulan not yang membina sebuah idea muzik yang lengkap.
Renj adalah jarak di antara not yang paling rendah dengan not paling tinggi dalam sesuatu konteks atau bentuk muzik.
Frasa muzik adalah sekumpulan not yang membina sebuah idea muzik yang lengkap.
Accented passing note
Anticipation
Auxiliary note
Changing notes
Circle of 5th
Frasa
Frasa antecedent
Frasa consequent
Jeda
Kaden imperfek
Kaden melencung
Kaden perfek
Kaden plagal
Passing note
Renj
Rentak Asli
Rentak Joget
Rentak Sumazau
Skor gubahan
Suspension
Tonaliti
Triad
Blades, J. (1992). Percussion instruments and their history. Westport, Connecticut: The Bold Strummer Ltd.
Cook, D. Gary (1988). Teaching percussion. New York: Schirmer Books.
Herrold, R. M. (1997). Mastering the fundamentals of music. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.
TOPIK 10 ANALISIS SKOR 170
Kamien, R. (1996). Music: An appreciation (7th ed.). New York: McGraw-Hill Companies
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Huraian sukatan pelajaran pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Huraian sukatan pelajaran pendidikan muzik menengah rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Huraian sukatan pelajaran pendidikan muzik menengah atas. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Loh, P. K. (1991). A handbook of music theory. Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal.
Matusky, P., & Tan, S. B. (1998). Muzik Malaysia: Tradisi klasik, rakyat dan sinkretik. Kuala Lumpur: The Asian Centre.
Taylor. E. (1989). The AB guide to music theory, Part 1. Great Britain: Associated Board.