13
2.1 Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 5 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Kelas : 5 Merah Bilangan Murid : 30 Orang Masa : 8.15 pagi 9.15 pagi (60 minit) Tarikh : 6 April 2012 Tema : Kebudayaan Malaysia Tajuk : Permainan Tradisional Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat: i. Tiga orang murid dapat melaporkan cara-cara bermain permainan tradisional yang dipilih oleh mereka. ii. Lima orang murid dapat membaca kuat ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul seperti seorang pengacara. iii. Membuat sekurang-kurangnya tiga catatan ringkas daripada petikan Permainan Tradisional yang didengar. Hasil Pembelajaran: Fokus Utama: 5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai. 1.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 1 (i) Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul. 14

2.1 RPH BM Permainan Tradisional

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BM

Citation preview

2.1 Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 5

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Mata Pelajaran: Bahasa MelayuKelas: 5 MerahBilangan Murid: 30 Orang Masa: 8.15 pagi 9.15 pagi (60 minit)Tarikh: 6 April 2012Tema: Kebudayaan MalaysiaTajuk: Permainan TradisionalObjektif: Pada akhir pelajaran, murid dapat:1. Tiga orang murid dapat melaporkan cara-cara bermain permainan tradisional yang dipilih oleh mereka.1. Lima orang murid dapat membaca kuat ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul seperti seorang pengacara.1. Membuat sekurang-kurangnya tiga catatan ringkas daripada petikan Permainan Tradisional yang didengar.

Hasil Pembelajaran:Fokus Utama:5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai.1. Membaca kuat perkataan dan ayat dengan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.Aras 1 (i)Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Sampingan:1. Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau dialami.0. Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.Aras 1 (i) Mengemukakan data yang diperoleh tentang sesuatu perkara.

0. Mencatat dan menyusun maklumat.0. Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.Aras 1 (i) Membuat catatan ringkas daripada maklumat yang diperoleh.

Kemahiran Bahasa: Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis.

Sistem Bahasa:1. Sintaksis : Ayat tunggal dan ayat majmuk.1. Sebutan dan intonasi.

Pengisian Kurikulum:Ilmu : Kajian Tempatan dan Kebudayaan.Nilai Murni : Kerjasama, Keberanian, Menghargai Kebudayaan dan Warisan, Hormat-menghormati.Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran Berfikir, Kemahiran Belajar, Kecerdasan Pelbagai.

Pengetahuan sedia ada:1. Murid mengetahui tentang permainan tradisional di Malaysia.2. Murid pernah bermain permainan tradisional seperti batu seremban, congkak dan galah panjang.

Bahan Bantu Mengajar:Video Permainan Tradisional, Sampul Surat yang mengandungi Gambar Puzzle Permainan Tradisional (Congkak, Sepak Raga dan Batu Seremban), Set Permainan Tradisional (Congkak, Gumpalan Kertas menggantikan Sepak Raga dan Batu Seremban), Sampul Surat yang mengandungi petikan Permainan Tradisional, Rakaman Audio Petikan Permainan Tradisional, Kad Manila, Double Tape, Lembaran Pengurusan Grafik, Lembaran Kerja Pengayaan dan Lembaran Kerja Pemulihan.

LANGKAH/MASAISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN

GuruMurid

Set Induksi(5 minit)Menonton video Permainan Tradisional.

Congkak

Wau

Gasing

Batu Seremban

Sepak Raga

1. Guru memainkan video Permainan Tradisional.2. Guru bersoal jawab dengan murid.3. Soalan-soalannya:1. Apakah jenis permainan tradisional yang terdapat di dalam video yang telah dimainkan sebentar tadi?1. Adakah permainan tradisional ini masih dimainkan pada zaman sekarang?1. Pernahkah murid-murid bermain permainan tradisional tersebut?1. Jika pernah, cuba jelaskan serba sedikit tentang kelebihan bermain permainan tersebut.4. Guru meminta dua orang murid menjelaskan cara-cara bermain permainan tradisional yang pernah dimainkan oleh mereka.

1. Murid-murid menonton video yang ditayangkan.2. Murid menjawab soalan guru.3. Jawapan murid berkaitan dengan tajuk pelajaran untuk hari ini.4. Dua orang murid tampil ke hadapan dan menjelaskan cara-cara bermain permainan tradisional kepada rakan-rakan yang lain.

BBM:Video Permainan Tradisional.

Nilai:Yakin Pada Diri Sendiri.

Kemahiran Bernilai Tambah:Kemahiran Berfikir

Langkah 1:Kemahiran Lisan(10 minit)Perbincangan:Cara-cara bermain permainan tradisional.

Arahan Guru:Secara berkumpulan, cantumkan potongan puzzle permainan tradisional dan lekatkan ke dalam sekeping kad manila yang di sediakan.

Kemudian, bincang bersama rakan kumpulan tentang cara-cara bermain permainan tersebut. Masa perbincangan ialah selama tiga minit.

Seterusnya, seorang wakil dari setiap kumpulan melaporkan jenis permainan tradisional dan cara-cara bermain permainan tradisional tersebut kepada rakan sekelas manakala ahli kumpulan yang lain membuat demonstrasi cara-cara bermain permainan tradisional di hadapan kelas.

Masa pembentangan adalah dua minit bagi setiap kumpulan.

Murid harus bertutur dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.1. Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan.2. Satu kumpulan terdiri daripada 10 orang ahli.3. Guru memberi arahan secara lisan sebelum membuat aktiviti dan memastikan semua murid menerima arahan yang jelas.4. Guru meminta ketua kumpulan datang ke depan dan memilih sampul yang mengandungi gambar puzzle permainan tradisional.5. Guru memantau aktiviti perbincangan murid-murid.6. Selepas tiga minit perbincangan, guru memanggil wakil dari setiap kumpulan untuk menerangkan tentang cara-cara bermain permainan tradisional yang dipilih oleh mereka.

1. Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.2. Murid-murid melantik ketua kumpulan masing-masing.3. Di dalam kumpulan masing-masing, murid-murid mencantumkan puzzle permainan tradisional dan berbincang tentang cara-cara bermain permainan tersebut.4. Murid-murid mengambil set permainan tradisional yang telah disediakan dihadapan kelas sebaik sahaja gambar puzzle permainan tradisional berjaya dicantumkan.5. Murid-murid saling bertukar-tukar pendapat antara ahli kumpulan.6. Wakil dari setiap kumpulan melaporkan dan membuat demonstrasi tentang cara-cara bermain permainan tradisional dalam masa dua minit.BBM:Sampul yang mengandungi gambar puzzle permainan tradisional (Congkak, Sepak Raga dan Batu Seremban), Set Permainan Tradisional (Congkak, Gumpalan Kertas menggantikanSepak Raga dan Batu Seremban), Kad Manila dan Double Tape.

Nilai:Kerjasama, dan Yakin Pada Diri Sendiri.

Kemahiran Bernilai Tambah:Kemahiran Belajar (mendengar)

Kemahiran Berfikir(perbincangan)

Penilaian Objektif iTiga orang murid dapat melaporkan cara-cara bermain permainann tradisional yang dipilih oleh mereka.

Langkah 2Kemahiran Membaca(20 minit)Membaca PetikanPermainan Tradisional

Arahan Guru:Secara berpasangan, murid-murid dikehendaki untuk mencantumkan petikan-petikan yang telah dipotong sehingga menjadi sebuah petikan yang lengkap, membaca kuat petikan tersebut dan menjawab soalan yang disediakan.

1. Guru menggunakan teknik PQRST iaitu Tinjauan (Preview), Soalan (Quesions), Membaca (Read), Pernyataan Semula (State) dan Ujian Bahan (Test) semasa mengajar Kemahiran Membaca.

2. Tinjauan: Guru memberikan petikan yang telah dipotong tentang Permainan Tradisional kepada setiap pasangan. Murid mencantumkan petikan tersebut.

3. Soalan: Guru memberikan soalan berkaitan dengan petikan Permainan Tradisional.

4. Membaca: Guru meminta beberapa orang murid membaca kuat petikan mengikut gaya seorang pengacara.

5. Pernyataan Semula: Murid menyatakan semula apa yang dibaca.

6. Ujian Bahan: Menyemak dan meneliti jawapan yang diberikan oleh murid-murid di dalam soalan yang disediakan.1. Murid memilih pasangan masing-masing dan mencantumkan petikan-petikan yang telah dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil sehingga menjadi sebuah petikan yang lengkap.2. Petikan tersebut dilekatkan pada kad manila dengan menggunakan Double Tape.3. Murid meneliti soalan-soalan yang telah disediakan.4. Berdasarkan petikan yang terhasil (Petikan Permainan Tradisional) beberapa orang murid akan membaca kuat petikan tersebut secara bergilir-gilir mengikut gaya seorang pengacara sambil memahami petikan yang dibaca.5. Murid-murid yang lain mendengar dan menjawab soalan-soalan yang disediakan.6. Murid menyemak jawapan bersama-sama dengan guru.

BBM:Sampul surat yang mengandungi petikan Permainan Tradisional.

Kad Manila.

Double Tape

Soalan Nilai:Kerjasama dan Yakin Pada Diri Sendiri

Kemahiran Bernilai Tambah:Kemahiran Belajar (membaca)

Ilmu: Kajian Tempatan

Penilaian Objektif iiLima orang murid dapat membaca kuat ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul seperti seorang pengacara.

Langkah 3Kemahiran Menulis(5 minit)Arahan Guru:Secara individu, murid-murid mencatatkan maklumat ke dalam pengurusan grafik berdasarkan rakaman audio petikan Permainan Congkak yang dipetik daripada petikan Permainan Tradisional yang dimainkan oleh guru.1. Guru membaca salah satu daripada petikan yang telah dicantumkan oleh murid-murid tadi.2. Contohnya, petikan tentang permainan congkak.3. Guru membuat penilaian tentang pengurusan grafik yang telah dihasilkan.1. Murid-murid mencatatkan maklumat yang didengar ke dalam grafik yang disediakan.

BBM:Petikan Permainan Tradisional (yang telah dicantumkan oleh murid-murid.

Lembaran pengurusan Grafik

Nilai:Peka

Ilmu:Kajian Tempatan dan Kebudayaan

Kemahiran Bernilai Tambah:Kemahiran Berfikir (Pengurusan Grafik)

Kemahiran Belajar(Kemahiran mencatat maklumat)

Penilaian Objektif iiiMenulis sekurang-kurangnya tiga catatan ringkas daripada petikan Permainan Tradisional yang didengar.

Langkah 4Pengayaan dan Pemulihan(5 minit)PengayaanMembina ayat ayat tunggal berdasarkan kata nama am berikut:1. Congkak1. Wau1. Gasing

Menulis cara-cara bermain permainan tradisional.

PemulihanMenjawab teka-teki yang diberikan.

Melengkapkan petikan Permainan Tradisional dengan perkataan yang sesuai.1. Aktiviti Pengayaan 1: Membina ayat tunggal berdasarkan kata nama am yang diberikan.

Aktiviti Pengayaan 2: Menulis esei pendek tentang cara-cara bermain permainan tradisional.

2. Aktiviti Pemulihan 1: Menjawab teka-teki Permainan Tradisional.

Aktiviti Pemulihan 2: Melengkapkan tempat kosong berdasarkan petikan yang disediakan dengan menggunakan perkataan yang sesuai.1. Murid-murid membuat latihan pengayaan dan pemulihan yang disediakan.BBM:PengayaanLembaran Kerja

PemulihanLembaran Kerja

Langkah 5Penutup(5 minit)RumusanGuru membuat rumusan tentang kepentingan mengekalkan permainan tradisional.1. Guru meminta murid menyatakan nilai-nilai murni yang diperolehi sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.2. Guru membuat rumusan tentang kepentingan Permainan Tradisional.1. Murid menyatakan nilai-nilai murni yang diperolehi sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berlangsung.

Refleksi:Kelebihan:______________________________________________________________________________________________________________________________________Kelemahan:______________________________________________________________________________________________________________________________________

Cadangan Penambahbaikan:______________________________________________________________________________________________________________________________________15