4
1 CONTOH STRATEGI / TEKNIK INOVASI PdP Contoh Kreatif dan Inovasi: MAJOR MATEMATIK CONTOH PERTAMA PENGGUNAAN MULTIMEDIA (POWER POINT SLIDES) Pengajaran harus merangkumi penggunaan kreatif teknologi seperti ICT untuk pembelajaran penerokaan dan konstruktivis dalam matematik. Sebagai contoh, guru yang mengajar bab pecahan, mungkin agak sukar untuk menerangkan bagaimana proses pecahan itu berlaku, tetapi guru dapat menjelaskan proses tersebut melalui penggunaan slaid atau pun perisian matematik. Dengan cara ini pelajar dapat menggambarkan proses pecahan tersebut. Sila lihat contoh slaid di bawah: Slaid 1 Tahun 4: PECAHAN Penambahan dan Penolakan Pecahan Yang sama Penyebut Situasi: Ibu mengambil sebiji limau dari peti sejuk. Kemudian, ibu memotong buah oren tersebut kepada 8 bahagian yang sama. Ali memakan 2 ulas daripada limau itu dan Adi memakan 3 ulas daripada limau itu. Berapakah jumlah ulas limau yang telah dimakan oleh Ali dan Adi??

20140106110655_contoh Strategi Inovasi Pdp(1)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

aaa

Citation preview

Page 1: 20140106110655_contoh Strategi Inovasi Pdp(1)

1

CONTOH STRATEGI / TEKNIK INOVASI PdP

Contoh Kreatif dan Inovasi: MAJOR MATEMATIK

CONTOH PERTAMA

PENGGUNAAN MULTIMEDIA (POWER POINT SLIDES)

� Pengajaran harus merangkumi penggunaan kreatif teknologi seperti ICT

untuk pembelajaran penerokaan dan konstruktivis dalam matematik.

� Sebagai contoh, guru yang mengajar bab pecahan, mungkin agak sukar

untuk menerangkan bagaimana proses pecahan itu berlaku, tetapi guru

dapat menjelaskan proses tersebut melalui penggunaan slaid atau pun

perisian matematik. Dengan cara ini pelajar dapat menggambarkan proses

pecahan tersebut.

� Sila lihat contoh slaid di bawah:

Slaid 1

Tahun 4: PECAHAN

Penambahan dan Penolakan Pecahan Yang sama Penyebut

Situasi:

Ibu mengambil sebiji limau dari peti sejuk. Kemudian, ibu memotong

buah oren tersebut kepada 8 bahagian yang sama. Ali memakan 2 ulas

daripada limau itu dan Adi memakan 3 ulas daripada limau

itu. Berapakah jumlah ulas limau yang telah dimakan oleh Ali dan

Adi??

Page 2: 20140106110655_contoh Strategi Inovasi Pdp(1)

2

Slaid 2

Jom kita kira sama-sama berapa bahagiankah yang dimakan oleh Ali

dan Adi ….

Ali makan 2 daripada 8 ulas limau =2/8

Adi makan 3 daripada 8 ulas limau = 3/8

Jumlah bilangan ulas limau yang telah dimakan ialah: 2/8 + 3/8= 5/8

� Persembahan slaid di atas boleh dikategorikan sebagai pengajaran

kreatif dan inovatif yang disediakan oleh guru matematik.

Page 3: 20140106110655_contoh Strategi Inovasi Pdp(1)

3

CONTOH KEDUA

PENGGUNAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER

TAHUN 3: TAJUK SIFIR

� Pengajaran guru merangkumi pendekatan konstruktivisme di mana murid

belajar melalui kaedah penerokaan

� Guru perlu mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang

perpusatkan murid (student centred)

� Guru Menggunakan persisian komputer yang sesuai untuk membantu murid

menerokai konsep operasi darab dan seterusnya membina sifir darab mereka

sendiri

Langkah-Langkah Kaedah Pengajaran Baru (berbantukan komputer)

1. Guru minta murid membaca sifir darab sekali sahaja (BUKAN MENGHAFAL):

2 X 1 = 2

2 X 2 = 4

2 X 3 = 6

2 X 9 =18

2. Guru mengemukakan soalan berikut:

Apakah maksud 2 X 3 ?. Mengapa 2 X 3 adalah sama dengan 6

Apakah maksud 3 X 2 ? Mengapakah 3 X 2 juga sama dengan 6

3. Guru membimbing murid menjalan aktiviti menerokai konsep operasi darab

dengan persisian yang sesuai (lihat contoh gambar)

a) Pelajar menerokai konsep dengan perisian-perisian (Rajah 1, Rajah 2 dan

Rajah 3)

Rajah 1: Menerokai Konsep Operasi darab

Page 4: 20140106110655_contoh Strategi Inovasi Pdp(1)

4

Rajah 2: Menerokai Konsep Operasi Darab

Rajah 3: Menerokai Konsep Operasi Darab

4. Guru meminta murid menerangkan maksud darab yang mereka dapati kepada

murid-murid lain. Guru menjadi fasilitator untuk membantu murid mendapatkan

persefahaman tentang maksud operasi darab

5. Guru meminta murid bekerja dalam kumpulan kecil untuk membina sifir darab

yang berasaskan 2.

6. Guru mencabar murid membina sifir darab yang berasaskan 3 (aktiviti

pengayaan)