10
2013 年 UPSR 年年年 9 年 BM Karangan 1. Pasukan unit beruniform sekolah kamu telah mengadakan perkhemahan. Tulis laporan yang lengkap tentang perkhemahan itu. Laporan Perkhemahan Pengakap di Hutan Pulai Pada 16 Mei, Persatuan Pengakap Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kok Meng telah mengadakan perkhemahan di pinggir Hutan Pulai. Rombongan kami terdiri daripada 25 orang ahli pengakap dan 3 orang guru pengiring. Perkhemahan ini diadakan untuk memupuk sifat berdikari dan semangat bekerjasama antara pengakap. Pada pagi hari tersebut, ahli-ahli pengakap berkumpul di dewan sekolah. Selepas guru memberikan taklimat, kami pun bertolak dengan bas yang disewa. Setibanya di destinasi, guru- guru mencari tempat yang berdekatan dengan sungai supaya mudah mendapat air. Murid-murid bergotong-royong membersihkan tapak perkhemahan lalu mendirikan khemah. Mula-mula, guru pengiring membahagikan tugas kepada murid-murid. Antaranya termasuklah memungut kayu api, menanak nasi, menjerang air dan sebagainya. Kami bekerjasama menjalankan tugas bagai aur dengan tebing. Walupun panas terik, kami masih bermandi peluh semasa menjalankan tugas. Pada waktu petang, kami menjamu selera bersama-sama. Selepas makan, ahli-ahli pengakap menjalankan aktiviti lasak. Antaranya termasuklah meredah hutan, mendaki bukit dan mengharungi sungai. Melalui aktiviti-aktiviti ini, kami dapat memupuk sifat berdikari dan semangat keyakinan. Selain itu, kami juga mengadakan pertandingan mencari harta karun. Akhirnya, Kumpulan Harimau memenangi pertandingan itu. Selepas itu, guru juga memberikan sijil kepada semua peserta. Pada waktu malam, ahli-ahli pengakap dan guru menyalakan unggun api. Kami telah mengadakan banyak persembahan seperti nyanyian, tarian, dan lakonan. Persembahan itu menarik hati. Semua murid memberikan tepukan yang gemuruh. Suasana di sana sungguh meriah. Pada keesokan harinya, semua ahli pengakap dan guru mengemaskan khemah untuk pulang. Dalam perkhemahan tersebut, ahli-ahli pengakap telah mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan. Kami berpeluang mengenali flora dan fauna di dalam hutan. Perkhemahan ini amat bererti kerana dapat mendedahkan ahli-ahli kepada alam sekitar.

2013年UPSR必读的9篇BM Karangan (1)

  • Upload
    hks

  • View
    19

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

abc

Citation preview

2013UPSR9BM Karangan1. Pasukan unit beruniform sekolah kamu telah mengadakan perkhemahan. Tulislaporanyang lengkap tentang perkhemahan itu.Laporan Perkhemahan Pengakap di Hutan PulaiPada 16 Mei, Persatuan Pengakap Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kok Meng telah mengadakan perkhemahan di pinggir Hutan Pulai. Rombongan kami terdiri daripada 25 orang ahli pengakap dan 3 orang guru pengiring. Perkhemahan ini diadakan untuk memupuk sifat berdikari dan semangat bekerjasama antara pengakap.Pada pagi hari tersebut, ahli-ahli pengakap berkumpul di dewan sekolah. Selepas guru memberikan taklimat, kami pun bertolak dengan bas yang disewa. Setibanya di destinasi, guru-guru mencari tempat yang berdekatan dengan sungai supaya mudah mendapat air. Murid-murid bergotong-royong membersihkan tapak perkhemahan lalu mendirikan khemah.Mula-mula, guru pengiring membahagikan tugas kepada murid-murid. Antaranya termasuklah memungut kayu api, menanak nasi, menjerang air dan sebagainya. Kami bekerjasama menjalankan tugas bagai aur dengan tebing. Walupun panas terik, kami masih bermandi peluh semasa menjalankan tugas.Pada waktu petang, kami menjamu selera bersama-sama. Selepas makan, ahli-ahli pengakap menjalankan aktiviti lasak. Antaranya termasuklah meredah hutan, mendaki bukit dan mengharungi sungai. Melalui aktiviti-aktiviti ini, kami dapat memupuk sifat berdikari dan semangat keyakinan. Selain itu, kami juga mengadakan pertandingan mencari harta karun. Akhirnya, Kumpulan Harimau memenangi pertandingan itu. Selepas itu, guru juga memberikan sijil kepada semua peserta.Pada waktu malam, ahli-ahli pengakap dan guru menyalakan unggun api. Kami telah mengadakan banyak persembahan seperti nyanyian, tarian, dan lakonan. Persembahan itu menarik hati. Semua murid memberikan tepukan yang gemuruh. Suasana di sana sungguh meriah.Pada keesokan harinya, semua ahli pengakap dan guru mengemaskan khemah untuk pulang. Dalam perkhemahan tersebut, ahli-ahli pengakap telah mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan. Kami berpeluang mengenali flora dan fauna di dalam hutan. Perkhemahan ini amat bererti kerana dapat mendedahkan ahli-ahli kepada alam sekitar.

Laporan disediakan oleh,23 MEI 2013.Ng Kim Leng(NG KIM LENG)Setiausaha,Persatuan Pengakap,Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kok Meng.

2. Pada cuti semesteryang lalu, kamu sekeluarga telah pulang ke kampung. Tuliskan pengalaman kamu.Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga bercuti di kampung. Kami menaiki kereta bapa pulang ke rumah datuk. Dalam perjalanan, kami menikmati pemandangan yang indah. Jalan menuju ke kampung bengkang-bengkok seperti ular kena palu.Selepas tiga jam, kami tiba di rumah datuk. Datuk dan nenek menyambut kami dengan tangan terbuka. Di kampung, datuk mengajar saya dan adik bermain wau dan gasing.Saya dan adik berasa gembira.Datuk juga membawa saya dan adik memancing ikan di tepi sungai. Air sungai sangat jernih seperti cermin.Ada banyak ikan di dalam sungai. Kami memancing ikan sambilmenikmati pemandangan yang indah. Udara di sana sangat nyaman. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Di kampung, kami sekeluarga mengikut datuk ke dusun durian. Kami berasa kagum seperti tusa masuk ke kampung kerana tidak pernah melihat durian yang begitu banyak. Kami menolong datuk mengutip durian yang gugur. Datuk mengopek durian lalu kami makan bersama-sama. Kami makan dengan gelojoh.Saya dan adik menolong datuk menjual durian. Kami melaung-laung untuk menarik perhatian pembeli. Kemudian, banyak orang datang membeli durian dengan kami. Mereka memuji durian datuk sangat sedap. Tidak lama kemudian, semua durian sudah habis dijual.Selepas lima hari, kami sekeluarga pulang ke rumah dengan berat hati.Saya berharap agar boleh bercuti di kampung lagi.3.Sekolah kamu telah mengadakan Hari Kantin. Tuliskancatatantentang Hari Kantin tersebut.Rabu, 15 Disember 20136.30 pagi:Murid-murid membuat persediaan. Antaranya termasuklah menghias gerai, mendirikan gerai , menyediakan makanan dan minuman, membersihkan padang dan sebagainya. Murid-murid bekerjasama bagai aur dengan tebing.8.00 pagi : Semua murid berkumpul di dewan. Ibu bapa juga dijemput untuk hadir. keadaan di padang penuh sesak seperti ikan di dalam belat.8.30 pagi : Guru Besar memberikan ucapan kepada semua hadirin. Beliau menasihati kami supaya selalu berbudi kerana tangan yang memberi sentiasa lebih mulia daripada tangan yang menerima. Kemudian, beliau merasmikan hari kantin.9.30 pagi:Hari kantin bermula. Banyak gerai didirikan di padang. Terdapat juga gerai permintaan lagu. Gerai itu memainkan banyak lagu yang halwa telinga. Suasana yang meriah menyelubungi seluruh padang. Guru-guru dan murid-murid sibuk melayan pelanggan dengan mesra. Mereka melaung-laung untuk menarik perhatian pelanggan. Banyak pelanggan membeli barang dengan menggunakan kupon.11.00 pagi : Barang jualan hampir habis dijual. Pengunjung-pengunjung mulai beredar. Guru-guru mengarahkan kami mengemaskan barang-barang.2.00 petang :Hari kantin tamat dengan lancar. Kami bergotong-royong membersihkan padang. Selepas itu, kami pun pulang ke rumah masing-masing

4. Sekolahkamutelah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulislaporantentang sambutan itu selengkapnya.Laporan Sambutan Hari Guru SJK (C) Zhi LingPada 13 Mei 2013, SJK (C) Zhi Ling telah mengadakansambutan Hari Guru. Tujuan sambutan itu diadakan adalah untukmenghargai jasa dan pengorbanan guru.Sebelum sambutan Hari Guru, murid-muridsibuk membuat persediaanuntukmencantikkan dewan sekolah. Antaranya termasuklahmenyapu lantai, menghias pentas, menyusun kerusi dan sebagainya. Murid-murid bekerjasamamenjalankan tugas bagai aur dengan tebing. Selepas itu, dewan sekolah kelihatanbersih dan cantik seperti istana.Pada hari tersebut, guru-guru dan murid-muridberkumpuldi dewan sekolah. Keadaan di sana penuh sesakseperti ikan di dalam belat. Mula-mula, Guru Besar dijemputuntukmemberikan ucapan. Dalam ucapan Guru Besar, beliau menasihatimurid-murid supaya menghargai jasa guru keranaguru umpama lilin sanggup membakar diri untuk menerangi masa depan murid-murid. Guru Besar juga mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru. Kemudian, beliaumerasmikansambutan Hari Guru.Pelbagaipersembahan pentas yang menariktelah dijalankan untukmenghiburkan hati para penonton. Antaranya termasuklah nyanyian, tarian dan sketsa.Persembahan kemuncakialah pertunjukan silap matayang dipersembahkanoleh seorang murid tahun 6, Mun Ket. Persembahannya berjaya mempesonakanperhatian para penonton. Para penontonbersorak-soraidan memberikantepukan yang gemuruh. Suasana yang meriahtelahmenyelubungiseluruh dewan pada ketika itu.Selepas 2 jam, persembahan pentas pun tamat. Murid-murid pun beratur balik ke kelas masing-masing untuk mengadakanjamuandengan guru kelas masing-masing. Murid-murid menikmatimakanan dan minuman yang enak bersama dengan guru kelas mereka di dalam kelas. Akhirnya, murid-murid memberikan hadiah yang disediakan kepada guru. Antaranya termasuklah bunga, coklat, pen dan sebagainya. Guru-guru berasasuka hatiapabila menerima hadiah.Pada pukul 2.00 petang, sambutan Hari Guru pun tamat.Guru-guru dan murid-murid pun pulang ke rumah denganpuas hati. Sambutan Hari Guru telah diadakan dengan berjaya pada tahun ini.Laporan disediakan oleh,6 Mei 2013.

LimKeongSeng(LIMKEONGSENG)KetuaMurid,Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Zhi Ling.

5. Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak. Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu diminta menulis laporan tentang sambutan tersebut. Tulislaporanitu selengkapnya.Laporan Sambutan Hari Kanak-kanak SJK (C) Zhi LingPada 2 Oktober 2013, SJK (C) Zhi Ling telah mengadakansambutan Hari Kanak-kanak. Tujuan sambutan itu diadakan adalah untukmenggembirakan kanak-kanak.Sebelum sambutan Hari kanak-kanak, murid-muridsibuk membuat persediaanuntukmencantikkan dewan sekolah. Antaranya termasuklahmenyapu lantai, menghias pentas, menyusun kerusi dan sebagainya. Murid-murid bekerjasamamenjalankan tugas bagai aur dengan tebing. Selepas itu, dewan sekolah kelihatanbersih dan cantik seperti istana.Pada hari tersebut, guru-guru dan murid-muridberkumpuldi dewan sekolah. Keadaan di sana penuh sesakseperti ikan di dalam belat. Mula-mula, Guru Besar dijemputuntukmemberikan ucapankepada murid-murid. Dalam ucapan Guru besar, beliau menasihatimurid-murid supaya belajar bersungguh-sungguh kerana usaha tangga kejayaan. Beliau juga mengucapkan Selamat Hari Kanak-kanak kepada murid-murid. Kemudian, beliaumerasmikansambutan Hari Kanak-kanak.Pelbagaipersembahan pentas yang menariktelah dijalankan untukmenghiburkan hati para penonton. Antaranya termasuklah nyanyian, tarian dan lakonan.Persembahan kemuncakialah pertunjukan silap matayang dipersembahkanoleh seorang murid tahun 6, Mun Ket. Persembahannya berjaya mempesonakanperhatian para penonton. Para penontonbersorak-soraidan memberikantepukan yang gemuruh. Suasana yang meriahtelahmenyelubungiseluruh dewan pada ketika itu.Selepas 2 jam, persembahan pentas pun tamat. Murid-murid pun beratur balik ke kelas masing-masing untuk mengadakanjamuan. Murid-murid menikmatimakanan dan minuman yang enak bersama dengan guru kelas mereka di dalam kelas. Murid-murid juga menjalankan banyak permainandi kelas. Akhirnya, guru kelas jugamembahagikan bungkusan hadiahkepada murid-murid. Murid-murid berasa suka hatiapabila menerima hadiah.Pada pukul 2.00 petang, sambutan Hari Kanak-kanak pun tamat.Murid-murid pun pulang ke rumah dengan puas hati. Sambutan Hari Kanak-kanak telah diadakan dengan berjaya pada tahun ini.Laporan disediakan oleh,4 OKTOBER 2013.LimKeongSeng(LIM KEONG SENG)Setiausaha,Persatuan Bahasa Melayu,Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Zhi Ling.6.Sekolah kamu telah mengadakan sukan tahunan. Tuliskancatatantentang sukan tahunan tersebut.Jumaat, 2 Julai 2013.6.30 pagi - Murid-murid membuat persediaan terakhir. Antaranya termasuklah menghias padang dengan panji-panji, menyusun kerusi, mengutip sampah-sarap dan lain-lain. Murid-murid bekerjasama bagai aur dengan tebing.8.00 pagi-Murid-muridberkumpuldipadang.Ibubapajugadijemputuntuk hadir. Keadaan di padang penuh sesak seperti ikan dalam belat.8.30 pagi-Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru tiba. Guru Besar menyambut kedatangan beliau. Mula-mula, Pegawai Pendidikan Daerah memberikan ucapan. Beliau menasihati murid-murid supaya mementingkan sukan dan jangan menjadi ulat buku. Selepas itu, beliau merasmikan sukan tahunan.9.30 pagi - Acara sukan bermula. Antaranya termasuklah lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru, lumba lari dan lain-lain. Setiap peserta bertanding dengan bersungguh-sungguh. Para penonton bersorak-sorai untuk memberikan sokongan. Suasana yang meriah menyelubungi seluruh padang.11.30 pagi - Acara sukan tamat dengan lancar.Rumah kuning menjadi johan keseluruhan pada tahun ini. Saat yang dinanti-nanti sudah tiba. Guru Besar menyampaikan piala kepada pemenang. Beliau juga menasihati para peserta supaya yang menag jangan sombong, yang kalah jangan berputus asa.2.00 petang- Murid-murid membersihkan kawasan sekolah. Selepas itu, kami pun pulang ke rumah dengan perasaan gembira.

7. Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Zoo Negara.Sebagai setiausaha, Tulislaporanlawatan tersebut selengkapnya.Laporan Lawatan ke Zoo NegaraPada 10 Januari 2013, Persatuan Bahasa Melayu SJK(C) Ming Hwa telah mengadakan lawatan ke Zoo Negara. Lawatan ini disertai oleh 30 orang ahli persatuan dan diiringi oleh 4 orang guru pengiring.Pada awal-awal pagi, kami berkumpul di dewan sekolah. Pada pukul 8.00 pagi, Guru Besar memberikan taklimat kepada kami. selepas itu, kami pun bertolak ke Zoo Negara dengan menaiki bas yang disewa.Kami mengambil masa selama 1 jam untuk tiba di destinasi. Seorang pegawai Zoo Negara yangbernama Encik Lim telah menyambut kami dengan tangan terbuka. Encik Lim ditugaskan untuk memberikan penjelasan tentang haiwan-haiwan yang terdapat di zoo.Kami berpeluang melihat banyak haiwan yang istimewa. Antaranya termasuklah landak, cipan,tupai,badak sumbu,serigaladan sebagainya.Kami berasa kagumseperti rusa masuk ke kampung.Pada hari itu, kami juga menyaksikan pertunjukan monyet. Pertunjukan itu sungguh menarik hati kami. Kami memberikan tepukan yang gemuruh. Suasana di sana sangat meriah. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dengan monyet yang comel itu. Pada pukul 3.00 petang , kami pun berehat sambil makan makanan di sebuah restoran.Menjelang waktu petang , kami pun pulang ke sekolah. Kami berasa gembira kerana telah memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan.Disediakan oleh,20 JANUARI 2013.Tan_______( TAN MENG KEONG )Setiausaha,Persatuan Bahasa Melayu,Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chong Hwa.

8. Tulis sebuah karangan yang bertajukJiran Saya.Saya tinggal di sebuah pekan kecil. Jiran-jiran saya terdiri daripada orang Melayu, Cina dan India. Ibu dan bapa selalu menasihatisaya supaya berbaik-baik dengan jiran. Apabila kita menghadapi kesusahan, orang yang pertama sekali menolong kita ialah jiran, bukan saudara kita yang tinggal jauh.Jiran di sebelah kanan rumah saya ialah Encik Tan. Encik Tan berumur 35 tahun. Dia bekerja sebagai guru di sebuah sekolah. Sekolah itu berhampirandengan kawasan perumahan kita. Jika saya ada masalah dalam pelajaran , saya akan bertanya dengan Encik Tan. Dia akan mengajar saya dengan penuh sabar.Isterinya ialah seorang suri rumah tangga. Mereka mempunyai seorang cahaya mata yang bernama Tan Feng. Saya dan Tan Feng belajar di sekolah yang sama. Oleh itu, kami selalu berjalan kaki ke sekolah.Encik Tan sekeluarga peramah dan bersikap lemah-lembut. Apabila kami bertemu, merekaakan bertegur sapadengan kami. Kami juga suka berbual-bual dengan mereka. Pada masa lapang, saya akan mengajak Tan Feng bermain badminton di gelanggang sekolah.Isteri Encik Tan juga selalu memberikan kuih-muih yang dibuat olehnya kepada kami. Kami suka akan masakan isteri Encik Tan. Pada hari-hari perayaan, kami juga akan kunjung-mengunjungi.Oleh itu, hubungankami dengan Encik Tan sekeluarga sangat eratseperti isi dengan kuku.Saya bersyukurkerana mempunyai jiran yang baik.Saya berharap agar Encik Tan sekeluarga selalusihat dan sejahtera.9. Tulis sebuah karangan yang bertajukAku Sebuah Beg Sekolah .Aku sebuah beg sekolah yang berjenama. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Kuala Lumpur. Aku bernama Swan. Aku diperbuat daripada kain yang bermutu tinggi. kecantikkan aku telah menjadi buah mulutorang ramai.Selepas siap dibuat, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai beg. Kami dipamerkandi atas rak dengan kemas. Tuan kedai melabelkan hargapada badan kami. Aku berharga RM50.00.Setiap hari, banyak pelanggan datang ke kedai ini. Pada suatu hari, sepasang suami isteri datang ke kedai. Mereka membelek-belek semua beg sekolah dengan teliti. Akhirnya, mereka tertarik olehkecantikan aku. Mereka membeli aku lalu membawa aku pulang ke rumah.Setibanya di rumah, mereka menghadiahkan aku kepada anak emas mereka.Anak mereka berasa gembira seperti itik mendapat air.Kini, aku mempunyai seorang tuan. Tuan aku bernama Ramli.Setiap hari, tuan aku akan membawa aku ke sekolah. Perut aku selalu diisi dengan pelbagai jenis buku. Selepas pulang dari sekolah, tuan aku akan meletakkan aku di dalam almari. Setiap minggu, tuan aku juga akan mencuci badan aku sehingga bersih. Tuan aku menjagaaku dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh.Aku bersyukurkerana mempunyai seorang tuan yang begitu baik. Sayaberharap agar dapatberkhidmatkepada tuan aku selama-lamanya.