20111207141208KULIAH 2 Teori Otak Triune Teori Split Brain Dan Multiple In

Embed Size (px)

Citation preview

12/7/2011

KULIAH 2Teori-Teori Pemikiran:Teori Otak Triune Teori Split Brain Teori Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner)

ObjektifDi akhir sesi, pelajar akan dapat: Mengenalpasti teori pemikiran seperti Teori Otak Triune,Teori Split Brain, Teori Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner), Emotional Intelligence dan Successful Intelligence. Mengaplikasikan teori-teori pemikiran di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.2

1

12/7/2011

Teori Otak Triune Membahagikan otak kepada tiga bahagian Otak reptilia (Medula Oblangata) Otak Mamalia/Sistem Limbik (bahagian pertengahan otak) Otak Neokorteks (bahagian atas otak)

3

Teori Otak TriuneOtak Neokorteks

Otak Mamalia

Otak Reptilia

4

2

12/7/2011

Otak Reptilia Paling awal terbentuk dalam evolusi perkembangan manusia Gelaran Otak Reptilia-mempunyai persamaan dengan elemen-elemen pengekalan mandiri (survival) dalam reptilia dan melibatkan kecerdasan paling rendah Fungsi utama-mengawal secara automatik kelakuan kelima-lima pancaindera manusia Ada hubungan dengan kebolehan seseorang bertahan untuk terus hidup/bertahan. Otak ini mengerakkan manusia untuk mendapatkan makanan,perlindungan,keselamatan dan pengekalan kewujudan manusia. 5

Otak Mamalia/Sistem Limbik Gelaran otak mamalia-mempunyai persamaan dengan elemen reaksi pemikiran semua haiwan mamalia. Fungsi utama-afektif dan emosi-kesihatan, perasaan,ingatan dan nafsu seks. Sekiranya salah satu daripada elemen ini terganggu ia akan mempengaruhi daya belajar seseorang. Mengawal pola bioritma-pola tidur,kelaparan, dahaga, tekanan darah,kadar denyutan jantung,suhu badan,kadar metabolisma,sistem imuniti,dan lain-lain fungsi badan. Menjelaskan mengapa perasaan sedih akan mempengaruhi kesihatan fizikal.6

3

12/7/2011

Otak Neokorteks Terletak dibahagian atas otak-80% dari jisim otak. Pusat pemikiran dan kecerdasan manusia. Fungsi utama mentafsir,menyusun, menterjemah maklumat, menaakul, membuat keputusan, kelakuan bertujuan (cita-cita,wawasan dll), bahasa dan pemikiran tahap tinggi. Kecerdasan tahap tinggi ini-membezakan manusia dengan makhluk lain. 7

Penerapan Teori Otak Triune Dalam Pembelajaran dan Pengajaran Senario biasa-Guru tidak sedar kepada respon reaktif otak reptilia. Apabila pelajar berasa terancam akibat ugutan pelbagai denda/hukuman-secara automatik otak reptilia pelajar beroperasi dalam modus melawan guru/mendiamkan diri. Pelajar tidak akan dapat memberi perhatian/menjawab soalan tahap tinggi dari guru. Masalah ini boleh diatasi jika guru sedar kepentingan pembelajaran yang relaks,selesa dan tenang serta pelajar dirangsang memikir pada tahap lebih tinggi.8

4

12/7/2011

Teori Split Brain (Otak Kiri-Otak Kanan) Otak manusia dibahagikan kepada dua bahagian: hemisfera otak kiri (HOKI) dan hemisfera otak kanan (HOKA). HOKI mengawal semua anggota di sebelah kanan badan manakala HOKA mengawal semua anggota di sebelah kiri badan. Melalui satu pembedahan memutuskan corpus callosum iaitu saraf yang menghubungi hemisfera otak kiri dan kanan. Pakar otak telah mengenalpasti perbezaan ciri dan kualiti otak kiri dan kanan. 9

HOKA vs HOKI HOKI lebih menguasai bahasa dan kemahiran motor manakala HOKA lebih baik dalam fungsi visual dan spatial. HOKI- bersifat analitikal-menganalisis maklumat secara linear,mengenalpasti bahagian secara satu persatu (terpisah) HOKA-menggabungkan dan mensistesis bahagian-bahagian/pecahan maklumat kepada satu bentuk menyeluruh.10

5

12/7/2011

Perbandingan ciri-ciri HOKI dan HOKABETTY EDWARDS

Hemisfera Otak Kiri (HOKI)Verbal Analitikal Simbolik Abstrak Temporal (Masa/Sekuen) Rasional Digital Logikal Linear

Hemisfera Otak Kanan (HOKA)Nonverbal Sintesis Nyata (concrete) Analogik (Metafora)

Bukan Temporal

Bukan rasional Spatial Intuitif Holistik11

Fungsi HOKA dan HOKIHemisfera Kiri Bahasa Logik Angka Matematik Urutan Hemisfera Kanan Ritma Irama Muzik Gambar/Pola Imaginasi

Korpus Calosum menghubungkan kedua-dua hemisferaSumber:Learning Revolution(2000)

12

6

12/7/2011

HOKA vs HOKI Kombinasi faktor warisan dan juga didikan menyebabkan manusia lebih cenderung menggunakan salah satu daripada hemisfera otak untuk berfungsi. Contoh orang kidal lebih menggunakan HOKA. Pendidikan sekolah di Malaysia lebih cenderung menggalakkan penggunaan HOKI melalui subjeksubjek yang diajar (Matematik dan Sains). Pelajarpelajar adalah verbal, analitikal, rasional, logikal dan linear. Kemahiran yang berkaitan dengan HOKA seperti nonverbal, sintesis, bukan rasional, intuitif dan holistik terabai. Bagi pembelajaran yang maksimum, kedua-dua hemisfera otak perlu dimanfaatkan. Orang yang kreatif bukan sahaja memerlukan proses dan produk HOKA tetapi juga HOKI.

13

Penerapan Teori Split Brain Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Untuk membolehkan individu berfikir dengan berkesan kedua-dua hemisfera otak harus dimanfaatkan dari segi fungsi dan peranan. Kedua-duanya sama penting Untuk memastikan kedua-dua hemisfera digunakan dengan baik dalam pembelajaran guru perlu mengetahui teknik mengajar yang sesuai. Guru perlu mengimbangkan penggunaan teknik yang cenderung kepada peranan hemisfera otak kanan dan hemisfera otak kanan.14

7

12/7/2011

Teori Pelbagai Kecerdasan Gardner Howard Gardner percaya manusia mempunyai kehebatan tersendiri seperti: Kecerdasan muzik Kecerdasan kinestatik Kecerdasan matematik-logik Kecerdasan verbal-linguistik Kecerdasan visual-spatial Kecerdasan Interpersonal Kecerdasan Intrapersonal Kecerdasan naturalis15

Kecerdasan Logik-Matematik Kebolehan menaakul, memikir secara logikal seperti pola, abstrak, perkaitan sebab dan akibat, menggunakan nombor untuk menyelesaikan masalah. Melibatkan pemikiran saintifik termasuk pemikiran heuristik,induktif dan deduktif, mengkategori,membuat inferens,generalisasi, penghitungan dan pengujian hipotesis Contoh Saintis, jurutera, arkitek dan doktor16

8

12/7/2011

Kecerdasan Verbal-Linguistik Kemampuan berkomunikasi dengan perkataan secara berkesan, termasuk membaca, menulis, memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna Mereka yang mahir dalam bidang ini ialah seperti pengarang, pensyarah, wartawan, penyunting, penyair, penulis skrip dan novelis Contoh di Malaysia ialah seperti Munshi Abdullah, A. Samad Said, Jins Shamsudin, Yusof Haslam dan di luar negara seperti William Shakespeare, Enid Blyton, Jerry Buckhemier, Steven Spielberg, Oprah Winfrey.17

Kecerdasan Muzikal Kemampuan untuk menggemari,mendeklamasikan dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecenderungan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan hasil muzik Mereka yang tergolong dalam kategori ini dapat menggubah lagu, menyampaikan nyanyian, membuat alat-alat muzik juga termasuk jurutera rakaman. Kehebatan P. Ramlee dengan ciptaannya yang ever green, Manan Ngah, Habsah Hassan, Beethovan, Kitaro , Kenny G dan lain-lain lagi

18

9

12/7/2011

Kecerdasan Visual-Spatial Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Boleh melukis, menterjemah rajah-rajah dan menggunakan peta. Peka terhadap warna, garis bentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual secara spatial dan mengorentasikan diri dalam matriks ruang. Mereka yang tergolong dalam kemahiran ini adalah seperti juruterbang, ahli pelayaran, angkasawan dan juga termasuk pelukis, arkitek, dan perancang bandar. Contoh Azhar Mansor, Raja Bahrin, Sheikh Muzaffar, Lat, Raduan Norudin.19

Kecerdasan Kinestatik Berkaitan dengan pergerakan dengan kemahiran fizikal seperti mengkoordinasi,keseimbangan dan kelenturan badan Menggunakan badan untuk meluahkan idea dan perasaan secara berkesan Kecerdasan gerak geri badan yang mempunyai kesenian yang halus. Berupaya mengawal diri secara fizikal. Daripada gerak geri itu tercetuslah kesenian yang halus seperti penari, pesilat, ahli gimnastik, pelakon dan pakar bedah. Shalin Zulkifli, Nicole David, Ong Beng Hee, Nurul Fathia Abd Hamid, Ng Shu Wai.20

10

12/7/2011

Kecerdasan Interpersonal Mempunyai kemahiran interpersonal seperti berinteraksi secara harmoni dengan pelbagai lapisan masyarakat dan berkebolehan memahami orang lain Juga boleh berkomunikasi dengan berkesan. Mempunyai kaitan rapat dengan kecerdasan intrapersonal. Pendakwah, kaunselor, jururunding, imam dan paderi adalah sebagai contoh mereka yang mempunyai kecerdasan ini. Contoh- Fadzilah Kamsah, Harun Din, Pope Benedict XVI, Rosyam Nor, Mahathir Lokman.21

Kecerdasan Intrapersonal Kesedaran tentang diri sendiri,berfikiran metakognitif dan berkebolehan untuk menilai dan memahami diri sendiri. Mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri. Kesedaran terhadap mood dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri. Contoh Pemimpin, ahli falsafah, pendita, dan pemikir.22

11

12/7/2011

Kecerdasan Naturalis Kebolehan menghargai dan beroperasi dalam dunia semulajadi. Prihatin dan berminat kepada alam sekitar (flora dan fauna). Peka terhadap perubahan sekeliling. Mempunyai kebolehan menentukan ikan di laut (nelayan), pergerakan burung (pemburu itik), binatang dan lain-lain. Contoh Greenpeace yang selamatkan ikan paus; NGO dan individual yang menyelamatkan kucing, anjing dan lain-lain binatang.23

JENIS MINDA MASA DEPAN (HOWARD GARDNER) Disciplined mind Synthesizing mind Creating mind Respectful mind Ethical mind24

12

12/7/2011

Mengapa Perlunya Teori ini diaplikasikan dalam Pembelajaran dan Pengajaran Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan falsafah Pendidikan kebangsaan dan keperluan murid. Menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan (stail pembelajaran yang berbeza). Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa 25 potensinya tidak terbatas.

Mengapa Perlunya Teori ini diaplikasikan dalam Pembelajaran dan Pengajaran Mempelbagaikan cara penilaian. Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah Meningkatkan harga diri,kreativiti,dan motivasi melaui pengajaran dan pembelajaran yg menyeronokan Menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran

26

13

12/7/2011

RUMUSAN Ketiga-tiga jenis pemikiran Teori Otak Triune, Teori Split Brain dan Teori Kecerdasan Pelbagai memberikan ruang pada pendidik untuk mengenalpasti ciri dan sifat pelajarnya. Memahami pelbagai teori pemikiran ini juga dapat memberikan idea kepada pendidik untuk mempelbagaikan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

27

14