3
SEMINAR ATAU BENGKEL ? Menurut (Kamus The New Penguin English Dictionary) dalam (Pelita Bahasa,2004:52) mendefinisikan perkataan seminar seperti berikut : a meeting for exchanging and discussing information (pertemuan untuk bertukar-tukar dan membincangkan maklumat) Menurut kamus yang sama juga, bengkel bemaksud : A brief intensive session of study, training, or discussion for relatively small group of people with an emphasis on active participation. (sesi kajian, latihan, atau perbincanganyang dijalankan secara singkat dan intensif untuk kumpulan orang yang agak kecil dengan penekanan kepada penyertaan secara aktif) (Kamus Dewan: 1992) dalam (Pelita Bahasa, 2004: 52) pula menghuraikan seminar dan bengkel seperti berikut: Seminar ialah persidangan atau perjumpaan untuk berbincang atau bertukar-tukar pendapat tentang perkara- perkara tertentu.

2-Seminar Atau Bengkel

Embed Size (px)

DESCRIPTION

linguistik

Citation preview

SEMINAR ATAU BENGKEL ?Menurut (Kamus The New Penguin English Dictionary) dalam (Pelita Bahasa,2004:52) mendefinisikan perkataan seminar seperti berikut :

a meeting for exchanging and discussing information

(pertemuan untuk bertukar-tukar dan membincangkan maklumat)

Menurut kamus yang sama juga, bengkel bemaksud :

A brief intensive session of study, training, or discussion for relatively

small group of people with an emphasis on active participation.

(sesi kajian, latihan, atau perbincanganyang dijalankan secara singkat

dan intensif untuk kumpulan orang yang agak kecil dengan penekanan

kepada penyertaan secara aktif)

(Kamus Dewan: 1992) dalam (Pelita Bahasa, 2004: 52) pula menghuraikan seminar dan bengkel seperti berikut:

Seminar ialah persidangan atau perjumpaan untuk berbincang

atau bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu.

Bengkel bermaksud mesyuarat (perbincangan dan sebagainya) secara berkelompok untuk mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat (idea dan sebagainya) tentang sesuatu.

Pada hakikatnya, kebanyakan kamus tidak menyatakan besar kecilnya saiz seminar ataupun bengkel. Daripada huraian yang diberikan. Nampaknya tidak banyak perbezaan anatara seminar dengan bengkel. Walau bagaimanapun The New Penguin English Dictionary dalam (Pelita Bahasa,2004:52) menyatakan bahawa bengkel bertujuan untuk memberikan latihan selain perbincangan.

Selain itu, maklujat penting yang diberikan adalah tentang penyertaan secara aktif. Hal yang demikian ini bermakna bahawa bengkel sewajarnya diadakan untuk kelompok kecil bagi membolehkan setiap peserta turut berbincang, memberikan pandangan atau mengemukakan soalan. Apa lagi kalau bengkel diadakan untuk memberikan atau meningkatkan kemahiran peserta dalam Sesutu bidang, seperti bidang penulisan.Demikian juga halnya dengan seminar. Ada seminar kecil yang melibatkan dua tiga puluh orang sahaja untuk membincangkan sesuatu perkara khusus. Sebaliknya, ada seminar yang pesertanya sampai berates-ratus orang. Kadang-kadang dalam seminar yang besar, pembentangan beberapa kertas kerja serentak diadakan dalam bilik-bilik yang lebih kecil umtuk memudahkan perbincagan dalam lingkungan kelompok yang terbatas.

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah besar kecilnya bilangan peserta seminar atau bengkel bergantung pada tujuan atau matlamat sesuatu seminar atau bengkel itu diadakan. Jika tujuan bengkel diadakan ialah untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam bidang penulisan dalam masa yang tertentu, maka bilangan pesertanya haruslah kecil. Sebaliknya jika tujuannya sekadar untuk memberikan pendedahan atau mendapatkan maklum balas, maka bolehlah melibatkan peserta yang besar bilangannya.RUJUKAN :

Anon. 2004. Pelita Bahasa. Yang Mana Seminar dan Yang Mana Bengkel?. Keluaran Mac 2004. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.