48
1 PENDEKATAN BIDANG PENDEKATAN BIDANG ILMU PSIKOLOGI ILMU PSIKOLOGI Puan Siti Azura Bahadin Jabatan Psikologi dan Kaunseling Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia Universiti Utara Malaysia

2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Nota

Citation preview

Page 1: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

1

PENDEKATAN BIDANG PENDEKATAN BIDANG ILMU PSIKOLOGIILMU PSIKOLOGI

Puan Siti Azura BahadinJabatan Psikologi dan Kaunseling

Fakulti Pembangunan Sosial dan ManusiaUniversiti Utara Malaysia

Page 2: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

2

LATAR BELAKANGLATAR BELAKANG

Fenomena psikologi boleh dianalisis daripada pelbagai perspektif.

Setiap cabang memberi penerangan yang berbeza mengenai kelakuan manusia.

Setiap cabang pula saling bergantung di antara satu sama lain untuk menerangkan perlakuan seseorang itu.

Page 3: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

3

PERKARA-PERKARA YANGPERKARA-PERKARA YANGAKAN DISENTUHAKAN DISENTUH

PENDEKATAN MODEN– BIOLOGIKAL– TINGKAHLAKU– KOGNITIF– PSIKOANALITIK– HUMANISTIK

PENDEKATAN PERSEJARAHAN LAMPAU– STRUKTURALISME– FUNCTIONALISME– GESTALT– BEHAVIORISME

Page 4: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

4

1.0. PENDEKATAN MODEN1.0. PENDEKATAN MODEN

1. BIOLOGIKAL

2. TINGKAH LAKU

3. KOGNITIF

4. PSIKOANALITIK

5. HUMANISTIK

Page 5: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

5

1.1.1.1. PENDEKATAN BIOLOGIKALPENDEKATAN BIOLOGIKAL

1.1.1. Otak manusia mengandungi lebih daripada 10 bilion sel saraf yang mempunyai kaitan di antara satu sama lain.

1.1.2. Secara prinsipnya, kesemua fenomena psikologi berkaitan dengan aktiviti otak dan sistem saraf.

Page 6: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

6

1.1.3. Pendekatan biologi mengaitkan tingkah laku seseorang (overt behavior) dengan proses kimia dan elektrik yang berlaku di dalam tubuh badan manusia.

1.1.4. Kajian daripada perspektif biologikal cuba mengenal pasti proses neurobiologikal, di sebalik sesuatu tingkahlaku dan proses mental.

Page 7: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

7

1.1.5. Contohnya, pendekatan biologi

ke atas depresi cuba

memahami depresi dari sudut

perubahan luar biasa dalam

paras ‘neurotransmiter’.

(Endorphin)

Page 8: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

8

1.2.1.2. PENDEKATAN TINGKAHLAKUPENDEKATAN TINGKAHLAKU

1.2.1. Fokus utama pendekatan tingkahlaku ialah ke atas pemerhatian tingkahlaku.

Page 9: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

9

1.2.2. Oleh itu, ia hanya melihat

kepada yang boleh diperhati

dan reaksinya stimuli

& response) dan tidak membuat

andaian ke atas proses mental

seperti berfikir.

1.2.3. Ia juga memberi penekanan ke

atas mempelajari kenapa

sesuatu tingkahlaku terjadi.

Page 10: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

10

1.2.4. Contohnya, seseorang yang gemuk mungkin kuat makan (reaksi spesifik) terutama apabila dihidangkan dengan makanan kegemarannya (rangsangan atau stimuli spesifik).

1.2.5. Oleh itu, belajar untuk mengelakkan diri daripada rangsangan ini sering digunakan dalam program menguruskan badan.

Page 11: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

11

1.2.6. Awal tahun 1900, ahli psikologi Rusia, Ivan Pavlov (1849-1936) membuat kajian mengenai proses “Pencernaan Anjing”.

1.2.7. Apabila anjing itu hendak diberi makan, ia akan mengeluarkan saliva apabila :

Mendengar bunyi kunci bilik di mana ia dikurung, atau

Apabila melihat makanan.

Page 12: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

12

1.2.8. Dapatan penyelidikan beliau ialah anjing tersebut telah membuat “perkaitan” di antara sesuatu bunyi, atau, dengan perbuatan “diberi makan”.

1.2.9.John B Watson (1878-1958) dan B.F. Skinner adalah antara tokoh terkenal yang menggunakan pendekatan tingkah laku.

Page 13: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

13

1.3.PENDEKATANKOGNITIF1.3.PENDEKATANKOGNITIF1.3.1. Pendekatan Kognitif berpunca

daripada reaksi terhadap kekurangan yang ada pada perspektif tingkahlaku (behaviorism).

1.3.2. Fokus Behaviorisme adalah ke atas tingkahlaku yang boleh diperhati dan ia tidak melihat proses kognitif yang terlibat di sebalik sesuatu tingkahlaku itu.

Page 14: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

14

1.3.3. Ini secara tidak langsung mengabaikan aktiviti manusia yang kompleks seperti berfikir, mengingat, merancang, membuat keputusan dan berkomunikasi.

1.3.4. Antara tahun 1920an hingga 1960an ahli-ahli psikologi amat kurang melakukan kajian dalam perspektif ‘Kognitif’.

Page 15: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

15

1.3.5. Kurun ke-19, pendekatan kognitif melihat kepada proses mental seperti anggapan (perceive), mengingat, menyelesaikan (solving), membuat

keputusan dan memilih.

1.3.6. Walau bagaimanapun, pendekatan kognitif moden tidak hanya berdasarkan ‘Kajian Diri’ (introspection).

Page 16: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

16

1.3.7. Pendekatan Kognitif Moden percaya bahawa :-

(a) Kita akan memahami dengan mendalam apa yang dilakukan

oleh sesuatu organisme dengan mengkaji proses mentalnya.

Page 17: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

17

(b) Kita boleh mempelajari proses mental secara lebih objektif dengan memfokuskan kepada tingkahlaku yang spesifik (sama seperti behaviorist). Namun, tafsiran akan dibuat dalam konteks proses mental (underlying mental process).

Page 18: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

18

1.3.8. Fokus utama ialah

bagaimana kita berfikir, memproses memori dan

menyimpan maklumat.

Page 19: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

19

1.3.9. Tokoh-tokoh terkemuka dalam pendekatan Kognitif ialah George Miller (1920), Jerome Bruner (1915), Ulrich Neisser (1928).

Page 20: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

20

1.4.1.4. PENDEKATAN PSIKOANALITIKPENDEKATAN PSIKOANALITIK

1.4.1. Perspektif Psikoanalitik diasas oleh Sigmund Freud di Eropah, seiring dengan perkembangan perspektif tingkahlaku di United States.

Page 21: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

21

1.4.2. Freud menggabungkan suara hati / hati nurani (conscience), persepsi, memori dan idea tentang asas biologi naluri (biologically based instinct) untuk

membina satu teori baru mengenai ‘perkembangan manusia’.

Page 22: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

22

1.4.3. Asas teori Freud ialah tingkahlaku manusia berpunca daripada satu proses yang tidak dirancang, ketakutan, keinginan yang tidak disedari, yang secara tidak langsung , mempengaruhi tingkahlaku manusia.

Page 23: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

23

1.4.4. Freud percaya bahawa ‘impuls’ yang terlarang, atau dihukum, oleh ibu bapa dan masyarakat, sewaktu di zaman kanak-kanak, berasal dari naluri semulajadi manusia.

Page 24: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

24

1.4.5. Larangan ini hanya menyebabkan impuls terpendam, dan seterusnya akan menjelma dalam bentuk masalah “emosi-simptom”, kecelaruan mental, ataupun tingkahlaku yang diterima masyarakat seperti artistik.

Page 25: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

25

1.4.6. Contoh - sekiranya seseorang itu tidak boleh melepaskan kemarahan yang terbuku di dada, kemarahan tersebut akan terpendam dan seterusnya mungkin tidak disedari.

1.4.7. Kemarahan itu kemudiannya, akan dinyatakan dalam bentuk

‘mimpi’ dan individu tersebut akan mengalami gangguan tidur.

Page 26: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

26

1.5.PENDEKATAN HUMANISTIK1.5.PENDEKATAN HUMANISTIK

1.5.1. Perspektif Humanistik melihat manusia dari sudut yang positif.

Page 27: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

27

1.5.2. Menurut pakar Humanistik, manusia mempunyai pilihan di dalam hidup mereka. Kita tidak boleh memahami pilihan mereka dengan hanya mengkaji binatang di dalam makmal atau merujuk kepada individu yang bermasalah untuk menyesuaikan diri.

Page 28: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

28

1.5.3. Carl Rogers (1902-1987) dan Abraham Maslow (1908-1970) melihat setiap orang sebagai individu yang unik dan setiap individu mempunyai pengalaman yang berbeza.

Page 29: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

29

1.5.4. Satu prinsip utama Humanistik ialah setiap manusia mempunyai keinginan dan potensi untuk berkembang ke tahap tertinggi yang mampu dicapai oleh mereka.

Page 30: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

30

2.0. PENDEKATAN 2.0. PENDEKATAN PERSEJARAHAN LAMPAU PERSEJARAHAN LAMPAU

1. STRUKTURALISME

2. FUNCTIONALISME

3. GESTALT

4. BEHAVIORISME

Page 31: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

31

2.1.2.1. PENDEKATAN PENDEKATAN STRUKTURALISME STRUKTURALISME

2.1.1. Dalam kurun ke-19, bidang kimia dan fizik telah berjaya menganalisis molekul yang kompleks di dalam elemen atom.

Page 32: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

32

2.1.2. Kejayaan ini memberi dorongan kepada ahli psikologi untuk melihat gabungan elemen mental yang mencipta satu pengalaman kompleks.

Page 33: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

33

2.1.3. Wilhelm Wundt (1832-1920) diberi ‘kredit’ (pujian) kerana berjaya menubuhkan makmal psikologi yang pertama.

2.1.4. Wundt dilatih sebagai seorang doktor bedah kerana profesyen psikologi bukan merupakan pekerjaan pilihan pada waktu itu.

Page 34: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

34

2.1.5. Walau bagaimanapun, misi utama beliau dalam menubuhkan makmal tersebut ialah untuk menjelaskan mengenai otak manusia.

2.1.6. Titchener memperkenalkan strukturalisme yang bermaksud “Analisis Struktur Mental.”

Page 35: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

35

2.1.7. Penyelidikan Titchner bergantung kepada kaedah yang dikenali sebagai “Introspection” di mana responden memberi laporan lisan mengenai pengalaman yang mereka sedari (conscious experience).

Page 36: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

36

2.1.8. Masalah yang timbul dengan pendekatan Structuralisme ialah manusia menghadapi masalah untuk memberi laporan yang serupa, walaupun mengalami pengalaman yang sama.

2.1.9. Ini menyebabkan timbulnya persoalan tentang kewujudan elemen yang sama dalam setiap pengalaman.

Page 37: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

37

2.2. PENDEKATAN 2.2. PENDEKATAN FUNCTIONALISME FUNCTIONALISME

2.2.1. Functionalisme tidak memberi tumpuan kepada struktur minda. Ia lebih kepada ‘fungsi kesedaran’ iaitu cara kerja minda & kenapa ia cara begitu.

2.2.2. Functionalisme membawa maksud “mempelajari cara kerja minda manusia untuk membolehkan organisme menyesuaikan diri & berfungsi di dalam persekitarannya”.

Page 38: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

38

2.2.3. William James (1842-1910), seorang ahli psikologi Harvard lebih berminat dengan terma “stream of consciousness”.

2.2.4. Kesedaran diibaratkan sebagai aliran sungai yang tidak mudah dibahagikan kepada elemen seperti yang diharapkan oleh Wundt dalam pendekatan Strukturalisme.

Page 39: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

39

2.3.PENDEKATAN GESTALT2.3.PENDEKATAN GESTALT

2.3.1. Gestalt bermaksud “bentuk” atau “konfigurasi.”

Pendekatan ini berasal dari German lebih kurang dalam tahun 1912.

Page 40: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

40

2.3.2. Sekumpulan ahli psikologi yang menamakan pendekatan mereka sebagai psikologi Gestalt memberi penekanan bahawa kesuluruhan persepsi berbeza daripada persepsi rangsangan (stimuli) individu.

2.3.3. Ahli psikologi pendekatan Gestalt ialah Max Wartheimer, Kurt Koffka dan Wolfgang Kohler.

Page 41: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

41

2.3.4. Ahli psikologi Gestalt berminat, terutamanya dalam persepsi. Mereka percaya bahawa pengalaman persepsi bergantung kepada rangsangan (stimulus) dan susunan pengalaman.

2.3.5. Apa yang kita lihat bergantung kepada “latar-belakang” suatu objek.

Page 42: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

42

2.3.6. Keseluruhan sesuatu gambaran (pengalaman) itu bergantung kepada hubungan di antara setiap bahagian yang menjadikan gambaran itu sebagai satu.

2.3.7. Gestalt melihat sesuatu “entiti” itu dengan menyeluruh dan tidak terpisah kepada beberapa bahagian - “the whole is greater than the sum of its parts”.

Page 43: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

43

2.4.2.4. PENDEKATAN PENDEKATAN BEHAVIORISME BEHAVIORISME

2.4.1. Strukturalisme dan functionalisme memainkan peranan penting dalam perkembangan awal bidang psikologi.

Page 44: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

44

2.4.2. Walau bagaimanapun, pada tahun 1920, kedua-dua pendekatan ini digantikan oleh tiga pemikiran baru dalam bidang psikologi iaitu Behaviorisme, Gestalt dan Psikoanalisis. Behaviorisme diasaskan oleh John B. Watson. Beliau mengkaji minda haiwan.

Page 45: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

45

2.4.3. Watson berpendapat bahawa psikologi boleh menjadi bidang sains sekiranya data psikologikal dibuka untuk tatapan umum sebagaimana cabang sains yang lain.

2.4.4. Menurut Watson lagi, tingkahlaku atau perlakuan, adalah umum manakala kesedaran (consciousness) adalah peribadi.

Page 46: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

46

2.4.5. Gerakbalas Terlazim (Conditioned Response) merupakan unit tingkah laku yang terkecil yang boleh membina perlakuan yang lebih kompleks.

2.4.6. Ahli-ahli Behaviorist menegaskan bahawa faktor ‘Rangsangan-Gerakbalas’ (S-R) membentuk dan mempengaruhi tingkahlaku manusia.

Page 47: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

47

2.4.7. Walau bagaimanapun, “S-R Psychology” bukanlah satu teori. Ia adalah suatu terma (term) yang sering digunakan oleh bidang psikologi hari ini.

Page 48: 2-Pendekatan Bidang Ilmu Psikologi

48