24
PERSONAL1T1 SEBAGAI PERAMAL DAYA TINDAK DALAM KALANGAN PELAJAR D1 SEKOLAH MENENGAH D1 DAERAH BATANG P ADANG, PERAK HAPSAH MD YUSOF 03-08-03-06 .1" UNIVERS1T1 PEND1D1KAN SULTAN 1DRIS 2,�Jt�i�i�i,����'��!£��Tf£i Nombor PiilfOlel"u) �\)ClCl .... ",:� Tarikh P.::roiehfH' -2."\ -:-"-�_��_ P lca _�\l"'.\'\\""5tP""_' �'

2, Jt i i i, ' !£ Tf£i - Welcome to UPSI Digital Repository ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/536/1/Personaliti Sebagai...1 BABI PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 2, Jt i i i, ' !£ Tf£i - Welcome to UPSI Digital Repository ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/536/1/Personaliti Sebagai...1 BABI PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan

PERSONAL1T1 SEBAGAI PERAMAL

DAYA TINDAK DALAM KALANGAN

PELAJAR D1 SEKOLAHMENENGAH D1

DAERAH BATANGPADANG, PERAK

HAPSAH MD YUSOF

03-08-03-06

.1"

UNIVERS1T1 PEND1D1KAN SULTAN1DRIS

.

2,�Jt�i�i�i,����'��!£��Tf£iNombor PiilfOlel"u) �\)ClCl ....",:�

Tarikh P.::roiehfH' -2."\ -:-"-�_��_

P lca _�\l"'.\'\\""5tP""_' �'

Page 2: 2, Jt i i i, ' !£ Tf£i - Welcome to UPSI Digital Repository ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/536/1/Personaliti Sebagai...1 BABI PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan

111

ABSTRAK

Kajian ini melihat personaliti sebagai peramal daya tindak dalam kalangan 390 orangpelajar (N = 264, 176 lelaki) di tiga buah sekolah, di daerah Batang Padang, Perak. Bagitujuan kajian ini, pengkaji menggunakan dua alat ukur iaitu COPE (Carver, Scheir &Weintraub, 1989) sebagai alat ukur daya tindak dan NEO-Five Factor Inventory (Costa &McCrae, 1992) bagi melihat personaliti. Skala daya tindak merangkumi 11 subskala iaituaktif, perancangan, pemendaman, penahanan, sokongan instrumental, sokongan emosi,interpretasi positif, penerimaan, agama, penafian dan penggunaan bahan (alkoholldadah).Manakala personaliti pula merangkumi neurotik, ekstrovert, keterbukaan, kebersetujuandan ketekunan. Analisis kajian menunjukkan kesemua subskala personaliti dapatmeramal beberapa subskala daya tindak dalam kalangan pelajar, Selain itu, perbezaandaya tindak berdasarkan jantina hanya pada subskala sokongan instrumental, sokonganemosi dan penafian. Implikasi dan rumusan untuk praktis klinikal dan cadangan untukkajian akan datang turut dibincangkan.

Page 3: 2, Jt i i i, ' !£ Tf£i - Welcome to UPSI Digital Repository ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/536/1/Personaliti Sebagai...1 BABI PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan

iv

ABSTRACT

This research studies the personality ofa coping predictor among 390 students (N= 264female, 176 male) at three schools in Batang Padang, Perak. Researcher uses twomeasurement which are COPE (Carver, Scheir & Weintraub, 1989) to measure the copeand NEO-Five Factor Inventory (Costa & McCrae, 1992) to measure the personality forthe purpose of this study. The scope scale includes 11 subscales which are active,planning, suppression ofcompeting activities, restraint, instrumental support, emotionalsupport, positive interpretation, acceptance, turning to religion, denial and alcohol-drugdisengagement. As for personality, it comprises of neuroticism, extroversion, openness,agreeableness and conscientiousness. Analysis shows that all personality subscales ableto predict some of the coping subscales among the students. Other than that, copingdifferences based on genders only involve instrumental, emotion and denial subscales.The implications and conclusion for clinical practices and issues for future research are

discussed.

I

Page 4: 2, Jt i i i, ' !£ Tf£i - Welcome to UPSI Digital Repository ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/536/1/Personaliti Sebagai...1 BABI PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan

V

KANDUNGAN

Mukasurat

PengakuanAbstrakAbstract

KandunganSenarai ladualSenarai Rajah

ii111

IV

V

Vll

viii

BAB

1. PENDAHULUAN

PengenalanLatar belakang KajianPemyataan MasalahObjektifKajianKepentingan KajianDefinisi Konsep dan Operasional

Personaliti

Strategi Daya TindakTeori dan Model KajianHipotesis

1125666101314

II. TIN1AUAN KAHAN LAMPAU

PengenalanPersonaliti

Strategi Daya TindakPersonaliti dan Strategi Daya Tindak

16171921

III. METOD KAHAN

PengenalanRekabentuk KajianSampel KajianInstrumen KajianAnalisis Data

2727282835

IV. KEPUTUSAN KAHAN

PengenalanKebolehpercayaan Alat UkuranAnalisis DeskriptifKeputusan Ujian Hipotesis

36373839

V. PERBINCANGAN, KEPUTUSAN DAN CADANGAN

Page 5: 2, Jt i i i, ' !£ Tf£i - Welcome to UPSI Digital Repository ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/536/1/Personaliti Sebagai...1 BABI PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan

PengenalanPerbincangan

AlatUkur

HipotesisImplikasi KajianCadangan Kajian Akan Datang

RUJUKAN

LAMPlRANA. Borang Soal SelidikB. Surak Kebenaran Menjalan Kajian

vi

505051515556

58

Page 6: 2, Jt i i i, ' !£ Tf£i - Welcome to UPSI Digital Repository ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/536/1/Personaliti Sebagai...1 BABI PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan

Jadual

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

SENARAI JADUAL

Subskala dan item-item NEO-FFI

Subskala dan item-item COPE

Nilai koefisien alfa bagi skala dan subskala COPE

Nilai koefisien alfa bagi skala dan subskala NEO-FFI

Nilai koefisien alfa bagi skala dan subskala COPE

Nilai koefisien alfa bagi skala dan subskalaNEO-FFI

Taburan peratus dan kekerapan responden

Analisis regresi pelbagai mengenai personaliti neurotik

Analisis regresi pelbagai mengenai personaliti ekstrovert

Analisis regresi pelbagai mengenai personaliti keterbukaan

Analisis regresi pelbagai mengenai personaliti kebersetujuan

Analisis regresi pelbagai mengenai personaliti ketekunan

Keputusan analisis ujian t untuk melihat perbezaan subskaladaya tindak berdasarkan jantina

vii

MukaSurat

29

33

34

34

37

38

38

40

41

42

43

44

45

Page 7: 2, Jt i i i, ' !£ Tf£i - Welcome to UPSI Digital Repository ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/536/1/Personaliti Sebagai...1 BABI PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan

Rajah

1 : Model bagi proses daya tindak

SENARAI RAJAH

Muka Surat

13

Vlll

Page 8: 2, Jt i i i, ' !£ Tf£i - Welcome to UPSI Digital Repository ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/536/1/Personaliti Sebagai...1 BABI PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan

1

BABI

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan mengenai latar belakang kajian, permasalahan kajian,

objektif kajian, kepentingan kajian, definisi konsep dan emosional, teori dan model

kajian dan hipotesis.

1.1. Latarbelakang Kajian

Pelajar sering berhadapan dengan bebanan dan tekanan yang memerlukan kepada

beberapa reaksi yang berbeza untuk mengurangkan tekanan yang wujud. Ekoran dari itu,

terdapat dikalangan mereka menjadi distress dan mempamerkan reaksi yang tidak sihat.

Ahli teori umpamanya, mengandaikan situasi yang memberikan tekanan ini dapat diubah

hanya menerusi daya tindak (Lazarus & Folkman, 1984). Oleh itu, daya tindak dilihat

Page 9: 2, Jt i i i, ' !£ Tf£i - Welcome to UPSI Digital Repository ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/536/1/Personaliti Sebagai...1 BABI PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan

2

sebagai satu strategi dan usaha untuk membuat penyesuaian terhadap tekanan yang

dialami.

Manakala, konstruk personaliti didapati boleh meramal daya tindak individu yang

berbeza. Konstruk personaliti adalah dimensi perbezaan individu yang akan

mempengaruhi tingkah laku seseorang di dalam kebanyakan situasi (Booth-Kewley &

Vickers, 1994). Walaupun kebanyakan tingkah laku mungkin dipengaruhi oleh tujuan

yang tertentu, konstruk personaliti dapat memberi gambaran yang baik mengapa

seseorang itu berdaya tindak dengan cara yang tertentu. Secara khususnya, daya tindak

merupakan proses yang lahir kesan dari tekanan, manakala personaliti pula adalah

perangai yang menerangkan mengapa seseorang individu itu mudah rapuh tetapi tidak

bagi individu yang lain (Bolger, 1990).

Folkman & Lazarus (1980 dalam Phleps & Javis, 1994) umpamanya, menyatakan

bahawa situasi yang memberikan tekanan akan mempengaruhi seseorang individu itu

memilih untuk berdaya tindak. lni diikuti oleh Me Crae & Costa (1986) yang menyatakan

terdapatnya kesesuaian daya tindak dengan personaliti. Manakala Bolger (1990) pula

berpendapat bahawa daya tindak adalah sebahagian dari proses personaliti. Sehubungan

itu, kajian ini memberi fokus kepada daya tindak khusus, di dalam situasi tekanan dan

seterusnya melihat faktor personaliti akan membuat ramalan cara daya tindak yang

dilakukan oleh pelajar.

1.2 Pernyataan Masalah

Sekolah merupakan mstitusi pendidikan yang memberikan peluang pertumbuhan dan

peningkatan personal kepada para pelajar. Dengan ini akan bermulanya satu transisi yang

Page 10: 2, Jt i i i, ' !£ Tf£i - Welcome to UPSI Digital Repository ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/536/1/Personaliti Sebagai...1 BABI PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan

3

melibatkan peralihan dalam perkembangan personal, pembinaan perhubungan

interpersonal yang baru, menerima nilai-nilai bam dan menerima tugas atau

tanggungjawab yang besar. Dalam masa yang sama, pelajar berada pada transisi ke alam

remaja

Sehubungan itu, dengan bermulanya transisi ini, akan menyebabkan bermulanya

tugas perkembangan yang penting bagi pelajar iaitu perlu mempunyai autonomi diri,

berdikari, membentuk perhubungan sosial dan membentuk identiti. Oleh yang demikian,

pelajar perlu membuat penyesuaian terhadap kehidupan yang bam. Penyesuaian di

sekolah adalah proses pelbagai dimensi dan penting bagi pelajar untuk membina strategi

bagi membuat adaptasi dengan permintaan bam persekitaran. Ekoran dari tugas

perkembangan yang besar, pelajar berkemungkinan mengalami tekanan apabila

bermulanya pengajian. Suasana persekitaran di sekolah memerlukan mereka untuk

membuat penyesuaian, malangnya mereka tidak berupaya untuk berhadapan dengan

situasi sebenar (Brooks & DuBois, 1995 ; Leong, Frederick, Bonz & Margaret, 1997).

Ketiadaan strategi daya tindak untuk berhadapan dengan situasi sedemikian akan

mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan positif pelajar tersebut (Phelps & Jarvis,

1994). Strategi daya tindak berfungsi membantu mengubah situasi persekitaran - individu

(fokus daya tindak-terhadap masalah) atau mengurangkan masalah emosi (daya tindak

berfokus kepada emosi) tetapi biasanya melibatkan kombinasi kedua -duanya (Folkman

& Lazarus, 1980 dalam Phelps & Jarvis, 1994). Sehubungan itu, daya tindak amat

penting bagi individu didalam berhadapan dengan pelbagai keadaan terutamanya

kehendak persekitaran.

Page 11: 2, Jt i i i, ' !£ Tf£i - Welcome to UPSI Digital Repository ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/536/1/Personaliti Sebagai...1 BABI PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan

4

Psikiatri dan psikoterapi eenderung untuk mengandaikan bahawa personaliti dan

daya tindak saling berkaitan. Hann (1977 dalam Menaghan, 1983) mendefinisikan

personaliti sebagai daya tindak dan helah bela diri berbentuk "strategi penyusunan asas

yang berterusan dan digunakan oleh individu untuk mengatur pelbagai aspek dirinya".

Seperti diketahui umum, personaliti dapat meramal tingkah laku manusia, dan setiap

tingkahlaku ditentukan oleh personaliti (Paunonen, 2003). Lantaran itu, personaliti yang

bermasalah memerlukan strategi daya tindak. Ini kerana daya tindak yang wujud dari

tekanan berasal dari dimensi personaliti, (Me Crae, 1982). Kini, 'daya tindak' iaitu suatu

konsep yang samar telah berkembang luas dalam pelbagai disiplin.

Rentetan dari itu, situasi ini menyebabkan para pelajar memerlukan pertolongan

kaunselor atau ahli psikologi berhubung dengan kesukaran isu penyesuaian. Ini kerana,

pelajar mempunyai pelbagai kriteria dan eiri personaliti yang berbeza telah memberikan

kesan kepada penyesuaian mereka, maka faktor penyebab yang telah dikenalpasti akan

membolehkan perkhidmatan kaunseling dijalankan dengan jayanya di sekolah. Justeru,

faktor peramal perlu untuk membolehkan kaunselor membantu pelajar pelajar menjadi

lebih efisyen.

Beberapa pengkaji meneadangkan perlunya satu intervensi untuk membantu

pelajar di dalam proses transisi ini. Usaha ini sebagai eara meningkatkan kemahiran daya

tindak atau mengurangkan tekanan pelajar bagi memudahkan mereka membuat

penyesuaian ke dalam persekitaran yang bam. Menyedari akan hakikat ini, adalah

dirasakan perlu dijalankan kajian mengenai sumbangan eiri-eiri personaliti dalam diri

individu yang dapat meramal strategi daya tindak yang digunakan pelajar kerana

pengetahuan ini akan dapat membantu guru kaunseling dan para penyelidik seterusnya

Page 12: 2, Jt i i i, ' !£ Tf£i - Welcome to UPSI Digital Repository ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/536/1/Personaliti Sebagai...1 BABI PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan

5

membantu pelajar mengenalpasti beberapa jenis personaliti yang menghasilkan daya

tindak sama ada positif dan negatif. Oleh yang demikian, daripada permasalahan kajian

yang dikaji, wujud beberapa persoalan kajian iaitu:

1. Adakah subskala personaliti dapat meramal atau memberi kesan terhadap daya

tindak pelaj ar

11. Adakah terdapat perbezaan daya tindak berdasarkanjantina

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk :

1. mengenalpasti subskala personaliti yang dapat meramal atau memberi kesan

terhadap daya tindak pelajar.

11. melihat perbezaan subskala daya tindak berdasarkanjantina pelajar.

1.4 Kepentingan Kajian

Cara atau daya tindak yang dipilih biasanya selaras dengan personaliti yang dimiliki oleh

individu. Oleh itu, dengan mengetahui hubungan di antara personaliti dengan daya tindak,

maka usaha dan intervensi dapat dilakukan oleh kaunselor dan para pendidik untuk

memberi beberapa pendekatan yang sihat kepada pelajar yang menghadapi tekanan dalam

kehidupan mereka. Hasil kajian ini juga diharapkan dapat membantu pihak sekolah dan

khususnya kaunselor, merangka program-program yang bersesuaian dengan pelajar

tersebut.

Page 13: 2, Jt i i i, ' !£ Tf£i - Welcome to UPSI Digital Repository ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/536/1/Personaliti Sebagai...1 BABI PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan

6

1.5 Definisi Konsep dan Operasional

Di dalam kajian ini, terdapat dua konsep utama berdasarkan pemboleh ubah kajian iaitu

personaliti dan strategi daya tindak

1.5.1 Personaliti

Istilah personaliti muneul dari perkataan Latin 'persona' yang bermaksud topeng. Istilah

ini merujuk kepada topeng yang dipakai oleh pelakon Roman di dalam sebuah drama

Greek sebelum kelahiran Christ, (Feist & Feist, 1998). Justeru itu, personaliti diandaikan

sebagai topeng untuk bertingkah laku di hadapan umum. Ia merupakan aspek yang

dipilih oleh seseorang individu untuk menonjolkan dirinya pada dunia. Definisi ini

menggambarkan personaliti merupakan aspek yang penting bagi manusia untuk

menyembunyikan diri lantaran beberapa sebab dan alasan tertentu. Personaliti juga

merujuk kepada ciri-ciri psikologi individu dari sudut emosi, mental dan keagamaan yang

tekal dan berbeza dengan individu lain (Me Martin, 1995).

Dalam menerangkan personaliti, ahli teori melihat bagaimana seseorang individu

sama dengan individu lain dan bagaimana individu tersebut berbeza dengan individu lain.

Sehubungan dengan itu, matlamat teori personaliti sebenarnya adalah untuk menerangkan

dan menghuraikan perbezaan individu dari sudut bagaimanakah manusia itu kelihatan

dan kenapa manusia bertindak sedemikian. Terdapat beberapa pandangan yang

ditekankan mengenai personaliti berdasarkan faktor-faktor berikut :

i. Genetik: Kebanyakan daripada teori menerangkan personaliti berasaskan kepada

genetik. Terdapat ahli teori menyatakan personaliti dibina melalui baka atau

disebabkan oleh keperluan psikologi (Freud & Skinner). Jung, Horney, Rogers dan

Page 14: 2, Jt i i i, ' !£ Tf£i - Welcome to UPSI Digital Repository ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/536/1/Personaliti Sebagai...1 BABI PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan

7

Maslow pula menekankan keperluan untuk memenuhi keperluan psikologi bagi

menuju ke arah nirwana kendiri.

ii. Tret: Manusia berbeza di antara satu sarna lain disebabkan oleh tret yang mereka

miliki. Beberapa tret yang dimiliki oleh manusia dipelajari dari individu lain dan

persekitaran berasaskan potensi baka. Ahli teori tret mempercayai bahawa seseorang

memiliki tret yang kekal sepanjang hidup dan tret tersebut menjadi konsisten

sepanjang masa dan di dalarn beberapa situasi. Allport, Eysenck dan Cattell

merupakan psikologi-psikologi yang mendokong andaian ini.

iii. Sosiobudaya: Budaya akan menentukan apakah perkara dan arnalan yang seharusnya

dilakukan oleh seseorang di dalarn perkahwinan, pendidikan dan agama. Budaya akan

menerangkan perbezaan individu berasaskan budaya yang berbeza. Personaliti

individu dipengaruhi oleh tahap sosioekonomi, saiz keluarga, susunan kelahiran,

identifikasi bangsa dan agarna. Justeru itu, Adler, Homey dan Erikson menekankan

faktor sosiobudaya sebagai penentu personaliti seseorang.

iv. Pembelajaran : Ahli teori pembelajaran menyatakan kita adalah apa yang telah

diterima dalarn kewujudan kita. Ini bermaksudjika sejarah seseorang diterima dengan

cara yang berbeza, maka personaliti seseorang turut diterima dengan cara berbeza.

Apa yang menyebabkan seseorang itu berjaya atau tidak adalah bergantung kepada

bentuk ganjaran yang diterimanya, bukan ditentukan oleh genetik. Ahli teori

pembelajaran menerangkan bahawa seseorang individu boleh mengawal

Page 15: 2, Jt i i i, ' !£ Tf£i - Welcome to UPSI Digital Repository ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/536/1/Personaliti Sebagai...1 BABI PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan

8

perkembangan personalitinya dengan mengawal persekitarannya. Di antara beberapa

tokoh yang mendasari pendekatan ini adalah Skinner, Dollard & Miller, Bandura dan

Mishel.

v. Proses Kognitif : Terdapat beberapa teori yang memberi penekanan terhadap proses

kognitif iaitu proses yang menentukan bagaimana maklumat diperolehi daripada

persekitaran yang dilihat, diambil, dipindahkan dan bertindak balas terhadapnya.

Pendekatan ini mementingkan pengalaman masa kini dan matlamat di masa akan

datang dalam menentukan tingkah laku dan kepentingan masa lalu. Teori yang

berbentuk proses kognitif ini didasari oleh Bandura, Misehell dan Kelly.

Berdasarkan kepada beberapa huraian di atas, jelas bahawa personaliti dapat

dilihat dari pelbagai sudut. Dalam kajian ini, definisi operasional personaliti yang

dibineangkan adalah personaliti yang digariskan oleh personaliti NED-Five Factor

Inventory (NEO-FFI) Costa & Me Crae, (1992). NEO-FFI mewakili struktur tret yang

mengandungi lima domain skala iaitu neurotik (neuroticism), ekstrovert (extraversion),

keterbukaan (openness), kebersetujuan (agreeableness) dan ketekunan

(conscientiousness) :

a. Neurotik (Neuroticism) (N)

Neurotik merupakan keeenderungan mengalami pengalaman yang negatif seperti

takut, kesedihan, rasa malu, marah, bersalah dan benei serta lebih kepada perasaan

sangsi-bila berhadapan dengan distress psikologi.

Page 16: 2, Jt i i i, ' !£ Tf£i - Welcome to UPSI Digital Repository ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/536/1/Personaliti Sebagai...1 BABI PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan

9

b. Ekstrovert (Ekstroversion) (E)

Merupakan tret bagi individu yang suka bergaul. Individu sedemikian menyukai

individu lain dan lebih suka bergaul dengan kelompok yang lebih besar serta asertif,

aktif dan suka bercakap. Mereka juga suka kepada keseronokan dan rangsangan dan

agak riang. Mereka turut ceria, cergas dan optimis. Aspek yang terkandung di dalam

ekstrovert adalah mesra, suka berkawan, asertif, aktif, mencari keseronokan dan

emosi yang positif

c. Keterbukaan (Openness) (0)

Elemen 0 adalah imaginasi yang aktif, perasaan estetika, memberikan tumpuan

kepada perasaan dalaman, mengutamakan kepelbagaian, sifat ingin tahu yang bersifat

ilmiah serta bebas memberikan pandangan. Individu sedemikian mempunyai

keinginan yang tinggi untuk mengetahui dunia dalaman dan luaran. Kehidupan

mereka juga kaya dengan pengalaman. Mereka juga berminat dengan idea-idea novel

dan nilai-nilai tidak konvensional. Mereka lebih berminat mengalami emosi yang

positif dan negatif dari berhubung rapat dengan individu lain. Di antara beberapa

aspek yang terkandung di dalam keterbukaan adalah fantasi, estetik, perasaan,

tindakan, idea-idea dan nilai.

d. Kebersetujuan (Agreeableness) (A)

Merupakan kecenderungan terhadap perhubungan interpersonel. Individu seperti ini

amat altruistik, bersimpati terhadap orang lain dan berkeinginan untuk membantu

Page 17: 2, Jt i i i, ' !£ Tf£i - Welcome to UPSI Digital Repository ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/536/1/Personaliti Sebagai...1 BABI PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan

10

individu lain serta percaya bahawa orang lain juga sarna akan membantunya kembali.

Aspek yang terkandung di dalarn kebersetujuan adalah kepercayaan, berterus terang,

altruistik, kepatuhan dan rendah hati dan pemikiran yang mudah goyah.

e. Ketekunan (Conscientiousness) (C)

Individu ini mempunyai matlarnat diri, berkeyakinan, keazarnan dan bercita-cita

tinggi. Digman & Chock (1981 dalarn Costa & McCrae, 1992) telah merujuk domain

ini kepada will to achieve. Individu yang banyak memiliki trait ini, secara positifnya

mempunyai hubungan dengan prestasi akademik dan pekerjaan. Secara negatifuya

akan membawa kepada gangguan, cerewet, pembersih yang kompulsif atau

bertingkah laku workaholic. Aspek yang terkandung di dalarn ketekunan adalah

kecekapan, berperaturan, penuh bertanggungjawab, berusaha ke arah pencapaian,

disiplin diri dan teliti.

1.5.2 Strategi Daya Tindak

Daya tindak didefinisikan sebagai "tindakan khusus yang diarnbil di dalarn sesuatu situasi

khusus, bagi tujuan untuk mengurangkan masalah atau tekanan yang diterima, yang

diperolehi dari sumber-sumber daya tindak (umumnya, sikap dan kemahiran personel)

dan strategi daya tindak (terutarnanya cara atau tabiat berhadapan dengan masalah)",

(Bowman, 1990). Ia merupakan proses pelaksanaan tindak balas (Carver, Scheier &

Weintraub, 1989). Daya tindak merupakan satu bentuk usaha kendiri dari segi kognitif

dan tingkah laku supaya individu dapat mencapai kemahiran, boleh bertolak ansur atau

Page 18: 2, Jt i i i, ' !£ Tf£i - Welcome to UPSI Digital Repository ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/536/1/Personaliti Sebagai...1 BABI PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan

11

dapat mengurangkan permintaan dalaman dan luaran yang disebabkan oleh keadaan yang

menekan (Folkman & Lazarus, 1988 dalam Md. Azman, 1999).

Ini bermaksud bahawa daya tindak adalah eara bagaimana seseorang individu itu

berhadapan dengan keadaan yang begitu menekan dan bagaimana dia berjaya

menguruskan tekanan supaya dapat keluar dari keadaan ini. Dengan lain perkataan, daya

tindak adalah strategi-strategi yang boleh digunakan untuk mengawal tekanan supaya

dapat meneapai sepenuhnya potensi kesejahteraan hidup.

Menurut Folkman & Lazarus lagi, terdapat duajenis daya tindak iaitu daya tindak

yang berfokuskan masalah iaitu menyelesaikan masalah atau melakukan sesuatu untuk

mengubah sumber tekanan. Kedua, daya tindak yang berfokuskan emosi iaitu

mengurangkan atau menguruskan emosi yang distress yang berhubung dengan

tandasaran situasi. Menurut Menaghan (1983) pula, daya tindak dapat dilihat pada tiga set

asas iaitu sumber, gaya dan usaha. Sumber adalah sikap umum dan kemahiran

(kemahiran intelektual dan kemahiran interpersonel). Gaya pula adalah strategi daya

tindak yang didefinisikan sebagai tipkal iaitu tabiat yang sering dilakukan sebagai cara

untuk mendekati masalah, manakala usaha adalah tindakan yang khusus (nyata dan tidak

nyata) yang diambil pada situasi yang khusus, yang dirasakan dapat mengurangkan

masalah dan tekanan yang diterima.

Selain dari itu, daya tindak Juga dikatakan sebagai satu usaha untuk

menyelesaikan masalah yang timbul. Masalah pula merupakan kesukaran yang dihadapi

oleh individu dalam sesuatu situasi/tugas yang beliau belum pemah menghadapinya dan

tidak tahu eara menauganinya. Masalah muneul kerana individu mempunyai beberapa

matlamat untuk dicapai tetapi tidak tahu bagaimana untuk menghadapi perkara tersebut

Page 19: 2, Jt i i i, ' !£ Tf£i - Welcome to UPSI Digital Repository ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/536/1/Personaliti Sebagai...1 BABI PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan

11

dapat mengurangkan permintaan dalaman dan luaran yang disebabkan oleh keadaan yang

menekan (Folkman & Lazarus, 1988 dalam Md. Azman, 1999).

lni bermaksud bahawa daya tindak adalah cara bagaimana seseorang individu itu

berhadapan dengan keadaan yang begitu menekan dan bagaimana dia berjaya

menguruskan tekanan supaya dapat keluar dari keadaan ini. Dengan lain perkataan, daya

tindak adalah strategi-strategi yang boleh digunakan untuk mengawal tekanan supaya

dapat mencapai sepenuhnya potensi kesejahteraan hidup.

Menurut Folkman & Lazarus lagi, terdapat duajenis daya tindak iaitu daya tindak

yang berfokuskan masalah iaitu menyelesaikan masalah atau melakukan sesuatu untuk

mengubah sumber tekanan. Kedua, daya tindak yang berfokuskan emosi iaitu

mengurangkan atau menguruskan emosi yang distress yang berhubung dengan

tandasaran situasi. Menurut Menaghan (1983) pula, daya tindak dapat dilihat pada tiga set

asas iaitu sumber, gaya dan usaha. Sumber adalah sikap umum dan kemahiran

(kemahiran intelektual dan kemahiran interpersonel). Gaya pula adalah strategi daya

tindak yang didefinisikan sebagai tipkal iaitu tabiat yang sering dilakukan sebagai cara

untuk mendekati masalah, manakala usaha adalah tindakan yang khusus (nyata dan tidak

nyata) yang diambil pada situasi yang khusus, yang dirasakan dapat mengurangkan

masalah dan tekanan yang diterima.

Selain dari itu, daya tindak Juga dikatakan sebagai satu usaha untuk

menyelesaikan masalah yang timbul. Masalah pula merupakan kesukaran yang dihadapi

oleh individu dalam sesuatu situasi/tugas yang beliau belum pemah menghadapinya dan

tidak tahu cara menanganinya. Masalah muncul kerana individu mempunyai beberapa

matlamat untuk dicapai tetapi tidak tahu bagaimana untuk menghadapi perkara tersebut

Page 20: 2, Jt i i i, ' !£ Tf£i - Welcome to UPSI Digital Repository ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/536/1/Personaliti Sebagai...1 BABI PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan

12

bagi mencapai matlamatnya. Individu ini akan berhadapan dengan halangan. Tanpa

halangan, individu tersebut tidak berhadapan dengan masalah. Maka strategi daya tindak

berperanan dalam berhadapan dengan permasalahan ini.

Untuk definisi operasional, daya tindak didasari oleh 11 dimensi yang terdapat di

dalam soal selidik COPE (Carver, Scheier dan Weintraub, 1989) untuk diukur iaitu daya

tindak dari sudut :

a. Aktif: merupakan proses mengambillangkah secara aktif untuk cuba menghalang

atau mengelak tekanan seperti memulakan tindakan langsung, meningkatkan

usaha dan melaksanakan daya tindak dalam cara yang tertentu.

b. Perancangan: memikirkan bagaimana untuk berdaya tindak terhadap peristiwa

yang memberi tekanan. Perancangan melibatkan strategi-strategi perancangan,

dan memikirkan apakah langkah-langkah yang perlu diambil dan bagaimana baik

untuk mengatasi masalah ini.

c. Pemendaman dari aktiviti-aktiviti yang memerlukan persaingan : bermakna

meletakkan tindakan orang lain ketepi serta cuba mengelak supaya tidak menjadi

gangguan oleh peristiwa individu lain.

d. Penahanan: menunggu sehingga mendapat peluang yang sesuai untuk bertindak

sendirian, berseorangan dan tidak bertindak secara tidak matang.

e. Mendapatkan sokongan sosial bagi sebab instrumental : mendapatkan nasihat,

pertolongan danmaklumat.

f. Mendapatkan sokongan sosial bagi sebab emosi : mendapatkan sokongan moral,

simpati dan memahami dari individu lain.

Page 21: 2, Jt i i i, ' !£ Tf£i - Welcome to UPSI Digital Repository ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/536/1/Personaliti Sebagai...1 BABI PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan

13

g. Membuat interpretasi semula yang positif dan pertumbuhan : menguruskan emosi

yang distress iaitu memahami transaksi tekanan dalam istilah yang positif.

h. Penerimaan: individu menerima realiti terhadap situasi yang stress.

1. Agama: kembali kepada agama ketika mengalami stress.

J. Menafikan: keenganan untuk mempercayai tekanan-tekanan yang wujud atau

cuba bertindak stressor tidak wujud.

k. Penggunaan dadah dan alkohol yang tidak menentu ketikamengalami stress.

1.6 Teori dan Model Kajian

Model daya tindak (Lazarus & Folkman (1984), menyatakan bahawa setiap individu

dilihat berbeza dalam dalam proses menilai sesuatu keadaan yang menyebabkan mereka

bertindak dengan cara berbeza dalam membuat penyesuaian. Hasil dari daya tindak ini

akanmelihat bagaimana individu akan membuat sesuatu tindakan hasil dari masalah yang

dihadapinya.

Page 22: 2, Jt i i i, ' !£ Tf£i - Welcome to UPSI Digital Repository ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/536/1/Personaliti Sebagai...1 BABI PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan

14

FaktorKeadaan Strategi

OayaTindak

Penilain darisudut kognitifoleh individu

FaktorPeribadi

Menyakitkan ?

Mengancam?Mencabar?

Rajah 1 : Model bagi Proses Daya Tindak

1.6.2 Five FactorModel ofPersonality

Model ini terhasil dari minat terhadap teori-teori tret yang telah dihasilkan oleh beberapa

ahli psikologi (Costa & McCrae, 1985; Digman, 1989, 1996; Goldberg, 1990, 1993;

McCrae & Costa, 1985, 1987, 1996 dalarn Hergenhahn dan Olson, 1999) yang mencabar

analisis Cattell dan Eysenck. Model ini telah menawarkan altematif kepada lima pilihan

faktor. Lima faktor itu adalah neurotik dan ekstrovert (sarna seperti cara pendefinisian

Eysenck), keterbukaan, kebersetujuan dan ketekunan.

1.7 Hipotesis

Untuk hipotesis pertarna hingga kelima, pengkaji menurnpukan kepada sumbangan di

antara personaliti dan daya tindak. Manakala, hipotesis ke enam hingga enarn belas

melihat perbezaan subskala daya tindak berdasarkanjantina.

Page 23: 2, Jt i i i, ' !£ Tf£i - Welcome to UPSI Digital Repository ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/536/1/Personaliti Sebagai...1 BABI PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan

15

1. Personaliti neurotik tidak dapat meramal daya tindak dalam kalangan pelajar

2. Personaliti ekstrovert tidak dapat meramal daya tindak dalam kalangan pelajar

3. Personaliti keterbukaan tidak dapat meramal daya tindak dalam kalangan pelajar

4. Personaliti kebersetujuan tidak dapat meramal daya tindak dalam kalangan pelajar

5. Personaliti ketekunan tidak dapat meramal daya tindak dalam kalangan pelajar

6. Tidak terdapat perbezaan daya tindak aktifberdasarkanjantina pelajar.

7. Tidak terdapat perbezaan daya tindak perancangan berdasarkanjantina pelajar.

8. Tidak terdapat perbezaan daya tindak pemendaman berdasarkanjantina pelajar.

9. Tidak terdapat perbezaan daya tindak penahanan berdasarkanjantina pelajar.

10. Tidak terdapat perbezaan daya tindak sokongan instrumental berdasarkan jantina

pelajar.

11. Tidak terdapat perbezaan daya tindak sokongan emosi berdasarkan jantina pelajar.

12. Tidak terdapat perbezaan daya tindak interpretasi positif berdasarkan jantina

pelajar.

13. Tidak terdapat perbezaan daya tindak penerimaan berdasarkanjantina pelajar.

14. Tidak terdapat perbezaan daya tindak agama berdasarkan jantina pelajar.

15. Tidak terdapat perbezaan daya tindak penafian berdasarkanjantina pelajar.

16. Tidak terdapat perbezaan daya tindak alkohol berdasarkanjantina pelajar.

Page 24: 2, Jt i i i, ' !£ Tf£i - Welcome to UPSI Digital Repository ...pustaka2.upsi.edu.my/eprints/536/1/Personaliti Sebagai...1 BABI PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan

16

BAB2

TINJAUAN KAJIAN LAMPAU

2.0 Pengenalan

Beberapa sorotan kajian lepas mengenai cara daya tindak individu dan daya tindak

khusus telah memainkan peranan yang agak penting dalam menyumbang kepada

beberapa strategi daya tindak yang dapat digunakan oleh individu bila berhadapan

dengan masalah. Kajian Feifel & Strack (1989) umpamanya melihat daya tindak terhadap

situasi yang berkonflik di kalangan golongan pertengahan dan lewat dewasa, manakala

Mahan & Shaughnessy (1999) pulamelihat daya tindak dari aspek kognitif dan tindakan.

Kini, terdapat beberapa kajian yang melihat bahawa tret personaliti turut

menyumbang kepada daya tindak individu seperti kajian yang dijalankan oleh (Carver,