19
TEKNIK CANTASAN DAHAN PENANAMAN GETAH (PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH

16. TEKNIK CANTASAN DAHAN

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 16. TEKNIK CANTASAN DAHAN

TEKNIK CANTASAN

DAHANPENANAMAN GETAH

(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH)

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH

Page 2: 16. TEKNIK CANTASAN DAHAN

TUJUAN

● Memperbaiki bentuk dan kestabilan jemala pokok

● Menggelakkan kerosakan angin disebabkan oleh jemala yang berat

● Menjamin ketinggian batang yang cukup untuk ditoreh

● Mendapatkan batang yang licin dan kemas bagi menyenangkan kerja penorehan.

Page 3: 16. TEKNIK CANTASAN DAHAN

JENIS CANTASAN

• Terdapat dua jenis catntasan iaitu :

a) Cantasan Terkawal

b) Cantasan Pembetulan

Page 4: 16. TEKNIK CANTASAN DAHAN

CANTASAN TERKAWAL● Tujuan

- Mendapat pokok yang mempunyai batang utama yang tegak dan kuat.

- Pokok mempunyai pendahanan seimbang, semua dahan sisi lebih kecil dari batang dan daha-dahan keluar dari batang pada sudut yang lebar

Page 5: 16. TEKNIK CANTASAN DAHAN

Pokok yang mempunyai jemala dan pendahanan yang seimbang

Page 6: 16. TEKNIK CANTASAN DAHAN

TEKNIK CANTASAN TERKAWAL

● Mula melakukan cantasan terkawal apabila pokok mempunyai empat pusaran dahan kebiasaannya pokok ketika ini berumur di antara 1.5 sehingga 3 tahun

● Cantas semua dahan pada paras terendah supaya pokok itu kekal dengan tiga pusaran dahan

● Kekalkan pokok sentiasa mempunyai 3 pusaran dahan sehingga ketinggian batang 300 sm.

● Rangsangan dahan perlu dilakukan sekiranya pokok tidak berdahan ketika pokok mencapai ketinggian 200 sm.

Page 7: 16. TEKNIK CANTASAN DAHAN

TEKNIK CANTASAN TERKAWAL

• Langkah semasa membuat cantasan :

- Menggunakan kacip pokok yang tajam

- Potongan di buat ke paras batang supaya tidak tumbuh lagi dahan baru di situ

- Bekas cantasan di salut bahan pembalut luka “ Shell Tree Dressing”.

Page 8: 16. TEKNIK CANTASAN DAHAN

TEKNIK CANTASAN TERKAWAL

• Pokok mempunyai satu atau dua pusaran tiada cantasan diperlukan

• Pokok yang telah membentuk tiga pusaran dahan

Page 9: 16. TEKNIK CANTASAN DAHAN

TEKNIK CANTASAN TERKAWAL

Cantas semua dahan di pusaran yang terendah

Page 10: 16. TEKNIK CANTASAN DAHAN

TEKNIK CANTASAN TERKAWAL

Cantasan dibuat dengan menggunakan kacip tajam

Bekas cantasan disapu bahan pembalut luka

Page 11: 16. TEKNIK CANTASAN DAHAN

CANTASAN PEMBETULAN

● Tujuan

- Memperbetulkan tabiat perdahanan yang tidak memuaskan.

- Memastikan tunas baka dikehendaki hidup subur menjadi pokok yang bakal ditoreh.

Page 12: 16. TEKNIK CANTASAN DAHAN

KEADAAN JEMALA DAN TEKNIK CANTASAN PEMBETULAN

1. Cabang berbentuk ‘V’ di hujung batang

- Cantas dahan yang kurang subur dan tinggalkan satu dahan untuk menjadi batang utama.

Page 13: 16. TEKNIK CANTASAN DAHAN

KEADAAN JEMALA DAN TEKNIK CANTASAN PEMBETULAN

Dahan sisi yang terlalu cergas Dahan sisi yang telah dicantas

Page 14: 16. TEKNIK CANTASAN DAHAN

KEADAAN JEMALA DAN TEKNIK CANTASAN PEMBETULAN

2. Dahan sisi yang subur dan menyebabkan pokok condong

- Pendekan dahan itu di pertengahan jemala dengan menggunakan gergaji

- Potong di bawah kelompok mata tunas

- Dahan yang berat hendaklah dipotong sedikit demi sedikit bermula dipertengahan dahan supaya kelengkang dahan itu tidak terkoyak

Page 15: 16. TEKNIK CANTASAN DAHAN

KEADAAN JEMALA DAN TEKNIK CANTASAN PEMBETULAN

3. Pusaran dahan tumbuh di satu tempat tanpa dahan utama

- Bila keadaan berlaku di bahagian batang yang bawah, cantas kesemua melainkan dahan yang paling subur yang akan menjadi batang utama

- Bila keadaan berlaku di bahagian batang yang atas, cantas dahan-dahan itu dan tinggalkan 3 – 4 dahan yang subur tetapi berjauhan antara satu sama lain.

- Dahan yang subur akan menjadi batang utama

Page 16: 16. TEKNIK CANTASAN DAHAN

KEADAAN JEMALA DAN TEKNIK CANTASAN PEMBETULAN

Dahan berlonggok di terminal tanpa dahan utama

Di tinggalkan dahan utama setelah cantasan

Page 17: 16. TEKNIK CANTASAN DAHAN

KEADAAN JEMALA DAN TEKNIK CANTASAN PEMBETULAN

• Langkah semasa membuat cantasan :

- Menggunakan kacip pokok atau gergaji yang tajam

- Potongan di buat ke paras batang supaya tidak tumbuh lagi dahan baru di situ

- Potongan mesti menyerong sedikit supaya air hujan tidak bertakung di atas permukaan luka.

- Elakkan pangkal dahan terkoyak daripada batang utama.

- Bekas cantasan di sapu tar atau wound dressing

Page 18: 16. TEKNIK CANTASAN DAHAN

KEADAAN JEMALA DAN TEKNIK CANTASAN PEMBETULAN

Mencantas dahan Menyapu tar atau Wound Dressing

Page 19: 16. TEKNIK CANTASAN DAHAN

RUJUKAN

1. Institut Penyelidikan Getah Malaysia ( 1994) Teknologi Perladangan dan Pemprosesan Getah.

2. Lembaga Getah Malaysia ( 2004 ) Manual Teknologi Penanaman Getah

3. Institut Penyelidikan Getah Malaysia (1991), Ke arah menggalakkan Tumbesaran dan meningkatkan Produktiviti Pokok-pokok Getah.

4. Risalah Impak Getah Intisari maklumat untuk pekebun kecil siri 1.1