10

Click here to load reader

1431.ppt

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 1431.ppt

KEPENTINGAN KONSEP

Page 2: 1431.ppt

Saban hari masyarakat dihidangkan dengan berita tentang konsep 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia yakni YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.Konsep ini bukanlah suatu perkara baru,sebaliknya merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan untuk memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara yang sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Page 3: 1431.ppt

Konsep ini diilhamkan berdarkan keadaaan berbilang kaum hidup dengan aman di malaysia serta prinsip ‘Rakyat Didahulukan,PencapaianDiutamakan’.

Konsep ini bertujuan menjana perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia dan melahirkan masyarakat Malaysia dikatakan signifikan kerana konsep ini dapat menghapuskan perselisihan faham antara kaum serta dapat merapatkan hubungan antara kaum.

Page 4: 1431.ppt

Misalnya orang cina dapat lebih memahami tentang budaya dan adat resam orang Melayu jika hubungan rapat diwujudkan di antara mereka.Secara langsung,perselisihan faham di antara kaum juga dapat di hapuskan.Selain itu,konsep 1 Malaysia turut memajukan ekonomi di negara Malaysia.Hal ini disebabkan keadaan perpaduan yang dilahirkan daripada konsep 1 Malaysia akan menarik pelabur atau syarikat luar negara untuk melabur di Malaysia.

Page 5: 1431.ppt

Di samping itu,konsep 1 Malaysia juga dapat menjana transformasi di malaysia.Kenbanyakan penduduk di desa mempunyai fikiran yang kolot serta lama.Jika konsep 1 Malaysia dapat ditanam di kalangan mereka,mereka akan dapat menerima transformasi yang diperkenalkan oleh kerajaan.Selain itu,dalam konsep 1 Malaysia,semua rakyat tidak mengira kaum boleh mendapat bidaan projek pembangunan kerajaan dengan adil dan saksama.

Page 6: 1431.ppt

Seterusnya,idoktrinasi konsep 1 Malaysia turut akan menjamin keadaan politik stabil di Malaysia.Pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan bukan sahaja perlu bersama dalam menjayakan gagasan ini malahan perlu mengetepikan ideologi dan kepentingan politik mereka.Hal ini kerana keperluan dan kepentingan rayat menjadi keutamaan negara.Peristiwa hitam 13 Mei 1969 seharusnya menjadi pedoman dalam setiap kamus kehidupan pemimpin mahupun rakyat.

Page 7: 1431.ppt

Rentetan itu,konsep 1 Malaysia ini pun boleh melahirkan pemimpin yang berwibawa serta menitikberatkan perpaduan di Malaysia pada masa kelak.Hal ini disebabkan kanak-kanak hari ini yang disemaikan sejak kecil,mereka akan menghormati adat resam kaum lagi.Secara langsung,rakyat akan dipengaruhu oleh sikap pemimpin tersebut serta mengambilnya sebagai teladan dalam kehidupan.Dengan ini,perpaduan antara rakyat dapat dikekalkan selama-lamanya.

Page 8: 1431.ppt

Akhirnya,reputasi negara Malaysia dapat dipertingkatkan melalui konsep 1 Malaysia.Warren Edward Buffett seorang pelabur yang terkenal di dunia pernah berkata “anda memerlukan lebih daripada 20 tahun untuk membina reputasi tetapi untuk memusnahkannya,anda hanya memerlukan masa lima minit”.Oleh itu,adalah mustahak bagi kita untuk menjaga reputasi negara.Konsep 1 Malaysia yang menjana perpaduan memang dapat menharumkan nama Malaysia.

Page 9: 1431.ppt

Deduksinya,konsep 1 Malaysia adalah mustahak bagi masyarakat berbilang kaum di Malasysia.Oleh itu,konsep 1 Malaysia perlu didukung semua pihak untuk memacu negara ke peringkat yang lebih tinggi.Diharapkan semua rakyat Malaysia berganding bahu untuk berusaha agar konsep 1 Malaysia menjadi realiti,bukannya fantasi semata-mata sahaja.

Page 10: 1431.ppt

Daripada:POVANES (4SC)

LUQMAN (4SC)

AIMIE (4SC)