3
4/9/2018 USM News Portal - TEROKA PENDEKATAN PENGAJARAN DAN POTENSI STAF - NC SERU PPBLT https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4903-teroka-pendekatan-pengajaran-dan-potensi-staf-nc-seru-ppblt 1/3 USM, PULAU PINANG, 13 April 2017 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail baru-baru ini telah mengadakan lawatan ke Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT). Dalam lawatan ini, Asma menekankan bagaimana PPBLT boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran bahasa supaya lebih ramai pelajar akan berminat untuk mengikut subjek-subjek bahasa yang ditawarkan, sesuai dengan era globalisasi dan abad ke-21. Asma turut menyeru supaya PPBLT melaksanakan keadah pengajaran ‘blended learning’, yang menggabungkan pengajaran di dalam kelas dan juga di atas talian (online) secara digital. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... TEROKA PENDEKATAN PENGAJARAN DAN POTENSI STAF - NC SERU PPBLT 14 APR

14 - Universiti Sains Malaysiaeprints.usm.my/39994/1/USM_News_Portal_-_TEROKA...4/9/2018 USM News Portal - TEROKA PENDEKATAN PENGAJARAN DAN POTENSI STAF - NC SERU PPBLT ... USM, PULAU

  • Upload
    others

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 14 - Universiti Sains Malaysiaeprints.usm.my/39994/1/USM_News_Portal_-_TEROKA...4/9/2018 USM News Portal - TEROKA PENDEKATAN PENGAJARAN DAN POTENSI STAF - NC SERU PPBLT ... USM, PULAU

4/9/2018 USM News Portal - TEROKA PENDEKATAN PENGAJARAN DAN POTENSI STAF - NC SERU PPBLT

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4903-teroka-pendekatan-pengajaran-dan-potensi-staf-nc-seru-ppblt 1/3

USM, PULAU PINANG, 13 April 2017 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor DatukDr. Asma Ismail baru-baru ini telah mengadakan lawatan ke Pusat Pengajian Bahasa, Literasi danTerjemahan (PPBLT).

Dalam lawatan ini, Asma menekankan bagaimana PPBLT boleh mempelbagaikan kaedah pengajaranbahasa supaya lebih ramai pelajar akan berminat untuk mengikut subjek-subjek bahasa yangditawarkan, sesuai dengan era globalisasi dan abad ke-21.

Asma turut menyeru supaya PPBLT melaksanakan keadah pengajaran ‘blended learning’, yangmenggabungkan pengajaran di dalam kelas dan juga di atas talian (online) secara digital.

(https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

TEROKA PENDEKATAN PENGA JARAN DAN POTENSI STAF- NC SERU PPBLT14

APR

Page 2: 14 - Universiti Sains Malaysiaeprints.usm.my/39994/1/USM_News_Portal_-_TEROKA...4/9/2018 USM News Portal - TEROKA PENDEKATAN PENGAJARAN DAN POTENSI STAF - NC SERU PPBLT ... USM, PULAU

4/9/2018 USM News Portal - TEROKA PENDEKATAN PENGAJARAN DAN POTENSI STAF - NC SERU PPBLT

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4903-teroka-pendekatan-pengajaran-dan-potensi-staf-nc-seru-ppblt 2/3

“Ini bukan sahaja dapat meningkatkan bilangan pelajar tetapi juga membolehkan keadah yang lebihberkesan dari segi kos (cost-effective) dilaksanakan termasuk untuk Program E-Masters bagi mod kerjakursus dan penyelidikan,” katanya.

Selain itu, staf PPBLT juga digalakkan memohon geran-geran di peringkat antarabangsa bagipenyelidikan atau kajian yang dijalankan.

Asma mencadangkan agar dapatan kajian itu seterusnya diterbitkan di dalam jurnal-jurnal berimpaktinggi, seperti di bawah SCOPUS dan ERA.

Tidak ketinggalan juga, beliau mengingatkan agar pihak PPBLT meneruskan usaha meningkatkantahap ‘employability’ bagi para graduan dalam bidang berkaitan. Ini amat penting dalam memastikanmereka akan memperolehi pekerjaan dalam tempoh yang diharapkan.

Selain itu, perlu diwujudkan satu hubungan berterusan (networking) di antara pusat pengajian danpara graduan atau alumni yang telah mencapai kejayaan di dalam bidang yang diceburi masing-masing.

Sementara itu, Dekan PPBLT, Profesor Dr. Tengku Sepora Tengku Mahadi turut mengadakanpembentangan berkaitan latar belakang, strategi dan output pusat pengajian.

Seramai 160 staf PPBLT hadir dalam sesi lawatan tersebut, termasuk staf dari Kampus Kesihatanmelalui keadah telesidang.

Teks: Mazlan Hanafi Basharudin

Page 3: 14 - Universiti Sains Malaysiaeprints.usm.my/39994/1/USM_News_Portal_-_TEROKA...4/9/2018 USM News Portal - TEROKA PENDEKATAN PENGAJARAN DAN POTENSI STAF - NC SERU PPBLT ... USM, PULAU

4/9/2018 USM News Portal - TEROKA PENDEKATAN PENGAJARAN DAN POTENSI STAF - NC SERU PPBLT

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4903-teroka-pendekatan-pengajaran-dan-potensi-staf-nc-seru-ppblt 3/3

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015