4
www.mbsa.gov.my ISU 008 2012 14 FEBRUARI 2012 MAJLIS PELANCARAN ZON BERSIH PIHAK BERKUASA TEMPATAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2012 M ajlis Pelancaran Program Zon Bersih, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor 2012 telah berlangsung pada 11 Februari 2012 dan untuk tahun ini, bandar raya Shah Alam dipilih sebagai tuan rumah. Program Zon Bersih, diilhamkan bagi memupuk kesedaran dan budaya cintakan kebersihan dan alam sekitar dengan penglibatan komuniti serta, pada masa yang sama bertujuan menjadikan Negeri Selangor sebuah negeri yang bersih, indah dan nyaman. Taman Tasik Shah Alam dipilih kerana lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai untuk berehat, berkunjung dan beriadah terutama kepada pengunjung berkeluarga. Dengan keindahan landskap dan persekitaran yang menarik, Taman Tasik Shah Alam akan dipantau secara menyeluruh mengikut kriteria yang ditetapkan sebagai Zon Bersih peringkat negeri Selangor. Antara kriteria yang ditetapkan adalah penyelenggaraan dari segi kebersihan dan keindahan landskap, penyelenggaraan kemudahan awam seperti bangku, permainan kanak-kanak, tandas serta kemudahan- kemudahan lain yang digunakan oleh orang ramai. Selain itu, pengurusan aduan juga merupakan kriteria yang diperlukan bagi mengesan dan membaikpulih kawasan persekitaran Zon Bersih. Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Negeri Selangor menyempurnakan majlis pelancaran yang dihadiri oleh PBT seluruh Negeri Selangor, badan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), badan korporat seperti F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, MRCB Berhad, Hotel Concorde dan Hotel Grand Bluewave.

14 FEBRUARI 2012 008 2012 MAJLIS ... 8 2012.… · BANTU BAIKI TAHAP KUALITI AIR TASIK ... Manakala sampah pukal berupa alat tukangan seperti papan dan sisa kayu, ... kabel elektrik,

  • Upload
    vuhanh

  • View
    248

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

www.mbsa.gov.my

ISU0082012

14 FEBRUARI 2012

MAJLIS PELANCARAN ZON BERSIH PIHAK BERKUASA TEMPATAN

PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2012

Majlis Pelancaran Program Zon Bersih, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri

Selangor 2012 telah berlangsung pada 11 Februari 2012 dan untuk tahun ini, bandar raya Shah Alam dipilih sebagai tuan rumah. Program Zon Bersih, diilhamkan bagi memupuk kesedaran dan budaya cintakan kebersihan dan alam sekitar dengan penglibatan komuniti serta, pada masa yang sama bertujuan menjadikan Negeri Selangor sebuah negeri yang bersih, indah dan nyaman.

Taman Tasik Shah Alam dipilih kerana lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai untuk berehat, berkunjung dan beriadah terutama kepada pengunjung berkeluarga. Dengan keindahan landskap dan persekitaran yang menarik, Taman Tasik Shah Alam akan dipantau secara menyeluruh mengikut kriteria yang ditetapkan sebagai Zon Bersih peringkat negeri Selangor.

Antara kriteria yang ditetapkan adalah penyelenggaraan dari segi kebersihan dan keindahan landskap, penyelenggaraan kemudahan awam seperti bangku, permainan kanak-kanak, tandas serta kemudahan-kemudahan lain yang digunakan oleh orang ramai. Selain itu, pengurusan aduan juga merupakan kriteria yang diperlukan bagi mengesan dan membaikpulih kawasan persekitaran Zon Bersih.

Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Negeri Selangor menyempurnakan majlis pelancaran yang dihadiri oleh PBT seluruh Negeri Selangor, badan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), badan korporat seperti F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, MRCB Berhad, Hotel Concorde dan Hotel Grand Bluewave.

www.mbsa.gov.my

MBSA PERKENAL ANUGERAH TOKOH LA 21 SHAH ALAM

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) buat julung kalinya memperkenalkan

Anugerah Tokoh LA 21 Shah Alam sebagai tanda penghargaan kepada individu atau organisasi daripada badan bukan kerajaan (NGO), badan professional, industri dan komuniti yang menjayakan usaha-usaha Local Agenda 21Shah Alam.

Penerima Anugerah LA 21 Shah Alam bagi kategori badan bukan kerajaan diterima oleh En. Krishna Moorty. Beliau merupakan antara penggerak utama di atas kejayaan penganjuran program tahunan MBSA seperti Program Shah Alam Rivers and Trees for Life anjuran pihak MBSA yang diadakan sejak beberapa tahun yang lalu. Beliau berperanan penting dalam mempromosikan aktiviti pemuliharaan alam sekitar dan membantu mewujudkan jajaran hijau di persisiran Sungai Renggam di sekitar Shah Alam. Beliau telah

menarik penyertaan beberapa kumpulan sukarelawan dan pencinta alam sekitar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Anugerah Tokoh LA 21 Shah Alam bagi kategori profesional pula diterima oleh Y.Bhg Dato’ Shahoran B. Johan Ariffin merupakan seorang pakar dalam bidang perlandskapan dan menjadi salah seorang jawatankuasa landskap MBSA. Beliau merupakan seorang yang sentiasa mengikut perkembangan perlandskapan di Malaysia terutamanya di bandar raya Shah Alam dan meneruskan usaha dalam menyumbangkan idea dan perancangan terhadap perlandskapan Negara. Kerana jasa beliau Shah Alam kini menjadi sebuah bandar raya yang mempunyai landskap yang teratur dan indah.

Manakala bagi kategori industri pula, penerima anugerah ialah F & N Beverages Marketing Sdn Bhd yang sentiasa bersama

pihak Majlis merancang program dan aktiviti berbentuk Corporate Social Responsibility (CSR). Penglibatan syarikat ini dalam kegiatan alam sekitar membantu pihak MBSA melaksanakan pertandingan kitar semula peringkat sekolah sekitar Shah Alam sejak tahun 2006.

Bagi kategori komuniti pula, penerima Anugerah Tokoh LA 21 Shah Alam ialah Encik Mazlan B. Idruss, Setiausaha Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 7 Shah Alam. Bertanggungjawab melaksanakan program kitar semula yang berunsurkan minyak masak bersama komuniti Surau Al-Husna, Seksyen 20 Shah Alam. Beliau merupakan contoh kepada komuniti dan persatuan-persatuan yang lain dalam mempergiatkan aktiviti alam sekitar di kalangan penduduk.

Penerima Anugerah LA 21 Shah Alam bagi kategori badan bukan kerajaan, En. Krishna Moorty.

Penerima anugerah bagi kategori industri, F & N Beverages Marketing Sdn Bhd. Penerima Anugerah Tokoh LA 21 Shah Alam kategori komuniti , Encik Mazlan B. Idruss, Setiausaha Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 7 Shah Alam.

Anugerah Tokoh LA 21 Shah Alam bagi kategori profesional diterima oleh Y.Bhg Datuk Shahoran B. Johan Ariffin .

• Aduan boleh dibuat di talian : - 03 5510 5461 - 03 5513 0878 Beroperasi Isnin hingga Jumaat 8.00 pagi - 6 petang , termasuk Sabtu, Ahad & Cuti Umum 8.00 pagi - 12.00 tengahari

• Talian 24 JAM bagi masalah setempat seperti banjir, tanah runtuh, pembuangan sampah haram : - 03 5510 5811• Aduan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) boleh disalurkan dengan menaip

<MBSA>< ADUAN> <(MESEJ)>HANTAR KE 15888

BILIK GERAKAN OPERASI SAMPAH MBSAINFO....

www.mbsa.gov.my

TEKNOLOGI MUD BALL EM BANTU BAIKI TAHAP KUALITI AIR TASIK

Sumber air yang semakin tercemar akibat aktiviti pembangunan yang

giat dijalankan boleh mengakibatkan pencemaran, sekaligus mengganggu punca bekalan air bersih semakin berkurangan. Penggunaan teknologi yang semakin maju mampu membantu membaikpulihkan pencemaran yang berlaku.

Baru-baru ini, pada Majlis Pelancaran Program Zon Bersih Pihak Berkuasa Tempatan Peringkat Negeri Selangor 2012 di Taman Tasik Shah Alam, tuan rumah,

Majlis Bandaraya Shah pihak Majlis telah mengadakan gimik melontar mudball EM ke dalam tasik berhampiran.

Teknologi EM, mampu membersihkan air kolam dan dalam pada masa yang sama tidak mengganggu dan membahayakan kehidupan air yang ada. Sumber semula jadi yang digunakan mampu membantu merawat air yang tercemar, menyah-bau / meneuteralkan bau air dan mencernakan kelodak sungai, tasik buatan dan kolam takungan.

Mudball EM ialah bola yang dihasilkan daripada campuran lumpur yang ditambahkan dengan larutan EM iaitu Effective Microorganism Solution yang mengandungi banyak mikroorganisma termasuk bakteria laktik asid, yis dan bakteria fototrofik. Apabila bola lumpur ini digunakan, ia akan mendorong pembentukan mikroflora dalam air, iaitu asas utama ekosistem dalam sungai dan laut. Air secara tidak langsung akan dibersihkan melalui rantaian makanan dari plankton dan ikan kecil.

www.mbsa.gov.my

BULETIN KOMUNITI INI DITERBITKAN OLEH : JABATAN KORPORAT, MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

TINGKAT G, WISMA MBSA PETI SURAT 7200 PERSIARAN PEMBANDARAN, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR D.E

: www.mbsa.gov.my: www.korporat-mbsa.blogspot.com

: fb.com/majlisbandarayashahalam: +603 5522 2743 / 2741

: [email protected]

: twitter.com/sacitycouncil

KETAHUI JENIS-JENIS SAMPAH

PENGURUSAN SAMPAH DI SEKOLAH

Keindahan kawasan persekitaran sekolah dapat dilihat melalui keceriaan

dekorasi taman dan kreativiti pihak sekolah bersama-sama para pelajar dalam menghias dan menceriakan persekitaran mereka. Walaubagaimanapun, pengurusan sampah di sekolah adalah di bawah tanggungjawab dua pihak iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak pengurusan sekolah. Sampah domestik yang terdiri daripada bahan sisa

makanan, bekas makanan dan minuman, kertas dan sampah kecil diuruskan oleh pihak pengurusan sekolah itu sendiri, manakala sisa pepejal yang lain dan sisa kebun adalah di bawah tanggungjawab PBT seperti MBSA.

Manakala sampah pukal berupa alat tukangan seperti papan dan sisa kayu, aluminium, perabot, dan barangan elektrik adalah di bawah pengurusan sekolah itu sendiri. Pihak pengurusan sekolah seharusnya

melantik kontraktor bagi menguruskan sampah pukal. Hal ini kerana kontraktor yang disediakan oleh MBSA hanya mengurus dan mengutip sampah domestik sahaja.

Sehubungan itu, MBSA mengharapkan kerjasama dan perhatian pihak pengurusan sekolah-sekolah di Shah Alam dalam membantu pihak Majlis menangani masalah sampah di kawasan Shah Alam.

KLASIFIKASI SAMPAH

SAMPAHPUKAL

Terdiri daripada bahan buangan berbentuk pepejal seperti barangan elektrik dan perabot.

SAMPAH INDUSTRIDAN PEMBINAAN

Terdiri daripada bahan buangan pembinaan seperti batu-bata, papan yang tidak digunakan, kabel elektrik, dan pasir yang terhasil daripada kawasan pembinaan seperti kawasan perumahan, kawasan pembinaan industri dan sebagainya.

SAMPAHKEBUN

Merupakan bahan buangan yang terhasil daripada hasil-hasil kebun atau pertanian seperti terhasil daripada penebangan pokok-pokok hiasan tepi jalan, dahan atau kayu, sisa buangan tumbuhan yang mati dan daun-daun kering yang gugur.

SAMPAHKOMERSIL

SAMPAH

ORGANIKMerupakan sampah yang boleh dileraikan dalam jangka masa yang pendek dan melalui proses penguraian secara semula jadi, boleh diolah menjadi baja kompos.Contoh : Sisa makanan, sisa pertanian, dan sisa tanaman.

BUKAN ORGANIK

Merupakan sampah yang terlerai dalam jangka masa panjang dan tidak terurai secara semula jadi dan terhasil dari bahan kimia (chemical).Contoh : Bahan buangan klinikal, industri, pembinaan dan bahan buangan komersial seperti kertas, plastik,

aluminium, perabot dan barangan elektrik.