Upload
michael-malone
View
132
Download
5
Embed Size (px)
DESCRIPTION
pengurusan masa
Citation preview
Diterbitkan oleh : Lunaworks Sdn Bhd (958148-P) No 32 Jalan Danau Lumayan 1,
Pusat Perniagaan Danau Lumayan,
Bandar Permaisuri Cheras,
56000 Kuala Lumpur.
Tel : +60392265152 Emel : [email protected]
Font : Century Gothic Saiz:12
Laman web rasmi : www.lunatots.com
Kedai buku online : www.lunatots.com/shop
Facebook : www.facebook.com/lunatots
Dicetak oleh :
Imej Lestari Kreatif Sdn Bhd (671559-W) 14-A 1st Floor, Jalan Bunga Tanjung 2/16,
Seksyen 2,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : +60355102290
Buku 13 Tips Menguruskan Masa Secara Efisien ini adalah buku sah yang
ditulis oleh Siti Nur Suraya binti Mohamed Ali.
Hak cipta terpelihara.
Tidak dibenarkan mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau
cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Lunaworks Sdn Bhd.
Penulis berusaha sedaya-upaya memastikan buku yang ditulis ini
mengandungi maklumat yang tepat dan berautoriti daripada segi subjek yang dibincangkan. Penulis dan penerbit buku ini tidak boleh dianggap
memberikan khidmat nasihat motivasi, kewangan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca.
Sekiranya nasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila dapatkan nasihat dan khidmat daripada pakar yang berkelayakan.
PENGENALAN
Wanita memiliki anugerah hebat iaitu multitasker - boleh melakukan banyak perkara
dalam satu masa. Berapa ramai daripada kita yang mahu mengoptimakan
penggunaan masanya yang masih 24 jam juga (tidak bertambah pada setiap
kelahiran anak) namun masih rasa 'terikat' dan 'tersekat'.
Mengapa ibu perlu membahagikan masa dengan berkesan?
Rata-rata, ibu di Malaysia berusia 25 - 37 tahun. Kumpulan umur tersebut merupakan
fasa mendaki kerjaya bagi seorang individu sama ada lelaki atau perempuan.
Biasanya, anak boleh berdikari iaitu mandi, kencing dan makan sendiri pada usia 6
tahun dan katakan anak terakhir anda dilahirkan semasa anda berusia 35 tahun. Ketika
beliau berusia 6 tahun, anda telahpun berusia 41 tahun!
Berusia 41 tahun dan mahu memulakan sesuatu yang baru pastinya tidak mudah
bukan?
Jadi, anda perlu mulakannya sekarang. Maksud saya, mula bertindak hari ini untuk
melihatnya membuahkan hasil selepas suatu jangka masa yang ditetapkan oleh anda
sendiri. Menariknya bila berbicara mengenai kejayaan, anda tidak pernah terlewat biar
berapa pun usia anda.
Buku ini mungkin bukan buku pertama yang anda baca mengenai pengurusan masa
dan pencapaian kejayaan namun ianya hasil tulisan saya yang pertama setelah
hampir 6 tahun berkecimpung dalam dunia keusahawanan. Daripada ibu yang
bekerja dari rumah kepada seorang pemilik perniagaan bertaraf antarabangsa, ianya
kisah benar untuk saya kongsikan.
Saya aturkan dalam bentuk poin supaya lebih mudah digarap dan diterima oleh
pembaca.
Kesemua soalan dan ruang kosong didalam buku ini perlu diisi dalam usaha
menjadikan kita insan yang bermimpi. Bermimpi dengan paksi realiti pastinya.
Cabaran 30 hari untuk melengkapkan kesemua 13 tips ini,bagaimana? Cukup
komitedkah anda untuk berjaya?
Puan Suraya Ali Penulis, Trainer dan Pengasas Butik Bayi Lunatots
TIPS 1 : SISTEM GPS DALAMAN DIRI
Hidup yang bermatlamat bagaikan mempunyai sistem GPS dalaman. Anda perlu tahu
ke mana yang perlu dituju dan di mana anda sekarang.
Umum mengetahui bahawa masa ialah emas iaitu simbol kekayaan dan kewangan.
Apabila kita mahu menguruskan masa secara efisien, kita perlu belajar menguruskan
kewangan kita dengan sempurna. Atau hampir sempurna.
CABARAN 2 HARI
OBJEKTIF : Untuk melengkapkan jadual pendapatan dan perbelanjaan bulanan
individu.
Jadual A : Pendapatan Aktif
Jenis Pendapatan Bulanan (RM)
Gaji Pendapatan Sampingan Pendapatan dari Perniagaan JUMLAH
Jadual B : Pendapatan Pasif
Jenis Pendapatan Bulanan (RM)
ASB Tabung Haji Emas Simpanan Pendapatan dari Rumah Sewa Pendapatan dari Perniagaan Melalui JV Royalti Buku / Skrip / Lagu JUMLAH
Jadual C : Perbelanjaan
Jenis Perbelanjaan Bulanan (RM)
Ansuran Rumah Ansuran Kereta Belanja Sekolah Anak Petrol Belanja Dapur Belanja Makan di Luar Bayaran Ansuran Belajar Insurans JUMLAH
TIPS 2 : TARGET BEBAS KEWANGAN
Bebas Kewangan (Financial Freedom) ialah terma dimana segala pendapatan
daripada JADUAL B dapat digunakan untuk membayar perbelanjaan dalam JADUAL C
(rujuk TIPS 1)
Dalam keadaan ini, setiap individu bekerja kerana mereka mahu. Bukannya kerana
mereka perlu berikutan kesemua perbelanjaannya boleh dibayar melalui pendapatan
pasifnya iaitu tanpa perlu pergi bekerja.
Bagaimana jika kita berada dalam kumpulan individu ini? Pasti pada waktu itu, kita
boleh memilih hidup yang bagaimana yang dimahukan sama ada meluangkan masa
dengan anak-anak, menyumbang semula kepada masyarakat atau mungkin
berpindah ke Madinah seisi keluarga untuk mengabdikan diri kepada Pencipta?
CABARAN 1 HARI
OBJEKTIF: Untuk menyenaraikan apa yang akan anda lakukan sebaik sahaja anda
bergelar Bebas Kewangan:
1.____________________________________________________________________
2.____________________________________________________________________
3.____________________________________________________________________
Selepas mengisi sebab apa yang akan anda lakukan setelah bebas kewangan,
perjalanan kejayaan anda akan lebih lancar.
Dengan melengkapkan jadual dalam TIPS 1, anda boleh mula merangka rancangan
seterusnya iaitu bilakah anda akan bebas kewangan.
Tips Bonus : Untuk mendapatkan pendapatan pasif yang tinggi, langkah pertama ialah
meningkatkan pendapatan aktif kita. Lebih tinggi pendapatan aktif kita, lebih banyak
wang yang boleh disimpan bagi tujuan menjana pendapatan pasif anda dan
keluarga.
CABARAN 2 HARI
OBJEKTIF : Untuk merangka pendapatan pasif anda dalam tempoh 10 tahun pertama
bermula tahun 2013.
TAHUN 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022 2023
DIVIDEN
SIMPANAN
ASB
DIVIDEN
SIMPANAN
TABUNG
HAJI
DIVIDEN
UNIT TRUST
KENAIKAN
HARGA
EMAS
RUMAH
SEWA 1
RUMAH
SEWA 2
BUSINESS
JOINT
VENTURE
LAIN-LAIN
JUMLAH
TIPS 3 : BUAT PERKARA CINTA DENGAN CINTA
Ini adalah bahagian yang paling sukar.
Terutama apabila tiba-tiba ditanya seseorang.
Renung kembali mengapa ianya terasa sukar?
Sebab kita tidak menulis dan menuturkannya.
Tiga tips TU iaitu :
1. TULIS
2. TUTUR
3. TURUT
Mulakan dengan menulis apa yang anda sangat suka.
Semakin anda tulis, semakin anda memahami diri anda sebenar.
Tidak mengapa jika pada kali ke 10 anda menulis tentang apa yang anda suka, ianya
perkara yang berlainan.
Kerana jika anda tidak bermula, anda tidak akan pernah tahu bahawa itu sebenarnya
yang bermain di fikiran anda.
Apakah yang anda rasa apabila anda sukakan apa yang anda lakukan sekarang?
Bilamana anda sanggup tidak makan, tidak mandi dan tidak merasa penat.
Anda melakukan tanpa disuruh sesiapa.
Dan bagaimana jika anda tidak tahu apa yang anda suka?
Ambil masa bersendirian dan pejamkan mata.
Tarik nafas dan lepas sebanyak 10 kali.
Pada kali yang kesepuluh tarikan nafas, fikirkan satu perkara yang anda paling
suka.
Yang membuatkan anda tersenyum sendiri.
Mungkin anda suka bercakap dihadapan orang seperti waktu ucapan akhir tahun
yang anda lakukan semasa di Tingkatan 4.
Mungkin juga anda merasa gembira sewaktu berinteraksi menggunakan Facebook.
Maka itulah yang anda patut lakukan. Lakukannya untuk menjana keuntungan seperti
menjadi Facebook Manager kepada mana-mana syarikat atau usahawan.
Minda, usaha dan tubuh badan anda akan menurut apa yang anda tulis dan tutur
berulang kali. Setiap hari TULIS, TUTUR dan TURUT.
Kekalkan ketiga-tiga perkara penting dalam anda untuk sentiasa berada dalam keadaan yang bertenaga tinggi (high energy). Sebagai ibu, isteri dan usahawan anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang optimum iaitu
Body - Mempunyai tubuh badan yang sihat Mind - Mengekalkan untuk berada dalam keadaan yang tenang untuk sebarang
pertimbangan Soul - Mencari kekuatan berbentuk spiritual terutama hubungan dengan
Pencipta iaitu Allah S.W.T dan makhluk-Nya yang lain
TIPS 4: PILIH HANYA SATU IMPIAN DAN LAKSANAKANNYA SATU DEMI SATU
Ramai insan punya impian. Saya percaya kita akan dapat capai impian itu suatu hari
nanti.
Namun lebih mudah sekiranya kita cuba untuk mencapainya satu demi satu.
Contoh-contoh impian ialah:
o Ada individu yang mahu capai status jutawan iaitu membuat jualan 1 juta
sebelum usia 28 tahun.
o Ada yang mahu buat pembedahan lasik mata pada usia 30 tahun.
o Ada juga yg mahukan 5 org anak dan melihat semuanya berjaya mendapat
ijazah dari universiti.
Tiada yang betul atau salah dalam menentukan tujuan hidup anda.
Cuma tentukan impian anda hari ini supaya tiada yang 'tidak tentu' atau 'tidak pasti'
sepanjang hidup anda.
CABARAN 2 HARI
OBJEKTIF : Untuk menyenaraikan satu demi satu impian yang utama mengikut grupnya.
1. Impian kekayaan saya ialah
_______________________________________________________________________________
2. Impian kesihatan saya ialah
_______________________________________________________________________________
3. Impian ibadah spiritual saya ialah
_______________________________________________________________________________
4. Impian pelancongan saya ialah
_______________________________________________________________________________
5. Impian kekeluargaan saya ialah
_______________________________________________________________________________
TIPS 5 : DAPATKAN DEADLINE SETIAP SATU
Impian lebih teratur bila ada deadline. Bagaikan 'garisan mati' yang tidak boleh tidak,
ianya perlu berlaku.
Tips Bonus : Jika anda tidak jelas dengan impian hidup, atau tidak pernah
membayangkan apa yang lebih daripada apa yang anda miliki hari ini, selak buku
biografi atau majalah wanita bahagian wanita cemerlang yang menginspirasikan
anda untuk menjadi seperti mereka (atau lebih baik).
Bagaimana dengan menyediakan deadline anda sendiri? Pasti hati rasa tidak tenang
dan terkejar-kejar, komited dengan kejayaan. "Don't be pushed by your problems; be led by your dreams."
Contoh :
Impian : Mempunyai perniagaan sampingan dan beroleh pendapatan
sebanyak RM10,000 sebulan dari perniagaan.
Deadline : 31 Disember 2013
Tempoh masa : 12 bulan
Langkah-langkah :
PERKARA DEADLINE DONE
Menempah logo untuk branding perniagaan 15 Januari 2013 Membina fanpage perniagaan 31 Januari 2013 Menambah jumlah like pada fan page 10 Februari 2013 Membina laman web perniagaan 21 Februari 2013 Membuat hebahan melalui emel kepada majalah dan surat khabar berkaitan perniagaan
28 Februari 2013
Segala aktiviti yang menjurus kepada impian anda perlu direkodkan, seterusnya
tandakan tarikhnya. Minda, perasaan dan tubuh badan anda akan melakukan apa
yang anda tulis kerana anda meletakkan 100% komitmen sewaktu menulisnya.
Dapatkan buku Bina Branding dari Kosong oleh Puan Suraya Ali untuk memahami rahsia
sesuatu brand dan kejayaannya.
CABARAN 2 HARI
OBJEKTIF : Untuk menyenaraikan satu impian dan seterusnya meletakkan deadline
pada setiap aktiviti.
TIPS 6 : BUAT PECAHAN IMPIAN
Pecahan impian ini sesuai bagi impian yang mempunyai angka. Contohnya jumlah
jualan mahupun sesuatu capaian kejayaan berfasa.
Dari RM1 menjadi RM1000 memang mustahil.
Tiada siapa berani berjanji bahawa dia boleh memberikan pulangan RM1000 dengan
RM1 yang dilaburkannya hari ini. Namun jika daripada RM1 ianya tidak mustahil untuk
digandakan kepada RM2.
Begitu juga dari RM2 kepada RM4.
RM4 kepada RM8.
RM8 kepada RM16.
RM16 kepada RM32.
RM32 kepada RM64.
RM64 kepada RM128.
Modal RM128 kepada RM256.
RM256 menjadikan RM512 dan akhirnya menjadi RM1024.
Impian yang kita letakkan biasanya besar.
Sangat besar sehingga kadangkala kedengaran mustahil.
Cuba kecilkan impian kepada subbahagian.
"Setiap impian kecil yang disyukuri akan membawa kepada
impian yang lebih besar"
Contohnya : Impian jualan RM100,000 setahun.
Dibawah merupakan jadual jualan yang dipecahkan kepada jualan bulanan.
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis (RM) 8333 8333 8333 8333 8333 8333 8333 8333 8333 8333 8333 8333
CABARAN 1 HARI
OBJEKTIF : Untuk menyenaraikan satu impian dan memecahkannya kepada
pencapaian kecil mengikut tempoh yang perlu dicapai.
TIPS 7 : MILIKI TELEFON PINTAR
Telefon pintar ialah telefon yang boleh digunakan untuk menyambung secara terus ke
Internet.
Suatu ketika dahulu telefon pintar mungkin boleh dikategorikan sebagai liabiliti atau
benda yang boleh susut nilai.
Namun sebagai seorang usahawan, gadget seperti telefon pintar merupakan aset
yang boleh menggandakan jualan dan pemasaran bergerak. Ia boleh dimanfaatkan
untuk menghantar emel, menaip surat dan menyelesaikan tugasan contohnya menulis
e-book seperti yang saya lakukan ketika menyediakan buku ini.
Terdapat beberapa Android apps yang boleh di muat turun di dalam telefon pintar
anda supaya kehidupan dan perniagaan anda lebih efisien seperti :
Evernote Aplikasikan telefon pintar untuk menulis nota yang dapat synchronize antara
telefon, laptop atau mana-mana gadget yang mempunyai talian internet. Dengan
cara ini, nota (atau mungkin e-book) anda tidak hanya berada di dalam telefon
namun berada di mana-mana tempat yang boleh akses. Ini bermakna anda boleh
berkerja di mana-mana.
Polaris Office - Aplikasikan untuk membuka, menggunakan dan menyimpan fail dalam
format doc, excel dan power point. Mudah dan pantas!
Page Manager - Aplikasikan untuk menguruskan page Facebook, update status dan
membalas mesej dari prospek pelanggan.
Skype & Viber - Aplikasi yang dapat menghubungkan panggilan telefon antara dua
pemanggil yang mempunyai aplikasi ini untuk saling berhubung secara percuma.
Whatsapp Aplikasi komunikasi yang boleh menghantar teks dan gambar di mana
jarak yang jauh menjadi dekat. Sangat dekat dan mudah.
Thinking Space - Aplikasi mindmap yang memberikan anda ruang eksplorasi minda
yang lebih bebas terutamanya apabila merangka sesuatu kerja.
Astrid Tasks - Aplikasi yang boleh menyimpan deadline setiap satu tugasan kita.
Sebarang to do list boleh disenaraikan di dalam aplikasi ini.
TIPS 8 : MEMPUNYAI AKAUN FACEBOOK
Teknologi yang pesat memungkinkan kita berada di 'banyak' tempat pada masa yang
sama.
Facebook merupakan peluang dan ruang untuk kita memaksimakan penggunaan
masa.
Tips untuk menggunakan Facebook (FB) secara berkesan :
Akaun Facebook adalah personal anda.
Buka page Facebook anda di www.facebook.com dengan nama perniagaan
anda contohnya Jejari Emas.
Elakkan meletakkan gambar keluarga atau anak-anak di page perniagaan.
Beritahu lokasi, promosi, tips dan update terkini perniagaan anda didalam FB.
Selepas 7 informasi yang diberi, update satu (1) iklan promosi produk untuk
mengelakkan iklan semata-mata.
Update page Facebook anda sekurang-kurangnya sehari 3 kali menggunakan
Facebook Scheduler. Dengan cara ini, anda tidak perlu berada terlalu lama
melayari Facebook.
Luangkan masa maksima satu (1) jam sehari untuk update status Facebook dan
melayan pertanyaan pelanggan.
Dengan penggunaan telefon pintar, tugas ini lebih mudah dikendalikan dengan
efisien.
Elakkan 'tersangkut' lama di Facebook melihat status atau newsfeed yang tidak
mendatangkan manfaat.
Kejayaan adalah komitmen.
Rintisan kejayaan memerlukan komitmen.
Penggunaan Facebook dengan komited dan efisien akan melonjakkan perniagaan
anda ke satu tahap yang lebih baik.
CABARAN 1 HARI
OBJEKTIF : Untuk menyediakan 3 posts sehari untuk di update di facebook page
perniagaan anda.
TIPS 9 : MEMPUNYAI VISION BOARD
Benar, saya percaya bahawa anda punya visi dan impian.
Adakah anda mempunyai gambaran visi dan impian dalam bentuk bergambar?
Maksud saya, gambar sebenar. Jika anda belum ada, ada boleh mula menyimpan
sebarang gambar yang anda suka dari laman web dan mencetaknya.
Ini kerana minda manusia bertindak secara visual iaitu merakam dan merealisasikan
apa yang mereka nampak secara terus.
Tampalkan semua impian anda di atas sebuah kertas keras.
Tuliskan tarikh pada setiap impian.
Jika tidak muat, buat dua (2) atau tiga (3) vision board anda.
Minda dan seluruh badan anda akan berkerja ke arah impian anda yang terpampang
pada vision board.
Hati-hati dengan pilihan kata-kata dan tindakan bayangan anda kerana ianya akan
menjadi benar!
Bagaimana pula jika anda melengah-lengahkan atau lebih parah bila tidak pernah
ada masa untuk membuat vision board?
Impian juga berlengah kepada anda.
Mulakan hari ini dan rasakan sendiri impaknya.
Bagaimana pula jika impian tersebut terlalu besar sehingga agak mustahil untuk
dilakukan?
The sky is the limit.
Selagi anda boleh bernafas, selagi itu tidak ada apa yang mustahil.
Yang mustahil adalah apabila impian tu tidak pernah dilafazkan, diungkapkan apatah
lagi digambarkan!
CABARAN 3 HARI
OBJEKTIF : Untuk menyiapkan Vision Board anda yang mengandungi impian yang anda
mahu lakukan sepanjang anda hidup.
TIPS 10 : TIDAK BERTANGGUH
Menjadi ibu tidak boleh bertangguh apatah lagi menjadi seorang usahawan, isteri dan
ibu dalam masa yang sama.
Pencuri sebuah kejayaan ialah sikap bertangguh.
Bila untuk melakukannya? Sekarang.
Siapa akan melakukannya? Anda.
Bagaimana untuk melakukannya? Cari.
Bila terdetik sesuatu di hati, atau terfikir suatu idea yang menarik, terus lakukannya.
Hari itu juga.
Bagaimana anda sebagai ibu melakukannya, begitu juga sikap anak-anak kita.
Saya pasti anda ibu yang bijak kepada anak-anak yang cemerlang.
Orang cemerlang tidak bertangguh.
Mulakan dengan langkah pertama iaitu mempunyai buku nota yang akan mengisi
tentang apa yang anda mahu lakukan dalam hidup.
TIPS 11 : ADA MASA UNTUK DIRI SENDIRI
Ramai ibu tidak meluangkan masa untuk diri mereka sendiri.
Seumur usianya dan sepanjang hidupnya adalah untuk membahagiaan anak-anak
dan keluarga. Namun, kadangkala ibu berusaha memujuk hati untuk gembira.
Berapa ramai daripada anda yang mahu jika kita dapat jalan tengah di antara kedua-
duanya? Ada masa berkualiti dengan anak-anak dan punya kerjaya yang
dibanggakan.
"Ibu yang gembira membesarkan anak-anak yang gembira"
Saya menggalakkan ibu-ibu yang sepenuh masa menjaga anak untuk meluangkan
'me-time' mereka secara harian, mingguan dan bulanan.
Contohnya, 1 jam pada pukul 6 hingga 7 petang di mana suami membawa anak-anak
bermain di padang (seminggu 2 kali) semasa anda menikmati 'me-time' tersebut.
Atau 3 jam setiap minggu untuk ke perpustakaan untuk menulis atau berjumpa
pelanggan.
Rules untuk 'Me-time' ialah :
Tidak dibenarkan membuat kerja rumah.
Waktu mandi dan solat tidak termasuk dalam 'me-time' ini.
Anda boleh membaca buku kegemaran, menulis mahupun meluangkan masa
berfikir.
Berjumpa kawan-kawan untuk tujuan kumpulan sokongan juga adalah 'me-time'
anda.
Me-time saya ialah pada hari ____________ jam ________ sehingga___________
selama __________jam/minit
CABARAN 1 HARI
OBJEKTIF : Untuk menentukan me-time anda demi kualiti hidup yang lebih baik.
TIPS 12 : ADA MASA UNTUK SETIAP ANAK
Mula tandakan jadual anda, 1 jam setiap minggu untuk setiap anak secara
bersendirian.
Ianya boleh dilakukan sambil menyiapkan kerja rumah seperti membeli barang dapur
mahupun menyidai kain.
Luangkan masa berbual dengannya tentang pelbagai perkara. Sesekali, tanya
pendapatnya dan dengar jawapannya. Simpan telefon pintar mahupun komputer riba
anda dan pandang ke wajah mereka.
Pegang tangan dan peluk jika berpeluang.
Sesi ini adalah penting untuk pengisian emosi ibu dan setiap anak. Anda tidak akan
rasa terlepas sebarang momen sekalipun sibuk berikutan ikatan dan komitmen yang
kuat antara kalian.
TIPS 13 : MEMPUNYAI PEMBANTU
Pembantu di rumah dan perniagaan boleh jadi sama ada suami, adik ipar, pembantu
rumah separuh atau sepenuh masa.
Sekiranya anda perlu melakukan kerja di luar dan meninggalkan anak dirumah
pengasuh, usah rasa bersalah.
Anda sedang melakukan sesuatu untuk masa sekarang dan masa depan anda dan
keluarga.
Bila ada pertembungan 'rasa' antara keluar bekerja atau menjaga anak-anak, niatkan
apa yang anda buat adalah untuk menambah nilai hidup insan lain disekeliling anda.
"Anda adalah Pegawai Pemasaran paling hebat dalam perniagaan anda"
Atur strategi dan pastikan momen anak ditinggalkan di rumah pengasuh adalah
berbaloi dengan apa yang sedang anda lakukan.
Kebanyakan ibu rasa bersalah apabila tugas menjaga anak diserahkan kepada insan
lain seperti adik, emak mahupun mertua.
Mula beri ruang kepada insan lain untuk menyumbang kepada hidup anda.
Percayalah, mereka juga bahagia meluangkan momen bersama anak-anak anda
yang comel.
BONUS TIPS 14 : HONEYMOON DAN DATING
Dalam kesibukan mengatur anak-anak dan kerjaya, masa yang sedikit perlu dibahagi
sama rata dengan suami tercinta.
Bayangkan tempoh membesarkan anak-anak adalah sehingga sekurang-kurangnya
setelah mereka berusia 20 tahun dan jika anak terakhir dilahirkan semasa usia anda 35
tahun, masa untuk anda bersenda gurau dengan suami ialah pada usia 55 tahun!
Indah bila perjalanan membesarkan anak-anak dan karier adalah selari.
Luangkan masa keluar berdua bersama suami.
Berbual tentang apa yang anda dan suami gemari mahupun tentang impian untuk
anak-anak.
Cinta yang sudah bercambah perlu disiram selalu, kan?
BONUS TIPS 15 : BERKONGSI CINTA DAN CITA-CITA
Cinta dan cita-cita perlu dikongsikan.
Jika anda sedang menyimpan duit untuk membeli sesuatu, beritahu seisi keluarga iaitu
suami dan anak-anak.
Saya percaya mereka akan bersatu hati membantu anda mencapai apa yang anda
impikan. Begitu juga dengan cinta.
Selalu beritahu kasih sayang anda, hati anda dan jangkaan anda. Luahkan apa sahaja
yang terlintas dalam fikiran anda pada insan yang tersayang.
Mereka adalah insan yang akan menerima buruk dan baik anda sepenuhnya. Saya
kongsikan satu cerita.
Pada suatu hari, anak sulung saya Ammar Zikry bertanya "Mommy, kenapa McDonalds
ada S di hujungnya?"
Saya jawab "Tidak tahu" kerana sungguh saya tidak tahu selain daripada nama hujung
pengasasnya huruf S, sama seperti HAFIS (mungkin).
Melihat jawapan saya, Zikry menerangkan dengan bersungguh "Kerana McDonalds
ada banyak di seluruh dunia. Macam Lunatots (nama perniagaan saya)" Mungkin anak
kecil ini sering mendengar bahawa suatu hari nanti Lunatots akan banyak di Malaysia
dan luar negara.
Pada waktu itu, ketakutan saya untuk bergerak dan membuat francais Lunatots
bagaikan hilang ditarik.
Hilang dek cinta tanpa sempadan seorang anak.
Dengan berkongsi, anda mencapai satu fasa yang seterusnya dalam perjalanan
kejayaan anda.
Bayangkan berapa banyak peluang yang anda terlepas hanya kerana
menyimpannya seorang diri dan tidak berkongsi?
BONUS TIPS 16 : PUNYAI MENTOR ATAU COACH
Rahsia Nombor 1 kejayaan ialah mempunyai Mentor.
Cari insan yang pernah berjaya dalam perjalanan yang hampir sama seperti yang
anda mahu dan turuti beliau.
Hadiri program beliau, berkawan dengan beliau, makan dengan beliau, berbual
dengan beliau.
Belajar bagaimana beliau melakukannya supaya ianya dapat dijadikan panduan
untuk kita sama-sama mengecapi kejayaan.
Dengan mempunyai Mentor, kita telah mengurangkan risiko untuk melakukan
kegagalan ataupun 'melanggar tembok' serta dalam masa yang sama bagaikan
'shortcut' ke arah kejayaan kita.
Akhir sekali, jangan lupa 'beri masa' kepada semua impian kita. Masa untuk
merancang, menggapai dan menggenggamnya.