Upload
bhutan-chay
View
299
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
7/27/2019 1.3 ENTITI PERNIAGAAN
http://slidepdf.com/reader/full/13-entiti-perniagaan 1/23
1.3 ENTITI PERNIAGAANPengenalan Entiti Perniagaan
Tiada usahawan dapat menafikan bahawa cabaran perniagaan semakin bertambah di alaf baru ini.
Perniagaan merangkumi semua aktiviti dan usaha yang menyediakan barangan dan perkhidmatan yang
perlu untuk sesuatu sistem ekonomi (M.B. Muda et. al., m.s 3)
Kejayaan sesuatu perniagaan amat dipengaruhi oleh jenis entiti yang dipilih oleh seseorang peniaga.
Malangnya, kebanyakan peniaga tidak begitu sedar dan faham tentang kepentingan entiti perniagaan
yang tepat atau betul.
(a ) Pengertian Entiti Perniagaan
Entiti perniagaan merupakan satu badan perniagaan yang mempunyai fungsi tersendiri (M.B. Muda et.al.,
m.s 28). Oleh itu, perniagaan boleh dikelaskan berdasarkan bentuk pemilikan perniagaan, aktiviti
perniagaan yang dijalankan, sektor industri di mana perniagaan itu beroperasi, jenis keluaran yang diterbitdan dipasarkan dan juga peringkat perniagaan dalam aliran industri.
Sebelum bentuk-bentuk perniagaan diterangkan dengan lebih lanjut, lebih baik beberapa konsep asas
perniagaan difahami dahulu. Antaranya ialah :-
i. Konsep Liabiliti Perniagaan
Usahawan-usahawan yang menceburi diri dalam bidang perniagaan sering menghadapi pelbagai risiko
terutamanya syarikat perniagaan yang mempunyai liabiliti tidak terhad. Liabiliti perniagaan adalah
tanggungan dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh perniagaan mulai sekarang (tempoh semasa)hingga pada masa hadapan sebelum liabiliti tersebut dijelaskan pada jangka masa yang telah ditetapkan
(Zumilah Zainalaludin, m.s 31). Pada dasarnya, liabilti perniagaan dibahagikan kepada dua jenis yang
utama iaitu liabiliti terhad dan liabiliti tidak terhad.
Liabiliti terhad merupakan tanggungan perniagaan yang terhad kepada jumlah pelaburan yang telah
dilaburkan dalam perniagaan yang berkenaan. Sekiranya pemilik perniagaan tidak mampu menjelaskan
segala tanggungan perniagaan apabila perniagaannya gulung tikar (gagal), maka aset peribadi pemilik
perniagaan tidak akan terlibat langsung dalam melunaskan tanggungan perniagaannya. Ini bermaksud
pemilik perniagaan yang berliabiliti terhad hanya akan kehilangan jumlah modal yang dilaburkan dalamperniagaan sahaja bagi tujuan melunaskan liabititi perniagaan tadi. Perniagaan sendirian, perniagaan
awam ataupun perniagaan perkongsian boleh didaftarkan sebagai perniagaan berliabiliti terhad. Nama
perniagaan sendirian dan perniagaan perkongsian yang berliabiliti terhad perlu diakhiri dengan perkataan
“Sdn. Bhd.” atau “Bhd.” Contoh: Addison Wesley Longman Bhd. Perniagaan awam pula perlu
menunjukkan perkataan “PLC” pada hujung nama perniagaan. Contoh : Olympia Plc., Tanjong Plc.
Pemilik perniagaan yang berliabiliti tidak terhad perlu melibatkan asset peribadi dalam melunaskan
tanggungan perniagaan sekiranya perniagaannya mengalami sesuatu yang malang. Ini bermakna
7/27/2019 1.3 ENTITI PERNIAGAAN
http://slidepdf.com/reader/full/13-entiti-perniagaan 2/23
tanggungan perniagaan tidak terhad kepada jumlah pelaburan yang pemilik laburkan pada perniagaan
yang berkenaan. Contoh: Syarikat Hazami, Kedai Runcit Cheong Fatt.
ii. Konsep Sendirian dan Awam
Negara-negara yang mengamalkan system ekonomi campuran seperti Malaysia dan Britain mempunyai
perniagaan sendirian dan juga perniagaan awam.
Perniagaan sendirian (private enterprise) merujuk kepada perniagaan yang dimiliki dan diusahakan oleh
individu-individu tertentu (some of the public) yang biasanya bermatlamatkan keuntungan. Entiti
perniagaan sendirian menjalankan berbagai-bagai aktiviti perniagaan. Syarikat-syarikat perniagaan dan
korporat adalah entiti perniagaan yang tergolong dalam kategori ini. Contoh : Kedai Gunting XYZ, Public
Bank Berhad.
Perniagaan awam (public enterprise) pula merujuk kepada entiti perniagaan yang dimiliki oleh Negara (all
of the public). Perniagaan awam ditadbir oleh kerajaan pusat ataupun kerajaan tempatan. Perniagaan
awam lazimnya berfungsi sebagai agen pelaksana dasar-dasar awam kerajaan dan matlamatnya ialah
semata-mata matlamat sosial. Contoh: Jabatan Pengangkutan Jalan, Perbadanan Kemajuan Negeri.
2.2 Bentuk-bentuk Pemilikan Perniagaan
Salah satu asas untuk mengelaskan sesuatu perniagaan ialah pemilikan perniagaan itu sendiri. Pemilikan
perniagaan melihat perspektif pemilik atau tuan punya perniagaan. Terdapat empat bentuk pemilikan
perniagaan iaitu pemilikan tunggal (sole proprietor), perkongsian (partnerships), syarikat / korporat dan
koperasi. Setiap bentuk pemilikan perniagaan yang tersebut tadi mempunyai ciri-ciri, kelebihan dan
kelemahan tersendiri.
(a) Pemilikan Tunggal (Sole Proprietor / Trader)
Bentuk perniagaan ini seperti kedai runcit, pasar mini, warung paling banyak terdapat di Negara kita,
Malaysia. Ciri-ciri utama bentuk perniagaan ini ialah:
i. Dimiliki oleh seorang pemilik sahaja. Pemilik berperanan sebagai pengurus dan pekerja
perniagaan. Kadang-kala pemilik perniagaan dibantu oleh ahli keluarga ataupun satu atau dua orang
pembantu yang digaji.
ii. Modal perniagaan disumbangkan oleh pemilik sendiri daripada hasil tabungan atau pinjamandaripada keluarga.
iii. Pemilik perniagaan ini mesti mendaftarkan perniagaannya dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan.
Pendaftaran perniagaan boleh dibuat dengan menggunakan nama pemilik seperti Kedai Runcit Ahmad
Kamal ataupun nama perniagaan seperti Pasar Mini Pongsu Seribu.
iv. Pemilikan tunggal merupakan sejenis perniagaan yang menjual satu jenis produk atau
perkhidmatan yang tidak memerlukan modal yang besar.
7/27/2019 1.3 ENTITI PERNIAGAAN
http://slidepdf.com/reader/full/13-entiti-perniagaan 3/23
Kelebihan Pemilikan Tunggal
i. mudah ditubuhkan, dikembangkan dan dibubarkan.
ii. kos penubuhan dan kos overhed perniagaan rendah.
iii. pemilik perniagaan bebas untuk mengurus, mengawal dan membuat keputusan perniagaan
iv. pemilik perniagaan mendapat kepuasan yang lebih kerana segala untung dan rugi menjadi
tanggungannya, memberi layanan secara peribadi kepada pelanggan.
v. cukai pendapatan secara perseorangan dan akaun perniagaan tidak perlu diaudit semasa
dilaporkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Kelemahan Pemilikan Tunggal
Perniagaan pemilikan tunggal juga mempunyai beberapa kelemahan. Antara kelemahan-kelemahannya
ialah :
i. aset peribadi pemilik perniagaan berisiko tinggi kerana bentuk perniagaan ini berliabiliti tidak
terhad.
ii. modal, idea dan kemahiran pengurusan pemilik perniagaan yang terhad menyukarkan
pengembangan perniagaan.
iii. masa kerja pemilik perniagaan panjang dan tidak bebas untuk bercuti panjang.
(b) Perkongsian (Partnerships)
Perniagaan perkongsian merupakan lanjutan daripada perniagaan tunggal. Bentuk perniagaan ini
dibentuk secara gabungan dan diusahakan oleh dua orang atau lebih dengan matlamat memperoleh
keuntungan. Pemilik-pemiliknya dikenali sebagai rakan kongsi perniagaan. Terdapat beberapa jenis rakan
kongsi perniagaan. Antaranya ialah:
i. Rakan Kongsi Umum
mempunyai liabiliti yang tidak terhad
sangat aktif dalam aktiviti operasi perniagaan
menyumbangkan modal
ii. Rakan Kongsi Terhad
mempunyai liabiliti terhad
tidak aktif dalam aktiviti operasi perniagaan
menyumbangkan modal
iii. Rakan Kongsi Lelap / Tidur (Sleeping Partners)
menyumbangkan modal
berhak menerima keuntungan
tidak aktif dalam aktiviti operasi perniagaan
iv. Rakan Kongsi Nominal
tidak menyumbangkan modal
7/27/2019 1.3 ENTITI PERNIAGAAN
http://slidepdf.com/reader/full/13-entiti-perniagaan 4/23
membenarkan nama digunakan
orang yang berpengaruh / mempunyai tahap kredibiliti yang tinggi
turut menanggung segala liabiliti perkongsian
Ciri-ciri Bentuk Perniagaan Perkongsian
i. Jumlah modal yang disumbangkan oleh rakan-rakan kongsi berasaskan syarat-syarat /
persetujuan yang termaktub dalam perjanjian bertulis yang dikenali sebagai Artikel Perkongsian (Articles
of Partnership).
ii. Jumlah keuntungan diagihkan kepada semua rakan kongsi perniagaan berdasarkan syarat-syarat
/ modal yang telah dinyatakan dalam Artikel Perkongsian.
iii. Sekurang-kurangnya dua orang pemilik tetapi tidak melebihi 20 orang bagi perniagaan biasa, 10
orang bagi bank, bilangan rakan kongsi tidak terhad bagi bidang professional.
iv. Didaftarkan dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB). Boleh mendaftarkan perniagaan
perkongsian dengan menggunakan nama perniagaan atau nama rakan-rakan kongsi.
v. Liabiliti perniagaan tidak terhad kecuali bagi pekongsi berhad.
vi. Aktiviti operasian perniagaan diuruskan oleh rakan kongsi yang aktif. Sebagai balasan, rakan
kongsi berkenaan dibayar gaji / elaun mengikut syarat-syarat perjanjian.
vii. Perniagaan perkongsian tidak dikenakan cukai perniagaan. Rakan-rakan kongsi perlu membayar
cukai pendapatan perseorangan.
Kelebihan Perniagaan Perkongsian
i. Mudah ditubuhkan. Perniagaan perkongsian merupakan lanjutan daripada perniagaan secara
pemilikan tunggal. Oleh itu, prosedur untuk menubuhkan perniagaan perkongsian tidak banyak
perbezaannya berbanding dengan perniagaan secara pemilikan tunggal.
ii. Penggabungan banyak idea terutamanya pada peringkat awal penubuhan perniagaan
perkongsian. Keupayaan berfikir daripada idea rakan kongsi yang banyak dapat memberi kelebihan
keyakinan kepada perniagaan perkongsian untuk berhadapan dengan pesaing-pesaing yang sedia ada
dalam pasaran.
iii. Dapat menggemblengkan tenaga, kemahiran dan kepakaran yang berlainan. Perbincangan dan
pengkhususan boleh dilakukan antara rakan-rakan kongsi.
iv. Mudah mendapatkan sumber kewangan terutamanya daripada institusi kewangan. Pihak bank
atau syarikat kewangan (Finance) mempercayai bahawa rakan kongsi yang ramai memudahkan
perniagaan perkongsian untuk melangsaikan obligasinya.
7/27/2019 1.3 ENTITI PERNIAGAAN
http://slidepdf.com/reader/full/13-entiti-perniagaan 5/23
v. Dapat mengembangkan kemampuan perniagaan. Dengan modal yang mencukupi hasil daripada
sumbangan ekuiti rakan kongsi, perniagaan perkongsian dapat merebut peluang perniagaan serta
memajukan perniagaannya dengan mudah.
vi. Perniagaan perkongsian tidak dikenakan cukai perniagaan. Berdasarkan keuntungan yang
diterima, rakan kongsi perniagaan perkongsian masing-masing diwajibkan oleh undang-undang untuk
menjelaskan cukai pendapatan perseorangan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Kelemahan Perniagaan Perkongsian
i. Liabiliti / Tanggungan yang tidak terhad. Semua rakan kongsi perniagaan perkongsian berliabiliti
tidak terhad kecuali pekongsi-pekongsi berhad. Ini bermakna sekiranya perniagaan perkongsian itu
terpaksa menggulung tikar, pihak pemiutang boleh menuntut hutangnya daripada aset peribadi rakan
kongsi perniagaan itu.
ii. Mudah berlaku konflik atau salah faham. Rakan kongsi yang ramai mudah mempengaruhi
pembuatan keputusan. Pendapat dan karenah rakan kongsi yang berbeza-beza sering kali menjadi punca
perselisihan faham atau pertelingkahan. Masalah ini akan menjejaskan keharmonian di kalangan rakan
kongsi perniagaan itu.
iii. Kewujudan perniagaan perkongsian tidak kekal. Sekiranya seorang rakan kongsi menarik diri
daripada perniagaan perkongsian, meninggal dunia, tidak siuman atau diisytiharkan sebagai muflis, maka
perkongsian itu dengan sendirinya terbubar. Jika rakan-rakan kongsi yang lain ingin meneruskan
perniagaan perkongsian itu, mereka perlu mendaftarkan semula perniagaan perkongsian itu dengan
Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB).
iv. Pemilikan perniagaan sukar untuk dipindahkan. Berdasarkan undang-undang perniagaan, hasratseseorang rakan kongsi untuk memindahkan pemilikan perniagaannya perlu, terlebih dahulu,
mendapatkan persetujuan daripada rakan-rakan kongsi perniagaan yang lain. Jika tidak, pemindahan
pemilikan perniagaan itu adalah tidak sah.
(c) Perbadanan Korporat
Perbadanan korporat merupakan suatu bentuk perniagaan yang ditubuhkan dibawah kuasa undang-
undang (Akta Syarikat) dan didaftarkan melalui Pendaftar Syarikat. Ini bermakna perbadanan korporat
yang berdaftar boleh menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan, memiliki atau menjual harta, meminjam
wang, mengambil dan diambil tindakan oleh mahkamah dan membuat sebarang perjanjian dengan
sebarang organisasi (Zumilah Zainalaludin, 1999, m.s 40).
Ciri-ciri Bentuk Perbadanan Korporat
Terdapat tiga jenis perniagaan secara perbadanan korporat iaitu syarikat sendirian (swasta), syarikat
awam, dan badan berkanun. Selain itu, perbadanan korporat juga boleh dikelaskan kepada syarikat
berhad atau syarikat tidak berhad. Syarikat berhad, tidak kira syarikat sendirian (swasta) atau syarikat
7/27/2019 1.3 ENTITI PERNIAGAAN
http://slidepdf.com/reader/full/13-entiti-perniagaan 6/23
awam, dibahagikan kepada syarikat berhad dengan jaminan, syarikat berhad dengan saham dan syarikat
berhad dengan jaminan dan saham.
i. Syarikat Sendirian Berhad (Swasta)
Syarikat-syarikat sendirian berhad boleh dikenali dengan mudah. Tiap-tiap nama syarikat sendirian berhad
diakhiri dengan perkataan sendirian berhad atau Sdn. Bhd.
Pemilik atau pemegang saham syarikat sendirian berhad terdiri daripada 2 hingga 50 orang. Semua pemilik
perniagaan berliabiliti terhad.
Pemilik / pemegang saham syarikat sendirian berhad yang menyumbang modal perniagaan. Mereka dilarang
sama sekali untuk mengutip modal daripada orang awam.
Saham syarikat sendirian berhad boleh dijual beli tetapi tidak dilakukan secara terbuka di pasaran.
Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah saham biasa syarikat sendirian berhad,
berhak untuk mengawal syarikat sendirian berkenaan.
ii. Syarikat Awam Berhad
Syarikat awam berhad boleh dikenali melalui perkataan “Berhad” / Bhd. Di hujung nama syarikat berkenaan.
Terdapat dua jenis syarikat awam berhad iaitu yang tersenarai di bursa saham seperti Bursa Saham Kuala
Lumpur (BSKL) dan syarikat awam tidak tersenarai.
Modal syarikat awam berhad dikumpulkan melalui penjualan saham dan bon kepada orang awam.
Pemegang saham syarikat awam berhad bebas menjual dan membeli saham di pasaran saham (BSKL). Ini
bermakna pemindahan saham syarikat tidak perlu mendapat persetujuan pemegang-pemegang saham lain
dalam syarikat.
Bilangan minimum pemegang saham adalah 2 orang dan boleh melebihi 50 orang. Jumlah pemegang saham
itu bergantung kepada jumlah saham yang dipegang oleh ahli-ahli syarikat dan jenis saham yang diterbitkan.
Pemilik perniagaan ini berliabiliti terhad terhadap jumlah modal yang dilaburkan dalam perniagaan.
iii. Syarikat Awam Berhad Dengan Jaminan
Dimiliki oleh ramai pemilik seperti persatuan-persatuan.
Tidak bermotifkan keuntungan, hanya bertujuan untuk menjaga kebajikan para pelabur perniagaan.
Dijamin oleh kerajaan atau agensi kerajaan.
iv. Badan-badan Berkanun
Ditubuhkan oleh pihak kerajaan yang bertujuan untuk membangunkan sesuatu industri atau menjaga
kepentingan rakyat jelata.
Dibentuk di bawah Akta Parlimen.
Badan-badan berkanun yang menjalankan perniagaan seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri,
FELDA, Lembaga Pertubuhan Ladang dikenali sebagai perusahaan awam.
Beberapa badan berkanun di Malaysia telah diswastakan melalui Dasar Penswastaan dan Persyarikatan
mulai tahun-tahun 1980-an. Antaranya, Sistem Telekom Malaysia, MAS, Tenaga Elektrik Nasional,
Perkhidmatan Pos, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Universiti Malaya (UM) dan sebagainya. Saham-
saham badan-badan berkanun berkenaaan telah dijual kepada masyarakat umum.
Kelebihan Perniagaan Perbadanan Korporat
Liabiliti pemilik terhad kepada jumlah modal yang dilaburkan.
Status perundangan jelas dan perlu dipatuhi dengan tepat. Pemegang-pemegang saham dilindungi oleh
undang-undang.
Modal yang besar memudahkan perniagaan berkembang.
Bentuk perniagaan secara perbadanan korporat lebih stabil kerana ia entiti berasingan dengan pemilik
perniagaan.
7/27/2019 1.3 ENTITI PERNIAGAAN
http://slidepdf.com/reader/full/13-entiti-perniagaan 7/23
Pengurusan perniagaan secara perbadanan korporat lebih efisyen kerana ia duruskan oleh kumpulan
pengurusan professional.
Kelemahan Perniagaan Perbadanan Korporat
Operasi perbadanan korporat dikawal oleh undang-undang yang ketat.
Pengurusan perbadanan korporat dikawal oleh lembaga pengarah dan bukan pemilik perniagaan.
Pengurusan dan pemilik perniagaan khususnya syarikat awam dipisahkan. Pembaziran dan salah guna
kuasa mungkin dan mudah berlaku.
Cukai yang dikenakan ke atas perbadanan korporat adalah lebih tinggi berbanding dengan lain-lain bentuk
perniagaan. Cukai-cukai itu terdiri daripada cukai ke atas keuntungan syarikat yang belum diagihkan dan
cukai ke atas dividen yang diperolehi oleh tiap-tiap pemegang saham.
Laporan kewangan syarikat perlu diaudit oleh juruaudit bertauliah sebelum diedarkan kepada pemegang-
pemegang saham.
Laporan tahunan perbadanan korporat perlu dikemukakan kepada Pendaftar Syarikat dan pemegang-
pemegang saham
Proses penubuhan dan pendaftaran perbadanan korporat lebih sukar dan kompleks berbanding perniagaan
secara pemilikan tunggal dan perkongsian.
(d) Koperasi
Koperasi merupakan suatu entiti perniagaan yang ditubuhkan secara sukarela untuk menjaga kebajikan
ahli-ahlinya berdasarkan konsep kerjasama dan semangat tolong-menolong. Terdapat dua bentuk
koperasi, iaitu koperasi yang keahliannya terhad kepada sesuatu jenis pekerjaan, kawasan dan latar
belakang seperti Koperasi Guru-guru Semenanjung Malaysia, Koperasi Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (KPPK) dan koperasi yang keahliannya adalah bebas seperti Koperasi
Perumahan, Koperasi Pengguna.
Ciri-ciri Koperasi
i. Modal koperasi diperolehi melalui yuran sama ada yuran bulanan ataupun yuran tahunan yang
dibayar dan saham-saham yang dibeli oleh ahli-ahlinya.
ii. Tiap-tiap ahli koperasi diwajibkan membeli sekurang-kurangnya 100 unit saham tetapi tidak
melebihi satu perlima daripada jumlah modal koperasi.
iii. Tiap-tiap ahli koperasi mempunyai hanya satu undi dalam sebarang perlantikan jawatan koperasi.
iv. Koperasi diurus dan ditadbirkan oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik oleh ahli-ahli koperasi
semasa Mesyuarat Agung Tahunan.
v. Pengurusan harian koperasi dikendalikan oleh jawatankuasa pengurusan yang dilantik oleh
Lembaga Pengarah Koperasi.
vi. Koperasi wajib didaftarkan dengan Jabatan Pembangunan Koperasi.
vii. Keuntungan koperasi diagihkan kepada ahli, sama ada satu kali atau dua kali setahun, dalam
bentuk dividen atau bonus atau kedua-duanya.
7/27/2019 1.3 ENTITI PERNIAGAAN
http://slidepdf.com/reader/full/13-entiti-perniagaan 8/23
Kelebihan Koperasi
i. Mengutamakan kebajikan dan kepentingan ahli dan bukan hanya mencari keuntungan.
ii. Menggemblengkan tenaga, modal dan mengumpul orang yang berminat untuk meningkatkan
kedudukan ekonomi masing-masing melalui konsep kerjasama.
Kelemahan Koperasi
i. Aktiviti koperasi dikuasai oleh ahli-ahli lembaga pengarah kerana ahli-ahli koperasi kurang aktif.
ii. Operasi koperasi dikawal rapi oleh Jabatan Pembangunan Koperasi. Jika koperasi tidak mematuhi
peraturan operasi, pihak pendaftar Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) berhak untuk menutup operasi
koperasi berasaskan kuasa yang ada padanya.
iii. Laporan kewangan koperasi perlu diaudit oleh juruaudit dalaman dan juga juruaudit luaran yang
bertauliah.
iv. Mesyuarat agung tahunan yang dihadiri oleh ramai ahli mungkin boleh menggugat sistem
pengurusan koperasi.
(e) Usahasama (Joint Venture)
Usahasama merupakan suatu jenis perniagaan perkongsian yang bersifat sementara untuk tujuan
menyempurnakan sesuatu kerja, projek atau tugas khas dalam jangka masa tertentu seperti musim
perayaan.
Apabila kerja, projek atau tugas khas itu selesai, maka jenis perniagaan perkongsian ini akan dibubarkan.Ini bermakna bahawa jangka hayat perniagaan secara usahasama bergantung kepada pelaksanaan
sesuatu kerja, projek atau tugas khas.
(f) Sindiket
Sindiket adalah pertubuhan dua atau lebih jenis perniagaan yang mengutamakan keuntungan atau
sebarang faedah. Sindiket juga berperanan sebagai persatuan untuk memberi perlindungan ke atas hak
dan kepentingan ahli-ahlinya.
2.3 Industri Kecil dan Sederhana (IKS) (a) Pengenalan
Negara kita, Malaysia, merupakan sebuah Negara yang amat bertuah kerana kaya dengan sumber bahan
mentah. Penerokaan terhadap sumber bahan mentah telah banyak membantu pembangunan Malaysia,
baik dari segi infrastruktur, tahap ekonomi ataupun kualiti hidup rakyat Malaysia.
Proses transformasi sumber bahan mentah ternyata melibatkan peningkatan mendadak sektor ekonomi
Malaysia, khususnya pada bidang pembuatan dan pengeluaran barangan. Pertumbuhan dan
7/27/2019 1.3 ENTITI PERNIAGAAN
http://slidepdf.com/reader/full/13-entiti-perniagaan 9/23
perkembangan ekonomi Malaysia yang pesat telah memberi peluang yang lebih meluas kepada
pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS). Penglibatan industri kecil dan sederhana yang meluas
yakin dapat memperkukuhkan struktur asas pembangunan bidang perindustrian negara. Pada masa yang
sama, keseimbangan antara penglibatan syarikat-syarikat asing dengan usahawan tempatan tercapai.
(b) Definisi Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Banyak definisi tentang industri kecil dan sederhana telah dikemukakan oleh individu, penyelidik, ahli
akademik, penggubal dasar, agensi dan institusi. Walau bagaimanapun, di Malaysia, tidak ada satu
definisi yang khusus, rasmi, sah dan diterima secara umum. Menurut Moha Asri Abdullah (1997),
kelemahan ini tidak harus dijadikan halangan kepada usaha untuk memperakukan definisi industri kecil
dan sederhana.
Maka, industri kecil dan sederhana dirujuk sebagai industri yang beroperasi dengan saiz pekerja yang
kurang daripada 200 orang secara penuh masa (Moha Asri Abdullah, 1997, m.s. 9)
(c ) Kepentingan Perniagaan Kecil dan Sederhana Kepada Negara
Data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa peratusan daripada jumlah
pertumbuhan kilang dalam sektor perkilangan telah merosot pada pertengahan 90-an. (Misalnya, kadar
pertumbuhan sektor perkilangan pada 1975 ialah 92.4 %, manakala pada 1995, sektor ini hanya
menujukkan pertumbuhan sebanyak 88.9% ).
Namun, penurunan peratusan ini tidak bermaksud bahawa sumbangan dan peranan industri kecil dan
sederhana kepada pembangunan ekonomi Malaysia telah kurang penting. Penurunan peratusan ini,
sebenarnya, disebabkan oleh sebahagian besar daripada industri kecil dan sederhana telah berkembang
besar dan tidak layak lagi dikategorikan sebagai industri kecil dan sederhana. Di samping itu, terdapat juga industri kecil dan sederhana yang terletak di kawasan terpencil dan pedalaman tidak diambil kira
dalam system pembancian.
Sumbangan dan kepentingan industri kecil dan sederhana di Malaysia secara keseluruhannya dapat
dibincangkan dalam beberapa aspek. Antaranya ialah:
i. Membuka Peluang Pekerjaan
Penggunaan tenaga buruh secara intensif dalam teknik pengeluaran industri kecil dan sederhana terus
dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam beberapa fungsi pengeluaran dan operasinya.
Industri kecil dan sederhana lebih cenderung untuk menggunakan tenaga buruh secara intensif untuk
menandingi kos pengeluaran. Masalah modal, teknik dan teknologi yang canggih untuk barangan tertentu
secara kecilan tidak mudah diperolehi serta kuasa beli yang kecil industri kecil dan sederhana tidak
menggalakkannya mengamalkan modal / kapital secara intensif.
ii. Tabungan Dalam Ekonomi
7/27/2019 1.3 ENTITI PERNIAGAAN
http://slidepdf.com/reader/full/13-entiti-perniagaan 10/23
Penglibatan industri kecil dan sederhana dalam ekonomi banyak membantu dalam meningkat tabungan
modal negara. Dapatan kajian tentang operasi industri kecil dan sederhana menunjukkan bahawa
sebahagian besar sumber modal datangnya daripada usahawan sendiri, keluarga atau rakan. Oleh itu,
industri kecil dan sederhana menjadi sumber penting kepada jumlah tabungan dan simpanan negara.
Pada masa yang sama, industri kecil dan sederhana turut membantu dalam mengurangkan kadar
perbelanjaan penduduk dan seterusnya kadar inflasi.
Seterusnya, industri kecil dan sederhana juga membeli dan menggunakan mesin peralatan yang mudah
atau yang terpakai dalam usaha menjimatkan aset tetap mereka. Dari segi ekonomi, penggunaan mesin
dan peralatan seperti ini oleh industri kecil dan sederhana dapat membantu mengurangkan modal dan
kos mereka.
Di samping itu, industri kecil dan sederhana jarang melibatkan penggunaan bahan-bahan mentah impot
berbanding dengan firma-firma besar. Hal ini pula membantu Negara menjimatkan pertukaran wang asing
dan seterusnya dapat menggalakkan pertumbuhan sektor-sektor ekonomi yang lain.
iii. Pengagihan Pendapatan
Kepentingan industri kecil dan sederhana yang seterusnya dapat dilihat dari aspek pengagihan semula
pendapatan di kalangan penduduk. Industri kecil dan sederhana lebih cenderung membayar gaji, faedah
dan menawarkan pekerjaan kepada pekerja-pekerja yang bukan daripada kalangan yang mahir dan
profesional. Penglibatan pengusaha, pemilik dan pekerja dalam industri kecil dan sederhana boleh
membantu merapatkan jurang pendapatan di kalangan penduduk. Dengan perkataan lain, penglibatan
mereka meningkatkan pendapatan yang lebih ketara di kalangan penduduk.
iv. Latihan Kepada Pekerja dan Pengusaha
Industri kecil dan sederhana juga memainkan peranan yang penting dalam melatih pekerja, pengusaha
dan bakal pengusaha. Peningkatan mereka dalam kemahiran dan pengetahuan secara langsung
membantu mengendalikan selok-belok operasi perniagaan dengan lebih berkesan dan terus bergantung
hidup kepada perniagaan yang berkenaan.
v. Memperkukuhkan Struktur Asas Industri Negara
Di samping itu, industri kecil dan sederhana banyak membantu dalam mengembang dan
memperkukuhkan struktur asas ekonomi dan industri negara yang sedia ada. Industri kecil dan
sederhana, sebenarnya, merupakan industri pelengkap kepada keperluan dan pembangunan
kebanyakan syarikat gergasi antarabangsa (MNCs). Penglibatan industri kecil dan sederhana yang giat
dan dalam pelbagai sector membolehkan asas industri yang mantap dan kukuh dan tidak akan tergugat
dan terjejas apabila syarikat gergasi antarabangsa yang beroperasi di sesuatu negara itu menarik diri
daripada operasi dan pelaburan mereka.
vi. Memenuhi Citarasa dan Keperluan Penduduk Tempatan
7/27/2019 1.3 ENTITI PERNIAGAAN
http://slidepdf.com/reader/full/13-entiti-perniagaan 11/23
Industri kecil dan sederhana amat penting dari segi memenuhi citarasa dan keperluan barangan
sebahagian besar penduduk tempatan yang berpendapatan rendah. Industri kecil dan sederhana dengan
penyesuaian mereka kepada intensif tenaga buruh, banyak mengeluar dan menghasilkan barangan dan
perkhidmatan yang tidak dapat dihasilkan oleh syarikat bersaiz besar termasuk syarikat gergasi
antarabangsa. Contohnya pengeluaran dan pembuatan barangan makanan, pakaian, perabot, logam,
peralatan getah dan plastik.
(d) Galakan Kerajaan Untuk Industri Kecil dan Sederhana
Sejak kebelakangan ini, industri kecil dan sederhana seringkali mendapat perhatian dan galakan yang
meluas daripada banyak pihak terutamanya kerajaan.
Dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai penduduk terutamanya usahawan Bumiputera
berkecimpung dalam industri kecil dan sederhana, kerajaan Malaysia menerusi agensi-agensinya telah
menyediakan pelbagai galakan dan program sokongan kepada mereka yang berpotensi dan berminat
dalam bidang industri kecil dan sederhana. Antara galakan dan sokongan yang disediakan oleh kerajaan
dapat dibahagikan kepada lima kategori yang utama, iaitu
i. bantuan kewangan dan kemudahan kredit
Misalnya, pinjaman daripada Syarikat Jaminan Kredit (CGC), pinjaman dan kemudahan kredit MARA,
pinjaman daripada Tabung Usahawan Baru, pinjaman daripada Tabung Pemulihan Usahawan, pinjaman
dan kemudahan kredit daripada bank, bank perdagangan, bank saudagar, syarikat kewangan berlesen
dan institusi pembangunan, kemudahan kredit Skim Pembayaran Kredit Eksport.
ii. bantuan latihan teknik dan pelajaran vokasional
Perbadanan Daya Produktiviti Negara (NPC) dan Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC)menyediakan program pembangunan usahawan dan pengurusan perniagaan.
SMIDEC, Institut Piawai dan Penyelidikan Industri Malaysia (SIRIM), Institut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia (FRIM), Pusat Instruktor dan Latihan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Institut-institut Latihan
perindustrian (ILP), Institut kemahiran MARA (IKM), GIAT MARA menawarkan kursus-kursus teknikal dan
kemahiran pekerja jangka pendek.
iii. bantuan khidmat nasihat dan konsultasi lanjutan
NPC, SMIDEC, institusi kewangan, SIRIM, MARDI, MEDEC menawarkan bantuan khidmat nasihat
pengurusan dan peningkatan kawalan kualiti dan perkembangan reka bentuk kepada industri kecil dan
sederhana di Malaysia.
iv. bantuan pemasaran dan penyelidikan pasaran
MEDEC, NPC, Bank Pembangunan, SMIDEC, MARA, FAMA menyediakan bantuan pengurusan asas
pemasaran yang bertujuan untuk meningkatkan pasaran barangan keluaran industri kecil dan sederhana.
7/27/2019 1.3 ENTITI PERNIAGAAN
http://slidepdf.com/reader/full/13-entiti-perniagaan 12/23
v. penyediaan kemudahan infrastruktur
UDA membantu industri kecil dan sederhana untuk mendapatkan tapak, bangunan dan ruang pejabat
yang sesuai di kawasan Bandar, MARA menyediakan tapak-tapak kilang dan perniagaan kepada
usahawan dan peniaga Bumiputera di Malaysia, MIEL bertanggungjawab untuk membangunkan estet
perindustrian di Malaysia, Taman Teknologi Malaysia, Zon Perdagangan Bebas (FTZ).
Sehingga ke hari ini hamper 13 kementerian dan hamper 30 agensi kerajaan yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam menawarkan pelbagai jenis program bantuan dan galakan kerajaan
dalam pembangunan industri kecil dan sederhana di Malaysia.
(e) Perniagaan Huluan dan Hiliran
Entiti perniagaan adalah sesuatu organisasi yang amat dinamik. Ia sentiasa mengalami perkembangan
dan pertumbuhan. Pertumbuhan entiti perniagaan boleh diukur mengikut peringkat penggunaan input.
Antaranya ialah:
i. Perniagaan Huluan (Up-stream Business)
Perniagaan pada peringkat huluan bererti bahawa perniagaan berkenaan melibatkan aktiviti yang
berasaskan sumber-sumber asli / semula jadi seperti bahan galian, tanaman, ternakan dan sebagainya.
Contoh: Syarikat Ayamas yang membekalkan ayam sebagai input untuk ayam goreng restoran KFC
dikatakan menjalankan perniagaan pada peringkat huluan.
ii. Perniagaan Hiliran (Down-stream Business)
Perniagaan pada peringkat hiliran bererti bahawa perniagaan berkenaan melibatkan aktiviti-aktiviti
perniagaan yang dikembangkan daripada perniagaan lain seperti pemprosesan, pembuatan, pengilangan
perkhidmatan dan sebagainya. Contoh: Restoran KFC, ayam goreng KFC yang dijual adalah hasil
pemprosesan ayam segar yang dibekalkan oleh Syarikat Ayamas.
Entiti perniagaan juga boleh dikenalpasti melalui fokus pasaran dan aktiviti pembuatannya iaitu sama ada
domestik (tempatan) ataupun antarabangsa.
iii. Perniagaan Domestik (Tempatan)
Perniagaan ini hanya beroperasi di dalam sesebuah negara, bermula dengan pengeluaran dan diikuti
dengan pemasaran dan jualan. Keluaran perniagaan domestik bertujuan untuk memenuhi keperluan
penduduk tempatan. Perniagaan domestik pula banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi
negara dan memperkukuhkan lagi struktur asas industri negara.
iv. Perniagaan Antarabangsa
Perniagaan antarabangsa merupakan perniagaan yang menjalankan operasi perniagaannya di dua atau
lebih negara asing. Operasi perniagaan itu berbentuk sama ada satu hala, dua hala ataupun pelbagai
7/27/2019 1.3 ENTITI PERNIAGAAN
http://slidepdf.com/reader/full/13-entiti-perniagaan 13/23
hala. Perniagaan antarabangsa lazimnya berkembang daripada perniagaan domestik yang menjalankan
aktiviti eksport sama ada di peringkat serantau atau di peringkat global.
(f) Tahap Perniagaan Primer, Sekunder dan Tertiar
Perniagaan juga boleh dikategorikan kepada tahap primer, sekunder atau tertiar.
i. Tahap Primer
Perniagaan yang menjalankan aktiviti mengeluarkan barang-barang yang akan digunakan sebagai input
untuk pengeluaran yang seterusnya atau mengeluarkan barang-barang yang boleh digunakan terus oleh
pengguna dikenali sebagai perniagaan tahap primer. Contoh: Industri yang berasaskan pertanian atau
ekstraktif seperti perlombongan galian dan bahan api.
ii. Tahap Sekunder
Perniagaan tahap sekunder merupakan perniagaan yang menjalankan aktiviti mengeluarkan barang-
barang yang diterbitkan pada tahap primer kepada barangan siap atau separuh siap yang diperlukan olehaktiviti pemprosesan seterusnya. Contoh: Bijih besi ditukarkan kepada kepingan besi, paip besi dan
sebagainya.
iii. Tahap Tertiar
Perniagaan tahap tertiar terdiri daripada perniagaan yang menghasilkan barangan yang tidak ketara.
Perniagaan pada peringkat ini lebih tertumpu kepada pemberian perkhidmatan yang terbaik. Contoh:
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh doktor, akauntan, bank dan sebagainya.
2.4 Perniagaan Francais
Perniagaan francais merupakan suatu pendekatan yang membuka jalan termudah bagi seseorang
individu atau syarikat untuk menceburi dalam bidang perniagaan. Perniagaan francais meliputi semua
jenis perniagaan berangkaian yang memenuhi ciri asas 3S iaitu sistem (system), pengkhususan
(specialization) dan piawaian (standardization). Perniagaan francais, sebenarnya, telah lama wujud di
negara kita, Malaysia. Namun, amalan perniagaan Malaysia yang berasaskan konsep francais masih
tidak menggalakkan. Ini bermakna peluang untuk maju serta berkembang dalam bidang perniagaan
francais di Malaysia adalah cerah; banyak lagi yang boleh diterokai. Kerajaan Malaysia telah memainkan
peranan yang aktif serta memberi sokongan padu kepada pembangunan perniagaan ini.
(a) Definisi Perniagaan Francais
Perniagaan francais boleh ditakrifkan sebagai suatu pendekatan perniagaan di mana syarikat induk
(francaisor) memberi lesen atau hak kepada individu atau syarikat lain (francaisi) untuk menjalankan
aktiviti perniagaan yang berlandaskan suatu kaedah tertentu, di lokasi atau kawasan yang ditetapkan dan
dalam jangka masa yang ditentukan.
7/27/2019 1.3 ENTITI PERNIAGAAN
http://slidepdf.com/reader/full/13-entiti-perniagaan 14/23
Dengan perkataan lain, perniagaan francais merupakan suatu bentuk perniagaan yang berkontrak di
antara francaisor dan francaisi yang menggariskan tanggungjawab dan tugas kedua-dua pihak, yang
membenarkan fungsi-fungsi pemasaran produk dipiawai dan diselaraskan tanpa penduaan dan peniruan
(duplication).
(b) Francaisor dan Francaisi, Hubungan Antara Kedua Pihak
Syarikat perniagaan / Pemilik francais yang memberi lessen / kebenaran dan hak kepada individu atau
syarikat lain untuk mengeluar dan menjual produknya, menggunakan jenama atau simbolnya,
mengamalkan kaedahnya dan lain-lain yang berkaitan dengan perniagaan dikenali sebagai francaisor.
Francaisi pula merupakan syarikat atau individu yang mendapat lesen / kebenaran dan hak untuk
mengeluar dan menjual produk, menggunakan jenama atau simbol, mengamalkan kaedah dan lain-lain
yang berkaitan dengan perniagaan francaisor.
Pihak francaisor dan pihak francaisi diikat oleh kontrak / perjanjian francais yang telah dipersetujui
bersama. Dengan itu, francaisor mengizinkan francaisi menjalankan perniagaan yang serupa dengannya
dari semua aspek. Sebagai balasan, francaisi perlu membayar royalti setiap tahun kepada francaisor.
(c ) Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan Francais
Seperti bentuk-bentuk perniagaan yang telah dibincangkan terlebih dahulu, perniagaan francais tentu
sekali memberi kelebihan dan juga kelemahan kepada kedua-dua pihak yang terlibat iaitu francaisor dan
francaisi. Antaranya:
i. Kelebihan Perniagaan Francais Kepada Francaisor
Perniagaan francaisor dapat berkembang serta bertumbuh dengan pesat kerana sistem pengurusan danmodal perniagaan cawangan diurus di atas tanggungjawab francaisi. Ini secara tidak langsung
memudahkan pihak francaisor memperluaskan pasaran untuk produknya. Tambahan bayaran royalti
yang tetap, bayaran asas, caj perkhidmatan pengurusan dan sebagainya akan menambahkan
keuntungan perniagaan francaisor.
ii. Kelebihan Perniagaan Francais Kepada Francaisi
Francaisi dapat memulakan perniagaan dengan risiko perniagaan yang rendah. Francaisi berpeluang
memperdagangkan produknya berdasarkan suatu sistem yang lengkap dan terbukti berdaya maju /
keberkesanannya. Contoh: Pihak francaisi akan menggunakan jenama produk, bahan mentah untuk
mengeluarkan produk serta prosedur pengurusan perniagaan sebagaimana yang telah ditetap dan
diamalkan oleh francaisor.
Selain itu, francaisi juga mendapat bantuan kewangan, khidmat sokongan dan latihan daripada francaisor
untuk tujuan membangunkan struktur pengurusan dan premis perniagaan francaisi.
Disebalik kebaikan tentunya juga kedapatan kelemahan perniagaan francais yang terpaksa dihadapi oleh
pihak francaisor dan francaisi. Antaranya:
7/27/2019 1.3 ENTITI PERNIAGAAN
http://slidepdf.com/reader/full/13-entiti-perniagaan 15/23
i. Kelemahan Perniagaan Francais Kepada Francaisor
Francaisor adalah bertanggungjawab ke atas kewujudan, perkembangan dan daya saing perniagaan
francaisi. Francaisor perlu memberikan bantuan kewangan dan khidmat sokongan kepada pihak francaisi
bukan sekadar di peringkat awal tempoh francaisi memulakan perniagaan, bahkan untuk seumur hidup
perniagaan francais itu dikendalikan oleh francaisi.
Apabila francaisi gagal untuk mematuhi segala prosedur perniagaan sebagaimana yang telah ditetapkan
oleh francaisor seperti garis panduan mengenai mutu produk, tentu sekali nilai nama atau reputasi
francaisor akan terjejas.
Pihak francaisor pula mungkin akan menghadapi kesukaran untuk menangani masalah penipuan seperti
bayaran royalti, bayaran caj perkhidmatan, peniruan dan kebocoran formula produk dan sebagainya
apabila cawangan francais pihak francaisor bertambah dan berkembang pesat. Kegagalan francaisor
menangani masalah sedemikian boleh mengakibatkan kemusnahan ikatan pemfrancaisan.
ii. Kelemahan Perniagaan Francais Kepada Francaisi
Penglibatan serta penerusan pihak francaisi dalam perniagaan francais adalah tertakluk kepada
peraturan dan sistem pengoperasian perniagaan yang telah ditetapkan oleh pihak francaisor. Ini secara
tidak langsung akan menyekat tahap daya kreativiti dan innovasi francaisi terutamanya dalam aspek
pengendalian perniagaannya.
Tambahan, pelaburan modal permulaan perniagaan francais yang besar menjadikan bentuk perniagaan
ini lebih eksklusif dan sukar untuk bakal usahawan menceburi dan memasuki pasaran seperti ini.
Francaisi juga mudah dikhianati oleh pihak francaisor yang tidak jujur dan tamak. Misalnya, padaperingkat permulaan, pihak francaisor memberi kebenaran dan hak pengoperasian perniagaan francais
kepada francaisi terutamanya pengoperasian perniagaan itu berjalan di kawasan yang kurang
membangun. Apabila perniagaan francais berkenaan di kawasan itu meningkat maju dan terkenal, pihak
francaisor mengambil balik hak berniaga dan beroperasi sendiri. Tindakan pihak francaisor sedemikian
tentu sekali merugikan francaisi yang telah bertungkus lumus untuk membangunkan perniagaannya.
CIRI-CIRIENTITI PERNIAGAAN
TUNGGAL
1 org, Pendaftar perniagaan, modal
sendiri/keluarga, kawalan sendiri, cukai
individu, liabiliti tdk terhad
PKONGSIAN
2-20, Pendaftar perniagaan, modal rakan
kongsi, diurus rakan kongsi aktif, cukai
individu shj, liabiliti tdk terhad
SDN BHD
2-50, Pendaftar sykt (Akta Sykt 1965),
syer dr keluarga/rakan rapat, jual syer
mesti minta kebenaran, diurus oleh ahli
lembaga pengarah yg dipilih, cukai sykt,
liabiliti terhad setakat modal dilabur.
7/27/2019 1.3 ENTITI PERNIAGAAN
http://slidepdf.com/reader/full/13-entiti-perniagaan 16/23
AWAM BHD
2-tiada had, Pendaftar sykt (Akta Sykt
1965), syer kpd org awam, bebas jual beli
saham, diurus oleh ahli lembaga pengarah
yg dipilih, cukai sykt, liabiliti terhad
setakat modal dilabur.
KOPERASI
Min 100, Ketua Pendaftar Koperatif
Malaysia, syer kpd ahli, syer tdk bolehtukar milik, diurus oleh ahli lembaga
pengarah yg dipilih, tiada cukai, liabiliti
terhad.
KEBAIKAN DANKELEMAHANENTITI
PERNIAGAAN
JENIS ENTITI KEBAIKAN KEBURUKAN
MILIKAN
TUNGGAL
1. Mudah
ditubuhkan – hanya
perlu isi Borang A
dan yuran yg
rendah
2. Mudah diuruskan- bebas membuat
keputusan sendiri
3. Beban cukai yg
rendah-cukai
individu shj bukan
cukai perniagaan
4. Pemilik menikmati
semua keuntungan
1. Liabiliti tdk
terhad-
pemilik
bertanggung
jawab atassemua
hutang
perniagaan
dan harta
peribadi
akan terlibat
jika rugi
2. Modal
terhad-
sukar mendapat
modal besar
dari bank
3. Keterusan
perniagaan
tdk
terjamin-
bergantung
kpd hayat
pemilik 4. Terpaksa
mengurusk
an
sendiri sem
ua kerja2
berkaitan
perniagaan
5. Pasaran
7/27/2019 1.3 ENTITI PERNIAGAAN
http://slidepdf.com/reader/full/13-entiti-perniagaan 17/23
terhad-
sukar
dikembangk
an
PERKONGSIAN
1. Mudah
ditubuhkan-hanya
perlu isi Borang Adan yuran yg
rendah
2. Beban cukai yg
rendah- tertakluk
kpd cukai
perorangan
3. Modal lebih byk
dari milikan
tunggalkerana
sumbangan modal pekongsi2.
4. Tanggungan risiko
perniagaan
bersama pekongsi
5. Pengkhususan dpt
dilaksanakan
6. Liablititi tdk
tehad bagi pekongsi
biasa
7. Keterusanperniagaan tdk
terjanim-
dibubarkan bila ada
pekongsi muflis,
mati, tidak siuman
8. Perkongsian
untung-terpaksa
bahagikan
keuntungan
9. Percanggahanpendapat-
perniagaan terjejas
bila ada konflik
antara pekongsi
KOPERASI
1. Mementingkan
kebajikan sosial
ahli-Beli brg murah
dan pinjaman dgn
7/27/2019 1.3 ENTITI PERNIAGAAN
http://slidepdf.com/reader/full/13-entiti-perniagaan 18/23
faedah rendah
2. Tidak wujud
monopoli kuasa-
pengurusan
demokrasi dgn satu
ahli satu undi
3. Beban cukai yg
rendah-cukai
individu
4. Modal boleh
ditingkatkan tanpa
had maksimum-tdk
tertakluk kpd modal
berdaftar
5. Operasi kurang
agresif -kurang
usaha utk cari
keuntungan lebih
sebab hanya jaga
kebajikan shj
6. Pengurusan
kewangan terikat
dgn akta-kewangan
dikawal ketat oleh
jab.pembangunan
koperasi utk jaga
kepentingan ahli
7. Sukar
ditubuhkan-
mimimum 100 org
ahli sukar dicari
8. Modal terhad-ahli
biasanya golongan
pendapatan rendah
spt nelayan, petani
dll dan sukar
bersaing sgn entiti
lain.
SYARIKAT
1. Mudah mendapat
modal-drp ramai
pemegang syer dan
perniagaan mudah
berkembang
2. Liabliti terhad-
pemegang syer rugi
1. Beban
cukai yg
tinggi-cukai
sykt
sebanyak
28% ke atas
untung sykt
7/27/2019 1.3 ENTITI PERNIAGAAN
http://slidepdf.com/reader/full/13-entiti-perniagaan 19/23
setakat modal
dilaburkan shj
3. Berterusan dan
tdk mudah
dibubarkan-
perniagaan tdk
terjejas walaupun
berlaku kematian,
tdk siuman, bankrap
dan pindah milik
dikalangan
pemegang
syer/saham
4. Pengkhususan dpt
dilaksanakan-kerja
mengikut kepakaran
5. Pengurusan sykt
lebih berkesan dan
cekap-berupaya
upah pengurus yg
profesional dlm
bidang ttt.
2. Kawalan
undang2
dan
peraturan
yg ketat-
dikawal akta
sykt 1965
3. Pemisahan
pemilikan
dan
pengurusan
-kecekapan
bergantung
kpd
kebolehan
lembaga
pengarah
bukannya
pemegang
saham,
risiko salah
guna kuasa
mungkin
berlaku
4. Kurang
kerahsiaan
bagi sykt
awam
berhad-
perlu
kemukakan
laporan
kewangan
tahunan
5. Kesukaran
memindahk
an syer bag
sdn bhd-
perlu
persetujuan
pemegang
saham yg
lain.
AKTIVITI PERNIAGAAN
PENGELUARAN
/ INDUSTRI
Def: ialah aktiviti yg melibatkan pengeluaran
iaitu menggunakan tenaga buruh
7/27/2019 1.3 ENTITI PERNIAGAAN
http://slidepdf.com/reader/full/13-entiti-perniagaan 20/23
untuk mengeluarkan bahan mentah dan
memprosesnya kepada sesuatu barang lain
1. Ekstraktif
Meliputi penghasilan dan pemprosesan
untuk mendapatkan sesuatu bahan mentah
Dijadikan input kepada pengeluaran lain
Cth:Pelombongan bijih timah, petani hasil
tani dan nelayan mendapat ikan.1. Perkilangan
Barang konsumer
Melibatkan proses mengeluarkan barang-
barang terus boleh digunakan oleh
pengguna
Proses mengeluarkan barang-barang siap
dan melibatkan beberapa peringkat
Cth: Barang makanan (gula, minyak
masak), barang eletrik
Barang industri Melibatkan pengeluaran barang-barang
yang digunakan untuk proses pengeluaran
seterusnya
Cth: pengeluaran cip komputer, tayar
kereta, barangan elektronik
Pembuatan
Aktiviti menggunakan bahan mentah untuk
menghasilkan barang siap atau barang
separuh siap.
Cth: Menggunakan getah untuk menghasilkan tayar dan sarung tangan,
menggunakan kayu balak untuk
menghasilkan perabot seperti kerusi dan
meja
Pemasangan
Aktiviti memasang komponen-komponen
untuk menghasilkan barang siap.
Cth: Komponen elektronik dipasang untuk
menghasilkan televisyen, radio dan
perakam video.
PERKHIDMATA
N
1. Perdagangan
adalah aktiviti menyediakan barangan
supaya mudah didapati oleh pembeli
apabila diperlukan
mereka terlibat merupakan penghubung
antara pengeluar dan pengguna spt
peruncitandan pemborongan
7/27/2019 1.3 ENTITI PERNIAGAAN
http://slidepdf.com/reader/full/13-entiti-perniagaan 21/23
1. Kewangan
aktivitinya adalah sperti bank perdagangan
syarikat pelaburan, syarikat insurans dan
syarikat kewangan
terlibat dalam bidang pengumpulan modal,
pelaburan ekuiti,penyediaan kemudahan
kredit dan urusniaga pasaran wang.
1. Perkhidmatan
merangkumi perkhidmatan profesional dan
perkhidmatan perdagangan
-contoh: syarikat peguan, doktor agen pelancongan
dll
SEKTOR
1. Sektor
Swasta
Mewujudkan peluang pekerjaan kepada
rakyat dengan membuka kilang/perniagaan
Tingkatkan hasil negara melalui cukai Memberi kemahiran dan pengalaman
untuk meningkatkan
produktiviti/pembangunan sumber manusia
kepada masyarakat.
Sumbangan kepada negara seperti derma
dll
Menyediakan infrastruktur/prasarana spt
jalanraya dll
Memindah teknologi ke dalam negara
Menjalankan r & d
1. Sektor
Awam
Menjadi penyokong & pendorong kepada
sektor swasra
Memberi kemudahan dan panduan ,insentif
dll dalam pengeluaran,pertanian dll
Membantu mengurangkan lapisan birokras
Cth: kelulusan lesen/permit dapat
diselesaikan bawah satu bumbung
1. Badan
Berkanun
Mengawal selia aktiviti perniagaan sektor
swasta supaya tidak melanggar peraturandan
Perundangan yg telah ditetapkan.
Dapat menjaga kewibawaan sektor swasta
& kepentingan pihak pengguna supaya
tidak ditindas
Pihak tidak bertanggungjawab
Menyediakan sumber manusia contoh
universiti
7/27/2019 1.3 ENTITI PERNIAGAAN
http://slidepdf.com/reader/full/13-entiti-perniagaan 22/23
Melaksanakan dasar berkaitan dengan
pihak swasta
TAHAP
PERNIAGAA
N
PENGELUARA
N
PRIMER
Tahap pertama dalam proses pengeluaran
Pengeluaran bahan mentah pada peringkat
asas
Contoh: penoreh pengeluaran susu getah
dari pokoknya
SEKUNDER
Tahap kedua dalam proses pengeluaran
Pemprosesan bahan mentah untuk
menghasilkan barang separuh siap
Dan barang siap
Contoh : susu getah digunakan untuk
menghasilkan keluaran getah lain
Seperti sarung tangan getah
TERTIER
Tahap terakhir dalam proses pengeluaran
Pemasaran produk kepada pengguna akhir
Lebih tertumpu kepada sektor
perkhidmatan
Contoh : sarung tangan getah akan
diedarkan kepada pengguna melalui
rangkaian pengedaran yang sesuai.
INDUSTRI
HULUAN
Peringkat industri yang membekalkan
bahan mentah, barang separuh siap atau
Barang siap yang akan digunakan dalam
aktiviti pengeluaran lain
Contoh: Industri yang mengeluarkan susu
getah
HILIRAN
Tahap perniagaan yang berlaku selepas
tahap huluan
Contoh: Perniagaan yang menghasilkan
tayar getad daripada susu getah
PASARAN
DOMESTIK
Melibatkan penjualan produk pada
peringkat pasaran dalam Negara/tempatan
Cth: tayar getah yang dihasilkan pengeluar
malaysia dijual kepada
Pengguna dalam pasaran malaysia sahaja
ANTARABANGS
A
Penjualan produk kepada pengguna asing
di luar negara
7/27/2019 1.3 ENTITI PERNIAGAAN
http://slidepdf.com/reader/full/13-entiti-perniagaan 23/23
Cth: pengeluar tayar getah di malaysia
mengeksport tayar getah ke Negara lain.