Upload
duongdien
View
232
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
11111[~II~illl~II]lil~ill~I!IIII~llilllil~I~IIIII. 3 0000 00085452 5
KOLEJ UNIVERSITI TI~Kl'iOLOGI TUN HUSSIEN O~~
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS +
JUDUL: PENGHASILAl''i MODUL BERASASKAN l\IUL TIMEDIA BAGI
MATA PELAJARAN PERDAGANGAN UNTUK TA.Jl1K PE;\IILlKA:\
PERNIAGAAN DI SEKOLAH MENENGAH TEIu'lIK
Saya
SESI PENGAJIAN : 2003/2004
AZUYARIA BINTI MAT PUZI (800501-03-5734) (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan kajian kes (~ / Sarjana / Doklm Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dcngan syarat-syarat seperti berikut:
1. Kajian kes ini adalah hak milik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. 2. Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dibenarkan membuat
salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan kajian ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (.J)
D
D
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
(Mengandungi maklumat berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia sepcrti yang temmktub di dalam AKTA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh OrganisasilBadan Penyelidikan dijalankan)
(T ANDA TAG N PENULIS)
Alamat Tetap: Rumah Kakitangan Felda Kccau 6, 27100 Padang Tcngku, Kuala Lipis, Pahang.
Tarikh: 3 MAC 2004
Nama Penyelia : EN. ASHARI SIKOR
Tarikh: 3 MAC 2004
CA TAT AN: * Potong yang tidak bcrkcnaan. ** Jib tcsis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
bcrkuasalorganisasi bcrkcnaan dcngan mcnyatakan sckali scbab dan tcmpoh tcsis ini pcrlu dikclaskan scbagai SULIT atau TERHAD.
+ Tcsis dimaksudkan scbagai tcsis bagi Ijazah DO"1or falsafah dan Sarjana sccara pcnyclidikan, atau discrtai bagi pcngajian sccara kcr.ja kurslIs dan pcnyclidikan atau Laporan Projck Sarjana i--Iuda (PSi\I).
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sm.jana Pendidikan Teknik dan Vokasional."
Tanda tangan
Nama Penyelia
Tarikh
ASHARI BIN SIKOR
3 MAC 2004
PENGHASILAN MODUL BERASASKAN MULTIMEDIA BAGI MATA
PELAJARAN PERDAGANGAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
AZUY ARIA BINTI MAT PUZI
Laporan Projek Sarjana ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional
Fakulti Teknologi Kejuruteraan
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein ann
MAC 2004
11
"Saya akui karya ini adalah hasil keIja saya sendiri kecuali sumber-sumber atau isi
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbemya" .
Tandatangan
Nama Penulis
Tarikh
...... Ar't ....................... . AZUY ARIA BINTI MAT PUZI
3 MAC 2004
A lit alll dulillalt ...
syukur kehadrat illahi atas rahmat dan keizinanNya
dapat melengkapkan projek smjana ini
buat suallliku yang tercinta dan tersayang
Abdull Sulailllall /smil
se17loga segala sokongan dan harapan darimu kekal sehingga ke akhir hayat
tersayang buat mek ayah & mak abah
Mat Puzi Ab Rahmall & Yati Abdul Kadir
Rashidah Mirza Ghulam Nabi & /smil Othmall
terima kasih di atas segala jasamu
Adinda yang dikasihi Zaki, Faizal & Rozaidie
111
Jpar yang diingati Razak, Rozitah, Khalil, YliSOp, Rosyamila, AYllb, Zlllkejli, Yaltya
& Roslillda
17lotivasi17lu menerangi kehidupanku ...
anak-anak buah yang diingati
Nana & Aimall
telatah & karenahmu 17lenceriakan hidupku ...
pensyarah-pensyarah yang dihargai
ilmu17lu jadi panduanku ...
te17lan-teman sepeljuanganku ...
kuhargai jalinan persahabatan ... ingatilah detik-detik kita bersama ...
PENGHARGAAN
Syukur terhadap Ilahi kerana dengan limpah dan kumia-Nya, dapatlah saya
menyempumakan Projek Sarjana ini pada \Vaktu yang telah ditetapkan.
1\'
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada En. Ashari Bin Sikor, selaku penyelia Projek Sarjana II kerana beliau telah
banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam usaha saya untuk menyiapkan
Projek SaIjana ini.
Ucapan terima kasihjuga ditujukan kepada pensyarah Kolej Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn dan pengetua serta guru-guru dan sampel yang terlibat
di Sekolah Menengah Teknik Kluang, lohor yang telah banyak membantu dan
memberikan keIjasama di dalam menyempumakan penyelidikan ini.
Harapan saya agar semoga Projek SaIjana yang dilakukan ini dapat
memberikan manfaat kepada semua pihak. Insyaallah.
Sekian, terima kasih. Wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat penerimaan pelajar terhadap
penggunaan modul berbentuk multimedia dalam proses pembelajaran. Bahan
pembelajaran berbentuk CD multimedia Perdagangan (MPerd.) ini mengukur
penerimaan pelajar dari aspek kesesuaian isi kandungan, kesesuaian rekabentuk dan
motivasi serta minat terhadap penggunaan MPerd. yang dihasilkan. MPerd.
dihasilkan menerusi satu pendekatan yang sistematik bermula dari proses tinjauan ke
atas temp at, modul, dan pelajar. Seramai 39 orang responden daripada Sekolah
Menengah Teknik Kluang dijadikan sebagai sampel kajian. Maklum balas diperolehi
menerusi borang soal selidik dan dianalisis dalam bentuk skor min (Mean Score),
peratusan (Percentage) dan kekerapan (Frequency) dengan menggunakan perisian
SPSS (Statistical Package For Social Science) Versi 11.0. Dapatan kajian
menunjukkan responden bersetuju bahawa isi kandungan dan rekabentuk yang
dimasukkan dalam Mperd. adalah sesuai dan responden juga menyatakan sangat
setuju bahawa Mperd. dapat meningkatkan minat serta motivasi pelajar. Secara
keseluruhannya, nilai skor min bagi ketiga-tiga aspek menunjukkan keputusan yang
tinggi. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa MPerd. yang
dihasilkan oleh pengkaji dapat diterima oleh pelajar. Beberapa cadangan juga
dikemukakan untuk meningkatkan kualiti MPerd. supaya boleh dilaksanakan dengan
lebih efektif dan efisien dalam membantu memudahkan proses pembelajaran pelajar.
VI
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the level of students' acceptance to
module-based in learning process. The CD Multimedia Perdagangan (MPerd.) is to
define the level of students' acceptance through the contents of module, the design of
module and the motivation and interested. The MPerd has been developed using the
systematic process started with surveying location, module and the students. 39
respondents from Sekolah Menengah Teknik Kluang have been chosen as a sample
of this study. Feedback from the questionnaire was analyzed in Mean Score,
Percentage and Frequency by using the SPSS (Statistical Package For Social
Science) Version 11.0 The finding of this study showed that respondents agreed that
the contents and the design of MPerd. are applicable and they also very agreed that
MPerd. can improved the motivation and interested of students.. The findings also
revealed that this MPerd. could help teachers and students in teaching and learning
process. In the light of these findings, it was suggested that the application of
MPerd. can be applied effectively and efficiently in order to assist and facilitate the
students learning process.
BAB
I
KANDUNGAN
PERKARA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN PENULIS
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
SENARAI KANDUNGAN
SENARAIJADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pemyataan Masalah
1.4 Tujuan Kajian
1.5 Objektif Kajian
1.6 Soalan Kajian
1.7 Kerangka Teori Kajian
1.8 Kepentingan Kajian
V11
l\1UKA SURA T
11
111
IV
V
VII
Xl
XlI
X111
XIV
1
2
4
6
6
7
8
9
Vlll
1.9 Skop Kajian 10
1.10 Batasan Kajian 11
1.11 Definisi Istilah 12
1.11.1 Penghasilan 12
1.11.2 Modul 13
1.11.3 Pembelajaran 13
1.11.4 Multimedia 14
1.11.5 Perdagangan 14
1.12 Rumusan 15
II KAJIAN LITERA TUR
2.1 Pengenalan 16
2.2 Multimedia 17
2.3 Media-media dan Rekabentuk Multimedia
Yang Berkesan 20
2.3.1 Teks 20
2.3.2 Grafik 21
2.3.3 Audio 22
2.3.4 Animasi 22
2.4 Jenis-jenis Pembelajaran Multimedia 23
2.5 Kepentingan Multimedia Dalam Pendidikan 25
2.6 Penggunaan Multimedia Dalam Proses Pembelajaran 27
2.7 Kesan Penggunaan Multimedia Dalam Bidang
Pendidikan 30
2.7.1 Format Yang Interaktif dan Merangsang 30
2.7.2 Komunikasi Maklumat Yang Efektif 31
2.7.3 Pengekalan Informasi Yang Berkesan 31
2.7.4 Memudahkan dan Mempercepatkan Lagi
Proses P&P. 31
2.7.5 Membolehkan Pelajar Belajar Mengikut
Kehendak Sendiri 32
2.7.6 Pembelajaran Kendiri 32
2.7.7 Keseronokan Menggunakan Multimedia 33
IX
2.8 Teknologi Pendidikan 33
2.9 Faedah Penggunaan Teknologi Pendidikan 34
2.9.1 Teknologi Boleh Menjadikan Pendidikan
Lebih Produktif 34
2.9.2 Teknologi Boleh Menjadikan Pendidikan
Lebih Bersifat Individu 35
2.9.3 Teknologi Boleh Memberi Pengajaran Asas
Yang Lebih Sistematik 35
2.9.4 Teknologi Boleh Menjadikan Pengajaran
Lebih Hebat 36
2.9.5 Teknologi Boleh Menjadikan Pembelajaran
Lebih Terkini 36
2.9.6 Teknologi Boleh Menjadikan Akses
Kepada Pendidikan Lebih Setara 36
2.10 Kelemahan dan Masalah Penggunaan Multimedia
Dalam Pendidikan 37
2.10.1 Kos Perbelanjaan dan Pembinaan Perisian 37
2.10.2 Tempoh Penghasilan Perisian Multimedia 37
2.10.3 Kualiti Perisian 38
2.10.4 Kepintaran Perisian 38
2.10.5 Minat, Pengetahuan, Kemahiran dan
Kepakaran 38
2.11 Kajian Terdahulu 39
2.12 Rumusan 40
III METODOLOGIKAJIAN 3.1 Pengenalan 41
3.2 Rekabentuk Kajian 42
3.3 Tempat Kajian 43
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 44
3.5 Instrumen Kajian 44
3.5.1 Struktur Alat Kajian 45
3.5.2 Penilaian Alat Kajian 46
x
3.6 Kajian Rintis 47
3.7 Pembolehubah Kajian 48
3.8 Tatacara Pengumpulan Data 49
3.8.1 Pembentukan Borang Soal Selidik 49
3.8.2 Mentadbir Soal Selidik 52
3.9 Tatacara Penganalisisan Data 53
3.9.1 Pengekodan Data Bahagian A, B dan C 53
3.9.2 Pengukuran Pembolehubah 54
3.10 Tatacara Kajian 55
3.11 Rumusan 56
IV REKABENTUKPRODUK 4.1 Pengenalan 57
4.2 Latar Belakang Penghasilan Produk 58
4.3 Obj ektif Produk Dihasilkan 59
4.4 Rekabentuk Produk 59
4.5 Kerangka Penghasilan Produk 61
4.6 Kronologi Pembina an Produk 62
4.6.1 Fasa Analisis Produk 63
4.6.2 Fasa Rekabentuk Produk 63
4.6.3 Fasa Pembangunan Produk 66
4.6.4 Fasa Penilaian Produk 66
4.7 Kos Pembangunan Produk 67
4.8 Kelebihan dan Kekurangan Produk 68
4.8.1 Kelebihan Produk 68
4.8.2 Kekurangan Produk 69
4.9 Rumusan 70
Xl
V ANALISIS DATA
5.1 Pengenalan 71
5.2 Dapatan Kajian 72
5.2.1 Persoalan Kajian 1 72
5.2.2 Persoalan Kajian 2 75
5.2.3 Persoalan Kajian 3 78
5.3 Rumusan 82
VI PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
6.1 Pengenalan 83
6.2 Perbincangan dan Kesimpulan 83
6.2.1 Menghasilkan MPerd. Yang Mempunyai lsi
Kandungan Yang Sesuai dan Memudahkan
Proses Pembelajaran 84
6.2.2 Kesesuaian Rekabentuk MPerd. Yang Dihasilkan 86
6.2.3 Tabap motivasi dan minat pelajar dalam
penggunaan MPerd. lni 87
6.3 Cadangan 88
6.3.1 Cadangan Pembaikan Produk 88
6.3.2 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 89
6.4 Rumusan 90
BIBLIOGRAFI 91
LAMPlRAN 94
\1
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Keputusan Kajian Rintis Untuk Setiap Persoalan
Kajian 48
3.2 ladual Skala Likert 50
3.3 Contoh Item dan Pemyataan lawapan 51
3.4 Contoh Pemyataan Bahagian D 52
3.5 Tahap Kecenderungan Berdasarkan Skor Min 54
5.1 ladual Analisis Bilangan, Min, Peratusan dan
Min Keseluruhan Responden Bagi Aspek lsi
Kandungan MPerd. 73
5.2 ladual Analisis Bilangan, Min, Peratusan dan Min
Keseluruhan Responden Bagi Aspek Kesesuaian
Rekabentuk MPerd. 76
5.3 ladual Analisis Bilangan, Min, Peratusan dan Min
Keseluruhan Responden Bagi Aspek Motivasi dan
Minat Pengguna MPerd. 79
Xll
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT
1.1 Kerangka Teori kajian 8
2.1 Mutltimedia Pada Tahun 1950-an 17
3.1 Hubungan Di antara Pembolehubah Bersandar
Dengan Pembolehubah Bebas 48
3.2 Tatacara Kajian 55
4.1 Kerangka Penghasilan Produk 61
4.2 Kronologi Pembinaan Produk 62
5.1 Analisis Min Untuk Setiap Item Bagi Aspek lsi
Kandungan MPerd. 74
5.2 Analisis Min Untuk Setiap Item Bagi Aspek
Rekabentuk MPerd. 77
5.3 Analisis Min Untuk Setiap Item Bagi Aspek
Motivasi dan Minat MPerd. 81
CD ROM
CD
KUiTTHO
MPerd.
P&P
SMT
SPSS
SENARAI SINGKATAN
Pemain Cakera padat untuk yang menggunakan format
komputer sahaja
Cakera Padat
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein onn
Modul berasaskan multimedia bagi mata pelajaran
Perdagangan
Pengajaran dan Pembelajaran
Sekolah Menengah Teknik
Statistical Package For Social Sciences
Xlll
XIV
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
A Borang Soal Selidik 94
B Kajian Rintis 99
C Kajian Sebenar 103
D Pengesahan Produk 115
E Pengesahan Soal Selidik 116
BABI
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada alafbaru ini, perkembangan teknologi maklumat telah memperlihatkan
kepentingannya sebagai suatu alat yang penting dan telah meresapi semua aspek
kehidupan. Teknologi maklumat bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam sejarah
hidup manusia. Ia merupakan sesuatu yang berterusan, berkembang bersama
kepandaian manusia bagi memudahkan kehidupan. Aspek teknologi maklumat
menggabungkan bidang-bidang seperti elektronik, pengkomputeran dan
telekomunikasi yang memberi kesan yang amat menakjubkan kepada cara hidup
manUSla.
Bidang pendidikan turut tidak ketinggalan dalam meraih peluang-peluang
yang disediakan oleh perkembangan teknologi ini dalam proses pemantapan ilmu.
Pendidikan kini mengalami perubahan yang mend adak, sekaligus berupaya
membentuk masyarakat yang bermaklumat dan sentiasa maju ke hadapan. Olch
sebab itulah, para pendidik klmsusnya pendidikan peringkat tinggi perlulah
memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan wawasan 2020.
Perkembangan pendidikan di Malaysia pada hari ini sedang menuju ke arah
penggunaan teknologi maklumat sebagai alat pengurusan, pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran
melibatkan beberapa aplikasi seperti lembaran kerja, multimedia dan internet.
Peranan dan penggunaan multimedia telah mula dikenalpasti dapat membantu
pendidik dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam perlaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah.
Teknologi maklumat dan sistem komunikasi yang pesat telah banyak
mengubah dunia pendidikan pada hari ini. Di antara kemudahan teknologi
komunikasi yang disediakan ialah pencarian maklumat berasaskan web,
perbincangan dalam kumpulan (newsgroup), mel elektronik (E-mail), perbualan
berasaskan teks (chatting), sistem telesidang seperti video, audio dan sebagainya
lagi.
2
Teknologi hari ini melibatkan aplikasi pengetahuan, sumber, bahan, alat dan
maklumat dalam proses merekabentuk, penghasilan dan penggunaan produk secara
fizikal dan sosial. Teknologi juga mampu mengembangkan keupayaan manusia
untuk mengawal dan memperbaiki alam sekeliling. Oleh itu, golongan pendidik
seharusnya tidak melepaskan peluang yang disediakan dalam arus pembangunan
teknologi hari ini dalam membantu memantapkan sistem pendidikan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dunia pendidikan sejak dahulu lagi telah menggunakan pelbagai kaedah serta
teknologi dalam usaha menyampaikan ilmu pengetahuan di antara tenaga pengajar
dengan para pelajar. Ia bermula dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara
manual iaitu dengan menggunakan kaedah konvensional seperti penyampaian
3
berpusatkan pelajar, penggunaan media penyampaian maklumat atau bahan bantu
mengajar seperti kertas, kapur, papan hitam dan sebagainya dan kemudiannya
menggunakan teknologi yang lebih baik iaitu dengan menggunakan modul bercetak.
Namun sehingga kini, kita masih dapat melihat bagaimana sUkamya seorang tenaga
pengajar untuk mencurahkan ilmu pengetahuan serta pelajaran secara efektif. Malah,
kita juga dapat melihat tenaga pengajar ini terpaksa berhempas pulas mencari idea
dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk memahamkan pelajar.
Ekoran daripada itu, perubahan yang besar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dari pendidikan konvensional kepada pendidikan berasaskan maklumat
telah berIaku di mana modul bercetak telah ditukar ke dalam bentuk yang lebih
menarik dan pelbagai. Daripada pelbagai pengalaman manusia yang lepas serta
kepayahannya dalam mencurahkan ilmu kini cuba diatasi serta diperbaiki dengan
penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah
diterima secara meluas dan telah muncul sebagai salah satu aplikasi teknologi
pengajaran yang amat menarik (Rozinah, 2003). Penggunaan modul berasaskan
multimedia merupakan salah satu alat dalam pengajaran dan pembelajaran yang
boleh merangsang dan meningkatkan minat pelajar untuk belajar. Menurut Jerrold et
al. (1989), media pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pendekatan
multimedia dapat menarik minat pelajar, memahami idea dan dapat membantu
mengatasi masalah masa, saiz dan ruang. Di samping itu juga, ia dapat
meningkatkan prestasi pelajar. Dalam pengajaran berasaskan multimedia ini, skop
tenaga pengajar dapat dikecilkan di mana modul ini berperanan sebagai pendidik
yang dapat menjadi pengajar, penerang dan pemudahcara
Modul berasaskan multimedia atau lebih dikenali sebagai cakera padat (CD)
interaktif ini perIu diaplikasikan dalam bidang pendidikan kerana peredaran zaman
telah menunjukkan bahawa sesuatu yang berteknologi dan moden dapat
meningkatkan tarafhidup masyarakat. lni dapat dilihat daripada perubahan yang
4
sentiasa berlaku dalam kurikulum sekolah. Mata pelajaran-mata pelajaran yang
sukar seperti matematik, fizik, kimia dan sebagainya perlu diajar dalam bentuk yang
lebih mudah dan menarik. Begitu juga dengan mata pelajaran Perdagangan yang
diajar di Sekolah Menengah Teknik (SMT).
Mata pelajaran Perdaganganjuga merupakan salah satu mata pelajaran yang
sukar untuk difahami. lni adalah kerana isi pelajarannya yang kompleks. Selain
daripada itu, ia merupakan salah satu mata pelajaran yang berbentuk teori. Dari
pengalaman pengkaji yang lepas, mata pelajaran ini memang susah untuk difahami,
lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan konsep yang pelbagai. Daripada masalah
inilah, pengkaji ingin menghasilkan satu modul berasaskan multimedia di mana di
dalam modul ini nanti, pengkaji akan memasukkan pelbagai elemen multimedia
seperti grafik, animasi, teks dan audio untuk menarik minat pelajar dan membantu
meningkatkan prestasi pelajar.
1.3 Pernyataan Masalah
Proses pembelajaran dengan menggunakan buku teks dan buku rujukan
berbentuk manual khususnya bagi mata pelajaran Perdagangan perlu diubahsuai ke
bentuk yang lebih berteknologi seperti CD lnteraktif dan internet. lni adalah kerana
berlakunya pengurusan dan penyediaan nota yang tidak teratur di kalangan guru.
Selain daripada itu juga, faktor lain ialah kelemahan pelajar untuk mengemaskinikan
nota-nota yang diberi oleh guru secara berperingkat-peringkat. Para pelajar juga
terpaksa membawa nota yang banyak ke kelas berbanding dengan hanya membawa
nota dalam bentuk CD sahaja. Ruang penyimpanan rak-rak buku yang banyak dan
kurang strategik cara penyimpanannya berbanding sesuatu maklumat atau bahan
bahan ilmiah yang disimpan dalam bentuk yang lebih mudah juga merupakan salah
satu daripada sebab mengapa modul bercetak perlu diubahsuai kepada bentuk yang
lebih mudah.
5
Dari pennasalahan dan kelemahan yang wujud, terdapat pelbagai
kemungkinan yang akan berlaku, di antaranya ialah prestasi dan pencapaian para
pelajar akan menurun. Situasi ini berlaku kerana para pelajar kurang benninat untuk
belajar mata pelajaran ini. Tambahan pula, isi pelajaran mata pelajaran ini juga sukar
untuk difahami dan terlalu kompleks. Jadi, pembaharuan dan perubahan perlu dibuat
bagi memastikan prestasi para pelajar stabil dan meningkat. Temyata bahawa alat
penggunaan modul yang lebih menarik amat diperlukan bagi tujuan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Atas kesedaran inilah yang mendorong pengkaji untuk menghasilkan satu
modul berasaskan multimedia iaitu dalam bentuk CD interaktifbagi mata pelajaran
Perdagangan khusus untuk pelajar SMT. Modul yang dihasilkan oleh pengkaji ini
dinamakan sebagai MPerd. Proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan
modul berbentuk multimedia adalah merupakan salah satu kesan daripada ledakan
teknologi maklumat dalam bidang pendidikan. Namun, adakah penggunaanya
sebagai alat bantu dalam proses pembelajaran dapat meningkatkan prestasi pelajar?
Oleh yang demikian, kajian ini am at penting untuk mengenalpasti masalah
min at, pencapaian prestasi dan seterusnya penerimaan pelajar terhadap penggunaan
modul berasaskan multimedia (MPerd.). Fokus kajian ini adalah berdasarkan kepada
tiga aspek penting iaitu isi pelajaran, kesesuaian rekabentuk dan motivasi serta minat
pelajar bagi mata pelajaran Perdagangan di SMT di samping memenuhi keperluan
pelajar dan guru dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.