21

1111111111111 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8393/1/sp0000000151.pdf · yang saya muliakan ... kurniaNya kita dapat bersama pada pagi ini untuk ... Kita perlu berbangga terhadap

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 1111111111111 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8393/1/sp0000000151.pdf · yang saya muliakan ... kurniaNya kita dapat bersama pada pagi ini untuk ... Kita perlu berbangga terhadap
Page 2: 1111111111111 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8393/1/sp0000000151.pdf · yang saya muliakan ... kurniaNya kita dapat bersama pada pagi ini untuk ... Kita perlu berbangga terhadap

PERPUSTAKAAN UMS

1111111111111 1400017745

0017745

s <-tOJ.-. """2---

Kamaruzaman Haji Ampon ib Canselor

Universiti Malaysia Sabah

~ z "" ~ <~ ::.2 ;)

~s «: ~

Page 3: 1111111111111 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8393/1/sp0000000151.pdf · yang saya muliakan ... kurniaNya kita dapat bersama pada pagi ini untuk ... Kita perlu berbangga terhadap

Kandungan Tonggak Pertama: Integriti . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 4

Tonggak Kedua: Menghormati .. .. . .... . .. . .. .. .. .. .... . . 6

Tonggak Ketiga: Kebebasan Akademik .... .. .. ... . .. .. 8

Tonggak Keempat: Profesionalisme ..... ....... .. .. ..... 10

Tonggak Kelima: Meritokrasi .. . ... ... .. .. .... .... ........ 12

Tonggak Keenam: Tanggungjawab Sosial ... .. .... . .. . 13

Tonggak Ketujuh: Kreatif & Innovatif .... . .. .. . .. .... . .. 14

Tonggak Kelapan: Pengantarabangsaan ... .. .. ... .... . 16

Lapan Tonggak Nilai Jati Diri Warga UMS .... .. . .. .. .. .. 19

Page 4: 1111111111111 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8393/1/sp0000000151.pdf · yang saya muliakan ... kurniaNya kita dapat bersama pada pagi ini untuk ... Kita perlu berbangga terhadap

l

]atiDiri TinggiKeArah

UMS Cemerlang 000017745 .-t.tt017 t+261/w

Bismillahi Rahmanir Rahim

Terima Kasih Pengerusi Maj/is,

Datuk-Datuk I Datin-Datin I Profesor-Profesor I Tuan-tuan I puan-puan dan saudara-saudari yang saya muliakan ...

Assa/amualaikum Warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Bersyukur kita kehadrat Allah Subhanahu Watallah kerana dengan limpah

kurniaNya kita dapat bersama pada pagi ini untuk menyempurnakan

penganugerahan kepada kakitangan UMS yang cemerlang berkat usaha dan

komitmen mereka yang tinggi dalam membantu UMS mencapai kecemerlangan.

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kakitangan

UMS yang bakal menerima anugerah kakitangan cemerlang pada pagi ini bagi

perkhidmatan tahun 2007. Namun, ini tidak bermakna kecemerlangan hanya pada

tahun 2007 sahaja, malah kecemerlangan secara berterusan perlu diwarisi sepanjang

tempoh perkhidmatan. Sementara, kepada kakitangan yang belum menerima

anugerah perkhidmatan cemerlang, JANGAN PUTUS ASA... dan jangan pula

menganggap bahawa tahun 2007 sebagai pengakhiran penganugerahan

kecemerlangan. Perkhidmatan saudara/saudari yang cemerlang akan dihargai dan

diiktiraf menerusi pemilihan secara meritokrasi secara berterusan.

2

Page 5: 1111111111111 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8393/1/sp0000000151.pdf · yang saya muliakan ... kurniaNya kita dapat bersama pada pagi ini untuk ... Kita perlu berbangga terhadap

JatiDiri Ti11ggiKeArah

UMS Cemerlang

Datuk-Datuk/Datin-Datin/Profesor-Profesor/Tuan-tuan/puan-puan dan saudara-saudari yang saya muliakan ...

Menjelang tahun 2020 Kementerian Pengajian Tinggi mensasarkan sekurang-kurangnya

enam (6) universiti mencapai prestasi untuk diklasifikasikan sebagai universiti penyelidikan.

Sehubungan ini dan seperti yang termaktub dalam visi dan misi, UMS bertekad mencapai

kecemerlangan ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu untuk mencapai pengiktirafan

antarabangsa menerusi pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan, khidmat

masyarakat dan keseimbangan pengkhususan ilmu serta keperibadian pelajarnya untuk

menghasilkan produktiviti dan kualiti yang tinggi dalam konteks persekitaran dan aspirasi

pembangunan masyarakat dan negara.

UMS perlu mengambil peluang daripada perubahan ekonomi dunia yang berasaskan

pengetahuan ini untuk melakukan transformasi. Untuk mencapai tahap kecemerlangan ini,

seluruh warga UMS perlu memiliki ciri-ciri insan yang berkualiti.

Dalam meniti ciri-ciri ini, saya ingin mengetengahkan LAPAN (8) TONGGAK nilai jati diri.

Adalah diharapkan penerapan LAPAN TONGGAKjati diri ini akan menjamin kelangsungan dan

kecemerlangan bagi memartabat dan merealisasikan visi dan misi UMS di samping memacu

ke arah Universiti Penyelidikan.

3

Page 6: 1111111111111 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8393/1/sp0000000151.pdf · yang saya muliakan ... kurniaNya kita dapat bersama pada pagi ini untuk ... Kita perlu berbangga terhadap

fa ti Diri Tiuggi Ke A rah

UMS Cemerlang

TONGGAK PERTAMA: INTEGRITI

Integriti membawa erti keutuhan yang menjurus ke arah perwatakan seseorang yang baik

dari semua aspek. Dalam hal ini, integriti yang dimaksudkan hendaklah mencakupi ciri-ciri

berikut:

1) Individu yang berpegang teguh dan mengotakan janji

Mengotakan janji merupakan sifat yang dituntut dalam melaksanakan tugas yang

dipertanggungjawabkan. Seseorang yang berpegang teguh dan mengotakan janji

sedar akan tanggungjawabnya kepada diri sendiri, masyarakat mahupun negara

dengan penuh kasih sayang dan iltizam. Dalam pada itu, kakitangan UMS yang

memiliki nilai-nilai moral yang tinggi mempunyai sifatjati diri yang merangkumi sifat keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai dan berpegang teguh kepada prinsip etika, mempunyai keberanian moral untuk menegakkan

kebenaran dan bekerja dengan ikhlas tan pa kepentingan peribadi.

2) Beretika dan berpegang kuat pada kebenaran dan keadilan

Etika secara khususnya menjurus kepada 'character', ataupun perwatakan dan

keperibadian. Etika merupakan satu landasan untuk mengawal tingkahlaku yang

membolehkan masyarakat mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari

masa ke semasa. Seseorang individu hendaklah beretika dalam apa jua tindak tanduk

yang dilakukannya. Keberkesanan prinsip beretika terletak pada individu itu sendiri.

Tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat

mencapai tahap etika yang dikehendaki. Setiap amalan, tindakan dan perilaku

hendaklah berasaskan kebenaran dan keadilan yang saksama dan sama rata

4

Page 7: 1111111111111 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8393/1/sp0000000151.pdf · yang saya muliakan ... kurniaNya kita dapat bersama pada pagi ini untuk ... Kita perlu berbangga terhadap

Jati Diri Tinggi Ke A rah

UMS Cemerlang

berdasarkan undang-undang, peraturan, keutamaan dan fakta yang lengkap dan tepat. Dengan adanya sifat-sifat ini, kakitangan UMS akan sentiasa jujur dalam melaksanakan tanggungjawab, bercakap benar dan menepati janji, cermat dan berhemat dalam membuat keputusan, bertindak berasaskan profesionalisme dan patuh serta setia dalam melaksanakan tugas. Kakitangan perlu mengikut landasan yang betul dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan. Tuan-tuan dan puan­puan perlu membuat penilaian secara objektif dan profesional, menerima pandangan dan bersedia membuat pertimbangan semula a pa bi la mendapat maklumat dan fakta yang lebih lengkap dan tepat. Selain itu, kakitangan UMS perlu bersikap kritis dan analitis dalam membuat pertimbangan menggunakan kaedah yang betul dan menghargai hak dan keperluan setiap individu dan kumpulan serta bertindak dengan penuh bertimbang rasa.

3) Tidak berkompromi dengan tindakan yang tidak profesional

Kakitangan UMS perlu mengelakkan sebarang bentuk kerjasama yang menyalahi kuasa dan aktiviti yang bertentangan dengan kedudukan seperti rasuah, dan penipuan. Penelitian perlu dilakukan dengan mendapatkan maklumat yang lengkap mengikut lunas undang-undang dan peraturan serta keutamaan dan fakta yang tepat sebelum membuat sesuatu keputusan atau tindakan. Seseorang individu juga perlu membuat penilaian secara objektif dan profesional, di samping menerima pandangan dan bersedia membuat pertimbangan semula agar tindakan yang sewajarnya dapat diam bi I.

5

--1

Page 8: 1111111111111 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8393/1/sp0000000151.pdf · yang saya muliakan ... kurniaNya kita dapat bersama pada pagi ini untuk ... Kita perlu berbangga terhadap

JatiDiri TinggiKeArah

UMS Cemerlang

4) Tidak membelakangkan dan menjatuhkan nama dan maruah universiti

Kakitangan UMS dituntut untuk menjaga nama baik universiti. Hal-hal yang boleh

menjatuhkan maruah universiti sebagai institusi pengajian tinggi hendaklah

dielakkan. Ketidak profesionalisme dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan

kakitangan universiti, hanya akan mendatangkan keburukan kepada universiti sekali

gus menjatuhkan nama dan maruah universiti itu sendiri. Oleh itu, dalam apa jua

tindakan, kakitangan UMS tidak seharusnya membelakangkan nama universiti kerana

identiti yang kita tampilkan di hadapan umum sama ada baik atau tidak, akan

melambangkan identiti universiti.

TONGGAK KEDUA: MENGHORMATI

Rasa hormat menghormati akan hanya dapat dipamerkan apabila wujudnya nilai percaya

pada harga dirinya sendiri dan pihak lain. Sikap ini menunjukkan bahawa kita memahami dan

menghargai orang lain.

1) Sifat menghormati antara satu dengan yang lain

Menunjukkan sikap hormat kepada orang lain dengan bersikap terbuka dan responsif

kepada perubahan idea, pengetahuan dan kemahiran baru serta sanggup menerima

teguran atau kritikan membina daripada mereka yang lebih berilmu. Mengiktiraf,

menerima secara muktamad dan tidak mempertikaikan sebarang pandangan atau

keputusan yang dibuat oleh pengurusan atasan universiti atau oleh Ketua Pengarah

sebagai ketua organisasi.

6

_J

Page 9: 1111111111111 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8393/1/sp0000000151.pdf · yang saya muliakan ... kurniaNya kita dapat bersama pada pagi ini untuk ... Kita perlu berbangga terhadap

JatiDiri TinggiKeArah

--- UMS Cemerlang --------------------------;

2) Memahami dan mengiktiraf individu lain

Warga UMS harus menanamkan sikap menerima pandangan pendapat orang lain serta bersedia membuat pertimbangan semula apabila mendapat maklumat dan fakta yang lebih lengkap dan tepat. Bersikap terbuka dalam memberi dan menerima buah fikiran dan pendapat serta yakin dalam menegakkan kebenaran dengan melaksanakan keputusan muktamad yang dibuat oleh pihak yang lebih berwibawa walaupun bertentangan dengan pendapat peribadi.

3) Melayani individu secara adil dan saksama

Membuat pertimbangan yang saksama dan sama rata dalam setiap tindakan dan keputusan berasaskan undang-undang, peraturan, keutamaan dan fakta yang lengkap dan tepat. Seim bang dalam pembawaan diri, adil kepada diri sendiri serta adil terhadap ketua, orang bawahan dan rakan sekerja.

4) Memelihara maruah individu tanpa batasan

Sentiasa menjaga hak dan maruah orang lain dengan tidak memalukannya di hadapan orang ramai sekiranya berlakunya perselisihan faham. Selain itu, warga UMS tidak mengabaikan hak dan keperluan setiap individu dan kumpulan serta bertindak dengan penuh bertimbang rasa tanpa mengambil mengira perbezaan dan batasan individu daripada segi bangsa, agama, jantina atau jawatan yang dipegang.

7

Page 10: 1111111111111 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8393/1/sp0000000151.pdf · yang saya muliakan ... kurniaNya kita dapat bersama pada pagi ini untuk ... Kita perlu berbangga terhadap

/a ti Diri Tinggi Ke A rah

,____ _______ UMS Cemerlang -----------------------__ ____,

5) Muhasabah ("self-criticism") diri untuk memperbaiki sikap dan tindakan

Kakitangan UMS yang bermuhasabah diri sentiasa memperbaiki sikap, sanggup

melaksanakan kerja dengan tekun dan menyempurnakannya ke tahap yang terbaik.

Mereka ini juga mempunyai dorongan yang tinggi untuk sentiasa meningkatkan

prestasi dan bersedia menerima nasihat atau teguran, sentiasa berdedikasi dan

bersedia menerima tugas dan tanggungjawab. Komited dan tekun melaksanakan

tugas ke tahap yang terbaik, berusaha meningkatkan kualiti, hasil kerja, menimbah

ilmu pengetahuan dan kemahiran.

TONGGAK KETIGA: KEBEBASAN AKADEMIK

Kebebasan akademik merupakan kebebasan yang dimiliki oleh anggota akademik untuk

melaksanakan kegiatan yang berkait dengan pendidikan dan pengembangan ilmu

pengetahuan dan teknologi secara bertanggungjawab dan kendiri.

1) Menggalakkan penjanaan dan penyebaran ilmu sejagat

Kebebasan akademik dalam kalangan ahli intelektual kakitangan akademik akan

menggalakkan mereka mencetuskan idea-idea atau penemuan-penemuan ilmu baru

yang memacu kepada pembangunan dan pembaharuan universiti. Penjanaan ilmu­

ilmu baru tersebut akan dikaji dan dapatan kajiannya akan disebarkan untuk

kepentingan masyarakat sama ada tempatan mahupun luar negara.

8

Page 11: 1111111111111 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8393/1/sp0000000151.pdf · yang saya muliakan ... kurniaNya kita dapat bersama pada pagi ini untuk ... Kita perlu berbangga terhadap

Jati Diri Tinggi Ke A rah

1--------- UMS Cemerlang -------------------------

2) Mengambilkira kepelbagaian pendapat daripada individu yang berbeza

Dalam menyokong kebebasan berakademik, kita tidak seharusnya menghalang orang lain mengemukan pendapat dan pandangannya sendiri. Dalam hal ini, individu atau masyarakat perlu berfikiran terbuka dengan mengambil kira kepelbagaian pendapat serta pandangan individu lain. Perkara ini amat penting untuk mempertimbangkan semula pendapat-pendapat yang wajar diterima kerana melalui pelbagai pendapat inilah akan melahirkan idea-idea yang bijak dan bernas.

3) Tidak berselindung di sebalik kegiatan akademik

Kebebasan akademik dalam kalangan penggiat akademik perlu digunakan sebaik mungkin demi untuk kepentingan diri, masyarakat dan sejagat. Adalah melanggar etika profesionalisme seseorang penggiat akademik menyalahgunakan kuasa yang diberikan untuk tujuan-tujuan yang menyalahi undang-undang dan peraturan seperti rasuah, penipuan dan perkara-perkara yang tidak bermoral. Kebebasan akademik harus selari dengan nilai tanggungjawab yang beretika.

4) Memanfaatkan kebebasan akademikdan nilai-nilai keintelektualan

Kebebasan akademik dalam kalangan penggiat akademik juga perlu dimanfaatkan untuk meningkatkan nilai-nilai keintelektual seperti berani menyuarakan pendapat, berkongsi ilmu pengetahuan, tekun, berusaha memperbaiki diri, berfikiran telus dan terbuka serta berani menegakkan kebenaran untuk kepentingan universiti, masyarakatdan negara.

9

Page 12: 1111111111111 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8393/1/sp0000000151.pdf · yang saya muliakan ... kurniaNya kita dapat bersama pada pagi ini untuk ... Kita perlu berbangga terhadap

JatiDiri TinggiKeArah

UMS Cemerlang

5) Menjiwai ilmu dengan pen uh kesungguhan dan penghayatan

Penggiat akademik bukan sahaja perlu menyebarkan ilmu yang ada di dada mereka

tetapi perlu juga menjiwai ilmu tersebut dengan penuh penghayatan kerana tanpa

penjiwaan dan penghayatan, sesuatu ilmu tersebut tidak bermakna. Penjiwaan ilmu

amat penting terutamanya untuk menghasilkan penyelidikan yang berkualiti dan

menarik perhatian sejagat sekali gus meletakkan universiti ke arah memacu universiti

penyelidikan.

TONGGAK KEEMPAT: PROFESIONALISME

Pembentukan masyarakat yang benar-benar maju bukan sahaja perlu berasaskan kepada

kedudukan ekonomi yang berdaya maju dan berdaya saing, tetapi juga kepada minda,

budaya, nilai dan amalan profesionalisme perlu diperkukuh sejajar dengan perkembangan

ekonomi negara.

1) Berbangga dengan pencapaian dan berusaha meningkatkan kepakaran

Kita perlu berbangga terhadap pencapaian dan usaha yang telah kita sumbangkan

dalam profesion kita walaupun kejayaan tersebut tidak sebesar mana. Apa yang

penting, seseorang individu perlu meningkatkan ilmu dan kepakarannya seiring

dengan peningkatan tahap profesionalisme secara berterusan tanpa mengharap

sangat insentif dari pihak universiti.

2) Komited dalam organisasi

Warga UMS yang komited dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan sentiasa

bertanggungjawab terhadap kerja, atau tugas yang diamanahkan dengan baik.

10

Page 13: 1111111111111 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8393/1/sp0000000151.pdf · yang saya muliakan ... kurniaNya kita dapat bersama pada pagi ini untuk ... Kita perlu berbangga terhadap

JatiDiri TinggiKeArah

1-------- UMS Cemerlang -------------------------

Seseorang yang komited juga sentiasa berusaha dengan tekun untuk melaksanakan

tugas yang telah diamanahkan dengan menyempurnakannya tanpa sebarang

keluhan.

3) Bersikap positif terhadap kritikan untuk meningkatkan prestasi diri

Pekerja yang bersikap positif sanggup melaksanakan kerja lebih daripada yang

diharapkan serta tekun menyempurnakannya ke tahap yang terbaik. Mereka ini juga

mempunyai dorongan yang tinggi untuk sentiasa meningkatkan prestasi dan bersedia

menerima nasihat atau teguran. Bersikap terbuka dan responsif kepada perubahan

idea, pengetahuan dan kemahiran baru serta sanggup menerima dan memberi

teguran atau kritikan yang membina.

4) Menghayati etika profesionalisme

Kakitangan UMS dituntut untuk menghayati etika profesionalisme dalam

profesionnya. Nilai ini merujuk kepada pelaksanaan peranan dan fungsi sebagaimana

yang ditetapkan, peningkatan kemampuan diri dan bersikap bertanggungjawab

terhadap amanah yang diberikan. Dengan kepekaan terhadap etika profesionalisme

ini, setiap amalan, tindakan dan perilaku adalah berdasarkan kebenaran undang­

undang dan peraturan.

5) Mengiktiraf pencapaian dan sumbangan individu

Penghargaan dan pengiktirafan merupakan keperluan yang paling tinggi yang perlu

dipenuhi. Dalam konteks UMS, pengiktirafan yang sewajarnya perlu diberi kepada

individu yang menjalankan tugasnya dengan cemerlang, tekun dan berusaha agar

individu tersebut dapat memotivasikan dirfnya ke tahap yang lebih tinggi.

11

Page 14: 1111111111111 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8393/1/sp0000000151.pdf · yang saya muliakan ... kurniaNya kita dapat bersama pada pagi ini untuk ... Kita perlu berbangga terhadap

Jati Diri Ti11ggi KeArah

_ UMS Cemerlang -------------------------i

6) Kepentingan keadilan dan kesaksamaan mengatasi kepentingan peribadi

Keadilan dan kesaksamaan amat penting dalam menghadapi masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya. Melalui sikap adil, kita perlu memberi peluang yang saksama kepada pembangunan diri dan orang lain dalam memacu kemajuan kerjaya. Selain itu, warga UMS perlu seimbang dalam pembawaan diri, adil kepada diri sendiri serta adil terhadap ketua, orang bawahan dan rakan sekerja.

TONGGAK KELIMA: MERITOKRASI

Meritokrasi adalah suatu sistem kerajaan yang berdasarkan kebolehan serta merit seseorang itu dan bukannya berasaskan kekayaan atau status sosialnya. Ramai yang memberi imej negatifterhadap meritokrasi, namun masih ramaijuga yang percaya dengan kebaikan sistem ini di dalam masyarakat. Sistem ini adalah lebih adil dan produktif, berbanding sistem yang mengamalkan status sosial.

1) Pelantikan, kenaikan pangkat dan pemilihan anugerah cemerlang berdasarkan merit

Sistem meritokrasi yang digunakan dalam perlantikan, pemilihan dan kenaikan pangkat dan pemilihan anugerah cemerlang yang berdasarkan kepada merit telah digunakan di semua institut pengajian tinggi. Hal ini bermakna, kenai,kan pangkat seseorang individu bergantung kepada jumlah merit yang terkumpul. Manakala merit seseorang bergantung kepada sikap komited dan usahanya dalam melakukan tugas yang diamanahkan.

12

Page 15: 1111111111111 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8393/1/sp0000000151.pdf · yang saya muliakan ... kurniaNya kita dapat bersama pada pagi ini untuk ... Kita perlu berbangga terhadap

/a ti Diri Tinggi Ke A rah

,___ _______ UMS Cemerlang --- - - --

2) Penilaian prestasi pelajar berdasarkan pencapaian akademik dan kokurikulum

Melalui sistem meritokrasi yang dilaksanakan di negara ini, pelajar yang melanjutkan

pelajaran ke institut pengajian tinggi bergantung kepada pencapaian akademik,

kemahiran dan aktiviti kokurikulum. Hal ini bermakna tiada lagi kuota untuk pelajar­

pelajar tertentu dan mereka yang ingin memasuki universiti perlu bersaing secara adil

tan pa mengira bangsa, agama dan latar belakang.

TONGGAK KEENAM: TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Tanggungjawab Sosial atau Social Responsibility merupakan suatu tonggak yang

menekankan peri pentingnya organisasi khususnya universiti memiliki suatu tanggungjawab

terhadap pelajar, kakitangan, pegawai, dan komuniti dalam segala aspek pengurusan

universiti.

1) Bersama memberi sumbangan terhadap pembangunan negara

Sudah menjadi peranan dan tanggungjawab universiti untuk memberi sumbangan

kepada pembangunan negara. Semua kakitangan universiti sama ada pensyarah

atau pegawai perlu berganding bahu dan bekerjasama dalam melaksanakan

tanggungjawab mereka terutamanya dalam aspek penyelidikan dan pembangunan di

universiti. Melalui bidang ini, kita dapat meningkatkan penyelidikan dan inovasi

kebangsaan dengan pelbagai penemuan ilmu yang bersifat komersial.

13

Page 16: 1111111111111 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8393/1/sp0000000151.pdf · yang saya muliakan ... kurniaNya kita dapat bersama pada pagi ini untuk ... Kita perlu berbangga terhadap

Jati Diri Ti11ggi Ke A rah

_ UMS Cemerlang

2) Menyertai aktiviti khidmat masyarakat

Nilai ini dapat dilakukan dengan mewujudkan perhubungan sosial dan komunikasi terbuka serta tolong-menolong melalui program bakti siswa yang boleh dimanfaatkan bersama dengan komuniti. Universiti perlu menyokong kakitangan dan pelajar dalam usaha mereka untuk menawarkan perkhidmatan sukarela dengan menyertai program amal yang menyokong individu dan komuniti terutamanya dalam bidang pendidikan dan kualiti kehidupan bagi mereka yang kurang bernasib baik.

3) Memanfaatkan kepakaran untuk penambahbaikan masyarakat dan negara

Tenaga profesional di universiti diperlukan untuk penambahbaikan masyarakat dan negara. Hasil atau dapatan penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan di universiti akan dikongsi bersama dengan masyarakat dan negara. Dalam setiap kajian yang dilakukan diharapkan akan membawa kepada penyelesaian pernyataan masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

TONGGAKKETUJUH: KREATIF&INNOVATIF

Tonggak ini menjelaskan cara individu, sekelompok manusia atau sesebuah organisasi memahami, mengetahui dan mampu mengaplikasikan daya kreativiti dan pembaharuan dalam usahanya untuk membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah, menerbitkan idea dan menghasilkan sesuatu inovasi. Tonggak kreatif amat penting dalam dunia pendidikan untuk melahirkan sebuah citra masyarakat yang kreatif dan negara inovatif.

14

Page 17: 1111111111111 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8393/1/sp0000000151.pdf · yang saya muliakan ... kurniaNya kita dapat bersama pada pagi ini untuk ... Kita perlu berbangga terhadap

Jati Diri Tinggi Ke A rah

UMS Cemerlang

1) Bergiat secara aktif untuk peningkatan universiti

Penyertaan dan penglibatan setiap individu atau kakitangan di sesebuah universiti

amat diharapkan supaya semua kakitangan tidak lupa tanggungjawab masing­

masing dan dapat menyumbang sesuatu kepada pembangunan dan inovasi

universiti. Kegiatan aktif ini boleh dilihat dalam penglibatan menghasilkan buku,

jurnal, menganjurkan program sejagat, membuat penyelidikan yang berkualiti dan

sebagainya.

2) Berkeupayaan melangkaui sempadan ilmu menjana penemuan baru

Penyelidikan dan pembangunan menjadi satu kewajipan kepada universiti untuk

menjana penemuan-penemuan ilmu baru yang kreatif dan inovatif sama ada dalam

bidang reka cipta, sains, sains gunaan, sosial ataupun teknologi. Kelebihan daripada

sifat kreatif yang melekat pada seseorang individu atau sesebuah universiti adalah

kemampuan mereka untuk melihat peluang dalam masalah-masalah yang muncul

dalam kalangan masyarakat, seterusnya mampu mencipta sesuatu yang baru.

Setiap universiti berlumba-lumba untuk menghasilkan R&D yang dapat memberi

sumbangan yang besar kepada negara kerana aktiviti R&D yang cemerlang bersifat

komersial sekali gus dapat menaikkan nama universiti sebagai universiti penyelidikan

dan diiktiraf di peringkat tempatan dan global.

3) Menggalakkan idea baru dan sanggup berubah dan menerima perubahan untuk penambahbaikan

Sesebuah universiti hendaklah menggunakan kepakaran kakitangannya dalam

mencetuskan idea baru secara berterusan. Penemuan idea baru ini amat penting

15

Page 18: 1111111111111 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8393/1/sp0000000151.pdf · yang saya muliakan ... kurniaNya kita dapat bersama pada pagi ini untuk ... Kita perlu berbangga terhadap

J ati Diri Tinggi Ke A rah

UMS Cemerlang

kepada peningkatan intelektual dan inovasi universiti agar berdaya saing dengan

universiti tempatan lain. Idea yang bersifat komersial akan menyumbang kepada

pembangunan universiti sekali gus dapat meningkatkan ekonomi negara. Setiap

individu warga UMS yang ingin memacu ke arah kejayaan berterusan harus

menghadapi perubahan dan penambahbaikan untuk kebaikan UMS itu sendiri. Tanpa

perubahan dan penambahbaikan, sudah tentu kita akan kekal di takuk lama dan

ketinggalan dalam pelbagai aspek sama ada dari segi maklumat, strategi, teknologi, dan lain-lain.

TONGGAKKELAPAN:PENGANTARABANGSAAN

1) Menggalakkan kajian dan penyelidikan di peringkatglobal

UMS perlu menggunakan kepakaran penyelidiknya sebaik mungkin dalam bidang

penyelidikan untuk menghasilkan dapatan yang boleh dimanfaatkan di peringkat

antarabangsa. Hal ini perlu ditekankan oleh UMS untuk menaikkan mutu dan kualiti

penyelidikan dan pembangunan R&D negara agar mampu bersaing di peringkat

antarabangsa dengan menghasilkan penemuan ilmu baru yang memberi manfaat

kepada masyarakat dunia.

2) Menjalin kerjasama penyelidikan serantau

Tidak dapat dinafikan, penyelidikan di luar negara lebih berjaya, bermutu dan

berkualiti dari semua aspek berbanding penyelidikan tempatan. Oleh hal yang

demikian, kerjasama serantau penting dijalin terutamanya dalam bidang

penyelidikan. Hal ini kerana, dengan adanya kerjasama serantau kita dapat belajar

dan berkongsi pengetahuan, kewangan, kemajuan teknologi dan infrastruktur dan

kepakaran mereka dalam mengendalikan bidang penyelidikan.

16

Page 19: 1111111111111 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8393/1/sp0000000151.pdf · yang saya muliakan ... kurniaNya kita dapat bersama pada pagi ini untuk ... Kita perlu berbangga terhadap

T ati Diri Tinggi Ke A rah

UMS Cemerlang

3) Mempromosi kecemerlangan universiti di peringkat global

Unit pengurusan penerbitan universiti mempunyai tanggungjawab penting untuk

mempromosi dan menghebahkan kecemerlangan universiti di peringkat

antarabangsa. Adalah menjadi perkara penting menghebahkan kecemerlangan

universiti melalui penerbitan artikel, jurnal, buku, atau melalui laman web universiti.

Hal ini perlu dilakukan untuk menarik perhatian dan mendapatkan hubungan

kerjasama dari luar negara dalam pelbagai aspek berkaitan pendidikan.

Datuk-Datuk/Datin-Datin/Profesor-Profesor/Tuan-tuan/puan-puan dan saudara-saudari yang saya mu/iakan ...

Saya sedar bahawa untuk menyematkan semua ciri ini bukanlah satu perkara yang mudah.

Saranan saya ini bukannya bermula daripada para pelajar, sebaliknya bertitik tolak daripada

tenaga kakitangan pentadbiran dan akademik itu sendiri. Ketam tidak akan mengajar

anaknya berjalan lurus, begitu juga dengan kakitangan dan tenaga pengajar tidak akan

dapat menyumbangkan perkhidmatan dan memberikan ilmu yang mantap kepada para

pelajar, sekiranya mereka sendiri mempunyai perkhidmatan dan pemikiran yang terhad dan

cetek sifatnya. Pangkat dan jawatan tidak akan memberi kekebalan kepada mereka yang

tidak terdedah dan mempunyai ilmu yang mencukupi. Kita mengkhianati keyakinan dan

kepercayaan yang diberikan oleh pelajar sekiranya ilmu yang kita berikan tidak berbaloi.

Kepincangan ini perlu kita perbaiki terlebih dahulu dengan secepat mungkin tanpa prajudis.

Saya kira saranan ini bukanlah sesuatu yang mustahil atau di luar kapasiti dan

keupayaan para warga UMS. Bukankah UMS ini sebuah pusat pengajian tinggi yang mampu

mengasuh dan mengasah minda? Tugas untuk memperkasa dan memantap minda adalah

satu tanggungjawab yang besar dan bukannya sesuatu yang remeh dan dipandang ringan.

Para pelajar yang bertuah menyambung pengajian mereka di UMS bukan sekadar mengejar

17

Page 20: 1111111111111 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8393/1/sp0000000151.pdf · yang saya muliakan ... kurniaNya kita dapat bersama pada pagi ini untuk ... Kita perlu berbangga terhadap

Jati Diri Ti11ggi Ke A rah

UMS Cemerlang

segulung ijazah diakhir pengajian mereka, malah setiap pelajar yang hadir di sini dahagakan ilmu dan kemahiran untuk menghadapi apa jua cabaran apabila mereka meninggalkan institusi pengajian tinggi kelak.

Kita tidak dapat nafikan bahawa ada antara ibu bapa yang sanggup berhutang dan bergadai harta untuk menentukan anak-anak mereka boleh menyambung pengajian mereka ke UMS. Ada juga para pelajar yang sanggup menanggung hutang walaupun mereka belum menyara hidup masing-masing. Ada antara mereka yang perlu mula membayar beban hutang walaupun mereka belum lagi mendapat pekerjaan. Keadaan ini tidak dapat dielakkan, ini realiti ! ! !

Datuk-Datuk/Datin-Datin/Profesor-Profesor/Tuan-tuan/Puan-puan dan Saudara-saudari yang saya muliakan ...

Semua ini bergantung kepada pengorbanan kita yang tidak pernah mengenal erti jemu untuk memberi perkhidmatan, mendidik, mengasuh, membuka minda mereka untuk menanam bibit-bibit keinsafan seterusnya membolehkan mereka menjiwai bidang atau pengkhususan yang diceburi.

Di sini sekali lagi saya ingin menekan dan menyarankan agar setiap kakitangan UMS harus mempunyai kesedaran dan keinsafan, keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, pendek kata kita mesti memiliki INTEGRITI yang tinggi. Adalah penting untuk kita mampu memperbaiki diri sendiri demi mempertingkatkan jati diri terlebih dahulu sebelum kita berupaya membantu dan memperbaiki diri orang lain.

Sekian Teri ma Kasih Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ....

18

Page 21: 1111111111111 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8393/1/sp0000000151.pdf · yang saya muliakan ... kurniaNya kita dapat bersama pada pagi ini untuk ... Kita perlu berbangga terhadap

L.,

, Q

j cr.

0 s: