Upload
others
View
12
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1.0 PENGENALAN
Pelaksanaan Projek Tahun Akhir (PTA) adalah bagi pelajar-pelajar semester
akhir (Semester 6) Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan
Industri) dan (Semester 7) Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa). Para
pelajar diberikan tempoh selama 1 semester untuk menyempurnakan PTA
mereka sebaik kembali ke kolej dari menyelesaikan Latihan Industri (LI) mereka.
PTA akan memberi pelajar peluang untuk mempraktikkan pengetahuan teori
mereka untuk cuba mencari penyelesaian kepada masalah-masalah dalam
bidang kejuruteraan. Para pelajar akan dinilai dari segi kemahiran merekabentuk,
mengendalikan mesin, menyelesaikan masalah, dan melaksanakan kerja-kerja
pengurusan teknikal yang telah dikuasai. Penyediaan laporan PTA adalah sangat
penting. Ia dilaksanakan sebagai memenuhi salah satu syarat penganugerahan
Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik & Industri) dan Diploma
Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa).
1.1 Objektif
Tujuan pelaksanaan PTA ini adalah untuk :
i) menguji kemahiran para pelajar dalam mengaplikasi kemahiran yang telah
dikuasai.
ii) mencari penyelesaian kepada permasalahan kejuruteraan yang dihadapi
iii) memperkenalkan pelajar dengan kaedah dan prosedur kajian,
pengumpulan data dan maklumat, dan juga pembentangan hasil projek
iv) memupuk sikap berdikari pelajar sewaktu proses menyempurnakan PTA
v) melatih pelajar dalam membuat pembentangan bagi hasil PTA
1.2 Prosedur Pelaksanaan
Setiap projek akan dilaksanakan secara individu atau kumpulan (maksimum 3
pelajar) berdasarkan jenis kajian atau bentuk projek yang dilaksanakan. Untuk
projek berkumpulan, skop tugasan bagi setiap ahli kumpulan hendaklah
dinyatakan dengan jelas.
1.2.1 Jumlah Jam Kredit
Peruntukan jumlah jam kredit bagi PTA adalah 4 jam kredit.
1.2.2 Tempoh Pelaksanaan
Tempoh pelaksanaan PTA adalah selama 1 Semester. Pelajar dikehendaki
membentangkan projek akhir mereka pada Semester Enam (6) bagi kursus
Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik & Industri) dan Semester
Tujuh (7) bagi kursus Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa).
Pelaksanaan PTA hendaklah dimaklumkan kepada Penyelia Projek dari semasa
ke semasa. Bagi projek yang tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang
ditetapkan, pelajar diberi tempoh tambahan bergantung kepada Penilai PTA.
1.2.3 Penyelia Projek (PY-PTA)
Setiap projek akan diselia dan dipantau oleh seorang tenaga pengajar sepanjang
perjalanan dan pelaksanaan PTA dari masa ke semasa supaya segalanya
berjalan lancar.
2.0 SKOP PROJEK
Pelajar digalakkan membuat perbincangan dan mendapatkan pandangan dari
tenaga pengajar sebelum menetapkan jenis projek yang akan dibangunkan. Ini
turut bergantung kepada kebolehan pelajar, kegunaan projek, skop kajian yang
bersesuaian dan realistik, berdaya saing serta mempunyai nilai-nilai komersil bagi
tujuan pemasaran (jika ada) dan beberapa lagi perkara yang perlu
dipertimbangkan sebelum keputusan muktamad dibuat.
2.1 Pemilihan Tajuk PTA
Terdapat dua jenis projek yang boleh dibangunkan, iaitu:
a) Projek Jenis Nyata
b) Projek Jenis Kajian
2.1.1 Projek Jenis Nyata
Projek Jenis Nyata merujuk kepada produk atau perisian yang dibangunkan
mengikut kaedah-kaedah yang sesuai. Pembangunan projek jenis ini perlulah
mengabungkan teknologi-teknologi baru dan tidak meniru sebarang ciri-ciri
produk yang sedia ada di pasaran. Perbandingan antara produk sedia ada
dengan projek yang hendak dibangunkan perlu ditunjukkan dengan jelas beserta
kajian dan sokongan data.
Projek jenis ini boleh merujuk kepada penyelesaian sesuatu masalah yang
mungkin wujud sama ada di institut mahupun industri. Kaedah pembangunan dan
pengujian ke atas projek yang dibangunkan perlu dinyatakan dengan jelas dan
terperinci berserta sokongan data, analisa dan bukti-bukti yang berkenaan
dengan projek (ditunjukkan dalam bentuk gambar foto).
2.1.2 Projek Jenis Kajian
Projek Jenis Kajian pula merujuk kepada kemahiran dalam membuat kajian
tentang permasalahan, pengurusan teknikal, teknologi-teknologi baru, simulasi
dan sebagainya yang berkaitan. Hasil kajian hendaklah disertakan sebagai bukti
seperti dokumendokumen yang dibangunkan, borang soal selidik, senarai semak
dan sebagainya.
2.2 Kriteria Pemilihan Tajuk PTA
2.2.1 Semua projek-projek yang dibangunkan mestilah berpandukan kehendak
industri (industry driven) dan boleh dikomersilkan jika sesuai.
2.2.2 Projek-projek juga boleh mempunyai nilai-nilai .future upgrade. yang mana
boleh dibuat penambahsuaian bagi meningkatkan lagi kualiti projek
tersebut.
2.2.3 Semua hasil cipta projek hendaklah asli. Adalah menjadi SATU
KESALAHAN jika didapati pelajar meniru atau menciplak hasil dari mana-
mana pihak. Pelajar akan GAGAL sekiranya melakukan kesalahan yang
tersebut di atas.
2.2.4 Pemilihan tajuk projek boleh dilakukan dengan memilih tajuk yang
disarankan oleh tenaga pengajar atau pilihan tajuk pelajar sendiri jika
mendapat persetujuan dari tenaga pengajar atau penyelia.
3.0 KERTAS CADANGAN (PROPOSAL)
Semua kertas cadangan hendaklah disediakan 2 minggu selepas pendaftaran
pelajar. Kertas cadangan yang telah diluluskan akan diserahkan kepada Penyelia
Projek yang telah dilantik oleh Penyelaras PTA untuk tujuan penilaian awal bagi
melihat akan keberkesanan projek tersebut. Pembentangan kertas cadangan
akan dilakukan oleh panel yang dilantik oleh Penyelaras PTA pada minggu ke 3
semester.
3.1 Objektif Penyediaan Kertas Cadangan Projek (Project Proposal)
Tujuan penyediaan cadangan adalah untuk:
i) membentangkan idea dan cadangan PTA
ii) memastikan kesesuaian projek untuk dilaksanakan
iii) menekankan kepentingan komitmen pelajar dengan Penyelia Projek
iv) melengkapkan sebahagian syarat PTA
3.2 Format Kertas Cadangan
Pelajar diminta menyediakan kertas cadangan mereka mengikut format yang
telah ditetapkan.
Kertas cadangan hendaklah disediakan dan ditaip di atas kertas A4 berwarna
putih dengan berat sekurang-kurangnya 80 gram dan mengikut ciri-ciri yang
ditetapkan berikut.
a) Jenis tulisan : Arial
b) Saiz tulisan: 12 pt
c) Jarak perenggan (spacing) : 1.5 lines
d) Tajuk : 14 pt, bold
e) Sub-tajuk : 12 pt , bold
Kertas cadangan juga dikehendaki memuatkan perkara-perkara berikut:
a) Muka Depan
b) Kandungan dengan mukasurat
c) Abstrak
d) Pengenalan
e) Isi kandungan
f) Penutup
3.2.1 Isi Kandungan
Kertas cadangan PTA perlulah merangkumi perkara-perkara berikut:
a) Tajuk
b) Senarai nama individu / ahli kumpulan
c) Nama penyelia
d) Sinopsis
e) Pengenalan projek
f) Objektif
g) Konsep
h) Faedah jangkaan
i) Rujukan
j) Lain-lain dokumen sokongan
4.0 BUKU LOG
Setiap pelajar diwajibkan merekod segala pembangunan dan perjalanan PTA di
di dalam buku log. Tujuan Buku Log dibangunkan adalah sebagai rujukan
Penyelia bagi memastikan kelancaran PTA dan pencapaian pelajar dari masa ke
semasa. Setiap nota, aktiviti dan langkah-langkah yang telah dilaksanakan
pelajar akan diperiksa dan ditandatangani penyelia.
4.1 Format
Pelajar menyimpan data dan rekod berkaitan PTA mereka berdasarkan butiran-
butiran yang ditetapkan.
4.1.1 Format kandungan buku log
Format kandungan buku log untuk aktiviti harian adalah seperti berikut:
Tarikh: __________________
Masa: __________________
Tempat: __________________
Rujukan (buku, jurnal, majalah, .website.), nota, dll: _______________
_________________________________________________________
4.1.2 Format muka surat depan
Tajuk : ____________________________________________
Bahagian: ____________________________________________
Penyelia: ____________________________________________
Tempoh: __________________________
Sesi/semester: ____________________
5.0 PENYEDIAAN LAPORAN PROJEK TAHUN AKHIR (PTA)
Pelajar dikehendaki mengemukakan 2 salinan Laporan Projek Tahun Akhir (kulit
keras berwarna biru tua dan dijilid dengan PVC atau bahan yang sama) kepada
kolej ini untuk diedarkan kepada:-
1) P-PTA
2) Pusat Sumber
3) Simpanan Pelajar Sendiri (sekiranya perlu) bagi tujuan pengrekodan.
5.1 Muka Hadapan Kulit Laporan PTA
Tajuk, nama pengarang, sesi, kursus dan institut muka hadapan salinan kulit
keras hendaklah ditaip dengan huruf besar tebal dalam warna emas (bold gold).
Rujuk Lampiran A (format muka hadapan kulit laporan PTA) dan Lampiran B
(format tulang kulit laporan PTA).
5.2 Kertas dan Percetakan Laporan
Saiz kertas yang ditetapkan adalah kertas A4 berwarna putih dan berat ialah 80
gram. Berat kertas yang kurang daripada garis panduan yang ditetapkan adalah
tidak diterima sama sekali. Bagi tujuan percetakan, .printer laser. atau .High
Quality Printer. Adalah dicadangkan. Jika terdapat bahan cetakan melebihi saiz
A4, ia boleh difotokopi kepada salinan lebih kecil tetapi tdak kurang daripada 50%
saiz asal cetakan.
5.2.1 Had Maksimum / Minimum Mukasurat
Had maksimum laporan projek akhir mesti tidak melebihi 100 mukasurat
termasuk isi muka hadapan, isi kandungan, lampiran, jadual, gambarajah dan
lain-lain illustrasi. Manakala had minimum mukasurat laporan projek akhir mesti
tidak kurang daripada 50 mukasurat.
5.2.2 Penjilidan
Kulit Keras : Apabila menjilid Laporan PTA, satu helaian kosong hendaklah
mendahului muka surat bertaip yang pertama, dan satu helaian kosong juga
dilampirkan sebelum kulit belakang laporan.
5.2.3 Bahasa
Laporan PTA boleh ditulis sama ada di dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa
Malaysia (keseluruhannya). Tidak boleh dicampuradukkan kedua-dua bahasa.
Jika terdapat perkataan yang tidak boleh diterjemah di dalam Bahasa Malaysia,
ia boleh ditulis di dalam tulisan jenis .italic..
5.4 Ukuran Ruang (margin) dan Jarak (spacing) Isi Kandungan Laporan PTA
Untuk tujuan penjilidan dan kekemasan, jarak minimum bagi ruang tepi muka
surat untuk setiap helaian laporan adalah seperti berikut:
Atas - 20mm
Bawah - 40mm
Kanan - 25mm
Kiri - 40 mm
Laporan hendaklah ditaip dalam 1.5 line spacing, dijustifikasi (justify) dan
bahagian-bahagian yang lazim seperti jadual dibenarkan menggunakan satu
jarak (single spacing).
5.4.1 Nombor Muka Surat
Nombor muka surat hendaklah mempunyai jarak minimum sekurang-kurangnya
15mm daripada hujung bawah muka surat. Setiap halaman muka surat kecuali
tajuk Muka Hadapan Laporan sebelum muka surat Isi Kandungan harus
dinomborkan. Ia mesti bermula dengan huruf kecil jenis Roman (i, ii , iii).
5.4.2 Saiz huruf
Jenis tulisan yang disyorkan adalah .Arial. bersaiz 12 pt. Tajuk bab 14 pt, bold.
Subtajuk di dalam bab 12 pt, bold. Singkatan-singkatan perkataan adalah tidak
dibenarkan sama sekali di buat di dalam laporan.
5.4.3 Bahan Ilustrasi
Bahan illustrasi asal seperti pelan, gambarajah dan lain-lain hendaklah disertakan
di dalam saiz sebenar. Gambar hitam-putih atau warna boleh dikategorikan
sebagai bahan illustrasi dan boleh diterima.
5.4.4 Pembetulan
Pembetulan kepada kesalahan seperti ejaan, perubahan ayat atau data haruslah
dibuat dengan cermat dan kemas. Penggunaan pemadam cecair adalah tidak
dibenarkan sama sekali. Oleh yang demikian adalah disarankan pelajar agar
menghantar salinan draf kepada Penyelia bagi tujuan penyemakan sebelum
menghantar salinan sebenar (finalize copy) untuk tujuan percetakan.
5.5 Format dan Susunan Laporan PTA
Format laporan haruslah mempunyai tiga (3) seksyen.
(a) Kandungan Awalan
(b) Isi Kandungan
(c) Kandungan Akhir (Bahan-bahan rujukan, lampiran dan lain-lain)
5.5.1 Kandungan Awal
(a) Tajuk Muka Hadapan (contents) - Lampiran C
(b) Pengakuan pengarang - Lampiran D
(c) Perakuan penyelia - Lampiran E nombor Roman (i, ii, iii)
(d) Penghargaan - Lampiran F
(e) Abstrak / Abstract - Lampiran G
5.5.2 Isi Kandungan
(f) Isi kandungan - Lampiran H nombor (1 , 2, 3)
5.5.3 Kandungan Akhir
(g) Daftar jadual - Lampiran I
(h) Daftar rajah - Lampiran J
(i) Daftar simbol - Lampiran K
(j) Daftar plat (gambar) - Lampiran L
(k) Daftar lampiran - Lampiran M
5.6 Tajuk PTA di Muka Hadapan
Muka surat ini hendaklah mengandungi tajuk yang disahkan oleh Jabatan/Unit.
Lihat Lampiran C
5.7 Abstrak
Abstrak hendaklah lengkap dan jelas. Bahagian ini mengemukakan butir-butir
penting mengenai kajian, skop kajian dan kesimpulan-kesimpulan penting yang
diperolehi oleh pelajar. Panjangnya hendaklah di antara 100 hingga 200
perkataan (dalam satu halaman mukasurat sahaja). Abstrak perlu disediakan
dalam dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, dalam halaman
mukasurat yang berasingan.
5.8 Pengenalan
Pengenalan meliputi perkara yang disiasati, tujuan kajian, satu ringkasan
parameter yang dikaji dan gejala-gejala istimewa. Takrif istilah dan simbol yang
digunakan hendaklah dimasukkan dalam bahagian ini.
5.9 Senarai Bahan dan Peralatan (Apendiks)
Pelajar diminta menyenaraikan keperluan bahan dan peralatan serta harga yang
dianggarkan untuk setiap item.
5.10 Kajian Lapangan (Literature Review)
Kajian ini merujuk kepada kajian perpustakaan yang mana, pelajar adalah
dikehendaki membuat kajian terhadap projek yang sedia ada di pasaran,
kelemahan-kelemahan yang wujud, masalah-masalah yang cuba hendak
diselesaikan, teori-teori sokongan dan sebagainya berkenaan. Pembangunan
projek juga boleh merujuk kepada dasar pembangunan negara seperti
Rancangan-rancangan Malaysia (RMK8, RMK9) dan dasardasar kerajaan yang
lain.
5.11 Kajian Pelaksanaan Kerja:
Prosedur Kerja beserta gambarajah
Bahagian ini hendaklah mengandungi semua butir cara penyiasatan seperti :
Kajian-kajian Ujikaji : Rekabentuk dan penghuraian mengenai radas, teknik
pengukuran termasuk punca-punca kesilapan dan cara-cara untuk
mengurangkannya, bahan-bahan dan cara-cara mengeluarkan dan menguji
contohcontoh.
Masalah Teori atau Rekabentuk : Penghuraian mengenai teknik yang
digunakan. Terbitan matematik yang terlalu panjang hendaklah disediakan
sebagai lampiran. Bahagian ini juga hendaklah mengandungi senarai ujian-ujian
yang telah dilakukan.
5.12 Pengujian
a) Senarai alatan pengujian
b) Kaedah pengujian dan kalibrasi
c) Keselamatan dalam pengujian / langkah berjaga-jaga
d) Peringkat pertama keputusan pengujian dan kalibrasi
e) Peringkat akhir keputusan pengujian
f) Pembaikpulihan dan penyelenggaraan
5.12.1 Keputusan
Bergantung berapa banyak maklumat yang hendak dipersembahkan. Bahagian
ini boleh juga dimasukkan di bawah 5.12 atau 5.13. Keputusan lazimnya
diringkaskan dalam bentuk jadual, rajah dan gambar. Data-data keputusan ujikaji
dan cetakan komputer, jika saiz melebihi A4 boleh dilampirkan berasingan di
dalam fail.
5.12.2 Perbincangan
Bahagian ini merupakan bahagian yang paling kritikal dan hendaklah
mengandungi bahagian-bahagian berikut (tidak semestinya mengikut tertib
berikut):-
a) Penilaian
b) Analisis
c) Tafsiran
d) Kajian Perbandingan
e) Ulasan-ulasan
f) Pertimbangan
Syor-syor untuk kajian lanjut bagi memperbaiki teknik penyiasatan dinyatakan
dalam bahagian perbincangan.
5.13 Kesimpulan
Kesimpulan Laporan Projek adalah termasuk kepada permasalahan, motivasi
dan cadangan penyelesaian (jika ada). Kesimpulan adalah berdasarkan laporan
yang termaktub di dalam perenggan 5.11 hingga 5.12.
5.14 Cadangan . Berbentuk teknikal dan fakta
Pelajar disarankan memberi cadangan di dalam Laporan PTA berbentuk teknikal
dan fakta. Ia boleh disokong dan ditunjukkan di dalam jadual siri, penerangan
teks, dan juga perbincangan. (Lanjutan dari perenggan 5.12.1 dan 5.12.2)
5.15 Rujukan
Laporan hendaklah disertakan dengan satu senarai tepat rujukan-rujukan yang
dipetik untuk membolehkan pembaca membuat carian dengan tepat. Setiap
rujukan yang dipetik atau diterjemah/diolah di dalam laporan harus dimasukkan di
dalam senarai rujukan dan dinomborkan. Semua petikan yang dibuat oleh penulis
atau pengarang hendaklah disenaraikan.
5.15.1 Berikut adalah beberapa sumber rujukan:
(a) buku;
(b) artikel dari Jurnal; dan
(c) bahan rujukan dari sumber elektronik.
5.15.2 Berikut adalah cara menulis petikan buku:
(a) memaklumkan petikan di dalam bentuk nota kaki(footnote);
(b) petikan berdasarkan sumber rujukan diikuti oleh petikan; dan
(c) menggunakan idea penulis di dalam bentuk teks.
Contoh petikan yang diambil terus dari buku/artikel/web/e-book dan lain-lain
dalam bentuk format nota kaki
.Reading is a complex cognitive skill (no one understands it) which we cannot break
down into a series of steps that a teacher can take into a classroom and teach..
(Dubin, Eskey and Grabe 1986:5)
Contoh: Ayat Terjemahan / Diolah dari Artikel Penulis
To enable learners to view ideas globally and to connect different ideas, Ausubel (1963)
proposes that learners arrange the information in a particular schema.
Setiap senarai rujukan perlu mengikut spesifikasi American Psychological Assosiation
(APA), di mana senarai perlulah disusun mengikut abjad. Setiap baris kedua dan
seterusnya hendaklah dibuat (indent) lima (5) langkauan, seperti yang ditunjukkan
dalam contoh.
5.16 Apendiks / Lampiran
Bahagian ini mengandungi laporan bahan-bahan yang digunakan, di mana ia
tidak sesuai disenaraikan sebagai sebahagian daripada bahagian laporan utama;
umpamanya data-data, butir-butir atau peralatan dan aturcara komputer. Rujuk
Lampiran N untuk format penulisan laporan akhir .
5.17 Salinan dan Penyerahan
Laporan yang menggunakan salinan karbon adalah tidak dibenarkan. Sebaliknya
pelajar dikehendaki membuat salinan fotokopi. Sekiranya pelajar menggunakan
pelbagai warna diatas kertas graf, warna-warna ini hendaklah juga ditunjukkan
dalam naskah salinan yang diserahkan kepada Penyelia Projek.
5.18 Tarikh Akhir Penyerahan Laporan Projek
Tarikh akhir penyerahan ketiga-tiga salinan Laporan Projek (berkulit keras) bagi
semua pelajar ialah 1 minggu sebelum pelajar menamatkan pengajian. Salinan-
salinan ini mestilah diserahkan kepada Penyelia Projek, Pusat Sumber dan satu
salinan untuk simpanan pelajar(sekiranya perlu). Bentuk kulit keras hendaklah
mengandungi salinan taip asal yang memuaskan (atau salinan fotokopi yang
baik).
6.0 PERSEMBAHAN PTA
Berikut adalah penetapan tentang pembentangan projek:
a. Pembentangan PTA kebiasaanya akan diadakan 2 minggu sebelum tamat
pengajian.
b. Pelajar dibenarkan membentang persembahan PTA menggunakan MS
Power Point atau mana-mana kaedah yang sesuai.
c. Satu salinan laporan (berkulit lembut) perlu disediakan dan dihantar
seminggu sebelum persembahan projek kepada Ketua bahagian / unit.
6.1 Kriteria Pembentangan PTA
Isi kandungan persembahan hendaklah ringkas dan padat, yang mana hanya
memaparkan isi-isi penting persembahan sahaja serta dipersembahkan mengikut
turutan.
Pembentangan PTA mestilah merangkumi perkara-perkara seperti berikut:
a) Tajuk projek dan nama kumpulan
b) Kerangka persembahan
c) Pengenalan projek
d) Objektif projek
e) Kelebihan projek
f) Cadangan penambahbaikan / masalah-masalah yang dihadapi
g) Penutup / kesimpulan
6.2 Masa Pembentangan PTA
Masa yang diberikan bagi setiap persembahan adalah 15 minit. Masa untuk
demonstrasi adalah 10 minit, manakala sesi soal jawab selama 5 minit. Setiap
kumpulan perlu mengagihkan masa dengan bijak antara ahli kumpulan bagi
setiap penyampaian.
7.0 PENILAIAN PTA
i. Semua projek hendaklah disiapkan dan diuji sepenuhnya sebelum
penilaian dibuat.
ii. Kriteria penilaian dan permarkahan PTA adalah merangkumi perkara-
perkara berikut:
a. Laporan Projek
b. Kertas Cadangan Projek
c. Kebolehfungsian dan Pengoperasian Projek
d. Persembahan Projek
e. Komitmen Keseluruhan
8.0 PENUTUP
Pelaksanaan PTA adalah pentas bagi pelajar untuk mempamerkan keupayaan
mereka dalam mempraktikkan segala ilmu dan kemahiran yang telah dikuasai
bagi mengeluarkan hasil kerja yang bermutu tinggi.
Adalah menjadi harapan institut ini, agar semua graduan yang bakal dilahirkan
mempunyai daya kreativiti, inovasi dan kompetensi yang tinggi dan dapat
menyumbang tenaga untuk menjana sektor perindustrian bagi mempertingkat
ekonomi negara ini.
9.0 PANDUAN UMUM LAPORAN PROJEK AHKIR
9.1 Penggunaan pemadam cecair (liquid paper) adalah di LARANG sama sekali.
9.2 Laporan boleh di tulis sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Penggunaan bahasa tidak boleh dicampuradukkan. Jika terdapat bahasa yang
tidak boleh diterjemah di dalam Bahasa Malaysia, ia boleh di tulis di dalam tulisan
jenis ‘italic’.
9.3 Laporan di taip dalam jarak 1.5 line spacing.
9.4 Tulisan jenis Arial bersaiz 12 pt. Kepala tajuk 14 pt, bold. Sub-tajuk di dalam
bab 12 pt,bold
9.5 Laporan hendaklah disediakan menggunakan kertas putih bersaiz A4, berat 80
gm.
10.0 APENDIKS
Saiz A4, kulit tebal (PVC- lembut) berwarna biru gelap
AUTOMATIC POWER FACTOR CORRECTION USING PLC
KAYYIS AL-ADIB BIN IBRAHIM SITI SARAH BT. ALIAS
SESI 2/2016
DIPLOMA IN ELECTRICAL ENGINEERING TECHNOLOGY
(DOMESTIC & INDUSTRY) KKTM PASIR MAS
LAMPIRAN A . Contoh Kulit Laporan
18 pt, bold, huruf besar,
single spacing, warna
emas
18 pt, bold, huruf besar,
single spacing, warna
emas
Tajuk - 60 mm
Pengarang - 60 mm
Sesi - 35 mm
Kursus - 60 mm Dari kanan - 25 mm
Dari kiri - 40 mm
DIP
LO
MA
IN E
LE
CT
RIC
AL
EN
GIN
EE
RIN
G T
EC
HN
OL
OG
Y
SE
SI 2
/2016
(DO
ME
ST
IC &
IND
US
TR
Y)
LAMPIRAN B . Contoh Tulang Tepi Kulit
Laporan
Saiz 18 pt, huruf besar, bold , warna emas
Saiz A4, 80 gm berwarna putih
LAMPIRAN C . Contoh Muka Hadapan Tajuk PTA
AUTOMATIC POWER FACTOR CORRECTION USING PLC
Oleh
KAYYIS AL-ADIB BIN IBRAHIM SITI SARAH BT. ALIAS
Laporan Projek yang dikemukakan kepada Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pasir Mas
Bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik
(Domestik & Industri)
KURSUS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK (DOMESTIK & INDUSTRI)
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM) PASIR MAS
Jun 2016
60 mm
55 mm 50 mm
Saiz 14 pt
Tulisan saiz 18 pt, huruf besar, bold, warna hitam
50 mm
Tulisan saiz 18 pt, huruf besar, bold, warna hitam
Saiz 14 pt, huruf besar, single spacing, warna hitam
Saiz 14 pt, single spacing, warna hitam
Saiz 14 pt
45 mm
LAMPIRAN D . Contoh Pengakuan Pengarang
PENGAKUAN PENGARANG
Dengan ini saya akui bahawa laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri
dan dibuat berdasarkan undang-undang yang termaktub di bawah
peraturan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Pasir Mas. Ia adalah asli
berpandukan daripada kajian yang telah dilakukan oleh saya. Projek ini
masih belum dihasilkan oleh mana-mana pihak atau institut untuk mana-
mana diploma atau kelayakan.
Saya dengan ini berjanji sekiranya projek yang dilaksanakan oleh saya
melanggar mana-mana syarat yang tertera di atas, segala hasil kerja saya
akan digagalkan dan didapati sebagai tidak melengkapkan diploma dan
bersetuju untuk dikenakan sebarang tindakan undang-undang di bawah
peraturan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Pasir Mas.
Nama Penulis : ......................................
NO K/P : ......................................
Kursus : .....................................
Institut : .....................................
Tajuk Projek : .....................................
Tandatangan : .....................................
Tarikh : .....................................
LAMPIRAN E . Contoh Perakuan
PERAKUAN PENYELIA
Saya dengan ini memperakui bahawa telah membaca laporan ini dan
segala yang terkandung di dalam adalah benar. Projek ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti serta telah memenuhi segala syarat
dan undang-undang di bawah peraturan Kolej Kemahiran Tinggi Mara
(KKTM) Pasir Mas bagi tujuan penganugerahan Diploma Teknologi /
Diploma Kemahiran Malaysia
Nama Penyelia : ............................................
Tandatangan : ............................................
Tarikh : ............................................
LAMPIRAN F . Contoh Penghargaan
PENGHARGAAN
Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada
Penyelia Projek saya, En. Ibrahim Bin Mamat yang telah banyak memberi
bimbingan dan nasihat kepada saya untuk menyiapkan projek ini dengan penuh
kesabaran.
Tidak lupa juga kepada seluruh keluarga yang banyak memberi sokongan
dan dorongan yang kuat sepanjang kajian ini dijalankan. Kepada semua rakan-
rakan seperjuangan yang secara langsung atau tidak dalam memberikan idea-
idea dan cadangan. Segala tunjuk ajar, nasihat dan panduan tidak akan saya
lupakan.
Semoga kajian yang telah dijalankan ini mendapat keberkatan dari tuhan.
Sekian
LAMPIRAN G . Contoh Abstrak
ABSTRAK
Sistem Penyimpanan dan Penghantaran Automatik (AS/RS) telah
digunakan secara meluas di seluruh negara pada masa kini, untuk
menggerakkan barang secara auto, tekstil dan produk makanan ke dalam dan
keluar dari tempat penyimpanannya secara cepat dan pantas.
Teknologi pada Sistem AS/RS ini dapat mengurangkan tenaga kerja,
memerlukan ruang yang lebih disamping memaksimakan penggunaan ruang
yang sedia ada. Mesin ini dapat membawa beban yang besar dan menyediakan
struktur mekanikal yang terkini supaya lebih berdaya tahan sebagaimana
rekabentuk elektronik yang terbaik di pasaran.
LAMPIRAN H . Contoh Abstract
ABSTRACT
Automated Storage and Retrieval System (AS/RS) systems are in widespread
use across the country today, moving auto parts, textiles and food products in
and out of storage at lightening speed.
Automated Storage and Retrieval Systems (AS/RS) technology minimizes labor
and required floor space while maximizing the utilization of existing vertical space.
These machines handle a wide range of loads and provide the latest in
mechanical structures for extended life as well as the best electronic design on
the market. AS/RS continue to be a strategic weapon of choice for successful
companies around the globe. To reduce staffing, improve performance and
maintain accuracy, mission critical facilities use AS/RS in a broad variety of
applications including Manufacturing, Security, Electronics, Food and Beverage
and Conventional Warehousing.
Kertas A4, 80 gm, putih, align - justfify
LAMPIRAN I . Contoh format Laporan PTA
BAB 1
PENGENALAN
Pelaksanaan Projek Tahun Akhir (PTA) adalah bagi pelajar-pelajar semester
akhir (Semester 6) Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). Para pelajar diberikan
tempoh institut dari menyelesaikan Latihan Sambil Kerja (LSK) mereka.
1.1 Objektif
Tujuan pelaksanaan PTA ini adalah untuk :
i) menguji kemahiran para pelajar dalam mengaplikasi kemahiran yang telah
dikuasai.
ii) mencari penyelesaian kepada permasalahan kejuruteraan yang dihadapi
ii) memperkenalkan pelajar dengan kaedah dan prosedur kajian,
.........................................................................................................................
...........................................................................
1.2 Prosedur Pelaksanaan
Setiap projek akan dilaksanakan secara individu atau kumpulan (maksimum 2
pelajar) berdasarkan jenis kajian atau bentuk projek yang dilaksanakan.
..............................................................................................................................
.............
1.2.1 Jumlah Jam Kredit
Peruntukan jumlah jam kredit bagi PTA adalah 4 jam kredit.
4 cm
1.5 line spacing
1.5 line spacing
14 pt, huruf besar, bold
2.5 cm
1.5 line spacing
14 pt, huruf besar, bold
3 cm
3 cm
LAMPIRAN J . Contoh format Laporan PTA
CONTOH ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
I TAJUK PROJEK i
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
ISI KANDUNGAN vi
DAFTAR JADUAL vii
DAFTAR RAJAH viii
DAFTAR SIMBOL ix
DAFTAR PLAT / GAMBAR x
DAFTAR LAMPIRAN xi
II PENGENALAN
1.1 PENGENALAN 1
1.2 OBJEKTIF PROJEK 2
III ULASAN MAKLUMAT 3
IV SENARAI BAHAN DAN PERALATAN 6
V KAJIAN LAPANGAN
5.1 PENGENALAN KAJIAN 8
5.2 OBJEKTIF KAJIAN 9
5.3 JADUAL PERBANDINGAN 10
......................
.......................
RUJUKAN 70
LAMPIRAN K . Daftar Jadual
DAFTAR JADUAL
NO. TAJUK HALAMAN
3.1 Perkembangan AS/RS di Malaysia 4
4.1 Senarai Bahan Guna Habis Projek 6
4.2 Senarai Peralatan Tangan 7
4.3 Senarai Perisian 7
5.1 Jadual penggunaan Sistem AS/RS
mengikut jenis mesin 10
..
..
..
LAMPIRAN L . Daftar Rajah
DAFTAR RAJAH
NO. TAJUK HALAMAN
5.1 Carta alir perkembangan AS/RS
Tahun 1980 . 2000 9
5.2 Graf perbandingan masa penyimpanan
menggunakan manual dan auto 11
..
..
..
LAMPIRAN M . Daftar Simbol
DAFTAR SIMBOL
ℓ beban dalam Voltan (V)
m Berat (kg)
σ pemalar untuk julat A dan B (Range)
P Tekanan Pneumatik (Pa)
RPM Rotation per minute / Putaran per minit
CPM Cycle per minute / Kitaran per minit
..
.
.
LAMPIRAN N . Daftar Plat / Gambar
DAFTAR PLAT / GAMBAR
NO. TAJUK HALAMAN
5.1 Gambar sistem AS/RS Model S16 9
5.2 Gambar sistem AS/RS Model MT231 11
..
.
..
LAMPIRAN O . Daftar Lampiran
DAFTAR LAMPIRAN
LAMPIRAN
1. Program Step Function 1
2. Program Ladder Diagram . PLC Nais
..
.
..
LAMPIRAN P . Contoh Rujukan
Format rujukan dari Buku
Berikut adalah cara untuk membuat petikan dari sebuah Buku berpandukan bilangan
pengarang:
(i) Buku oleh seorang pengarang
Nama Pengarang (Tahun). Tajuk Buku. (Edisi). Tempat dikeluarkan: Pengeluar.
Contoh:
Haig, M. (2001). The B2B e-commerce handbook: how to transform your
businesstobusiness
global marketing strategy. London: Kogan Page.
(ii) Buku oleh dua orang pengarang
Nama Pengarang Pertama dan Kedua (Tahun). Tajuk Buku: Tajuk Kecil Buku.
(Edisi). Tempat dikeluarkan: Pengeluar.
Contoh:
Boone, L. E. dan Kurtz, D. (2001). Contemporary marketing. (10th ed.).
Fort Worth, Texas: Harcourt Colleges Publishers.
(iii) Buku oleh tiga orang pengarang
Nama Pengarang Pertama, Kedua dan Ketiga. (Tahun).
Tajuk Buku: Tajuk Kecil Buku. (Edisi). Tempat dikeluarkan: Pengeluar.
Contoh:
Allen, C., Kania, D. dan Yaeckel, B. (2002). One-to-one web-marketing: build a
relationship marketing strategy one customer at a time. (2nd ed.). New York: John
Wiley. Antil, J. M. dan Ryan, P. V. S., .Civil Engineering Construction., Ed. Ke-3,
Sydney, Angus and Robertson, 1967, halaman 631.
5.15.2 Format rujukan dari Jurnal
Berikut adalah cara untuk membuat petikan artikel dari sebuah Jurnal berpandukan
bilangan penulis:
(i) Artikel yang dikarang oleh seorang penulis
Nama Penulis. (Tahun). Tajuk Artikel di dalam Jurnal. Tajuk Jurnal: Tajuk Kecil Jurnal,
Jilid (Isu), halaman pertama . halaman terakhir.
Contoh:
Kargonkar, P. (2002). Web usage, advertising and shopping: relationship
patterns. Internet Research: Electronic Networking and Policy, 12 (2), 191.204.
(ii) Artikel yang dikarang oleh dua orang penulis
Nama Penulis Pertama dan Kedua. (Tahun). Tajuk Artikel di dalam Jurnal:
Tajuk Jurnal: Tajuk Kecil Jurnal, Jilid (Isu), halaman pertama . halaman terakhir.
Contoh:
Kargonkar, P. dan Wolin, L.D. (2002). Web usage, advertising and shopping:
relationship patterns. Internet Research: Electronic Networking and Policy, 12 (2),
191.204.
(iii) Artikel yang dikarang oleh tiga orang penulis
Nama Penulis Pertama, Kedua dan Ketiga. (Tahun). Tajuk Artikel di dalam Jurnal:
Tajuk Jurnal: Tajuk Kecil Jurnal, Jilid (Isu), halaman pertama . halaman terakhir.
Contoh:
Cruise, J.T. Shaharuddin Salleh dan Tan T.H. (2000). Dolly: Implications on human
cloning. Journal of Genetics, Vol 1, 212.222.
(iv) Artikel yang dikarang oleh lebih dari tiga orang penulis
Nama penulis Pertama et al. (Tahun). Tajuk Artikel di dalam Jurnal. Tajuk Jurnal,
Jilid (Isu), halaman pertama . halaman terakhir.
Contoh:
Cruise, J.T. et al. (2000). Dolly: Implications on human cloning. Journal of
Genetics, Vol 1, 212.222.
5.15.3 Petikan jurnal daripada sumber elektronik (perpustakaan digital, CD,
software)
Garfinkel, D. dan Chowlewka, K. (2002). Making the most of it: how to squeeze
more profits from the web. Sales and Marketing Management, 154 (3) March, 19. In
Ebscohost (OUM Digital Collection).
Karayanni, D. A. dan Baltas, G. A. (2003). Web site characteristics and business
performance: some evidence from international business-to-business
organizations. Marketing Intelligence and Planning, 21 (2), 105.114. In Emerald
(OUM Digital Collection).
5.15.4 Format rujukan daripada penulisan oleh tokoh korporat
Nama penulis boleh juga diletakkan di dalam bentuk institusi, persatuan, jabatan atau
kementerian. Rujuk kepada contoh di bawah:
MALAYSIA. Ministry of Education. National Board of Education. (1989). Implications
of computers in the classroom. Kuala Lumpur: Pelangi Press.
5.15.5 Format rujukan petikan dari laman web
Nama Penulis (Tahun). Tajuk teks elektronik. [Online]. Laman WEB: Alamat laman
web. [Tahun, Bulan, Hari]
Contoh:
Morisson, K. (n.d.)*. Thinking skills.keys to fusing talents. [Online]. Available:
http:// www.nexus.edu.au/TechStud/gat/morrisson.htm. [1999, Dec. 29].
5.15.6 Format rujukan dari Buku Elektronik (e-Book)
Pelajar juga boleh membuat petikan rujukan dari buku elektronik.
Contoh:
(i) Allen, C., Kania, D. dan Yaeckel, B. (2002). One-to-one web-marketing: build a
relationship marketing strategy one customer at a time. (2nd ed.). New York: John
Wiley. In library (OUM Digital Collection).
(ii) Kuegler, T., J. (2000). Web advertising and marketing. (3rd ed.). Boston, Mass.:
5.15.7 Format rujukan petikan dari bab tertentu di dalam
Berikut adalah cara-cara untuk membuat petikan di dalam bab-bab tertentu sesebuah
buku:
(i) Buku oleh seorang penulis
Nama penulis bab. (Tahun). Tajuk Bab. Nombor bab di dalam penulis utama atau
pewasit(editor), Tajuk Buku (pp halaman pertama-halaman terakhir). Tempat
dikeluarkan: Pengeluar.
Contoh:
Kuegler, T. J. Jr. (2002). Web advertising: banners and beyond; Chapter 12 in T. J.
Kuegler Jr. (2002). Web advertising and marketing. (3rd ed.). Boston, Mass.:
Premier Press.
(ii) Buku oleh dua orang penulis
Nama Penulis Pertama dan Kedua. (Tahun). Tajuk Bab: Tajuk Kecil Bab. in Nama
Penulis Pertama dan Kedua, Tajuk Buku: Tajuk Kecil Buku
(edisi m/s. halaman pertama . halaman terakhir). Tempat dikeluarkan: Pengeluar.
Contoh:
Cruise, J.T. dan Shaharuddin Salleh (1999). Video: Effective use in creating
learning material. in J.L. Hunters dan M.K. Brown, Multimedia: Applications and
implications (2nd Edition, m/s. 98.104). Kuala Lumpur: Pelangi Press.
(iii) Buku oleh tiga orang penulis
Nama penulis Pertama, Kedua dan Ketiga (Tahun). Tajuk Bab: Tajuk Kecil Bab; in
Nama Penulis Pertama, Kedua dan Ketiga, Tajuk Buku: Tajuk Kecil Buku. (Edisi).
Tempat dikeluarkan: Pengeluar.
Contoh:
Cruise, J.T., Shaharuddin Salleh dan Tan T.H. (2000). Hypermedia authoring:
Knowledge constructing through hypermedia authoring. in Ahmad Albab, P.L.
Hunters dan M.K. Brown, Authoring Tools: Educational Technology (3rd Edition,
m/s. 86.98). Kuala Lumpur: Pelangi Press.