21

10-11-09 Slot 1 Akauntabiliti & Refleksi PPT2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Powerpoint

Citation preview

Page 1: 10-11-09 Slot 1 Akauntabiliti & Refleksi PPT2
Page 2: 10-11-09 Slot 1 Akauntabiliti & Refleksi PPT2

Refleksi merujuk kepada gambar atau bayangan dalam cermin, pembalikan, renungan, kenangan atau pernyataan fikiran dalam bentuk tulisan atau percakapan.

Kamus Dewan

Page 3: 10-11-09 Slot 1 Akauntabiliti & Refleksi PPT2
Page 4: 10-11-09 Slot 1 Akauntabiliti & Refleksi PPT2

Knowles, J.G., Cole, A. L dan Presswood, C.S ( 1994 ) state that:

“ Reflection in the teaching context refers to the process of inquiring any habit/ behaviour critically and continuously refining it.”

Page 5: 10-11-09 Slot 1 Akauntabiliti & Refleksi PPT2

Pemikiran reflektif ialah pemeriksaan yang dilakukan secara aktif, teliti dan bersungguh-sungguh terhadap kepercayaan atau sesuatu yang didakwa sebagai pengetahuan, berdasarkan asas-asas yang menyokong dakwaan itu serta terhadap rumusan yang terhasil daripada pemeriksaan itu

Page 6: 10-11-09 Slot 1 Akauntabiliti & Refleksi PPT2

Refleksi merupakan usaha penuh sedar seseorang individu memaknakan pengalamannya ke arah membantu meningkatkan celik akal mengenai kepercayaan, sikap, pengetahuan dan amalan sendiri yang melibatkan proses merenung, menganalisis, membuat justifikasi serta mengemukakan cadangan dan tindakan untuk membaiki diri.

Page 7: 10-11-09 Slot 1 Akauntabiliti & Refleksi PPT2

•Pengalaman/

Peristiwa

(Pengajaran Pembelajaran)

•Perlakuan

•Idea

•Perasaan

Proses Penilaian Kendiri

Mengimbas kembali Pengalaman Peristiwa

Dan

Bertindak balas kepada pengalaman

Perspektif Baru/

Perubahan

-Sikap

-Perlakuan

-Kesediaan

berubah

Page 8: 10-11-09 Slot 1 Akauntabiliti & Refleksi PPT2

Perlakuan pengajaran

Gerak balas, tindakan, perlakuan dan kefahaman murid

Page 9: 10-11-09 Slot 1 Akauntabiliti & Refleksi PPT2

Imbas kembali episod pengajaran penjelasan/penilaian

Meneliti maklumat-maklumat oleh rakan sejawat dan guru-guru lain

Page 10: 10-11-09 Slot 1 Akauntabiliti & Refleksi PPT2

Gp memperinci pengalaman pengajaran

Menyoal diri mengenai peristiwa tersebut

Menilai peristiwa berdasarkan objektif

- untuk itu: gp guna pengetahuan teori indikator pengajaran berkesan

Page 11: 10-11-09 Slot 1 Akauntabiliti & Refleksi PPT2

Apakah perasaan saya tentang pengajaran yang baru lepas?

Sejauh manakah objektif tercapai?

Apakah contoh-contoh lain yang boleh membantu pembelajaran lebih berkesan?

Apakah perkara-perkara yang patut saya lakukan supaya dapat menarik dan mengekalkan minat murid?

Page 12: 10-11-09 Slot 1 Akauntabiliti & Refleksi PPT2

Matlamat dan objektif pendidikan Mata pelajaran diajar Sifat, tingkah laku dan pembelajaran

murid Sumber pengajaran yang digunakan Proses pedagogi yang diamalkan Kebolehan, kelebihan, kekuatan dan

batasan diri.

Page 13: 10-11-09 Slot 1 Akauntabiliti & Refleksi PPT2

Peristiwa/Pengalaman Bisikan Hati Persepsi dan Falsafah diri ke atas

Peristiwa/Pengalaman Kefahaman/Kesedaran Baru Cadangan untuk Memperbaiki Rancangan Tindakan akan Datang

Page 14: 10-11-09 Slot 1 Akauntabiliti & Refleksi PPT2

Pengajaran Bahasa Melayu ini dijalankan di Tingkatan 4 (C)- sebuah kelas yang dikategorikan kelas lemah. Saya telah cuba menyesuaikan pengajaran saya ini dengan tahap kebolehan pelajar, berdasarkan maklumat yang diberikan oleh guru tingkatan ini.

Pada keseluruhannya saya kurang berpuas hati dengan pengajaran saya hari ini. Objektif pengajaran tidak tercapai sepenuhnya. Kebanyakan pelajar pasif dan ada yang tidak memberikan perhatian kepada pengajaran saya walaupun saya tahu mereka adalah pelajar yang sangat lemah. Saya telah cuba melibatkan mereka dengan menyoal mereka, mengarahkan mereka memberi perhatian serta memberi perhatian kepada mereka semasa membuat latihan dalam kelas; keadaannya tidak banyak berubah. Bagi saya memupuk minat pelajar dan menjadikan mereka terlibat secara aktif perkara mudah. Masa saya membuat pemerhatian guru pembimbing, saya lihat pelajar-pelajar aktif dan memberi perhatian kepada pengajaran guru.

Keadaan yang saya alami ini mungkin kerana saya kurang mesra

dengan pelajar berbanding guru pembimbing. Mungkin juga pengajaran saya kurang berkesan. Mungkin contoh-contoh yang saya berikan, persembahan isi pelajaran yang saya gunakan sukar difahami oleh kumpulan pelajar lemah. Saya rasa saya perlu memberikan contoh-contoh yang lebih banyak, memberikan bimbingan secara peribadi dan memberikan sedikit masa kepada mereka melaksanakan latihan yang diberi.

Page 15: 10-11-09 Slot 1 Akauntabiliti & Refleksi PPT2

Saya bercadang untuk berbincang perkara ini dengan guru pembimbing saya dan pensyarah pembimbing. Melalui perbincangan ini mungkin saya mendapat bimbingan bagaimana membina contoh-contoh yang memudahkan pembelajaran pelajar, menggunakan aktiviti yang lebih menarik dan kalau perlu menyediakan sumber pembelajaran yang berbeza untuk kumpulan pelajar yang lemah ini.

Pertemuan saya dengan guru pembimbing akan dibuat sebelum saya masuk semula mengajar kelas ini pada Hari Selasa akan datang. Saya juga akan melaporkan perkara ini dan perkembangan-perkembangan yang berlaku selepas tindakan ini kepada Pensyarah Pembimbing saya dalam lawatannya yang akan datang.

Page 16: 10-11-09 Slot 1 Akauntabiliti & Refleksi PPT2

Penulisan Deskriptif Penulisan yang menerangkan keadaan

atau peristiwa dengan hanya menulis tarikh, tempat tanpa sebarang penerangan mengenai sebab, akibat dan kaitan peristiwa serta kesannya terhadap sikap dan kepercayaan diri penulis – tidak bersifat reflektif.

Page 17: 10-11-09 Slot 1 Akauntabiliti & Refleksi PPT2

Refleksi dialog Penulisan refleksi yang mengandungi

kata-kata bisikan hati penulis kepada peristiwa yang sedang direnungkan. Penulisan ini dapat dilihat dengan mudah bila penulis menyoal dan menjawab persoalan yang difikirkan. Ia seakan-akan berbincang dengan diri sendiri. Pernerokaan sebegini akan membantu penulis meneroka hal-hal di luar dirinya sendiri dan membawa kesedaran diri dan pengetahuan baru dengan lebih cepat dan bersifat lebih terbuka

Page 18: 10-11-09 Slot 1 Akauntabiliti & Refleksi PPT2

Reflektif Kritikal Penulisan refleksi yang mengaitkan peristiwa

atau pengalaman dengan hal-hal di luar rutin seperti falsafah diri, isu-isu masyarakat dan moral. Dalam penulisan ini, penulis kerap memberikan makna terhadap peristiwa yang telah berlaku kepada dirinya dan peranannya sebagai insan guru. Penulisan jenis ini perlu dilatih kerana ia boleh menjadi alat yang berkesan dalam pendidikan guru untuk menjadikan guru permulaan lebih terbuka kepada nilai-nilai masyarakat tempat ia bertugas.

Page 19: 10-11-09 Slot 1 Akauntabiliti & Refleksi PPT2

Soalan-soalan yang membantu pelajar membuat

refleksi

Apakah perasaan saya berkaitan p dan p hari ini?

Sejauh mana objektif tercapai?

Apakah perkara yang patut saya lakukan untuk

menarik minat murid

Page 20: 10-11-09 Slot 1 Akauntabiliti & Refleksi PPT2

Merealisasikan Matlamat Pendidikan Negara dan Wawasan 2020 –sistem pendidikan bertaraf dunia

Guru b’tanggungjawab menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kpd murid-

memupuk sendiri nilai budaya ilmu supaya menjadi teladan bagi murid mencontohi, membentuk budaya ilmu sebagai ciri utama dalam kehidupan mereka.

Page 21: 10-11-09 Slot 1 Akauntabiliti & Refleksi PPT2