Upload
nguyentruc
View
235
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Dokumentasi Zon Komuniti SRK- MySRk2 Oleh En Sazrol Fadzli ______________________________________________________________ Anugerah Inovator 2011
1
1. PENGENALAN
JPA sebagai pengurus sumber manusia perkhidmatan awam telah menyediakan
pelbagai saluran komuniti atas talian kepada pelanggannya. Di antara saluran-saluran
yang telah diperkenalkan adalah:
1. DIREKTORI PEGAWAI
2. WEBMAIL
3. SOAL SELIDIK
4. MAKLUM BALAS
5. PERKHIDMATAN ONLINE
6. INTRANET
7. mySMS JPA
8. E-PELANGGAN
9. FORUM
10. E-KAUNSELING dan banyak lagi
Sekiranya saluran-saluran ini tidak dipantau capaian dan keselamatannya, maka sudah
tentu perkhidmatan kepada pelanggan JPA tidak dapat disampaikan. Di antaranya ialah
Masalah Penjawat Awam Urusan berkaitan pembangunan, perancangan dan
pengurusan sektor awam GAGAL diurus
Masalah Pelajar Tajaan Kebajikan pelajar tajaan GAGAL dijaga
Masalah Komunikasi Informasi terkini GAGAL disampaikan
Masalah Infrastruktur Keselamatan infrastruktur rangkaian GAGAL dijaga
sebaiknya
Oleh sebab itu, semua saluran di atas hendaklah dipantau capaian dan
keselamatannya agar dapat dipastikan selamat integritinya serta boleh dicapai pada-
bila masa diperlukan. Peranan untuk memastikan semua saluran ini berada dalam
keadaan yang selamat dan boleh dicapai diberikan kepada Sektor Rangkaian &
Keselamatan.
Dokumentasi Zon Komuniti SRK- MySRk2 Oleh En Sazrol Fadzli ______________________________________________________________ Anugerah Inovator 2011
2
2. TUJUAN PROJEK INOVASI
Zon Komuniti Sektor Rangkaian dan Keselamatan (Zon Komuniti SRK@ MySRK2)
merupakan sebuah rangkaian laman sosial yang dibangunkan dengan tujuan untuk
menyediakan kemudahan interaksi antara warga Sektor Rangkaian & Keselamatan
(SRK) untuk menyelesaikan tugasan seharian. MySRK2 bermanfaat sebagai media
untuk menghubungkan semua warga SRK yang bertugas di lokasi berbeza iaitu di
Cyberjaya, Putrajaya dan ada kalanya di JPA@Mines. Di Cyberjaya, warga SRK
ditempatkan di dua anjung yang berbeza iaitu di Wing Kanan dan Wing Kiri. Melalui
MySRK2, semua status dan perkembangan terkini dapat disalurkan kepada semua ahli
SRK agar tindakan sewajarnya dapat diambil segera. Sekiranya terdapat sebarang
perubahan norma kerja, maka perubahan dapat diadaptasikan dengan segera kerana
pembangunan MySRK2 dilakukan dengan menggunakan sumber terbuka oleh ahli SRK
sendiri. Modul-modulnya dibangunkan berasaskan kepada tugasan seharian warga
SRK. Seterusnya modul-modul tersebut diolah menjadi portal yang bercirikan sebuah
laman sosial.
3. Komponen-Komponen dalam MySRK2
MySRK2 mempunyai komponen-komponen berikut iaitu:
i. Komponen komunikasi dan perkongsian maklumat.
Komponen ini menggabungkan elemen-elemen laman sosial seperti wall status,
komen, blog, forum, chat dan event.
ii. Komponen pemantauan rangkaian
Komponen ini menggabungkan kemudahan untuk pengumpulan dan
pengemaskinian maklumat mengenai pemantauan rangkaian berikut:
Maklumat berkaitan status capaian rangkaian dalaman JPA ke Internet
Maklumat berkaitan capaian rangkaian Sistem Pengurusan Maklumat Sumber
Manusia (HRMIS) ke agensi-agensi kerajaan
Dokumentasi Zon Komuniti SRK- MySRk2 Oleh En Sazrol Fadzli ______________________________________________________________ Anugerah Inovator 2011
3
Maklumat konfigurasi keselamatan rangkaian dalaman daripada ancaman
pengodam
Maklumat berkaitan pengurusan sektor
iii. Komponen Public Calendar dan nota lekat
Komponen ini membolehkan semua warga mengetahui aktiviti yang akan dilakukan
oleh mana-mana warga lain. Sekiranya terdapat makluman yang spesifik perlu
disampai sesama ahli, maka maklumat tersebut dapat dihebahkan dalam bentuk
yang lebih mudah disampaikan.
iv. Komponen Pemantauan Projek
Komponen ini menggunakan konsep ‘what to do next’ yang diubah suai kepada
bentuk dalam talian. Melalui komponen ini sebarang perancangan projek dapat
dipantau oleh semua ahli di mana-mana dan pada bila-bila masa.
4. Sebelum Kewujudan MySRK2
JPA sebagai pengurus sumber manusia perkhidmatan awam telah menyediakan
banyak saluran komunikasi untuk kemudahan pelanggannya. Atas faktor ini, semua
saluran tersebut perlu dipantau supaya berada dalam keadaan selamat dan boleh
dicapai pada bila-bila masa.
Sebelum MySRK2, adalah agak sukar kepada warga SRK di Cyberjaya, Mines dan
Putrajaya dapat berkomunikasi dengan lebih efektif untuk memantau semua saluran
komunikasi kepada pelanggan JPA. Kesukaran tersebut didorong oleh:
i. Email tidak berkesan untuk menyampai dan berkongsi maklumat bersifat status
semasa. Email berbentuk perkongsian maklumat status semasa boleh mencetuskan
email berantai.
Dokumentasi Zon Komuniti SRK- MySRk2 Oleh En Sazrol Fadzli ______________________________________________________________ Anugerah Inovator 2011
4
ii. Laman sosial seperti Facebook dan twitter boleh digunakan sebagai alatan untuk
perkongsian maklumat status semasa. Walau bagaimanapun, konsep
keterbukaannya membolehkan ketirisan maklumat sulit berlaku. Di samping itu,
kawalan maklumat sukar dilakukan.
iii. Warga SRK telah membangunkan Sistem Pemantauan Rangkaian untuk memantau
rangkaian JPA. Walau bagaimanapun, perubahan terhadap aliran kerja
menyebabkan elemen-elemen dalam sistem ini kurang berkesan untuk diteruskan.
iv. Warga SRK terlibat dengan beberapa projek berkaitan dengan keselamatan dan
capaian rangkaian. Sebelum MySRK2, tidak alatan di pasaran yang betul-betul
sesuai dengan keperluan dan kehendak warga SRK dalam melaksanakan aktiviti
pemantauan perjalanan projek semasa.
5. Ciri-Ciri MySRK2
i. Keaslian dan Kreativiti
a. Idea Baru- Social Network for Office Use
Rujukan dalam Wikipedia mendapati bahawa terdapat 23 jenis laman sosial yang
popular digunakan pada masa kini. Namun begitu, belum wujud lagi sebarang
rujukan ataupun informasi mengenai Social Network for Office Use. Idea yang ingin
diketengahkan ini adalah satu bentuk penggunaan laman sosial di kalangan warga
SRK untuk membantu tugasan seharian di pejabat. Cetusan idea Social Network for
Office Use melahirkan MySRK2.
b. Acuan Modul Pembangunan Sendiri
Adalah mudah untuk mendapatkan pakej-pakej alatan untuk membangunkan laman
sosial. Namun, atas faktor kos dan penyelengaraan maka MySRK2 dibangunkan
sendiri mengikut keperluan dan kehendak tugasan seharian warga JPA.
c. Kemudahan pemantauan prestasi pelaksanaan projek
Tiada tools di pasaran yang benar-benar menepati keperluan warga SRK dalam
melaksanakan aktiviti pemantauan projek. Kini, dengan adanya MySRK2, aktiviti
Dokumentasi Zon Komuniti SRK- MySRk2 Oleh En Sazrol Fadzli ______________________________________________________________ Anugerah Inovator 2011
5
pemantauan projek dapat dilakukan mengikut kesesuaian dan kehendak warga
SRK.
ii. Praktikal
a. Mesra Pengguna
MySRK2 dibangunkan melalui teknik pengaturcaraan berkonsepkan ajax, mySQL
dan jquery. Melalui teknik ini, antaramuka yang dibangunkan adalah mesra
pengguna.
b. Mudah Diadaptasi
Konsep pembangunan modul-modul dalam MySRK2 digarap daripada beberapa
laman sosial utama iaitu Facebook, Twitter dan LinkedIn. Teknik pengaturcaraan
yang digunakan adalah seperti Lightbox, Like Textbox, dropdown, Tooltip,Facybox,
Collapse, Comment dan Toggle Box. Teknik sebegini dapat diadaptasi untuk
tujuan pembangunan mana-mana modul lain pada masa hadapan.
c. Menjimatkan Kos
Setiap tahun pegawai-pegawai JPA diperuntukkan dengan Planner tahunan untuk
tugasan rasmi. Penggunaannya dilengkapi juga dengan Nota Lekat (Sticky Note).
Melalui MySRK2 adalah diharap supaya kos yang tinggi untuk tujuan perolehan
Planner dan Nota Lekat dapat dikurangkan.
d. Rujukan kepada sebarang aktiviti
Terdapat komponen kalendar di dalam MySRK2 untuk kegunaan warga SRK.
Melalui komponen ini, semua warga dapat merancang sebarang aktiviti yang
berkaitan mengikut kesesuaian masa setiap ahli. Hasil daripada itu, komponen
kalendar tersebut, membantu warga SRK membuat keputusan dan bertindak
dengan lebih pantas terhadap sebarang perubahan yang berlaku.
e. Perkongsian Maklumat
Persekitaran perkongsian maklumat dapat diwujudkan melalui penggunaan
MySRK2. Melalui ruangan forum, ahli SRK dapat berkongsi maklumat atau artikel
Dokumentasi Zon Komuniti SRK- MySRk2 Oleh En Sazrol Fadzli ______________________________________________________________ Anugerah Inovator 2011
6
terkini mengenai tindakan yang perlu, belum atau sudah dilakukan sekiranya
sesuatu insiden berlaku.
iii. Berkesan dan Cekap
a. Pemantauan projek yang Berkesan
Warga SRK terlibat dengan beberapa projek berkaitan dengan keselamatan dan
capaian rangkaian. Melalui MySRK2, warga SRK dapat membuat pemantauan
perjalanan projek dari masa ke semasa dengan lebih berkesan dan cekap.
b. Maklum balas Mengenai Status Capaian dan Keselamatan Semasa
Warga SRK terlibat dalam aktiviti pemantauan dan pengurusan aspek keselamatan
dan rangkaian. Sekiranya terdapat sebarang insiden di mana-mana lokasi sama ada
di Putrajaya, Cyberjaya atau Mines, maka informasi terkini perlu dikongsi dengan
pantas sesama ahli. Oleh itu, MySRK2 , menjadi media pengemaskinian status
terkini bagi sebarang insiden dengan lebih cekap dan berkesan
c. Pemantauan Pemasangan Talian Lebih Berkesan
Sehingga kini, terdapat lebih kurang 5964 tapak yang memerlukan talian EG*Net
untuk capaian ke HRMIS. Oleh itu, maklumat mengenai status pemasangan di
semua lokasi tersebut dapat dipantau dan dikemaskini dengan cepat, berkesan dan
cekap. Melalui MySRK2 sebarang maklumat dapat dicapai dimana-mana lokasi dan
pada bila-bila masa dengan segera.
d. Tidak Menjejaskan alam sekitar
Penggunaan Planner secara maya di dalam MySRK2 secara tidak langsung dapat
meminimakan penggunaan kertas dalam urusan seharian. Sekaligus menyumbang
ke arah persekitaran hijau.
e. Peningkatan Produktiviti
Penghasilan MySRK2 adalah sejajar dengan hasil kajian yang dilakukan oleh
University of Melbourne berkaitan dengan penggunaan laman sosial. Kajian
Dokumentasi Zon Komuniti SRK- MySRk2 Oleh En Sazrol Fadzli ______________________________________________________________ Anugerah Inovator 2011
7
tersebut mendapati bahawa penggunaan rangkaian sosial mampu meningkat
produktiviti bekerja. Tidak hairanlah mengapa Microsoft akan mengadaptasi
rangkaian sosial dalam renj produk Microsoft Office yang bakal berada di pasaran.
iv. Nilai Komersial
MySRK2 boleh dikomersilkan. Ia berpotensi menjadi asas kepada pembangunan
kerangka ‘Social Network for Office Use’. Diharapkan agar Social Network for Office
Use’ dapat menjadi tumpuan pengguna seperti mana beberapa jenis laman sosial lain
di pasaran seperti Social Networks, Blogging, Social Bookmarking, Media Sharing,
Social Reviews, Social Email, Nichies, serta User Generated Contents.
6. Peta Laman MySRK2
Berikut adalah peta laman mysrk2
i. Laman Utama
a. Aktiviti
b. Pengumuman
c. Statistik
d. Senarai Ahli
ii. Ahli
a. Cari ahli
b. Butiran Ahli
iii. Blog
a. Senarai Blog
b. Penulisan Blog
c. Carian Blog
iv. Chat
v. Forum
a. Senarai Forum
b. Penulisan Forum
Dokumentasi Zon Komuniti SRK- MySRk2 Oleh En Sazrol Fadzli ______________________________________________________________ Anugerah Inovator 2011
8
c. Carian Forum
vi. Event
a. Senarai perancangan aktiviti
vii. Memo
a. Senarai Memo
viii. SKT
a. Maklumat Umum
b. Senarai Program
c. Senarai Projek
d. Senarai Ulasan
e. Janaan Dokumen
ix. Kalendar
a. Paparan Aktiviti Ahli
b. Agenda
c. Timeline
d. Hari
e. Minggu
f. Bulan
x. SPAR
a. EG*Net
b. JPA*Net
c. Security
d. Umum
e. Profil
xi. Projek SRK
a. Senarai Tugasan
Belum Siap
Selesai
Semua
Dokumentasi
Dokumentasi Zon Komuniti SRK- MySRk2 Oleh En Sazrol Fadzli ______________________________________________________________ Anugerah Inovator 2011
9
xii. Epelanggan
a. Capaian kepada statistik pelanggan
Dokumentasi Zon Komuniti SRK- MySRk2 Oleh En Sazrol Fadzli ______________________________________________________________ Anugerah Inovator 2011
10
7. Penutup
Adalah menjadi harapan bahawa MySRK2 dapat dikembangkan pengunnaannya
kepada seluruh bahagian di JPA dan seterusnya ke agensi-agensi kerajaan yang lain.Di
samping itu, ia boleh dikomersilkan bagi kegunaan agensi-agensi selain daripada
agensi kerajaan kerana berpotensi menjadi asas kepada pembangunan kerangka
‘Social Network for Office Use’.
Disediakan oleh:
SAZROL FADZLI
Sektor Rangkaian & Keselamatan
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Jabatan Perkhidmatan Awam
PP(M)TR3
Tel: 03-8316 4205
Tel: 017-3856122
Emel: [email protected]
Dokumentasi Zon Komuniti SRK- MySRk2 Oleh En Sazrol Fadzli ______________________________________________________________ Anugerah Inovator 2011
11
ANTARAMUKA
Dokumentasi Zon Komuniti SRK- MySRk2 Oleh En Sazrol Fadzli ______________________________________________________________ Anugerah Inovator 2011
12
8. Antaramuka
Login
Laman Utama Aktiviti
Dokumentasi Zon Komuniti SRK- MySRk2 Oleh En Sazrol Fadzli ______________________________________________________________ Anugerah Inovator 2011
13
Laman Utama Pengumuman
Laman Blog
Dokumentasi Zon Komuniti SRK- MySRk2 Oleh En Sazrol Fadzli ______________________________________________________________ Anugerah Inovator 2011
14
Lanjutan Blog
Laman Forum
Dokumentasi Zon Komuniti SRK- MySRk2 Oleh En Sazrol Fadzli ______________________________________________________________ Anugerah Inovator 2011
15
Laman Events
Laman Memo
Dokumentasi Zon Komuniti SRK- MySRk2 Oleh En Sazrol Fadzli ______________________________________________________________ Anugerah Inovator 2011
16
Laman SKT
Laman Kalendar