5
PULAU PINANG, 5 Oktober 2016 – Bukit Bendera, salah satu tarikan pelancongan berkonsepkan alam semulajadi di negeri ini berpeluang tinggi diiktiraf sebagai Rizab Biosfera Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO). Ia berikutan usaha sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama The Habitat Penang Hills, Penang Hills Corp, Jabatan Perhutanan Negeri dan beberapa agensi lain yang komited mengumpul data untuk penyediaan dosir bagi dikemukakan kepada pihak UNESCO. Saintis Pusat Pengajian Sains Kajihayat merangkap Pengarah Pusat Inkubasi USM, Profesor Dr. Siti Azizah Mohd Noor berkata, Bukit Bendera yang memiliki puncak tertinggi di Western Hills iaitu 833 meter dari aras laut mempunyai keunikan biodiversiti yang amat penting untuk dipelihara. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... BUKIT BENDERA BERPOTENSI DIIKTIRAF RIZAB BIOSFERA UNESCO 05 OCT

05 · 2018. 3. 18. · PULAU PIN ANG, 5 Oktober 2016 – Bukit Bendera, salah satu tarikan pelancongan berkonsepkan alam semulajadi di negeri ini berpeluang tinggi diiktiraf sebagai

  • Upload
    others

  • View
    3

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • PULAU PINANG, 5 Oktober 2016 – Bukit Bendera, salah satu tarikan pelancongan berkonsepkan alamsemulajadi di negeri ini berpeluang tinggi diiktiraf sebagai Rizab Biosfera Pertubuhan Pendidikan, Sainsdan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

    Ia berikutan usaha sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama TheHabitat Penang Hills, Penang Hills Corp, Jabatan Perhutanan Negeri dan beberapa agensi lain yangkomited mengumpul data untuk penyediaan dosir bagi dikemukakan kepada pihak UNESCO.

    Saintis Pusat Pengajian Sains Kajihayat merangkap Pengarah Pusat Inkubasi USM, Profesor Dr. SitiAzizah Mohd Noor berkata, Bukit Bendera yang memiliki puncak tertinggi di Western Hills iaitu 833meter dari aras laut mempunyai keunikan biodiversiti yang amat penting untuk dipelihara.

    (https://news.usm.my)

    Berita Mutakhir

    search...

    BUKIT BENDERA BERPOTENSI DIIKTIRAF RIZABBIOSFERA UNESCO05OCT

    https://news.usm.my/

  • “Inisiatif pemuliharaan dan pemeliharaan biodiversiti ini perlu diberi perhatian sewajarnya kerana iadilihat semakin terancam impak dari aktiviti sosio-ekonomi manusia termasuk pertanian, pembangunandan sebagainya.

    “Bukit Bendera mempunyai kepelbagaian spesis tumbuhan dan haiwan, antara yang unik adalah spesisorkid hutan dan pokok-pokok konifer. Pun begitu orkid misalnya, dilihat semakin berkurangan ataspelbagai faktor termasuk dipetik secara tidak terkawal untuk pelbagai tujuan,” katanya.

    Justeru katanya, pewartaan dalam Rizab Biosfera UNESCO membolehkan kegiatan ekonomi berjalanseiring dengan inisiatif pemeliharaan bagi mengekalkan biodiversiti, selain menambah data saintifikterhadap spesis-spesis unik lain yang berpotensi ditemui.

    Beliau berkata demikian ketika sidang media sempena penganjuran simposium The Launch: CanopyScience & Forest Conservation in Penang di sini hari ini yang dirasmikan oleh Dekan Pusat PengajianSains Kajihayat, Profesor Dr. Amirul Al-Ashraf Balakrishnan Abdullah.

    Yang turut hadir ialah Pengarah The Habitat Penang Hills, Reza Cockrell.

  • Kerjasama berkenaan turut mendapat perhatian dari rakan saintis terkemuka termasuk dari AmerikaSyarikat (USA), Australia dan Hong Kong yang bersetuju membantu dalam pelbagai aspek khususnyapenyediaan data saintifik dan perkongsian kepakaran.

    Pembentang ucaptama yang dibawakan khas dari California Academy of Sciences, USA, Profesor Dr.Margaret D. Lowman berkata, beliau teruja dan komited berkongsi pengalamannya untuk menjadikanBukit Bendera sebagai pusat penyelidikan kanopi bertaraf antarabangsa.

    Pakar ekologi kanopi yang telah banyak terlibat dalam penyediaan laluan kanopi di serata dunia itumenegaskan, kanopi hutan adalah sebahagian besar kawasan yang belum diterokai dan mempunyairahsia alam tersendiri.

  • “Justeru, melalui rangkaian strategik ini memberi peluang keemasan untuk kami di peringkat saintismenemukan pelbagai perkara baharu yang dapat membantu dalam usaha memelihara hutan hujankhususnya Bukit Bendera yang sangat cantik, unik dan istimewa,” katanya.

    Teks: Marziana Mohamed Alias / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

    Share This

    Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

    Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

    Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

    Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

    Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

    http://del.icio.us/post?v=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4272-bukit-bendera-berpotensi-diiktiraf-rizab-biosfera-unesco&title=USM%20News%20Portal%20-%20BUKIT%20BENDERA%20BERPOTENSI%20DIIKTIRAF%20RIZAB%20BIOSFERA%20UNESCOhttps://digg.com/submit?phase=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4272-bukit-bendera-berpotensi-diiktiraf-rizab-biosfera-unesco&title=USM%20News%20Portal%20-%20BUKIT%20BENDERA%20BERPOTENSI%20DIIKTIRAF%20RIZAB%20BIOSFERA%20UNESCOhttps://www.facebook.com/dialog/share?app_id=925945534114813&display=popup&href=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4272-bukit-bendera-berpotensi-diiktiraf-rizab-biosfera-unesco&redirect_uri=https://news.usm.my/media/coalaweb/modules/generic/html/popup-close.htmlhttps://plus.google.com/share?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4272-bukit-bendera-berpotensi-diiktiraf-rizab-biosfera-unesco&title=USM%20News%20Portal%20-%20BUKIT%20BENDERA%20BERPOTENSI%20DIIKTIRAF%20RIZAB%20BIOSFERA%20UNESCOhttps://www.stumbleupon.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4272-bukit-bendera-berpotensi-diiktiraf-rizab-biosfera-unesco&title=USM%20News%20Portal%20-%20BUKIT%20BENDERA%20BERPOTENSI%20DIIKTIRAF%20RIZAB%20BIOSFERA%20UNESCOhttps://twitter.com/intent/tweet?text=USM%20News%20Portal%20-%20BUKIT%20BENDERA%20BERPOTENSI%20DIIKTIRAF%20RIZAB%20BIOSFERA%20UNESCO&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4272-bukit-bendera-berpotensi-diiktiraf-rizab-biosfera-unescohttps://www.linkedin.com/shareArticle?mini=true&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4272-bukit-bendera-berpotensi-diiktiraf-rizab-biosfera-unesco&title=USM%20News%20Portal%20-%20BUKIT%20BENDERA%20BERPOTENSI%20DIIKTIRAF%20RIZAB%20BIOSFERA%20UNESCOhttp://reddit.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4272-bukit-bendera-berpotensi-diiktiraf-rizab-biosfera-unesco&title=USM%20News%20Portal%20-%20BUKIT%20BENDERA%20BERPOTENSI%20DIIKTIRAF%20RIZAB%20BIOSFERA%20UNESCOhttps://www.newsvine.com/_tools/seed?popoff=0&u=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4272-bukit-bendera-berpotensi-diiktiraf-rizab-biosfera-unesco&title=USM%20News%20Portal%20-%20BUKIT%20BENDERA%20BERPOTENSI%20DIIKTIRAF%20RIZAB%20BIOSFERA%20UNESCOmailto:?subject=USM%20News%20Portal%20-%20BUKIT%20BENDERA%20BERPOTENSI%20DIIKTIRAF%20RIZAB%20BIOSFERA%20UNESCO&body=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4272-bukit-bendera-berpotensi-diiktiraf-rizab-biosfera-unescomailto:[email protected]://www.usm.my/http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp