19
X PENGENALAN Kita telah pun mempelajari tentang sistem bekalan air di rumah. Walau apa pun jenis sistem yang digunakan, pasti akan memerlukan beberapa bahan perpaipan, bahan penyambungan, bahan pemasangan dan juga kelengkapan perpaipan seperti pili, tangki simpanan air, tangki simbah dan perangkap. Pemasangan dan percantuman yang tepat serta penggunaan kelengkapan yang sesuai, pasti akan membuatkan sistem bekalan air di dalam rumah lebih sempurna, tidak ada kebocoran dan tiada masalah-masalah lain yang boleh mengganggu bekalan air ke dalam rumah. T T o o p p i i k k 6 6 Bahan Perpaipan X Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan jenis-jenis dan fungsi bahan perpaipan; 2. Menyenaraikan jenis-jenis tangki simbah, pili dan perangkap; 3. Menyatakan fungsi tangki simbah, pili dan perangkap; 4. Menghuraikan operasi tangki simbah dalam sistem perpaipan; 5. Membezakan di antara bahan pemasangan dan bahan penyambungan; 6. Menamakan lima jenis bahan pemasangan yang diperbuat daripada besi bergalvani, PVC dan polietilen; dan 7. Menamakan dua jenis bahan penyambungan dalam kerja perpaipan. HASIL PEMBELAJARAN

04095118Topik6BahanPerpaipan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 04095118Topik6BahanPerpaipan

PENGENALAN

Kita telah pun mempelajari tentang sistem bekalan air di rumah. Walau apa pun jenis sistem yang digunakan, pasti akan memerlukan beberapa bahan perpaipan, bahan penyambungan, bahan pemasangan dan juga kelengkapan perpaipan seperti pili, tangki simpanan air, tangki simbah dan perangkap. Pemasangan dan percantuman yang tepat serta penggunaan kelengkapan yang sesuai, pasti akan membuatkan sistem bekalan air di dalam rumah lebih sempurna, tidak ada kebocoran dan tiada masalah-masalah lain yang boleh mengganggu bekalan air ke dalam rumah.

TTooppiikk  66 Bahan Perpaipan 

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan jenis-jenis dan fungsi bahan perpaipan;

2. Menyenaraikan jenis-jenis tangki simbah, pili dan perangkap;

3. Menyatakan fungsi tangki simbah, pili dan perangkap;

4. Menghuraikan operasi tangki simbah dalam sistem perpaipan;

5. Membezakan di antara bahan pemasangan dan bahanpenyambungan;

6. Menamakan lima jenis bahan pemasangan yang diperbuatdaripada besi bergalvani, PVC dan polietilen; dan

7. Menamakan dua jenis bahan penyambungan dalam kerjaperpaipan.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: 04095118Topik6BahanPerpaipan

TOPIK 6 BAHAN PERPAIPAN

86

JENIS-JENIS BAHAN PERPAIPAN 6.1 Bahan-bahan perpaipan merupakan bahan yang sangat penting dalam kerja-kerja pemasangan sistem bekalan air. Terdapat pelbagai jenis bahan perpaipan di pasaran, yang sering digunakan. Antaranya ialah paip besi bergalvani (Galvanised Iron), klorida polivinil (PVC), polietilena (PE) dan kuprum.

6.1.1 Paip Besi Bergalvani (Galvanised Iron – GI )

Paip Besi Bergalvani (Galvanised Iron) BS 1387 atau paip BG dihasilkan daripada bahan keluli lembut dengan lapisan yang disadur dengan lapisan zink. Paip BG jenis ini dikelaskan dan mempunyai kod warna tertentu serta mempunyai kegunaan seperti dalam Jadual 6.1.

Jadual 6.1: Pengkelasan Paip BG

Kelas Kod Warna Kegunaan

A Perang/Coklat Paip limpah dan pengalihudaraan tangki simpan

B Biru Paip agihan

C Merah Paip perkhidmatan

Saiz paip besi bergalvani ini ditentukan oleh diameter dalaman dan panjang piawainya ialah 6 meter bagi sebatang paip. Rajah 6.1 menunjukkan parameter rujukan iaitu tebal dinding dan diameter dalaman serta maklumat yang diperolehi daripada sebatang paip besi bergalvani.

Rajah 6.1: Keratan rentas dan maklumat yang terdapat pada paip BG

Page 3: 04095118Topik6BahanPerpaipan

TOPIK 6 BAHAN PERPAIPAN 87

Jadual 6.2 menunjukkan perincian bagi tiga kelas paip BG yang biasa.

Jadual 6.2: Perincian Tiga Kelas Paip BG

t- tebal dinding (mm) Saiz Nominal ± Kelas paip

Benang Per 25mm

mm in A B C 13 2.00 2.65 3.25 14 20 2.35 2.65 3.25 14 25 1 2.65 3.25 4.05 11 32 1 2.65 3.25 4.05 11 40 1 2.99 3.25 4.05 11

(a) Kebaikan paip besi bergalvani:

(i) Senang didapati

(ii) Kuat dan dapat menanggung tekanan yang kuat

(iii) Saiz yang boleh didapati 6 150 mm (b) Kelemahan paip besi bergalvani:

(i) Mudah berkarat

(ii) Memerlukan kerja yang lebih seperti membenang

(iii) Harga agak mahal

6.1.2 Paip Klorida Polivinil (PVC)

Paip PVC MS 628:1982/BS 4346:PT.2:1970 merupakan sejenis paip plastik berwarna kelabu yang digunakan untuk paip agihan, paip cuci dan paip limpah. Paip ini tidak sesuai digunakan untuk menyalurkan air panas dan paip perkhidmatan. Paip jenis ini ringan, mudah dikendalikan dan permukaannya licin. Kelas yang biasa digunakan dalam pemasangan paip domestik ialah kelas E, 7 dan 6 yang mempunyai ketebalan dinding berlainan mengikut saiz diameter dan kelasnya (rujuk Jadual 6.3).

Page 4: 04095118Topik6BahanPerpaipan

TOPIK 6 BAHAN PERPAIPAN

88

Jadual 6.3: Perincian Paip PVC

t- tebal dinding (mm) Saiz Nominal ± Kelas paip

Panjang/ Warna Paip

E 7 6 mm in Min. Mak. Min. Mak. Min. Mak.

13 12

1.7 2.1 3.7 4.1 2.8 3.3 20 3

4 1.9 2.5 3.9 4.3 2.9 3.4

25 1 2.2 2.7 4.5 5.0 3.4 4.0

32 14

2.7 3.2 4.8 5.3 4.0 4.3

6 meter dan 4

meter/ Kelabu

Maklumat yang boleh diperolehi pada batang paip PVC adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.2.

Rajah 6.2: Maklumat yang terdapat pada paip PVC

6.1.3 Paip Polietilena (PE)

Paip PE MS 1058 PE80 berwarna hitam dan mempunyai ciri-ciri tahan karat, elastik, liat dan boleh dilentur. Paip ini digunakan untuk mengalirkan air dari paip induk ke meter air. Saiz paip ini ditentukan mengikut saiz diameter luaran. Saiz yang digunakan dalam pemasangan paip domestik ialah 20 mm hingga 40 mm dan ukuran ketebalan dindingnya berbeza, seperti dalam Jadual 6.4. Paip PE dikeluarkan dari kilang dalam bentuk gegelung 100 meter dam 200 meter panjang. Paip PE dikira berdasarkan Tekanan Nominal atau Pressure Nominal (PN) iaitu jumlah tahap tekanan dalaman paip. Kebaikan paip jenis ini adalah ia boleh lentur (flexible) dan boleh digunakan sama ada di atas ataupun di bawah tanah.

Jadual 6.4: Perincian Paip Polietilena

t-tebal dinding (mm) PN (pressure nominal)

Panjang (m) Saiz nominal luaran ±

(mm) PN6 PN8 PN10 PN12. 5 PN16 20 2.3 25 2.3 2.3 2.8 32 2.3 2.4 2.9 3.6 40 2.3 2.4 3.0 3.7 4.5

100 meter

dan 200 meter

Page 5: 04095118Topik6BahanPerpaipan

TOPIK 6 BAHAN PERPAIPAN 89

1. Mengapakah bahan-bahan perpaipan daripada bahan GI semakin kurang digunakan dalam perpaipan domestik?

2. Apakah kelebihan bahan perpaipan PE berbanding PVC?

SEMAK KENDIRI 6.1

6.1.4 Paip Kuprum

Paip kuprum biasanya digunakan untuk penyaluran air panas dalam sistem bekalan air di dalam rumah. Paip jenis ini mempunyai permukaan yang licin dan kekuatan tegangan yang tinggi. Permukaan paip ini licin dan akan menyebabkan rintangan yang kecil terhadap aliran air. Ia juga sesuai digunakan di atas ataupun di bawah tanah. Saiz-saiz yang biasa digunakan (± luar) adalah 15, 18, 22, 28 , 35, 42 dan 54mm. Cara penyambungan paip kuprum:

(a) Capillary dan compression joint untuk membekal air panas

(b) Kimpalan untuk longkang di atas tanah

AKTIVITI 6.1

Anda dikehendaki mencari maklumat dari aspek spesifikasi teknikal untuk bahan perpaipan selain daripada PVC, PE dan GI melalui laman web pengeluar produk.

JENIS-JENIS KELENGKAPAN PAIP 6.2

Kelengkapan paip adalah sangat penting dalam sistem bekalan air di dalam rumah atau sesuatu bangunan. Ia adalah bahagian penghujung yang dihubungkan oleh bahan perpaipan. Di antara jenis kelengkapan paip adalah tangki simbah, tangki simpanan air dan pili.

6.2.1 Tangki Simbah

Tangki simbah digunakan untuk menyimpan air dan kemudiannya menyimbah keluar melalui paip simbah untuk membersihkan mangkuk tandas. Tangki simbah diperbuat daripada plastik atau tembikar. Tangki simbah boleh

Page 6: 04095118Topik6BahanPerpaipan

TOPIK 6 BAHAN PERPAIPAN

90

menyimpan air sehingga 9 liter. Struktur tangki simbah adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.3.

Rajah 6.3: Struktur bahagian tangki simbah

(a) Jenis-jenis Tangki Simbah Terdapat tiga jenis tangki simbah iaitu:

(i) Tangki Simbah Aras Tinggi [Rajah 6.4]

Digunakan bersama mangkuk tandas jenis cangkung

Dipasang pada jarak 2 meter dari aras lantai

(ii) Tangki Simbah Aras Rendah [Rajah 6.4]

Digunakan bersama mangkuk tandas jenis duduk

Diperbuat daripada tembikar atau PVC dan terletak tinggi sedikit dari aras mangkuk tandas

(iii) Tangki Simbah Automatik

Menyimbah air pada bekas urinal secara automatik mengikut masa tertentu

Biasanya terdapat di dalam bilik air lelaki sahaja. Kini juga terdapat dalam tandas jenis duduk

Page 7: 04095118Topik6BahanPerpaipan

TOPIK 6 BAHAN PERPAIPAN 91

Rajah 6.4 (i) & (ii): Tangki simbah aras tinggi dan rendah

(b) Bahagian Utama dan Fungsi Tangki Simbah

Tangki simbah aras tinggi dan rendah mempunyai bahagian utama yang sama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.5.

Rajah 6.5: Bahagian-bahagian tangki simbah

Page 8: 04095118Topik6BahanPerpaipan

TOPIK 6 BAHAN PERPAIPAN

92

Jadual 6.5 menunjukkan bahagian-bahgian serta fungsi tangki simbah.

Jadual 6.5: Bahagian-bahagian Serta Fungsi Tangki Simbah

Bahagian Fungsi

Paip alur masuk (paip agihan)

Membolehkan air masuk ke dalam tangki simbah.

Paip alur keluar (paip simbah)

Menyalur air keluar dari tangki simbah untuk menyimbah serta membersihkan mangkuk tandas.

Paip limpah Menyalur air keluar dari tangki simbah jika berlaku kerosakan pada injap bebola atau penumpang.

Injap bebola Mengawal kemasukan air ke dalam tangki simbah.

Pelampung Pelampung yang terapung di atas permukaan air akan bergerak bersama paras air. Pelampung mengawal paras air dengan menutup injap bebola melalui lengan pelampung. Lengan pelampung yang bergerak ke atas menolak omboh dalam injap bebola.

Injap gegendang Mengawal air masuk ke tiub sifon. Apabila tuil ditarik, injap gegendang akan naik dan membenarkan air masuk ke tiub sifon untuk menyimbah mangkuk tandas.

Tuil tarik/ tangkai pelepas

Tuil tarik terdapat di luar tangki simbah. Apabila mangkuk tandas perlu dicuci, tuil ditarik untuk menyimbah air.

Tiub sifon Menyalurkan air ke paip simbah.

Page 9: 04095118Topik6BahanPerpaipan

TOPIK 6 BAHAN PERPAIPAN 93

(c) Langkah-langkah Menggantikan Pelampung dan Pelaras Injap Bebola Tujuh langkah menggantikan pelampung dan pelaras injap bebola adalah seperti dalam Rajah 6.6:

Rajah 6.6: Langkah-langkah bagi menggantikan pelampung dan pelaras injap bebola

Page 10: 04095118Topik6BahanPerpaipan

TOPIK 6 BAHAN PERPAIPAN

94

(d) Proses simbahan Proses simbahan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.7.

Rajah 6.7: Proses simbahan

Apabila plat tertebuk dan injap gegendang naik, air akan mengalir masuk melalui lubang-lubang pada plat tertebuk ke ruang kosong tiub sifon kerana tekanan dalam tiub sifon lebih rendah.

6.2.2 Pili

Pili berfungsi mengawal pengaliran dan penggunaan air keluar melalui hujung batang paip. Ia diperbuat daripada loyang (campuran logam kuprum dengan zink). Terdapat juga pili yang diperbuat daripada klorida polivinil (PVC). Saiz pili yang lazim digunakan ialah 13mm dan 20mm mengikut diameter alur masuk. Terdapat dua jenis pili iaitu pili bebibir dan pili bertiang. (a) Pili bebibir

Pili bebibir mempunyai alur masuk melintang (mendatar) (Rajah 6.8). Ia biasa digunakan pada sinki dapur dan tab mandi. Pemulas kepalanya berbentuk lintang atau berpalang (kapstan). Biasanya pili jenis ini diperbuat daripada loyang atau yang disadur dengan kromium.

Page 11: 04095118Topik6BahanPerpaipan

TOPIK 6 BAHAN PERPAIPAN 95

Rajah 6.8: Pili bebibir

(b) Pili bertiang Pili jenis ini mempunyai alur masuk menegak dan biasanya diperbuat

daripada loyang bersadur kromium (Rajah 6.9). Ia lazimnya digunakan pada besen cuci tangan yang diperbuat daripada tembikar. Ia juga boleh didapati dengan pemulas berpalang (kapstan). Pili jenis ini diikat pada besen dan tab mandian dengan menggunakan nat lawan jam.

Rajah 6.9: Pili bertiang

Page 12: 04095118Topik6BahanPerpaipan

TOPIK 6 BAHAN PERPAIPAN

96

6.2.3 Perangkap

Perangkap diperbuat daripada klorida polivinil (PVC) atau besi bergalvani. Saiz yang biasa digunakan ialah yang berdiameter 32mm dan 38mm. Perangkap digunakan untuk:

Memerangkap sisa kotoran daripada mengalir ke dalam longkang

Menyekat serangga daripada masuk ke dalam sinki

Menghalang bau busuk masuk ke dalam rumah Tiga jenis perangkap yang biasa digunakan dalam sistem perpaipan ialah:

Perangkap botol (Rajah 6.10)

Perangkap S (Rajah 6.11)

Perangkap P (Rajah 6.12) (a) Perangkap botol

Rajah 6.10: Perangkap botol

(b) Perangkap S

Rajah 6.11: Perangkap S

Page 13: 04095118Topik6BahanPerpaipan

TOPIK 6 BAHAN PERPAIPAN 97

(c) Perangkap P

Rajah 6.12: Perangkap P

1. Mengapakah penyambungan paip jenis PVC tidak memerlukan soket penjodoh?

2. Perangkap P dan S bagi kegunaan sinki lebih sesuai berbanding perangkap botol. Bincangkan.

3. Penggunaan glu paip memerlukan langkah keselamatan yang khusus. Huraikan tatacara penggunaan glu paip untuk mendapatkan sambungan yang kemas, kuat dan kedap tekanan.

SEMAK KENDIRI 6.2

BAHAN PEMASANGAN DAN PENYAMBUNGAN

6.3

Bahan pemasangan (Bahan Pepasang) digunakan untuk menyambung bahan perpaipan dengan kelengkapan perpaipan yang terdapat dalam sistem bekalan air sejuk atau air panas. Setiap jenis bahan pemasangan dibuat mengikut jenis bahan perpaipan. Jadual 6.6 menunjukkan pelbagai jenis bahan penyambungan paip serta fungsi dan contoh penyambungannya.

Page 14: 04095118Topik6BahanPerpaipan

TOPIK 6 BAHAN PERPAIPAN

98

Jadual 6.6: Bahan untuk Menyambung Paip

Page 15: 04095118Topik6BahanPerpaipan

TOPIK 6 BAHAN PERPAIPAN 99

Page 16: 04095118Topik6BahanPerpaipan

TOPIK 6 BAHAN PERPAIPAN

100

Page 17: 04095118Topik6BahanPerpaipan

TOPIK 6 BAHAN PERPAIPAN 101

Bahan penyambungan (Bahan Sebatian) adalah bahan yang digunakan semasa melakukan kerja-kerja pemasangan bahan perpaipan dengan bahan-bahan pemasangan ataupun kelengkapan perpaipan yang lain. Ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi sambungan supaya paip air tidak bocor melalui sambungan yang telah dibuat. Antara bahan penyambungan yang biasa digunakan dalam kerja-kerja perpaipan ialah pita PTFE (Rajah 6.13), simen pelarut (solvent cement), pasta zink oksida dan mayang tali guni.

Rajah 6.13: Bahan penyambungan pita PTFE

Berpandukan pelan arkitek rumah kediaman anda, kenal pasti dan senaraikan pelbagai bahan yang digunakan untuk pemasangan dan penyambungan kelengkapan perpaipan.

AKTIVITI 6.2

Bahan perpaipan adalah bahan utama dalam sistem bekalan air di dalam

rumah untuk mengalirkan air dari punca bekalan.

Tiga jenis bahan perpaipan yang digunakan secara meluas adalah paip besi bergalvani (GI), paip klorida polivinil (PVC) dan paip polietilena (PE).

Page 18: 04095118Topik6BahanPerpaipan

TOPIK 6 BAHAN PERPAIPAN

102

Tangki simpanan air digunakan untuk menerima dan menyimpan air dari paip perkhidmatan dan seterusnya mengagihkan ke kelengkapan paip yang lain melalui paip agihan.

Tangki simbah digunakan untuk menyimpan air dan kemudiannya

menyimbah keluar melalui paip simbah bagi membersihkan mangkuk tandas.

Terdapat tiga jenis tangki simbah: tangki simbah aras tinggi, tangki simbah

aras rendah dan tangki simbah automatik.

Pili berfungsi untuk mengawal pengaliran dan penggunaan air melalui hujung batang paip. Terdapat dua jenis pili iaitu pili bebibir dan pili bertiang.

Perangkap berfungsi untuk memerangkap sisa kotoran, menyekat serangga

dan menghalang bau busuk masuk ke dalam rumah.

Bahan pemasangan (pepasang) digunakan untuk menyambung antara batang paip dengan paip yang lain atau dengan kelengkapan paip.

Bahan penyambungan seperti pita PTFE dan simen pelarut digunakan untuk

mengukuhkan sambungan serta mengelakkan kebocoran.

Bahan pemasangan

Bahan penyambungan

Paip agihan

Paip besi bergalvani

Paip cuci

Paip klorida polivinil

Paip limpah

Paip perkhidmatan

Paip polietilen

Perangkap

Pili

Pita PTFE

Simen Pelarut

Tangki Simbah

Tangki Simbah Aras Rendah

Tangki Simbah Aras Tinggi

Tangki Simbah Automatik

Tangki Simpanan Air

Page 19: 04095118Topik6BahanPerpaipan

TOPIK 6 BAHAN PERPAIPAN 103

Abu Abdullah. (2005). Teknologi perpaipan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Jamadi Yasin, & Yahaya Ramli. (1999). Kerja paip: Pembekalan air sejuk, saliran dan pembersihan. (edisi kedua). Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Norhazizi Lebai Long, Jasni Abdullah, & Shairul Shamsudin. (2004). Kerja paip domestik KBSM modul MPV Tingkatan 4 & 5. Selangor: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Curd E.F., & Howard C.A. (1996). Introduction to building services (2nd ed.). London: McMillan Press Ltd.