4
Page 1 of 4 Peraduan Menulis Cerpen AADK Sempena Hari Antidadah Antarabangsa 2014 TERMA & SYARAT-SYARAT PERADUAN Sila baca dan fahami peraturan Peraduan seperti yang tertera di bawah. 1. KATEGORI Bagi menyertai Peraduan ini, anda boleh memilih melalui kategori yang berikut:- Kategori Sekolah Menengah (a) Warganegara Malaysia; (b) berusia 13 tahun - 17 tahun pada tarikh penyertaan. Kategori Kolej/ Universiti: (a) Warganegara Malaysia; (b) berusia 18 tahun dan ke atas (tidak melebihi 25 tahun) pada tarikh penyertaan Kategori Umum: (a) Warganegara Malaysia; (b) tiada had umur ditetapkan 2. HADIAH-HADIAH Hadiah yang disediakan adalah seperti berikut:- SEKOLAH MENENGAH KOLEJ/ UNIVERSITI UMUM Hadiah Pertama Hadiah Pertama Hadiah Pertama RM2,000 & Sijil RM3,000 & Sijil RM5,000 & Sijil - 1 Pemenang - 1 Pemenang - 1 Pemenang Hadiah Kedua Hadiah Kedua Hadiah Kedua RM1,500 & Sijil RM2,000 & Sijil RM2,500 & Sijil - 1 Pemenang - 1 Pemenang - 1 Pemenang Hadiah Ketiga Hadiah Ketiga Hadiah Ketiga RM1,000 & Sijil RM1,500 & Sijil RM1,500 & Sijil - 1 Pemenang - 1 Pemenang - 1 Pemenang

01_Peraduan Menulis Cerita Pendek-T&C R1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sasa

Citation preview

  • Page 1 of 4

    Peraduan Menulis Cerpen AADK Sempena Hari Antidadah Antarabangsa 2014

    TERMA & SYARAT-SYARAT PERADUAN

    Sila baca dan fahami peraturan Peraduan seperti yang tertera di bawah.

    1. KATEGORI

    Bagi menyertai Peraduan ini, anda boleh memilih melalui kategori yang berikut:-

    Kategori Sekolah Menengah

    (a) Warganegara Malaysia;

    (b) berusia 13 tahun - 17 tahun pada tarikh penyertaan.

    Kategori Kolej/ Universiti:

    (a) Warganegara Malaysia;

    (b) berusia 18 tahun dan ke atas (tidak melebihi 25 tahun) pada tarikh

    penyertaan

    Kategori Umum:

    (a) Warganegara Malaysia;

    (b) tiada had umur ditetapkan

    2. HADIAH-HADIAH

    Hadiah yang disediakan adalah seperti berikut:-

    SEKOLAH MENENGAH KOLEJ/ UNIVERSITI UMUM Hadiah Pertama Hadiah Pertama Hadiah Pertama RM2,000 & Sijil RM3,000 & Sijil RM5,000 & Sijil - 1 Pemenang - 1 Pemenang - 1 Pemenang

    Hadiah Kedua Hadiah Kedua Hadiah Kedua

    RM1,500 & Sijil RM2,000 & Sijil RM2,500 & Sijil

    - 1 Pemenang - 1 Pemenang - 1 Pemenang

    Hadiah Ketiga Hadiah Ketiga Hadiah Ketiga

    RM1,000 & Sijil RM1,500 & Sijil RM1,500 & Sijil

    - 1 Pemenang - 1 Pemenang - 1 Pemenang

  • Page 2 of 4

    Saguhati Saguhati Saguhati

    RM200 & Sijil RM200 & Sijil RM200 & Sijil

    - 10 Pemenang - 10 Pemenang - 10 Pemenang

    20 cerita terbaik akan dimuatnaik ke laman arkib e-book wecareweserve.org

    3. CARA PENYERTAAN

    Tiada pembelian dan yuran penyertaan diperlukan. Cara penyertaan adalah

    melalui pendaftaran di laman web wecareweserve.org sahaja. Peserta akan

    dimaklumkan sekiranya penyertaan mereka telah diterima. Mekanisma Peraduan

    adalah seperti berikut:-

    # 1 : Daftar dan lengkapkan butiran penyertaan anda di laman web

    wecareweserve.org

    # 2 : Taipkan cerita pendek anda pada ruang yang disediakan dan tidak

    melebihi jumlah perkataan yang disyaratkan mengikut kategori.

    # 3 : Hantarkan cerita anda dengan menekan butang 'Hantar'.

    Nyatakan jika anda mahu nama anda dirahsiakan.

    4. PANJANG CERITA.

    Cerita pendek tersebut hendaklah merupakan karya asal menggunakan Bahasa Malaysia dan tidak pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan. Panjang Cerita adalah seperti berikut : Kategori Sekolah Menengah - 400 patah perkataan.

    Kategori Kolej/ Universiti - 800 patah perkataan. Kategori Umum - 1,500 patah perkataan.

    5. SKOP CERITA

    Sejak sekian lama, dadah telah berada di dalam kehidupan kita walaupun tanpa

    diundang. Mungkin anda pernah membantu ahli keluarga dan rakan mengatasi

    dadah, atau mungkin anda sendiri pernah bergelut melawan ketagihan dadah.

    Kisah anda mungkin boleh membantu mereka.

    Sehubungan itu, AADK berhasrat untuk mengumpulkan penulisan sebegini yang

    menceritakan pelbagai kisah tentang pengalaman mengatasi belenggu dadah ini.

    Hasrat kami agar kompilasi kisah-kisah ini dapat menjadi sumber inspirasi bukan

    sahaja kepada pengguna dadah tersebut bahkan sahabat dan ahli keluarga yang

    ingin membantu mereka keluar dari belenggu dadah.

  • Page 3 of 4

    6. TARIKH TUTUP

    Tarikh tutup penyertaan adalah seperti yang tertera di laman web Peraduan.

    AADK berhak mengubah tarikh tutup penyertaan pada bila-bila masa.

    7. LAIN-LAIN SYARAT AM

    i. Pegawai dan petugas yang terlibat sebagai urus setia Peraduan menulis

    cerita pendek ini tidak dibenarkan menyertai Peraduan ini.

    ii. Setiap cerita yang dihantar akan menjadi hak milik AADK dan pihak AADK

    berhak untuk menggunakannya, menyunting dan menyiarkannya dalam

    mana-mana penerbitan. Pemenang juga adalah diwajibkan untuk

    bekerjasama di dalam setiap aktiviti promosi dan penerbitan AADK yang

    berkaitan dengan Peraduan tersebut.

    iii. Pemenang akan dihubungi berdasarkan maklumat yang diberikan di dalam

    laman penyertaan sama ada melalui e-mel ataupun telefon.

    iv. Pemenang perlu menanggung sendiri kos di dalam proses menuntut hadiah

    dan perlu dituntut dalam tempoh 30 hari dari tarikh pengumuman pemenang

    dibuat.

    v. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta dianggap bersetuju dengan terma

    dan syarat Peraduan seperti yang telah ditetapkan. Kegagalan untuk

    mematuhi Terma dan Syarat Peraduan akan menyebabkan penyertaan anda

    dibatalkan.

    vi. AADK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah, kehilangan

    atau kemusnahan berpunca daripada kelewatan dan/atau kegagalan di dalam

    menerima dan menghantar SMS, e-mel atau panggilan telefon berpunca

    daripada kegagalan sistem komunikasi, gangguan sistem perhubungan atau

    kerosakan alatan perhubungan. AADK juga tidak akan bertanggungjawab

    sekiranya penyertaan anda gagal sampai kepada penganjur disebabkan oleh

    masalah dan/atau kegagalan sistem komunikasi.

    vii. AADK berhak untuk meminda peraturan Peraduan pada bila-bila masa yang

    tanpa perlu untuk memaklumkan kepada peserta terlebih dahulu. Sekiranya

  • Page 4 of 4

    terdapat perubahan pada peraturan Peraduan, ianya akan diumumkan di

    laman web Peraduan.

    viii. AADK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, kecurian

    dan/atau kemusnahan pada hadiah semasa dan selepas hadiah dituntut.

    ix. Peraduan ini tidak ditaja dan dikelola oleh, atau pihak yang berkaitan dengan

    Facebook, Twitter dan aplikasi-aplikasi media sosial yang lain.

    x. Peraduan ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan sebarang

    peraturan yang telah ditetapkan adalah muktamad. Sebarang bantahan dan

    surat-menyurat tidak akan dilayan.

    Notis Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

    I. Notis bertulis ini bertujuan untuk memaklumkan kepada anda bahawa data

    peribadi anda akan diproses oleh atau bagi pihak Agensi Antidadah

    Kebangsaan (AADK). Dengan menyertai Peraduan ini, anda dengan ini

    membenarkan pemprosesan data peribadi anda oleh AADK sebagaimana yang

    dinyatakan dalam Notis ini. Kami akan memproses data peribadi yang anda

    berikan kepada kami seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon,

    alamat dan sebarang maklumat lain yang diminta di dalam borang

    penyertaan. AADK akan memproses data peribadi anda, termasuk sebarang

    maklumat tambahan yang anda berikan kepada AADK bagi tujuan Peraduan

    ini dan yang berkaitan.

    II. Data peribadi yang anda berikan kepada kami boleh diedarkan kepada

    penyedia perkhidmatan kami hanya untuk tujuan yang disebutkan di atas.

    Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang anda

    sediakan adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan bahawa data

    peribadi tersebut dikemaskinikan. Anda boleh membaca dan meminta agar

    data peribadi anda dibetulkan dan/atau mengehadkan pemprosesan data

    peribadi, atau membuat sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan data

    peribadi anda atau menghantar e-mel kepada kami di wecareweserve.org