25
Tasawwur Islam kertas 1 & 2 Soalan Latih Tubi set 4 document.doc Tasawwur Islam Latih Tubi Set 4 Kertas 1 2005 Nama Pelajar : Tingkatan : JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SOALAN LATIH TUBI 2008 SET 4 TASAWWUR ISLAM Kertas 1 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B 2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B 3. Hitamkan jawapan anda untuk Bahagian A di ruang yang disediakan pada halaman belakang dalam kertas soalan ini Untuk Kegunaan Pemeriksa Bahagian Markah A B JUMLAH

tokburong.files.wordpress.com · Web viewMenarik minat orang bukan Islam untuk memahami ajaran Islam. Menggalakkan umat Islam mentaati perintah Allah SWT dengan sempurna. Memastikan

Embed Size (px)

Citation preview

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 4

Bahagian A

document.doc

Tasawwur IslamLatih TubiSet 4Kertas 1200511/4 Jam

Nama Pelajar :

Tingkatan :

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORALKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SOALAN LATIH TUBI 2008SET 4

TASAWWUR ISLAM

Kertas 1Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B

2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B

3. Hitamkan jawapan anda untuk Bahagian A di ruang yang disediakan pada halaman belakang dalam kertas soalan ini

4. Tuliskan jawapan anda untuk Bahagian B di ruang yang disediakan dalam kertas soalan ini.

Untuk Kegunaan Pemeriksa

Bahagian Markah

A

B

JUMLAH

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 4

[20 markah]

1 Penurunan al-Quran mempunyai keistimewaannya kecuali

A banyak berlaku perubahan dan pemalsuan.B mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan untuk manusia.C tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kitab suci yang lain.D merupakan rahmat kepada manusia sebagai pegangan hidup.

2 Rububiyyah ialah __________________________

A himpunan nama-nama Allah SWT.B mengucap dua kalimah syahadah.C keyakinan di dalam hati bahawa Allah SWT Maha Esa.D keyakinan di dalam hati bahawa Allah SWT Maha Pencipta.

3 Berikut adalah keistimewaan perundangan Islam kecuali

A bersifat universal.B merangkumi dunia dan akhirat.C perundangan yang digubal oleh alim ulamak.D mengukuhkan silaturrahim sesama masyarakat.

4 Para rasul diberi gelaran Ulul Azmi kerana

A rasul yang paling mulia.B lama berdakwah kepada umatnya.C rasul yang diturunkan kitab atau suhuf.D mempunyai kesabaran yang tinggi semasa berdakwah.

5 Apakah erti harta ?

A Alat untuk memperolehi kebahagiaan.B Pemilikan sesuatu yang bernilai melalui usaha.C Amanah Allah SWT yang mesti dijaga dengan baik.D Ciptaan Allah SWT kepada manusia untuk kesejahteraan hidup di dunia

dan akhirat.

6 Berikut adalah syarat sah muamalah di dalam Islam kecuali

A transaksi mestilah bersih dari unsur penipuan.B persetujuan penjual dan pembeli dalam ijab kabul.C barangan yang diperniagakan mestilah milik sah penjual.D pihak yang melakukan transaksi muamalah mestilah waras dan

sempurna akal.

7 Alam yang dilalui oleh orang yang telah meninggal dunia ialah

A Alam duniaB Alam ghaibC Alam barzakh

document.doc

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 4

D Alam musyahadah

8 Hadis yang mempunyai sanad yang bersambung terus kepada Rasulullah SAW, perawinya thiqah,adil,dhabit dan tidak mempunyai kecacatan.Ciri-ciri di atas merujuk kepada

A Hadis sohih B Hadis dhoifC Hadis hasanD Hadis maudhuk

9 Keterangan di atas merujuk kepada

A Kesan pengaruh asing.B Ciri-ciri pengaruh asing.C Matlamat pengaruh asing.D Bentuk-bentuk pengaruh asing.

10 Ciri-ciri di atas merujuk kepada

A Irhas.B Mukjizat.C Ma’unah.D Karamah.

11 Islam adalah agama yang lengkap dan sesuai diamalkan pada setiap masa dan tempat.Kenyataan di atas merujuk kepada

A MurunahB ‘AlamiyyahC SyumuliyyahD Waqi’iyyah

12 Manakah situasi berikut yang menggambarkan kelemahan insan?

A Membina bangunan tinggi.B Merekacipta kapal terbang.C Menggubal undang-undang Syarak mengikut tempat.D Membiakkan baka dari binatang yang berlainan jenis.

13 Bagaimanakah cara penyelesaian masalah melalui nasihat yang bijaksana ?

document.doc

Taksub dengan bangsa dan darjat. Memuja manusia secara berlebihan. Memisahkan urusan keduniaan dengan urusan agama.

Perkara luar biasa. Berlaku kepada orang Islam. Tanpa diusaha untuk mempelajarinya.

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 4

I Nasihat secara berhemah.II Tidak menyinggung perasaan orang lain.III Menerangkan cara menyelesaikan masalah.IV Menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada orang lain.

A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

14 Situasi di atas menerangkan tentang

A ribaB rasuahC monopoliD manipulasi

15 Berikut adalah kebaikan ijtihad kecuali

A menyuruh umat Islam membaharui hukum yang lama.B memastikan hukum Islam dapat dikembangkan secara berterusan.C memastikan peristiwa yang berlaku dapat diselesaikan mengikut

kaedah yang ditetapkan oleh Islam.D memberi peluang mujtahidin mengeluarkan hukum yang tidak

dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran dan hadis.

16 “Rumahku Syurgaku” impian setiap pasangan yang berumahtangga.Bagaimanakah cara mencapai impian tersebut.

I Mengukuhkan ekonomi keluarga.II Saling bermaafan antara satu sama lain.III Saling memenuhi keperluan satu sama lain.IV Sentiasa melibatkan ibu bapa dalam menyelesaikan masalah.

A I, II dan IIIB I,II dan IVC I,III dan IVD II,III dan IV

17 Kesalahan takzir boleh dijatuhkan hukuman berikut kecuali

I penjara.II pemulauan.III dibunuh balas.IV potong tangan.

A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

document.doc

Encik Zainal menghadiahkan sebuah komputer riba kepada Encik Said kerana memberinya kontrak bernilai RM 250,000.

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 4

18 Berikut adalah kesan baik pengamalan sistem sosial Islam kecuali

A masalah sosial dapat diselesaikan.B keadilan sosial dapat direalisasikan.C orang yang kaya dan berharta akan berkuasa.D mencapai kesejahteraan dan keharmonian hidup.

Cara Islam Cara Konvensional

I Sumber utama hadis I Sumbernya rasional manusia.II Matlamatnya adalah untuk

dunia dan akhirat.II Bersifat keduniaan dan

sementara.III Dapat menambahkan

keyakinan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

III Menjauhkan diri daripada rahmat Allah SWT.

IV Penyelesaian berteraskan nilai-nilai akhlak yang murni.

IV

Lebih berteraskan sentimen dan emosi.

19 Berdasarkan jadual di atas, manakah merupakan perbezaan antara penyelesaian masalah secara Islam dengan konvensional ?.

A I, II dan IIIB I,II dan IVC I,III dan IVD II,III dan IV

20 Berikut adalah amalan yang termasuk dalam ibadat umum.

I Bekerja.II Menuntut ilmu.III Berzikir dan berdoa.IV Membaca al-Quran.

A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

Bahagian B[20 markah]

Soalan 21 hingga Soalan 24

Tulis istilah yang bersesuaian dengan pernyataan berikut pada ruangan yang disediakan.

UntukKegunaanPemeriksa

document.doc

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 4

21 Beriman kepada Allah SWT dan sifat-

sifatNya tanpa keraguan.

22 Perkara luar biasa yang berlaku kepada

Qarun yang derhaka pada Allah SWT.

23 Makhluk istimewa yang dicipta daripada

tanah, boleh berfikir dan menerima ilmu.

24 Alam yang dapat ditanggapi oleh

pancaindera dan akal fikiran.

Soalan 25 hingga Soalan 28

Lengkapkan pernyataan berikut:Untuk

KegunaanPemeriksa

25

Fahaman yang memisahkan nilai-nilai agama dari kehidupan dikenali sebagai___________________

26

______________ bermaksud praktikal dan mampu diamalkan oleh semua golongan manusia.

27

Konsep ______________ jika diamalkan dengan betul dapat menyelesaikan segala masalah dengan adil dan bijaksana.

28

______________ ialah menghubungkan hukum yang tidak ada kepada hukum yang ada kerana bersamaan illat (sebab).

Soalan 29 hingga Soalan 32

Carta di bawah adalah golongan yang tidak layak menguruskan harta.

document.doc

1

1

1

1

Golongan Yang Tidak Layak Menguruskan Harta

1

1

1

1

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 4

29

______________________________

30

______________________________

31

______________________________

32

______________________________

Soalan 33 hingga Soalan 36

Tandakan () pada pernyataan yang betulTandakan (X) pada pernyataan yang salah

Untuk kegunaan Pemeriksa

Pernyataan Jawapan

33 Mewujudkan hubungan persaudaraan antara individu dan masyarakat melalui proses transaksi yang dijalankan merupakan matlamat muamalah Islam

34 Menjual dan membeli rumah yang masih dalam pembinaan merupakan satu muamalah yang sah di sisi Islam.

35 Qadha ialah penghakiman yang diputuskan oleh mahkamah berdasarkah bukti-bukti yang benar.

36 Penetapan hukum dalam Islam adalah untuk kebaikan manusia.

Soalan 37 hingga Soalan 40

Tuliskan istilah berikut yang sesuai dengan pernyataan di bawah pada ruangan jawapan yang disediakan.

document.doc

3229 30

31Hamba Abdi

1

1

1

1

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 4

Riak Hasad Dengki Sum’ah Syirik

37 Menceritakan amalan baik diri kepada orang lain supaya mendapat pujian _________________

38 Menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu ______________________

39 Menunjuk-nunjuk amalan baik yang dilakukan kepada orang lain ___________

40 Iri hati terhadap nikmat yang diperoleh oleh orang lain _________________

KERTAS SOALAN TAMAT

document.doc

Bahagian A

A B C D1

A B C D2

A B C D3

A B C D4

A B C D9

A B C D5

A B C D8

A B C D7

A B C D10

A B C D6

A B C D20

A B C D19

A B C D18

A B C D17

A B C D16

A B C D15

A B C D14

A B C D13

A B C D12

A B C D11

KERTAS JAWAPAN

Bahagian A

MarkahBahagian B

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 4

document.doc

Tasawwur IslamLatih TubiKertas 2Set 420082 ½ jam

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 4

Soalan 1 mesti dijawab. Kemudian jawab empat soalan daripada mana-mana soalan berikutnya.

1 (a) (i) Nyatakan maksud ajaran sesat menurut Islam. [2 markah]

(ii) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberi panduan tentang ciri-ciri ajaran sesat. Jelaskan dua ciri tersebut. [4 markah]

(b) (i) Alam semakin rosak disebabkan oleh perbuatan

document.doc

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORALKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SOALAN LATIH TUBI 2008SET 4

TASAWWUR ISLAM

Kertas 2Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas ini mengandungi tujuh soalan.

2. Soalan satu wajib dijawab dan pilih empat soalan yang lain.

3. Calon perlu menjawab lima soalan sahaja.Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan.

Latih Tubi 2008 © Hak Cipta JAPIM

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 4

manusia. Jelaskan dua daripada punca kerosakan alam. [4 markah]

(ii) Terangkan dua kesan pengabaian tanggungjawab terhadap pemeliharaan alam. [4 markah]

(c) (i) Berikan maksud akal menurut Islam. [2 markah]

(ii) Manusia adalah sebaik-baik kejadian kerana dianugerahkan akal fikiran.Nyatakan dua kesan sekiranya tidak bersyukur dengan anugerah akal.

[4 markah]

2 (a) (i) Islam adalah agama yang diwahyukan oleh Allah SWT dan bukan ciptaan manusia. Nyatakan dua prinsip Rabbaniyyah. [4 markah]

(ii) Jelaskan dua cara yang boleh anda lakukan untuk memiliki sifat Rabbaniyyah. [4 markah]

(b) Ajaran Islam bersifat Murunah (anjal) dan Thabat (tetap).

(i) Jelaskan dua kelebihan sifat murunah. [4 markah]

(ii) Jelaskan perkaitan antara Murunah dan Thabat beserta contoh. [4 markah]

(c) (i) Islam diturunkan untuk menjamin kesejahteraan hidup manusia. Jelaskan dua bukti Islam bersifat ’alamiyyah dalam aspek perundangan. [4 markah]

3 (a) (i) Nyatakan pengertian khalifah. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua syarat menjadi khalifah. [4 markah]

document.doc

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”

(Maksud surah al-Baqarah: ayat 30)

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 4

(b) (i) Terangkan dua syarat kelayakan menjadi hakim. [4 markah]

(ii) Huraikan dua keistimewaan institusi kehakiman Islam. [4 markah]

(c) (i) Apakah maksud sistem sosial Islam. [2 markah]

(ii) Terangkan dua cara memupuk nilai-nilai luhur dalam masyarakat. [4 markah]

4 (a) (i) Berikan pengertian bekerja kerana Allah SWT. [2 markah]

(ii) Nyatakan dua syarat sesuatu pekerjaan menjadi ibadah.

[4 markah]

(iii) Huraikan dua implikasi bekerja sambil lewa. [4 markah]

(b) (i) Nyatakan pengertian jenis muamalah berikut menurut istilah;- al-Wadiah- al-Murabahah.

[2 markah][2 markah]

(ii) Sebutkan persamaan antara al-wadiah dan al-mudharabah [2 markah]

(iii) Berikan dua kebaikan kepelbagaian jenis muamalah Islam dalam kehidupan?

[4 markah]

5 (a) (i) Nyatakan maksud hukum harus. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua perbezaan antara hukum haram dengan makruh. [4 markah]

(b) (i) Nyatakan dua kepentingan perkahwinan kepada individu. [4 markah]

(ii) Jelaskan dua punca keruntuhan rumahtangga. [4 markah]

(c) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan diat? [2 markah]

(ii) Berikan dua contoh keistimewaan undang-undang jenayah Islam dari aspek kemasyarakatan. [4 markah]

6 (a) (i) Nyatakan dua sumber penyelesaian masalah dalam Islam. [2

markah]

(ii) Sebutkan dua kelebihan penyelesaian masalah secara Islam. [4 markah]

(b) (i) Terangkan dua faktor yang menyebabkan seseorang

document.doc

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 4

itu berada dalam kemiskinan? [4 markah]

(ii) Cadangkan dua langkah bagi meningkatkan ekonomi dalam keluarga anda. [4 markah]

(c) (i) Nyatakan pengertian kesaksamaan sosial. [2 markah]

(ii) Huraikan dua faktor berlaku perpecahan dalam masyarakat.

[4 markah]

7 (a) (i) Pengaruh asing boleh merosakkan pemikiran umat Islam. Senaraikan empat bentuk pengaruh asing yang bertentangan dengan Islam. [4 markah]

(ii) Jelaskan dua cara menangani budaya asing? [4 markah]

(b) (i) Nyatakan dua ciri kesempurnaan ibadat dalam Islam. [4 markah]

(ii) Ibadat yang dilakukan oleh seseorang mestilah berdasarkan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah. Menurut kefahaman anda, apakah dua kesan ibadat tanpa syariat? [4 markah]

(c) Bagaimanakah konsep tawakal mampu merapatkan hubungan antara manusia dengan Tuhan Maha Pencipta ? [4 markah]

SOALAN TAMAT

SKIMA KERTAS 1

BAHAGIAN A

1. A 2. D 3. C 4. D 5. B6. B 7. C 8. A 9. B 10. C11. C 12. C 13. A 14. B 15. A16. A 17. D 18. C 19. D 20. A

document.doc

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 4

BAHAGIAN B

21. Asma’ Wa Sifat22. Istidraj23. Insan / Manusia24. Alam Musyahadah25. Sekularisme26. Waqi’iyyah27. Syura28. Al-Qias29. Anak Yatim30. Safih31. Kanak-kanak32. Orang Gila33. /34. X35. /36. /37. Sum’ah38. Syirik 39. Riak40. Hasad Dengki

KERTAS 2

1 (a) (i) Maksud ajaran sesat menurut Islam. Ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa

oleh orang-orang Islam atau bukan Islam yang bertentangan dengan ajaran Islam yang berdasarkan al-Quran dan hadis.

(1 isi X 2m)

(ii) Dua dari ciri tersebut ialah Mempertikaikan kebenaran al-Quran dan hadis.

Contohnya : Ajaran Bahaiyyah yang menyanggah hadis Rasulullah SAW.

Kepercayaan rukun-rukun iman / asas akidah

(2 isi X 2 m)

document.doc

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 4

yang bertentangan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.Contohnya : memansukhkan kitab al-Quran.

Mentafsir dan menghuraikan al-Quran/Hadis sesuka hati.

(b) (i) Dua daripada punca kerosakan alam ialah :

Manusia tidak berpegang teguh dengan amanah Allah supaya menjaga alam dengan baik.

Manusia terlalu rakus mengejar kemajuan dengan mengorbankan keindahan dan kehijauan alam.

Ingkar ajaran yang dibawa oleh Rasul SAW.

(2 isi X 2 m)

(ii) Dua kesan pengabaian tanggungjawab pemeliharaan alam :

Berlaku kepupusan habitat tumbuhan dan haiwan sebagai contoh penebangan hutan yang tidak terkawal menyebabkan banyak haiwan terancam kehidupan mereka di hutan.

Suhu bumi tidak terkawal dan bertambah panas contohnya kecairan ais di kutub utara dan selatan jika tidak dikawal mampu merosakkan alam keseluruhannya.

Berlaku bencana alam seperti banjir kilat.

(2 isi X 2 m)

(c) (i) Maksud akal menurut Islam ialah daya upaya berfikir yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia untuk membezakannya dengan haiwan.

(1 isi X 2m)

(ii) Dua kesan sekiranya tidak bersyukur dengan anugerah akal :

Manusia akan menjadi lebih hina daripada haiwan contohnya tidak ada haiwan yang sanggup membuang anaknya sendiri sedangkan terdapat manusia yang sanggup melakukannya.

Manusia akan semakin menjauhkan diri daripada Allah seperti sentiasa menggunakan akal untuk melakukan maksiat.

Manusia tidak dapat membina tamadun kerana akalnya jumud.

(2 isi X 2 m)

2 (a) (i) Dua prinsip Rabbaniyyah ialah : Islam ialah satu pegangan yang jitu dan bersih

daripada kekurangan,kejahilan dan dorongan hawa nafsu.

Islam dan seluruh makhluk merupakan hak kepunyaan Allah.

Allah sebagai pemberi peraturan hidup.

(2 isi X 2 m)

(ii) Dua cara yang boleh dilakukan untuk memiliki sifat Rabbaniyyah dalam diri kita ialah :

Beriman dan yakin dengan segala hukum iman. Mengerjakan segala perintah Allah dan

(2 isi X 2 m)

document.doc

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 4

meninggalkan segala laranganNya. Berjihad dengan nyawa,harta benda dan fikiran

untuk meninggikan syariat Islam. Bekerja dan berusaha dengan bersungguh-

sungguh untuk mencari keredhaan Allah. Berakhlak dengan akhlak mulia dan terpuji.

(b) (i) Dua kelebihan sifat murunah ialah : Menunjukkan sifat toleransi dan berhikmahnya

Islam. Menarik minat orang bukan Islam untuk

memahami ajaran Islam. Menggalakkan umat Islam mentaati perintah

Allah SWT dengan sempurna. Memastikan kesinambungan Islam dan

ajarannya di dunia ini.

(2 isi X 2 m)

(ii) Perkaitan antara murunah dan thabat beserta contoh. Islam bersifat tetap (thabat) dalam dasar dan

prinsip tetapi bersifat luwes atau anjal(murunah) dalam perkara cabang dan pelaksanaannya.

Contohnya : Islam menggalakkan umat Islam menceburi apa jua bidang perniagaan tetapi mestilah yang halal mengikut syariat.

(1 isi X 2 m)

(1 isi X 2 m)

(c) (i) Dua bukti Islam bersifat ’alamiyyah dalam aspek perundangan :

Perundangan Islam dapat diterima dan diamalkan oleh seluruh manusia.

Islam mementingkan perdamaian dan keadilan sejagat.

Keadilan Islam menyeluruh dan tidak terhad kepada umat Islam sahaja.

Islam membela kebenaran dan menetang kebatilan.

Islam menjamin hak perlindungan nyawa dan kehormatan.

(2 isi X 2 m)

3 (a) (i) Pengertian khalifah ialah pengganti nabi dalam urusan menegakkan agama dan mentadbir urusan dunia.

(1 isi X 2m)

(ii) Dua syarat menjadi khalifah : Lelaki. Seorang muslim yang mukmin. Berilmu dan memahami masalah negara. Adil dan saksama. Berkemampuan dari segi mental,fizikal dan

kekuatan sahsiah untuk mentadbir negara.

(2 isi X 2 m)

(b) (i) Dua syarat kelayakan menjadi hakim :

document.doc

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 4

Beriman dan bertaqwa kepada Allah. Berilmu pengetahuan. Waras fikiran dan sentiasa tenang ketika

menjalankan tugas. Berani dan tegas untuk membicarakan kes dan

melaksanakan hukuman.

(2 isi X 2 m)

(ii) Dua keistimewaan institusi kehakiman dalam Islam : Dasar kehakiman dan perundangannya ialah

ciptaan Allah. Perundangan dan kehakiman Islam mendidik

jiwa manusia. Undang-undang dan hukuman Islam tidak

berubah. Perundangan dan kehakiman Islam memberi

kesan mendalam terhadap kesejahteraan hidup manusia.

(2 isi X 2 m)

(c) (i) Maksud sistem sosial Islam ialah:Pergaulan dan hubungan sesama manusia dalam menjalani kehidupan masing-masing berdasarkan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT.

(1 isi X 2m)

(ii) Dua cara memupuk nilai-nilai luhur dalam masyarakat :

Mengukuhkan semangat ukhuwwah Islamiyah tanpa mengira keturunan, warna kulit dan kedudukan di kalangan masyarakat.

Menanam sifat kasih sayang di kalangan masyarakat seperti saling bantu membantu.

Mengamalkan sifat hormat-menghormati di antara satu sama lain.

(2 isi X 2 m)

4 (a) (i) Pengertian bekerja kerana Allah SWT ialah mengusahakan atau melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan secara berterusan untuk mencari nafkah kerana Allah.

(1 isi X 2m)

(ii) Dua syarat sesuatu pekerjaan menjadi ibadah : Pekerjaan yang halal dan dibenarkan syarak. Pekerjaan yang tidak melalaikan seseorang dari

melakukan ibadat kepada Allah SWT. Pekerjaan yang tidak mengganggu

ketenteraman awam dan alam sekitar.

(2 isi X 2 m)

(iii) Dua implikasi kerja sambil lewa: Sesuatu pekerjaan tidak dapat disiapkan

document.doc

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 4

mengikut masa. Sesuatu pekerjaan menjadi tidak sempurna. Hasil produk tidak bekualiti. Kos pengeluaran barangan bertambah.

(2 isi X 2 m)

(b) (i) Al-Wadiah: mewakilkan sesuatu barangan atau harta yang berharga kepada pihak lain untuk disimpan dan diuruskan.

Al-Murabahah: akad jual beli bagi barangan tertentu.

(1 isi X 2 m)

(1 isi X 2 m)

(ii) Persamaan antara al-wadiah dan al-mudharabah ialah:satu bentuk simpanan/pelaburan wang.

(1 isi X 2 m)

(iii) Kesan kepelbagaian jenis muamalah: Individu mempunyai pelbagai pilihan dalam

bermuamalah. Keselamatan harta benda terjamin kerana

mengunakan pelbagai kaedah mauamalah secara Islam

Harta semakin bertambah.

(2 isi X 2m)

5 (a) (i) Maksud hukum harus:Perkara yang diberikan kebebasan kepada seseorang untuk dilakukan atau meninggalkannya tanpa dikenakan sebarang pembalasan.

(1 isi X 2m)

(ii) Dua perbezaan antara hukum haram dan makruh: (2 isi X 2 m)

Haram Makruh Larangan yang wajib

ditinggalkan.

Melakukan perkara haram mendapat balasan dosa.

Meninggalkan pekara haram mendapat balasan pahala.

Perkara yang sangat digalakkan untuk ditinggalkan.

Melakukan perkara makruhtidak mendapat sebarang balasan.

Meninggalkan perkara makruh mendapat balasan pahala.

(b) (i) Dua kepentingan perkahwinan kepada individu:

document.doc

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 4

Memberikan ketenangan jiwa. Membentuk sikap bertanggungjawab kepada

pasangan suami isteri. Melahirkan zuriat yang sah dan baik. Melaksanakan tuntutan agama melalui

perkahwinan. Menjamin keturunan peribadi yang tinggi.

(2 isi X 2 m)

(ii) Dua punca keruntuhan rumahtangga ialah: Tanggungjawab terhadap keluarga tidak

dilaksanakan dengan sempurna mengikut tugas masing-masing.

Malas berusaha untuk memenuhi keperluan keluarga sehingga berada dalam kemiskinan.

Gagal bertolak ansur dalam sesuatu perkara yang memerlukan persetujuan bersama.

Kurang pendidikan dan penghayatan Islam.

(2 isi X 2 m)

(c) (i) Maksud diat dari segi istilah syarak ialah:Harta yang wajib diberikan kepada waris orang yang dibunuh sebagai ganti hukum qisas yang tidak dapat dilaksanakan.

(1 isi X 2m)

(ii) Dua contoh keistimewaan undang-undang jenayah Islam dari aspek kemasyarakatan ialah:

Memberikan pengajaran dan keinsafan kepada masyarakat.

Mewujudkan masyarakat yang aman dan harmoni.

Mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab.

(2 isi X 2 m)

6 (a) (i) Dua sumber penyelesaian masalah dalam Islam ialah: Al-Quran Al-Hadis / As-Sunnah Al-Ijmak Al-Qias

(2 markah)

(ii) Dua kelebihan penyelesaian masalah secara Islam ialah:

Meneguhkan keimanan dan ketakwaan. Memperkukuhkan keperibadian muslim. Mewujudkan perpaduan dan persaudaraan

ummah. Mewujudkan semangat juang dan bermotivasi.

(2 isi X 2 m)

(b) (i) Faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu berada dalam kemiskinan ialah:

Malas bekerja/berusaha Mengharapkan bantuan orang lain. Boros dalam berbelanja. Tiada ilmu pengetahuan.

(2 isi X 2 m)

document.doc

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 4

(ii) Dua langkah penyelesaian meningkatkan ekonomi dalam keluarga anda ialah:

Bekerja dengan tekun. Mencari peluang dalam kegiatan ekonomi

seperti mudharabah dan jual beli. Membuat pelaburan dalam al-Wadiah.

(2 isi X 2 m)

(c) (i) Pengertian kesaksamaan sosial ialah:Hubungan sesama manusia untuk menjauhi perkara-perkara yang menyebabkan perpecahan, perbalahan, kekacauan dan sebagainya.

(2 isi X 2 m)

(ii) Dua faktor berlaku perpecahan dalam masyarakat ialah:

Golongan yang berkemampuan tidak prihatin kepada golongan yang tidak bernasib baik. Contohnya orang yang sempurna fizikal dan mempunyai kekuatan enggan menolong orang yang kurang upaya.

Meninggalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

Golongan yang berkedudukan tinggi bermegah –megah dengan kedudukan dan meninggi diri. Contohnya orang kaya yang enggan menginap di hotel yang dianggap murah.

Terpengaruh dengan cara hidup barat yang mementingkan individualistikdan materialistik.

(2 isi X 2 m)

7 (a) (i) Empat bentuk pengaruh asing yang bertentangan dengan Islam ialah:

Sekularisme Materialisme Sosialisme Komunisme

(4 isi X 1 m)

(ii) Cara menangani budaya asing ialah: Menapis berita yang diterima sama ada dalam

media massa atau elektronik seperti berita daripada saluran berita CNN dan sebagainya.

Memberi penerangan tentang keburukan budaya asing seperti melalui ceramah, penerbitan buku dan sebagainya.

Menerapkan nilai-nilai agama dalam kehidupan.

(2 isi X 2 m)

(b) (i) dua ciri kesempurnaan ibadat dalam Islam ialah: Melakukan ibadat kerana Allah SWT. Memenuhi tuntutan hukum syarak. Memenuhi peraturan dalam ibadat. Ihsan semasa melakukan ibadat.

(2 isi X 2 m)

(ii) Dua kesan ibadat tanpa syariat ialah: Merosakkan ibadat. Contohnya orang yang

document.doc

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 4

mengerjakan solat dengan tidak sempurna seperti tidak membaca fatihah, maka solat itu tidak sah dan tidak diterima Allah SWT.

Merosakkan iman. Contohnya perbuatan berdoa tetapi jika dilakukan di kubur yang dianggap keramat, perbuatan itu boleh merosakkan iman.

Tidak mendapat keredaan Allah SWT. Contohnya melakukan puasa Ramadan tetapi melakukan perkara yang dilarang seperti mengumpat, menipu, mencuri dan sebagainya, maka tidak mendapat pahala dan keredaan Allah SWT

(2 isi X 2 m)

(c) Konsep tawakal mampu merapatkan hubungan antara manusa dengan tuhan Maha Pencipta ialah dengan cara:

Manusia sentiasa bertawakal kepada tuhannya yang secara tidak langsung dapat mendekatkan dirinya dengan tuhannya.

Manusia yang bertawakal akan sentiasa reda dengan ketentuan Allah yang boleh menyebabkan dirinya sentiasa dekat dengan Allah.

(2 isi X 2 m)

SKEMA TAMAT

document.doc