37
LAPORAN AKTIVITI : PPPN3103 PENDIDIKAN AL-QURAN NAMA PENSYARAH : DR. TENGKU INTAN ZARINA BINTI TENGKU PUJI NAMA PROJEK : PROGRAM PINTAR BERSAMA ANAK- ANAK KRISTAL KREATIF DISEDIAKAN OLEH : NO MATRIK SUHAISHAH BINTI IBRAHIM A149116 WAN SHAIDATUL ADILA BINTI WAN ALI A147852 1

ifolio.ukm.my · Web viewKursus Pendidikan Al-Quran PPPN3103 Semester 1 telah memberi tugasan kepada pelajar tahun satu kursus ini untuk mengadakan program yang mempunyai unsure tarbiyah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewKursus Pendidikan Al-Quran PPPN3103 Semester 1 telah memberi tugasan kepada pelajar tahun satu kursus ini untuk mengadakan program yang mempunyai unsure tarbiyah

LAPORAN AKTIVITI : PPPN3103 PENDIDIKAN AL-QURAN

NAMA PENSYARAH : DR. TENGKU INTAN ZARINA BINTI

TENGKU PUJI

NAMA PROJEK : PROGRAM PINTAR BERSAMA ANAK-

ANAK KRISTAL KREATIF

DISEDIAKAN OLEH : NO MATRIK

SUHAISHAH BINTI IBRAHIM A149116

WAN SHAIDATUL ADILA BINTI WAN ALI A147852

NURUL NAZIRA BINTI ZULKIFLI A149346

NOR MARLYANA BINTI MOHD ROSLI A149388

FASEEHA NAEEMA BTE ABD RAHMAN A150473

NOR HAFIZAH BINTI SAHARI A148005

NURFARAHIN BINTI JAIS A150186

ROSHA ASYIKHA BINTI MOHAMAD SHAM A148799

SITI KHADIJAH BINTI SHAFIE A150900

1

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewKursus Pendidikan Al-Quran PPPN3103 Semester 1 telah memberi tugasan kepada pelajar tahun satu kursus ini untuk mengadakan program yang mempunyai unsure tarbiyah

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1PENGENALAN

3

2 PENDAHULUAN 4-10

3 OBJEKTIF PROGRAM11-12

4 MATLAMAT PROGRAM13

5SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN

SENARAI TUGAS14-16

6 TENTATIF PROGRAM 17

7 PERINCIAN PROGRAM18-2

8PENYERTAAN PROGRAM

21

9PERBELANJAAN KEWANGAN

22-23

10 KESIMPULAN DAN CADANGAN 24-25

1.0 PENGENALAN

2

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewKursus Pendidikan Al-Quran PPPN3103 Semester 1 telah memberi tugasan kepada pelajar tahun satu kursus ini untuk mengadakan program yang mempunyai unsure tarbiyah

Kursus Pendidikan Al-Quran PPPN3103 Semester 1 telah memberi tugasan

kepada pelajar tahun satu kursus ini untuk mengadakan program yang mempunyai unsure

tarbiyah dan keusahawanan sebagai melengkapkan sesi pembelajaran sebelum

menghadapi peperiksaan akhir semester satu. Tugasan ini perlu dilaksankan kerana 50%

markah peperiksaan adalah dari tugasan ini. Oleh itu kami selaku kumpulan 3 telah

memilih untu mengadakan program yang mempunyai kedua-kedua unsu tersebut bersama

pelajar sekolah tadika. Aktiviti ini dijalankan di Tadika Kristal Kreatif, Bandar Baru

Bangi, Selangor. Program ini merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

menerapakan unsure pendidikan dan keusahawanan dalam bentuk nilai ilmu. Program ini

juga sedikit sebanyak membantu murid mempelajari suatu pembelajaran dengan lebih

berkesan tentang bagaimana pendidikan bertindak sebagai keusahawanan contohnya

belajar bersama dan kemudiannya menyampaikannya kepada akan yang lain agar ilmu

yang diperoleh dapay dikongsi bersama dan nilai tambah kan wujud dalam perkongsian

tersebut.

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, program ini berjalan lancar dan

menyeronokkan. Mereka begitu teruja dapat menyertai dan mempelajari setiap

pembelajaran yang diadakan di setiap “booth” yang disediakan. Para guru juga tidak

melepaskan peluang untuk turut serta memeriahkan program ini.

2.0 PENDAHULUAN

3

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewKursus Pendidikan Al-Quran PPPN3103 Semester 1 telah memberi tugasan kepada pelajar tahun satu kursus ini untuk mengadakan program yang mempunyai unsure tarbiyah

2.1 Konsep Keusahawanan menurut Ahli Ekonomi

Richard Cantillon dalam Hisrich & Peter (1998), telah melihat usahawan

sebagai individu yang bersedia untuk memikul risiko dan amat berbeza daripada

mereka yang hanya menawarkan modal dengan mengharapkan pulangan tetap.

Usahawan juga dilihat sebagai berbeza daripada kapitalis yang menarkan modal

tetapi pada masa yang sama mengeksploit pihak yang menggunakan modal

mereka. Sebaliknya, Cantiilon melihat usahawan sebagai agen yang membeli alat-

alat pengeluaran bagi menghasilkan produk yang boleh dipasarkan.

Walaubagaimanapun, semasa membuat pembelian, uasahawan tidak pasti kan

harga yang bakal diterimanya di mana terdapatnya unsure-unsur yang risiko dan

juga spekulasi. Segala-galanya bergantung kepada kebolehan yang dimiliki oleh

usahawan. Manakala bagi J. B Say dalam Hisrich & Peter (1998) telah meluaskan

idea yang dinyatakan oleh Cantillon di mana J. B. Say telah mengasingkan konsep

keuntungan bagi usahawan daripada keuntungan modal. Alfred Marshall yang

merupakan seseorang ahli ekonomi yang berbangs Inggeris telah menghuraikan

secara jelas mengenai keusahawanan di dalam bukunya yang berjudul “The

Principle of Economies” pada tahun 1946 (Dollinger, 1995). Beliau menerangkan

mengenai ahli perniagaan berkembang melalui proses masa iaitu dari sebuah

syarikat peniagaan runcit hingga menjadi syarikat besar yang menjalankan

pelbagai aktiviti perniagaan. Di sini Marshall menerangkan tentang hayat

sesebuah peniagaan yang terlalu bergantung dengan syarikat induk aan hilang

apabila pemiliknya meninggal dunia. Ketiadaan pemilik akan menimbulkan soal

4

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewKursus Pendidikan Al-Quran PPPN3103 Semester 1 telah memberi tugasan kepada pelajar tahun satu kursus ini untuk mengadakan program yang mempunyai unsure tarbiyah

pembahagian harta di antra warisnya. Proses hayat sesebuah perniagaan dari awal

pembangunanya hingga ke peringkat luput dianggap sebagai satu proses evolusi

oleh Marshall.

2.2 Konsep Keushawanan Menurut Perspektif Psikologi

Model Psikodinami yang diutarakan oleh De Vries dalam Dolinger (1995)

menyatakan bahawa usahawan merupakan individu yang semasa kecilnya tidak

berpeluang untuk mendapat kemudahan-kemudahan tertentu menyebabkan dalam

keadaan yang tertekan ini mendoongnya untuk memberontak dengan mencari satu

alternative bagi mengubah kehidupan mereka. Bago golongan ini keusahawanan

merupakan biang yang penting mengubah kehidupan masa depan yang lebih

terjamin.

2.3 Konsep Keusahawanan dari Perspektif Islam

Islam merupakan satu cara hidup yang mengiktiraf keusahawanan sebagai salah

satu daripada cabang ibadat sehingga bersedia mengakui bahawa 90% daipada

sumber rezeki datangnya daripada hasil perniagaan. Sejarah keusahawanan Islam

telah bermula sejak awal kejadian manusia di mana dua orang anak bapa segala

manusia iaitu Nabi Adam telah mempelopori dua bidang utama keusahawanan

iaitu Habil mempelopori dua bidang pertanian dan Qabil mempelopori bidang

ternakan. Sejarah Islam juga telah membuktikan kebanykan Nabi yang diuuskan

oleh Allah s.w.t telah mencebur di dalam bidang keusahawanan sama ada bidang

5

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewKursus Pendidikan Al-Quran PPPN3103 Semester 1 telah memberi tugasan kepada pelajar tahun satu kursus ini untuk mengadakan program yang mempunyai unsure tarbiyah

pertanian, pertukangan, ternakan dan perniagaan ang bukan setakat dalam Negara

malahan hingga ke peringkat antarabangsa.

2.4 Ruang Lingkup Tarbiyah dalam Pendidikan Islam

Jika ditinjau melalui konsep pendidikan dalam Islam, maka konsep tarbiyah memberikan

ruang lingkup tersendiri dalam konteks pemeliharaan Allah swt terhadap manusia. Ruang

lingkungan tersebut berkaitan antara pemeliharaan fizikal dan pemeliharaan syari’at dan

pengajaran.

Pemeliharaan Fizikal (tarbiyah khalqiyyah)

Pemeliharaan Fizikal (tarbiyah khalqiyyah) bermakna menumbuhkan dan menyempurnakan

bentuk tubuh serta memberikan daya jiwa dan akal

Pemeliharaan syari’at dan pengajaran (tarbiyah syar’iyyah ta’limiyyah)

Pemeliharaan syari’at dan pengajaran (tarbiyah syar’iyyah ta’limiyyah) iaitu menurunkan

wahyu kepada salah seorang di antara mereka untuk menyempurnakan fitrah manusia dengan

ilmu dan amal, dan ini merupakan hal yang selalu kita kenal dengan Rasul dan Nabi.

2.5 Konsep dan Pengertian Tarbiyah dalam Pendidikan Islam

 Jika Allah swt mendidik MakhlukNya dengan kasih sayang, maka seharusnya seorang

pendidik juga mendidik peserta didiknya dengan kasih sayang, memberikan pengetahuan

dengan bimbingan yang baik, mengajarkan moral dan akhlak sesuai tuntunan Islam dan

tauladan yang baik, sehingga dengan demikian Peserta didik akan terbentuk menjadi peserta

6

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewKursus Pendidikan Al-Quran PPPN3103 Semester 1 telah memberi tugasan kepada pelajar tahun satu kursus ini untuk mengadakan program yang mempunyai unsure tarbiyah

didik yang berakhlakul karimah, berpotensi dalam pengetahuan dan menjadi intelektual

muslim yang beriman dan bertaqwa hanya kepada Allah swt.

2.6 Kepentingan Program Pendidikan dan Keusahawanan

Pemupukan cintakan ilmu berteraskan pendidikan dan keusahawanan perlu

diterapkan seawal mungkin kepada kanak-kanak. Hal ini kerana untuk memastikan

kanak-kanak menjadi lebih berwawasan dewasa kelak. Selain itu, ilmu berteraskan

pendidikan dan keusahawanan adalah penting bukan sahaja untuk kanak-kanak malah

kepada golongan lain.

Menyedari kepentingan pendidikan dan keusahawanan untuk membekalkan pelajar

dengan peluang dan potensi untuk memilih kerjaya sebagai usahawan, Kementerian

Pelajaran Malaysia telah menunjukkan komitmen yang baik terhadap pelaksanaannya.

Sebagai contoh, komponen keusahawanan telah diperkenalkan dalam subjek Kemahiran

Hidup di sekolah menengah rendah.

Seterusnya, ilmu berteraskan pendidikan dan keusahawanan mestilah memberi

keutamaan kepada usaha-usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan dalam

kalangan rakyat,baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran mahupun dalam aktiviti

sokongan kurikulum. Semagat perpaduan adalah penting dalam menghidupkan semangat

kerjasama dan toleransi antara satu sama lain. Hal ini menepati ciri masyarakat Malaysia

yang berbilang kaum. Dalam Al-Quran juga Allah telah mengingatkan umat islam dengan

firmanNya dalam Surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud :

7

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewKursus Pendidikan Al-Quran PPPN3103 Semester 1 telah memberi tugasan kepada pelajar tahun satu kursus ini untuk mengadakan program yang mempunyai unsure tarbiyah

“Dan hendaklah ada dari kalangan kaumu satu puak yang menyeru kepada kebajikan

(mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara baik, serta melarang yang

salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian adalah orang-orang yang

berjaya”

Sementelahan itu, pendidikan dan keusahawanan merupakan gabungan yang

berkesan dalam membina negara yang maju dan berwawasan. Hal ini kerana

keusahawanan adalah pelengkap kepada sesuatu pendidikan. Ianya merupakan satu proses

mentranformasikan penemuan dan inovasi kepada aktiviti ekonomi yang menjana nilai

dan keuntungan. Justeru, adalah penting untuk penerapan ilmu berteraskan pendidikan

dan keusahawanan kepada kanak-kanak mahupun dewasa. Secara tidak langsung aktitviti

ini memberi impak positif kepada kanak-kanak mahupun dewasa. Semoga segala usaha

yang dilakukan akan mampu merealisasikan hasrat dan cita-cita untuk melahirkan modal

insan yang unggul demi menuju Negara maju di masa hadapan.

2.6 Aktiviti “Program Pintar Bersama Anak-Anak Kristal Kreatif”

Program Pintar dijalankan pada November 2014. Pihak penganjur memulakan perjalanan

seawal jam 9.00 pagi ke tadika Kristal Kreatif. Perjalanan dimulakan awal supaya dapat

memudahkan pihak penganjur untuk menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan

ketika program dijalankan.Pada jam 10.30 pagi, program Pintar dimulakan dengan

pendaftaran anak-anak Kristal Kreatif di meja pendaftaran. Setelah itu, pihak penganjur

mengadakan mengadakan pengenalan program pada jam 10.40 pagi. Pengenalan program

diadakan bagi memberikan penerangan yang lebih terperinci tentang perjalanan program

8

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewKursus Pendidikan Al-Quran PPPN3103 Semester 1 telah memberi tugasan kepada pelajar tahun satu kursus ini untuk mengadakan program yang mempunyai unsure tarbiyah

kepada anak-anak Kristal Kreatif. Terdapat 4 program yang diadakan sepanjang Program

Pintar dijalankan seperti Booth Mewarna, Booth Alif Ba Ta, Booth Spelling Bee dan Booth

Teka-teki. Program-program menarik ini dijalankan selama 2 jam bermula dari 11.00 pagi

12.00 tengahari. Booth Mewarna menyediakan acara dan pertandingan mewarna kepada

anak-anak Kristal Kreatif. Pihak penganjur menyediakan pelbagai gambar menarik kepada

anak-anak yang terlibat untuk diwarnakan sekreatif mungkin dan peserta yang tampil

dengan hasil yang paling menarik akan memenangi hadiah. Seterusnya, Booth Alif Ba Ta

menampilkan huruf-huruf Jawi untuk dipelajari oleh anak-anak Kristal Kreatif dengan

pelbagai kaedah menarik seperti melalui lagu, tarian dan sebagainya. Kaedah

pembelajaran menarik yang diterapkan diharapkan dapat membantu anank-anak Kristal

Kreatif untuk belajar dengan lebih berkesan. Manakala Booth Spelling Bee pula

mengadakan pertandingan ejaan kepada anak-anak Kristal Kreatif yang terlibat

di mana pihak penganjur akan menyebut sesuatu perkataan dan mana-mana peserta yang

tampil ke hadapan serta berjaya mengeja perkataan tersebut engan betul akan menerima

pada akhir program. Selain itu, Booth Teka-teki juga turut diadakan sebagai salah satu

daripada program yang dijalankan. Pihak penganjur akan memberikan satu teka-teki

mudah yang sesuai untuk kanak-kanak dalam lingkungan 5 tahun untuk dijawab oleh

anak-anak Kristal Kreatif yang terlibat. Booth Teka-teki berjaya mendapat sambutan yang

baik daripada para pelajar Kristal Kreatif yang teruja untuk menjawab pelbagai teka-teki

9

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewKursus Pendidikan Al-Quran PPPN3103 Semester 1 telah memberi tugasan kepada pelajar tahun satu kursus ini untuk mengadakan program yang mempunyai unsure tarbiyah

yang dikemukakan. Pada jam 12.00 tengahari pula, pihak penganjur mengadakan sesi

fotografi bersama anak-anak Kristal Kreatif. Akhir sekali, berlangsunglah majlis

penutupan dan penyerahan cenderamata kepada pihak Tadika Kristal Kreatif sebagai tanda

penghargaan daripada pihak penganjur serta penyampaian hadiah kepada pemenang-

pemenang dari kalangan anak-anak Kristal Kreatif bagi setiap program yang dijalankan.

10

Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewKursus Pendidikan Al-Quran PPPN3103 Semester 1 telah memberi tugasan kepada pelajar tahun satu kursus ini untuk mengadakan program yang mempunyai unsure tarbiyah

3.0 OBJEKTIF AKTIVITI

Mendefinisikan konsep pendidikan dan keusahawanan dengan lebih jelas

Program Kristal Kreatif akan dapat memperjelaskan lagi tentang konsep sebenar

pendidikan dan keusahawanan dengan lebih mendalam setelah pihak penganjur

merasai sendiri pengalaman menjayakan program yang berkaitan.

Membentuk semangat kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya antara pihak yang

terlibat sepanjang aktiviti dijalankan.

Program seperti ini dapat memupuk semangat berpasukan serta menggalakkan lagi

sikap toleransi antara pihak yang terlibat agar setiap program yang dilaksanakan dapat

berjalan seperti yang dirancang. Selain itu, Program Pintar dapat mendidik pihak yang

terlibat untuk memberi komitmen yang sepenuhnya sepanjang program dijalankan.

Menambahkan pengetahuan kepada pihak penganjur yang terlibat tentang kaedah

mengendalikan program pendidikan dan keusahawanan.

Pihak penganjur akan dapat mempelajari tentang cara-cara untuk mengendalikan

sesuatu program pendidikan dengan lebih mendalam dan terperinci dari segala sudut

sepetri dari aspek kewangan, masa dan sebagainya. Hal ini demikian kerana segala

butiran perlu diambil berat bagi memastikan program berjalan lancar.

11

Page 12: ifolio.ukm.my · Web viewKursus Pendidikan Al-Quran PPPN3103 Semester 1 telah memberi tugasan kepada pelajar tahun satu kursus ini untuk mengadakan program yang mempunyai unsure tarbiyah

Meningkatkan daya produktiviti dalam kalangan mahasiswa UKM.

Daya produktiviti akan dapat dipertingkatkan kerana mahasiswa akan cuba untuk

mengusulkan pelbagai idea baharu untuk dilaksanakan serta pelbagai cadangan

penambahbaikan untuk menjadikan program lebih menarik ketika sesi perbincangan

diadakan.

Meningkatkan tahap kesedaran mengenai kepentingan pendidikan dan keusahawanan

dalam kalangan penganjur dan pihak yang terlibat.

Semua pihak yang terlibat akan didedahkan dengan kepentingan dan kebaikan yang

dapat diperoleh dari perlaksanaan program seperti ini serta sedar akan peranan

pendidikan dan keusahawanan kpd masyarakat dalam membangunkan bangsa dan

Negara.

12

Page 13: ifolio.ukm.my · Web viewKursus Pendidikan Al-Quran PPPN3103 Semester 1 telah memberi tugasan kepada pelajar tahun satu kursus ini untuk mengadakan program yang mempunyai unsure tarbiyah

4.0 MATLAMAT PROGRAM

Mengadakan jalinan ukhwah yang bersifat toleran dan kekal antara penuntut UKM

dan mereka yang terlibat

Member sumbangan dan perkongsian ilmu kepada pihak tadika Kriatal Kreatif atas

kerjasama yang telah diberikan kepada pihak penganjur

Menggalakkan penglibatan mahasiswa dalam program pendidikan dan keusahawanan

13

Page 14: ifolio.ukm.my · Web viewKursus Pendidikan Al-Quran PPPN3103 Semester 1 telah memberi tugasan kepada pelajar tahun satu kursus ini untuk mengadakan program yang mempunyai unsure tarbiyah

5.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

BIL NAMA NO

MATRIK

JAWATAN TUGAS

1 Suhaishah Binti Ibrahim A149116 Pengerusi Memastikan

program yang

dirancang

berjalan lancar

2 Faseeha Naeema Binti Abd

Rahman

A150473 Naib

Pengerusi

-Membantu

pengerusi

dalam

memastikan

aturcara

program

berjalan lancar

3 Wan Shaidatul Adila Binti

Wan Ali

A147852 Setiausaha -Membentuk

jawatankuasa

-Menyediakan

surat-menyurat

berkaitan

dengan

program

-Membuat

laporan

14

Page 15: ifolio.ukm.my · Web viewKursus Pendidikan Al-Quran PPPN3103 Semester 1 telah memberi tugasan kepada pelajar tahun satu kursus ini untuk mengadakan program yang mempunyai unsure tarbiyah

program

4 Nurul Nazira Binti Zulkifli A149346 Bendahari -Membuat

anggaran

perbelanjaan

untuk program

-

5 Nor Marlyana Binti Rosli A149388 AJK

Cenderamata

-Menyediakan

cenderamata

untuk para guru

–Menyediakan

hadiah

penyertaan

untuk murid

6 Norhafizah Binti Sahari AJK Publisiti -Menyediakan

persembahan

multimedia

.7 Rosha Ashika Binti Mohd A148799 AJK

Perhubungan

-Memastikan

kerjasama

antara ahli dan

pihak tadika

berjalan lancar

8 Siti Khatijah Binti Shafie A150900 AJK

Dokumentasi

-Mengambil

gambar dan

video untuk

15

Page 16: ifolio.ukm.my · Web viewKursus Pendidikan Al-Quran PPPN3103 Semester 1 telah memberi tugasan kepada pelajar tahun satu kursus ini untuk mengadakan program yang mempunyai unsure tarbiyah

dijadikan

laporan

dokumentasi

projek

9 Nurfarahin Binti Jais A150186 AJK

Pengangkutan

-Memastikan

kenderaan

selamat untuk

dibawa

-

Menganggarka

n kos

perbelanjaan

pengangkutan

16

Page 17: ifolio.ukm.my · Web viewKursus Pendidikan Al-Quran PPPN3103 Semester 1 telah memberi tugasan kepada pelajar tahun satu kursus ini untuk mengadakan program yang mempunyai unsure tarbiyah

6.0 TENTATIF PROGRAM

ATURCARA PERLAKSANAAN AKTIVITI

BIL AKTIVITI PROGRAM MASA

4.1.1 Pendaftaran anak-anak Kristal Kreatif

2.

10.30 pagi

4.1.2 Pengenalan Program 10.40 pagi

4.1.3 Program berlangsung

a) Booth Mewarna

b) Booth Alif Ba Ta

c) Booth Spelling Bee

d) Booth Teka-Teki

11.00 pagi

4.1.4 Sesi fotografi bersama anak-anak Kristal Kreatif 12.00 pagi

4.1.5 Penutup / penyerahan cenderamata dan hadiah 12.15 pagi

17

Page 18: ifolio.ukm.my · Web viewKursus Pendidikan Al-Quran PPPN3103 Semester 1 telah memberi tugasan kepada pelajar tahun satu kursus ini untuk mengadakan program yang mempunyai unsure tarbiyah

6.1 PERINCIAN PROGRAM

Pendaftaran anak-anak Kristal Kreatif 10.30 pagi

-Program Pintar Bersama Kristal Kreatif dimulakan pada pukul 10.30 pagi dengan

pendaftaran anak-anak Kristal Kreatif yang telibat di mana anak-anak tersebut

dikehendaki menulis nama dan umur mereka pada borang pendaftaran.

Pengenalan Program 10.40 pagi

-Pengenalan Program dimulakan pada jam 10.40 pagi. Pihak penganjur memperkenalkan

diri dan memberikan taklimat tentang perjalanan program yang bakal dihadapi oleh

pihak yang terlibat serta pelbagai acara menarik yang akan diadakan ketika program

dijalankan.

a) Booth mewarna

-pelbagai program menarik diadakan antaranya booth mewarna.Anak-anak diberikan

pelbagai jenis gambar untuk diwarnakan dan peserta yang tampil dengan gambar yang

diwarnakan paling menarik akan menerima hadiah. Program mewarna dapat memupuk anak-

anak yang terlibat menjadi lebih kreatif.

18

Page 19: ifolio.ukm.my · Web viewKursus Pendidikan Al-Quran PPPN3103 Semester 1 telah memberi tugasan kepada pelajar tahun satu kursus ini untuk mengadakan program yang mempunyai unsure tarbiyah

b) Booth Alif BA Ta

-Booth Alif Ba Ta menampilkan pembelajaran tentang huruf-huruf Arab di mana kaedah

yang digunakan adalah melalui nyanyian, tarian dan pelbagai lagi kaedah kreatif yang

menyeronokkan supaya anak-anak Kristal Kreatif yang terlibat menjadi lebih aktif dan tidak

bosan sepanjang program berlangsung.

c) Booth Spelling Bee

-Program Spelling Bee diadakan untuk menguji kemampuan anak-anak Kristal Kreatif dalam

mengeja serta berbahasa inggeris dan dapat mendedahkan kepada mereka tentang

pengetahuan yang lebih mendalam dalam bahasa. Pihak Penganjur akan menyebutkan

sesuatu perkataan secara rawak dan anak-anak Kristal Kreatif yang ingin menjawab

dikehendaki tampil kehadapan untuk memberikan jawapan.

d)Booth Teka-Teki 11.00 pagi

-Pihak penganjur yang terlibat akan mengemukakan soalan teka-teki untuk dijawab oleh

anak-anak Kristal Kreatif .Program ini dapat membantu anak-anak yang terlibat untuk

berfikir secara kreatif serta mengajak untuk berfikir di luar kotak.

19

Page 20: ifolio.ukm.my · Web viewKursus Pendidikan Al-Quran PPPN3103 Semester 1 telah memberi tugasan kepada pelajar tahun satu kursus ini untuk mengadakan program yang mempunyai unsure tarbiyah

Sesi fotografi bersama anak-anak Kristal Kreatif 12.00 pagi

-Pihak penganjur turut mengadakan sesi fotografi bersama anak-anak Kristal Kreatif yang

terlibat sebagai kenangan serta sebagai bukti bahawa Program Pintar ini telah dapat

dijalankan dengan jayanya.

Penutup

-Penyerahan cenderamata dan hadiah 12.15 pagi. Akhir sekali ialah majlis penutup dan

penyerahan cenderamata kepada pihak Kristal Kreatif sebagai sumbangan serta penyampaian

hadiah kepada pemenang bagi setiap program dan acara yang diadakan.

20

Page 21: ifolio.ukm.my · Web viewKursus Pendidikan Al-Quran PPPN3103 Semester 1 telah memberi tugasan kepada pelajar tahun satu kursus ini untuk mengadakan program yang mempunyai unsure tarbiyah

7.0 PENYERTAAN

Program Pintar bersama Anak-Anak Kristal Kreatif ini melibatkan pelajar dari

Tadika Kristal Kreatif sendiri yang terdiri daripa 60 orang pelajar secara kesluuhannya

yang berumur sekitar empat hinga enam tahun. Penyertaan ini juga tidak terhad kepada

murid-murid sahaja malahan kesemua tenaga pengajar iaitu seramai tujuh bersama

pengetua Tadika Kristal Kreatif juga turut serta memeriahkan aktiviti yang terdapat di

dalam Program Pintar ini.

21

Page 22: ifolio.ukm.my · Web viewKursus Pendidikan Al-Quran PPPN3103 Semester 1 telah memberi tugasan kepada pelajar tahun satu kursus ini untuk mengadakan program yang mempunyai unsure tarbiyah

8.0 PERBELANJAAN KEWANGAN

LAMPIRAN 1 : CENDERAMATA

BIL PERKARA HARGA (RM)

1. Plastik Hamper 1.00

2. Perkakasan Bungkus Hamper 0.80

3. Hadiah Hamper 12.00

4. Barangan Cenderamata Guru 5.00

Jumlah 18.80

LAMPIRAN 2 : TUGAS-TUGAS KHAS

BIL PERKARA HARGA (RM)

1. Print colour dan buku program 5.00

2. Fotostat 2.00

3. Kertas / Kad manila 3.50

4. Pensil Warna 4.00

Jumlah 14.50

22

Page 23: ifolio.ukm.my · Web viewKursus Pendidikan Al-Quran PPPN3103 Semester 1 telah memberi tugasan kepada pelajar tahun satu kursus ini untuk mengadakan program yang mempunyai unsure tarbiyah

LAMPIRAN 3 : PENGANGKUTAN

BIL PERKARA JUMLAH KESELURUHAN

1. Tambang Teksi 25.00

23

Page 24: ifolio.ukm.my · Web viewKursus Pendidikan Al-Quran PPPN3103 Semester 1 telah memberi tugasan kepada pelajar tahun satu kursus ini untuk mengadakan program yang mempunyai unsure tarbiyah

9.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Secara keseluruhannya Program Pintar Bersama Anak-Anak Kristal Kreatif ini

dapat dijalankan dengan jayanya. Program ini mampu berjalan dengan lancar hasil dari

dukungan pensyarah kami, tenaga pengajar dan pengetua dari Tadika Kristal Kreatif yang

professional dan kesempatan yang diberikan kepada mahasiswa UKM untuk mempelajari,

mempraktikan sekaligus mengembangkan lagi ilmu pendidikan yang mengandungi unsure

keusahawanan ini.

Pembudayaan tarbiyah dan keusahawanan di kalangan mahasiswa UKM masih di peringkat

awal perlaksanaan. Walaubagaimanapun banyak aktiviti tarbiyah dan keusahawanan yang

dirancang dapat dijalankan dengan lancar. Sambutan dan komitmen yang diberikan amat

memberansangkan walaupun majority mahasiswa UKM yang terlibat dalam menjayakan

program ini adalah terdiri daripada latar belakang jurusan bidang yang berbeza. Apabila

diminta untuk memberikan ulasan terhadap pogram-program berbentuk tarbiyah dan

keusahawanan ini, kebanyakan guru-guru dan pengetua Tadika Kristal Kreatif membeikan

komen yang posiif dan menyatakan bahawa program-program ini membantu mereka untuk

memahami konsep tarbiyah dalam keusahawanan dengan lebih mendalam. Antara cadangan

penambahbaikan program tarbiyah dan keusahawanan ini, pengetua Tadika Kristal Kreatif

tersebut turut menyatakan bahawa mahasiswa perlu lebih banyak pendedahan praktika dalam

bidang tarbiyah dan keusahawanan ini seperti penganjuran program, seminar dan lain-lain

aktiviti yang dirasakan perlu dan sesuai dengan konsep tarbiyah keusahawanan seharusnya

diperbanyakkan dan dipertingkatkan di masa hadapan.

24

Page 25: ifolio.ukm.my · Web viewKursus Pendidikan Al-Quran PPPN3103 Semester 1 telah memberi tugasan kepada pelajar tahun satu kursus ini untuk mengadakan program yang mempunyai unsure tarbiyah

Dengan perlaksanaan Program Pintar Bersama Anak-Anak Kristal Kreatif, kami

berharap agar dapat menjadi masukan bagi pihak pelajar university yang lain khususnya

mahasiswa UKM sendiri untuk memperbaiki dan menyempurnakan kembali pelbagai hal

yang menghambat proses pendidikan yang berteraskan keusahawanan ini agar perlaksanaan

pendidikan di Negara ini mampu berjalan dengan lebih baik dan tentunya dapat mencapai

tujuan pendidikan nasional Negara ini iaitu melahirkan pelajar yang mampu

menginspirasikan kehidupan bangsa.

25