Upload
dinhdung
View
270
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
ISI KANDUNGAN
Bil PerkaraMuka Surat
6. Tugasan 3 : Membina Instrumen Pentaksiran
3.1 Instrumen Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Instrumen 1
Instrumen 2
Instrumen 3
3.2 Instrumen Kemahiran Membaca
Instrumen 4
Instrumen 5
Instrumen 6
3.3 Instrumen Kemahiran Menulis
Instrumen 7
Instrumen 8
Instrumen 9
2
10
18
1
TUGASAN 3 : MEMBINA INSTRUMEN PENTAKSIRAN
3.1 Instrumen Kemahiran Mendengar dan Bertutur
3.1.1 - INSTRUMEN 1
(Tahap Penguasaan 4)
Tema : 5 - Kenali warisan Bangsa
Tajuk : Bercuti di Pulau Sebatik
Standard Kandungan : Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang
sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara
bertatasusila.
Standard Pembelajaran : 1.7.2 Berbincang dan mengemukakan pendapat
tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber
dengan menggunakan ayat yang gramatis secara
bertatasusila
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
KELOMPOK Dua
TAHAP
PENGUASAAN
4 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa
dan kecekapan berbahasa yang baik, dapat mengaplikasikan
pengetahuan bahasa dengan berkesan, berupaya
mengungkapkan idea, menguasai kemahiran berfikir yang
kritis, dan mengamalkan pembelajaran kendiri secara
minimum dalam kemahiran bahasa)
PENYATAAN
Berkomunikasi secara bertatasusila dengan menggunakan
kata dan ayat yang gramatis bagi menyatakan permintaan;
memperoleh dan menyampaikan maklumat yang tepat; dan
mengemukakan pendapat pada tahap kukuh.
AKTIVITI
PENTAKSIRAN
1. Guru membaca petikan surat tidak rasmi.
2. Murid mendengar petikan yang dibaca oleh guru dengan
teliti.
3. Murid berbincang dan mengemukakan pendapat
berdasarkan soalan-soalan yang diberikan, berkaitan
dengan petikan yang telah dibacakan secara lisan.
2
BAHAN BANTU Petikan surat kiriman tidak rasmi.
Bercuti di Pulau Sebatik
Dengar petikan yang dibacakan dengan teliti, kemudian bincang dan kemukakan
pendapat berdasarkan soalan-soalan yang berikutnya.
Erika Sofia binti Samsul,
No. 38, Lorong Mutiara 3,
Taman Mahsuri Indah,
14300 Nibong Tebal,
Pulau Pinang.
4 Mac 2015.
Menemui sahabatku, Nurul Amani yang berada di Johor Bahru, semoga
saudari sekeluarga dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
Saudari,
Semasa cuti sekolah yang lalu, saya telah bercuti ke Sabah, Negeri di Bawah
Bayu bersama – sama keluarga. Kami menginap di sebuah hotel di Pulau Sebatik.
Kami menginap di situ selama tiga hari dua malam.
Pulau Sebatik ini sangat indah, terutama pada waktu malam. Airnya sangat
jernih sehingga jelas kelihatan dasarnya yang penuh dengan hidupan dan karangan
laut yang cantik. Pelancong tidak dibenarkan sewenang-wenangnya menangkap ikan
dan mengutip batu karang kerana kawasan laut itu telah diwartakan sebagai Taman
Negara.
3
Pelbagai aktiviti telah kami lakukan di sana. Antaranya ialah bermain bola
pantai, menyelam untuk melihat hidupan di dalam air, dan menyertai pertandingan
membina istana pasir. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar-
gambar yang menarik sewaktu di sana.
Saudari,
Saya amat gembira semasa berada di sana. Pengalaman bercuti ini tidak
dapat saya lupakan. Saya berazam akan kembali lagi ke sana kerana saya amat
suka akan suasana di pulau itu.
Setakat ini sahaja cerita saya. Semoga kita berutusan lagi di lain lembaran.
Akhir kata, sambutlah salam manis daripada saya untuk saudari sekeluarga di sana.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Erika Sofia
Soalan :
1. Siapakah nama sahabat penulis ?
2. Bilakah penulis melancong ke Sabah ?
3. Di manakah pelancong menginap semasa melancong ke Sabah ?
4. Mengapakah pelancong tidak dibenarkan menangkap ikan dan mengutip batu
karang di Pulau Sebatik ?
5. Apakah aktiviti penulis bersama keluarga di Pulau Sebatik ?
6. Apakah harapan penulis setelah bercuti di Sabah ?
7. Pada pendapat kamu, mengapakah Pulau Sebatik menjadi pilihan penulis
untuk pergi melancong.
4
3.1.2 - INSTRUMEN 2
(Tahap Penguasaan 5)
Tema : 6 – Pertanian dan Penternakan
Tajuk : Raja Segala Buah
Standard Kandungan : Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang
sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan
tepat secara bertatasusila.
Standard Pembelajaran : 1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang
tersirat dengan tepat tentang sesuatu perkara dengan
bertatasusila.
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
KELOMPOK Dua
TAHAP
PENGUASAAN
5 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa
dan kecekapan berbahasa yang tinggi, berupaya
mengungkapkan idea dengan jelas dan terperinci,
berkomunikasi secara efektif, mengaplikasikan pengetahuan
bahasa yang lebih kompleks, menguasai kemahiran berfikir
yang kritis dan kreatif, serta mengamalkan pembelajaran
secara kendiri dalam kemahiran bahasa)
PENYATAAN
Berkomunikasi secara bertatasusila dengan menggunakan
kata dan ayat yang gramatis bagi menyatakan permintaan;
memperoleh dan menyampaikan maklumat yang tepat; dan
mengemukakan pendapat pada tahap terperinci.
AKTIVITI
PENTAKSIRAN
1. Guru membaca petikan Raja Segala Buah.
2. Murid mendengar petikan yang dibaca oleh guru dengan
teliti.
3. Murid menyatakan isi penting yang terdapat dalam
petikan secara lisan.
BAHAN BANTU Petikan Raja Segala Buah
5
Raja Segala Buah
Sebutkan isi-isi penting daripada petikan yang dibacakan oleh guru.
Di Malaysia, kita boleh menemui peniaga yang menjual buah durian di mana-
mana sahaja seperti di pasar tani, di tepi jalan, dan di pasar malam. Buah durian
digemari oelh semua kaun seperti Melayu, Cina, dan India. Oleh sebab itulah, buah
ini sering dianggap sebagai “Raja Segala Buah” kerana duri tajam pada kulit yang
melindungi isinya.
Pokok durian ditanam secara meluas di Negara kita. Kulit buah durian
bewarna sama ada hijau atau perang. Bentuknya pula ada yang bujur dan ada yang
bulat. Ciri-ciri yang unik bagi buah durian ialah diselaputi oleh duri-duri yang tajam
dan mempunyai bau yang kuat. Isi buah durian pula bewarna kekuningan.
Penggemar durian mengatakan keistimewaan buah ini adalah kerana rasa
isinya yang sangat enak. Mereka sangat suka pada isi durian yang tebal, lembut dan
berasa lemak manis. Namun, terdapat juga sesetengah orang tidak suka makan
buah durian kerana tidak tahan akan baunya. Begitu juga dengan pelancong luar
terutama dari Barat yang tidak tahan akan bau durian. Mereka memakan buah durian
dengan menutup hidung. Baunya yang kuat juga menyebabkan ada syarikat
penerbangan melarang penumpang membawa buah durian di dalam pesawat
mereka.
Buah durian boleh dimakan dengan beberapa cara. Ada yang dimakan terus setelah
buahnya dikopek. Ada juga yang mencampurkannya dengan santan dan dimakan
dengan nasi. Selain, itu isinya juga boleh dimasak dengan santan dan gula Melaka
seterusnya dimakan bersama roti atau pulut.
6
3.1.3 - INSTRUMEN 3
(Tahap Penguasaan 6)
Tema : 8 – Ekonomi Berwawasan
Tajuk : Sumber Pendapatan
Standard Kandungan : Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula
dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul.
Standard Pembelajaran : 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat,
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dengan
menggunakan ayat yang mengandungi wacana.
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
KELOMPOK Tiga
TAHAP
PENGUASAAN
6 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa
dan kecekapan berbahasa yang cemerlang dan konsisten,
berupaya mengungkapkan idea dengan jelas, terperinci dan
tersusun, menguasai kemahiran berfikir yang kritis, kreatif dan
inovatif, berkomunikasi secara efektif dan penuh keyakinan,
mengamalkan pembelajaran secara kendiri serta menjadi
model teladan kepada murid yang lain dalam kemahiran
bahasa)
PENYATAAN
Menyampaikan cerita dengan tepat menggunakan ayat yang
mengandungi wacana dengan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul pada tahap sangat terperinci, konsisten
dan menjadi model teladan.
AKTIVITI
PENTAKSIRAN
1. Guru mengedarkan lembaran bermaklumat kepada
murid.
2. Guru membaca sambil murid meneliti maklumat yang
terdapat dalam lembaran tersebut.
3. Murid berbincang dan menceritakan maklumat yang
terdapat dalam lembaran tersebut dengan menggunakan
ayat yang gramatis dan mengandungi wacana.
7
BAHAN BANTU Lembaran Bermaklumat
Sumber Pendapatan
Dengar dan teliti maklumat dibawah. Kemudian, ceritakan maklumat tersebut
menggunakan ayat yang gramatis.
8
3.2 Instrumen Kemahiran Membaca
3.2.1 - INSTRUMEN 4
(Tahap Penguasaan 3)
Tema : 5 - Kenali warisan Bangsa
Tajuk : Dondang Sayang
Standard Kandungan : Membaca kuat pelbagai bahan bacaan denegan
lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Standard Pembelajaran : 2.3.1 Membaca pelbagai bahan yang mengandungi
pelbagai jenis ayat secara makanis dengan lancar,
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
KEMAHIRAN MEMBACA
KELOMPOK Satu
TAHAP
PENGUASAAN
3 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa
dan kecekapan berbahasa yang sederhana dan berupaya
mengungkapkan idea serta menguasai kemahiran berfikir
yang asas tanpa bimbingan dalam kemahiran bahasa)
PENYATAAN
Membaca dan memahami ayat yang mengandungi perkataan
berimbuhan apitan dan pelbagai jenis ayat secara mekanis
dengan betul pada tahap sesuai.
AKTIVITI
PENTAKSIRAN
1. Murid membaca petikan dialog dengan sebutan dan
intonasi yang sesuai.
2. Murid membaca ayat dengan intonasi yang betul dan
menyatakan jenis ayat tersebut.
BAHAN BANTU Petikan dialog.
9
Dondang Sayang
Baca petikan dialog dibawah dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Wazif : Atuk, betulkan Dondang Sayang itu berasal dari Melaka ?
Atuk : Pada dasarnya begitulah. Tapi, irama ini asalnya daripada lagu
tradisional orang Portugis yang menawan Melaka abad kelima belas
dahulu.
Aqil : Kalau begitu, macam lagu Rasa Sayang dan Jingkling Nona, ya
Atuk ?
Atuk : Betul tu. Tapi, kamu tahukah apa makna Dondang Sayang tu,
Wazif? Ha, Dondang tu bermaksud dendang, menghiburkan hati.
Sayang pula bermaksud kasih. Jadi, Dondang Sayang tu bermaksud
lagu kasih.
Aqil : Sebab itulah penyanyinya sepasang, ‘kan Atuk. Mereka berbalas
pantun untuk menyuarakan isi hati masing-masing. Alat muzik
terlazim seperti biola , rebana dan gong kecil dimainkan untuk
mengiringi nyanyian. Kadang-kadang ditambah pula dengan akordion
atau gitar.
Wazif : Eh, macam mana Abang Aqil tahu! Abang Aqil Tanya kawan atau
Atuk, ya; atau baca buku.
Aqil : Hai, sekarang ni ‘kan zaman IT, jangan asyik main “game” sahaja!
Atuk : Benar kata abang kamu itu, Wazif. Ada apa-apa yang hendak kamu
tanya lagi?
Wazif : Bila Dondang Sayang dimainkan dan bagaimanakah sambutannya
kini, Atuk?
Atuk : Biasanya dalam majlis pernikahan atau apabila ada temasya
tertentu. Kini tradisi itu hamper pupus, Wazif. Kamu tahu mengapa?
Wazif : Pengaruh muzik barat dan muzik moden, betul Atuk? Kalau begitu,
bagaimana hendak mempopularkan Dondang Sayang ini, Atuk?
Atuk : Pada Atuk, kita sendiri harus ada jati diri untuk menghidupkan
kesenian ini. Ha, banyakkan promosi, banyakkan pertandingan
daripada peringkat kanak-kanak lagi!
10
Aqil : Betul kata Atuk. Ha, mulai hari ini, kamu kena masuk Kelab
Kebudayaan sekolah, Wazif!
Wazif : Kalau tak masuk boleh tak, Abang Aqil? Nanti Wazif jadi lembut
pula.
Baca dengan sebutan dan intonasi yang betul bagi ayat dibawah, kemudian
nyatakan jenis ayatnya.
1. Betulkah Dondang Sayang berasal dari Melaka?
Jenis Ayat : ______________________________
2. Dondang Sayang itu bermaksud lagu kasih.
Jenis Ayat : ______________________________
3. Eh, macam mana Abang Aqil tahu!
Jenis Ayat : ______________________________
4. Ada apa-apa yang hendak kamu tanya lagi?
Jenis Ayat : ______________________________
5. Nanti Wazif jadi lembut pula.
Jenis Ayat : ______________________________
11
3.2.2 - INSTRUMEN 5
(Tahap Penguasaan 4)
Tema : 8 – Ekonomi Berwawasan
Tajuk : Memacu ekonomi
Standard Kandungan : Membaca dan memahami maklumat yang tersurat
dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi
respon yang betul
Standard Pembelajaran : 2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada
bahan untuk menjana idea dengan betul
KEMAHIRAN MEMBACA
KELOMPOK Dua
TAHAP
PENGUASAAN
4 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa
dan kecekapan berbahasa yang baik, dapat mengaplikasikan
pengetahuan bahasa dengan berkesan, berupaya
mengungkapkan idea, menguasai kemahiran berfikir yang
kritis, dan mengamalkan pembelajaran kendiri secara
minimum dalam kemahiran bahasa)
PENYATAANMembaca dan memahami maklumat untuk membuat ramalan,
menjanakan idea, dan membuat penilaian pada tahap kukuh
AKTIVITI
PENTAKSIRAN
1. Murid membaca dan memahami carta.
2. Murid melengkapkan dialog berdasarkan carta dan
membaca dialog tersebut dengan intonasi yang betul.
BAHAN BANTU Lembaran carta dan dialog.
12
Memacu Ekonomi
Baca dan fahami carta di bawah. Kemudian, lengkapkan dialog berdasarkan
maklumat daripad carta tersebut dan bacakan dialog tersebut dengan intonasi yang
betul.
Amin : Selamat pagi, Encik Faizul.
Encik
Faizul
: Selamat pagi.
Amin : Saya bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya
seperti Encik Faizul. Apakah ciri-ciri yang harus dimiliki oleh seorang
usahawan?
Encik
Faizul
: Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya kita mesti __________
_________________________________________________________.
Dengan pengurusan yang cekap, risiko yang dihadapi dapat diatasi
dengan mudah.
Amin : Selain itu, apakah ciri yang harus dimiliki lagi oleh seorang usahawan?
Encik : Kita juga perlu ____________________________________________
13
Mahu menjadi usahawan berjaya ?
Penuhi ciri-ciri yang berikut :
Berani menanggung
risikoBerkeyakinan
diriRajin
berusahaMerebut Peluang
Faizul Di samping itu, usahawan juga harus ___________________________
__________________________. Usahawan perlu yakin terhadap
kebolehan diri dan tidak harus ragu-ragu dengan tidakan yang harus
diambil.
Amin : Setahu saya usahawan juga harus pandai ______________________
__________________________________. Betulkan, encik Faizul?
Encik
Faizul
: Ya, betul kata kamu. Kita tidak boleh melepaskan peluang-peluang
yang ada.
Amin : Terima kasih, Encik Faizul. Maklumat yang diberi amat berguna untuk
saya jadikan panduan dalam menceburi bidang keusahawanan.
Encik
Faizul
: Sama-sama. Semoga impian anda untuk menjadi usahawan berjaya
tercapai satu hari nanti.
14
3.2.3 - INSTRUMEN 6
(Tahap Penguasaan 5)
Tema : 4 – Masyarakat Penyayang
Tajuk : Khidmat Rakan Sebaya
Standard Kandungan : Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera
yang sesuai bagi memupuk minat membaca
Standard Pembelajaran : 2.6.1 Membaca dan memahami pelbagai bahan
sastera yang sesuai untuk meningkatkan daya berfikir
secara kreatif.
KEMAHIRAN MEMBACA
KELOMPOK Tiga
TAHAP
PENGUASAAN
5 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa
dan kecekapan berbahasa yang tinggi, berupaya
mengungkapkan idea dengan jelas dan terperinci,
berkomunikasi secara efektif, mengaplikasikan pengetahuan
bahasa yang lebih kompleks, menguasai kemahiran berfikir
yang kritis dan kreatif, serta mengamalkan pembelajaran
secara kendiri dalam kemahiran bahasa)
PENYATAANMembaca, menaakul, memindahkan maklumat, dan
mengenal pasti nilai murni pada tahap terperinci.
AKTIVITI
PENTAKSIRAN
1. Murid membaca petikan sajak dengan sebutan dan
intonasi yang betul
2. Murid berbincang dan mencatat maksud setiap rangkap
sajak itu secara berkumpulan.
3. Murid membaca maklumat yang telah dibincangkan.
BAHAN BANTU Petikan sajak.
15
Khidmat Rakan Sebaya
Baca dan fahami sajak di bawah. Kemudian, bincangkan maksud setiap rangkap
sajak tersebut.
16
Anak Malaysiakaulah pewaris tanah iniKaulah pejuang budaya initeruskan menegak keadilandengan penuh kejujuran.
Anak Malaysiausah kaubeluk tubuhbangun dan bangkitlahdengan diri sendiribersaing maju di persada dunia.
Anak Malaysiahiasilah dirimu dengan sifat terpujiagar elok pekertimutetapkanlah cita-citamuberusahalah sepenuh hatimuagar kejayaan menjadi milikmu
Anak Malaysiawalaupun pelbagai bangsabersatulah umpama serumpunsaling mempercayailahsesamamunescaya keunggulan milikmu
3.3 Kemahiran Menulis
3.3.1 - INSTRUMEN 7
(Tahap Penguasaan 3)
Tema : 5 - Kenali warisan Bangsa
Tajuk : Melawat ke Ladang Herba Rawa Salor
Standard Kandungan : Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang
sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang
santun.
Standard Pembelajaran : 3.6.1 Menulis untuk menympaikan maklumat yang
betul dengan menggunakan idea utama dan idea
sampingan serta menegaskan kesantunan berbahasa.
KEMAHIRAN MENULIS
KELOMPOK Empat
TAHAP
PENGUASAAN
3 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa
dan kecekapan berbahasa yang sederhana dan berupaya
mengungkapkan idea serta menguasai kemahiran berfikir
yang asas tanpa bimbingan dalam kemahiran bahasa)
PENYATAAN
Menulis untuk menyampaikan maklumat dengan
menggunakan bahasa yang santun; menghasilkan kerangka
dan penulisan kreatif dengan betul pada tahap sesuai.
AKTIVITI
PENTAKSIRAN
1. Murid membaca dan memahami petikan
2. Murid menulis nilai murni dan memberikan contoh yang
terdapat dalam petikan.
BAHAN BANTU Petikan
17
Melawat ke Ladang Herba Rawa Salor
Baca dan fahami petikan. Kemudian, tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh
daripada petikan. Berikan contoh yang sesuai daripada petikan.
Murid-murid beratur uttuk menaiki bas. Mereka akan bertolak ke Ladang Herba
Rawa Salor yang terletak di Kota Bharu. Beberapa orang murid kelihatan membaca
bukudan majalah semasa dalam perjalanan ke sana.
Sebaik-baik sahaja peserta rombongan smpai di ladang itu, mereka disambut
dengan mesra oleh Encik Bukhari, selaku pengurus ladang tersebut. Beliau
menceritakan tentang susah payah yang dialami sepanjang mengusahakan ladang
itu. Namun begitu, segalanya dihadapi dengan tenang.
Sepanjang lawatan tersebut, murid-murid melihat ladang itu diuruskan
dengan baik. Encik Bukhari menggaji pekerja yang terdiri daripada penduduk
kampong yang hidup dalam kesusahan. Peluang pekerjaan yang ditawarkan dapat
meringankan beban mereka.
Para peserta rombongan dijamu dengan pelbagai makanan dan minuman.
Sebelum pulang, mereka dihadiahi buah tangan. Budi bahasa dan keramahan Encik
Bukhari sukar untuk dilukan oleh setiap peserta rombongan.
1. Nilai Murni : ______________________________
Contoh ayat :
______________________________________________________________

2. Nilai Murni : ______________________________
18
Contoh ayat :
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
3. Nilai Murni : ______________________________
Contoh ayat :
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
4. Nilai Murni : ______________________________
Contoh ayat :
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
5. Nilai Murni : ______________________________
Contoh ayat :
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
3.3.2 - INSTRUMEN 8
19
(Tahap Penguasaan 4)
Tema : 2 – Amalan Kesihatan dan Kebersihan
Tajuk : Pendidikan Kesihatan
Standard Kandungan : Menulis imlak dengan tepat
Standard Pembelajaran : 3.4.2 Menulis frasa dan ayat yang ada perkataan
berimbuhan pinjaman dengan ejaan dan tanda baca
yang tepat secara imlak.
KEMAHIRAN MENULIS
KELOMPOK Dua
TAHAP
PENGUASAAN
4 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa
dan kecekapan berbahasa yang baik, dapat mengaplikasikan
pengetahuan bahasa dengan berkesan, berupaya
mengungkapkan idea, menguasai kemahiran berfikir yang
kritis, dan mengamalkan pembelajaran kendiri secara
minimum dalam kemahiran bahasa)
PENYATAAN
Menulis ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan
pinjaman secara imlak, mengedit dan memurnikan hasil
penulisan dengan ejaan, tanda baca, penggunaan kata,
imbuhan, dan struktur ayat yang betul serta tepat pada tahap
yang kukuh.
AKTIVITI
PENTAKSIRAN
1. Murid mengedit petikan dengan imbuhan pinjaman, ejaan
dan tanda baca yang betul.
2. Murid menyalin dan memurnikan petikan yang telah
diedit.
BAHAN BANTU Petikan
Pendidikan Kesihatan20
Tulis petikan di bawah semula dengan imbuhan pinjaman, ejaan dan tanda baca
yang betul.
Hasman murid yang berdisiplin dan bertanggungjawab Hasman belajar di sekolah
tersebut sejak pra sekolah lagi Oleh itu tidak hairanlah jika dia dilantik menjadi ketua
murid di sekolahnya Dengan jawatannya itu dia sering menjadi juru acara dalam
majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah Sebagai ketua murid dia juga sering
menasihati rakan-rakannya agar memenuhi tata etika berpakaian
Hasman bercita-cita menjadi juru tera apabila dewasa nanti Untuk mencapai
impiannya dia belajar bersungguh-sungguh Mata pelajaran yang paling diminatinya
ialah matematik Hasman sentiasa menjaga kesihatan dirinya Pihak Kementerian
Kesihatan juga sering menghantar juru rawat untuk membuat pemeriksaan terhadap
murid-murid di sekolahnya itu
___________________________________________________________________________

3.3.3 - INSTRUMEN 9
(Tahap Penguasaan 5)
21
Tema : 9 – Bumi Indah Rakyat Bertuah
Tajuk : Surat Kiriman Rasmi – Ceramah Alam Sekitar
Standard Kandungan : Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang
sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang
santun.
Standard Pembelajaran : 3.6.2 Menulis untuk menyampaikan maklumat
berbentuk surat, laporan dan cerita dengan jelas serta
menggunakan bahasa yang santun.
KEMAHIRAN MENULIS
KELOMPOK Empat
TAHAP
PENGUASAAN
5 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa
dan kecekapan berbahasa yang tinggi, berupaya
mengungkapkan idea dengan jelas dan terperinci,
berkomunikasi secara efektif, mengaplikasikan pengetahuan
bahasa yang lebih kompleks, menguasai kemahiran berfikir
yang kritis dan kreatif, serta mengamalkan pembelajaran
secara kendiri dalam kemahiran bahasa)
PENYATAAN
Menulis untuk menyampaikan maklumat dengan
menggunakan bahasa yang santun; menghasilkan kerangka
dan penulisan kreatif dengan betul pada tahap terperinci.
AKTIVITI
PENTAKSIRAN
1. Murid meneliti pelan karangan.
2. Murid menulis surat kiriman rasmi dengan menggunakan
bahasa yang santun
BAHAN BANTU Petikan pelan karangan.
Ceramah Alam Sekitar
22
Tulis surat kepada guru besar sekolah kamu untuk memohon beliau menjadi perasmi
sempena ceramah alam sekitar.

23
Apa makluman? Kelab Alam SekitarAdakan ceramahUndang tuan rasmi
Mengapa adakan?Pupuk kesedaranWujudkan persekitaran selamat
Bila nak diadakan?Bulan dan tarikhHari dan masaLokasi : Dewan
Siapa?Penceramah khas Jabatan Alam SekitarPeserta - Tahap 2
Apa harapan?Dapat persetujuanTambah serikan majlisJanji kemas dewan
Bagaimana?Kerjasama dihargaiSekianHarap dapat diteruskan