If you can't read please download the document
Upload
halijah-rahman
View
186
Download
10
Embed Size (px)
Citation preview
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
OPIK 1:
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
TOPIK 2:
EKONOMI RUMAH TANGGA
(TAHAP 1)
SAINS PERTANIAN
(TAHAP 3)
NAMA:
TINGKATAN:
NAMA :
TINGKATAN :
TAHUN :
SEKOLAH :
TIDAK BOLEH DIJUAL
CETAKAN PERTAMA 2009
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
Cetakan Pertama Disember 2009 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini termasuk ilustrasi dan isi kandungan tidak boleh diterbitkan semula bagi tujuan komersial dalam apa jua bentuk sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis dari Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 5&6 Blok E14, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Persekutuan, 62604 Putrajaya.
03 88845194 Faks : 03 88845195
Disediakan oleh: Unit Teknikal Pengurusan Akademik Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia Diterbitkan oleh : Pengurusan Akademik Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
PRAKATA
M-TEK singkatan kepada Modul Pembelajaran Teknikal dihasilkan ekoran pencapaian pelajar aliran teknikal yang kurang memberangsangkan. Kekurangan bahan sokongan di pasaran turut menyumbang kepada masalah ini. Selain itu, keupayaan pelajar yang berbeza-beza dalam peperiksaan memberikan cetusan idea kepada Unit Teknikal, Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk menghasilkan modul ini. Modul yang disediakan ini selari dengan keperluan sukatan pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5. Ia merupakan bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang boleh membantu guru-guru dan pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik ke tahap yang boleh dibanggakan. Sebagai usaha permulaan modul ini dilengkapi dengan nota ringkas peta minda (Mind Map) dan soalan-soalan latihan mengikut topik. Penambahbaikan akan dilakukan dari masa ke semasa agar selari dengan keperluan kurikulum terkini. Saya mewakili Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Unit Teknikal, Pengurusan Akademik kerana mengambil inisiatif menerajui projek ini. Sekalung penghargaan saya panjatkan kepada guru-guru di atas sumbangan dan kepakaran mereka sebagai panel penulis modul. Semoga M-TEK yang disediakan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat dengan penggunaan yang optimum. Adalah diharapkan modul ini dapat memberi impak yang besar sebagai bahan sokongan pembelajaran yang sekaligus menyumbang kepada keberhasilan pelajar aliran teknikal untuk melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang yang mampu bersaing diperingkat lebih tinggi.
Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia
i
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
ii
SAINS PERTANIAN
(TAHAP 3)
KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
NOTA RINGKAS & PETA MINDA 1
SOALAN
BAB 1 : KEPENTINGAN PERTANIAN DI MALAYSIA 61
BAB 2 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERTUMBUHAN DAN HASIL TUMBUH
63
2.3 : TANAH 68
PENGIRAAN BAJA 73
2.4 : BIOSIS 76
2.5 : GENETIK 77
2.6 : PENGAWALATUR PERTUMBUHAN 79
BAB 3 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
TUMBESARAN DAN PENGELUARAN TERNAKAN 86
3.3 : PERMAKANAN TERNAKAN 93
3.5 : GENETIK 96
BAB 4 : PERLADANGAN SEBAGAI SUATU PERNIAGAAN 100
4.2 : PERANCANGAN UNTUK MEMULAKAN LADANG
102
4.3 : PELAKSANAAN OPERASI LADANG 105
4.4 : ANALISIS DAN PENILAIAN OPERASI
LADANG 106
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
iii
SAINS PERTANIAN
(TAHAP 3)
KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
BAB 5 : TEKNOLOGI DALAM PERTANIAN 108
5.1 : MEKANISASI LADANG 108
5.2 : KOMPUTER DALAM PERTANIAN 112
5.3 : BIOTEKNOLOGI DALAM PERTANIAN 115
5.4 : PERTANIAN PERSEKITARAN TERKAWAL 120
SKEMA JAWAPAN 123
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
TOPIK 1.1: MAKANAN DAN PEMAKANAN
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
1
BAB 1: PERTANIAN DI MALAYSIA
1.1 KEPENTINGAN PERTANIAN DI MALAYSIA
a. Pengeluaran bahan makanan
Memenuhi keperluan bekalan makanan penduduk
Kurang kos import bahan makanan
Memenuhi keperluan keselamatan negara b. Pengeluaran bahan mentah
Bahan mentah untuk keperluan industri
Contoh : getah tayar ; kelapa sawit minyak masak dll. c. Pendapatan eksport
Jualan hasil pertanian seperti getah, kelapa sawit, koko dll.
Sumber aliran masuk wang asing
Meningkatkan KDNK Negara d. Peluang pekerjaan
Melibatkan bilangan tenaga kerja yang besar
Tiga kumpulan utama pekerjaan bidang pertanian ialah kumpulan pengeluaran, perkhidmatan dan pembuatan
1.2 TANAMAN DAN TERNAKAN DI MALAYSIA
Tanaman Kawasan utama
Kelapa sawit
Johor (Rancangan Johor Tenggara, Rancangan Johor Selatan, Segamat)
Pahang (Jengka, Pahang Tenggara)
Perak (Teluk Intan,Sungai Siput, Trolak)
Selangor (Klang, Kampar, Batang berjuntai)
Sabah (Sandakan, Lahad Datu, Tawau)
Getah Johor, Pahang, Perak, Kedah, Perlis, Sarawak, Sabah
Koko
Perak (Teluk Intan)
Selangor (Sabak Bernam)
Johor (Batu Pahat, Muar)
Kelapa
Selangor (Sabak Bernam)
Perak (Teluk Intan,Bagan Datoh)
Johor (Batu Pahat)
Sabah (Lahad Datu, Tawau, Kudat)
Sarawak (Mukah, Kucing)
Padi
MUDA (Kedah-Perlis)
Dataran Kelantan
Seberang Perak
Krian-Sungai Manik
Barat Laut Selangor
Sayuran Cameron Highlands, Banting, Lembah Kinta, Wakaf Stan dan Kundasang
Buah-buahan
Durian - Batu Kurau, Bukit Gantang, Segamat
Rambutan - P. Pinang, Muar
Limau - Jerantut, Ulu Terangganu
Limau bali - Ipoh
Teh Teh tanah tinggi - Cameron Highlands dan Kundasang
Teh tanah pamah - Banting dan Bukit Cheding
Tebu Kedah (Padang Terap)
Perlis (Chuping)
Kopi Kedah Kopi Robusta
Cameron Highlands Kopi Arabica
Florikultur Cameron Highlands, Johor, Perak ,Selangor
Lembu dan Kerbau Kedah, Kelantan, Sabah, Pahang
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
2
Tanaman Kawasan utama
Kambing & biri-biri Kelantan, Kedah, Perak, Negeri Sembilan
Ayam Pulau Pinang, Perak, Johor, Selangor, Prai
Khinzir Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Sarawak
1.2.1 Faktor yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan
a. Faktor Iklim
Kawasan tanah pamah/rendah suhu tinggi sesuai untuk tanaman getah, padi dll.
Kawasan tanah tinggi - suhu rendah sesuai untuk tanaman kubis, tomato dll.
Ternakan baka tropika sesuai diternak di Malaysia. b. Faktor Sejarah
Zaman sebelum penjajahan Inggeris tanaman sara diri seperti padi, kelapa dll.
Zaman penjajahan Inggeris - getah dan kelapa sawit. - Imigran Cina membawa masuk ayam dan khinzir - Imigran India membawa masuk lembu LID
Selepas merdeka pelbagai tanaman diusahakan c. Faktor Ekonomi
Pasaran dan infrastruktur mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan
Pasaran perlu ada untuk memudahkan hasil dipasarkan.
Infrastruktur ialah kemudahan dan perkhidmatan asas (pengangkutan, bekalan elektrik, air dll.) untuk membangunkan sektor pertanian.
d. Faktor Dasar Kerajaan
Kerajaan melancarkan DPN dan RRJP3
Peningkatan pengeluaran makanan dengan cara pembukaan kawasan baru dan guna tanah secara intensif.
Peningkatan kecekapan dan produktiviti sektor pertanian
Memaksimumkan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optimum
Kerajaan telah memajukan semula sektor pertanian secara sistematik
1.3 TREND PERTANIAN DI MALAYSIA
a. Mempelbagaikan tanaman dan ternakan
Matlamat - untuk mengelakkan negara bergantung kepada satu jenis tanaman atau ternakan sebagai punca pendapatan.
Faedah - menambah dan mempelbagaikan jenis tanaman dan ternakan - menambah pendapatan petani - mempelbagaikan ekonomi negara
- meluaskan pasaran hasil pertanian
Bidang usaha yang berpotensi maju - lebah madu, daging rusa, burung unta, puyuh, buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman herba.
b. Pertanian berorientasikan eksport dan komersial
Matlamat - untuk mendapatkan pendapatan eksport - untuk memperolehi tukaran wang asing
Bidang usaha yang berpotensi untuk dieksport - belimbing, manggis, jambu batu, petola segi, keledek, serai, orkid, kekwa dan ros
Masalah pemasaran: - Cukai import lebih tinggi - Persaingan dengan hasil serupa dengan keluaran negara pengimport - Kos penghantaran yang tinggi - Bentuk sekatan seperti peraturan kasihatan, keperluan sijil import dan keperluan
pembungkusan c. Hubungkait pertanian dengan pelancongan
Agrotourism merupakan program pelancongan berasaskan pertanian
Contoh program agrotourism seperti homestay, farmstay, hutan rekreasi dan kolam memancing ikan.
Kaedah untuk memajukan sektor agrotourism secara mengadakan ladang komersial, lebuhraya merentasi kawasan perladangan, muzium atau taman pertanian dan promosi melalui media massa.
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
3
d. Hubungkait pertanian dengan landskap
Landskap - pemandangan di atas daratan termasuk bentuk muka bumi, bangunan, jalanraya dan tumbuh-tumbuhan
Perlandskapan - kegiatan merancang, merekabentuk dan menguruskan landskap untuk tujuan rekreasi, keselesaan dan keselamatan manusia
Tujuan - menghasilkan pemandangan yang menarik, nilai estetika dan mendapatkan hasil yang lumayan
Contoh - getah dan kelapa sawit ditanam berdasarkan susunan dan corak tertentu. e. Ladang kontrak
Perladangan yang melibatkan perjanjian secara rasmi di antara pengusaha pertanian dengan pembekal (pembeli/penyedia modah)
Tujuan - mengurangkan risiko kerugian dan menyediakan pasaran hasil pertanian yang tetap
Faedah:
Pengusaha Pertanian Pembeli
- Tidak bimbang pemasaran hasil - Tidak memerlukan modal yang banyak
bagi memulakan perusahaan - Mendapat latihan, khidmat nasihat dan
kemudahan lain dari pembeli
- Mendapat bekalan pada masa ditetapkan
- Mendapat bekalan pada harga dipersetujui
- Mendapat bekalan mengikut kuantiti dan kualiti yang ditetapkan
Contoh ladang kontrak - ayam pedaging untuk restoran KFC, ikan keli dan siakap untuk restoran dan bunga untuk hotel
f. Penggabungan ladang kecil
Ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok atau ladang bersaiz besar seperti mini estet
Contohnya ladang getah, kelapa sawit dan sawah padi
Mempastikan keberkesanan penggunaan sumber sedia ada
Agensi pertanian seperti LPP membekalkan input pertanian dan pemasaran
Ahli menjaga dan menguruskan ladang mereka
Tujuan - meningkatkan produktiviti ladang dan pendapatan petani melalui pembangunan komoditi dalam jumlah yang besar dan tersusun.
g. Perhutani
Maksud - Kegiatan pertanian dan perhutanan dibangunkan bersama-sama - Beberapa jenis tanaman yang sesuai digabungkan dalam satu
kawasan
Tujuan - memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal
Contoh - tanaman rotan di dalam kebun getah, ladang pokok jati dan sentang
Manfaat integrasi pertanian dan perhutanan: - Mewujudkan ruang untuk gabungan perusahaan perhutanan dan pertanian. - Mengoptimumkan penggunaan sumber terutama tanah. - Menyokong pelbagai perhubungan simbiotik seperti penanaman spesis pokok hutan
dengan tanaman industri pertanian. - Membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan dari tanah yang sama. - Mengurangkan permintaan untuk tanah pertanian yang baru. - Meningkatkan pendapatan dari pelaburan.
1.4 ISU PERTANIAN DI MALAYSIA
a. Produktiviti
Kecekapan menggunakan input pengeluaran untuk mengeluarkan hasil yang maksimum.
Kekangan meningkatkan produktiviti sektor pertanian: i. Sektor pertanian tidak diusahakan dengan cekap
- input tidak digunakan dengan cekap seperti baja digunakan secara membazir dan penggunaan tenaga buruh yang tinggi
ii. Daya pengeluaran yang rendah - permintaan kelapa tinggi tetapi pengeluaran rendah - hasil rendah kerana menggunakan benih atau baka tidak bermutu
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
4
iii. Saiz ladang terlalu kecil - keluasan yang kecil menyukarkan penggunaan teknologi dan amalan yang ekonomikal
- hasil rendah iv. Kurang penggunaan teknologi yang lebih berkesan
- petani kurang menggunakan teknologi moden - cara meningkatkan produktiviti - pekebun kecil menggunakan klon-klon getah oden dalam penanaman sayur-sayuran.
v. Perubahan cuaca dan iklim - kesan cuaca seperti musim hujan dan panas menjejaskan produktiviti
Langkah mengatasi kekangan produktivit/produktiviti rendah: i. Ladang kelompok
- ladang-ladang kecil digabungkan untuk memastikan keberkesanan penggunaan sumber sedia ada.
- Ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok atau mini estet - Contohnya ladang getah, kelapa sawit dan sawah padi
ii. Perladangan campuran - menanam lebih dari satu jenis tanaman dalam satu kawasan penanaman.
- dapat menambah pendapatan petani contoh : menanam pisang dalam kebun kelapa atau kebun getah dan menanam koko dalam kebun kelapa sawit
iii. Penggunaan teknologi - kaedah kultur tisu dapat menghasilkan lebih banyak bahan penanaman yang berkualiti dan tahan penyakit dalam masa singkat. - guna jentera atau teknologi pengairan titisan dan percikan
iv. Mengadakan program latihan dan bimbingan kepada petani.
b. Ketidakstabilan harga - Pengeluaran hasil sukar disesuaikan dengan permintaan pasaran. - Hasil pertanian cepat rosak dan teknik penyimpanan terhad menyebabkan hasil pertanian tidak dapat disimpan sementara menunggu harga meningkat. - Kos pengeluaran semakin meningkat membebankan petani. - Bekalan yang berlebihan juga menyebabkan ketidakstabilan harga. - Langkah mengatasi ketidakstabilan harga:
- Memproses hasil tanaman seperti cili dijadikan sos - Agensi kerajaan membeli hasil yang berlebihan - Menghapuskan penggunaan orang tengah - Memperkenalkan harga minimum terjamin / harga siling - Mencari bahan alternatif baru untuk makanan ternakan
c. Penyebaran Dan Pengamalan Teknologi Baru
Teknologi baru penggerak negara mengeksport lebih banyak bahan pertanian.
Amalan teknologi baru seperti pertanian persekitaran terkawal dan penanaman sayuran secara fertigasi
Cara mengatasi masalah penyebaran dan pengamalan teknologi baru : - mengadakan lawatan ke kebun - memberi penerangan, kursus dan bimbingan secara berterusan - penggunaan media massa secara meluas / kempen
d. Pendidikan Dan Latihan
Melahirkan petani dan penternak yang berdaya maju dan inovatif.
Kementerian Pertanian menjalankan program latihan dan bimbingan, penyelidikan dalam teknologi makanan dan industri herba berasaskan pertanian.
Cara mengatasi masalah kekurangan pendidikan dan latihan - menggiatkan aktivti latihan untuk petani - memperbanyakkan penyelidikan dan menggiatkan pengembangan - memperbanyakkan pusat latihan/institusi latihan pertanian
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
5
e. Penghijrahan Penduduk
Hijrah dari desa ke bandar
Kerana faktor: i. Sosial - gaya hidup di bandar, mobiliti sosial dan infrastruktur moden ii. Ekonomi - pendapatan yang kurang lumayan / rendah di desa, pertanian banyak risiko
Kesan penghijrahan - pertanian tidak dapat diusahakan secara efisien Langkah mengatasi penghijrahan penduduk
- membawa industri ke desa / buka kilang di desa - menggalakkan belia berkelulusan pertanian mengusahakan pertanian secara
professional dan komersial
f. Pencemaran Alam Sekitar
Punca pencemaran: - sisa bahan pertanian contohnya sisa getah dan kelapa sawit - sisa toksik dari racun makhluk perosak - asap dari pembakaran - pembuangan najis yang tidak terkawal dari industri ternakan - penghasilan gas metana melalui pereputan sisa pertanian - hakisan kawasan penanaman
Cara mengatasi pencemaran: - guna semula sisa pertanian untuk makanan ternakan dan medium penanaman - guna kaedah biologi untuk merawat air tercemar - penguatkuasaan undang-undang - mengurangkan penggunaan racun perosak - rumah jaring kalis serangga, kawalan
perosak bersepadu, kawalan biologi dan menanam secara organik
g. Kekurangan Buruh
Punca kekurangan buruh: - penduduk tempatan tidak berminat bekerja di ladang menyebabkan buruh asing
dibawa masuk - golongan muda berhijrah ke bandar - pendapatan kurang lumayan - pulangan pertanian rendah - perusahaan pertanian berisiko - perbezaan taraf hidup penduduk desa dan bandar
Langkah-langkah mengatasi kekurangan buruh : - Penggunaan teknologi baru - Penggunaan mekanisasi ladang - Aplikasi bioteknologi - Pertanian persis (tepat) - Gunakan tenaga buruh asing - Menyediakan suasana kerja yang menarik untuk menarik pekerja tempatan
1.5 PERANAN INSTITUSI DALAM PEMBANGUNAN PERTANIAN
a. Menyediakan infrastruktur
Sistem pengairan dan saliran, sistem jalan raya, sistem komunikasi, bekalan elektrik dan air
Institusi terlibat JPS, FELDA, RISDA, JKR, TNB b. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan
Meliputi pengeluaran, lepas tuai dan aktiviti hiliran (pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan,pengangkutan)
Institusi terlibat seperti MARDI, RRIM, MCB, Guthri, Sime Darby c. Memberi khidmat nasihat dan latihan
Lawatan dan latihan oleh agen pengembangan
Institusi terlibat seperti Jabatan Pertanian, JPH, LPP,RISDA dll d. Menyediakan peluang pekerjaan
Penyelidik, pegawai pengembangan, perunding, agen pemasaran dll
Institusi terlibat seperti MARDI, RRIM, LPP, dll
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
6
e. Menyediakan bantuan kewangan
Perkhidmatan memberi kredit
Institusi terlibat seperti BPM, LPP, Jabatan Pertanian dll. f. Membuat penyeliaan
Menentukan prosedur dan undang-undang dipatuhi (penggunaan racun, pencegahan penyakit, pemeriksaan mutu hasil pertanian)
Institusi terlibat seperti Jabatan Pertanian, JPH, MPOB, BERNAS, dll g. Membantu pemasaran hasil
Mendapatkan pembeli, menyediakan kemudahan pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan dan pemasaran.
Institusi terlibat seperti FAMA, MARDEC, LTN, BERNAS dll.
BAB 2 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN HASIL TUMBUHAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN HASIL TUMBUHAN:
Iklim Tanah Biosis Genetik Pengawalatur pertumbuhan
2.2 IKLIM Unsur iklim yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan
Cahaya Suhu
Hujan Angin
Fotosintesis
Definisi Satu proses tumbuhan menghasilkan kabohidrat dan oksigen daripada karbon dioksida, air dan cahaya matahari.
Proses berlaku dalam kloroplas
Kloroplas mengandungi pigmen hijau iaitu klorofil
Klorofil berfungsi untuk memerangkap cahaya matahari
Formula tindakbalas kimia proses fotosintesis ialah:
Klorofil
Karbon dioksida + Air Karbohidrat + Air + Oksigen
Cahaya
Sumber utama cahaya ialah cahaya matahari
Dua ciri cahaya yang mempengaruhi fotosintesis ialah :- Intensisiti cahaya ( keamatan cahaya) Gelombang cahaya
Intensiti cahaya ialah keamatan atau kekuatan pancaran cahaya
Peningkatan intensiti cahaya, menyebabkan tenaga cahaya bertambah dan meningkatkan kadar fotosintesis
Gelombang Cahaya Cahaya matahari terdiri dari beberapa gelombang, taburan gelombang cahaya dinamakan spektrum cahaya dalam proses fotosintesis warna merah dan biru diperlukan.
Cahaya matahari boleh diganti dengan cahaya tiruan daripada lampu pendaflour dan lampu pijar.
Pancaran cahaya matahari yang berlebihan, menyebabkan berlakunya transpirasi secara berlebihan dan merosakan daun.
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
7
KEFOTOKALAAN Definisi : Reaksi tumbuhan terhadap perbezaan tempoh siang dan malam.
Dua jenis reaksi tumbuhan terhadap kefotokalaan iaitu: 1) Tumbuhan yang memerlukan tempoh siang pendek 2) Tumbuhan yang memerlukan tempoh siang panjang.
Tanaman yang memerlukan tempoh siang pendek Tumbuhan yang memerlukan tempoh siang pendek. Tumbuhan akan berbunga apabila
tempoh siangnya lebih pendek berbanding tempoh malam. Jika tumbuhan ini ditanam dalam tempoh siang panjang, reaksi tumbuhan ini akan
tetap tampang Contoh: Orkid Phalaeonopsis, kekwa, kacang soya, nanas dan ubi keledek.
Tempoh Siang Reaksi Tumbuhan
Pendek Berbunga
Panjang Tampang ( tidak berbunga)
Tanaman yang memerlukan tempoh siang panjang Tumbuhan yang memerlukan Tempoh siang panjang.Tumbuhan ini akan berbunga
apabila tempoh siangnya lebih panjang berbanding tempoh malam. Jika tumbuhan ini ditanam dalam keadaan tempoh siang pendek. Rekasinya tumbuhan
ini akan tetap tampang. Contoh : Gandum, pokok jarak dan ubi kentang.
Tempoh Siang Reaksi Tumbuhan
Panjang Berbunga
Pendek Tampang ( tidak berbunga)
Kesan manipulasi kefotokalaan dengan menggunakan cahaya tiruan adalah seperti berikut: Pengusaha bunga kekwa di Cameron Highland memasang lampu pada waktu malam untuk memanjangkan tempoh siang. Ini menyebabkan pertumbuhan tampang berterusan. ( sepatutnya kekwa bebunga pada masa itu jika tidak dibekalkan cahaya). Apabila lampu dipadam secara tiba-tiba akan menyebabkan kekwa berbunga serentak dan bersaiz besar.
Faktor yang mempengaruhi penerimaan cahaya oleh tumbuhan
Keluasan Permukaan Daun Lebih luas daun bermakna lebih banyak sel daun melakukan proses fotosintesis
Susunan Daun Kedudukan daun pada pokok, daun yang berlapis menyebabkan daun di bahagian bawah kurang menerima cahaya.
Susunan Menegak Susunan Mendatar
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
8
Topografi Bentuk muka bumi yang rata atau berbukit. Bahagian berbukit yang terdedah kepada cahaya akan menerima cahaya yang lebih banyak berbanding dengan bahagian terlindung.
Topografi
Naungan ialah kaedah untuk mengurangkan kadar penerimaan cahaya matahari oleh tumbuhan. Contohnya membuat bangsal menggunakan bumbung daripada jaring hitam mengurangkan kadar penerimaan cahaya / meningkatkan peratus naungan.
Naungan
Kaedah untuk menggalakkan penerimaan cahaya yang optimum.
Fakta : a) Memilih tapak penanaman yang sesuai b) Menanam pada jarak yang sesuai c) Menyediakan sokongan d) Mengawal rumpai e) Membekalkan cahaya tiruan f) Mencantas
a) Memilih tapak penanaman yang sesuai
tanah lapang dan rata
jauh daripada bangunan atau pokok besar
supaya cahaya tidak terhalang
supaya kadar fotosintesis tinggi
b) Menanam pada jarak yang sesuai
jarak antara pokok dan baris sesuai atau seperti disyorkan
bergantung kepada jenis tanah
dapat mengurangkan persaingan mendapatkan cahaya
Terlalu jarang Jarak Sesuai Jarak terlalu Rapat
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
9
kawasan tanah yang terhad dapat diusahakan secara maksimum.
contoh corak penanaman : segi tiga, segi empat , siku keluang
Mengurangkan persaingan mendapatkan cahaya
RAJAH 1 RAJAH 2 RAJAH 3 Sistem Segi Tiga stem Segi Empat Sistem Siku Kluang
- Dalam sistem segitiga ( Kepadatan pokok 20% lebih tinggi berbanding segiempat.
c) Menyediakan sokongan
Untuk pokok jenis memanjat dan berbatang lembut supaya tumbuhan boleh memanjat dan tumbuh tegak untuk mendapatkan cahaya.
Untuk anak-anak pokok yang sedang membesar
Tujuannya anak pokok mendapat cahaya matahari yang mencukupi.
Contoh sokongan : kayu tunggal ( Lada Hitam, Pokok Buah Naga ), berpara ( peria ), junjung ( kacang panjang ), pagar ( tomato )
Sokongan Kayu Junjung (Kacang panjang, Buncis, Botor.
Sokongan Kayu Tunggal
( Lada Hitam, Pokok Naga)
Sokongan Jenis Berpara
( Peria, Petola)
Sokongan Jenis Berpagar
( Tomato, Terung, Cili )
d) Membekalkan cahaya tiruan
digunakan apabila tempoh penyinaran cahaya semulajadi tidak mencukupi
digunakan untuk mengaruh pembungaan
menggunakan lampu pendarflour dan lampu pijar
Kos penggunaan cahaya tiruan sangat tinggi dan terhad kepada pengawal aruhan bunga supaya bunga yang dihasilkan menepati kehendak pasaran.
Sumber cahaya tiruan perlu digunakan serentak kerana: o Lampu Pijar :
Kecekapan penukaran tenaga elektrik rendah o Lampu Pendaflour :
Kecekapan penukaran tenaga elektik tinggi tapi kekurangan cahaya merah dan infra merah.
Tinggi gelombang biru
Sesuai untuk pertumbuhan anakbenih
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
10
e) Mengawal rumpai Rumpai ialah tumbuhan yang tumbuh di kawasan yang tidak dikehendaki. supaya rumpai tidak menaungi tanaman cara mengawal rumpai seperti mencabut, mencangkul, meracun Rumpai perlu dikawal untuk mengelakan persaingan mendapatkan ruang, makanan,
cahaya antara tanaman f) Menanam tanaman selingan
Menanam tanaman jangka pendek dicelah-celah tanaman jangka panjang. Contoh tanaman : keledek, pisang, jagung, kacang tanah, lada sementara menunggu
hasil tanaman kelapa sawit, getah, buah-buahan. g) Mencantas
Membuang bahagian tumbuhan yang tidak diperlukan. Memberikan lebih banyak cahaya sampai ke bahagian pokok yang terlindung.
CARA MENCANTAS
CARA CANTASAN
YANG BETUL CARA CANTASAN YANG SALAH
2.3 TANAH
1. Definisi Tanah
Tanah ialah lapisan atas permukaan bumi 2. Profil Tanah
Sisa tumbuhan dan haiwan Tanah atas Tanah bawah
Batuan
3. Kepentingan Tanah
a. memberi sokongan mekanik kepada akar tumbuhan - membolehkan tumbuhan tumbuh tegak untuk menerima cahaya yang cukup b. membekalkan nutrien kepada tumbuhan - nutrien wujud dalam bentuk bahan organik tersimpan dalam tanah - bahan organik yang mereput membebaskan nutrien c membekalkan oksigen dan air - oksigen diperlukan untuk proses respirasi melalui akar - air diserap oleh akar tumbuhan bersama nutrien
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
11
4. Komponen Tanah
5. Sifat Fizikal Tanah a. Warna tanah
warna gelap - kesuburan tinggi
merah - terdapat oksida ferum, saliran dan pengudaraan baik, di lereng bukit sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit.
perang - terdapat oksida ferum dan bahan organik, saliran baik
kelabu - terdapat oksida ferum, saliran kurang baik, kurang sesuai untuk tanaman kecuali padi.
kehitaman - terdapat mangan oksida dan organik yang tinggi, pH rendah, menakung air, sesuai untuk tanaman nenas dan sayuran.
putih - tinggi kandungan liat (koalinit)
kuning - terdapat oksida ferum dan air, saliran baik b. Tekstur tanah
o peratus kandungan kumin pasir, kelodak dan liat atau o sifat kasar atau halusnya sesuatu tanah. o Segitiga tekstur tanah digunakan untuk menentukan kelas tekstur tanah berdasarkan peratusan pasir, liat dan kelodak dalam sesuatu sampel tanah.
Kepentingan tekstur tanah kepada tanaman Tanah bertekstur kasar mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik. Tanah bertekstur halus mempunyai kadar penjerapan yang tinggi dan
boleh menakung air. c. Struktur tanah
susunan kumin-kumin tanah dalam bentuk tertentu
a. Bahan Mineral ( 45%)
Terhasil melalui proses luluhawa batuan seperti pasir, kelodak dan liat
Sebagai komponen utama tanah untuk medium pertumbuhan
b. Bahan organik ( 5%)
Terhasil melalui proses pereputan
Bahan organik terurai menjadi humus c. Udara (25%)
Kandungan oksigen dalam tanah berbeza-beza
Oksigen penting untuk respirasi akar dan organisma tanah
d. Air (25 %)
Kandungan air yang optimum penting untuk pertumbuhan tumbuhan
5 %
Bahan Organik
Mineral
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
12
Kepentingan struktur tanah kepada tanaman Mempunyai rongga antara agregat tanah untuk membenarkan air dan udara meresap.
Menambah daya tahan tanah daripada kerosakan fizikal akibat hakisan oleh timpaan hujan.
Mengurangkan kesan ketoksikan gas karbon dioksida dalam tanah.
6. Sifat kimia tanah a. pH tanah - keasidan atau kealkalian suatu tanah. - nilai pH ditentukan oleh kepekatan ion hidrogen (H+) b. Kesan pH tanah terhadap tanaman
i. Ketersediaan nutrien - nilai pH mempengaruhi ketersediaan nutrien ii. Aktiviti mikrob - mikroorganisma bermanfaat hidup dalam julat
pH 5.5 -7.8 iii. Penyakit tumbuhan - pH rendah boleh menyebabkan patogen
seperti kulat mudah membiak. c. Faktor yang menyebabkan keasidan tanah
i. Kandungan bahan induk bahan induk berasid atau mengandungi bahan aluminium akan
menghasilkan ion hidrogen yang akan menurunkan nilai pH tanah. ii. Kehilangan bahan berbes
magnesium, kalium dan kalsium yang hilang melalui proses larutresapan akan digantikan dengan ion hidrogen.
iii Pereputan bahan organik pereputan bahan organik akan menghasilkan asid organik yang akan
menurunkan pH tanah. iv Penggunaan baja berasid
baja seperti ammonium sulfat akan bertindakbalas dan menghasilkan ion nitrat dan ion hidrogen yang akan menurunkan nilai pH tanah.
v. Penambahan asid karbonik dari atmosfera Karbon dioksida bertindakbalas dengan air diudara membentuk asid
karbonik yang akan meresap ke dalam tanah apabila hujan turun. vi. Respirasi akar dan organisma tanah
Respirasi akar dan organisma tanah menghasilkan gas karbon dioksida yang akan bertindakbalas dengan air dalam tanah menghasilkan asid karbonik.
vii. Penghasilan gas nitrogen dioksida dan nitrogen oksida Kilat akan menggabungkan gas nitrogen dan oksigen di atmosfera yang
akan bertindakbalas dengan air dan menghasilkan asid nitrik. 7. Unsur perlu untuk pertumbuhan tumbuhan
Unsur makro - unsur nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak - unsur : C, H, O, N, P, K, Ca, Mg dan S
Unsur mikro - unsur nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit - unsur : Fe, B, Mn, Zn, Cu, Mo dan Cl
Unsur Peranan Gejala kekurangan
Nitrogen
Komponen utama klorofil
Mempercepatkan pertumbuhan dan tumbesaran
Menambahkan kehijauan daun
Pertumbuhan terbantut, klorosis dan nekrosis
Fosforus Untuk pengeluaran akar, bunga dan buah
Cepatkan kematangan pokok
Warna tepi daun menjadi ungu
Kalium Untuk pengeluaran bunga,
buah dan tisu meristem
Metabolisme kanji, protein dan enzim
Klorosis antara urat daun
Nekrosis pada daun tua
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
13
8. Amalan untuk membaiki tanah a. Pembajaan b. Pengapuran c. Pemugaran d. Pencegahan dan pengawalan hakisan tanah
a. Pembajaan
Kaedah membaja - tabur - alur - poket - semburan daun
Menghitung kuantiti nutrien dalam baja lurus Contoh: Hitungkan kandungan N yang terdapat dalam 240 kg baja Urea ( 46% N ) 100 kg Urea = 46 kg Nitrogen 240 kg Urea = 46 kg Nitrogen x 240 kg Urea 100 kg Urea = 110.40 kg Nitrogen
Menghitung kuantiti nutrien dalam baja sebatian
Jenis baja Takrif Contoh Baja
Baja lurus Baja yang membekalkan satu unsur sahaja
Urea(46%N), CIRP(35%P2O5) Muriat Potasy(60%K2O)
Baja campuran Baja lurus yang dicampur secara fizikal
Baja sebatian Baja lurus yang dicampur secara kimia
NPK Hijau, NPK Blue Special
Baja lengkap Mengandungi semua unsur nutrien
Baja campuran, baja sebatian, baja foliar
Contoh: Hitungkan kandungan N, P2O5 dan K2O dalam 180 kg baja sebatian NPK 12:14:17. ( Gred baja ini ialah 12% N, 14 % P2O5 dan 17 K2O )
Kandungan N: 100 kg NPK 12 kg N 180 kg NPK 12 kg N X 180 kg NPK 100 kg NPK = 21.6 kg Nitrogen
Kandungan P2O5: 100 kg NPK 14 kg P2O5 180 kg NPK 14 kg P2O5 X 180 kg NPK
100 kg NPK = 25.5 kg P2O5 Kandungan K2O: 100 kg NPK 17 kg K2O 180 kg NPK 17 kg K2O X 180 kg NPK
100 kg NPK = 30.6 kg K2O
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
14
Menghitung kuantiti baja untuk membekalkan nutrien yang diperlukan
b. Pengapuran
Tujuan pengapuran - mengurangkan keasidan tanah - membekalkan nutrien tumbuhan - membaiki agregat tanah
Jenis bahan kapur - Batu kapur ( Kalsium karbonat) - Kapur mati ( Kalsium hidroksida) - Kapur tohor (Kalsium oksida )
c. Pemugaran
Pemugaran ialah proses memecahkan dan melonggarkan keadaan tanah yang padat untuk tujuan penanaman
Jenis pemugaran Alat pemugaran primer - bajak sepak, bajak piring, bajak pahat dan bajak putar Alat pemugaran sekunder - bajak sikat, penggembur, alat pembatas
d. Pencegahan dan pengawalan hakisan
Jenis hakisan
hakisan permukaan - hakisan peringkat awal - satu lapisan nipis permukaan tanah dilarikan air
hakisan alur - aliran air berterusan menyebabkan pembentukan alur kecil - aliran air yang kuat membentuk alur yang lebih dalam
hakisan lurah - berpunca dari aliran air yang berlebihan tidak terkawal
Kaedah mencegah hakisan menanam penutup bumi
- mengurangkan larian air - memegang butiran tanah
membuat teres - elak air mengalir terus melalui lereng bukit - memperlahankan larian air
Contoh 1
Hitungkan kuantiti baja Urea (46%N) yang diperlukan untuk membekalkan 60 kg nitrogen. 46 kgN 100kg Urea 60 kgN 100 X 60 46 = 130.4kg Urea Contoh 2
Hitungkan kuantiti baja CIRP (35%P2O5) yang diperlukan untuk membekalkan 80 kg fosforus. 35kg P2O5 100kg CIRP 80kg P2O5 100 X 80 35 = 228.57 kg Contoh 3 Hitungkan kuantiti baja Muriat Potasy (60% K2O) untuk membekalkan 70 kg kalium. 60kg K2O 100kg Muriat Potasy 70kg K2O 100 X 70 60 = 166.67 kg
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
15
menanam mengikut kontur - menghalang air hujan daripada terus menuruni kawasan curam
- mengurangkan hakisan permukaan membuat sungkupan
- melindungi permukaan tanah daripada timpaan air hujan - menghalang air mengalir secara bebas di permukaan tanah
menanam secara jalur - menghalang air mengalir terus disepanjang curam
membina sistem parit - air dikumpulkan dan dialirkan ke tempat lain - elak air membanjiri kawasan penanaman
PANDUAN PENGIRAAN BAJA 1. Perkara yang perlu diingat :
1. Baja ( Nama baja spt Ammonia sulfat, CIRP,MOP ) 2. Kuantiti baja = 100 kg 3. Nutrien [ Nitrogen(N),Fosforus (P2O5) ,Kalium( K2O) ] 4. Kuantiti nutrien 2. Menentukan rumusan bagi Baja Tunggal
Contoh : Baja : Urea Kuantiti baja : 100 kg ( tetap ) Nutrien : N Kuantiti nutrien : 20 kg
Rumusan : 100 kg Urea mengandungi 20 kg nutrien N a. Menghitung kuantiti nutrien dalam baja tunggal Contoh : Baja : Urea Kuantiti baja : 100 kg ( tetap ) Nutrien : N Kuantiti nutrien : 20 kg
Kuantiti baja yang diperlukan / disyorkan : 50 kg
Langkah pengiraan :
Baja Nutrien Urea N 100 kg 20 kg 50 kg Urea 50 kg Urea x 20 kg N 100 kg Urea = 10 kg
Urea (20 % N )
50kg Urea (20 % N )
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
16
b. Menghitung kuantiti baja
Contoh :
Baja : Urea Kuantiti baja : 100 kg ( tetap ) Nutrien : N Kuantiti nutrien : 20 kg
Kuantiti nutrien yang diperlukan / disyorkan : 40 kg Langkah pengiraan :
Baja Nutrien
Urea N 100 kg 20 kg 100 kg Urea x 40 kg N 40 kg 20 kg N = 200 kg
3. Mengenal pasti kuantiti baja dan kuantiti nutrien dalam Baja Campuran / Sebatian / Lengkap
a. Mengenalpasti kuantiti baja diperlukan Contoh :
Baja : NPK Hijau Kuantiti baja : 100 kg ( tetap ) Nutrien : N : P2O5 : K2O Kuantiti nutrien: 12 kg 18 kg 24 kg
Kuantiti baja yang diperlukan : 50 kg b. Menghitung kuantiti nutrien
Baja : NPK Hijau Kuantiti baja : 100 kg ( tetap ) Nutrien : N : P2O5 : K2O Kuantiti nutrien: 12 kg 18 kg 24 kg
Kuantiti baja yang diperlukan : 50 kg
Langkah pengiraan : i) Baja Nutrien NPK Hijau N 100 kg NPK Hijau 12 kg N 50 kg NPK Hijau 50 kg NPK Hijau x 12 kg N
100 kg NPK Hijau
= 6 kg N
Urea (20 % N )
Kuantiti N yang diperlukan sebanyak 40 kg
50 kg Baja NPK Hijau (12 : 18 : 24 )
50 kg Baja NPK Hijau (12 : 18 : 24
)
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
17
ii) Baja Nutrien NPK Hijau P2O5 100 kg NPK Hijau 18 kg P2O5
50 kg NPK Hijau 50 kg NPK Hijau x 18 kg P2O5 100 kg NPK Hijau = 9 kg P2O5
iii) Baja Nutrien NPK Hijau K2O 100 kg NPK Hijau 24 kg K2O
50 kg NPK Hijau 50 kg NPK Hijau x 24 kg K2O 100 kg NPK Hijau = 12 kg K2O
c. Menghitung Kuantiti baja tunggal (Urea, CIRP, Muriat Potasy dan lain-lain ) yang diperlukan untuk menghasilkan baja campuran itu.
Contoh :
Jalan pengiraan dan jawapan seperti di 3(b) di atas N = 6 kg P2O5 = 9 kg K2O = 12 kg
Langkah pengiraan : i) Urea (30 % N) Baja nutrien
Urea N 100 kg 46 kg 100 kg Urea x 6 kg N 6 kg 30 kg N = 20 kg ii) CIRP ( 20 % P2O5 )
Baja nutrien
CIRP P2O5 100 kg 20 kg 100 kg CIRP x 9 kg P2O5 9 kg 20 kg P2O5 = 45 kg
Seorang penanam sayur hendak menghasilkan 50 kg baja campuran dengan kadar baja/gred baja 12:17:24 . Hitungkan Kuantiti N, P2O5 dan K2O dalam baja campuran itu.
Beliau menggunakan tiga jenis baja lurus iaitu Urea (30 % N), CIRP ( 20 % P2O5 ) dan muriat potasy (60% K2O ). Hitungkan kuantiti baja Urea, CIRP dan Muriat Potasy yang diperlukan untuk menghasilkan baja campuran itu.
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
18
iii) muriat potasy (60% K2O ) Baja nutrien
muriat potasy K2O 100 kg 60 kg 100 kg muriat potasy x 12 kg K2O 12 kg 60 kg K2O = 20 kg 2.4 BIOSIS
Jenis organisma
Jenis Organisma Ciri
Virus
Binaan ringkas
Hidup dalam sel hidup sahaja
Berbentuk polihedral, rod, spiral dan bebola
Mengarahkan sel perumah membentuk virus baru
Bakteria
Bersel tunggal
Berbentuk rod
Mempunyai flagelum (bebenang) untuk bergerak
Hidup sebagai parasit atau saprofit
Kulat
Tidak mempunyai klorofil
Hifa menghasilkan spora, cara utama menyerang tanaman
Saprofit
Nematod Berbentuk selinder, licin tanpa segmen atau kaki
Mencucuk dan menghisap cecair tumbuhan menggunakan stilet
Serangga
Invertebrata
Badan bersegmen kepala, toraks dan abdomen
Mempunyai tiga pasang kaki dan satu atau dua pasang sayap
Rumpai Persaingan mendapatkan cahaya, air , nutrien dan ruang
Takrif Organisma Takrif
Parasit Organisma yang mendapat faedah daripada perumah /
mendapat makanan dari perumah.
Patogen Organisma penyebab penyakit seperti bakteria, kulat dan virus
Saprofit Organisma yang bergantung hidup pada perumah yang telah
mati / mendapat makanan dari bahan yang reput
Vektor Organisma pembawa patogen / punca penyakit
Kepentingan ekonomi organisma
Kesan manfaat dan berbahaya organisma
Organisma Kesan manfaat Kesan berbahaya Virus Agen pengawal perosak
Menyerang larva rama-rama,kupu-kupu, kumbang, belalang dan hama
Agen penyebab penyakit
Contoh penyakit merah pada padi dan bintik cincin pada betik
Disebar kpd tumbuhan sihat oleh o Vektor spt afid, lelompat daun,
nematod dan kulat o Biji benih yang dijangkiti virus o Peralatan ladang tercemar virus o Pekerja yang bekerja diladang
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
19
Organisma Kesan manfaat Kesan berbahaya
Bakteria Penguraian bahan organik Pengikatan nitrogen oleh bakteria yang
hidup bebas spt Azotobacter dan Rhizobium yang bersimbiotik dengan pokok kekacang
Penitratan oleh bakteria Nitrobacter dan Nitrosomonas
Bakteria Bacillus thuringiensis adalah agen pengawal biologi
Serang/memasuki tanaman melalui stoma, lentisel, bunga dan luka
Dibawa oleh serangga atau disebar oleh biji benih
Contoh penyakit - Hawar daun(padi) oleh Xanthomonas spp
Kulat Agen pengurai bahan organik Kulat mikoriza bersimbiotik dengan akar
pokok ru, jagung dan bawang.bantu akar tumbuhan mengambil nutrien fosforus, bantu biji benih orkid bercambah dan hubungan kekal dengan akar udara orkid.
Memerangkap nematod dalam tanah
Mengawal serangga
Memasuki tumbuhan melalui luka,stoma,kutikel, dan epidermis.
Contoh penyakit reput batang dan cendawan angin
Nematod
Membantu mengurai bahan organik
Mengawal serangga
Mengawal bakteria, kulat dan nematod lain
Rembesan air liur mencedera tisu akar
Interaksi nematod dengan organisma lain
Pembawa virus
Contoh penyakit bengkak akar
Serangga Membantu proses pendebungaan Memperbaiki keadaan tanah
Pemangsa kepada perosak
Merosak tanaman
Membawa pelbagai penyakit
Contoh perosak padi - bena perang dan kelapa sawit kumbang tanduk
Jenis mulut menggigit dan mengunyah seperti larva kupu-kupu kumbang,lalat, kumbang dewasa dan belalang
Mulut mencucuk dan menghisap seperti afid, bena hijau, teritip, pianggang dan lelompat daun.
Rumpai
Mencegah hakisan tanah
Membekalkan makanan dan tempat perlindungan musuh semulajadi perosak
Bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan cahaya,air,ruang dan nutrien
Hasil yang bercampur dengan rumpai dan biji benih rumpai merendah mutu hasil
Tempat perlindungan perosak dan penyakit tanaman
Tanda umum penyakit dan serangan perosak
Organisma Tanda Virus Mozek, daun kuning, corak bercincin, pertumbuhan
terencat dan daun berpilin
Bakteria Bintik, layu, reput dan mati rosak
Kulat Reput, melecur, bonggol, kulapuk dan karat
Nematod Akar bonggol, tercedera, bercabang dan reput
Serangga Daun berlubang dan buah rosak
Rumpai Hasil rendah dan pertumbuhan terbantut
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
20
Hubungan hidup
1. Simbiosis - hubungan di antara dua organisma yang saling mendapat manfaat atau saling bergantung antara satu sama lain.
Contoh : Hubungan kekacang dengan bakteria Rhizobium. Nodul pada akar kekacang menjadi perumah kepada Rhizobium Bakteria terdapat dalam nodul akar kekacang. Rhizobium mengikat nitrogen dan bekal N untuk pokok/tanah
2. Hubungan Mikoriza - hubungan simbiotik antara kulat dengan akar pokok ru, jagung dan bawang
Contoh : Kulat - membantu akar tumbuhan menyerap nutrien Akar tumbuhan - menyediakan nutrien untuk kulat
Pengawalan Organisma
Aras populasi perosak a) Aras keseimbangan am ( A )
populasi perosak stabil, bilangan perosak masih berada pada paras tidak berbahaya dan kawalan tidak diperlukan
b) Aras ambang ekonomi ( B ) Aras penentu untuk bertindak melakukan kawalan berdasarkan aras populasi perosak
c) Aras kecederaan ekonomi ( C ) Aras populasi telah mencapai tahap yang menyebabkan kerugian
Kerosakan teruk, tidak boleh dikawal lagi
Kaedah Pengawalan Perosak 1. Kaedah Fizikal
a) Penggunaan alatan atau keadaan fizikal untuk mengawal perosak
Kaedah Ciri-ciri Sekatan mekanik
Penggunaan jaring kalis serangga
Kos rendah
Mengurang penggunaan racun 30 hingga 70%
Cahaya dapat dikurangkan sebanyak 12%
Sesuai untuk sayuran berdaun serta sayuran temperat
Popu
lasi
pero
sak
Masa Graf Aras Populasi Perosak
C
B
A
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
21
Kaedah Ciri-ciri
Sekatan tingkahlaku
Berdasarkan tingkahlaku perosak
terangsang oleh bunyi,cahaya, atau bau bahan kimia
perangkap menggunakan bahan kimia penarik perosak dan cahaya
Perubahan Persekitaran
Perosak
Suhu ,kelembapan, atau kandungan oksigen dipersekitaran perosak diubah
Contoh amalan : o Memaksa perosak keluar dari lubang dengan
mengguna air dan asap
o Meningkatkan suhu antara 52 C hingga 54 C untuk membunuh serangga perosak barang simpanan
o Menyimpan bijirin dalam bekas kedap udara
2. Kaedah Kultur Mengawal perosak tanpa menggunakan bahan kimia
Caranya menghalang perosak mendapat makanan atau dedahkan perosak kepada keadaan yang tidak sesuai
Amalan: i. Pemugaran tanah
Perosak terdedah cahaya matahari terik
Terdedah kepada pemangsa seperti burung
Perosak mati terkena alat pemugar ii. Menggilirkan tanaman
Menanam tanaman berlainan pada tapak yang sama pada musim berlainan secara bergilir-gilir
Sesuai untuk perosak yang mempunyai perumah khusus
Perosak mati bila punca makanan terputus iii. Varieti resisten
Tanam tanaman dari baka yang tahan serangan perosak dan penyakit
Mengurangkan penggunaan racun serangga iv. Penanaman campuran
Menghadkan bekalan perosak
Menanam tanaman penolak (repellant) seperti serai wangi
Mengwujudkan banyak pemangsa v. Amalan penanaman yang baik
Penggunaan biji benih bersih dan bebas dari penyakit
Jarak penanaman yang sesuai
Kebersihan ladang
3. Kaedah Biologi Penggunaan organisma lain seperti parasit, pemangsa dan patogen secara sengaja
untuk mengurangkan populasi perosak. Bermula dengan pengenalan musuh semulajadi perosak dan diikuti kajian tentang
perumah musuh semulajadi
Agen Kawalan Biologi Untuk mengawal
Tebuan Cortesia plutellae Larva rama-rama Plutella xylostella di kebun sayur
Bakteria Bacillus thuringiensis Larva dan rama-rama di kebun sayur
Burung hantu dan ular senduk Tikus di ladang kelapa sawit dan sawah
Pokok bunga tahi ayam (Tagetes sp) dan rembesan asparagus
Beberapa jenis nematod
Semut hitam koko Perosak lenggai koko(kepinding nyamuk)
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
22
Kebaikan dan kelemahan kawalan biologi
Kebaikan Kelemahan
Mengurang masalah pencemaran alam sekitar
Selamat digunakan oleh petani
Mengurangkan kos pengurusan perosak untuk jangka panjang
Perosak tidak dapat dihapus kesemuanya
Pemangsa mungkin serang organisma bermanfaat
Pemangsa tidak dapat mengawal semua perosak
Bilangan perosak lain mungkin meningkat
Perlu pengetahuan teknik membiak musuh semulajadi, ekosistem, ekologi dan tabiat perosak atau pemangsa
Ekosistem, ekologi dan tabiat perosak dan pemangsa perlu diketahui
Kesan kawalan mengambil masa yang lama
4. Kawalan Kimia
Kelebihan Kelemahan
Mudah digunakan
Berkesan dengan cepat
Dapat digunakan bila-bila masa
Mudah didapati di pasaran
Banyak perosak dapat dikawal
Mencemar alam sekitar
Mencederakan tisu
Mungkin membunuh pemangsa
Mengwujudkan perosak yang resistan terhadap racun
Meninggal kesan bau dan rasa
Bandingbeza kaedah kawalan kimia dan kawalan biologi
Aspek Kawalan biologi Kawalan kimia Kesan kawalan Lambat Cepat
Sasaran Organisma tertentu mengawal perosak tertentu
Boleh kawal banyak jenis perosak dengan satu jenis racun kimia
Kos pengurusan perosak Kos tinggi untuk jangka pendek tetapi kos menjadi rendah untuk jangka panjang
Kos rendah bagi jangka pendek tetapi kos menjadi tinggi untuk jangka panjang
Pengetahuan/kemahiran petani
Petani perlu pengetahuan/kemahiran tinggi
Tidak perlu pengetahuan/kemahiran tinggi
Risiko kepada petani Rendah/tidak membahayakan petani
Tinggi/berbahaya kepada kesihatan petani
Kedapatan di pasaran Terhad/sukar diuruskan Mudah didapati di pasaran/mudah di beli
Kesan pada tumbuhan/hasil tanaman
Tiada kesan Ada kesan kimia/bau pada hasil tanaman
Kesan kepada alam sekitar Tiada/tidak cemar alam sekitar
Mencemar alam sekitar (udara, air, tanah)
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
23
Pengelasan racun perosak a. Racun perut
Bentuk cecair, serbuk, bintil atau umpan
Digunakan sebagai umpan/sembur
Membunuh apabila dimakan oleh perosak
Contoh: Malathion (racun serangga), zink fosfida dan warfarin (racun tikus) b. Racun sentuh
Membunuh perosak apabila terkena perosak
Memasuki sistem peredaran darah, sistem pernafasan perosak atau mengganggu sistem saraf
Diguna dalam bentuk semburan kabus
Contoh : o Racun serangga karbaril, heptaclor, dan BHC o Racun kulat yang mengandungi kuprum dan raksa o Racun rumpai parakuat
c. Racun sistemik
Racun disembur atau ditabur pada tanaman
Racun meresap ke seluruh tumbuhan menyebabkan seluruh tumbuhan beracun kepada perosak
Contoh furadan( racun serangga), Benomil (racun kulat) d. Racun pewasap
Membunuh perosak apaila tersedut masuk ke dalam respirasinya
Contoh Metil bromida dan vapam
Maklumat yang terdapat pada label bekas racun kimia Nama dagangan
Pengeluar/pengilang dan alamat
Kandungan bahan aktif
Kelas/darjah keracunan mengikut warna
Kelas Warna label Catatan 1a Hitam Beracun - amat bisa
1b Merah Beracun - bisa
II Kuning Beracun
III Biru Berbahaya
IV Putih Berbahaya
Perosak sasaran contoh serangga / kulat / rumpai / haiwan dll
Cara guna
Kadar penggunaan / bancuhan / campuran dengan air
Tarikh pengeluaran dan tarikh luput
Langkah keselamatan jika petani terkena racun itu
Cara penyimpanan dan melupuskan bekas
LANGKAH KESELAMATAN APABILA MENGGUNA RACUN KIMIA
Gunakan racun kimia yang paling sesuai dengan sesuatu jenis perosak Baca maklumat pada botol atau bungkusan racun Sukat dengan tepat racun yang hendak digunakan Periksa keadaan semua bahagian penyembur sebelum digunakan Jangan sentuh , hidu atau merasa racun kimia Gunakan kayu atau benda lain untuk membancuh bahan kimia Jangan makan atau minum semasa membancuh atau menyembur Pakai pakaian pelindung yang sesuai Bersih semua alat sebelum atau selepas digunakan Bersihkan bahagian muncung penyembur yang tersumbat Simpan racun kimia ditempat selamat dan berkunci Tanam semua bekas dan sisa racun Dapatkan rawatan doktor dengan segera sekiranya berlaku kemalangan
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
24
5. Kaedah Undang-undang Kuarantin
Bahan tumbuhan yang di bawa masuk dari luar negara diperiksa, diuji dan disah bebas dari perosak atau penyakit
6. Penghapusan Tumbuhan atau bahan tanaman yang disahkan berpenyakit dimusnahkan Contoh penyakit hawar getah. Peraturan:
Dikuatkuasakan oleh Akta Kuaranti Tumbuhan 1971 dan Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981
Pensijilan:
Biji benih yang di bawa masuk perlu mendapat sijil pengesahan bebas penyakit
Akta Racun Makluk Perosak 1974- menetapkan peraturan kedai yang menjual dan menyimpan racun
7. Pengurusan Perosak Bersepadu Melibatkan penggunaan pelbagai jenis kaedah kawalan secara teratur dan saling
melengkapi seperti:
Penggunaan varieti resisten
Pemantauan dan ramalan perosak
Kawalan biologi
Penggunaan kimia secara bijaksana
Konsep pengurusan perosak bersepadu
musuh semulajadi digalak bertambah
jalankan kawalan kultur dan kimia secara terkawal
mengguna pakai prinsip ekologi
Pengawalan perosak bersepadu masih belum berjaya sepenuh kerana masalah
Kurang pengetahuan mengenai ekologi perosak
Mengoptimum penggunaan sumber melalui pengurusan ekosistem
Teknik membiak semulajadi masih menghadapi masalah
Kurang pengetahuan di kalangan petani
8. Kaedah pengawalan perosak menggunakan kaedah kimia Bahan : Satu jenis racun kimia, Air, Baldi/ bekas, Penyembur sandang (knapsack) / penyembur tangan,Silinder penyukat dan Batang kayu.
Langkah:
(1) Sukat racun kimia mengikut sukatan yang disyorkan pada label. (2) Masukkan air ke dalam baldi mengikut sukatan. (3) Masukkan racun ke dalam baldi. (4) Kacau campuran sehingga sebati menggunakan batang kayu. (5) Tuang campuran racun ke dalam penyembur racun. (6) Tutup tong penyembur dengan kemas
(7) Halakan muncung tepat kearah sasaran (8) Lakukan penyemburan ikut arah tiupan angin (9) Ulang penyemburan pada semua bahagian sasaran hingga rata. (10) Bersihkan dan keringkan semua alatan selepas digunakan. (11) Bersihkan diri / mandi
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
25
Langkah-langkah keselamatan (1) Sukat racun kimia yang paling sesuai untuk sesuatu jenis organisma perosak. (2) Jangan sentuh, hidu atau rasa racun kimia. (3) Bancuh racun di tempat terbuka. (4) Sembur mengikut arah angin (5) Jangan makan atau minum semasa membancuh atau menyembur racun. (6) Jangan tiup bahagian muncung penyembur yang tersumbat tetapi gunakan jarum
halus. (7) Pakai pakaian pelindung yang sesuai.
(8) Periksa penyembur supaya berkeadaan baik.
2.5 GENETIK
Pembiakan tumbuhan (i) Kaedah seks - Menggunakan biji benih (ii) Kaedah aseks - Menggunakan bahagian tampang/vegetatif Kaedah seks (i) Menggunakan biji benih - Biji benih terhasil apabila berlaku percantuman gamet jantan dan gamet betina melalui proses pendebungaan - Kelebihan menggunakan biji benih
o mudah dilakukan o kuantiti biji benih banyak o kos rendah
- dipraktikkan apabila kaedah aseks sukar dilakukan/tidak ekonomik Kaedah aseks (i) Keratan - Cepat dan mudah dilakukan - Bahan penanaman seragam - Menggunakan bahagian batang, dahan, daun dan akar - Jenis keratan
- keratan kayu hijau (guna bahagian pucuk) - keratan separa keras (buang sebahagian daun) - keratan kayu keras (buang semua daun) - Bahagian pangkal keratan disapu hormon pengakaran untuk menggalakkan pengeluaran akar - Dilakukan pada kebanyakan pokok hiasan (ii) Tut/Markot - Kaedah pengakaran dahan pokok induk - Dilakukan pada pokok puding, limau, ciku, jambu dll Kelebihan tut
- bahan genetik sama dengan pokok induk Kelemahan tut
- bilangan dahan terhad - tidak sesuai pada dahan tua
- tiada akar tunjang (iii) Cantuman - Proses menyatukan tunas baka pilihan dengan pokok penanti Kelebihan
- mempunyai akar tunjang - hasilkan baka baru - banyak mata tunas diperoleh Kelemahan
- perlukan kemahiran - contoh -pokok mangga, rambutan, getah dll (iv) Pembahagian rumpun/Organ penyimpanan - rizom, stolon, umbisi dipotong dan ditanam - contoh -serai, sanseivieria, halia, kunyit, pisang dll
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
26
MELAKUKAN TUT Bahan : Campuran tanah 2:1, helaian politena lutsinar 20 cm x 30 cm, hormon pengakaran, tumbuhan yang sesuai, tali rafia Alatan : Pisau kecil/pisau cantuman yang tajam, sekatur
Langkah : - Sediakan medium tut dengan nisbah 2 bahagian tanah dan 1 bahagian bahan organik. - Pilih dahan atau ranting yang sesuai berdiameter 1 2 cm. - Potong ranting kecil dan daun pada tempat yang hendak dilakukan tut. - Buat dua kelaran di sekeliling ranting. - Buat potongan memanjang yang menyambungkan kedua-dua kelaran. - Kopek kulit kayu. - Kikis tisu kambium. - Sapu hormon pengakar di kelaran yang atas. - Lekapkan medium di sekeliling kelaran. - Padatkan medium. - Balut dengan politena lutsinar. Langkah keselamatan : - Gunakan pisau yang tajam dan bersih. - Kikis lapisan kambium sehingga habis.
MELAKUKAN CANTUMAN MATA TUNAS Bahan : Pokok penanti, ranting mata tunas (sion), pita politena Alatan : Pisau cantuman
Langkah : - Pilih pokok penanti sihat umur 6 12 bulan. - Tentukan tapak cantuman 8 10 cm dari pangkal pokok. - Buat dua turisan lurus ke bawah sepanjang 2 3 cm dan lebah 1/3 dari lilitan pokok. - Potong kulit di bahagian bawah antara dua turisan yang telah dibuat. - Siat kulit ke atas bahagian yang dibuat turisan menggunakan hujung pisau cantuman. - Potong dan tinggalkan sedikit lidah. - Pilih mata tunas sion dan potong bersama bahagian kayu sepanjang 2-3 cm. - Potong kepingan mata tunas bersaiz sama dengan tapak cantuman. - Tanggalkan bahagian berkayu daripada kulit mata tunas. - Tampalkan kulit mata tunas pada tapak cantuman dengan kedudukan mata tunas menghala ke atas. - Balut kulit mata tunas di tapak cantuman dengan kemas menggunakan pita politena. - Perhatikan cantuman selepas tiga minggu. - Kelar sedikit mata tunas dengan pisau cantuman untuk memastikan kejayaan. (Selepas tiga minggu, jika cantuman berjaya atau tunas hidup, bahagian yang dikelar kelihatan berwarna hijau atau mata tunas mula mengeluarkan pucuk kecil.) Langkah keselamatan : - Gunakan pisau cantuman yang tajam dan bersih. - Lakukan kerja menampal cantuman dengan segera. - Pastikan tunas pada kepingan mata tunas tidak tertanggal. - Jangan dedahkan mata tunas pada cahaya terik. - Lakukan aktiviti mencantum mata tunas pada awal pagi atau lewat petang.
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
27
2.6 PENGAWALATUR PERTUMBUHAN
Takrif : Pengawalatur pertumbuhan ialah bahan kimia semula jadi dan sintetik untuk mengawal pertumbuhan tumbesaran pada kepekatan rendah.
Kesan Pengawalatur Pertumbuhan
Jenis Bahan
pengawalatur Kesan umum Contoh Tindakan
Auksin
asid indol asetik(IAA) - semulajadi.
Asid naftalena asetik(NAA) dan asid indol-butirik (IBA) - sintetik.
2,4-D
2,4,5-T
MCPA.
Fototropisme (pucuk bergerak kearah cahaya).
Geotropisme (akar bergerak ke arah graviti).
Kedominanan apeks (pucuk utama lebih dominan daripada tunas sisi).
Pembentukan bunga.
Kejadian dan pembentukan buah.
Pembentukan akar adventitus (akar sisi )
Sitokinin
Benziladenina.
Merangsang pembahagian sel.
Digunakan dalam kultur tisu
Mengawal proses tua.
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
28
Jenis Bahan pengawalatur
Kesan umum Contoh Tindakan
Kultur tisu
Sitokinin = Auksin
Giberelin Asid giberelik (GA)
Menggalak pembahagian sel.
Menggalak pemanjangan sel.
Atasi kedormanan biji benih.
Menggalak percambahan biji benih.
Etilena
.
Ethep
Ethrel.
Merangsang pemasakan buah.
Merangsang penuaan, dan kematangan tisu.
Merangsang percambahan biji benih.
Merangsang pengeluaran lateks
Perencat
Pertumbuhan
Asid absisik (ABA)
Alar
B-9
Menyebabkan kedormanan biji benih.
Melambatkan keguguran daun, bunga dan buah.
Proses pembukaan dan penutupan liang stoma
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
29
Kesan pengawalatur pertumbuhan 1. Mempengaruhi pembungaan - dipengaruhi oleh auksin dan giberelin - auksin merencatkan pembentukan bunga - giberelin mendorong pembentukan bunga 2. Mempengaruhi kemasakan buah - dipengaruhi oleh etilena - gas etliena mempercepatkan kemasakan buah - gas etilena yang dikeluarkan oleh pisang masak mempengaruhi kemasakan pisang yang
lain 3. Meningkatkan hasil - gas etilena dari kalsium karbida meningkatkan hasil nanas - ethephon dan ethrel menambahkan pengeluaran lateks getah 4. Mengawal pertumbuhan vegetatif - perencat pertumbuhan seperti Alar dan B-9 merencatkan pertumbuhan apeks/tunas pucuk - auksin dan giberelin membantu pertumbuhan akar dan pucuk keratan batang Penggunaan Pengawalatur 1. Aruhan pembungaan
Menggunakan auksin
Merancang pengeluaran bunga pada masa permintaan tinggi 2. Pengurusan tapak semaian
Menggunakan perencat pertumbuhan seperti Alar, B 9 dan maleik hidrazida
Kawal pertumbuhan supaya masa mengubah dapat disesuaikan mengikut keadaan 3. Penghasilan tumbuhan rendah
Pengawalatur digunakan pada tanaman hiasan supaya tumbuh rendah.
Boleh simpan banyak pokok dalam sesuatu kawasan dan bentuk pokok digemari pembeli 4. Pengurangan kos pemangkasan
Pokok lambat mengeluarkan dahan, pokok kerdil, rendah
Pemangkasan tidak perlu dijalankan
Kos kerja pemangkasan dapat dikurangkan
Contoh pokok kopi dan koko
Penggunaan hormon / bahan kimia sintetik
Hormon Kegunaan Contoh Tindakan
Gas etilena
Cepat kemasakan buah
Meningkatkan hasil buah nanas
Ethephon tingkat penghasilan
lateks getah
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
30
Hormon Kegunaan Contoh Tindakan
Asetilena
Asetilena terhasil bila kalsium
karbida + air
Memeram pisang dan mangga
NAA
Membantu pembungaan mangga
Mempercepatkan pengakaran
keratan
2,4-D dan 2,4,5-T
Menambahkan pengeluaran
lateks pada kepekatan rendah
Diguna sebagai racun rumpai
pada kepekatan tingggi
Perencat pertumbuhan
Hasil tumbuhan rendah
Pengubahan anak benih disesuaikan dengan keadaan
Contoh : Alar dan B-9
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
31
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
32
BAB 3 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN DAN PENGELUARAN TERNAKAN
3.1 PENGENALAN
Faktor yang mempengaruhi tumbesaran dan pengeluaran ternakan Iklim Pemakanan Kesihatan Genetik
3.2 IKLIM
a. Unsur Iklim yang mempengaruhi tumbesaran ternakan Suhu Hujan Cahaya
b. Himpitan iklim adalah keadaan alam yang boleh menyebabkan gangguan
keseimbangan fisiologi ternakan c. Kesan iklim secara langsung
i. Perlakuan semasa meragut
- Suhu tinggi dan pancaran matahari terik mengurangkan selera makan dan ketahanan badan
- Ternakan berhenti makan dan mencari tempat teduh - Jangka masa meragut kurang
ii. Pengambilan makanan - Peningkatan suhu menyebabkan kadar pengambilan makanan berkurangan
sebaliknya air diambil berlebihan
iii. Tumbesaran
- Suhu tinggi menyebabkan kurang selera makan dan kadar tumbesaran akan menurun
iv. Pengeluaran hasil
- Peningkatan suhu persekitaran akan menyebabkan gangguan kepada proses fisiologi
- Suhu persekitaran yang tinggi mempengaruhi pengeluaran telur, susu dan daging
v. Pembiakan - Suhu tinggi akan menjejaskan kesuburan ovum dan sperma, kematian embrio dan
merencatkan janin - Kadar penetasan telur menurun
o perlakuan semasa meragut
o pengambilan makanan
o tumbesaran
o pengeluaran hasil
o pembiakan
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
33
d. Kesan iklim secara tidak langsung
i. Penghasilan bahan makanan ternakan - Taburan hujan yang tinggi menggalakkan pertumbuhan foraj dan akan
menambahkan bahan makanan ternakan - Iklim lembap menggalakkan serangan kulat Aspergillus flavus pada makanan
ternakan dan ternakan mengalami keracunan aflatoksin - Iklim panas merosakkan kandungan vitamin dan mineral dalam bahan makanan
ternakan
ii. Serangan parasit dan penyakit ternakan - Suhu dan kelembapan tinggi mengalakkan pembiakan patogen dan parasit - Suhu rendah mengganggu sistem pernafasan
iii. Pengendalian dan penyimpanan hasil ternakan - Suhu dan kelembapan tinggi merosakkan hasil ternakan seperti susu, daging dan
telur - Mikroorganisma membiak dan menjalankan proses penapaian ke atas hasil ternakan
apabila kelembapan tinggi. - Hasil cepat rosak dan busuk - Embrio mati dan telur tidak menetas jika suhu tinggi
e. Cara mengurangkan kesan himpitan iklim
i) Mengadakan perumahan sempurna - menyediakan bangunan - perumahan ternakan boleh mengawal - suhu persekitaran - kelembapan - hujan dan angin - pancaran cahaya matahari terik
ii) Menanam pokok naungan - tujuannya untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari terik - menyediakan pokok lindungan - ciri-ciri pokok lindungan - tidak bertoksik / beracun - bersilara yang besar - tidak berduri - menyediakan bangsal - ketinggian yang sesuai - jenis bahan bumbung yang sesuai
penghasilan makanan ternakan serangan parasit dan penyakit ternakan pengendalian dan penyimpanan hasil ternakan
mengadakan perumahan sempurna menanam pokok naungan mengamalkan ragutan waktu malam memilih baka toleran haba beri makanan bernutrien tinggi
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
34
iii) Mengamalkan ragutan waktu malam - diamalkan untuk mengelakkan ternakan daripada mengalami
himpitan suhu tinggi - untuk mengatasi kekurangan ragutan pada waktu siang - mengelakkan ternakan mengalami kekurangan nutrien yang boleh menganggu tumbesaran ternakan .
iv) Memilih baka yang toleran terhadap haba - kacukan baka tempatan dengan temperat
- menghasilkan baka kacukan yang toleran kepada haba tempatan v) Memberi makanan yang bernutrien tinggi - pemberian makanan bernutrien tinggi akan meningkatkan lagi
tumbesaran ternakan - pemberian bahan pembuka selera dapat membantu meningkatkan
ragutan - pemberian air sejuk dapat menambahkan pengambilan kuantiti
makanan 3.3 PEMAKANAN TERNAKAN a. Kepentingan pemakanan ternakan
i). Mengekalkan kesihatan - Memerlukan semua kelas pemakanan dalam kadar dan kuantiti yang betul - Sistem pertahanan tubuh dan fungsi badan stabil/sempurna - Membentuk sistem imun tubuh untuk bertindak terhadap patogen dan parasit
ii) Memenuhi keperluan pertumbuhan
- Pertambahan saiz tubuh melibatkan pertambahan bahan interselular, lapisan baru pada kulit dan pengembangan sel
- Proses pertumbuhan memerlukan karbohidrat, protein, kalsium, kuprum, zink dan vitamin
iii) Memenuhi keperluan pengeluaran dan pembiakan
- Pengeluaran dipengaruhi oleh pemakanan yang diambil oleh ternakan - Pengeluaran susu memerlukan karbohidrat, protein, kalsium dan fosforus dalam
kuantiti yang lebih daripada biasa - Faktor makanan yang berkait dengan pembiakan adalah aras tenaga, kandungan
protein, mineral dan vitamin - Aras tenaga tinggi mempercepatkan umur kematangan seks dan meninggikan
kadar kebuntingan
b. Jenis-jenis nutrien karbohidrat protein lemak mineral vitamin air
mengekalkan kesihatan memenuhi keperluan pertumbuhan memenuhi keperluan pengeluaran dan pembiakan
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
retikulum
Abomasum
Omasum
Hati
Dubur Rektum
Sekum
Pankreas
Rumen
Gigi
Pundi Hempedu
35
Fungsi nutrient
Karbohidrat - Diperlukan untuk memberi tenaga dalam menjalankan aktiviti fizikal dan fungsi
badan - Sumber - gula, molases dan kanji. - Kekurangan - tumbesaran terencat dan berat badan berkurangan
Lemak - Sebagai sumber tenaga, sumber makanan simpanan, pembentukan tisu di bawah
kulit, sebagai penebat haba dan sebagai pelarut vitamin. - Sumber - minyak dan daging hancur. - Kekurangan - ternakan lesu dan kurus.
Protein - Untuk pembinaan otot, pemulihan tisu, tumbesaran badan dan pengeluaran susu, pembekal tenaga dan pembentuk enzim - Sumber - kacang soya, kacang tanah, daging hancur dan ikan. - Kekurangan - menyebabkan kurus, lemah, peka kepada aflatoksin, terencat
tumbesaran dan kecekapan penukaran makanan menurun
Mineral - Untuk menjalankan fungsi badan dengan sempurna - Untuk keperluan tisu badan, bendalir badan, tulang dan gigi. - Jumlah mineral yang diperlukan bergantung kepada jenis ternakan dan peringkat
penternakan.
Vitamin - Untuk mengatur proses badan bagi menjamin tumbesaran, pengeluaran,
pembiakan dan kesihatan.
Air - Berfungsi sebagai pelarut dan pengangkut bahan bahan ke seluruh anggota
badan. - Air yang diambil bergantung kepada suhu dan kelembapan udara persekitaran - Kekurangan air menyebabkan peningkatan suhu badan, gangguan metabolisme
tubuh, merencatkan tumbesaran dan penurunan pengeluaran.
Aditif - Bahan bukan nutrien yang ditambahkan ke dalam formulasi makanan ternakan - Contoh antibiotik, vitamin, hormon dan mineral
c. Sistem Pencernaan i. Struktur sistem percernaan ruminan.
Organ Fungsi
Rumen
-Simpan makanan -Menukar selulos kepada protein dan vitamin melalui proses fermentasi
Retikulum
-Menyimpan air -Melakukan regurgitasi -Memisahkan bahan makanan kasar supaya tidak memasuki omasum
Omasum
-Menyimpan makanan yang telah dikunyah
-Memisahkan bahan makanan kasar supaya tidak memasuki abomasum
Abomasum
-Melakukan proses pencernaan sebenar -Mengeluarkan asid hidroklorik, pepsin dan renin
-Asid hidroklorik untuk membunuh bakteria dan protozoa
-Hidrolisis protein
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
36
ii. Struktur sistem pencernaan bukan ruminan ( ayam )
d. Bahan makanan ternakan
Organ Fungsi
Paruh memecah makanan / mematuk makanan
merembes air liur
Esofagus menyalur makanan ke tembolok
Tembolok menyimpan makanan untuk sementara
Proventrikulus merembeskan enzim
Hempedal
mengisar makanan
merembes enzim pencernaan
menyerap nutrien
menyerap air
Pankreas merembes enzim penghadaman
Hati menyerap bahan toksik
merembes hempedu
Pundi hempedu menyimpan cecair hempedu
Usus pencernaan makanan
serap zat makanan
Sekum penapaian selulosa
menyerap air
Kloaka mengeluarkan tinja
esofagus tembolok
proventrikulus
hempedal
hati
Pundi hempedu
pankreas
Usus kecil
sekum
rektum kloaka
Konsentrat
Bjirin
Sisa industri/sisa pertanian
Bahan tambahan
Makanan Ternakan
Foraj
Kekacang
Pastura
Segar
Rumput kering Rumput peram ( silaj )
Rumput ternak
Foder
Awetan
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
37
i. Foraj - adalah tumbhan hijau yang menjadi makanan ternakan ruminan - mengandungi fiber tinggi tetapi nutrien rendah - terdiri daripada
- rumput ternak - kekacang - rumput renek - rumpai
ii. Foder - adalah rumput atau tumbuhan bermutu tinggi yang ditanam untuk dipotong dan diangkut - Mengandungi fiber tinggi tetapi rendah kandungan nutrien. - contoh : rumput kering dan silaj
iii. Pastura - rumput bermutu tinggi yang ditanam untuk diragut
iv.Konsentrat - Makanan yang mengandungi fiber yang rendah tetapi tinggi nutrien - Di dapati daripada bijirin, sisa makanan dan bahan tambahan makanan. - Diproses dari sisa buangan kelapa sawit, padi, koko, nanas dan sebagainya.
Kelebihan dan kekurangan foraj dengan konsentrat
Perkara Foraj Konsentrat
Kandungan serat (fibre)
Tinggi Rendah
Nutrien - Hanya sebahagian - Boleh ditambah aditif makanan
Lengkap
Penyimpanan & Pengendalian
- Perlu ruang yang besar dan luas - Silaj mudah rosak akibat bakteria
-Mudah disimpan dan diberi kepada ternakan. -Konsentrat yang tinggi lemak mudah diserang kulat
Kos Murah Mahal
Bentuk pemberian
Segar atau awetan Until,wafer,kiub dan pellet dsb
Ketersediaan Mudah diperolehi Bergantung kepada bekalan dan permintaan
Sumber Semulajadi dan ditanam seperti rumput,kekacang dan tumbuhan renek
Sisa tumbuhan,haiwan dan industri yang diproses
Rumput Baik Pilih
Merupakan rumput pastura yang mempunyai ciri-ciri yang baik seperti pengeluaran hasil yang tinggi, nilai nutrien yang tinggi, ketahanan yang tinggi, kecernaan yang baik dll.
Contoh rumput baik pilih Napier, Guinea, Setaria dan Digitaria
Ciri rumput baik pilih
Pengeluaran hasil yang tinggi - contoh rumput Napier dan Guinea mengeluarkan hasil yang tinggi
Digemari ternakan - mempunyai daun lembut, segar, berperisa dan mudah dihadam
Nilai nutrien yang tinggi - membekalkan tenaga untuk proses metabolisme yang tinggi
Jenis saka - jangka hayat panjang, dapat kurangkan kos penanaman semula
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
38
Ketahanan tinggi - tahan suhu tinggi, tahan dipijak, tahan ragutan melampau, tahan serangan perosak
Kecernaan yang baik - kandungan air tinggi dan tisu lembut
Cepat bertindak balas terhadap baja nitrogen - pertumbuhan yang cepat bila di beri baja nitrogen
Kadar daun kepada batang tinggi - mudah diragut, kandungan nutrien tinggi
e. Catuan Makanan Ternakan Merupakan pemberian makanan yang mengandungi semua kelas makanan mengikut keperluan dan kuantiti yang betul
Makanan tambahan diperlukan pada peringkat betina sedang bunting, sedang menyusukan dan anak baru bercerai susu.
Nisbah penukaran makanan ( NPM ) - Ialah unit pengeluaran ( contohnya pertambahan berat badan ) yang diperolehi daripada satu unit pengambilan makanan. - NPM dipengaruhi oleh baka dan kualiti makanan yang diberi. - Tujuan mengira NPM adalah untuk mengetahui taraf ekonomik sesuatu ternakan - Contoh jika NPM = 2.25 : bermakna 2.25 unit berat makanan dapat ditukar kepada 1 unit berat badan - Semakin rendah nilai NPM, semakin cekap kadar penukaran makanan.
12. Bedah siasat untuk melihat sistem pencernaan ayam
Bahan Seekor ayam yang telah disembelih
Alatan Pisau, dulang pembedahan, kepingan papan, sekateur, tukul, paku 2 inci, maker pen, jarum peniti, sarung tangan, penutup mulut.
Langkah 1. Sediakan seekor ayam yang telah disembelih dan dicabut bulunya. 2. Letakkan ayam telentang di atas papan dan pakukan kepaknya. dipakukan. 3. Tekan kedua-dua bahagian paha supaya kaki rata dan terbuka serta
dipaku. 4. Buang bahagian kulit pada dada. 5. Bedah bahagian tengah dada hingga ke pangkal ke dua-dua paha. 6. Potong otot dada dengan pisau sehingga tersentuh tulang. 7. Gunakan sekatur untuk memotong tulang kepak. 8. Keluarkan penutup abdomen dengan menggunting menggunakan sekatur. 9. Perhatikan kedudukan organ. 10. Keluarkan organ-organ pencernaan dengan berhati-hati. 11. Rungkai organ dan pamerkan di atas dulang. 12. Lakar dan labelkan organ berikut: esofagus, tembolok, proventrikulus,
usus, hati, hempedal, pankreas, pundi hempedu, sekum dan kloaka.
Pemerhatian Rujuk rajah pada ms 45 ( Buku teks tingkatan 5 )
Langkah keselamatan
1. Gunakan alat yang tajam. 2. Lakukan pembedahan secara berhati-hati. 3. Asingkan lemak yang melekat pada organ-organ pencernaan dengan
cermat.
Formula NPM = Jumlah makanan di makan Jumlah pertambahan berat badan
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
39
3.4 KESIHATAN
Kepentingan kesihatan ternakan:
Mengurangkan kadar kematian - Kematian tinggi pada musim hujan dan peringkat anak. - Kesihatan sangat perlu pada musim hujan dan peringkat anak. - Kelembapan tinggi menyebabkan kematian ternakan kerana serangan
penyakit sistem pernafasan - Kadar kematian anak tinggi kerana kurang keupayaan antibodi melawan
patogen,parasit dan gangguan persekitaran
Mencapai keupayaan tumbesaran dan pengeluaran yang maksimum - Ternakan sihat cekap menukarkan makanan kepada tenaga - Kecekapan penukaran makanan kepada tenaga, lemak dan susu - NPM yang rendah
Mengelakkan jangkitan penyakit dari ternakan lain - Boleh menghasilkan antibodi untuk sistem pertahanan tubuh - Ternakan akan sihat jika sistem perkumuhan, sistem limfa dan antibodi
berfungsi dengan baik
Mendapatkan keupayaan penukaran makanan yang optimum - Makanan yang diambil dicerna dan diserap dan ditukarkan untuk keperluan
tubuh - Jika ternakan sihat pencernaan dan penyerapan makanan adalah sempurna
Simptom ternakan yang sakit
Tiada selera makan - Akibat jangkitan cacing, keracunan atau perubahan suhu badan dan keletihan
Cirit birit - Pembuangan tinja kerap serta tinja yang lembut - Akibat pemakanan tidak sesuai, pencemaran peralatan/makanan/minuman,
jangkitan cacing, radang usus - Disebabkan oleh bakteria, virus atau protozoa dan keracunan makanan
Suhu badan tinggi - Suhu normal - Melebihi suhu tersebut - demam
Mata kuyu/berair - Ternakan sihat mata bersinar - Mata kuyu - mengeluarkan mukus berlebihan
Tidak aktif - Ternakan sihat aktif bergerak - Tidak aktif kurang bergerak, berbaring
Pengeluaran hasil berkurangan - Pengeluaran susu, telur atau keupayaan kerja menurun
Bulu kasar dan kusut - Disebabkan ganguan jangkitan cacing akau kekurangan mineral - Ternakan sihat bulu kemas ,bersinar dan besih.
Penurunan berat badan
Punca penyakit ternakan Serangan patogen dan parasit
- Parasit hidup menumpang dan mendapat faedah daripada perumah - Ada dua jenis
Endoparasit
Ektoparasit - contoh patogen dan parasit adalah seperti di bawah
PA_BPTV_KPM M-TEK_SAINS PERTANIAN
40
Patogen
Patogen Penyakit Ternakan
Virus Penyakit kuku dan mulut Newcastle/Ranikhet/Sampar Bronkitis Puru
Lembu/kerbau Ayam Ayam Ayam
Bakteria Ko